RAKYAT MARHAEN |
- Lagu negeri khas untuk bukan Islam, jika haramkan ‘Allah’, kata Dr MAZA
- HKR KL112 : Tsunami kebangkitan rakyat selepas tsunami politik
- Muslihat Polis Keluarkan Pas Khas HKR KL112 Terbongkar!
- Penganjur: Himpunan KL112 cermin banyak tuntutan rakyat belum ditunai
- HKR KL112: Siapa tak turun 12 Januari tak akan dapat lakar sejarah terakhir era BN
- HKR KL112 : AMK alu-alukan kehadiran anak muda di Padang Timur PJ untuk berarak ke Stadium Merdeka
- Kalimah ALLAH : Buka ruang untuk berdakwah - TG Nik aziz
- SKMM: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penyebar berita palsu menerusi internet dan SMS
- Rakyat Sabah diseru sertai Himpunan Bangkit 12 Jan
- HKR KL112 : 'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis'
- HKR KL112 : Buktikan Kita Manusia
- Amaran Sonamu ditarik balik
- “Tiger show” dalam PDRM : Ia tak patut berlaku
- Jika Perbadanan Stadium Merdeka Berkeras Lokasi Terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat?
- Syrian Kurds seek essential supplies in Iraq
- The Stream - Bound by sectarianism
- Segera siasat skandal jalan termahal di Malaysia
- PRU13: BN akan bangkit..!!!! kata Muhyiddin
- ‘Allah’ is universal God
- WHAT TYPE OF PARTY IS THIS? Dr M tells Umno to 'HUSH HUSH' on Najib's shortcomings - for now that is!
- Big problems, small solutions
- Sayangi Malaysia, gunakan kuasa kita – Abby Abadi
- C4-R - Berbasikal tuntut royalti
- Gangguan bekalan air: SYABAS nafi sabotaj...Isu pokoknya Air tak cukup..!!!
- Kenyataan media majlis kepimpinan PR - HKR KL112, Kalimah Allah, AES, ATM,
Lagu negeri khas untuk bukan Islam, jika haramkan ‘Allah’, kata Dr MAZA Posted: 08 Jan 2013 07:57 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Jan — Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah "Allah" terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam. Bekas Mufti Perlis (gambar) itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka. "Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor. Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn," tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA. "Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja." "Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah," kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi. Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan "Allah" di dalam liriknya. Lagu kebangsaan, "Negaraku", tidak mengandungi perkataan Arab "Allah" tetapi menggunakan perkataan Melayu, "Tuhan". Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama. | ||
HKR KL112 : Tsunami kebangkitan rakyat selepas tsunami politik Posted: 08 Jan 2013 07:55 PM PST KUALA LUMPUR: Keyakinan Umno BN bahawa 'tsunami politik' sudah berakhir disifatkan sebagai bercanggah dengan realiti yang berlaku di negara ini. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli berkata, walaupun 'tsunami politik' dikatakan sudah berakhirm namun kerajaan Umno BN terpaksa menghadapi 'tsunami kebangkitan rakyat'. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan bahawa 'tsunami politik' pada tahun 2008 sudah berakhir apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak melakukan banyak perubahan. "sekurang-kurangnya (Datuk) Ahmad Maslan mengakui wujud 'tsunami politik' dan kata ia sudah berakhir. "Ini bermakna, bukan kita sahaja yang kata ada tsunami politik tahun 2008 tetapi Umno sendiri mengaku. "Sebenarnya tsunami semakin kuat dengan kebangkitan rakyat berdasarkan kesedaran dan kefahaman rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, kini BN bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh selepas melalui 'tsunami politik'. Namun kata Dr Hatta, Umno BN dilihat semakin menuju kehancuran dengan pelbagai krisis dalaman. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muslihat Polis Keluarkan Pas Khas HKR KL112 Terbongkar! Posted: 08 Jan 2013 07:52 PM PST Keputusan sebuah laman portal berita terkenal Malaysiakini tidak memohon pas khas yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuat liputan sempena Himpunan Kebamgkitan Rakyat (HKR) sangat tepat. Ini kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, pihak polis sendiri yang tidak mengarahkan anggotanya memakai lencana rasmi pasukan dan tanda nama serta nombor polis mereka menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti provokasi dan kekeliruan membezakan antara peserta himpunan tulen dan pasukan keselamatan yang menyusup masuk seolah-olah peserta himpunan tetapi golongan inilah diharapkan akan mencetuskan huru-hara. Penegasan Fathi Aris Omar yang mengatakan bahawa kad akreditasi wartawan yang dikeluarkan kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan serta baju berlogo mewakili media masing-masing dipakai semasa himpunan sebelum ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa wartawan mengikut undang-undang sedangkan polis sendiri tidak mematuhi prosedur standarad operasi (SOP) mereka sendiri. Difahamkan, tindakan polis membelasah sesuka hati wartawan semasa himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April tahun lalu hingga menimbulkan kemarahan seluruh dunia mendorong pas khas ini dikeluarkan tanpa mematuhi garis panduan sedia ada yang sudah lengkap. Sepatutnya polis memberi jaminan keselamatan sepenuhnya kepada peserta himpunan dan wartawan yang bertugas tanpa membezakan mana-mana individu yang hadir kerana ia merupakan tugas mereka dan bukannya menyamar sebagai peserta himpunan lalu mencetuskan provokasi yang akhirnya mengakibatkan 'rakan mereka' dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak lalu menunding jari kununnya peserta yang menimbulkan suasana sedemikian. Pas yang dikeluarkan polis itu hanyalah satu lagi bukti polis ingin merancang sesuatu provokasi lebih dahsyat tanpa melakukan kesilapan serupa apabila wartawan dari seluruh dunia turut terkena serangan meriam air dan gas pemedih mata semasa Bersih 3.0 dulu hingga ada yang dirawat di hospital.Read More / Baca Lagi >> | ||
Penganjur: Himpunan KL112 cermin banyak tuntutan rakyat belum ditunai Posted: 08 Jan 2013 07:50 PM PST SHAH ALAM - Di sebalik 'feel good factor' yang disulam ke dalam jiwa rakyat di negara ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan memcerminkan masih ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keadaan semasa, kata jurucakapnya, Hishamuddin Rais. Beliau berkata, himpunan yang akan diadakan pada hari minggu itu sebenarnya bertujuan memberi isyarat jelas bahawa rakyat biasa mahu pun mereka yang bernaung di bawah badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini punya rungutan dan tuntutan mereka sebagai rakyat yang harus didengari. "Ia adalah untuk membuktikan bahawa ramai rakyat di Malaysia ini merasa tidak berpuas hati melalui NGO-NGO, melalui badan-badan sivil, badan-badan masyarakat Madani ini untuk mengajukan tuntutan-tuntutan mereka ini. "Tuntutan-tuntutan mereka ini juga pelbagai. Jadi Himpunan Kebangkitan Rakyat ini mengemblengkan semua tuntutan ini dalam satu hari. Jadi ini yang cuba dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Bukan setakat memberi amaran kepada pemerintah pada hari ini, ia juga suatu peringatan kepada mana-mana parti yang akan mengepalai tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Tujuannya adalah untuk mengajukan tuntutan-tuntutan daripada NGO-NGO seperti Anak untuk selamatkan Felda, Mufakat untuk selamatkan kampung warisan, kumpulan Hijau untuk selamatkan Pengerang dan kilang Lynas (dan sebagainya)," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
HKR KL112: Siapa tak turun 12 Januari tak akan dapat lakar sejarah terakhir era BN Posted: 08 Jan 2013 07:01 PM PST Jom turun ramai-ramai untuk lakar sejarah negara pada 12 Januari 2013 (Sabtu) dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibunegara Kuala Lumpur. Sapa tak turun tak dapat la nak rasa nikmat terakhir di era BN berkuasa selama 55 tahun sebelum ditumbangkan dalam pru 13 yang dijangka Mac atau April depan.Rugiiii .. Pedulikan dengan isu basi yang dibangkitkan Umno untuk tutup segala tuntutan rakyat iaitu bagi royalti kepada Kelantan,tutup kilang racun Lynas,bersihkan pilihanraya,selamatkan Felda daripada jadi habuan gerombolan untuk perah dan hisap darah peneroka. Rakyat tak celik dan buta IT banyak kena tipu dengan gerombolan yang jual agama,jual air liur dengan kata Umno tumbang Melayu merempat.Yang merempat Umno bukan kita.Fahaman sesat dan menyesatkan ini tidak ada dalam kitab Fathul Bari tapi ada dalam kitab Umno. Rakyat Mesir dan Tunisia yang berjaya jatuhkan pemimpin diktator Mubarak dan Ben Ali tentu berbangga kerana mereka dinobatkan sebagai salah seorang di kalangan berjuta rakyat jatuhkan pemimpin mereka yang zalim.Tapi kita turun dalam HKR hanya untuk berhimpun secara aman dan suarakan hak kita kepada pemerintah.Kita akan jatuhkan pemerintah di peti undi bukan secara ganas seperti samseng Umno yang kini mengganas sebelum kalah. JOM TURUN! | ||
HKR KL112 : AMK alu-alukan kehadiran anak muda di Padang Timur PJ untuk berarak ke Stadium Merdeka Posted: 08 Jan 2013 06:57 PM PST Bahang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 semakin terasa. Desakan rakyat untuk menuntut pembaharuan dan hak mereka sebagai rakyat telah sampai ke kemuncaknya. Justeru kebangkitan ini tidak dapat lagi dibendung, tambahan pula Polis DiRaja Malaysia telahpun memberi jaminan untuk bekerjasama menjadikan perhimpunan satu juta rakyat ini menjadi himunan yang paling aman setelah beberapa insiden di himpunan yang lalu. Angkatan Muda KEADILAN Selangor yang akan menjadi tuan rumah untuk tapak lokasi berkumpulnya anak muda Angkatan Muda KEADILAN dari seluruh pelusuk negara, mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama menggegar #KL112. Berikut adalah tapak lokasi yang ditetapkan Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 8.00 pagi Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (depan Amcorp Mall) Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, dengan diketuai oleh Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berarak dari Padang Timur, PJ ke Stadium Merdeka serta akan bergabung dengan kumpulan-kumpulan lain sepanjang laluan perarakan yang akan melalui Universiti Malaya dan Dataran Merdeka. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kalimah ALLAH : Buka ruang untuk berdakwah - TG Nik aziz Posted: 08 Jan 2013 06:55 PM PST Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur. "Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut. "Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH," katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH. Read More / Baca Lagi >> | ||
SKMM: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penyebar berita palsu menerusi internet dan SMS Posted: 08 Jan 2013 06:49 PM PST CYBERJAYA, 9 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan SMS. Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. "Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. "Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," kata beliau lagi. — Bernama | ||
Rakyat Sabah diseru sertai Himpunan Bangkit 12 Jan Posted: 08 Jan 2013 06:12 PM PST KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. Read More / Baca Lagi >>"Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO," kata Harieyadi Karmin selaku Koordinator Gegar merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit dalam satu kenyataan. . Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah. Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain. | ||
HKR KL112 : 'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis' Posted: 08 Jan 2013 06:11 PM PST Malaysiakini tidak akan mengemukakan senarai nama wartawannya untuk mendapatkan pas pengenalan polis untuk dipakai oleh mereka yang akan membuat liputan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Sabtu ini. Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman. "Pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang, muktamad," katanya. Semalam, pihak polis telah meminta organisasi media mengemukakan senarai nama wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut, dengan mengatakan bahawa pas pengenalan itu adalah untuk "perlindungan" mereka. Fathi Aris (kiri) berkata pas media Malaysiakini sendiri dan kad akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi sepatutnya sudah mencukupi untuk mengenal pasti wartawannya. Mana-mana pas pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak polis boleh membawa kepada ketidakpercayaan orang awam terhadap petugas media, katanya. "Ini akan membuatnya kelihatan seolah-olah wartawan telah 'disahkan' oleh pihak polis," katanya sambil mengingatkan, bahawa ia boleh mewujudkan satu duluan (precedent) yang tidak sihat. Read More / Baca Lagi >> | ||
HKR KL112 : Buktikan Kita Manusia Posted: 08 Jan 2013 06:00 PM PST Sabtu ini - 12 Januari ini akan berlangsung himpunan kebangkitan rakyat (HKR). HKR adalah kesenimbungan kepada Bersih 1,2, dan 3. Ia adalah kemuncak kepada manifestasi kebangkitan rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. Keperluannya begitu besar sekali tanpa pilihan raya yang adil dan bersih maka kepimpinan yang lahir menerusi proses ini selamanya tidak bersih dan membawa imej dan sifat kepimpinan sejati.
Nah begitulah juga dengan sistem atau proses melahirkan pemimpin mestilah dari proses dan sistem yang betul dan baik barulah lahir pemimpin yang suci murni berjiwa besar dan akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara dengan adil dan bersih. Kenapa banyak kepincangan berlaku di dalam negara kita hari ini, sebabnya bukan lain kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak lahir dari sistem atau proses yang suci. Pilihan raya kita dipenuhi dengan strategi dan tektik penipuan. Pemnimpin yang ada hari ini tidak ubah seorang anak yang lahir dari hasil persundalan kedua orang tuanya. Sifat buruk, keji yang dimiliki oleh kedua orang tuanya sedikit sebanyak menurun kepada anaknya. Himpunan itu mulanya dirancang akan berlangsung di stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah pun membuat permohonan tetapi hingga saat ini tiada kelulusan yang diberikan. Dua hari lepas wakil penganjur berkunjung ke pejabat stadium berkenaan untuk bertanya khabar mengenai status permohonan mereka tidak ada seorang pun pegsawainya keluar menemui wakil berkenaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Jan 2013 05:57 PM PST SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mengumumkan ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata, amaran hujan lebat dan angin kencang ditarik balik pada 8.35 malam, Isnin. Bagaimanapun MKN masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan. "Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail berkata,sebarang aktiviti perikanan perlu dihentikan kerana angin kencang yang mencecah sehingga 60km/j akan menyebabkan laut bergelora. "Orang ramai jangan panik kerana ribut ini tidak akan melanda semenanjung hanya menyebabkan laut bergelora. Read More / Baca Lagi >> | ||
“Tiger show” dalam PDRM : Ia tak patut berlaku Posted: 08 Jan 2013 05:54 PM PST Apa pun jawapan atau alasan Ketua Polis Selangor tentang peristiwa yang sudah berlaku ini, ia tetap sesuatu mengambarkan keburukan dan kelemahan PDRM sendiri. Institusi PDRM (Polis DIRAJA Malaysia) yang logonya tertulis kalimah "Allah" dan "Muhammad" ,, nampaknya dengan sewenang-wenang telah dicemari oleh PDRM sendiri. Memang tidak wajar dan amat bertentangan dengan budaya Islam dan masyarakat Malaysia 'amnya. Gambar tarian separuh bogel ini telah dirakam dalam satu Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPDP Shah Alam pada 4hb Januari yang lalu. Gambar tigasuku lucah ini kini sedang berlegar ligat dialam internet. Dan difahamkan Ketua Polis Selangor melalui akaun FBnya telah mengeluarkan satu kenyataan….. begini bunyinya,,,,, " ASLMKUM. SAYA HARAP JGN LAH RAMAI YANG BUAT DOSA. SAYA TLH SELIDIK. PIHAK POLIS YG HADIR (JSJ SHAH ALAM) JUGA TERPERANJAT DGN PIHAK KEBUDAYAAN ( MLM DI INTEKMA ) ITU YG TELAH MEMBUAT "SHOW" SEDEMIKIAN, NAMUN TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP MEREKA YG BERTANGGUNG JAWAB & CUAI DLM MENGANJUR. POLIS SELANGOR TIDAK SEKALI KALI MENYOKONG KEMUNGKARAN SEBEGITU. HARAP MAKLUM" Persoalannya,,, Mohon maaf satu hal,, tetapi memadaikah permohonan maaf yang begini ringkas? Dan salahkah kalau mesyarakat Malaysia masih beranggapan bahawa PDRM atau keluarga PDRM atau pihak-pihak yang berkaitan dengannya, sengaja telah memperlekehkan hukum Islam? - rahimothman | ||
Jika Perbadanan Stadium Merdeka Berkeras Lokasi Terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat? Posted: 08 Jan 2013 05:52 PM PST Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas itu tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran lokasi sekiranya Perbadanan Stadium Merdeka masih enggan mengeluarkan surat kebenaran menggunakan kemudahan itu Sabtu ini. "Kami akan tunggu sehingga jam 1 tengahari esok, sama ada diizinkan ataupun tidak, kita akan umumkan dalam satu sidang media jam 4 petang esok di ibu pejabat Pas. "Kita buat keputusan terakhir di situ," katanya kepada pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara bagi membincangkan kerjasama dan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan itu berlangsung. | ||
Syrian Kurds seek essential supplies in Iraq Posted: 08 Jan 2013 05:45 PM PST | ||
The Stream - Bound by sectarianism Posted: 08 Jan 2013 05:43 PM PST | ||
Segera siasat skandal jalan termahal di Malaysia Posted: 08 Jan 2013 03:56 PM PST KOTA KINABALU: PAS Sepanggar mendesak agar SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu kos pembinaan jalan ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah yang hanya berjarak 900 meter namun menelan belanja RM 14.9 juta. Read More / Baca Lagi >>(Jalan dari Menara Yayasan Sabah ke DUN Sabah hanya 0.9 km tetapi harga pembinaannya RM14.9 juta) Sebelum ini, Harakahdaily pernah melaporkan isu ini dan ahli Parlimen Gombak Azmin Ali juga pernah mempersoalkannya di Dewan Rakyat pada 1 Oktober 2012 lalu. Memorandum juga telah dihantar oleh NGO Jingga 13 pada 17 Disember 2012 di pejabat SPRM Sabah. "Setakat ini, pihak SPRM belum memberikan sebarang respon berhubung isu ini walaupun telah tiga minggu menerima memorandum daripada Jingga 13. | ||
PRU13: BN akan bangkit..!!!! kata Muhyiddin Posted: 08 Jan 2013 03:51 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN. "Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan. "Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam. | ||
Posted: 08 Jan 2013 03:49 PM PST The contention from various organisations and bodies such as Jakim, Umno and PAS that using the term Allah is the exclusive right of Muslims has no religious basis. If a Muslim wants to stray from his faith, there are 1,001 ways to do it, including entering another religion or even sect. So what is the big deal? Why go only after the church? Many Muslims nowadays are already very much influenced by the greed for power, positions, wealth, money, black magic, immoral activities, drugs and what not. They are a confused lot. Why not go after the bomohs, witches, evil politicians, drug traffickers and those in the police force who give them protection, the addicts, snatch thieves, the apostates and the corrupt government servants? But that would be politically incorrect, wouldn't it? Here in Malaysia religion is greatly politicised and race a weapon to be wielded when "needed". Never has this been more pronounced than after the 2008 general election which shocked the ruling Umno-led Barisan Nasional out of its stupor. With all common sense asunder, it's been a religious tug-of-war since then between the Umno and PAS Muslim ulamas and scholars. I find this strange because according to the Surah Al Kafirun, a Muslim should confine himself to his own religion and others to theirs. No religious basis Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Jan 2013 03:48 PM PST Amid several controversies surrounding prime minister Najib Razak, former prime minister Dr Mahathir Mohamad called on UMNO members not to publicly talk about Najib's weaknesses, at least not until the election is over. "When BN wins the 13th general election, then we can correct those mistakes and wrongdoings for the interest of all ... When that time comes, we can rebuke and whack," Dr Mahathir was quoting as saying by the pro-government national news agency, Bernama. The UMNO strongman, whom critics say has remained as Malaysia's 'de facto prime minister', admitted that Najib had his flaws, but urged party members not to openly pass judgements. Instead, Mahathir said UMNO members should focus on helping BN regain its two-third majority. He also spoke of the youths' "naivety" saying there were being exploited by Pakatan Rakyat in its quest for change. "The younger generation should not acquire new taste and try the opposition which will bring destruction to the country. They must be smart and make comparisons - Malaysia before Merdeka and whatever achieved since," he added. | ||
Posted: 08 Jan 2013 03:47 PM PST Compared with Anwar's ideas to solve the nation's woes, Najib's 1Malaysia This and 1Malaysia That are but small painkillers providing short-term relief A friend of this columnist mentioned that 5% discount is given for purchases at a fast-food outlet but the discount is only limited to purchases of less than RM20. Do your math and see how little the discount comes up to! Frankly, all these 1Malaysia ideas are not solving the problems at all. They are just little ideas yielding tiny gains for the rakyat. One of the biggest problems faced by the nation is corruption. Is there any major effort by the relevant authorities to curb this crime? Forget the NKRAs (National Key Result Areas) and the KPIs (Key Performance Index) but has there been any real reduction in corruption? Zilch, nil, tiada. Another major problem is the ever-rising crime rate. Any reduction? Not really. Snatch thefts and house break-ins are rampant and rife. Instead, the Najib administration comes up with 1Malaysia This and 1Malaysia That. These are not problem-solvers but small painkillers that provide short- term relief. Prime Minister Najib Tun Razak is not doing the big things to solve the big problems. Is there any idea or plan on how to curb the massive illicit fund outflow? Again zilch, nil, tiada. In fact, in the first place there is no effort being made to acknowledge that there exists big problems such as corruption, rising crime and illegal fund outflow. Instead, attention and action have been diverted to giving small discounts and small cash aid here and there. Clearly, Najib is not a man of big ideas when it comes to benefiting the rakyat. Just compare with Opposition Leader Anwar Ibrahim who has ideas such as abolishing road tolls, reducing petrol prices and giving out taxi permits. Now these are big ideas. In regard to taxi permits, so far the Najib administration has only handed out four new tyres. This gift amounts to only RM520 whereas the taxi permit costs nearly three times that amount at RM50 per day, which comes up to RM1,500 per month. That is the reason why the prime minister does not really understand the situation on the ground. Making up for lost time Read More / Baca Lagi >> | ||
Sayangi Malaysia, gunakan kuasa kita – Abby Abadi Posted: 08 Jan 2013 03:46 PM PST KUALA LUMPUR: Arbaeiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi hari ini meminta agar seluruh rakyat negara ini melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang. Read More / Baca Lagi >>Beliau yang ditemui di Pejabat Harakah hari ini memberitahu perubahan yang dilakukan itu adalah salah satu usaha untuk menghentikan mereka yang memerintah daripada terus melakukan dosa. Malah ia juga turut menjadikan negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini. "Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berharap seluruh rakyat berani untuk melakukan satu perubahan yang besar pada PRU13 nanti, apatah lagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi perlu berani membuat perubahan. "Niat kita hanyalah untuk menjadikan negara ini lebih baik dari sebelum ini, perubahan pemerintahan perlu dilakukan," jelas beliau. | ||
C4-R - Berbasikal tuntut royalti Posted: 08 Jan 2013 03:42 PM PST CYCLING FOR ROYALTY (C4-R) KB-KLCC. 1-11/1/2013 1. Tahniah! Sangat menarik dan kreatif langkah yang diambil oleh "R" dalam memperjuangkan hak rakyat agar risalah dan mesej yang dibawa sampai kepada seluruh rakyat untuk turut sama bangun memperjuangkan hak yang dinafikan sejak sekian lama. 2. Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan penuh kepada gerakan "R" untuk menuntut royalti minyak petroleum. 3. Sangat malang, jika YAB Perdana Menteri masih membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap tuntutan ini kerana ia adalah hak rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah royalti diberi kepada Kelantan, Pahang dan dipulangkan royalti yang telah dirampas secara kejam dari Terengganu. 4. "Kami mahu Royalti bukan Wang Ehsan" ... Jika Sabah dan Sarawak boleh menikmati royalti yang sememangnya menjadi hak mereka seperti mana yang telah dimuktamadkan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, kenapa hak Kelantan, Terengganu dan Pahang dicabul. Kerajaan Umno dan BN mestilah bertanggungjawab atas pencabulan ini dan mendahulukankan hak rakyat sebagaimana slogan yang mereka jual kepada umum selama ini iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, atau slogan itu hanya satu pembohongan semata-mata. | ||
Gangguan bekalan air: SYABAS nafi sabotaj...Isu pokoknya Air tak cukup..!!! Posted: 08 Jan 2013 03:34 PM PST | ||
Kenyataan media majlis kepimpinan PR - HKR KL112, Kalimah Allah, AES, ATM, Posted: 08 Jan 2013 03:26 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan