RAKYAT MARHAEN |
- Penafian kerajaan 47% BN adalah pengakuan aset negara digadai
- SALAH SIAPA: MACAI UMNO NAIK MINYAK MENGAMUK!
- Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan..Jujurlah pada perjuangan rakyat..!!
- ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno
- Bantuan kerajaan 47% BN kepada PERKASA dedah wajah sebenar UMNO
- Derita rakyat tiada siapa peduli
- Ke arah autonomi pendidikan di peringkat sekolah
- Siti Zailah arah Muslimat seluruh negara turun demo esok
- Menjelang Tahun Melawat Malaysia, syarikat bas pelancong bimbang kekurangan diesel
- Kekurangan diesel jejas pendapatan rakyat
- Menghadapi esok yang segala-galanya naik
- Tahun baru 2014 yang memeningkan....
- Semakin bijak menteri-menteri cap Ayam, TV percuma untuk mangsa banjir..!!
- Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok
- Siri Fitnah Dan Provokasi Macai Yang Terkantoi ..!!
- Dataran Merdeka bukan lokasi perhimpunan ‘guling kerajaan’, kata Datuk Bandar
- Pemuda Pas kesal cubaan provokasi oleh Macai 47%
- Demo bantah KDN satu kewajipan
- Nasihat kepada kerajaan 47% BN versi reset minda
- Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, wang haram
- SAMM: CheguBard akan bertemu pihak polis jika diperlukan, tak perlu melawat rumah dia dan ahli keluarga...!!
- PAS lawan demokrasi tidak sempurna, bukan guling kerajaan di tahun baru, kata Mat Sabu
- Menteri kerajaan 47% BN tolak sokongan merosot akibat peningkatan kos sara hidup 2014
- Prof Agus - Barang Naik : Apa yang perlu dibangkang
- Ustaz Tengok Dok MAHARAJA LAWAK?.."Ustak Enjin!!"
Penafian kerajaan 47% BN adalah pengakuan aset negara digadai Posted: 25 Dec 2013 09:15 PM PST Kenyataan Kementeri Kewangan (MOF) semalam mengenai dakwaan penggadaian aset negara merupakan pengakuan Putrajaya bahawa kerajaan telah menjual dan menggadai aset-aset negara, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli. Rafizi menegaskan, MOF tidak menafikan amalan berkenaan, sebaliknya memberikan alasan penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan "adalah perkara biasa dan telah berlaku sebelum ini". "Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit," dakwa ahli Parlimen Pandan itu ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini. Rafizi berkata beliau khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah mendapat pendapatan tambahan. "Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
SALAH SIAPA: MACAI UMNO NAIK MINYAK MENGAMUK! Posted: 25 Dec 2013 08:59 PM PST Ini gambar lama yang sudah pun tersebar luas di alam maya ... Baru-baru ini jadi kecoh semula hanya di sebabkan seorang wakil rakyat DAP menyiarkan gambar ini semula di twitternya sempena menyambut Hari Natal. Gambar ini bukannya gambar edit pun .. hanya dipadankan dari cerita kartun yang cukup popular sepasang kuda belang dan badak air. Apa yang macai-macai UMNO nak mengamuk sakannya tuduh sebagai biadap .. bukannya ada kata-kata kesat pun dilontarkan.. Ianya lebih pada secara kebetulan... Perlu adanya sense of humour lah sikit .. jangan terlalu rigid dan serius dalam hidup. | ||
Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan..Jujurlah pada perjuangan rakyat..!! Posted: 25 Dec 2013 08:54 PM PST
Saya bersetuju dengan pandangan berkenaan, memang Kelantan didominasikan oleh kedua parti Melayu - Islam itu sejak tahun 50-an lagi. Selain dari kedua parti itu, parti lain tidak mampu bernafas panjang di dalam lumpur politik Kelantan yang dianggap unik. Malahan jangka hayat parti-parti lain juga bergantung kepada sejauh dan sekuat mana ia bekerjasama dengan Pas atau Umno. Sekiranya mana-mana parti ketiga, keempat atau kelima merenggangkan hubungan dengan Pas atau Umno, mereka akan hancur. Dalam erti kata lain, parti lain bergantung hayat dengan Pas atau Umno. Sejarah telah menunjukkan kebenaran itu. Awal tahun 1990-an dahulu parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa berkerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Umno. Mereka mendapat kemenangan besar dengan menumpang pengaruh Pas. Apabila mereka berpisah dengan Pas, hatta kembali semula kepada lubuk asal Umno, seperti dilakukan Semangat 46, parti itu mengalami kemerosotan dan akhirnya berkubur tanpa nisan dan ditalqinkan. Perkembangan atau fenomena itu, kita akui akan kebenaran dan realitasnya. Tetapi dalam konteks hubungan Pas dengan mana-mana parti ketiga, khasnya parti Keadilan waktu ini tidak boleh dipandang remeh. Apa lagi kalau Pas cuba hendak menidakkan akan keperluan itu dalam hubungannya dalam Pakatan Rakyat. Ia satu langkah surut ke belakang dan tidak bijaksana. Sekiranya Pas masih mahu berdepan dengan Umno secara solo untuk memerintah negeri Kelantan, Pas tidak boleh merasakan kehadiran Keadilan sebagai melukut di hujung gantang. Pas kena bijak dan tahu untuk meraikan Keadilan. Pas kena menerima sumbangan Keadilan dalam kejayaanya sebelum ini tidak banyak, tetapi sedikit adalah dari Keadilan. Kalau Keadilan melukut yang tidak boleh dijadikan nasi himpit atau ketupat, ia tentu boleh dijadikan 'ssagun'. Tetap ada gunanya. Justeru Wan Nik tidak sepatutnya memberi pandangan 'benar' dan ikhlas begitu tentang potensi Keadilan. Beliau perlu mengelak dari memberi jawaban sebegitu kerana ia boleh menyinggung hati rakan dalam Pakatan Rakyat itu. Pandangan akaemik begitu ia juga menampakkan akan kesombongan dan kebongkokkan Pas. Wan Nik seharusnya melihat lebih jauh dalam konteks lebih luas mengenai keperluan berkerjasam atau kehadiran Keadilan di sisinya. Mungkin di Kelantan, Keadilan tidak memberi sumbangan besar kepada Pas. Malahan kewujudan Keadilan sendiri dianggap sebagai sampah yang menganggu agenda Pas sahaja, atau pun mencuri ruang-ruang kosong jawatan yang seharusnya diisi oleh orang Pas, di mana kehadiran Keadilan mengurangkan kekuasaan Pas dalam agensi kerajaan atau PBT. Kerana itu Pas tidak memberi kerjasama atau melayan Keadilan dengan sepatutnya sebagai rakan kongsi dan pakatan politik. Alasan diberikan Pas untuk tidak meraikan Keadilan kerana parti itu lemah. Sebagai buktinya, Keadilan kalah hampir di semua kerusi dipertandingkan. Tetapi kalau Pas jujur dan ikhlas mereka perlu sedar kenapa parti berlambangkan mata itu kalah? Sebanya ialah kerana ulah dan sikap Pas juga yang tidak memberi kerjasama baik dan bersikap jujur dan ikhlas kepadanya. Pas menerima Keadilan sebagai rakan di waktu siang, manakala pada malamnya Pas mengkhiantinya. Ada bukti menunjukkan Pas Kelantan tidak jujur dengan Keadilan. Misalnya mengenai pembahagian kerusi. Pas sengaja memberi kerusi-kerusi yang sudah pasti kalah atau pun dikenali dengan kawasan kubur Umno kepada Keadilan, manakala kerusi selamat dikaut oleh Pas. Apakah itu satu persepakatan adil dan tulus? Bukan itu saja ketidak-jujuran juga dapat dilihat dari sikap Pas yang songsang dalam melayani Keadilan. Maksudnya, Pas memberi dengan sebelah tangan kepada Keadilan dan tidak menghulur dengan dua belah tangan penuh keikhlasan. Misalnya kerusi Dun Pengkalan Kubur, Tumpat, kerusi itu diperuntukan kepada Keadilan, tetapi jawatan penyelia Dun, ianya diberikan kepada orang Pas. Macam mana calon Keadilan hendak menang kerana jawatan penyelia yang membolehkan calon berjumpa dan mendekati rakyat dilakukan oleh orang Pas? Ketidakjujuran Pas juga terbukti dalam berkerjasama dalam pilihan raya. Ambil contoh kerusi parlimen Macang, Ketereh dan Tanah Merah. Di tiga kerusi ini ianya diwakilkan oleh Keadilan, jelas tidak mendapat sokongan padu dari penyokong atau ahli Pas. Perbezaan undi di kerusi Dun dalam kawasan parlimen itu dengan undi untuk parlimen sangat ketara sekali. Di parlimen Ketereh calonya dari Keadilan Abdul Aziz Kadir mendapat 25,938 manakala undi untuk Pas dicampur ketiga-tiga kerusi dalam Ketereh iaitu; Kadok, Melor dan Kok Lanas berjumlah 29,214. Bezanya ialah sebanyak 3,276. Kerusi Machang pula calon Keadilan, Wan Zawawi Wan Ismail memperolehi 24,855 undi manakala kalau dicampur undi di ketiga Dun dalam parlimen Machang yang ditandingi Pas, iaitu kerusi Pulai Chondong, Temangan dan Kemuning undi diraih calon Pas sebanyak 26,898 dimana bezanya sebanyak 2,043. Begitu juga dengan kerusi parlimen Tanah Merah yang ditandingi Keadilan menerusi calonnya Nik Mahmod Nik Hasan mengutip undi sebanyak 22,278 berbanding dengan undi dipunggut calon Pas di tiga kerusi di dalam kawasan itu, Bukit Panau, Kemahang dan Gual Ipoh sebanyak 26,530, bezanya sebanyak 4,252 undi. Jika diperhatikan perbezaan undi diperolehi Pas dan Keadilan itu jelas menunjukkan sokongan untuk keduanya tidak sekata. Dalam hal ini ia boleh disalahkan kepada Pas yang tidak sedia memberi undi kepada rakan mereka, dan ini membuktikan Pas Kelantan tidak ikhlas dalam maufakat. Read More / Baca Lagi >> | ||
ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno Posted: 25 Dec 2013 08:34 PM PST Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup. Katanya, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat. "Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat," kata Aminuddin Yahaya. | ||
Bantuan kerajaan 47% BN kepada PERKASA dedah wajah sebenar UMNO Posted: 25 Dec 2013 08:33 PM PST Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR. Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman. "Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN. Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India. Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN. Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman. Read More / Baca Lagi >> | ||
Derita rakyat tiada siapa peduli Posted: 25 Dec 2013 07:37 PM PST SUDAH jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan keadaan rakyat Malaysia hari ini kerana terus dihimpit kesan daripada 'pesta' kenaikan berganda barangan keperluan mulai tahun depan. Tanggal 1 Januari 2014 adalah permulaan paling mencabar kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah, sederhana dan golongan miskin. Pada tahun itu, rakyat perlu 'survive' kerana harga barangan dan perkhidmatan mula dinaikkan secara serentak. Semua kenaikan itu berlaku selepas PRU13 Mei lalu, apabila kerajaan mengumumkan satu persatu kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau pengurangan serta pemansuhan subsidi berselang dalam tempoh sebulan sejak September lalu. Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan terbaru kadar tol membabitkan 15 lebuh raya, seolah-olah membentuk siri rangkaian kenaikan harga. Jadi, bermulalah era kos sara hidup tinggi. Pendapatan bulanan makin meningkat. Itu reaksi rata-rata rakyat yang mengakui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada mereka terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Masyarakat baharu hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, tetapi belum sampai ke tahap itu, kerajaan sudah menaikkan macam-macam harga barang keperluan. Mahu tidak mahu rakyat terpaksa 'menelan' juga. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ke arah autonomi pendidikan di peringkat sekolah Posted: 25 Dec 2013 07:34 PM PST Ahmad Ashraf AzharKenapa saya bercakap begini? Ini kerana pendidikan itu tumpuannya adalah kepada individu. Walaupun ia dibuat secara kolektif dalam skala besar seperti kelas, dewan kuliah dan madrasah, tetapi manfaat akhirnya adalah individu yang akan lahir dari sebuah proses (pembentukan) yang panjang. Konvensyen pendidikan Majoriti yang hadir di konvensyen itu adalah golongan muda. Saya kagum kerana ada mahasiswa daripada KIAS, Kota Bharu datang semata-mata untuk menghadiri konvensyen tersebut. Saya yakin semua yang hadir konvensyen tempoh hari adalah golongan yang tegar dengan media sosial. Bagi mereka, media sosial bukan lagi tempat berhibur seperti 'arwah' Friendster, MySpace dan Hi5, tetapi sumber ulung untuk mendapat maklumat yang terkini. Perkara ini telah dibuktikan ketika Arab Spring yang mana ia bermula dari mesej-mesej ringkas Twitter dan Facebook Itulah pentingnya media sosial dan kesannya seperti yang telah dicontohkan. Tapi, itu di Timur Tengah, dan pasti Malaysia amat berbeza. Saya secara peribadi tidak mahu revolusi seperti itu berlaku kerana pasca-revolusi adalah fasa-fasa yang susah untuk diduga. Proses pembaik pulih pasca-revolusi memakan masa, bukan hanya setahun boleh selesai. Lihat sahaja Mesir. Pendidikan percuma Read More / Baca Lagi >> | ||
Siti Zailah arah Muslimat seluruh negara turun demo esok Posted: 25 Dec 2013 07:05 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru Muslimat seluruh negara turun ke himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Bangladesh, Jumaat, 27 Disember ini. Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut. Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan. Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan. "Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya. Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan. Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah. Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami. | ||
Menjelang Tahun Melawat Malaysia, syarikat bas pelancong bimbang kekurangan diesel Posted: 25 Dec 2013 07:01 PM PST Pengendali bas pelancong mendakwa subsidi 20 juta liter diesel tidak mencukupi dan meluahkan kebimbangan kekurangan bahan bakar itu memberi kesan kepada industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia yang bermula Januari ini. "Semasa waktu cuti sekolah, banyak warga tempatan bercuti di dalam negara dan menggunakan perkhidmatan bas, maka jika isu itu tidak ditangani, pendapatan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan akan mencatatkan penurunan," kata presiden Persatuan Pengusaha Bas, Datuk Mohamad Ashfar Ali. Syarikat pelancongan menyalahkan Putrajaya kerana tidak memperuntukkan lebih diesel bersubsidi, namun kerajaan menolak dakwaan itu dengan berkata bekalan mencukupi. Sementara pemilik stesen minyak melihat penyeludupan salah satu punca kepada kekurangan bahan bakar itu. "(Bagi) pelancongan dalam negeri, biasanya pelancong akan diambil di lapangan terbang dan dibawa bersiar-siar yang melonjakkan sektor pelancongan negara," katanya. Beliau berkata pengendali bas pelancong telah mengadu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mengawal kuota diesel bersubsidi, supaya bekalan diesel ditambah. "Masalahnya adalah permintaan bertambah tetapi bekalan tidak mencukupi. Apabila subsidi dikurangkan, lebih banyak bekalan boleh dipasarkan," tambahnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kekurangan diesel jejas pendapatan rakyat Posted: 25 Dec 2013 07:00 PM PST SHAH ALAM 26 DIS : Kerajaan Pusat gagal menyelesaikan isu kekurangan diesel di stesen minyak seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan. Ini berikutan sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah menyatakan untuk mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah itu, namun sehingga kini ia masih tiada sebarang tindakan konkrit dilakukan. Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah yang berlaku pada setiap akhir bulan. Katanya, ketidakprihatinan Kerajaan Pusat menyebabkan kesukaran pengusaha kenderaan berat atau stesyen minyak hilang pendapatan. "Banyak kawasan mengalami ketidak cukupan bekalan. Ini menimbulkan banyak rungutan di beberapa kawasan. "Kalau kita lihat, apabila berlaku kekurangan diesel ini menyebabkan banyak usaha yang menganggu kelancaran dari sudut pengangkutan. "Ini menyukarkan mereka mencari sumber pendapatan dan menanggung kerugian individu mahupun syarikat ekoran masalah itu," katanya ketika dihubungi Selangor Kini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Menghadapi esok yang segala-galanya naik Posted: 25 Dec 2013 06:56 PM PST Meor Yusof Aziddin Kita akan menyambut musim-musim mendatang yang sangat mencabar sebenarnya. Bersempena tahun baru 2014 yang akan muncul dalam seminggu dua lagi, tidak akan ada yang turun, melainkan segalanya akan naik dan naik belaka. Kos kehidupan yang sarat dengan beban, terpaksalah kita pikul juga demi memujuk hati yang kecewa kerana walau bagaimanapun juga, hidup perlu diteruskan! Anak saya itu akan menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan tetapi kos pembelajarannya macam nak ambil SPM pada tahun 80an dulu. Kalau di tahun 60an dulu, lulus darjah 6 kita layak menjadi guru sekolah, hari ini lulusan diploma pun belum tentu diterima menjadi guru, melainkan jika kita kenal orang dalam. Apatah lagilah jika kita berkelulusan UPSR. Kita bukan hidup di tahun 70an, di mana jalan yang disediakan untuk kita hanya satu hala dan itulah yang kita pilih, samada suka mahupun tidak. Hari ini kita diberi pelbagai pilihan, jalan alternatif mahupun yang konservatif. Hari ini juga kita semakin melihat panorama itu dari sudut yang tersurat mahupun tersirat. Hari ini masyarakat lebih peka dan bijak dalam membuat pilihan, untuk diri mereka juga untuk masa depan. Untuk seorang lagi anak saya yang akan masuk ke darjah 3 pula, kosnya pun lebih kurang begitu juga. Sehelai baju sekolah sudah mencecah RM30 untuk saiz kanak-kanak. Seluar sekolah untuk saiz dewasa pula mencecah sehingga RM50 sehelai. Jadi kalau kita berpendapatan bawah RM3 ribu, memang karamlah dibuatnya. Dulu di tahun 80an sewaktu bersekolah di kampung, saya tempah seluar untuk sekolah menengah di tempat kelahiran saya, kosnya baru RM18. Dan seingat saya juga kita mendapat bekalan buku teks percuma daripada hari pertama persekolahan sampailah ke tingkatan 5 kelas menengah. Selainnya untuk buku-buku tambahan atau rujukan itu tidak ada sangat, berbanding hari ini. Kalau ada pun, kosnya tidaklah membebankan sangat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tahun baru 2014 yang memeningkan.... Posted: 25 Dec 2013 06:45 PM PST FARUSH KHAN SEMAKIN hampir 2014, semakin kencang debaran jantung, bukan kerana gembira, tetapi akibat keresahan. Harga petrol dan gula sudah naik dan reaksi rantaian daripada kesan domino sudah pun terasa; harga macam-macam barang dan kos perkhidmatan turut naik; yang disedari dan yang tidak disedari. Tersingkapnya tabir tahun baru ini, kadar tarif elektrik dijadualkan naik. Turut membimbangkan ialah kenaikan kadar tol. Apabila harga minyak, kadar tarif elektrik dan tol naik, kita tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk membuat jangkaan tentang tindakan pantulannya. Rasanya, kalau kadar tarik elektrik naik, tentu sekali bayaran bekalan air pun akan turut naik kerana kawasan rawatan air dan sebagainya mengguna tenaga elektrik. Sejak berakhirnya PRU13 Mei lalu, ramai pengguna, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah, sering meluahkan kebimbangan mereka mengenai keupayaan menangani nasib masa depan, berikutan kenaikan kos sara hidup. Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) terbaharu dilaporkan mendapati pengundi bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga barang, harga minyak dan tarif elektrik.Dalam tinjauan ke atas 1,676 responden, ia dapati 55 peratus daripada mereka tidak percaya bahawa Belanjawan 2014 mampu mengurangkan kos hidup. Read More / Baca Lagi >> | ||
Semakin bijak menteri-menteri cap Ayam, TV percuma untuk mangsa banjir..!! Posted: 25 Dec 2013 06:33 PM PST (Siapa Yang Akan Dapat Tender Bekalkan 30,000 TV Percuma Ni..???) Adakah sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan akan digunakan untuk membeli TV? Lepas beri TV percuma, bolehlah lepas ni beri Astro percuma. Sejak bila menonton TV boleh menguatkan semangat kekeluargaan? Bijak, Bijak ! | ||
Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok Posted: 25 Dec 2013 06:29 PM PST Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai. Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah. Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami. "Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya. Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh. | ||
Siri Fitnah Dan Provokasi Macai Yang Terkantoi ..!! Posted: 25 Dec 2013 06:19 PM PST | ||
Dataran Merdeka bukan lokasi perhimpunan ‘guling kerajaan’, kata Datuk Bandar Posted: 25 Dec 2013 06:08 PM PST Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Haji Talib menafikan Dataran Merdeka akan dijadikan lokasi perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan, dan menegaskan lokasi itu hanya untuk sambutan ambang tahun baru 2014. Menurut Ahmad Phesal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka. "Dataran Merdeka hanya digunakan untuk acaran sambutan tahun baru dan beberapa program hiburan yang kita sudah aturkan," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur pada Isnin. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemuda Pas kesal cubaan provokasi oleh Macai 47% Posted: 25 Dec 2013 06:04 PM PST Ketuanya, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk negara ini. Menurutnya, pihaknya masih percaya sistem demokrasi dan menghormati ketenteraman awam, namun jika menyalahgunakan nama dalam mengajak masyarakat untuk menjatuhkan sesuatu pihak tidak sepatutnya berlaku. "Saya menerima maklumat satu kain rentang telah digantung di Jalan Telekom Lama, Banting sekali gus mengarahkan ahli supaya menurunkan kain rentang terbabit supaya tidak meragukan masyarakat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Demo bantah KDN satu kewajipan Posted: 25 Dec 2013 06:00 PM PST Oleh H FANSURI "Potonglah kaki tangan seseorang lalu masukkan di tempat 2 x 3 meter dan berilah kebebasan padanya. Inilah kemerdekaan pers di Indonesia..." ~ Soe Hok Gie. Perkara ini tertuang dalam lembaran catatan diari peribadi Soe Hok Gie, seorang mahasiswa beraliran sosialis, komunis apabila beliau menyatakan sikapnya mengenai amalan dan dasar kebebasan akhbar di negaranya. Diari peribadi itu kemudiannya dibukukan dengan judul; Catatan Seorang Demonstran. Jauh di Timur Tengah, agak menakjubkan saat Presiden negara haram Israel; David Ben-Gurion mengungkapkan, "The test of democracy is freedom of criticism..." Ben-Gurion adalah antara penyokong Zionis. Ketika berkuliah di Universiti Warsaw, beliau bergabung dengan pertubuhan Marxis Poale Sion pada 1904. Dia ditahan dua kali dalam Revolusi Rusia pada 1905. Akhirnya, beliau terpaksa berhijrah ke Palestin setahun berikutnya. Pada tahun 1912, Ben-Gurion berhijrah ke Istanbul, Turki, bagi mengikuti kuliah hukum di Universiti Istanbul itu. Di sinilah beliau menceburi kerjaya sebagai wartawan. Dan, selepas tiga tahun bekerja wartawan, beliau diusir. Mungkin ketika inilah David Ben-Gurion, mengungkap hal yang berkaitan kebebasan dalam kewartawanan, "The test of democracy is freedom of criticism..." ~ Ujian ke atas demokrasi adalah kebebasan untuk menegur. Dua cebisan kisah kecil ini bererti, hatta Soe Hok Gie, seorang siswa Cina beraliran Sosialis, Komunis, dan juga Yahudi Zionis David Ben Gurion yang dikenali kejam lagi zalim sekali pun, turut peduli ke atas amalan kebebasan akhbar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Nasihat kepada kerajaan 47% BN versi reset minda Posted: 25 Dec 2013 05:36 PM PST Muna 'Adila Che RimeHari ini, membaca laporan mengenai respons beliau terhadap solusi keluar dari bebanan hidup membuatkan saya tersenyum sendiri. Tidak dapat dinafikan, inilah nasihat terbaik yang ingin saya dedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor. Moga ini versi terbaik untuk dibaca oleh Yang Amat Berhormat sebagai bahan muhasabah. Ya, kerajaan perlu positif dalam menanggapi amarah rakyat terhadap isu kenaikan harga. Jangan tanya apa yang rakyat risaukan, tapi persoal apa yang kerajaan lakukan untuk mengatasi kemelut ini? Mari kita sama-sama hayati pesanan Prof Muhaya ini. "Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif." Sudah lumrah mana-mana negara sekalipun, rakyat akan marah jika harga keperluan seharian naik angkara kegagalan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara, dan sudah semestinya kerajaan juga perlu faham konsep ini. Tidak ada situasi di mana rakyat yang tertindas tidak akan memuncak kemarahannya, memang kami akan naik darah. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kerajaan terhadap apa yang berlaku. Kalau kerajaan guna formula ini, peristiwa yang berlaku ditambah dengan respons kerajaan akan menghasilkan hasil kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Malangnya, memang respons kerajaan sangat negatif. Bagaimana seorang pimpinan pelajar yang menyuarakan isi hatinya supaya kos sara hidup diturunkan, mereka ditanggapi laksana seorang pemberontak. Hasilnya, kami akan terus bangkit membawa Gerakan Turunkan Kos Hidup, atau Turun, sebagai manifestasi terhadap sikap negatif kerajaan terhadap suara hati rakyat. Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, Prof Muhaya menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, wang haram Posted: 25 Dec 2013 05:32 PM PST SHAH ALAM – Seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan rasuah. Menurut sumber yang dipercayai, pegawai tersebut yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ditahan sepasukan anggota SPRM di rumahnya di Kuala Lumpur, kelmarin. "Pegawai tinggi polis itu ditahan serta-merta berikutan penemuan wang dengan jumlah yang agak banyak disimpan di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota SPRM," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang disimpan di rumah pegawai polis itu. Kata sumber itu lagi, hasil siasatan SPRM juga mendapati pegawai berkenaan turut miliki simpanan wang di dalam akaunnya yang berjumlah jutaan ringgit. "Punca wang itu juga agak meragukan dan akan disiasat lebih lanjut," katanya. | ||
Posted: 25 Dec 2013 05:31 PM PST Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, jaminan tersebut dibuat sebagai respons kepada lawatan beberapa anggota polis ke kediaman Pengerusi SAMM itu termasuk kediaman ibu bapanya sekitar jam 11.30 malam tadi di Bukit Chedang, Seremban. "Ketika ini, CheguBard masih berada di luar kawasan dan hanya pulang pada awal pagi esok (hari ini) dan beliau akan menghubungi pegawai polis yang ingin bertemunya sebaik sahaja tiba di dalam negara. "Sebagai warganegara yang baik, CheguBard akan hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan," katanya dalam satu kenyataan, awal pagi tadi. | ||
PAS lawan demokrasi tidak sempurna, bukan guling kerajaan di tahun baru, kata Mat Sabu Posted: 25 Dec 2013 05:28 PM PST PAS tidak berhasrat menggulingkan kerajaan pada malam sambutan ambang tahun baru 2014 nanti, seperti yang didakwa beberapa pihak, menurut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu. "Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar," kata Mohamad, yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu. Beliau berkata parti Islam itu komited dengan amalan demokrasi walaupun ia tidak sempurna. Beliau turut memberikan contoh demokrasi tidak sempurna yang diamalkan di Malaysia. "Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan," katanya. Polis baru-baru ini menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau Turun, Azan Safar, yang menghadapi siasatan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung satu rancangan perhimpunan ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan. Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam Isnin ketika makan bersama kawan-kawannya di Kampung Baru, dan dibebaskan 20 jam selepas itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Menteri kerajaan 47% BN tolak sokongan merosot akibat peningkatan kos sara hidup 2014 Posted: 25 Dec 2013 05:27 PM PST Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan tahun 2014 yang lebih mahal, sesuatu yang boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak undi sehinggakan ahli-ahli parlimen kerajaan menggesa sesuatu dilakukan. Namun, bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, ia adalah masalah kecil. Hasan (gambar, kanan) menolak hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang meramalkan sokongan terhadap BN akan terjejas dalam pilihan raya akan datang akibat siri kenaikan harga barang. "Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kesan kenaikan harga... kami mempunyai makmal kajian untuk menjalankan kaji selidik dan pegawai saya sentiasa bersedia," kata ahli parlimen Kuala Pilah itu lagi. Selasa lalu, Umcedel mendapati peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan barangan seperti minyak dan tarif elektrik akan memberikan kesan terhadap prestasi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Kebanyakan kenaikan harga akan bermula pada 1 Januari 2014. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% akan mula dilaksanakan pada April 2015 menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Beberapa kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi menyebabkan BN hilang banyak kerusi sekaligus majoriti tradisi dua pertiga, di samping kehilangan beberapa buah negeri pada pilihan raya 2008. BN masih lagi belum "sembuh" dalam pilihan raya 5 Mei, malah kehilangan tujuh lagi kerusi walaupun berjaya merampas kembali Perak dan Kedah. Ini menyebabkan rakan-rakan Hassan lain mendesak Putrajaya melakukan sesuatu dan mengambil serius dapatan kajian Umcedel. Read More / Baca Lagi >> | ||
Prof Agus - Barang Naik : Apa yang perlu dibangkang Posted: 25 Dec 2013 07:17 AM PST | ||
Ustaz Tengok Dok MAHARAJA LAWAK?.."Ustak Enjin!!" Posted: 25 Dec 2013 07:08 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan