Isnin, 23 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fitnah "Guling Kerajaan" : Majistret menolak permohonan Polis untuk reman Pengerusi "TURUN"

Posted: 23 Dec 2013 09:01 PM PST


UMCEDEL: Kerajaan 47% BN perlu tangani kenaikan kos sara hidup jika mahu menang PRU14

Posted: 23 Dec 2013 08:58 PM PST


Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kaji selidik UMCEDEL mengenai respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kaji selidik UMCEDEL mengenai respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti tarif elektrik dan harga minyak memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan Barisan Nasional (BN) perlu menagani isu itu jika mahu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), hari ini.
Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata tiga isu itu seharusnya ditangani kerajaan dengan sewajarnya kerana ia juga boleh menjejaskan sokongan kepada kerajaan BN.
Hasil daripada kajian UMCEDEL terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia yang dijalankan pada 6 hingga 8 Disember lalu mendapati 42% responden beranggapan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 24%.
Read More / Baca Lagi >>

Macai Umno kata perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50 Juta...

Posted: 23 Dec 2013 08:31 PM PST

Peniaga sekitar Dataran Merdeka, menggesa penganjur perhimpunan haram yang merancang kegiatan di situ pada Selasa depan, membatalkan usaha terbabit kerana menyebabkan mereka kerugian sehingga RM50 juta setiap kali diadakan.

Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini.

Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kerugian lebih besar 

"Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar.

"Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak," katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam

Umno parti 'kosong intelektual' - Khalid Jaafar

Posted: 23 Dec 2013 08:15 PM PST

Masih kurang perbincangan intelektual dalam parti politik, termasuk dalam Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, situasinya tidak seburuk dalam Umno, yang mempunyai "kosong intelektual".

Perkara itu ditimbulkan oleh Pengarah Institute Kajian Dasar Khalid Jaafar (kiri) dalam sebuah forum di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian setelah membangkitkan realiti bahawa terdapat pemimpin dunia yang juga dianggap intelektual seperti bekas presiden Indonesia Sukarno, bapa pemodenan China Mao Zedong dan pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi.

"Kita mahukan pemimpin yang intelektual, bukan golongan (Umno) ini... hanya ahli politik profesional tanpa idea," Khalid, yang jgua anggota jawatankuasa pusat PKR, berkata demikian pada Ahad.

Menurutnya lagi, hasil kekurangan perbincangan intelek, ia mendorong kepada kritikan terhadap beberapa idea, seperti liberalisme.

DAP dakwa syarikat Umno punca longgokan sampah di MRR2

Posted: 23 Dec 2013 08:08 PM PST

DAP mendakwa syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd yang dimiliki bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan adalah punca longgokan sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) hujung minggu lalu.
Syarikat tersebut merupakan kontraktor yang diberikan projek untuk mengendalikan Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin, Kepong.
"Saya berharap projek tersebut diberikan bukan kerana Umpan Jaya Sdn Bhd dimiliki oleh Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim dan keluarganya.
"Mohd Noordin adalah bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan dan meninggal dunia pada Februari 2013 lalu," kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.
Pada Sabtu, media melaporkan gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu jalan MMR2 berhampiran Kepong.

Longgokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang teruk di lebuh raya berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau yang meloyakan.
Ong turut membidas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana memberikan kontrak tersebut walaupun syarikat berkenaan tiada pengalaman dalam menguruskan pusat pemindahan sampah.
"Mengapakah Umpan Jaya, kontraktor am, dianugerahkan kontrak ini pada 2011 walaupun rekodnya tidak baik, daripada laman webnya, mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menguruskan atau mengendalikan stesen pemindahan," kata Ong.
Ong berkata, pihak berkuasa digesa menyiasat syarikat Umpan Jaya dan membawa pihak bersalah ke muka pengadilan.
Beliau juga mahu kontrak selepas ini perlu diberikan secara kontrak terbuka dan tidak hanya menganugerahkannya kepada Alam Flora.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal di MRR2 itu.

Penduduk sekitar Rawang terkandas banjir kilat

Posted: 23 Dec 2013 07:54 PM PST


Ribuan penduduk di sekitar Rawang hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.
"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya.
Beliau berkata, air mula naik kira-kira jam 6 pagi tadi

Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat

Posted: 23 Dec 2013 07:22 PM PST

Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat dalam mengawal pengambilan dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka, kata laporan Bank Dunia hari ini.
The Wall Street Journal melaporkan Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks sementara maklumat umum prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.
"Sekitar 65% daripada pengambilan guru dilakukan oleh kerajaan dan bukannya sekolah itu sendiri, berbanding dengan hanya 5% di Korea Selatan, di mana sekolah-sekolah awam mempunyai lebih autonomi," kata laman berita tersebut yang memetik laporan Bank Dunia.
Pengarah Bank Dunia Asia Tenggara, Ulrich Zachau, berkata ibu bapa sukar untuk memberi maklum balas kepada pengurusan sekolah dan dengan mengambil kira faktor tersebut, sekolah menjadi kurang bertanggungjawab.
Kedudukan terbaru Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) sangat buruk, berada pada kedudukan 52 daripada keseluruhan 65 negara yang dikaji selidik.
Pelajar yang berusia 15 tahun diuji dalam matematik, sains dan membaca.
Berada di kedudukan tiga belakang, Malaysia jauh ketinggalan dengan kedudukan Singapura yang berada di tangga ke-2 malah negara berpendapatan rendah, Vietnam berada di tangga ke-17 lebih baik daripada Malaysia.
Laporan Bank Dunia juga menyatakan walaupun terdapat bilangan guru yang mencukupi di Malaysia, ibu bapa berpendapat kualiti pengajaran adalah suatu yang perlu dibahas.
Ibu bapa mendakwa guru tidak komited dalam tugas mereka, memetik contoh guru yang lebih asyik dengan telefon bimbit mereka daripada mengajar pelajar semasa waktu kelas.
Bagaimanapun, guru pula mempertahankan diri mereka dengan berkata, ia adalah tidak adil melabelkan guru sebagai tidak komited.
"Guru mengamalkan kaedah berbeza dalam mengajar pelajar," kata Adele Phang, seorang guru yang dipetik berkata dalam laporan The Wall Street Journal.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN, PM jenis apa tidak hiraukan masalah rakyat....

Posted: 23 Dec 2013 07:17 PM PST


BARISAN Nasional (BN) ini kerajaan jenis apa dan Datuk Seri Najib Razak pula Perdana Menteri jenis apa yang sanggup membutakan mata, memekakkan telinga sehingga membuatkan rakyat berpendapatan rendah semakin meluat kerana penderitaan mereka yang dibebani kenaikan harga barang tidak dipeduli dan dihiraukan.
SEMUA NAIKKalau macam inilah kerajaan BN dan Perdana Menteri yang menjadi sanjungan dan sokongan juak-juak UMNO, maka mereka patut terus memilih BN dan pemimpin sedemikian mentadbir negara untuk menjadi 'lintah' menghisap darah rakyat sehingga menjadi papa kedana, manakala kroni mereka terus dibelai menjadi kaya raya.
Ketika ini tidak ada orang yang tidak mengeluh dan terkejut dengan kenaikan harga barangan berikutan kenaikan harga petroleum sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15% dan terbaru bakal menaikkan kadar tol mulai tahun depan serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015.
Masalahnya bukan setakat harga petrol dan diesel serta gula yang naik, tetapi ia membabitkan barangan lain kerana kos pengangkutan turut meningkat.
Ramai terkejut termasuk sendiri ketika berkunjung ke sebuah pasar raya baru-baru ini apabila mendapati harga ikan naik melambung termasuk ikan jenis pelaling dan selayang (sardin) (jenis ikan makanan orang miskin) kini dijual sehingga RM10 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM6 atau RM7 sekilogram.
Saya juga mengambil kesempatan meninjau harga beberapa jenis ikan lain, termasuk cencaru dan kembung, juga ikan jenis murah yang mampu dibeli rakyat miskin. Tetapi semua ikan itu juga dijual sehingga RM12 sekilogram.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Pihak TUDUH Kitab Tabligh FADAIL AMAL Kitab Sesat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Dec 2013 07:13 PM PST

Pemandangan sedih menjelang Hari Natal

Posted: 23 Dec 2013 07:08 PM PST

Anak-anak kecil dan wanita-wanita kelihatan menyelongkar bekas tempat buang sampah untuk sisa makanan dan bahan kitar semula berdekatan sebuah restoran, 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Dalam kesibukan merayakan kedatangan Hari Natal dan Tahun Baru 2014, di celah-celah perhiasan ada pemandangan sedih yang mengusik suasana perayaan.
Anak-anak kecil dan wanita-wanita kelihatan menyelongkar bekas tempat buang sampah untuk sisa makanan dan bahan kitar semula berdekatan sebuah restoran, 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu.
Pemandangan dikatakan semakin ketara dan mendapat perhatian apabila gambar sekumpulan anak dan wanita kelihatan di tempat buang sampah dikongsi di laman sosial facebook.
Pengguna facebook yang hanya dikenali Sapp Sabah yang mendedahkan gambar tersebut menulis "lagi org Sabah, Anak Negeri Sabah Suku kaum Dusun Sungai dari Kota Marudu mengorek sisa makanan dari tong sampah di Damai Plaza, Luyang"
"Menghayat hati dan jiwa… pls kasi share (tolong sebar) " adalah permintaannya kepada pengguna laman sosial yang lain.
Setakat ini, gambar tersebut dikongsi oleh 130 pengguna lama sosial facebook dan persoalan timbul sama ada anak anak dan wanita tersebut adalah orang tempatan atau pendatang.
Ada juga mempertikaikan tujuan pendedahan gambar ini yang mengaibkan dan memalukan individu dalam gambar atau mempunyai tujuan tersembunyi.
Read More / Baca Lagi >>

Sweet words and the bitter truth

Posted: 23 Dec 2013 06:39 PM PST

BN has shown more than once that it is capable of breaking a promise. 

How can we trust a government that promises one thing and does the opposite even while the sweet words are still ringing in our ears?
Those who voted for BN on the strength of its manifesto must be trying to kick themselves in the butt now as they rebudget for highway tolls. They would be asking themselves: Where did such an established political organisation find the audacity to violate its own printed manifesto even before the ink is dry? What has happened to Janji Ditepati?
They should have known better. The BN government has a record of insincerity even in its international dealings. When it signed the OIC's Islamabad Declaration in 2007 to foreswear discrimination among Muslims practicing different interpretations of Islam, it did so without cancelling the National Fatwa Council ruling that denies recognition to Syiah schools of jurisprudence.
The Islamabad Declaration, couched in solemn Islamic language, obliges signatories to "remove all causes of prejudice, hatred, provocation and incitement as well as sectarian violence between the followers of different Islamic schools of thought" and to "refrain from politicising any possible religious dispute between Muslims."
And yet we have the BN government, spearheaded in this case by Home Minister Zahid Hamidi, making all kinds of inflammatory statements against Syiah Muslims and thereby going against both the letter and spirit of the agreement.
Indeed, both the Home Minister and the Inspector General of Police have condemned Syiah followers as a national security threat—without offering any credible evidence.
Read More / Baca Lagi >>

GST : Tolak atau Terima? - Prof Agus

Posted: 23 Dec 2013 06:32 PM PST

PENINGKATAN HUTANG NEGARA DIBAWAH PIMPINAN SIAPA?

Posted: 23 Dec 2013 06:30 PM PST

Guling Kerajaan: Kalau tidak serah diri, kami cari - PDRM

Posted: 23 Dec 2013 06:24 PM PST

Kalau tidak serah diri, kami cari 
 Pemilik akaun Facebook yang dicari polis.
SHAH ALAM  - Polis masih memberi peluang kepada  pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama  Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan  pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember  ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenal pasti.

"Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berhubung isu berkenaan, Hadi berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan  dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Katanya laporan polis juga telah dibuat  berhubung kenyataan individu berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Read More / Baca Lagi >>

Kantoi: CEO TNB Pecah Lubang..!!

Posted: 23 Dec 2013 06:08 PM PST

Brunei bantu Kelantan laksana hudud

Posted: 23 Dec 2013 06:05 PM PST

Brunei bantu laksana hudud  
Ahmad ketika mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah, minggu lalu.
KOTA BHARU -  Kerajaan Kelantan akan mengadakan kerjasama erat dengan kerajaan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud  di negara terbabit.

Perkara itu antara yang diputuskan selepas pertemuan pemimpin kerajaan Kelantan diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan menterinya pada lawatan ke negara terbabit dari 17- 20 Disember  yang lalu.

Ahmad berkata, pihaknya menghargai kerjasama Sultan Hassanal Bolkiah yang menerima kunjungan delegasi kerajaan negeri dengan mengarahkan semua agensi yang terlibat dalam perlaksanaan hudud di negara itu memberi kerjasama  kepada Kelantan.

Katanya, dalam kunjungan seramai lapan pemimpin kerajaan negeri itu, pihaknya telah dibawa dan diberi penerangan berkaitan pelaksanaan hukuman itu di empat jabatan iaitu kementerian Hal Ehwal Ugama, Pejabat Peguam Negara,  Mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti Brunei.

"Kunjungan ini pada asasnya adalah untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan Brunei yang mewartakan kanun jenayah syariah, sebenarnya Brunei tidak mempunyai masalah yang besar kerana Sultan mempunyai kuasa penuh. Titah Sultan terus jadi undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Posted: 23 Dec 2013 05:40 PM PST

Kenyataan Media
24 Disember 2013


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira - kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.


Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.


Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Tukar huruf alif perbuatan orang jahil

Posted: 23 Dec 2013 05:38 PM PST

kalimah ALLAH 
 Tindakan pihak tertentu mengedar risalah yang mempunyai logo Umno kepada penduduk, diselar Pas Kawasan Rantau Panjang kerana huruf alif pada kalimah ALLAH ditukar dengan logo 1Malaysia.
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

Read More / Baca Lagi >>

Macam Macam Ayam Ada Dalam Reban Kerajaan 47% BN

Posted: 23 Dec 2013 05:01 PM PST


Lirik Lagu Ayam - Jalil Hamid
Ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
hangat-hangat tahi ayam,
sabung ayam nasi ayam telor ayam

ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
telor sebiji riuh sekampung
hooo...oh ibu ayam
telor dieram anak sereban
kata bidalan berkaki ayam
kalau makan ajak-ajak ayam
kalau nak tidur tidur-tidur ayam
kalau tak nampak itu rabun ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam kais pagi makan malam
makan cakar ayam sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam

Satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam 

Fitnah 'Himpunan Guling Kerajaan' - Azan Safar mangsa pertama ditahan polis

Posted: 23 Dec 2013 04:48 PM PST

Azan Safar pengerusi TURUN nampaknya adalah mangsa pertama fitnah 'Himpunan Guling Kerajaan' yang polis ambil. Aku yakin lepas ni akan ada mangsa-mangsa seterusnya yang akan polis ambil, tambah-tambah lagi kalau tangkapan ke atas Azan Safar tu merancakkan lagi semangat 'Himpunan Guling Kerajaan' pada malam 31 Disember nanti.

Semalam update dalam Facebook Gerakan Turun Kos Sara Hidup - TURUN:
Kereta Proton Waja berwarna silver bernombor plate WML 4089 menahan saudara Azan Safar. Kata mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi. Kita doakan semoga tidak berlaku apa-apa yang tak diingini.

Beberapa aktivis TURUN yang bersama dengan Azan ketika makan dihalau dengan kasar dan diherdik di depan orang ramai.

Sebarkan!! - Facebook
Facebooker Mehmet Fikovic yang katanya adalah Peguam dari Juham update status:

Update kes tangkapan Muhamad Azan Safar, Pengerusi TURUN yg ditangkap sekitar jam 11.30 mlm tadi.

Beliau telah ditahan di IPD Dang Wangi utk siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman yg dibaca bersama Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan. Sy telah mohon supaya Azan tidak ditahan mlm ini tapi tak dibenarkan oleh IO atas alasan Seksyen 124 (c) KK adalah kesalahan jenayah serius (cubaan utk menjalankan dentrimental activity against parliamentary system).

Beliau akan dibawa di hdpn Majistret esok jam 9.30 pagi di Lokap Polis IPD Dang Wangi (aras ground floor) utk perintah reman. Sy dimaklumkan oleh IO, Polis akan mohon perintah reman utk 14 hari bermula esok.

Mohon doa semua dan teruskan solidariti rakyat yg semakin tertindas.

Medan sejuta dusta?

Posted: 23 Dec 2013 04:44 PM PST

Ismail Hashim Yahaya

Perjuangan untuk meraih kekuasaan istimewanya semasa pilihan raya  bukanlah untuk memuliakan kekuasaan itu sendiri. Secara asas, kekuasaan itu adalah instrumen untuk mencapai dua tujuan. Ia dapat digunakan sebagai instrumen untuk perubahan atau sebaliknya sebagai alat untuk mempertahan dan melestarikan kedudukan atau status quo.
Kalaulah kita bersetuju dengan asas di atas maka demokrasi yang merupakan  sebagai mekanisme untuk memperoleh kekuasaan tidak dapat lari daripada kemungkinan dua tujuan ini. Ia dapat menjadi suatu mekanisme yang melahirkan harapan, tetapi sekaligus dapat mengubah dirinya menjadi sumber segala kehampaan.
Oleh itu, proses daripada harapan ke kehampaan dalam sistem politik yang demokratik akan muncul ke permukaan jika kekuasaan digambarkan secara dinamis, sedangkan kehampaan akan terbingkai dalam gambaran yang statis.
Apa yang berlaku di negara ini sekarang terutamanya mutakhir ini memperlihatkan kecenderungan untuk membenarkan andaian konseptual melalui dua petanda berikut.
Pertama, tiada kekuatan politik bagi parti politik baik dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat  yang dapat berkuasa tanpa melakukan gabungan.
Keputusan pilihan raya ke-13 sudah menunjukkan betapa parti gabungan merupakan unsur penting. Parti-parti utama PAS dan Umno pun tidak dapat berdiri memerlukan rakan-rakan parti seperti DAP, PKR atau bagi BN gabungan parti-parti dari Sarawak dan Sabah.
Sekali  sekilas pandang dapat memperlihatkan pengekalan gabungan ini menunjukkan pembentukan kesatuan nasional dengan sifat negarawan yang tinggi tetapi jika diteliti ia tidak lebih daripada hanyalah hiasan aksesori bagi terus mengekalkan kuasa yang bukan juga perjuangan mempertahankan bangsa, agama atau kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Barang naik: Apa khabar pengundi kerajaan 47% BN

Posted: 23 Dec 2013 04:40 PM PST


Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, berbulan-bulan lamanya pemimpin Umno/BN melontarkan pelbagai janji pihan raya - yang disebut 'BN: Janji Ditepati' di merata ceruk rantau, khususnya di kawasan luar bandar.
Selain kempen habis-habisan di televisyen dan media yang mereka miliki, mereka juga mangadakan pelbagai majlis besar dan kecil di perkarangan masjid, di dewan serbaguna, di mana saja dengan membawa pelbagai habuan . Malah masuk ke rumah-rumah orang kampung memberitahu rakyat janji dan murah hati Umno/BN kepada rakyat.
Pemimpin Umno/BN benar-benar dilihat oleh rakyat yang kurang betfikir, sangat murah hati, maka itu merekapun, percaya janji Umno/BN ini. Tidak menjadi rahsia lagi, bahawa pengundi luar bandar ini sangat percaya. Ini kerana pengundi di kawasan ini, majoritinya, tidak ada ekses internet atau media alternatif yang lain, melainkan media tradisinal dan saluran televisyen biasa.
Antara lain, Umno/BN berjanji, harga barangan keperluan - gula, minyak dan barangan lain akan kekal seperti yang sedia ada, tol tidak dinaikkan, demikian juga tarif elektik akan kekal seperti sedia ada.
Di luar bandar ketika itu, Umno/BN kelihatan tidak ada masalah untuk mendapat sokongan. Bagaimanapun BN melihat ada masalah dengan pengundi bandar yang mempunyai akses kepada media baru. Maka itu, janji mereka tidak mudah diterima, berbanding dengan pengundi di luar bandar. Tetapi ada juga kelihatan sokongan kepada Umno/BN di kalanggan golongan generasi lama di bandar.
Dalam keadaan orang luar bandar, malah sesetengah orang bandar sendiri pun, percaya dengan janji itu, maka BN pun menang walaupun hanya mendapat 47% undi popular.
Kini apa yang terjadi ialah 4,5 bulan selepas PRU hampir semua barangan keperluan naik harga dan rakyat merasakan kehidupan mereka sangat tertekan. Semua golongan rakyat, kecuali golongan elit dan super mewah, merasakan peritnya dengan kenaikan harga barang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan kos hidup rakyat: Siapa kata Umno tak salah?

Posted: 23 Dec 2013 06:43 AM PST

1. Najib Razak - Perdana Menteri, Menteri Kewangan - Presiden Umno.
2. Anak Yasin - TPM, Menteri Pendidikan - Timbalan Presiden Umno.
3. Ahmad Maslan - Kementerian Kewangan - Ketua Penerangan Umno.
4. Isa Samad - Pengerusi Felda - Bapaklah Umnonya.
5. Kebanyakan anggota kabinet - Tunggul kayu - Ahli Umno ada yang Ketua Bahagian Umno lagi.
6. Katanya parti utama dalam kerajaan Barisan Nasional - Umno ! Ke MIC? Hah MCA?
7. Yang beria-ria berkempen dalam PRU 13 suruh pangkah BN bagi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan kos hidup rakyat hari ini - pemimpin Umno pebagai peringkat.
8. Yang mengundi BN/Umno dalam PRU 13 - ramainya pakcik/makcik kampung dan Felda yang warna kulit mereka pun warna Umno!
9. Lapan tawaran Pakatan Rakyat ditolak oleh Umno dan pengundi yang 'diperbodohkan' oleh Umno kerana konon dasar pengurusan Umno kini terbaik, Umno tak salah lagi?

Umno tak salah lagi ke? 
Alasan kerana ekonomi dunia tidak menentu maka kos hidup rakyat terpaksa ditingkatkan adalah fakta soheh akan betapa salah dan silapnya Umno melayani rakyat!

Kalau tak nak Umno dipersalahkan, semua yang disebut kat atas tu letak jawatan!
Sudahlah Isa...! Kos hidup rakyat meningkat bukan salah Umno konon! Menyampah aku atau dia ni bodoh jugak macam Ahmad Maslan kot?

Pasukan baru MTUC akan laksana strategi baru bela pekerja dan rakyat

Posted: 23 Dec 2013 05:59 AM PST


Langkah yang lebih bersepadu dan berselaras bagi memperjuangkan hak pekerja akan menjadi keutamaan dalam urusan pasukan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang baru dipilih.
Presiden yang dipilih semula, Khalid Atan memberitahu Bernama hari ini bahawa tim barunya yang mengandungi bakat yang pelbagai akan melaksanakan pendekatan dan strategi baru berasaskan penyelidikan dan fakta demi memeterai hubungan baru dengan industri dan kerajaan.
Antara mereka yang dipilih bersama beliau pada persidangan perwakilan yang berakhir baru-baru ini ialah timbalannya Abdullah Sani yang juga MP Kuala Langat, setiausaha agung N.Gopalakrishnam dan setiausaha kewangan Awang Ebrahim.
Khalid berkata fokus segera timnya ialah untuk menentukan bahawa pekerja tidak terjejas dengan sewenangnya oleh kenaikan kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Ulasan Yang Padat Ust Esa Deraman : Adakah Tabligh jemaah sesat?

Posted: 23 Dec 2013 05:48 AM PST




Tiada ulasan: