Khamis, 19 Disember 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO : Laporan Dari Al Jazeera Tentang Kesusahan Rakyat Malaysia...

Posted: 19 Dec 2013 06:55 AM PST


Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM

Posted: 19 Dec 2013 05:48 AM PST

Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM


KUALA LUMPUR 19 DIS: Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan Universiti Pertanian Agropolitan kerana ia merupakan pembaziran.

upmMenurutnya, negara mempunyai sebuah universiti yang sesuai untuk tujuan tersebut iaitu Universiti Putra Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

"Tak perlulah nak membazir untuk bina universiti baru. Kita telah ada UPM. Disana kemudahannya cukup. Ada tanah yang luas untuk menjalankan pelbagai kajian berkaitan dengan pertanian.

"Cuma kesilapan kerajaan yang sebelum ini tidak mahu terus memperkasakan universiti tersebut sebagai intistusi yang menumpukan kepada bidang pertanian dianggap sesuatu yang merugikan," kata Abbas kepada Keadilandaily.

"Kerajaan boleh mengembalikan fungsi UPM sebagai pusat perkembangan dan pengajian berkaitan pertanian," jelas Abbas lagi.

Abas_AwangTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini menjelaskan semasa sidang Dewan Negara bahawa keperluan mewujudkan semula instistudi pertanian merupakan langkah terbaik bagi menjalankan penyelidikan serta pembangunan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian.


Abbas (gambar) yang kurang bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan Universiti baru berkata, subjek yang berkaitan dengan pertanian harus dikembalikan kepada UPM bagi mengembalikan semula kegemilangan universiti tersebut.


"Pertanian elok dikembalikan kepada UPM. Kemudian bila sudah kukuh, baru boleh difikirkan untuk mendirikan kolej-kolej lain berkaitan dengan pertanian ini di negeri-negeri lain," katanya.

SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani

Posted: 19 Dec 2013 05:47 AM PST

SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani


MAT_ZAINKUALA LUMPUR 19 DIS: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) dalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan afidavit palsu.

Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu, Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.

Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.

Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.

Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.

Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan, ikrar dikemukakan Najib dalam perenggan 5 dan 13 dalam afidavit tersebut palsu dan tidak benar.

Ini kerana menurut Mat Zain, Najib telah ditaklimatkan olehnya berkaitan perbuatan pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata lebam sejak Oktober 2008.


Kata Mat Zain, tidak munasabah dan satu pembohongan apabila Najib bersumpah bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat releven kepada mahkamah berkaitan isu yang dibawa pihak pendakwaan.
"Saya menekankan bahawa dengan mengikrarkan afidavit sedemikian rupa menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib, secara bersungguh-sungguh dan dengan sengaja membenamkan apa-apa keterangan salahlaku Gani Patail," tulis Mat Zain dalam akuan bersumpahnya.

Tiada ulasan: