Rabu, 11 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dakwaan Syiah pemimpin PAS hari ini.. - Zahid

Posted: 11 Dec 2013 08:00 PM PST




 
Penglibatan pemimpin kanan PAS dalam aktiviti Syiah akan didedahkan dalam sidang media khas di Kuala Lumpur pada petang ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Zahid hanya menjawab akan mengumumkan "penglibatannya".

"Oleh kerana dia mahu melihat bukti, kita akan tunjukkan bukti," kata Zahid dalam sidang media di ibu pejabat polis di Pulau Pinang hari ini.

Zahid berkata, pihaknya tidak bermain politik dan hanya memfokuskan kepada isu.

Malaysia masih 'unggul' dengan wang haram

Posted: 11 Dec 2013 07:50 PM PST

Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.

NONESejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.

Malaysia diletakkan di kedudukan nombor empat dalam laporan terkini GFI.

Laporan tahun lalu meletakkannya di kedudukan kedua apabila hampir RM200 bilion wang haram disalur keluar dari Malaysia pada 2010.

Laporan sebelum ini meletakkan Malaysia di belakang China dalam pelarian wang haram global.

GFI masih belum memperoleh data untuk 2012 dan 2013. Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam laporannya yang akan datang.

Untuk tahun 2010, Malaysia di belakang Rusia (AS$191.14 bilion), China (AS$151.35 bilion) dan India (AS$84.93 bilion).

Jawapan Shafee “sampah”, Mat Zain cabar peguam tuntut siasatan terhadap akuan bersumpah..Jeng..Jeng...!!

Posted: 11 Dec 2013 07:48 PM PST


Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Jawapan balas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam Umno itu dari bertindak sebagai Timbalan Pendakwaraya hari ini dianggap sebagai "sebakul sampah" oleh Datuk Mat Zain Ibrahim.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar.
"Saya sekarang mencabar Shafee untuk menuntut Perdana Menteri mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap akuan bersumpah (SD) saya dan baru dia tahu di mana kedudukannya.
"Saya akan mengkaji afidavit Shafee satu demi satu dan merekodkan pemerhatian saya dalam SD akan datang. Pada saat ini saya boleh katakan afidavit dia tidak lengkap dan merupakan sebakul sampah.
"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Mat Zain.

MAN WITHOUT A CORE: Najib betrays his own Moderates Movement with Sunni Islam call

Posted: 11 Dec 2013 06:22 PM PST

Amongst the more ridiculous propositions to emerge from the recently concluded Umno General Assembly was the suggestion that Article 3 of the Federal Constitution should be amended to stipulate that Islam in Malaysia refers to the practice of the Sunnah Wal Jamaah, or Sunni denomination.
MAN WITHOUT A CORE: Najib betrays his own Moderates Movement with Sunni Islam callSuch a move, according to various Umno leaders including party Vice-President and Home Minister Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, was necessary in order to "protect the sanctity of the teaching of Sunnah wal Jamaah and to stop the spread of other teachings in the country."
This suggestion comes hot on the heels of the Home Minister's vilification of the Shia sect as a deviant ideology, while attempting to link Pas leaders, in particular party Deputy President Mat Sabu, as Shia followers.
Most incredibly, this call was met favourably by Umno President Dato' Sri Najib Razak who, in his closing speech, promised that the party constitution would be amended to define Islam as that of the Sunni denomination. Although the Prime Minister did not go so far as to agree to amend the Federal Constitution, he certainly did not rule it out when asked.
A voice of sanity (but for how long?)
Thankfully, a voice of sanity has emerged in the form of former Umno Supreme Council member and now Chief Executive Officer of the Global Movement of Moderates, Dato' Saifuddin Abdullah, who appears to have broken ranks with his party colleagues.
In a press conference recently, Dato' Saifuddin said that "there is no need to amend the Federal Constitution to specify Islam as the Sunni denomination" as "it is sufficient that the Federal Constitution already plainly states Islam as the religion of the federation."
Dato' Saifuddin also expressed concern that attempts to define Islam in the constitution in such a specific manner would not be inclusive, and that he did not believe in the "holier-than-thou approach" in handling this issue that he deems to be "exaggerated."
Najib's false moderation
In 2010, Najib spearheaded the formation of the Global Movement of Moderates (GMM) by calling upon "members and leaders of the world's major faiths to censure and reject their own extremists."
However, far from practising what he preaches, Najib's own government has consistently submitted to the demands of the very extremists he is asking the world to reject.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia bled RM174 billion dirty money in 2011, says global anti-graft watchdog

Posted: 11 Dec 2013 06:10 PM PST


About RM173.84 billion was illegally siphoned out of Malaysia in 2011, making the country the fourth largest exporter of illicit capital that year after Russia, China and India, said anti-graft watchdog Global Financial Integrity (GFI).
The Washington-based research and advocacy organisation said crime, corruption, and tax evasion drained $946.7 billion (RM3.05 trillion) from the developing world in 2011, up more than 13.7% from 2010 – when illicit financial outflows totalled $832.4 billion (RM2.64 trillion).
"As the world economy sputters along in the wake of the global financial crisis, the illicit underworld is thriving… siphoning more and more money from developing countries each year," said GFI president Raymond Baker when releasing the "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2011" report.
The findings in the study peg cumulative illicit financial outflows from developing countries at $5.9 trillion (RM19 trillion) between 2002 and 2011.
"Anonymous shell companies, tax haven secrecy, and trade-based money laundering techniques drained nearly a trillion dollars from the world's poorest in 2011, at a time when rich and poor nations alike are struggling to spur economic growth.
"While global momentum has been building over the past year to curtail this problem, more must be done.  This study should serve as a wake-up call to world leaders: the time to act is now," said Baker.
The "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2011" report is GFI's 2013 update on the amount of money flowing out of developing economies as a result of crime, corruption and tax evasion. It is also the first GFI report to include data for the year 2011.

Kejahilan dan pelampau mazhab punca serangan ke atas Syiah, kata ahli akademik

Posted: 11 Dec 2013 05:45 PM PST



Dr Faizal ketika berucap di sebuah forum di Dublin, Ireland. - Gambar akaun Facebook Mohd Faizal Musa, 12 Disember, 2013. 
Dr Faizal ketika berucap di sebuah forum di Dublin, Ireland. - Gambar akaun Facebook Mohd Faizal Musa, 12 Disember, 2013.

Kejahilan dan tindakan melampau golongan Islam aliran Sunnah yang mempengaruhi pihak berkuasa agama telah mendorong gerakan anti-Syiah di Malaysia walaupun masyarakat minoriti ini sebenarnya mempunyai susur galur yang kukuh di negara ini sejak berabad lalu, kata seorang ahli akademik.
Dr Mohd Faizal Musa, ahli sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata ekstremis di kalangan pihak berkuasa agama telah menyebarkan mitos bahawa Islam Syiah hanya bermula pada tahun 1979, iaitu ketika Revolusi Islam Iran, dan kononnya mazhab yang merupakan kedua terbesar dalam Islam ini merupakan satu ancaman luar.
Faizal berhujah sikap tidak toleran pihak berkuasa agama dan kumpulan Islam Sunnnah terhadap golongan Syiah adalah kerana mereka telah dipengaruhi oleh Wahabi - fahaman konservatif Islam yang berasal dari Arab Saudi.
"Wahabi di Malaysia cenderung menganggap Syiah sebagai 'satu lagi agama', dan menuduh pengikut Syiah sebagai 'kafir', 'bid'ah ', 'sesat', dan 'bukan Islam'," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Katanya, Wahabi juga menyukarkan dialog Sunnah-Syiah, dan lama-kelamaan kejahilan dan ketakutan masyarakat Sunnnah terhadap Syiah menjadi sebati.
Menurut Faizal, masyarakat Islam Syiah bermula seawal abad ke-14 iaitu sezaman dengan ketibaan Islam aliran Sunnah ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab.
Komuniti ini terus berkembang di Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura dan Malaysia, ditambah dengan kedatangan pengikut Syiah dari Pakistan, Afghanistan dan India.
Sejak berabad lamanya, kedua-dua komuniti ini tinggal bersama dan disatukan melalui perkahwinan tanpa sebarang permusuhan atau konflik.
Malah, ada pengikut fahaman Syiah yang ditemuramah Faizal masih dapat mengesan asal-usul mereka sehingga seawal tahun 1800.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah TPP perjanjian realistik?

Posted: 11 Dec 2013 05:17 PM PST

Adakah TPP perjanjian realistik? 
 Menteri-menteri perdagangan negara TPP menghadiri mesyuarat empat hari di Singapura pada 7 Disember lalu. FOTO: AFP
SAN FRANCISCO - Berita mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak berjaya dimuktamadkan mengikut tarikh sasarannya tahun ini menimbulkan pertanyaan sama ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu benar-benar boleh dirundingkan atau tidak.

Sebelum pengumuman itu lagi, beberapa ahli akademik di Amerika Syarikat (AS) telah pun menyatakan mereka tidak yakin TPP boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Pengarah Pusat Pembangunan Antarabangsa Universiti Stanford di San Francisco, Nicholas Hope berkata, perjanjian itu terlalu bercita-cita tinggi sehingga menimbulkan pertanyaan sama ada semua negara boleh bersetuju dengan apa yang dituntut dalam TPP.

"Bolehkah TPP ini benar-benar dirundingkan? Pada pendapat saya, TPP meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam beberapa aspek. Sukar untuk bayangkan negara yang ingin sertai TPP akan terima semua peraturan (dalam TPP).

"Dan jika terlalu banyak pula pengecualian, itu hanya akan memusnahkan nilai (yang ingin diperoleh daripada TPP)," katanya semasa ditemui di Universiti Stanford, 9 Disember lalu.

Hope juga berkata, beliau tidak yakin Kongres AS akan meluluskan penyertaan negara itu dalam TPP selepas ianya dimuktamadkan.

"Kongres AS dilihat kurang bekerjasama dan walaupun ada anggota (parti pembangkang) Republikan yang mungkin menyokong perdagangan bebas, mereka pasti akan menghalang apa-apa usaha yang boleh membuatkan (Presiden AS Barack) Obama nampak bagus," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Proton pengeluar kereta atau punching bag?

Posted: 11 Dec 2013 05:00 PM PST

Norzafry Norhalim

Proton Suprima S. - Gambar ehsan laman Proton Edar.Proton Suprima S. - Gambar ehsan laman Proton Edar.Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.
Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:
1. Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2. Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3. Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang 'super-kompetetif'. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak A$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Pegawai polis terharu, kesal belasah Unit Amal semasa Bersih 3

Posted: 11 Dec 2013 04:36 PM PST

PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3

Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Read More / Baca Lagi >>

Antara air banjir dan air mata...

Posted: 11 Dec 2013 04:33 PM PST

- Cukupkah RM500 untuk setiap keluarga mangsa banjir? - Marhaintua

Banjir besar fasa pertama di pantai timur sudah reda kini dan ramai mangsa banjir sudah pulang untuk membersihkan rumah sambil menilai apa lagi yang ada untuk diselamatkan. Yang pasti kebanyakan buku sekolah anak-anak sudah hancur lusuh. Gerobok dan almari tidak boleh dipakai lagi, terutama yang diperbuat daripada jenis 'serbuk kayu padat' (density wood).
Begitu juga dengan alat-alat elektrik dan elektronik seperti peti air, peti telivisyen, radio, oven dan microwave perlu dihumban sahaja. Kalau hendak dijual pun tidak laku lagi.

Yang ada motorsikal mungkin tidak merasa sukar memperbaikinya kerana besar kemungkinan motorsikal itu dibawa ke stesen perpindahan mengangkut barang-barang semasa menyelamatkan diri. Begitu juga dengan kereta. Akan tetapi kalau kereta tertinggal di rumah kerana terlalu lambat untuk melarikannya, kereta itu perlu di 'overhaul' untuk mengeluarkan lumpur yang masuk ke ruang blok enjin dan minyak hitamnya perlu diganti.

Setiap waktu TV kerajaan menayangkan kisah mangsa banjir mencuci rumah sambil memuji kerajaan UMNO kerana memberi mereka bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga. Ada yang berterima kasih sambil melinangkan airmata. "Syukurlah kerajaan UMNO bertimbang rasa memberikan bantuan RM500 untuk keluarga saya..." Inilah dasar Melayu sudah menjadi hamba abdi pihak pemintal minda.

Ketua tentera pula menyebut segala bantuan yang diberikan oleh tentera yang cukup canggih sambil menempatkan lebih 2,000 askar di Terengganu dan 2,500 askar di Kelantan. Soalnya sekarang kenpa setakat 4,500 askar sahaja? Kalau di Semenanjung ada 20 batalion askar, sudah ada 16,000 anggota paling kurang.

Kenapa tidak dikerahkan sepuluh ribu askar ke tempat mangsa banjir untuk bantu membetulkan rumah yang hampir tumbang, membersihkan selut dan lumpur yang menutupi lantai? Bukankah tentera mempunyai mesin mudah alih untuk memancut air deras?

Di Dewan Negara, Menteri bertanggungjawab lantang bersuara tentang bekalan mencukupi tetapi menuduh orang "berbaju merah" yang datang hanya selepas empat hari banjir untuk mengungkit persiapan kerajaan yang dikatakan tidak sempurna."

Fahamilah Perasaan Manga Banjir

Apapun, keadaan sebenarnya saya harap semua pihak yang terlibat dengan kerja-kerja membantu mangsa banjir faham trauma yang sedang bergolak dalam kalbu setiap mangasa banjir. Mereka trauma kerana kehilangan segala-galanya kecuali nyawa.

Kerana itu saya amat terkejut apabila Najib mengumumkan bayaran wang bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir. Beliau juga menyatakan bahawa bank-bank seperti Maybank sudah bersetuju untuk memberikan lanjutan tempoh hutang bulanan yang perlu dibayar oleh mangsa banjir yang berhutang pada bank.
Cuba kita fikirkan baik-bak, apakah yang boleh dibuat oleh setiap keluarga dengan wang sebanyak RM500 itu?
Read More / Baca Lagi >>

BANJIR: LEBIH 100 AHLI UMNO KUANTAN ISTIHAR SOKONG PKR

Posted: 11 Dec 2013 04:31 PM PST

Sewaktu menghadapi banjir terbesar di Pahang beberapa hari lalu, kesemua Wakil Rakyat dari PKR khususnya dengan komitmen padu juga dari Wakil Rakyat dari PAS terutamanya di kawasan paling teruk di landa banjir iaitu di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka tidak pernah berehat dan mengira waktu untuk terus merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat di kawasan mereka.
 
YB Fuziah menerima borang keahlian.  Turut sama Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang
 
Tiada langsung program berkempen mencari ahli atau merayu penduduk untuk menyokong kami sewaktu melakukan tugas membantu mangsa-mangsa banjir, kecuali kami turun dengan vest, topi atau bendera PKR sebagai jenama yang dibawa sebilang masa.  Bantuan dihulurkan sedaya upaya tanpa mengira fahaman politik dan kami tidak menunggu bantuan atau jentera dari Kerajaan Pusat mahupun Negeri untuk mula bertindak. Disaat Umno berhimpun dengan gelak tawa serta sesi bodek dan mengampu pimpinan mereka di PWTC, Wakil-Wakil Rakyat dari PR meredah air, mengharung banjir mencari para penduduk untuk diselamatkan.  Bukan kami menafikan bantuan dari Kerajaan Pusat mahupun jentera dari Kerajaan Negeri tetapi kami tidak bertindak atau mengambil masa terlalu lama menanti itu semua.
Read More / Baca Lagi >>

Mami Jat dan si Mahaguru...

Posted: 11 Dec 2013 04:28 PM PST

 
Shahrizat masih agungkan Najib,si Mahaguru yang sering tersalah langkah...

Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar 'mahaguru'meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah 'mahaguru' Shahrizat," katanya melalui kiriman di blog bertajuk "Ketua Wanita dan Mahaguru".

Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut.

Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur.


"Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC)," katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan.
Read More / Baca Lagi >>

Yingluck diberi 24 jam letak jawatan

Posted: 11 Dec 2013 04:24 PM PST

Yingluck diberi 24 jam letak jawatan  
Kumpulan anti kerajaan masih berkumpul di hadapan pejabat Yingluck, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Kumpulan penentang kerajaan Thailand memberi masa 24 jam kepada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra supaya meletak jawatan meskipun beliau enggan berbuat demikian.

Dipetik laporan AP, kumpulan itu juga menyatakan keazaman untuk tetap menubuhkan majlis rakyat yang akan mentadbir negara.

Kelmarin, perintah khas Raja Bhumibol Adulyadej menjadualkan pilihan raya diadakan pada 2 Februari tahun depan dan menamatkan Yingluck sebagai Perdana Menteri sementara hingga undian berlangsung.

Pemimpin penentang, Suthep Thaugsuban yang menghadapi waran tangkap kerana memberontak masih terus melakukan ucapan awam di hadapan lebih 150,000 pengikut  di pentas berhampiran pejabat Yingluck.

Beliau juga dikatan mencabar pihak berkuasa untuk menahannya.

"Jika polis berani, sila tahan saya. Saya rela ditahan demi kedaulatan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Kudeta: Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja

Posted: 11 Dec 2013 04:23 PM PST

Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, portal dakwatuna dipetik.

Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanwab masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.
Read More / Baca Lagi >>

Egyptian police fire tear gas at protesting women

Posted: 11 Dec 2013 04:07 PM PST



Uproar in Egyptian court halts Muslim Brotherhood trial

Posted: 11 Dec 2013 04:05 PM PST



Egypt police fire tear gas to disperse university protesters

Posted: 11 Dec 2013 04:04 PM PST



Harga makanan dijangka naik 10 peratus

Posted: 11 Dec 2013 06:39 AM PST

mohd-yusof-abdul-rahmanKUALA LUMPUR 11 DIS: Harga makanan dan minuman dijangka meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus akibat kenaikan harga gula, kata pengarah komunikasi Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
Kata Yusof (gambar) kenaikan 10 peratus dijangka terdiri dari jenis makanan siap di restoran-restoran.
"Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti nasi goreng sehingga RM7 sepinggan.
"Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat," katanya kepada Keadilandaily.
Manakala harga barangan yang dipek dan bertin dijangka turut meningkat kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.
Kata Yusof, walaupun hanya satu harga item yang meingkat, ia tetap memberi kesan berikutan hampir keseluruhan jenis makanan dan minuman menggunakan gula.
"Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.
"Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ," tambahnya.

Tambang LRT naik, kerajaan BN makin rakus

Posted: 11 Dec 2013 06:22 AM PST

yahya-sahriKUALA LUMPUR 11 DIS: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel menunjukkan kerajaan pimpinan Umno-BN semakin rakus dan tidak mempedulikan beban hidup rakyat.
"Ini agaknya janji mereka untuk mendahulukan rakyat. Rakyat terpaksa tanggung dahulu bebanan negara.
"Sedangkan mereka masih boleh guna semua kemudahan untuk terus bergembira," kata Yahya (gambar) kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang menyatakan untuk mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.
LRT_sesakKadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.
"Apakah mereka tak sedar terlalu ramai pengguna perkidmatan awam akan menanggung kesannya," kata Yahya.
"Mereka (pimpinan Umno-BN) jangan samakan diri mereka dengan rakyat yang terpaksa bermati-matian bekerja untuk mencari rezeki," tambahnya.
Dalam pada itu, Yahya menggesa rakyat Malaysia menilai wabak kenaikan harga barangan akibat kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.
"Rakyat perlu bijak menilai. Jangan nanti diberi bantuan BRIM, mereka jadi mabuk dan terlupa bahawa selepas pilihan raya mereka dihadiahkan dengan pelbagai kenaikan harga barang.
Difahamkan, purata bilangan pengguna harian pengangkutan rel bagi laluan Kelana Jaya sahaja pada 2012 direkodkan berjumlah 228,083 orang.

Naik Tambang Pulak: Apa lagi kerajaan BN mahu?

Posted: 11 Dec 2013 06:20 AM PST

Belum reda lagi kemarahan rakyat tentang tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik, kini telah terdengar desas-desus bahawa tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel pula akan dinaikkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Syed Hamid berkata, ini disebabkan faktor peningkatan tarif elektrik di samping bagi memastikan jangka panjang industri rel mapan serta mengurangkan kebergantungan sokongan kewangan kerajaan.

Tindakan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam adalah rentetan 'penderaan' ke atas rakyat setelah pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini.

Harga tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel ketika ini sudah cukup membebankan rakyat di ibu kota dan dengan harga baru yang bakal diumumkan nanti akan menambahkan lagi beban yang ditanggung.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Masyarakat Islam perlu reformasi pendidikan & pembaharuan intelektual

Posted: 11 Dec 2013 06:09 AM PST

anwar-ibrahim
WASHINGTON, AS 11 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu maju dan menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi melalui reformasi pendidikan tinggi dan pembaharuan intelektual.
Menurut Anwar, reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang daripada bentuk tradisional tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis.
Namun, beliau menyatakan kebimbangan apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.
"Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi," kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium 'Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam' yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.
Dalam pada itu Anwar berkata, antara punca krisis tersebut ialah pemilihan sumber, kandungan, kualiti, kewangan serta isu-isu tadbir urus.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'."Di saat masyarakat lain telah mengubah sistem mereka, negara-negara Islam pula masih bergelut dengan cabaran mengintegrasikannya dalam pendidikan moden," ujarnya.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'.
Tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu alergik dengan barat, bahkan mengambil manfaat dari keilmuan dan sistem pendidikan peradaban itu untuk membangunkan ummah.
Read More / Baca Lagi >>

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup

Posted: 11 Dec 2013 06:07 AM PST

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup  
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat ketika berada dalam kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), di pusat membeli-belah termuka di ibu negara, hari ini
SHAH ALAM – Keberkesanan sesuatu kempen kesedaran itu tidak akan berjaya sekiranya rakyat tidak memberi sambutan yang sewajarnya khususnya isu yang melibatkan kepentingan masyarakat umum termasuklah kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata kepedulian dan kerjasama rakyat itu penting dalam menjayakan kempen kesedaran itu bagi memastikan nasib rakyat terbela akibat tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan beberapa keperluan rakyat akibat penghapusan subsidi selepas PRU13 lalu.

"Berjaya atau tidak kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bergantung pada sambutan daripada rakyat, kalau rakyat rasa perlu menyokong saya yakin kempen ini beri kesan.

"Jika rakyat tidak peduli, saya percaya kempen ini sukar berjaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Isu Syiah 'hilang' jika Umno, Pas bersatu?

Posted: 11 Dec 2013 06:06 AM PST

SHAH ALAM - Umno yang mengaitkan ajaran Syiah dengan pemimpin nombor dua Pas itu hanya sekadar khabar angin "lama" jika tidak ada tindakan dilakukan.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu cuba dibangkitkan untuk menonjolkan parti masing-masing di hadapan rakyat sebagai  pejuang, khususnya dalam agama Islam dan kaum Melayu.

Menurutnya, perkara berkaitan agama Islam dan kaum Melayu telah lama digunakan oleh Umno dan Pas termasuk isu Syiah untuk mengekalkan sokongan rakyat.

"Bagi saya isu Syiah ini sebenarnya bukan perkara besar bagi kedua pemimpin terlibat, ia hanya sekadar untuk menghangatkan Perhimpunan Agung Umno contohnya.

"Sebab saya lihat perkara ini telah lama, khabar angin yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas ini sering diperkatakan namun tiada tindakan, akhirnya senyap," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Nasihat kepada Majlis Keselamatan Negara

Posted: 11 Dec 2013 06:03 AM PST

Kolar Putih

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas respons yang diberikan terhadap surat terbuka Nur Adilla Abd Rahim. Namun, tindakan MKN memberi respons secara bentuk rencana bukan tindakan perhubungan raya (public relations) yang tepat.
Sebagai salah sebuah agensi Kerajaan, MKN sepatutnya mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi sahaja dan bukannya panjang berjela dan terperinci seperti jawapan Parlimen yang dijawab oleh menteri atau timbalan menteri.
Respons terperinci yang diberikan adalah baik namun ia terdedah kepada keburukan yakni orang ramai boleh mempersoalkan setiap perincian yang diberikan. Adalah lebih baik selepas ini MKN mengeluarkan kenyataan yang lebih umum, ringkas dan padat.
Oleh kerana MKN telah memberikan respons yang terperinci, izinkan penulis untuk mengutarakan beberapa persoalan dan pendapat penulis terhadap setiap hujah MKN.
Kenyataan MKN bahawa sistem pengurusan bencana di Malaysia setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah pengiktirafan badan-badan tersebut ataupun PBB sendiri, ataupun hanya pengiktirirafan diri sendiri oleh MKN?
Seterusnya, kenyataan MKN bahawa hasil post-mortem pengurusan banjir bagi musim tengkujuh lalu digunakan bagi memperbaiki kelemahan. Bolehkah hasil post-mortem ini didedahkan/dibentangkan kepada umum supaya lebih banyak input/idea jalan penyelesaian yang tuntas boleh diberikan?
Selain itu, tindakan MKN dengan hanya menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat pusat mahupun negeri adalah tidak mencukupi, malah adalah tindakan lapuk. Jika semua jawatankuasa ini gagal, maka sebuah lagi jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat kegagalan jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada. Ini pendekatan lapuk.
Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup melonjak, mahasiswa rancang ke jalan raya

Posted: 11 Dec 2013 06:01 AM PST

gamisKUALA LUMPUR 11 DIS: Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan menurunkan kos sara hidup rakyat yang melonjak, mahasiswa di seluruh negara akan turun ke jalan raya membuat bantahan.
"Jika tiada tindakan segera dibuat kerajaan, maka mahasiswa seluruh negara sedia ke jalan raya," kata pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Ahmad Afif Zulkifli,.
Ahmad Afif berkata, Gamis turut bekerjasama bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) serta parti politik bagi memastikan hasrat itu direalisasikan.
mahasiswa_demonstrasi"Gamis bersama NGO Turun akan meneruskan siri penerangan kesan lonjakan kos sara hidup kepada rakyat dan mahasiswa dan edaran risalah secara konsisten," katanya.
Dalam tempoh kurang sebulan kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik 15 peratus, cukai taksiran DBKL, penarikan subsidi gula dan kenaikan tarif air di beberapa buah negeri.
Terbaru, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kajian semula tambang LRT pada 2014 atas alasan kenaikan tarif elektrik dan semakan semula tambang selepas 10 tahun.

Tiada ulasan: