Ahad, 6 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PANAS ! Demi projek, Ketua Puteri UMNO ni sanggup serah tubuh ...

Posted: 06 Jan 2013 05:20 PM PST



MENGGEMPARKAN! Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah bergegas ke Keningau.

Malangnya, salah seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Umno salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah.
Agak memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan.

Paparazzi kesal kerana Ketua Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat.

Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri UMNO berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.

Demi nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan!

JANGAN HAMPA DOK BUAT HERAN PULAK, KAN DAH KATA UMNO DAN SEX TAK DAPAT DIPISAHKAN ... so apa ada hal, biasa la bagi UMporno KAN . . . ?

[Video] Ceramah DSAI di Marudi Sarawak 6/1/13

Posted: 06 Jan 2013 07:31 AM PST

Mampoih dah BN Selangor ... hahaha depa TERKEJUT BERUK guling-guling ,,,hampa mai tengok !!!

Posted: 06 Jan 2013 12:44 AM PST

Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.


Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.

PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.

Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.

Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -  omakkau

UMNO/BN lah yang lingkupkan negara - Datuk Johari

Posted: 05 Jan 2013 11:31 PM PST



(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
"Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara.  Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat,  merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.
"Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.
"Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42490

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AMANAT HJ HADI - PERANGKAP BODOH MAKAN DIRI

Posted: 06 Jan 2013 01:52 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH lagi soal "Amanat Haji Hadi".  Umno masih terliur mahu main isu ini sedangkan Umno tiada 'peluru' untuk meneruskan permainan.  Mereka mengumpan untuk mencabar Presiden PAS tampil bersama Pakar-Pakar agama kaki ampu mereka berdepan di TV.  Tok Guru Haji Hadi kata, tiada masalah hatta dibawa berapa banyak pun Tok Peti-Tok Peti beratus-ratus peti untuk berdepan dengan beliau.

Seperti biasa, Umno kecut.  Tok-Tok Peti pun kecut.  Memang spesis kecut pun sebab puak mereka telah memilih pemimpin yang tiada `telor' untuk menjadi pemimpin.  Aku sudah lama jangka, isu "Amanat Haji Hadi' ini hanyalah isu Pilihanraya untuk memerangkap PAS.  Namun, kebodohan mereka memakan diri.

Akhirnya Rais anak Yatim kata tidak perlu berbahas mahu pun berdailog di dalam TV.  Sebabnya, telah difatwakan bahawa "Amanat Hj Hadi" itu adalah menyeleweng.  Siapa mahu percaya kepada Rais anak Yatim yang bininya pun telanjang sentiasa tanpa menutup kepala?  Mahu percaya pada Najib?  Lihat bini Najib maka kita tahu manusia yang tidak kenal "najis Mughallazah" ini tidak layak mahu ulas bab agama.  Dia sendiri pun tidak faham apa yang disebut di dalam "Amanat Hj Hadi".  Dia mudah faham "Amanat Mamak Kutty" yang sebut "habis semua tangan orang-orang Islam menjadi kudung kalau Hudud dilaksanakan".

Itulah spesis yang kita tidak hairan lebih rapat dengan Syaitan yang dikenali.  Spesis ini lah yang kita mahu campakkan ke dalam lubang lahad selepas pilihanraya umum nanti.  

LIVE BERSAMA CHEGU BARD DI TEMERLOH MELALUI RADIO KOBAT FM

Posted: 06 Jan 2013 04:13 AM PST

Malam ini, radio kobat fm akan membawa siaran langsung program kemuncak HKR negeri Pahang bersama anak muda, bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh.  Di antara yang akan berucap adalah Chegu Bard dan beberapa pimpinan NGO yg lain.  Difahamkan Tuan Hj Mat Sabu turut akan berceramah.

Ikuti siaran Kobat FM melalui blog ini, atau anda boleh ke blog http://kobatpkr.blogspot.com  dan juga di  http://kobatfm.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pastikan seluruh anggota KEADILAN gegar HKR Sabtu ini – Saifuddin

Posted: 06 Jan 2013 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat seluruh negara turun gegarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini.
"Empat hari lagi menuju HKR, saya gesa semua anggota KEADILAN seluruh negara termasuk di peringkat pusat, negeri, cabang, ranting, ahli biasa dan penyokong agar turun menyokong himpunan tersebut," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mendukung penuh himpunan tersebut sejak awal pengumuman dibuat oleh Pengarah HKR, Mohammad Sabu, Disember lalu.
"Buktinya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turun pada jelajah kebangkitan rakyat di setiap negeri. Jelas betapa beliau memandang serius himpunan tersebut," jelas Ahli Parlimen Machang itu.
"Ia bukan sekadar perhimpunan, tetapi manifestasi kebangkitan rakyat, yang bukan saja disokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO) seperti Lynas, Royalti dan banyak lagi," katanya.
Tambah beliau, perhimpunan itu adalah peringatan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya yang bebas, adil dan bersih itu penting menjelang PRU 13.
"Sebarang cubaan penipuan dan manipulasi pilihan raya hanya akan meningkatkan kemarahan rakyat," kata Saifuddin.
Himpunan yang menjangkakan sejuta rakyat itu akan diadakan di Stadium Merdeka bermula 2 hingga 5 petang.
Ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, sehingga hari ini pihak sekretariat himpunan masih belum mendapat keputusan rasmi daripada pengurusan stadium berhubung kebenaran untuk menggunakan stadium tersebut.

300,000 anggota & penyokong Pakatan Selangor banjiri HKR

Posted: 06 Jan 2013 09:04 PM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan: Seramai 300,000 anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan membanjiri Kuala Lumpur Sabtu ini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka.
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sebagai kotmitmen Pakatan Selangor untuk menghimpunkan sejuta rakyat pada himpunan itu yang bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat.
"Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini.
"Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap kerajaan. Sokongan padu perlu diberikan kepada kesemua NGO yang bergabung demi kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.
Bagi mengelak kesesakan jalan raya, seluruh rakyat digesa bergerak ke ibu negara pada Jumaat dan menasihatkan orang ramai khususnya di sekitar Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam.
"Kami juga menyeru seluruh rakyat menjaga tatasusila dan tidak menghiraukan sebarang provokasi bagi menjaga keharmonian dalam himpunan ini.
"Harapan kita semoga Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013 menjadi sebahagian daripada sejarah perubahan politik negara yang kemuncaknya dalam Pilihan Raya Umum ke 13," katanya.

Tanah di Bukit Raja Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan Komersil

Posted: 06 Jan 2013 08:58 PM PST

MENGAPA TAKUT HAJI HADI MUNCUL DI TV?

Posted: 06 Jan 2013 07:33 PM PST



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang jika RTM atau TV3 memberi ruang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersiaran secara langsung di televisyen selama sejam ia akan merosakkan minda pendengar dan berupaya menggugat keharmonian. 
Kata Khairy tindakan untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi itu boleh mengundang risiko kepada masyarakat. 
Ramai pemerhati politik yang berkecuali atau yang di atas pagar berpendapat Hadi Awang seharusnya diberi ruang untuk menjelaskan apa sebenarnya Amanat Haji Hadi yang telah memesongkan ramai pengikutnya. 
Masa selama satu jam itu sebenarnya tidak cukup untuk Haji Hadi menebus segala dosa-dosanya jika bersabit amanatnya itu yang terkumpul bertahun-tahun. 
Persoalannya siapa yang mengawal RTM dan TV3 untuk lulus atau tidak penyiaran taubat Hadi ini? Jika terlalu banyak syarat dan songehnya terbuktilah badan penyiaran ini dikawal rapi dan ketat oleh parti-parti politik yang memerintah. 
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz

Posted: 06 Jan 2013 07:26 PM PST

Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan.


Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim.

Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.

Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian.  Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya.


Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP.

Banyak masalah dan perkara yang Zahid perlu bnereskan. Isu-isu di sekeliling 'pinggan mangkuk makannya' masih 'berporah'. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd.

Read More / Baca Lagi >>

JMR di Kota Samarahan, Sarawak

Posted: 06 Jan 2013 07:25 PM PST

PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.

Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.

Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.

Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.

ReJaM© "Kini rakyat sudah bijak, petanda BN bakal tumbang... "

Najib tahu kemana perginya Wang Pampasan Buruh Paksa Keretapi Maut itu ...

Posted: 06 Jan 2013 07:20 PM PST


Dalam keadaan PRU 13 yang semakin hampir ini, Umno/BN nampaknya semakin cemas bila berhadapan dengan berbagai isu.

Umno/BN sehingga kini masih terpinga-pinga untuk mencari jawapan persoalan yang dibawa oleh DS Nizar mengenai kemana perginya RM207 Billion, wang pampasan buruh paksa keretapi Jepun yang telah pun diserahkan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Dalam keadaan yang terpinga-pinga itulah, Umno/BN mencari helah lalu menggunakan semula isu lapok dengan membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam Tabung Memali.


Maka Utusan Meloya pun memainkan peranannya seperti berikut:




Buatlah report, siasatlah.Ini bukan perkara baru.Umno/BN sudah terdesak sangat dan ketandusan isu. Dakwaan berlaku penyelewengan Tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih hidup lagi.
Read More / Baca Lagi >>

The ABC of Public Trust and Accountability.

Posted: 06 Jan 2013 07:18 PM PST

Let us teach UMNO people some ABC. How to conduct oneself in a transparent manner and show people we are committed to the principle of accountability.
The UMNO people are going to town ridiculing DAP for making an error in counting the votes for Zairil K Johari and coming out in the open, owning up to the mistake. They would rather keep people in the dark, stealing from the country, making stupid statements when caught. A party coming out in the open showing all that its committed to the principle of transparency and more important on accountability is demeaned because of that?  clearly then, it means transparency and accountability do not exist in UMNO's vocabulary. Deceit and irresponsibility are.
What would UMNO do? Use mistakes to defraud people? It's better to keep and hide things from people? It's better not to answer or even pretend not to know, the whereabouts of Puspahanas? Where is that damn thing? The government is not answering despite having given the leeching lady RM27 million of taxpayers' money. Is Raja Ropiaah milking money on behalf of UMNO?
It's better to keep quiet and hide from people the whereabouts of the RM207 billion or whatever amount paid by Japan to some 30,000 death railway conscripted laborers? UMNO supports and condones silence and hiding malpractices such as the RM500 million commission earned by middlemen in the purchase of malfunctioning submarines. Or defrauding the people into believing that the proposed west coast expressway breaks new ground in the way piratization privatization is made? Whether the new west coast expressway of 223km costs RM31 million or RM 22 million per kilometer, people want to know what kind of stones and premix go into the building of the road? Why can't JKR do it and make it toll free too? JKR can make it at probably a fraction of the cost. I am told by some JKR engineers, maybe at RM2.5 billion, much lesser than the soft loan given by UMNO to the contracting company. Are the bridges made of gold?  People want to know how could a person associated with failure to pay debts owning to the Selangor government and having a company with a dismal business record can get the award for the highway?
Read More / Baca Lagi >>

Suara UMNO: Felda larang kibar bendera parti di tanah rancangan

Posted: 06 Jan 2013 07:15 PM PST


Sapie Embong JENGKA - Mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengibarkan bendera masing-masing dalam tanah rancangan sebelum Parlimen dibubarkan.

Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Komuniti, Sapie Embong berkata, belum masanya lagi untuk kibarkan bendera parti buat masa sekarang.

"Tunggulah sehingga Parlimen dibubarkan dan ketika itu, barulah kita benarkan mana-mana bendera parti dikibarkan di seluruh tanah rancangan ini," katanya.

Menurutnya, kini juga bukanlah masa yang sesuai untuk berkempen, melakukan kembara atau konvoi politik dalam tanah rancangan.

"Pihak tertentu janji selesaikan masalah peneroka dan hal ini dipolitikkan. Sekiranya ada masalah, berhubung terus kepada pejabat pengurusan Felda yang terdapat di setiap tanah rancangan," katanya.

Katanya, warga Felda dibenarkan berpolitik tetapi jangan sesekali menafikan hak mereka sebagai peneroka.

"Felda sudah sediakan pelbagai kemudahan kepada peneroka. Saya rasa tidak ada masalah yang perlu dibangkitkan.

"Saya minta peneroka dan generasi kedua imbau kembali kesusahan masa lalu sehingga mereka menikmati kesenangan tinggal Felda di masa sekarang," katanya.

Blogger Umno minta maaf dari Khalid Samad

Posted: 06 Jan 2013 07:13 PM PST


PULAU PINANG: Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene: Enggan respon notis mahkamah, Jasbir Singh disepina

Posted: 06 Jan 2013 07:12 PM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan: Saksi pertama kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene – Jasbir Singh Chahl belum memberi respon terhadap notis Mahkamah Perancis yang mengarahkan beliau hadir memberi keterangan.
"Jasbir sudah diberi notis yang mengarahkan beliau untuk beri keterangan, tapi sampai sekarang belum beri sebarang respon," kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
"Kegagalannya berbuat demikian akan menyebabkan beliau disepina," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Enam lagi saksi yang dicadangkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian (PI), P Balasubramaniam (Bala); bekas Penganalis Politik, Abdul Razak Baginda, Ibu bapa Abdul Razak – Abdul Malim Baginda dan Mazlinda Makhzan.
Jasbir juga adalah pembantu kanan kepada Razak Baginda.
Tian turut mengaitkan kebenaran kes rasuah Scorpene dengan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
"Pendedahan Deepak mengesahkan memang berlaku penyelewengan oleh Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.
"Ada sesuatu yang sangat ditakuti Najib dan Rosmah sehingga terpaksa ugut PI Bala untuk menutup mulut dan buat sumpah bertulis kedua (SD 2)," jelas Ahli Parlimen Batu itu.
Deepak pada November lalu mendedahkan beliau mengatur pertemuan antara adik Najib, Nazim Razak dan Bala, seterusnya memberitahu media, keluarga Najib terlibat secara langsung dalam menarik balik akuan bersumpah Bala.
Read More / Baca Lagi >>

NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?

Posted: 06 Jan 2013 07:11 PM PST

It looks like Malaysia will be getting a new prime minister even before the coming general election is held. Embattled Prime Minister Najib Razak is widely expected to step down soon in favour of his deputy Muhyiddin Yassin, citing health reasons but in actual fact a casualty of his Umno party's infighting and fear of losing the federal government to Opposition Leader Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat alliance.
NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?Over the weekend, rumors were rife that Najib would dissolve Parliament on January 26 in a bid to stymie a purported maneuver by Muhyddin and former premier Mahathir Mohamad to oust him as Umno president and prime minister of the country before the 13th GE is held.
Such talk was soon overtaken by even hotter speculation that Najib had fallen ill. According to Sarawak Report, doctors have been on standby all weekend. There is little doubt the strain on Najib and his wife Rosmah Mansor have been tremendous especially over the past few weeks when they were both the targets of a string of shocking corruption expose's by controversial businessman Deepak Jaikishan.
The first couple's deafening silence to the scorching allegations as well as Najib's very notable 'absence' from the public limelight over the past fortnight had stirred suspicion something was up. Some even specualated that Najib may have gone overseas for treatment.
"All we can say is that the BN administration must immediately clarify the actual situation. We all know something is not right when the PM doesn't seem to be around. There is no statement issued as to his whereabouts and there are no rebuttals to the very serious claims made by Deepak," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Banking on sympathy votes from a confused Malay electorate
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 06 Jan 2013 06:28 PM PST

By Singa Terhormat
________________
734888_488714814505296_1449225036_nThe ready response of many to the call to help fund ABU's activities is really heartening, even though it will never be enough to come anywhere near to matching BN's resources (much of it illegally obtained).
As Malaysians we deserve to be proud of our love for and commitment to fairplay and truth and  justice.
There is one other matter though that is vital for all of us to assist the cause and that is to come out in large numbers on Saturday, 12th January, 2013 at the Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Rouse your relatives/friends/acquaintances who may still be in "deep slumber" and get them to attend.
The future of our children, our loved ones and future generations depend on it.
We are on the path of Truth and Justice and we know that Truth and Justice will always prevail.  Let us now answer its call.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Deepak buat dakwaan 10% kepada Pakatan, DAP

Posted: 06 Jan 2013 06:06 PM PST


KUALA LUMPUR: Tidak diragukan lagi sekiranya Deepak Jaikishan membuat hanya 10% dakwaan kepada pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan terhadap Najib dan pemimpin Umno BN, dia mungkin kini sedang muncul dalam semua media perdana BN sejak enam minggu lalu dan bukannya digelapkan terus seperti mana yang berlaku sekarang.

Demikian kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur bertanya mengapa politik dan kewartawanan Malaysia telah jatuh ke tahap sedemikian selepas 55 tahun Merdeka pada 1957?

Berikut ialah kenyataan beliau.

Sepanjang tiga hari lalu merupakan hari-hari yang sukar buat pemimpin, ahli dan penyokong DAP di dalam 47 tahun sejarah parti, kerana DAP telah memenuhi muka depan media perdana Barisan Nasional sejak dua hari lalu dan memenuhi semua siaran yang dikawal Barisan Nasional.

Berikut adalah tajuk berita muka depan yang lantang di dalam media perdana BN sejak dua hari lalu:
Read More / Baca Lagi >>

Selepas tangkapan rasuah, Pulau Pinang rombak pegawai daerah

Posted: 06 Jan 2013 06:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Pulau Pinang merombak lima pegawai daerah dan menamakan seorang lagi wanita kepada jawatan kanan perkhidmatan awam itu untuk menggantikan salah seorang yang ditangkap dalam operasi minggu lepas.
Pegawai daerah adalah di bawah bidang kuasa negeri yang mengendalikan pentadbiran tanah, dan juga bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya. Pilihan raya umum akan diadakan tahun ini selepas kerajaan melengkapkan tempoh lima tahun.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) mengesahkan rombakan itu kepada The Malaysian Insider dengan mengatakan beliau akan membuat pengumuman hari ini.
"Akan ada rombakan pegawai daerah. Dan negeri ini akan melantik seorang lagi wanita, menjadikannya dua pegawai daerah wanita di sini," katanya.
Pulau Pinang mempunyai lima daerah — Timur Laut Pulau Pinang, Barat Daya Pulau Pinang, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Lim telah melantik pegawai daerah wanita pertama Rohani Hassan bagi negeri, pada tahun 2009 untuk memimpin Daerah Seberang Perai Selatan.
Meletakkan wanita kedua dalam jawatan tertinggi negeri dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan lebih banyak undi daripada wanita, yang membentuk sebahagian besar pengundi berdaftar dan lebih cenderung untuk membuang undi berbanding rakan-rakan lelaki mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sabah perlu ubah hingga kerajaan Persekutuan ditukar

Posted: 06 Jan 2013 05:56 PM PST

KOTA KINABALU 7 JANUARI: Keberanian rakyat Sabah empat kali menukar kerajaan negeri perlu diulangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi menjamin kebajikan rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, berkata ia penting kerana perubahan kerajaan sebelum ini belum mencukupi kantaran  tidak melibatkan penukaran di peringkat kerajaan persekutuan.
"Sabah mempunyai keberanian. Sudah empat kali menukar kerajaan negeri tetapi adakah rakyat menikmati perubahan secara keseluruhannya? Tiada.
"Kerana itu, kita perlu bersatu hati untuk mengecapinya. Jangan jatuh dalam perangkap Umno BN. Jangan beri peluang BN menjatuhkan kita," katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat pada majlis Makan Malam Tahun Baru anjuran KEADILAN cabang Kota Kinabalu di Restoran Grand Port View Seafood di sini, kelmarin.
Terdahulu, beliau yang tiba di Sabah pada Sabtu lalu, sempat mengunjungi Kampung Navaung, Papar dekat sini.
Read More / Baca Lagi >>

Red-hot rumors Najib suffered a MINOR STROKE over the weekend

Posted: 06 Jan 2013 05:55 PM PST

Word is seeping out that the Prime Minister of Malaysia suffered a 'minor stroke' over the weekend.
Given the scandals building around him, perhaps the pressure has started to tell?
Red-hot rumors Najib suffered a MINOR STROKE over the weekend
So far, Najib Razak has provided no substantial answers to the deadly accusations over the past couple of weeks, further linking him to the cover-up over the murder of the model Altantuya Shaariibuu and to the kickbacks from the French Scorpene submarine deal.
Instead, in an extraordinary move, he directed the Defence Ministry to execute a blatant buy up of a company owned by his main accuser and former business friend, Deepak Jaikishan.
Malaysia has been left asking why did the PM so suddenly and arbitrarily decide it was necessary to pour millions of ringgit into a company of no apparent use, which just happens to be owned by the man who has been threatening more revelations?
The 'First Lady's' love of diamonds is well-documented
However, the former carpet dealer, Deepak,  immediately made clear that the sum was not enough to get him out of the financial trouble, which his business dealings with the Prime Minister appear to have landed him in and which started him talking in the first place.
Ensuing revelations have duly appeared over the past 3 days, including the publication of a much heralded book attributed to Deepak, The Black Rose.
There has also been new evidence that the carpet dealer bought millions of ringgit worth of diamond jewellery for the first lady (jewellery being a well-known foible of hers) in order to smooth his deals with the Razak family involving the sale of state lands.
Deepak has started to become strained and contradictory in his interviews, blaming the opposition for not supporting him and denying supplying information to journalists, but none of this looks good for the PM.
Walking the plank?
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin BN bina banyak empangan untuk bolot kekayaan – Anwar

Posted: 06 Jan 2013 05:54 PM PST

BAU (SARAWAK) 7 JANUARI: Pemimpin BN galak membina empangan di Sarawak bagi mengautkan keuntungan setiap kali kos melambung apabila projek tertangguh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya wujud agenda tersirat di kalangan pemimpin BN berikutan lambakan projek pembinaan empangan kerana ia melibatkan kos tinggi.
"Empangan Batang Air, berapa lama tidak siap? 22 tahun lebih. Bakun? 15 tahun lebih. Pampasan sampai hari ini pun belum habis bayar lagi.
"Empangan Bakun kapasiti sampai 200 tahun. Empangan Batang Air sudah besar, mahu buat Empangan Baram lagi. Cukuplah. Mahu buat banyak-banyak pasal apa?" kata Anwar.
"Berapa banyak nak dibina? Ini pemimpin gila dam (empangan). Mana ada negeri di dunia yang banyak empangan? Pemimpin BN ambil bukan sedikit, bukan puluh juta, ratus juta," katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 2,000 masyarakat Bidayuh di tempat letak kereta, Pekan Bau, malam tadi.
Justeru, Anwar memberi jaminan untuk menutup Empangan Bengoh di Sarawak apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Ketakutan pada Najib, dakwa SU Akhbar Nik Aziz

Posted: 06 Jan 2013 05:53 PM PST


ahmad-fadhli-shaari
KOTA BHARU – Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meminta rakyat untuk memilih Barisan Nasional (BN)  adalah hanya membayangkan ketakutannya dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, desakan tersebut hanya lambang ketakutan yang ada pada diri Presiden Umno itu.

"Pas telah memerintah negeri ini selama 22 tahun dan apa yang kita lihat, tiada kehancuran pun berlaku," katanya ketika mengulas isu kenyataan Presiden Umno itu yang meminta rakyat untuk membuat pilihan yang betul PRU13 dan menganggap pilihan kepada pembangkang boleh menyebabkan kehancuran.

Menurutnya, tiada kehancuran juga berlaku pada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Amanat : Mufti syor Majlis Fatwa jemput Hadi

Posted: 06 Jan 2013 05:51 PM PST



Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.

"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.

Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.

Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.

Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.

"Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

How the boardroom clinched Deepak deal

Posted: 06 Jan 2013 03:54 PM PST

The most puzzling question in the RM30 million settlement with carpetman Deepak Jaikishan is why didn't Boustead Holdings Bhd buy 100% shares in Astacanggih?

Why can't the group of army veterans see the documents related to the purchase of Astacanggih Sdn Bhd and land from Awan Megah (M) Sdn Bhd? After all, the legal requirement is that the documents related to the purchases should be made available for public inspection for three months from the date Boustead Holdings Bhd (BHB) announced the deals.
But that didn't happen, did it?
Anway, what I found puzzling was this. BHB can buy out Astacanggih (an 80% stake) but cannot do the same with Awan Megah. If it takes over Awan Megah, wouldn't that lead to taking over the privatisation project (National Defence Education Centre or Puspahanas)?
If that was the case, the company (Awan Megah) should be in distress as it had neither the intention nor capacity to build the RM100 million Puspahanas. It's embroiled in a lot of problems.
Wouldn't it be simpler to just buy out the two proxies fronting for Raja Ropiaah Abdullah, the owner of Awan Megah?
Let us do a little bit of detective work concerning BHB asking its son-company (grandson to Lembaga Tabung Angkatan Tentera or LTAT) to buy Astacanggih and buy off Deepak Jaikishan. Some people called it outright bribery which seems to be in line with how Prime Minister Najib Tun Razak manages the country.
Let me suggest to you what may have happened in the "war room" or bunker of the BHB board of directors, many of whom are former generals (who never went to war).
It was an emergency meeting and must have given the retired generals a surreal sense that they were at war – having to make a quick decision.
Luckily they were qualified generals and not dullards.
The BHB directors consented to its son-company, its wholly-owned unit, Bakti Wira Development Sdn Bhd (Company No. 276338-M) to enter into an agreement on Dec 20, 2012, to acquire 16,000,000 ordinary shares of RM1 each in Astacanggih Sdn Bhd (Company No. 767577-W). This represented 80% of the issued and paid-up share capital of Astacanggih.
This was meant to pay back that pesky Hindustan hero (Deepak Jaikishan), author of "The Black Rose".
So Boustead now has a new adopted son, Astacanggih.
Astacanggih and Bakti Wira then entered into an agreement with Awan Megah (Company No. 184720-W) to acquire a total of 200 acres of freehold land in Klang, Selangor.
They entered into such agreement on Dec 27, 2012. The purchase price of RM30 milion was arrived at on a willing-seller and willing-buyer basis, the managers told the generals.
Astacanggih shares were originally held by Deepak and Prestige Dimension Sdn Bhd and other minority shareholders who were the vendors in the acquisition of shares.
The other original shareholder of Astacanggih is Putra Nazrain Adril Abdul Jalil who holds four million or 20% shares in Astacanggih.
Who is Astacanggih?
Read More / Baca Lagi >>

Kesan revolusi Timur Tengah

Posted: 06 Jan 2013 03:52 PM PST


Kesan revolusi Timur TengahREVOLUSI kebangkitan rakyat di Timur Tengah yang bermula di Tunisia pada akhir 2010 memberi impak besar kepada rantau itu sehingga kini walaupun telah dua tahun berlalu.

Ia bermula dengan insiden penjual buah-buahan, Mohamed Bouazizi, 26, membakar dirinya sendiri selepas berputus asa dengan keadaan ekonomi di negarapimpinan bekas Presiden Zine el Abidine Ben Ali.

Kejadian itu juga telah menjadi faktor utama mencetuskan kemarahan rakyat yang akhirnya menyaksikan beliau digulingkan dalam tempoh sebulan pada awal tahun 2011.

Kebangkitan pertama rakyat di rantau Arab itu didakwa telah menyebabkan beberapa negara seperti Mesir, Libya, Yaman, Syria dan Bahrain turut terkena tempias revolusi tersebut.

Negara di rantau lain juga menjadikan protes di Timur Tengah sebagai sumber inspirasi untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah ketidakadilan pentadbiran kerajaan akibat kepincangan ekonomi dan sosial.

Demonstrasi jalanan digelar Indignants yang bermula di Puerta del Sol di Madrid, Sepanyol pada 15 Mei 2011 telah merebak ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara maju lain termasuk Australia, Hong Kong dan Jepun.

Protes anti-Wall Street juga menjadi medium rakyat negara maju untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan berikutan berlakunya ketidakadilan sosial dan kadar pengangguran tinggi.

Tunjuk perasaan Indignants dan Occupy Wall Street itu dilaporkan telah merebak ke 950 bandar di 82 negara dalam tempoh beberapa bulan.

Berakhirnya pemerintahan kuku besi

Read More / Baca Lagi >>

Bhagat Singh dan hidup selamanya revolusi!

Posted: 06 Jan 2013 03:45 PM PST

Oleh  Ahmad Lutfi Othman

Mukadimah: Saya jarang, malah tidak pernah rasanya, menulis khusus tentang filem. Cuma saya pernah menyinggung sepintas lalu filem The Legend of Bhagat Singh, sekitar Ogos 2002, lebih 10 tahun lalu. Berikut adalah tulisan berkenaan:


SEJAK  20 tahun lagi, saya jarang dapat menikmati keenakan menonton filem. Kalau adapun, hanyalah siri pendek drama TV. Untuk terpaku lebih dua jam, apatah lagi menonton filem Hindi selama tiga jam, ianya cukup memenatkan.
Walaupun isteri saya terpaksa membeli VCD Kuch Kuch Hota Hai, sebanyak tiga kali -- kerana yang sebelumnya rosak dan yang lainnya dipinjam orang tanpa dikembalikan -- minat saya langsung tidak terusik.
Apabila dikatakan filem Phir Bir Hindustani dapat menggambarkan mood reformasi, saya cuba menontonnya, tetapi secara melompat-lompat, dan akhirnya merasakan ia tidak lebih dari filem murahan Hindi yang lain.
Namun filem The Legend of Bhagat Singh, sentuhan berbisa Rajkumar Santoshi, berdasarkan lakonlayar Anjum Rajabali, yang diterajui pelakon Ajay Devgan, mengubah keadaan. Hampir tiga jam saya menatap penuh ghairah, setelah puas memujuk anak paling kecil, Umar Mukhtar, 4, yang merengek mahu menonton VCD Ultraman.
Gelodak jiwa muda dan nostalgia hidup di kampus kembali berputar selepas menyaksikan kisah benar seorang anak muda, Bhagat Singh, 23, menyanyi ceria sambil berlari-lari anak, bersama dua teman karibnya, Sukhdev dan Rajguru, ke bilik gantung, selepas dikejutkan oleh pengawal penjara bahawa saat kematiannya telah tiba.

Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN 50 Tahun = Lima Sekolah Agama, PR Selangor Lima Tahun = Lima Sekolah Agama

Posted: 06 Jan 2013 03:16 PM PST

SRA PR selangor 01
BANGI, 6 JAN : Hanya dalam tempoh empat tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya membina lima buah sekolah rendah agama (SRA) di Bangi berbanding Kerajaan Umno-BN yang mengambil 50 tahun untuk membina jumlah sekolah yang sama.
Terbaru, sebuah SRA empat tingkat sedang dalam proses pembinaan di Kampung Sungai Tangkas, di sini dengan menggunakan peruntukan sejumlah RM 2.5 juta daripada Kerajaan Negeri.
Sekolah tersebut merupakan yang ke-lima dibina selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor bermula pada Mac 2008.
Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata, bangunan sekolah terbaru itu terletak di atas tanah dua ekar. Projek itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri pada September 2011 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.
Menurutnya, ia mampu menampung lebih ramai murid di kawasan Bangi untuk mendalami pendidikan Islam dengan lebih baik dan teratur.
"Kelulusan untuk membina SRA di Sungai Tangkas amat cepat. Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ketua kampung diarah untuk mencari tapak.
"Sekolah ini terdiri daripada dua bangunan empat tingkat yang dilengkapi 30 buah kelas dan sebuah kantin.
"Ia mampu menampung keperluan penduduk di kawasan ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan islam.
Read More / Baca Lagi >>

Sendiri Terasa : Hadi tidak pernah kata Umno kafir

Posted: 06 Jan 2013 03:15 PM PST


Mohd Nasaruddin Daud KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

"Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, 'politik suku agama suku' (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.

"Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu," katanya ketika berucap pada forum 'Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.

Read More / Baca Lagi >>