RAKYAT MARHAEN |
- Pemimpin BN selar kenyataan pemimpin Umno minta rakyat tinggalkan negara
- Rang Undang-Undang GST tiada peruntukan cegah kenaikan harga barang
- Malaysia milik rakyat, bukan milik UMNO@BN
- ‘Janji Ditepati’ Umno-BN tambah derita rakyat
- Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling!
- Segala bergantung kepada Najib.???
- Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal
- Ucapan Tahun Baru Najib diserang pengguna Facebook ekoran kenaikan kos sara hidup
- Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom malam Tahun Baru
- Fitnah Ancaman Bom : Surendran Beri 48 Jam Pada PDRM
- BN leaders hit out at Umno politician for ‘leave the country’ remark
- Perhimpunan TURUN 31 Disember 2013 Wajar Diraikan
- 2014: TURUN DAN NAIK..!!!
- AJAL UMNO MAKIN HAMPIR
- Apakah peniaga turut perjuangkan Turun harga?
- Harussani: Hentikan pesta maksiat tahun baharu..!! Adakah pemimpin Umno@BN faham dan mendengar..???
- Himpunan tahun baru: Mahasiswa lihat peluang lakukan perubahan
- 31 Dis 2013 Malaysian Freeze Mob
- Realiti pahit menjelang sesi persekolahan baru
- Daripada mahasiswa untuk mahasiswa
- Malaysia Kita: Rakyat takut dapat RM1 juta
- SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan
- Kenyataan timbalan menteri JPM hina intelektual mahasiswa
- Apartheid policies: Let’s get at the truth
- SPRM TIADA KUASA UNTUK SIASAT ANAK ROSMAH MANSOR BAGAIMANA DIA MAMPU BELI KONDOMINIUM MEWAH BERHARGA RM110 JUTA DI NEW YORK!
Pemimpin BN selar kenyataan pemimpin Umno minta rakyat tinggalkan negara Posted: 29 Dec 2013 09:32 PM PST Segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) akhirnya bersuara mengkritik Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat berhubung kenyataan kontroversinya menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan boleh tinggal di negara lain hujung minggu lalu. Mereka menyifatkan ia sebagai satu kenyataan bodoh dan tidak dijangka selain menyatakan ketidakpuashatian terhadap sesuatu dasar kerajaan bukanlah bermaksud perlu berpindah daripada negara ini. Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong (gambar) berkata luahan kebimbangan atau kritikan daripada rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup merupakan perkara biasa bagi masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi. Zaiton berkata demikian selepas membuat laporan polis mengenai himpunan kenaikan harga barang pada sambutan ambang Tahun Baru Selasa ini. "Bagi sesetengah orang yang begitu cenderung untuk mencetuskan kekacauan dan keadaan huru-hara, bererti tidak berterima kasih di atas kemudahan yang dinikmati. "Kenapa mereka mahu memusnahkan keamanan negara dengan menjalankan perhimpunan gulingkan kerajaan," kata Wee . Bagaimanapun, penganjur perhimpunan gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menolak tuduhan tersebut dengan menegaskan ia hanyalah bantahan yang diwakili rakyat bagi menyatakan kebimbangan berhubung kenaikan barang dan perkhidmatan. Bagaimanapun Wee berkata, pandangan Zaiton itu kemungkinan dibuat tidak berasaskan pendirian parti. "Terkadang adalah sukat untuk mengawal akar umbi, pemimpin bahagian perlulah lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan atau apa sahaja mereka katakan kerana ia boleh ditafsirkan sebagai pendirian parti," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Rang Undang-Undang GST tiada peruntukan cegah kenaikan harga barang Posted: 29 Dec 2013 09:31 PM PST PKR hari ini mendakwa Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tiada peruntukan bagi mencegah kenaikan harga barang dan Barisan Nasional (BN) hanya berharap peniaga mengambil inisiatif sendiri bagi mengurangkan harga jualan mereka, kata PKR. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, tiada satu pun bahagian atau fasal dalam undang-undang itu menyatakan bahawa peniaga wajib menurunkan harga sekiranya mereka telah menuntut cukai input daripada pembelian dan kos perniagaan. "Salah satu propaganda BN ialah pengenalan GST akan menyebabkan harga barang turun. Pandangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini cetek dan tidak mengambil kira keadaan sebenar pelaksanaan GST. Ahmad ketika ditemui pemberita sebelum ini berkata pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015 kerana menurutnya kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan cukai tersebut sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif itu. |
Malaysia milik rakyat, bukan milik UMNO@BN Posted: 29 Dec 2013 08:59 PM PST Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, kenyataan kurang cerdik itu jelas menunjukkan bahawa Zaiton buta hati dengan propaganda partinya sendiri. "Malaysia ini milik semua rakyat yang berbilang kaum, agama dan etnik, ia bukan milik parti UMNO/BN. "Siapa yang beri hak kepada pemimpin UMNO untuk menyuruh rakyat yang tidak suka dengan polisi kerajaan supaya tinggalkan negara ini? "Apakah Zaiton sudah menjadi buta hati dengan propaganda partinya sendiri. Inilah UMNO dan matlamatnya iaitu memfitnah dan melemparkan tohmahan terhadap sesiapa saja yang tidak bersependapat dengan ideologi kolot mereka," katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Tegas Kasthuri, kesetiaan rakyat tidak harus diukur melalui perasaan cinta terhadap kerajaan tapi pada kedaulatan negara. |
‘Janji Ditepati’ Umno-BN tambah derita rakyat Posted: 29 Dec 2013 08:57 PM PST BAHARU hampir setahun memerintah, polisi Kerajaan BN kini mula menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan harian, minyak,tambang bas , tambang LRT, komuter, kadar tol, cukai pintu dan GST.Kebocoran wang negara, pembaziran dan rasuah tidak diatasi. Ikuti butiran lanjut bersama Timbalan Ketua Pengarah 1, Jabatan Pilihanraya PAS yang juga AJK PAS Pusat Pusat merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 18 Disember lalu. WARTAWAN: BN menerusi Manifesto PRU13 lalu telah mengutarakan slogan "Janji Ditepati" dan "Rakyat Didahulukan". Itu ketika kempen, tetapi sekarang lain jadinya... KHALID: Perkara ini bergantung kepada pentafsiran. Dalam konteks Umno-BN, ini jelas tak dijadikan sebagai keutamaan. Umno-BN tak pun melaksanakannya. Slogan mereka itu tak pun ditepati. Malah sekarang rakyat terpaksa menanggung beban akibat pertambahan kos hidup, akibat kenaikan minyak, harga barang, bil elektrik, perlaksanaan cukai yang tinggi dan sebagai. Ini jelas menunjukkan mereka tak pun mengutamakan rakyat. Slogan Umno-BN, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tenyata kosong. Malah rakyat ditekan dengan pelbagai cara sekarang... Dalam Bajet 2014, terdapat dua ciri utama yang ditekankan untuk menambah pendapatan kerajaan. Pertama, mengurangkan subsidi. Kedua, menambah percukaian. Ini amat merumitkan dan membebankan rakyat. Akibatnya, subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) telah dipotong. Pada tahun 2011, IPP menikmati subsidi sebanyak RM6.4 billion dan pada tahun 2012 sebanyak RM9.5 billion dalam bentuk penjualan minyak oleh Petronas pada harga lebih murah dari harga pasaran. Subsidi itu kini terpaksa ditanggung oleh Petronas apabila Petronas terpaksa menjual minyak di bawah harga pasaran kepada IPP untuk penjanaan elektrik. Ini merugikan TNB yang dipaksa membeli tenaga pada kadar semasa sebelum dibekalkan kepada pengguna. Untuk mengatasinya, TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik. Akhirnya, rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik. Begitu juga dengan tol. Kerajaan lebih mementingkan pemegang konsesi daripada rakyat. Pemegang-pemegang konsesi itu juga adalah syarikatsyarikat GLC. Mereka itu adalah kroni-kroni para pemimpin Umno-BN. Demi kepentingan kroni-kroni, slogan "Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan" tidak dipedulikan. Sebaliknya, rakyat telah dikesampingkan. Inilah masalah yang dihadapi oleh rakyat. Semua perkara asas dinaikkan harga, termasuk minyak petrol dan diesel... Ini pun kerana langkah kerajaan hendak mengurangkan subsidi. Apabila subsidi minyak dikurangkan, harga minyak akan naik. Sekarang mereka mula mengurangkan subsidi sedikit demi sedikit, hingga akhirnya target mereka tak ada apa-apa lagi subsidi kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling! Posted: 29 Dec 2013 08:51 PM PST "Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO dan NGO-NGO mesra-UMNO dan media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok. Rakyat merasa lega kerana pihak TURUN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, NGO-NGO mesra-PR tidak terlibat dengan himpinan yang dimaksudkan untuk guling kerajaan tersebut. Yang ada ialah himpunan untuk mendesak kerajaanj menurunkan harga barang akibat kenaikan kos sara hidup jika kenaikan harga barang tidak dibendung. Persoalan kini: kenapa dan mengapa pihak-pihak berkenaaan mengembar-gemburkan "guling kerajaan"? Takut dengan sebarang perhimpunan rakayt seperti BERSIH dan Black505 dahulu yang mendapat sambutan puluhan malah ratusan ribu rakyat? Kecut kerana merasakan kerajaan UMNO BN bakal tumbang kerananya? Terbukti, tanpa provokasi mana-mana pihak - kesemua perhimpunan yang dibuat dan disertai Pakatan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Dan kini perkataan "guling kerajaan" digunakan dan promosikan secara meluas untuk mengugut dan menghalang rakyat menyertai perhimpunan TURUN malam esok. Menurut Ilmu Psikologi, sesuatu perkara yang tidak wujud tetapi apabila acapkali disebut dan diulang-ulang ia bakal menjadi kenyataan. Itu dinamakan Hukum Suggesti (cadangan). Apabila perkataan "guling kerajaan" diulang-ulang, ia akan diterima oleh alam separa-sedar sebagai "perkara yang benar" dan alam separa sedar akan bertindak mengikut seperti yang disebutkan. Maka akan berlakulah "realiti" iaitu kerajaan akan terguling! Di dalam Islam, kita diajar bahawa: "Setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a). Justeru itu apabila pihak polis, UMNO, NGO mesra-UMNO dan media massa arus perdana berkata bahawa himpunan yang hendak diadakan adalah himpunan untuk menggulingkan kerajaan BERARTI mereka sendiri yang mendoakan agar "kerajaan terguling", maka jangan salahkan orang lain jika ia bernar-benar berlaku nanti. Kamu yang mendoakan begitu! |
Segala bergantung kepada Najib.??? Posted: 29 Dec 2013 08:48 PM PST Jadi adakah kerajaan BN mengabaikan dan gagal menyelami ayat berkenaan yang sebelum ini, menjadi tutur kata pemimpin BN hingga ada mengabdikannya dalam manifesto masing-masing ketika PRU13 lalu. Jika dilihat daripada aura atau angin melanda rakyat ketika ini, semuanya menuding kepada kerajaan BN kerana gagal mengotakan janji yang memahami denyut nadi rakyat. Segala kekecewaan, kemarahan dan kekesalan disuarakan secara terbuka terutama sekali di media sosial atau media cetak yang bersikap neutral dan mengetengahkan kebimbangan rakyat. Isu kenaikan harga bermula daripada tol, elektrik, kemungkinan besar tol pula selepas ini (belum ada pengumuman rasmi) jelas melihatkan kerajaan BN seakan tidak memahami denyut nadi rakyat. Walaupun ada dalam kalangan menteri yang cuba bersikap objektif dengan merasionalkan kenaikan harga-harga berkenaan tetapi ada juga menteri terus menidakkan berlaku kenaikan harga barangan di peringkat pengguna akhir iaitu rakyat. Lantaran itu, pelbagai persepsi dan imej negatif dilemparkan kepada kerajaan BN dilabel 'syok sendiri' dan tidak memahami denyut nadi rakyat walaupun mendapat mandat memerintah selepas PRU13. Read More / Baca Lagi >> |
Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal Posted: 29 Dec 2013 08:02 PM PST KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar. "Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong. "Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin. Read More / Baca Lagi >> |
Ucapan Tahun Baru Najib diserang pengguna Facebook ekoran kenaikan kos sara hidup Posted: 29 Dec 2013 07:59 PM PST Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013. Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka. "2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya. Read More / Baca Lagi >> |
Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom malam Tahun Baru Posted: 29 Dec 2013 07:58 PM PST Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh (gambar) menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO) dengan perancangan letupan bom pada sambutan malam Tahun Baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Katanya beliau hanya menyebut rancangan pengeboman itu dilakukan oleh individu lain manakala empat NGO itu pula dikenal pasti sebagai kumpulan utama yang terbabit dalam perhimpunan dikatakan bertujuan menggulingkan kerajaan malam esok. "Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit. Sabtu lalu, pihak berkuasa mendedahkan empat NGO iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm), Jingga 13 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan gerakan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Amar mengulas mengenai ugutan saman RM100 juta oleh Samm berhubung tuduhan tersebut sambil menegaskan pihaknya mempunyai bukti kukuh penglibatan empat NGO itu dalam merancang perhimpunan berkenaan. Katanya, ugutan saman yang dilakukan NGO itu sama sekali tidak akan menyebabkan polis memberhentikan siasatan "Itu (saman) hak mereka...tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Fitnah Ancaman Bom : Surendran Beri 48 Jam Pada PDRM Posted: 29 Dec 2013 07:09 PM PST |
BN leaders hit out at Umno politician for ‘leave the country’ remark Posted: 29 Dec 2013 07:05 PM PST Several Barisan Nasional leaders have spoken out against a Wanita Umno division leader for telling critics of the government to leave Malaysia. They said the remarks by Kuantan Wanita Umno division head Datuk Zaiton Mat (pic) were "silly" and "uncalled for", adding that voicing out grievances is neither unpatriotic nor disloyal. "What's wrong with that, it is not tantamount to betraying the country," newly-elected MCA deputy president Datuk Wee Ka Siong told The Malaysian Insider. Last Friday, Zaiton, fresh from lodging a police report against a planned New Year's Eve rally to protest price hikes, hit out at critics of the government, saying they ignored BN's efforts to build peace and harmony in the country. "Some people, who are bent on causing disturbances and disharmony, are not thankful for the benefits they are enjoying. "Why do they want to destroy the country's peace by organising a gathering to topple the government?" she asked, echoing allegations by police and Umno bloggers that the gathering called by student activists is aimed at toppling the government. Rally organisers have denied the charge, saying the protest was to express the public's dissatisfaction over the rising costs of living. Wee, however, attempted to distance Zaiton's view from Umno. "Sometimes, it is hard to control the grassroots. Leaders at divisional level should be more careful with their statements as whatever they say may be construed as the party's stand," he said. Meanwhile, Gerakan president Datuk Mah Siew Keong said no person has the right to tell a citizen to leave the country just because of differing views. Read More / Baca Lagi >> |
Perhimpunan TURUN 31 Disember 2013 Wajar Diraikan Posted: 29 Dec 2013 06:59 PM PST Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang akan dianjurkan pada 31 Disember 2013 sewajarnya diraikan sesuai dengan semangat demokrasi. Kita sewajarnya mengucapkan tahniah kepada golongan anak-anak muda ini kerana mempunyai kepedulian sosial dan keberanian menyatakan pendirian. Read More / Baca Lagi >>Malangnya seperti banyak lagi perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, Kerajaan UMNO-BN mengambil sikap menghalang hak untuk berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Lebih malang lagi, UMNO-BN menerusi institusi-institusi kerajaan dan media menabur fitnah dengan dakwaan bahawa akan berlaku keganasan untuk menggulingkan kerajaan dalam himpunan ini. Skrip ini adalah skrip sama yang digunakan sebelum ini untuk perhimpunan Bersih dan sebagainya. Namun tuduhan seperti kononnya ada molotov cocktail dan parang habis begitu sahaja selepas Bersih. New Straits Times pula terpaksa meminta maaf atas dakwaan akhbar tersebut bahawa beberapa NGO digunakan untuk menggulingkan kerajaan. Skrip baru kononnya ada e-mel di antara Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli mengenai bom di tapak perhimpunan. |
Posted: 29 Dec 2013 06:57 PM PST |
Posted: 29 Dec 2013 06:43 PM PST |
Apakah peniaga turut perjuangkan Turun harga? Posted: 29 Dec 2013 06:16 PM PST Usaha membantah kenaikan harga barang yang diterajui Turun kini semakin mendapat momentum daripada lapisan rakyat yang bergelar konsumer. Bagaimana pula dengan golongan peniaga? Ini ditambah pula desakan daripada para pekerja untuk menaikkan gaji dan memberikan bonus untuk mengharungi tahun 2014 yang lebih mencabar. Apabila kos Opex semakin mahal, para peniaga dan pengusaha akan memilih tenaga kerja yang lebih murah, terutamanya di sektor yang tidak memerlukan tenga kerja mahir. Akibat itu, mereka lebih suka memilih tenaga kerja asing daripada warga tempatan, pertama kerana gaji, kedua ialah kesanggupan bekerja lebih panjang masa berbanding orang tempatan. Fenomena itu sedang berlaku dengan rancak. Lihatlah kebanjiran warga Myanmar, Nepal, Cambodia dan Bangladesh yang bekerja di restoran-restoran dan pasaraya-pasaraya tempatan. Read More / Baca Lagi >> |
Harussani: Hentikan pesta maksiat tahun baharu..!! Adakah pemimpin Umno@BN faham dan mendengar..??? Posted: 29 Dec 2013 06:08 PM PST Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, adalah lebih baik kerajaan menyarankan semua penganut agama seluruh negara mengadakan upacara keagamaan di rumah ibadat masing-masing seperti yang dilaksanakan oleh perdana menteri pertama. "Pada zaman Tunku Abdul Rahman (Al Haj), beliau meminta supaya setiap kali malam sambutan tahun baharu, penganut agama masing-masing berdoa untuk kesejahteraan dan keamanan negara daripada malapetaka dan bencana alam. "Tapi sekarang, pesta maksiat yang diadakan bagi sambutan tahun baharu, ini yang menyedihkan. Sekiranya dapat dilaksanakan perkara tersebut, mungkin kegiatan maksiat dapat dielakkan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
Himpunan tahun baru: Mahasiswa lihat peluang lakukan perubahan Posted: 29 Dec 2013 06:06 PM PST Kebanyakan demonstrasi jalanan beberapa tahun ini diilhamkan oleh pihak pembangkang akan tetapi demonstrasi ambang tahun baru di Dataran Merdeka esok untuk menentang kenaikan harga barang disifatkan kebangkitan 'semangat 74' apabila gerakan mahasiswa menjadi pencetusnya, kata aktivis. Aktivis veteran Hishamuddin Rais (gambar) yang pernah terlibat dalam demonstrasi mahasiswa pada 1974 berkata, himpunan malam esok menjadi isyarat signifikan daripada rakyat terutamanya kumpulan mahasiswa. Aktivis lain pula yang terlibat dalam mempromosikan himpunan pada malam esok berkata, himpunan berkenaan menjadi perintis kepada mahasiswa sebagai barisan hadapan setelah sebelum ini hanya menjadi penumpang dalam kempen politik. "Saya lihat semangat 74 telah kembali. Kita menunggu selama 40 tahun dan ia kembali sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli akademik menyifatkan 1960-an hingga pertengahan 1970-an adalah zaman emas kepada gerakan mahasiswa di Malaysia. Persatuan mahasiswa mempunyai pengaruh tidak hanya di kampus tetapi semasa pilihan raya umum 1969 apabila mereka mengadakan demonstrasi di bandar utama bagi menegakkan tuntutan mereka. Pada 1971, mahasiswa Universiti Malaya (UM) membanjiri Lebuhraya Persekutuan sewaktu Perdana Menteri Thailand mengadakan kunjungan ke Malaysia bagi menyokong gerakan kemerdekaan Selatan Thailand. Read More / Baca Lagi >> |
31 Dis 2013 Malaysian Freeze Mob Posted: 29 Dec 2013 04:50 PM PST |
Realiti pahit menjelang sesi persekolahan baru Posted: 29 Dec 2013 04:48 PM PST Muhammad Arham Munir MericanSaya tertarik dengan satu poster yang dikeluarkan, mendedahkan anggaran perbelanjaan bagi seorang pelajar untuk sesi baru persekolahan. Satu hakikat pahit yang perlu ditelan. Bantahlah sekuat mana terhadap kerajaan ''kesayangan'' kita, kita tentunya tidak mampu membantah kehendak anak-anak kita untuk kelihatan serba baru di awal persekolahannya. Situasi semakin teruk apabila selepas seminggu kita menghadapi karenah anak-anak, datang pula surat atau permohonan daripada pihak sekolah. Yuran sekolah, PIBG, kelas, persatuan, kelab, badan beruniform, dan lain-lain. Di sini, sebenarnya datang peranan guru dan ahli PIBG sekolah. Dalam keadaan negara kita yang semakin hari, semakin tinggi keperluan hidupnya, peranan pembuat dasar sekolah harus dimainkan. Para guru dan ahli PIBG harus mula berfikir tentang nasib golongan kebanyakan sebelum membuat polisi yang membabitkan kos dan wang ringgit. Rakyat kita sangat memandang tinggi institusi pendidikan sebagai satu tempat untuk mereka mengubah masa depan mereka melalui anak-anak mereka nanti. Janganlah menghampakan harapan mereka dengan beban-beban kewangan yang tidak masuk akal sehingga harapan itu bertukar menjadi satu tindakan memberhentikan anak mereka dari sekolah kerana kondisi kewangan yang ridak mengizinkan. Alangkah malangnya nasib anak-anak kita. Pengalaman peribadi yang pernah bersekolah di pelbagai jenis sekolah, sekolah swasta, kebangsaan, asrama penuh dan sebagainya, memang kos 'tambahan' yang dikenakan oleh pihak sekolah jika ditambah dari segi purata tahunan memang sangat banyak. Ditambah dengan sikap beberapa guru yang mewujudkan satu suasana yang tidak selesa kepada pelajar-pelajar susah mengeruhkan lagi keadaan. Read More / Baca Lagi >> |
Daripada mahasiswa untuk mahasiswa Posted: 29 Dec 2013 04:45 PM PST Mohd Solihin Che RozaliMereka ini bukanlah golongan para guru sekolah rendah, tidak juga para pendidik pusat asuhan kanak-kanak. Akan tetapi pandangan yang tidak begitu cerdik dilontarkan oleh mereka yang berpangkat profesor. Juga ber'title'kan doktor falsafah. Apa salahnya berdiam diri daripada berkata-kata sedangkan menimbulkan kemarahan rakyat sahaja. Secara positifnya, berkaitan dengan kenaikan harga barang, apabila dilihat dengan teliti dari satu sudut ia amat perlu untuk ekonomi negara, akan tetapi dari satu sudut yang lain pastinya ia cukup membebankan rakyat. Dalam konteks ini, supaya ekonomi negara tidak terbeban dan kos sara hidup rakyat juga tidak terbeban, wajar kos elektrik dan harga barang yang hendak dinaikkan itu dinaikkan. Akan tetapi bukan dengan kadar yang diumumkan sekarang. Kerajaan juga seharusnya memberikan penjelasan kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya. Ini tidak. Apa yang keluar daripada mulut sesetengah menteri kita pada hari ini hanyalah memperkotak-katik dan memperkecilkan rakyat sahaja. Sehinggakan ada yang mengatakan "kalau tidak suka dengan kerajaan, boleh pindah ke negara yang lebih disukai". Ada juga mengatakan "kalau tidak mahu bayar tol, boleh lalu jalan biasa". Ini adalah ungkapan yang meremeh-temehkan tahap kebebanan rakyat. Ini juga menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka ingat negara ini bapa mereka yang punya? Kini, hanya tinggal beberapa jam lagi di mana 2014 akan muncul. Saat itu tibalah saat yang mana digelar Tahun Kesengsaraan Rakyat. Dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi di mana tibanya Tahun Kesedaran Rakyat mulai bangkit. Dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi di mana penantian saat-saat getir dan cemas oleh seluruh rakyat Malaysia bermula. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Rakyat takut dapat RM1 juta Posted: 29 Dec 2013 04:42 PM PST Seremban: "Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini," kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima 'durian runtuh' sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin. Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru. "Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Rokeah Mohd Sidek Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru. |
SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan Posted: 29 Dec 2013 04:37 PM PST SPRM pernah mengetengahkan keperluan untuk mengadakan peruntukan ini. Malah, perkara yang sama telah disyorkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan laporan terbaru JKMR yang dikeluarkan awal bulan ini, antara lain menyebut, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 perlu dipinda bagi membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu. Read More / Baca Lagi >> |
Kenyataan timbalan menteri JPM hina intelektual mahasiswa Posted: 29 Dec 2013 04:34 PM PST Muhammad Najib AbdurrahimDi dalam laporan tersebut, Datuk Razali dilaporkan bahawa sekiranya mahasiswa bijak, mereka tidak akan memilih untuk menurunkan kerajaan melalui perhimpunan ini, bahkan akan memilih jalan pilihan raya yang akan dilakukan di dalam tempoh setiap lima tahun. Saya kira, sudah cukuplah para menteri mengeluarkan kenyataan yang menghina nilai intelektual dan daya berfikir rakyat, kerana setiap kenyataan yang keluar daripada mulut menteri-menteri ini langsung tidak menggambarkan mereka itu layak memangku jawatan mereka sekarang. Adakah sememangnya menteri-menteri daripada kerajaan hanya menjadikan RTM, TV3 dan Utusan serta media-media yang dikawal oleh mereka sebagai bahan bacaan harian mereka? Saya kira, Datuk perlu lebih terbuka di dalam membaca berita-berita dari media alternatif, memandangkan segala dakwaan yang dicanang-canangkan oleh Datuk dan rakan-rakan Datuk telah pun dijawab satu persatu oleh pihak penganjur. Saya melihat ia seakan telah menjadi suatu "trend" bagi menteri untuk merendah-rendahkan nilai daya fikir mahasiswa apabila kami dilihat tidak bersama dengan kerajaan di dalam satu-satu isu bahkan dituduh sebagai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan ataupun pihak pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
Apartheid policies: Let’s get at the truth Posted: 29 Dec 2013 04:31 PM PST Malays are seemingly being discriminated because the better qualified ones prefer the civil service where they don't have to compete with non-Malays Normally, I do not take notice of commentaries found in the NST. It is a newspaper rated poorly for the depth and truthfulness of its news coverage. Although the newspaper has a few journalists who try to maintain a more professional neutrality in their work, the great majority of its editorial staff are political hacks, out to put the best spin on whatever the policy of the government is, as well as to demonise the opponents of the BN and Umno. However, the recent article 'Modern Day Apartheid' by Awang Hitam is so blatantly bold and false in its claim on racial discrimination in Malaysia that it deserves a response. According to its author: If apartheid means minority rule and discrimination against the majority, then the apartheid system is alive and well in Malaysia. For instance, the discrimination in the minority-dominated and controlled private sector is a clear manifestation of this discriminatory policy. Basis of apartheid claim The main evidence cited in support of this outrageous claim is a recent study by two local academics that Malays are discriminated against by non-Malay employers when it comes to getting jobs in the private sector. The study cited is in fact an old story which the editor of the newspaper does not appear to be aware of or he would surely have dismissed it as being way past its shelf life. The findings of the study were first reported in the internet more than a year ago. According to their abstract of work, the researchers conducted a field experiment by sending fictitious résumés of Malay and Chinese fresh graduates to real job advertisements. They then analysed differentials in callback for interview attributable to racial identity. According to them there were statistically significant differences in callback rates, "indicating racial discrimination" since "Chinese are substantially more likely than Malays to be called for interview, and the difference is more acute in engineering jobs compared to accounting/finance." Why are Malays less likely to be called for interviews despite apparently similar credentials? To this question the researchers have suggested that employers are less disposed toward Malays due to "compatibility factors and unobservable qualities". |
Posted: 29 Dec 2013 04:28 PM PST TETIBA SPRM TERUS HILANG TARING DAN KUKU!!! Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen. "Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan," katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan