Sabtu, 7 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Banjir: Mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang melebihi 40,000 orang

Posted: 07 Dec 2013 09:44 PM PST

08/12/2013 11:16am

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2mrGJ1O8h 
Hakcipta terpelihara 



08/12/2013 11:11am


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu meningkat kepada 22,391 orang pagi ini berbanding 22,040 orang malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.
Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.
Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2mrGp1Qi0 
Hakcipta terpelihara 

PERINGATAN : Jangan Berhenti jika anda ditahan keluarga ini

Posted: 07 Dec 2013 10:17 AM PST

sebarkan
SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini | Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign via mynewshub

Zahid mahu Jakim tahan Mat Sabu

Posted: 07 Dec 2013 09:32 AM PST

  • mat sabuTimbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.


Dalam Muktamar Pas ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas.

Ahmad Zahid juga turut menggesa pemimpin Pas supaya tidak berselindung di sebalik perjuangan parti dan menyeru ahli Pas menolak ajaran sesat.

"Kita tahu pemimpin Syiah dalam Pas, parti itu perlu ketepikan politik sebegini, saya hairan bagaimana pemimpin ini boleh dilantik dalam parti.

"Saya berbesar hati jika Pas turut ikut banteras ajaran syiah, alangkah bagus Pas menunjukkan keberaniannya menolak pemimpin besar itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, sebagai usaha membanteras ajaran sesat termasuk ajaran Syiah, beliau mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Agama Islam dengan kerjasama KDN menubuhkan suruhanjaya khas bagi menangani gejala tersebut.

Selain menguatkuasa Akta Pertubuhan 1966, usaha itu perlu bagi membendung ajaran sesat daripada menular di negara ini yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Ajaran Syiah semakin bahaya, musuh Islam ialah Syiah dan kerajaan sedang giat menanganinya dengan Jakim," katanya lagi.

Menurut portal The Malaysian Insider, Mat Sabu dalam reaksi awalnya berkata akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Zahid itu.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu," katanya.

Tiada ulasan: