RAKYAT MARHAEN |
- Runtuh 7 Kali: Pesakit bimbang setiap kali hujan di Hospital Serdang
- Banjir: Respon terhadap respon kepada surat terbuka
- Sudahlah harga barang naik, denda hilang MyKad naik juga?
- Lighting up Borneo, one village at a time
- Banjir Pahang: Bantuan masih diperlukan
- Sudut Pandang: Sembang hak asasi manusia
- Sembang Politik Bersama Dato' Husam Musa & Dato' Dr MAZA FULL | 15 Nov 2013
- BNM likely to raise OPR next year
- S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol
- M’sia must pull out now, says anti-TPPA group
- Making the rakyat pay
- Banjir : Mai naik bot mewah pusing sana sini sambil angkat tangan lepas tu belah pie Jepun
- Unit Amal bantu orang Umno dan bukan Islam di musim banjir
- Sidang DUN Terengganu: Kerajaan BN Tolak Bincang Usul Banjir Besar
- Suhakam saran dialog bincang Sunni-Syiah di Malaysia
- Boleh dijel jika sebar Syiah
- Kes tumbuk Zahid Hamidi: Karpal cari anak guamnya yang hilang..!!
- Malaysia perlu tingkat persediaan bencana
- Kuasa sebuah buku mengenal seorang insan keturunan Jawa
- Gelanggang PRU14 adalah siapa lebih Islamik, kata penganalisis
- Penganalisis kecam Perkasa beri amaran tsunami Kristian
- Tangkap jika kerajaan serius basmi Syiah - TGNA
- Adakah Zahid faham apa itu ahli sunnah wal jamaah?
- Ahli Umno kecewa pemimpin Umno sorok bantuan banjir..!!
- Jika Mat Sabu itu Syiah, Umno itu komunis, Rosmah itu Wahabi..!!
Runtuh 7 Kali: Pesakit bimbang setiap kali hujan di Hospital Serdang Posted: 10 Dec 2013 08:50 PM PST Dalam masyarakat Melayu hujan dianggap rahmat. Tetapi di Hospital Serdang, yang sering terjadi insiden siling runtuh, anggapan sebaliknya berlaku. Read More / Baca Lagi >>Setiap kali hujan lebat, pelbagai pihak, terutamanya pesakit bimbang kejadian tidak diingini sekali lagi berulang. Seorang pengunjung Vimala Singram (kanan), 50, berkata, adiknya yang ditahan di hospital itu kerana denggi sejak sebulan lalu menyuarakan perkara itu kepadanya. "Biasanya bila hari hujan tiba-tiba akan runtuh, adik saya selalu risaulah waktu hujan. Mula-mula mereka kata bangunan baru sebab tu ada siling runtuh tapi sudah banyak kali jadi ini macam ini," katanya. Ini memandangkan, pada tahun ini sahaja sudah empat kali berlaku runtuhan siling di situ. Manakala sejak insiden pertama pada 30 Januari 2011, sudah tujuh kali kejadian sama berulang. Malah, dalam tempoh terdekat, dua runtuhan berlaku dalam jarak lima hari sahaja akibat hujan lebat. Ketika ditemui Malaysiakini di hospital itu semalam, Vimala berkata, beliau sendiri pernah menyaksikan kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri pada 2011. "Dulu, pada tahun 2011, dekat tempat pendaftaran, siling jatuh, siling kaca. Nasib baik insiden selepas pukul 5 petang (ketika orang tidak ramai), kalau tak tahulah macam mana," kata Vimala. Persoal kontraktor, jurutera projek Sementara itu, seorang lagi pelawat yang hanya mahu dikenali sebagai Rani turut menyatakan kebimbangan itu sejak dimaklumkan perkara itu oleh saudaranya. | ||
Banjir: Respon terhadap respon kepada surat terbuka Posted: 10 Dec 2013 08:48 PM PST Izzat NoorSaya tidak berminat untuk membandingkan Malaysia dengan negara lain, mahupun mengkritik usaha yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pelbagai pihak lain yang turun padang untuk membantu mangsa banjir. Pengalaman saya di Tacloban, Filipina selama 11 hari menunjukkan bahawa Malaysia lebih tangkas dalam menggerakkan bantuan bencana alam. Pengalaman saya di New York ketika ribut Sandy pula menunjukkan bahawa Malaysia masih perlu meningkatkan mutu bantuan kecemasan daripada segi bantuan kepada mangsa dan bantuan sesama mangsa. Justeru, lebih baik bagi saya untuk memfokuskan kepada Malaysia, langkah dan iktibar yang boleh diambil untuk sama-sama menjadikan Malaysia negara yang peka terhadap bencana alam. Sama ada surat terbuka Nur Adilla Abd Rahim mahupun respon yang diberikan oleh MKN gagal menggariskan langkah yang boleh atau akan diambil pada masa depan. Pertamanya, seperti pepatah melayu, "Jika takut dilambung ombak, mengapa berumah di tepi pantai?", begitulah juga situasi bencana banjir seperti ini. Saya tidak mencadangkan untuk penduduk di negeri-negeri ini untuk berpindah atau menambak tanah supaya lebih tinggi, tetapi, persediaan saat akhir seolah-olah "sudah terhantuk baru tengadah" kerana umum sudah sedia maklum akan kebarangkalian banjir. Sebagai contoh, apabila berlaku hujan yang tidak berhenti lebih daripada sehari atau hujan lebat dalam tempoh yang lama, tindakan pantas sepatutnya dilakukan. Banjir bukan bencana yang tiba-tiba muncul tanpa sebarang petanda. Sekurang-kurangnya, hujan terlalu lebat, atau kenaikan paras air yang sedikit sudah cukup untuk memberi signal bahawa banjir akan berlaku dan gerakan membantu sudah boleh dilakukan. Sebagai contoh, apabila paras air meningkat, barangan berharga sudah boleh dipindahkan walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda banjir besar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sudahlah harga barang naik, denda hilang MyKad naik juga? Posted: 10 Dec 2013 08:44 PM PST KUALA LUMPUR: Cadangan pihak kerajaan meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka tidak begitu realistik. Menurut Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad. "Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Misalnya, kata beliau penduduk di pedalaman Sarawak yang tinggal jauh dari bandar sudah tentu menyukarkan mereka untuk menukar atau membuat MyKad baru yang hilang. Katanya, kos pengangkutan dan tempat tinggal mereka untuk sampai ke bandar memerlukan ratusan ringgit. Tambahnya, bagi golongan yang kurang berkemampuan sudah pasti mereka tidak mampu untuk ke bandar semata-mata untuk menukar atau membuat MyKad baru. Katanya lagi, kebanyakan kehilangan MyKad penduduk di pedalaman menurut salah seorang penduduk yang berasal dari pedalaman Baram ialah sebab kualiti MyKad dulu tidak begitu baik, mudah rosak dan akhirnya mereka buang begitu saja sebab sukar bagi mereka menukar dengan MyKad baru kerana kos perjalanan pulang balik dari kampung ke bandar begitu tinggi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Lighting up Borneo, one village at a time Posted: 10 Dec 2013 08:39 PM PST | ||
Banjir Pahang: Bantuan masih diperlukan Posted: 10 Dec 2013 08:39 PM PST | ||
Sudut Pandang: Sembang hak asasi manusia Posted: 10 Dec 2013 08:37 PM PST | ||
Sembang Politik Bersama Dato' Husam Musa & Dato' Dr MAZA FULL | 15 Nov 2013 Posted: 10 Dec 2013 08:37 PM PST | ||
BNM likely to raise OPR next year Posted: 10 Dec 2013 07:19 PM PST The government's move to cut back on subsidies will prompt the central bank to hike up rates to check on inflation. PETALING JAYA: Inflationary pressures from the government's subsidy roll-backs is likely to prompt Bank Negara Malaysia (BNM) to increase the overnight policy rate (OPR) by 25 basis points after the first-quarter (1Q) of 2014, according to United Overseas Bank Ltd (UOB) senior economist Alvin Liew. Liew said he did not see BNM increasing the rates more than once because the inflationary pressure is well-contained. "The inflationary pressures on the Malaysian economy would be on account of the subsidy rationalisation programme and the recently announced tariff hikes which may prompt the authorities to step in," he said at the UOB briefing on the economy in Kuala Lumpur yesterday. Looking forward, Liew said the Malaysian economy is expected to grow by 5.2% next year and this would be largely driven by export recovery along side with other Asian countries. He said the various reforms carried out by the government would be able to contain the fiscal deficit at 3.5% of the gross domestic product (GDP), adding that these reforms would augur well for the long-term outlook. Liew said while the various reforms are likely to reduce aggregate demand in the short term, it will be offset by exports in the short-term and the expansion of the real economy in the long-term. Meanwhile, the World Bank in its Economic Monitor report said that Malaysia's GDP easing to 4.5% in 2013 and forecasts 4.8% in 2014 and 4.9% in 2015. Read More / Baca Lagi >> | ||
S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol Posted: 10 Dec 2013 07:17 PM PST Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India. Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang telah melanggar undang-undang dikendalikan dengan tegas dan adil sejajar undang-undang. "Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa. Teo, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri, berkata Jawatankuasa Penyiasat (COI) akan dibentuk menjelang hujung minggu ini. "Kami akan sediakan nama dan terma rujukan dan ini akan membolehkan perhatian lebih mendalam terhadap insiden ini dan juga untuk menyemak prosedur semasa bagi pekerja asing berhimpun dan melihat sama ada perlu dilakukan penambahbaikan," katanya. - Bernama | ||
M’sia must pull out now, says anti-TPPA group Posted: 10 Dec 2013 06:55 PM PST WikiLeaks report alleges unfair US pressure on negotiating partners. PETALING JAYA: Malaysia has been urged to pull out of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) following a WikiLeaks report alleging that the United States is pressuring potential member countries to speed up the negotiating process.Referring to a two-part TPPA memo leaked yesterday by WikiLeaks, the Bantah TPPA coalition said it confirmed that Washington was exerting undue pressure on its negotiating partners to give itself an advantage. "The US at the same time is still refusing to make concessions," the group said in a media statement. "They still will not allow workers to go to the US and the US is still the only TPPA member country to keep agricultural export subsidies." Commenting on the memo's reference to the TPPA chapter on Investor-State Dispute Settlement (ISDS), it said it was worrying that Malaysia was asking only for minor safeguards. "Malaysia seemed content for ISDS to apply to the right to invest in Malaysia. The only safeguard Malaysia still wants is the right to screen future investments." Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 10 Dec 2013 06:50 PM PST The recent price hikes are just the beginning. Tolls, public transport fares, Quit Rent, sewerage and cooking gas too will go up soon enough. The solution however is very simple. He just needs to trouble the citizens by obtaining funds from them to service the debt and that is what he is doing now via subsidy cuts. After the petrol hike in early September, we had subsidy cuts for sugar and then the hike in assessment for KL and Ipoh followed by the hike in power tariff which will begin in three weeks time. One after another it is just bad news for the low-wage earner at year-end. According to the former PAS Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad, the low-wage earner not only has to bear the burden of these hikes but also the 'knock-on chain effect' from these price increases. "All these hikes will cause the price of groceries and services to go up, not to mention the fact that factories will also be increasing the prices of their products. "The low-wage earners suffer the most because they will not be getting big pay hikes to commensurate with the increase in the cost of living unlike those in the executive level," remarked the current PAS Research Director. This will simply mean that the low income group will need to tighten up their belt more which will in turn adversely affect their standard of living. "The inflation rate for the poor and the low-income group will be much higher than 4% which may cause them to default in their monthly loan repayments. As of now the statistics concerning the Non-Performing Loans (NPL) has been purposely kept a secret by Bank Negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Banjir : Mai naik bot mewah pusing sana sini sambil angkat tangan lepas tu belah pie Jepun Posted: 10 Dec 2013 06:38 PM PST Najib adakan lawatan ke tokyo KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai Khamis hingga Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta pegawai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan. Sidang kemuncak pada Sabtu itu dianjurkan untuk memperingati hubungan dialog antara Asean dan Jepun yang terjalin sejak 40 tahun lepas. Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, para pemimpin Asean dan Jepun dijangka memberi penekanan semula kepada hubungan rapat dan berpanjangan kedua-dua pihak, selain memperaku tiga dokumen yang akan menggariskan program serta aktiviti yang akan memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada. | ||
Unit Amal bantu orang Umno dan bukan Islam di musim banjir Posted: 10 Dec 2013 06:35 PM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji kecekapan anggota-anggota sukarelawan PAS seperti Unit Amal yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kemaman. Tindakan pantas, cekap dan tidak pernah mengenal erti penat lelah anggota sukarelawan daripada Jabatan Amal Malaysia mendapat pujian PAS. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji kecekapan anggota-anggota sukarelawan PAS seperti Unit Amal yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kemaman. Malah, katanya kerja-kerja sukarelawan ini perlu diteruskan termasuk kepada orang Umno dan masyarakat bukan Islam. "Unit Amal ini, dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, saya puji dia dan saya sebut sukarelawan terbaik dalam dunia Islam. "Kerja-kerja sukarelawan ini perlu kita teruskan termasuk kepada orang-orang Umno dan orang bukan Islam, dan kita harap mereka menerima baik khidmat dari Unit Amal kita," ujarnya hari ini. Beliau berkata demikian selepas menziarahi penduduk di Taman Fikri Chukai yang telah kembali ke rumah masing-masing, gotong-royong membersihkan rumah dilakukan oleh anggota Unit Amal Hulu Terengganu. | ||
Sidang DUN Terengganu: Kerajaan BN Tolak Bincang Usul Banjir Besar Posted: 10 Dec 2013 06:30 PM PST | ||
Suhakam saran dialog bincang Sunni-Syiah di Malaysia Posted: 10 Dec 2013 06:28 PM PST Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyarankan majoriti penganut Islam Sunni dan sebilangan kecil penganut Syiah di negara ini untuk berbincang mengenai kempen kerajaan baru-baru ini untuk menghapuskan Syiah. Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar), berkata mazhab dalam Islam harus turut dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan bagi setiap masyarakat untuk mengamalkan agama mereka. Katanya, walaupun terdapat pertumpahan darah di kalangan dua kumpulan tersebut di negara lain, perbezaan amalan serta pendapat harus dibincangkan dalam sebuah dialog dan bukan secara konflik. Penganutnya membentuk 10% hingga 20% masyarakat Muslim di dunia yang dianggarkan seramai 1.6 billion. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 10 Dec 2013 06:02 PM PST SHAH ALAM – Individu yang didapati menyebarkan sesuatu ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Jenayah Syariah. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hukuman itu berdasarkan kesalahan menghina pihak berkuasa agama apabila melakukan sesuatu berlawanan dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Menurutnya, sekiranya ajaran itu telah difatwakan sebagai ajaran sesat atau haram untuk disebarkan, maka jika bersalah individu itu akan dikenakan hukuman tersebut. "Berhubung isu Syiah, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan tidak menyebut Syiah sebagai ajaran sesat, tetapi ia sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Orang Islam dilarang untuk menyebarkannya. Sekiranya dilakukan, barulah tahanan untuk enakmen tersebut akan dijalankan iaitu denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada Sinar Harian, semalam. | ||
Kes tumbuk Zahid Hamidi: Karpal cari anak guamnya yang hilang..!! Posted: 10 Dec 2013 05:40 PM PST Peguam Karpal Singh menggunakan rangkaian politik untuk mengesan anak guamnya, Amir Bazli Abdullah (gambar) yang masih terikat dengan kes tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyerangnya. Amir Bazli, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, gagal menghadirikan diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk prosiding kesnya di hadapan hakim hingga menyebabkan peguamnya bimbang di mana ahli perniagaan itu berada kini. Pengerusi DAP itu turut mendapatkan bantuan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu untuk mencari Amir Bazli. "Beliau berjanji untuk menghubungi beberapa rakannya dan ahli parti untuk mengesan anak guam saya yang perlu hadir di mahkamah hujung bulan ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Mohamed memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah mengarahkan beberapa rakan untuk mencari di mana ahli perniagaan itu berada kini, berdasarkan kepada alamat terakhirnya. Amir Bazli sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk memaklumkan kepada Hakim Vernon Ong mengenai terma penyelesaian kes membabitkan dirinya dan Ahmad Zahid. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysia perlu tingkat persediaan bencana Posted: 10 Dec 2013 04:53 PM PST Oleh HARIS ZALKAPLI Bencana banjir sentiasa menjadi peristiwa besar negara kita setiap tahun, yang biasanya terjadi pada musim yang sama dan cuma dibezakan oleh tahap bencana tersebut. Pengalaman berdepan banjir sepatutnya telah menyediakan kita untuk menangani dan menguruskan bencana tersebut. Bencana banjir, sejak kebelakangan ini kelihatan semakin dahsyat, ekoran pelbagai faktor termasuk alam sekitar yang semakin banyak berubah. Sebagai sebuah negara yang bencana alam utamanya ialah banjir, Malaysia sewajarnya meningkatkan persediaan menghadapi kemungkinan bencana ini berlaku pada bila-bila masa. Pendidikan berkaitan menangani bencana - yang tidak terhad kepada banjir - perlu disebarluas melalui pelbagai cara, agar persediaan menghadapi bencana diambil perhatian oleh semua. Persediaan bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, tetapi orang ramai juga perlu sentiasa memastikan persediaan yang munasabah bagi menghadapi kemungkinan bencana alam. Antara yang paling mudah dilakukan ialah persediaan penyimpanan barangan paling asas, seperti air minuman dan air bersih dalam botol, beras, dan makanan dalam tin dan kering, antara keperluan paling utama. Penyimpanan stok air bersih dan air minuman sewajarnya telah diberi perhatian dan diamalkan, ekoran gangguan bekalan air yang agak biasa dihadapi oleh penduduk di sesetengah kawasan seperti Lembah Kelang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kuasa sebuah buku mengenal seorang insan keturunan Jawa Posted: 10 Dec 2013 04:49 PM PST
Saya percaya mereka yang memahami penggunaan anak Jawa dalam penulisan itu tidak akan mudah terasa. Anak Jawa dalam konteks itu signifiken kepada naib presiden itu saja. Pun begitu terima kasih atas pesan dan ingat itu. Kita dituntut untuk saling ingat mengingati. Tulisan itu juga bertujuan sama. Dan saya jarang melupai akan keperibadian Tokguru Nik Aizi. Selalu mengambil filsafahnya termasuk; bahawa apalah ada kepada bangsa? Sama ada Jawa, Bugis, Melayu atau Orang Asli sama saja di sisi Allah. Kata Shakespeare sekuntum bunga tahi ayam itu kalau dinamakan ros sekalipun ia tetap akan berbau busuk. Kita tinggal citra Zahid yang kini merasakan dia hebat dan boleh melemparkan tuduhan atau membuat provokasi kepada sesiapa saja. Kita doakan mudahan lonjakannya ke langit kuasa akan menemukan juga dia dengan alang-alang sira multha. Cuma kebetulan saya diberikan Allah mengenali serba sedikit manusia bernama Zahid ini. Nyalaan reformasi (1998) untuk membela keadilan dan kebenaran memberikan saya peluang mengenali hati dan budinya dari dekat. Saya sempat bersembang penuh bersemangat dengannya semasa di rumah Anwar Ibrahim. Isterinya juga ada sama. Lebih jauh dari itu pernah merancang sesuatu yang mungkin pahit untuk disebut dan tidak disukainya kini. Bahkan sebelum meletus reformasi beliau pernah menjemput saya di rumah (Flat Wangsa Maju) dan membawa ke rumah 'agam' bapaknya di Bagan Datoh. Dan saya juga pernah ke rumahnya di Country Height di Kajang, bersembahyang dan makan.Read More / Baca Lagi >> | ||
Gelanggang PRU14 adalah siapa lebih Islamik, kata penganalisis Posted: 10 Dec 2013 04:44 PM PST Gelanggang sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bagi memperlihatkan siapa lebih Islamik di mata rakyat berikutan kecenderungan rakyat khasnya orang Melayu mendekati Islam di negara ini. Atas alasan itu, Umno didakwa sedang berusaha untuk menjadi lebih Islamik berbanding PAS bagi membolehkannya merebut sokongan pengundi Islam menjelang pilihan raya tersebut. "Bagi saya gelanggang sebenar PRU14 adalah siapa lebih Islamik. Sudah lama saya perhatikan hal ini," kata strategis PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Read More / Baca Lagi >> | ||
Penganalisis kecam Perkasa beri amaran tsunami Kristian Posted: 10 Dec 2013 04:43 PM PST Tsunami Kristian dalam pilihan raya umum yang akan berlangsung lima tahun dari sekarang? Tidak mungkin, kerana itu hanya hantu Perkasa, kata penganalis politik terhadap amaran oleh kumpulan hak Melayu itu kepada kumpulan minoriti agama di negara ini. Penganalisis berkata, jika pemerintah Barisan Nasional (BN) peka terhadap keperluan orang Kristian, mereka tidak perlu bimbang tentang apa-apa ancaman kepada survival Melayu dan agama Islam dalam negara ini. Penganalisis politik, Khoo Kay Peng, berkata kebimbangan yang lebih besar adalah kesan daripada keputusan mahkamah terhadap isu nama Allah kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Kristian, dan turut mendapat kutukan seluruh dunia. Sabtu lalu, Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin (gambar) menekankan tujuh ancaman kepada survival Melayu-Islam di Malaysia dan memberi amaran bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, ia boleh berubah menjadi "tsunami Kristian" jika ancaman ini tidak ditangani dengan serius. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tangkap jika kerajaan serius basmi Syiah - TGNA Posted: 10 Dec 2013 04:25 PM PST KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan sepatutnya tangkap sahaja ketua atau pengikut Syiah di negara ini dan tidak perlu berdolak dalik jika mereka benar-benar serius mahu membasmi fahaman itu. "Jika betul nak basmi Syiah, tangkap! Tak perlu berdolak dalik lagi. Masyarakat sudah bijak menilai bahawa bukan Syiah yang mahu diserang tetapi parti lawan (pembangkang) yang semakin dapat sambutan," kata Mursyidul Am Pas itu menerusi laman Facebooknya semalam. Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri sokong jika fahaman Syiah langsung tidak wujud di negara ini. "Peranan ulamalah untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah," ujarnya. Dalam kenyataan lanjutnya, Nik Abdul Aziz berkata, jika seorang pemimpin politik menyebut bahawa ciri utama Syiah adalah menipu, nasionalis sekular pun juga tidak kurang menipu berbanding Syiah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Adakah Zahid faham apa itu ahli sunnah wal jamaah? Posted: 10 Dec 2013 04:23 PM PST Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita-berita yang dilaporkan sejak kebelakangan ini khususnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggambarkan seolah-olah hanya Umno sahaja yang mempejuangkan akidah ASWJ di negara ini sedangkan realiti sebenarnya adalah berbeza. "Saya ingin bertanya kepada Zahid, adakah beliau faham apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah?" soal beliau lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ahli Umno kecewa pemimpin Umno sorok bantuan banjir..!! Posted: 10 Dec 2013 04:22 PM PST AHLI UMNO SENDIRI KECEWA BANTUAN BANJIR OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DIBERI SECARA TERPILIH DAN ADA YANG SOROK BARANG REMBAT UNTUK KEPERLUAN KELUARGA SENDIRI!"Saya ahli Umno. Tapi saya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang beri bantuan kepada orang yang dikenali sahaja. Ada yang sorok barang untuk keperluan keluarga sendiri. Syukur kerana Pakatan beri bantuan. Saya lihat Unit Amal PAS dan PKR datang membantu kami" .... Norizan Abu Bakar, 48.Nak tahu hebat dan baik sesebuah parti itu ketika kita berada dalam kesusahan ... siapa bantu cara ikhlas siapa yang sapu dan kebas hak rakyat. | ||
Jika Mat Sabu itu Syiah, Umno itu komunis, Rosmah itu Wahabi..!! Posted: 10 Dec 2013 04:20 PM PST AHMAD TAJDID "Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS. Ketika diasak wartawan bahawa 'orang nombor dua' PAS itu ialah Mohamad Sabu, Ahmad Zahid yang baharu diwawancara sebuah stesen TV Indonesia ketika menziarahi kampung halamannya di Jawa, Indonesia bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa. Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti kononnya 'orang nombor dua' itu berfahaman Syiah. Tambahnya, tindakan penahanan itu boleh dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri, kata Zahid cuba mengalihkan beban tuduhannya itu kepada agensi lain. Ketika ditanya pemberita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata, agensi di bawah kementeriannya akan berbincang dengan KDN sebelum menyiasat pemimpin PAS yang didakwa terlibat dengan ajaran Syiah. Menurut Jamil Khir, pihaknya perlu mendapatkan dan meneliti bukti sebelum memulakan penyiasatan dan mengambil tindakan undang-undang Syariah. "Kita jumpa KDN dulu, dapatkan semua maklumat. Nak buat tuduhan perlu bukti," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Ijtimak Amil Zakat Kebangsaan 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Selasa lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan