Sabtu, 5 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mahathirlah yang lingkupkan negara - Datuk Johari

Posted: 05 Jan 2013 11:28 PM PST


(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
"Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara.  Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat,  merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.
"Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.
"Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42490

Ketua Wanita UMNO M'sia - Ketua Wanita Umno Selangor sama saja, kaki kebas duit rakyat ... haramjadah sungguh la depa ni

Posted: 05 Jan 2013 09:09 PM PST

Harakahdaily,06 Jan 2013



(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."


Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling "menarik' perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  "The Star".

Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.

Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.

Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 

Remaja 13 tahun mengaku salah cabul seorang wanita

Posted: 05 Jan 2013 08:51 PM PST


alt

AYER KEROH 6 Jan.  - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini kelmarin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya.

BERITA AWAL

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ustaz Fathul Bari Bidas Ustaz Azhar Idrus Tak Faham Erti Jihad

Posted: 05 Jan 2013 09:26 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man : Sejarah penubuhan PAS dan sejarah Amanat TG Haji Hadi

Posted: 05 Jan 2013 09:23 PM PST

Kutipan Premium Tanah Selangor Meningkat Kepada RM800 juta

Posted: 05 Jan 2013 09:08 PM PST


MB-bantuan-banjir-ijok-01
KUALA SELANGOR, 6 JAN :Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,  kutipan premium tanah meningkat kepada RM800 juta berbanding  RM300 juta sebelumnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  dengan perolehan yang semakin meningkat itu maka ia menuntut kepada sistem penyimpanan yang efektif di mana hasil daripada simpanan itu dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat ketika ditimpa bencana alam.
Katanya dengan adanya sumber ini maka ia memudahkan Kerajaan Negeri  menggunakan wang tersebut di waktu kecemasan.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyimpanan rekod dan data penerima bantuan bencana yang bersistematik dan memudahkan untuk tindakan  selanjutnya.
"Kita mempunyai semua rekod dengan apabila RM2juta kita memberikannya, kita mempunyai dua juta rekod tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

MB : Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pengguna Saman Syabas

Posted: 05 Jan 2013 09:07 PM PST

salbiah-tunut-beg-sekolah-01
KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri  Selangor mengalu-alukan tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika  Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.
"Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya," kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato' Menteri Besar di Ijok di sini.
Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air  masih  milik Kerajaan Negeri.
Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan.
Read More / Baca Lagi >>

WOW! Rosmah puts aside 'DIAMONDS' to help clean flood-hit school

Posted: 05 Jan 2013 09:06 PM PST

WOW! Rosmah puts aside 'DIAMONDS' to help clean flood-hit schoolKUANTAN- The Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor and Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar took part in a gotong royong programme today, to clean up Sekolah Agama Rakyat Al-Amin in Kampung Seri Damai, which was affected by the recent floods.
Rosmah, who is the Girl Guides Association of Malaysia president, and 250 Pahang branch members of the association helped to paint the school and plant trees.
She then distributed exercises books and stationery to the school, and prayer mats and Quranic verses booklets to the Al-Amin Mosque located within the compound. She also presented RM5,000 to the Tengku Puan Pahang, who is president of the Pahang Girl Guides.
– Bernama

Don't point at us, tell the people why the TOTAL SILENCE on Deepak-Rosmah- Ropiaah? - Kit Siang

Posted: 05 Jan 2013 09:05 PM PST

The past three days have been the most difficult days for DAP leaders, members and supporters in the 47-year history of the party, testified by the fact that the DAP had dominated the front-pages of the Barisan Nasional mainstream media (MSM)  in the past two days and hogged the Barisan Nasional-controlled air waves.
The following are the screaming front-page headlines in the BN MSM in the past two days:
DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13)

Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13)

Don't point at us, tell the people why the TOTAL SILENCE on Deepak-Rosmah- Ropiaah? - Kit SiangDAP election FIASCO – Error raises doubts about party's ability to rule country (New Straits Times 5.1.13)

'Embarrassing glitch' – (New Sunday Times 6.1.13)

Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13)

Tindakan DAP 'luar biasa' – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13)

It doesn't add up (Star 5.1.13)
When DAP appears in the BN MSM, especially on their front-pages, it is not good news. In fact, often they are about lies – as in the infamous case on May 7, 2011 when Utusan Malaysia carried a front-page article headlined "Kristian agama rasmi?" ("Christianity the official religion?"), claiming that DAP was conspiring with Christian leaders to instal Christianity as the religion of the federation instead of Islam and the other infamous case on July 9, 2012 on the Utusan Malaysia front-page about the  falsehood that the DAP would contest 90 of the 222 parliamentary seats to dominate Pakatan Rakyat and appoint the Prime Minister in the 13th general election.
Gag-order on Deepak?
Read More / Baca Lagi >>

Who hijacked the Death Railway money?

Posted: 05 Jan 2013 09:03 PM PST

The money - RM207 billion - is believed to have been transferred by the Japanese government to Malaysia in the 1990s. What has happened to it?

By Chua Jui Meng

Is Dr Mahathir Mohamad  going to take the same "silence is golden" stand as Najib Tun Razak and his infamous diamond-loving wife Rosmah Mansor when cornered by an issue?
The revelation by the Japanese Embassy that it had paid compensation to the Malaysian government for families of victims of the so called "Death Railway" project in the 1940s is shocking.
The sum of RM207 billion or whatever the amount must be revealed by Mahathir. He was close to the Japanese government and corporate sector when he promoted his Look East Policy aimed at enhancing trade with Japan.
The money, believed to be amounting to RM207 billion, was meant to be distributed to some 30,000 Malaysians who had been recruited as forced labourers by the Japanese to build the Thai-Burma rail link.
This means each affected family is entitled to receive between RM2.8 million and RM3 million as compensation.
The stinking part of the Umno-led Barisan Nasional federal government is that the public is today unaware of the compensation payment by the Japanese.
We would have thought Mahathir would have brought the money back from Japan in triumph, like a victorious Roman general.
Umno would have organised a huge gathering of the victims or their families and distributed the money. No, it was all covered in secrecy.
National probe needed

Read More / Baca Lagi >>

DESPERADO? BN akan sambung BR1M jika menang PRU13 - Muhyiddin

Posted: 05 Jan 2013 09:02 PM PST

DESPERADO? BN akan sambung BR1M jika menang PRU13 - Muhyiddin
TANJUNG MALIM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.
Katanya, kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.
"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Beliau berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat.
Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.
Muhyiddin berkata, bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Read More / Baca Lagi >>

Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya

Posted: 05 Jan 2013 09:01 PM PST

Rafizi SACC PKR
PETALING JAYA, 6 JAN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti.
Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal 'disingkirkan' daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13.
Percaturan ini dilihat sebagai usaha monopoli bagi 'mengikat' Ahli Parlimen BN supaya terus setia menyokongnya.
"Ini yang saya tidak pernah sebut secara terbuka Umno-BN kini ada masalah dan krisis menentukan calon kerana pimpinan Umno terutamanya sudah nekad untuk 'buang' Najib dan Rosmah selepas PRU-13.
"Dia (Najib) tidak akan menang dan Najib akan 'terpelanting'. Tapi kalau dia (Umno-BN) tipu pun dan menang, Najib akan 'terpelanting'.
"Kalau lima tahun menjadi perdana menteri cincin Rosmah sudah muat satu dewan, kalau bagi dia lima tahun lagi, lepas ini memang habis Umno. Memang tidak wujud lagi Umno kalau terus bagi Rosmah menjadi Isteri Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

NGO lancar kempen ‘Pertahankan Taman Merdeka Negara’

Posted: 05 Jan 2013 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) berikrar untuk berjuang hingga perancangan kerajaan Umno BN membina Menara Warisan 118 tingkat di Taman Merdeka Negara dibatal.
"Kita berhimpun menyatakan bantahan kita, tidak suka kepada pembinaan menara 118 tingkat yang akan jahanamkan warisan kemerdekaan negara.
"Kita akan teruskan perjuangan hingga dibatalkan pembinaan menara ini," kata Pengerusinya, Ishak Surin pada majlis perlancaran kempen 'Pertahankan Taman Merdeka Negara' malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ucap takziah atas kematian Qazi Husein

Posted: 05 Jan 2013 08:59 PM PST


KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).

Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.

Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PAS Perak bertemu pengundi di Lembah Klang

Posted: 05 Jan 2013 08:59 PM PST


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.

Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak," kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).

Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

Posted: 05 Jan 2013 08:58 PM PST

KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya 'harapan' dikhianati SPR melalui tipu muslihat.
"Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?
"Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!
"Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR," katanya dengan lantang.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab

Posted: 05 Jan 2013 08:57 PM PST

(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor. Read More / Baca Lagi >>

Isu Raja Ropiaah tidak jejaskan undi, kata pemimpin Wanita Umno

Posted: 05 Jan 2013 08:56 PM PST

 
KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor adalah isu "peribadi" dan tidak menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, menurut pimpinan sayap tersebut.
Sayap wanita yang dianggap sebagai tulang belakang Umno ― parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) ― mengalami satu demi satu skandal dalam peringkat kepimpinan, yang menurut para penganalisis akan menjejaskan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
"Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti," kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil kepada The Malaysian Insider semalam.
Kontroversi terbaru melibatkan perjanjian tanah untuk membina pusat pengajian pertahanan yang masih belum dibina oleh syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (gambar), tidak sampai setahun selepas skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kehilangan jawatan Senator dan Menteri Kabinet.
Sharifah Salmah menyatakan isu Raja Ropiaah adalah isu peribadi dan tidak akan melemahkan sayap tersebut, kerana isu tersebut masih dibicarakan di mahkamah, dan dimainkan berdasarkan spekulasi orang ramai.
"Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu," kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.

Amaran hujan lebat di Pantai Timur 7-9 Januari

Posted: 05 Jan 2013 08:50 PM PST

Umno sebenarnya yg gadai tanah rizab Melayu - Ust Idris Ahmad

Posted: 05 Jan 2013 08:50 PM PST

Penyatuan Hamas-Fatah kian hampir

Posted: 05 Jan 2013 08:48 PM PST

Ibn Taimiyah Mempelajari Ilmu Falsafah - Dato Dr MAZA

Posted: 05 Jan 2013 08:47 PM PST

Masjid Dalam Membangun Ummah - Prof Madya Dato' Dr MAZA

Posted: 05 Jan 2013 08:47 PM PST

Diari 3 YB : Nurul Izzah Anwar

Posted: 05 Jan 2013 08:47 PM PST

Hadi: 'Saya tetap dengan pendirian saya'

Posted: 05 Jan 2013 04:04 PM PST


ABDUL HADI AWANG KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.

Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.

Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.

"(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

"Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Ropiaah dan isu NFC jejaskan Wanita Umno, kata penganalisis

Posted: 05 Jan 2013 03:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan  Skandal-skandal menyelubungi pemimpin tertinggi Wanita Umno melemahkan tulang belakang parti pemerintah dan akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2013, kata para penganalisis.
Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet.
"Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider.
"Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini," kata beliau merujuk kepada sayap yang aktif merayu undi untuk BN.
Azizuddin berkata ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang.
"Segalanya terpulang buat mereka," ulang Azizuddin lagi.
Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan.
Read More / Baca Lagi >>

Alangkah lucunya mereka ini

Posted: 05 Jan 2013 03:46 PM PST


Seperti biasa, menjelang pilihan raya umum, semua pihak akan mula merancang pelbagai strategi demi mencapai apa yang mereka hajati, sama ada majoriti atau mungkin juga populariti.

Maka akan timbullah pelbagai isu, segala rahsia yang disimpan beberapa tahun akan dibongkar, segala salah laku yang selama ini tak terlihat akan diperlihatkan dengan jelas dan nyata di mata rakyat marhaen semuanya. 

Mereka yang ketandusan isu akan cuba memainkan isu lama yang sudah basi. Terbaru, tiba-tiba sahaja isu 'Amanat Hadi' yang disampaikan pada tahun 1981 dimainkan kembali.

Dan dalam isu ini, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman begitu pantas memberi pendapat mewakili NGO itu. Entah apa tujuan ISMA begitu pantas memberi pandangan dalam isu ini.

Dalam buletin TVISMA terbaru, dimuatkan sidang media oleh presiden ISMA yang memohon agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya kerana pada pandangan mereka ia memecahbelahkan umat Islam.

Masih segar di ingatan, ketika ramai memberi komen terhadap "Melayu Sepakat Islam berdaulat" yang ISMA canangkan, mereka meminta agar diberi ruang untuk menjelaskan.

Tetapi apabila sampai kepada Abdul Hadi, begitu pantas pula mereka memberi pandangan sedang beliau belum lagi memberi penjelasan. Alangkah lucunya mereka ini.

Sikap apologetikRead More / Baca Lagi >>

Bahaya 'harga palsu' saham FGV

Posted: 05 Jan 2013 03:41 PM PST

Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.

Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat  tersebut

Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi negara.

Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar.

Teras kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


WOW! SIAPA TAZ? DIA LEBIH RAPAT DENGAN BLACK ROSE BERBANDING DENGAN KAPEED!! HEHE....

Posted: 05 Jan 2013 07:29 AM PST




Antara yang menarik, sebenarnya biz deal Kapeed dan Black Rose bernilai RM3 billion. 

Kapeed diberitahu oleh Taz, Black Rose mengarahkan 40-50 pegawai kerajaan dengan 6 buah lori merampas berbagai dokumen dari kilang, rumah dan pejabat Kapeed semata-mata untuk memusnahkan dokumen asal yang mengaitkan biz deal dan dokumen bayaran menerusi telegraphic transfers dan money changers dalam matawang asing.

Yang menarik lagi, orang tua kutuk TokDet juga telah diberitahu oleh Kapeed akan semua yang berlaku, A-Z mengenai pembunuhan wanita 'itu'.

Yang pasti si bijaN nampak bangang ajer!! Hehe...


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAKYAT BUKAN BODOH

Posted: 04 Jan 2013 10:57 PM PST





Tukar Tiub

Tukar Tiub


KEMPEN MENGHASUT TELAH BERJAYA - GEROMBOLAN PUN BUAT HIMPUNAN

Posted: 05 Jan 2013 07:00 PM PST



INI JANJI DAN TEKAD
 Rakyat jangan terpedaya tohmahan pembangkang, kata Muhyiddin

January 06, 2013
TANJUNG MALIM, 6 Jan — Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat. 
Katanya kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara. 
"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam semalam. 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KATA JANGAN IKUT APA YANG PEMBANGKANG BUAT...kah kah kah...

kah kah kah...PEMBANGKANG  BUAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT...kah kah kah..

kah kah kah...GEROMBOLAN PUN BUAT MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT...kah kah kah..

woit... KAMI BUAT SATU JUTA ORANG..... kah kah kah...

kah kah kah...IKUTLAAA DENGAN DUA JUTA ORANG...kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN TIRU DENGAN 173 RIBU....OPPPS... `173  ORANG PELAJAR UPSI... kah kah kah




--------

PROJEK REMBAT TANAH RAKYAT BERI KRONI DI GAGALKAN

Posted: 05 Jan 2013 05:00 PM PST


LAGI HIDUP
LAGI MELAWAN



KENYATAAN AKHBAR

"WANITA KEADILAN DESAK WANITA UMNO SELANGOR JELASKAN ISU TANAH DI BUKIT RAJA"

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO baru-baru ini. Antara yang paling "menarik' perhatian Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  "The Star".

Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset, dan dengan tiba-tiba Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh YB Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!  Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan. Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM 27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman. Akibat daripada itu, projek PUSPAHANAS telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.
Persoalannya, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut. Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.
Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong.
Raja Ropiaah perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek PUSPAHANAS serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT. 
Wanita Keadilan Selangor mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat. Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor. Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah.
Sekian.

YB HANIZA TALHA        
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor                                                                                                
5 Januari 2013


-----------

SELANGOR! BERSEDIA UNTUK TURUN 12 JANUARI

Posted: 05 Jan 2013 07:00 AM PST



 SATU JUTA
BUKAN ANCAMAN
tapi
SATU JANJI




PAS Selangor seru ahli sertai Himpunan 12 Jan


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyeru seluruh ahli dan kepimpinan PAS negeri turut serta dalam Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan.

"Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya.

Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


PENGUMUMAN 
 JAWATANKUASA
 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan  ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

 PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka
NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh



-----------

BOLEH KAH PEROGOL AMAH MENJADI PEMIMPIM - SOALAN UNTUK BANI MELAYU

Posted: 05 Jan 2013 06:30 AM PST


PENGUMUMAN
satu pengumuan akan muncul
tidak lama lagi
ini berkenaan kes rais rogol amah


KOMENTAR TUKAR TIUB
bolehkah seorang perogol
menjadi menteri
kalau dulu rahim tambi
 telah merogol budak bawah umur
rahim meletak jawatan
kini rais yatim telah merogol seorang amah indonesia
tapi maloan ini tidak letak jatawatan





SILA DENGAR APA
PEROGOL AMAH INI CAKAP
KALAU   AMAH PUN DI ROGOL
RADIO DAN TV LAGI JADI MANGSA


Rais pernah kata 'kalau dengar 

dari RTM, langsung tak berbunyi'

Harakahdaily,04 Jan 2013
KUALA LUMPUR: "Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi..."

Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu.

Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung 'Amanat Haji Hadi' apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan 'amanat' itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu



----------

PROJEK REMBAT TANAH UNTUK KRONI DIGAGALKAN DI SELANGOR

Posted: 05 Jan 2013 05:00 AM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
selama ini
united malays national organisation
akan meminta tanah dari negeri
atas alasan kegunaan awam
misalnya nak buat sekolah
misalnya nak buat hospital
misalnya nak buat balai polis

apabila sudah dapat
tanah ini akan di tukar tujuan
dam akan dijual

lihat balai polis brickfeild
kroni mana yang rembat
lihat sekolah bukit nenas
kroni mana yang rembat
lihat kolej tunku khursiah
kroni mana yang rembat

inilah yang telah berlaku selama ini di selangor
tapi kali ini
kerajaan pakatan telah mengubah semua ini

KANTOI
tindakan kerajaan selangor
tindakan kerajaan pakatan rakyat
adalah tepat dan tepat

NOTA
padan muka
kah kah kah
kah kah kah

INI JANJI BERSIH
KITA BERSIHKAN
SATU KALI
 


Selangor Tidak Benar Pembangunan Tanah Di Bukit Raja
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang.
Kerajaan negeri dalam kenyataan media di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar  Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut kenyataan itu, keputusan dicapai selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah pada Jumaat.
Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan MTES, katanya.
Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu. -TIEWNAMA
JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

kah kah kah.... PADAN MUKA.... kah kah kah...

kah kah kah... TAHNIAH KEPADA KHALID.... kah kah kah..

kah kah kah...TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR... kah kah kah...

kah kah kah.... DEEPAK MENANGIS TAK BERLAGU.... kah kah kah...

kah kah kah...NAJIB MENANGIS TAK KELUAR AIR MATA...kah kah kah..

kah kah kah...ROSMAH KENCING BERDIRI..... kah kah kah

--------

PENGUMUMAN PENTING - SILA BACA DAN HAYATI

Posted: 04 Jan 2013 09:13 PM PST




PENGUMUMAN 
 JAWATANKUASA
 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan  ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

 PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh



PROGRAM MENGHASUT DI JOHOR DAN DIPAHANG

Posted: 04 Jan 2013 08:49 PM PST



 BUKAN ARAB SPRING
TAPI
MALAYSIA DURIANS
semua bersedia
semua siap siaga
semua tip top
bergerak ke kuala lumpur
ini bukan arab spring
ini malayian durians

MALAM INI 
TAMAN KEMPAS PERMAI
JAY BEE
 
MALAM INI 
DI DEWAN CHINA
KUALA LUMPUR
Tolak Menara 118 Tingkat! 
Pulangkan Taman Merdeka Negara Kepada Rakyat!

Malam Pertahankan Taman Merdeka Negara (Taman Tunku)

Tarikh        5.1.2013 (Sabtu)
Masa          7 petang - 10 malam
Lokasi        Tapak Stadium Chin Woo

Pak Samad
Cikgu Ishak Surin
Nik JidanDong Di Yin
Rahmat Haron
Andrea Kan
Kompang Kampung Banda Dalam
Hands Percussion
The Dholiz
Tarian Kampung Railway

MALAM ESOK DI TEMERLOH
8 JANUARI 
BAGAN SERAI PERAK

9 JANUARI 
KUALA IBAI TERENGANU 

COUNT DOWN 
KELAB SULTAN SULAIMAN

--------

SEMUA YANG WAJIB DILAKUKAN TELAH DILAKUKAN - KINI SATU JUTA KE JALAN RAYA

Posted: 04 Jan 2013 07:17 PM PST



SEMUA SUDAH DILAKUKAN
KINI SATU JUTA MENUNTUT HAK

SPR menipu untuk pastikan Umno menang



 |
Kaedah penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi berbeza dengan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat.
SEREMBAN: Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.
Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat.
Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang  pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.
"Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.
"Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.
"Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.
"Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.
"Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.
"Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin.
Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.
Letak jawatan
Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.
"Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun," katanya.
Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:
"Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia."
Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.
"Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
"Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
"Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.
"Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat.
"Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai.
BN dalam keadaan keliru
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.
"Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
"Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya.
Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia.




------------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - BREAKING NEWS

Posted: 04 Jan 2013 07:05 PM PST



BALI
WARGA MALAYSIA AKAN TURUT SERTA
SATU JUTA INI
adalah
SATU JUTA SEDUNIA
UNTUK MENJATUHKAN KEZALIMAN





AKAN BERSAMA
sydney australia
melbourne australia
taiwan
bangkok
london 
paris
bali
mesir
dubai

PENGUMUMAN
ditempat tempat lain
jika sedang menyusun
sila beri maklum