Jumaat, 20 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Makmal kos sara hidup langkah terbalik Najib

Posted: 20 Dec 2013 08:29 PM PST


Ekoran rungutan berterusan orangramai mengenai kos sara hidup yang kian meningkat berikutan berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu bagi mengkaji dan merangka langkah-langkah susulan menangani masalah itu.
Menulis di laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat berkenaan kenaikan kos sara hidup dan sedang mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Disebabkan itu, katanya, kerajaan bersetuju menubuhkan makmal tersebut yang diletakkan di bawah Pemandu.
Respon Najib ini adalah jelas untuk menunjukkan beliau tetap seorang pemimpin yang prihatin kepada kesejahteraan rakyat berikutan pelbagai kenaikan yang berlaku sejak selepas PRU 13 lalu lebih memperlihatkan beliau seolah-olah bukan lagi Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat serta tidak mempedulikan rungutan yang kian meningkat.
Najib dilihat memilih cara mudah untuk menambah pendapatan negara iaitu dengan cuba mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat melalui kenaikan cukai dan menghapuskan subsidi serta dalam masa yang diminta berkorban dan berjimat-cermat.
Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang beliau tergerak hati mahu menubuhkan makmal mengenai kos sara hidup itu. Apakah sebelum menaikkan harga barang, beliau tidak pernah memikirkan kos sara hidup rakyat? Makmal ini sepatutnya ditubuhkan sebelum sebarang kenaikan dilakukan dan bukannya selepas banyak kenaikan dilakukan.
Benarlah kata orang, kehidupan sebagai anak bangsawan menyebabkan beliau tidak dapat memahami derita rakyat miskin. Kehidupan serba mewah sejak lahir menyebabkannya tidak pernah merasai denyut nadi rakyat bawahan dan pemahamannya mengenai kemiskinan hanyalah sekadar memandang melalui jendela dari sebuah rumah banglo.
Dengan menubuhkan makmal hanya setelah melakukan pelbagai kenaikan dan meletakkan rakyat dalam kehidupan hampir "nyawa-nyawa ikan", menunjukkan Najib seorang yang tidak memandang ke hadapan, tiada perancangan konkrit dalam mengurus negara dan menjaga kebajikan rakyat. Semua urusan negara seolah-olah dilakukan berdasarkan pendekatan "ad-hoc" dan konsep "trial and error" saja.
Read More / Baca Lagi >>

Hina: Ku Nan membandingkan wanita dengan harta tanah

Posted: 20 Dec 2013 08:01 PM PST


Cadangan sengal Najib tubuh makmal kos sara hidup mengundang serangan di Facebook

Posted: 20 Dec 2013 07:51 PM PST

Laman Facebook Datuk Seri Najib Razak bertukar menjadi talian aduan selepas pengunjung bertalu-talu memberikan rungutan dan kritikan mereka, beberaja jam selepas Najib mencadangkan sebuah makmal kos sara hidup bagi mengkaji keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Adoi... Makmal otak dia. Baik buat makmal uji kaji binatang lagi bagus. Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional iaitu makmal kos sara hidup 1Malaysia. Betul-betul bodohkan rakyat. Terima kasih BN," tulis Sulaiman Leman Ahmad di laman sosial Najib, yang mempunyai peminat lebih 2 juta.
Semalam Najib buat pertama kali memberikan respon kepada keluhan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menyelaraskan subsidi dan menaikkan harga, termasuk cadangan menaikkan kadar tol walaupun Barisan Nasional menjanjikan penurunan tol pada pilihanraya Mei lepas.
Najib berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksaan (Pemandu), sebagai langkah menangani peningkatan kos kehidupan.
Read More / Baca Lagi >>

Perubahan patut bermula dengan Najib bersara secepat mungkin

Posted: 20 Dec 2013 07:38 PM PST

Tugas rakyat ialah untuk membina negara ini menjadi negara yang bermutu rakyatnya, tinggi tahap ekonominya, bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan yang tertulis sebelum kemerdekaan dahulu.
Kepimpinan sekarang tidak melalui kesusahan seperti yang terdahulu dari Dr Mahathir memimpin. Mereka ini hanya menjahanamkan apa yang telah terbentuk semasa Pra Dr Mahathir dahulu. Yang kita nampak hanyalah pembangunan 'material' dan fisikal yang sangat mahal sahaja. Tidak nampak pembangunan 'mental' manusia, malahan mentaliti kita di Malaysia tidak ubah seperti mentaliti manusia di Afrika sahaja.
Yang terbentuk pemimpin kita hanya pemimpin yang bermentaliti 'orang darat' ber'glamour' dan bersukaria dengan membelanjakan wang rakyat secara 'lavish' seolah-olah wang itu dipetik dari pokok sahaja. Tidak boleh nampak duit dan harta, air liur mereka akan meleleh seperti anjing nampak tulang.
Pemimpin yang berkelakuan seperti 'orang baru turun dari bukit' ini selalunya akan berbelanja banyak. Mereka baru mendapat peluang berbelanja. Mereka akan cuba untuk menaiki tangga sosial tanpa had waimma dengan menggunakan wang rakyat yang banyak. Jika tidak mempunyai kelayakan untuk menggunakan jet, mereka akan menggunakan kabinet untuk meluluskannya. Yang penting, bagi mereka hidup ini sementara dan tidak lama, 'kita balon cukup-cukup sementara kesempatan ada'.
Read More / Baca Lagi >>

Preskripsi Najib untuk MCA: ‘Viagra politik’ untuk kuat semula

Posted: 20 Dec 2013 07:35 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru MCA mengambil "viagra politik" bagi mengembalikan semangat anggota parti berkenaan yang kian merosot sokongan di kalangan masyarakat Cina.
Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, presiden Umno itu berkata MCA masih mempunyai ahli diperingkat akar umbi, namun semangat mereka lemah.
"Kita perlukan viagra politik. Lemah semangat. MCA ada ahli di akar umbi, tetapi tiada semangat.
"Nanti kita minta Menteri Kesihatan buat," katanya berseloroh.

Ahmad Maslan kata GST akan turunkan harga barang

Posted: 20 Dec 2013 07:32 PM PST

PUTRAJAYA:  Segala tohmahan pembangkang mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam risalah 'anti-GST' yang kini diedar kepada umum, akan dijawab oleh kerajaan bermula Januari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata setiap tuduhan akan dijawab oleh pasukan GST yang terdiri daripada pegawai kewangan dan kastam.
"Kita akan jawab satu demi satu," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2013, di sini semalam.
Beliau juga menempelak pembangkang yang hanya tahu memburukkan usaha kerajaan namun tidak menawarkan alternatif kepada GST.
"Jika GST tidak bagus masakan cukai itu diamal oleh 160 daripada 193 negara di dunia," katanya menambah jika sistem cukai sedia ada diteruskan, harga barang akan terus naik berganda-ganda, justeru bukan pilihan yang baik untuk memantapkan ekonomi negara.
"Pembangkang hanya melabel BN (Barisan Nasional) sebagai 'barang naik' namun saya mahu jelaskan bahawa dalam negara-negara yang melaksanakan GST, barang naik hanya sekejap dan selepas sistem itu difahami, kos perniagaan akhirnya dapat dikurang.
Read More / Baca Lagi >>

Wahabi Dan Syiah: Ustaz KDN berkata transformasi tidak perlu menteri kerajaan 47% BN mentaliti rendah

Posted: 20 Dec 2013 07:07 PM PST


Jangan buli saya, kata Zamihan kepada Shahidan, meneruskan perang mulut berhubung fahaman Wahabi. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.Jangan buli saya, kata Zamihan kepada Shahidan, meneruskan perang mulut berhubung fahaman Wahabi. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.Perang mulut di antara Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain dan Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu fahaman Wahabi berterusan selepas pegawai kerajaan itu mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar namanya.
"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam," kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
"Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
"Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam," kata Zamihan.
Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

KDN nafi akhbar The Heat digantung kerana laporan Najib-Rosmah boros..syarat-syaratnya..??

Posted: 20 Dec 2013 07:05 PM PST

Laporan muka depan akhbar The Heat yang dikatakan tidak disenangi Putrajaya. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013. 
Laporan muka depan akhbar The Heat yang dikatakan tidak disenangi Putrajaya. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan akbar mingguan itu tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dua hari lalu, The Heat digantung permit penerbitannya secara serta-merta dan ramai yang mempercayai ianya disebabkan laporan muka hadapan mengenai pemborosan Najib dan Rosmah.
"Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas," kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.
Menurut KDN, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Naik harga: Blogger Pro-BN pun bantah

Posted: 20 Dec 2013 06:35 PM PST

SHAH ALAM – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak  puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.
"Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

"Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan," kata blog tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

TNB untung RM4b masih tak cukup?

Posted: 20 Dec 2013 06:32 PM PST

KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat rundingan semula dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengurangkan kos ditanggungnya sekali gus berupaya menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, TNB banyak mengeluarkan belanja untuk membeli tenaga elektrik daripada IPP pada kadar yang tinggi sehingga terpaksa menanggung kos berlebihan.

"Ini satu faktor mengapa TNB selalu tidak cukup wang kerana mereka terpaksa bergantung kepada IPP untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.

"Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

GST konsep zalim dalam Islam

Posted: 20 Dec 2013 06:27 PM PST

KUALA LUMPUR - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada April 2015 merupakan satu konsep yang zalim mengikut Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan GST akan dikenakan kepada semua golongan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin.

"Konsep adil dalam Islam ialah bukan semua orang akan kena. Kalau cukai, kena ikut kemampuan masing-masing.

"Tapi GST semua kena bayar.. ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam," katanya ketika berucap di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini.

Beliau berkata, selain GST yang bakal diperkenalkan, beberapa siri kenaikan harga yang diumumkan jelas menunjukkan kerajaan tidak mampu mengurus sumber yang ada dengan baik.

"Kewangan tak cukup sebab sumber yang ada bocor dengan projek mewah. Bocor dengan rasuah dan pelbagai salah laku.

"Maka kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bayar hutang yang akhirnya membebankan semua rakyat," katanya.

Warga Internet Mengamuk Gara-Gara Bengang Status Terbaru Najib Di Facebook

Posted: 20 Dec 2013 06:05 PM PST


Bila rakyat semakin benci.. buat apa semua tak jadi. Terbaru post di fb Najib teruk kena belasah oleh pengguna fb. Kebanyakannya memberi komen-komen pedas, Addin cuba jugak untuk memberi komen tapi dah kena ban dengan admin fb Najib.

Najib kononya nak tunjukan keprihatinan dengan menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup, yang bertujuan merangkan langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat.

Namun menerima kritikan pedas dari pengguna fb, saksikanlah petikan komen-komen tersebut..



Nampaknya Najib cuba menutup kesalahannnya dengan menaikkan harga barang. Jikalau ikhlas untuk membantu rakyat, sepatutnya kenaikkan harga barang perlu di elakkan. Rata-rata rakyat mungkin berpendapat biar gaji tidak naik asalkan harga barang murah..

Tolak GST kerana ia 'Gasak Sampai Tulang' rakyat

Posted: 20 Dec 2013 06:02 PM PST

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru rakyat supaya  menolak perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana baginya  GST akan terus-menerus menambah penderitaan  rakyat.

Jelas Shamsul, beliau mengibaratkan GST sebagai akan 'Gasak Sampai Tulang' rakyat, padahal kesilapan berlaku atas kegagalan kerajaan untuk mentadbir urus kewangan negara dengan baik.

"Pelaksanaan GST akan gasak rakyat sampai ke tulang, GST akan menyebabkan barang-barang akan naik harga.

"Rakyat yang terpaksa tanggung beban, padahal kerajaan yang gagal urus kewangan negara.

"Jangan cakap pelaksanaan GST baik untuk rakyat, padahal pelaksanaan tersebut lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan, sekaligus menambah derita rakyat," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Setengah pemimpin yang ingin berjasa kepada negara, mereka perlu bersara

Posted: 20 Dec 2013 05:33 PM PST

Malaysia sudah berada ditengah peta dunia kerana mendepani banyak perkara berbanding dengan negara-negara lain. Malaysia adalah negara yang keempat kedudukannya dalam pengaliran wang negara secara haram selepas Cina, India dan Russia. Jika dibandingkan ketiga-tiga negara yang lain itu, Malaysia merupakan hanya sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang kecil jumlahnya. Tetapi jumlah wang negara yang mengalir keluar negara melepasi apa yang berlaku di negara-negara besar di dunia ini.
Tetapi yang termasyurnya kita hanyalah dalam bidang yang buruk dan tidak ada yang bernilai baik. Yang terakhir pula dunia mengetahui melalui Lapuran Bank Dunia untuk Disember 2013 yang negara kita telah mengambil jalan menjual aset negara untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Penjualan aset itu juga merupakan untuk merealisasikan janji kerajaan untuk mengurangkan defisit negara kepada 4 peratus dalam belajawan negara 2014 nanti.
Dalam keadaan yang sama kerajaan sedang mendapatkan sumber kewangan untuk mentadbir negara melalui pencukaian terhadap rakyat dan ditambah pula dengan penghapusan subsidi terhadap bahan bakar dan gula serta beberapa yang lain. Jika berita penjualan aset negara ini benar-benar berlaku, Parlimen patut memanggil sidang tergempar dan parti politik dan pemimpin mereka dalam BN mahu pun Pakatan wajar mengadakan sidang tergempar itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara kini.
Najib sendiri serta pimpinan UMNO yang lain juga harus bersidang khas, untuk mencari penyelesaian dan kekusutan yang dihasilkan oleh pimpinan yang boros dan rasuah Najib sekarang ini. Masalah ini bukan sahaja terpikul diatas bahu PM sebagai pelaku kesalahan ini, ia juga terpikul diatas bahu Muhyiddin dan keseluruhan UMNO dan BN itu kerana kesalahan itu mesti diterima oleh semua barisan pimpinan negara secara kolektif.
Read More / Baca Lagi >>

Inilah Kerja Pemimpin Melayu, Negara Kita...!!

Posted: 20 Dec 2013 05:20 PM PST

Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?
Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan- PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk dibawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaan nya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.
Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Lapuran Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut dibawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation
15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year's forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).
This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin UMNO tak pernah jujur..

Posted: 20 Dec 2013 05:11 PM PST

PANEH MIANG

1. Kebanyakan Ketua Cawangan UMNO dan JKKK (Village Security and Development Committee) tak bersikap jujur. Biasanya mereka bercakap separuh benar, maknanya tak cerita semua perkara sampai habis.

2. Pemimpin peringkat bawahan bercampur gaul dengan masyarakat setiap hari, terutama penduduk di kawasan sekitar kediaman masing-masing. Manakala pemimpin peringkat atasan macam Ketua Bahagian, ADUN, EXCO, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri, PEMANDU, KONSETAN etc. mereka ini hanya berjumpa masyarakat, dan bukan bergaul dengan masyarakat. Ada beza makna antara berjumpa dan bergaul!!

3. Pemimpin atasan terutama daripada UMNO/BN hanya berjumpa dengan masyarakat sekali-sekala. Jumpa, salam, tanya khabar (macam ayat Mad Hasan selalu.."Apo kobar?"), peluk orang tua sikit, duduk join makan sekali-sekala macam Najib masa tengah breakfast, duduk sebelah orang tua masa majlis..bla..bla..bla! Yang penting semuanya dilakukan depan lensa kamera sebab nanti nak keluar tv, nak publish di suratkhabar, blog, facebook etc. Kalau tak orang tak tau nanti pemimpin atasan naik komuter, duduk sembang kat warung, peluk orang tua bla..bla..bla! Heh!

4. Pemimpin atasan UMNO/BN hanya bergaul dengan kengkawan rapat mereka sambil hisap curut Cuban, sembang minum teh, makan dessert, sesekali pekena oblong di kedai terpilih, atau lounge terpilih, atau coffee house terpilih. Mana ada mereka bergaul dengan masyarakat duduk sembang lama-lama. Semuanya melepak dengan klik dan geng memasing saja. Maklumat dan laporan yang mereka dapat pun hanya dari circle geng sendiri saja, bukan langsung daripada rakyat.

5. Bebeza dengan pemimpin peringkat bawahan seperti Ketua Cawangan UMNO dan JKKK yang bergaul saban hari dengan masyarakat, tak kiralah di surau, di majlis kenduri kendara, gotong royong, warung kopi, baiki longkang, baiki bumbung rumah orang, tebas lalang, bersih kubur, borak di pasar malam etc. Tak termasuk melayan orang datang mengadu setiap hari berkaitan pelbagai perkara termasuklah kos sara hidup yang semakin menghimpit - pendapatan rakyat kini tak setara dengan kos sara hidup yang perlu ditanggung.
Read More / Baca Lagi >>

PhD YANG DIMILIKI OLEH USTAZ ZAMIHAN TIDAK PERNAH DILULUSKAN UKM?

Posted: 20 Dec 2013 04:57 PM PST



Apakah maksud tweet semalam yang dibuat mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin di atas ..... Adakah Dr Zamihan yang Dr Asri maksudkan?

"Bagaimana KDN membiarkan ustaznya itu memakai gelaran DR sedang UKM tidak pernah meluluskannya?"

Umum sedia maklum ustaz yang berada dalam KDN atau Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.

Zamihan yang sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu mengemukakan bukti beliau bukan berfahaman Syiah.

Zamihan yang sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Pembangkang, aktivis ramal lebih banyak tindakan keras selepas penggantungan The Heat

Posted: 20 Dec 2013 04:54 PM PST



Kebebasan media dijangka kembali ke era pemerintahan Dr Mahathir, berikutan tindakan menggantung akhbar The Heat baru-baru ini. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013, 
Kebebasan media dijangka kembali ke era pemerintahan Dr Mahathir, berikutan tindakan menggantung akhbar The Heat baru-baru ini. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013,

Ahli politik pembangkang dan aktivis menjangkakan kerajaan akan kembali dasar kekerasan terhadap media malah ia akan menjadi lebih parah, selepas penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu ini.
Mereka mengatakan dengan hampir lima tahun lagi sebelum pilihan raya akan datang, Putrajaya semakin tidak bertoleransi kepada kritikan umum, dan tindakan keras baru-baru ini dijangka akan menjadi lebih parah untuk memadamkan kemarahan orang ramai terhadap kenaikan kos disebabkan peningkatan harga tol dan tarif elektrik.
"Ia akan menjadi semakin parah dalam tahun-tahun mendatang," kata ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah kepada The Malaysian Insider.
Janji keterbukaan dan reformasi undang-undang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan semakin dilupakan, tambah beliau.

"Sekarang terbukti apa yang dijanjikan Najib semata-mata untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya," katanya dan menambah apabila undi diharapkan tidak datang, Umno kembali kepada tabiat lama keras mereka yang bersuara.
Menurut Sivarasa, pentadbiran Najib juga tidak kelihatan serius dalam memerangi pembaziran kerajaan dan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Awas, jangan kritik isteri PM lagi!

Posted: 20 Dec 2013 04:52 PM PST



Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya.
Walaupun tiada penjelasan mengenai punca penggantungannya oleh KDN, tetapi penyiaran berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah adalah dipercayai menjadi puncanya.
Najib yang sebelum ini pernah menjanjikan mahu memansuhkan Akta Mesin Cetak dan memberi lebih kebebasan kepada media, ternyata sekali lagi memungkiri janjinya sendiri. Ia tidak jauh bezanya dengan janji mahu mengurangkan kadar tol, meskipun ianya termaktub dalam akujanjinya kepada rakyat semasa pilihanraya lalu.
Sebenarnya tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam laporan mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah yang disiarkan dalam akhbar mingguan itu. Tidak ada unsur fitnah atau tokoh tambah didalamnya.
Ia hanyalah berita ulangan yang sudah banyak kali disiarkan dalam portal berita internet, blog dan laman sosial. Isu ini juga sudah menjadi bualan rakyat, tidak kira di mana. Apa yang luar biasanya ialah The Heat menjadi akhbar atau media cetak bebas yang pertama bertindak berani menyiarkan laporan mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan gesa sidang tergempar bincang pendedahan kerajaan 47% BN jual aset negara RM1.4 bilion

Posted: 20 Dec 2013 04:46 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat tergempar di Parlimen untuk membincangkan penjualan aset negara seperti didedahkan oleh laporan Bank Dunia baru-baru ini.
"Kita perlu sesi ini untuk membincangkan tentang penjualan aset negara. Bila penjualan ini dilakukan dan mengapa kita tidak diberitahu tentang ini?
Anwar berucap di perhimpunan anti-GST, malam semalam. - Gambar The Malaysian Insider of Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Anwar berucap di perhimpunan anti-GST, malam semalam. - Gambar The Malaysian Insider of Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013."Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan kerana laporan itu menyebut penjualan aset negara sebanyak RM 1.4 bilion kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa defisit negara ini terkawal," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan kempen PR menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut Anwar, mesyuarat tergempar itu juga perlu membincangkan kemerosotan sistem pendidikan Malaysia dan ranking rendah yang diperolehi negara seperti yang didedahkan laporan sistem persekolahan dunia baru-baru ini.
Surat menuntut mesyuarat tergempar itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Isnin ini, selepas mesyuarat Majlis Presiden PR, tambahnya.
Bercakap di sidang akhbar semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memetik laporan Bank Dunia mendedahkan jumlah pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM1.4 bilion hasil penjualan aset, manakala RM4.2 bilion berupa sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013."Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.
Semalam, kempen menentang GST menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi PR yang lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming
Read More / Baca Lagi >>

Prayers turn to anguish in Syria

Posted: 20 Dec 2013 04:41 PM PST

Police use tear gas to break up pro-Mursi rally in Alexandria

Posted: 20 Dec 2013 04:37 PM PST

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Penjelasan Isu Ummati, Ummati, Ummati

Posted: 20 Dec 2013 10:11 AM PST

Siapa Percaya: Saya dengar keluhan rakyat, kata Najib

Posted: 20 Dec 2013 05:54 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.
Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.
"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.
Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernam

Kenapa KAABAH Juga Kena Banjir? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 20 Dec 2013 05:45 AM PST

Tiada ulasan: