Rabu, 11 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Rabecca Derma Semua Wang Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir

Posted: 11 Dec 2013 10:05 PM PST

Aktress Rabecca Nur Al Islam telah membuat keputusan untuk mendermakan keseluruhan wang berjumlah RM11,200.00 yang diterima hasil memenangi saman daripada pengarah Erma Fatima kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang serta pihak yang lebih memerlukan

Seterusnya DI SINI

Selepas 20 tahun Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu

Posted: 11 Dec 2013 08:25 PM PST


 Tragedi runtuhan kondominium mewah Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993, menjadikan dua blok bersebelahan dengan tapak runtuhan sebagai lokasi bagi mereka yang menggemari aktviti paranormal.
SEJAK 20 tahun lalu, tapak terbiar Highland Tower dikatakan merakamkan beberapa kisah seram, dengan ada pihak yang mendakwa mereka merasai sendiri kewujudan aktviti paranormal di sana.
Tempat itu juga dikatakan menjadi lokasi pilihan penjejak aktiviti paranormal amatur dan mereka yang berminat dengan kisah disebalik runtuhan kondominium mewah berkenaan.
Carian di Internet mendapati terdapat ratusan rakaman video dan gambar yang dimuat naik oleh penjejak aktiviti paranormal yang memaparkan pengalaman mereka berada di dua blok Higland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.
Ada yang menggunakan peralatan canggih seperti perakaa parabola, kamera penglihatan malam, termometer inframerah serta medan meter elektromagnet untuk merekodkan 'pengembaraan' mereka.
Pengguna Internet turut merekodkan pengalaman ekspedisi lewat malam mereka di dua blok berkenaan dan memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan blog.
Kisah seram mengenai Highland Tower turut dipaparkan di beberapa laman web paranormal seperti, HungZai.com, ghostsmsia.blogspot.com dan The Paranormal Life (adamvai.blogspot.com) oleh pencari hantu, Adam Vai.
Menurut laman web, theshadowlands.net ramai yang mendakwa tempat berkenaan berhantu dan pelbagai suara menyeramkan boleh didengar pada waktu malam.
Cerita berkenaan telah mendorong rakaman filem, Higland Tower, karya arahan Pierre Andre.
Tempat berkenaan didakwa sebagai lokasi paling menyeramkan di negara ini, bersama-sama beberapa tempat lain seperti Penjara Pudu, Bukit Tunku di Kuala Lumpur, Istana Kellie di Perak serta Lebuh Raya Karak di Pahang.- mStar

Artis : Emma Maembong sudah berhijab

Posted: 11 Dec 2013 05:18 PM PST

Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: "Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah," jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.
Foto
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu. 
"Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

"Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga," katanya ketika dihubungi, semalam.
Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata. - Metro

Konsert Amal Datuk Ramli Sarip : "Blues Buat Teman" di 9 negeri

Posted: 11 Dec 2013 08:06 AM PST

Ramli Sarip
KUALA LUMPUR: Atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan yang mengalami kesulitan hidup, Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsertnya, Blues Buat Teman Tour 2014 pada 19 Januari 2014 bagi membantu teman-temannya itu.
Mereka adalah Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Ramli, 61, berkata, hatinya mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.
"Konsert ini merupakan satu penghargaan buat para pemuzik yang pernah terbabit dalam rakaman album Alive (2000) di Synchrosound Studio, Petaling Jaya.
"Ia sebagai satu dedikasi kepada Allahyarham Samad serta Yazit dan Hamid yang menghadapi masalah kesihatan.
"Saya mula terfikir mengadakan konsert ini selepas melihat gambar-gambar lama saya bersama mereka dan selepas setahun merancang, Alhamdulillah ia akan dilaksanakan pada tahun depan di 10 buah lokasi seluruh negara," katanya.
Ramli ditemui pada majlis sidang media konsert Blues Buat Teman Tour 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
Turut hadir barisan pemuzik yang terlibat dengan konsert berkenaan iaitu Man Kidal sebagai gitaris, Tom Anuar (dram) Fauzie Zain (Bass), Roza Rasul (Keyboard) dan Paang Zaman (perkusi).
Tambah Ramli, dia merancang untuk menyumbangkan kesemua wang tiket kepada tiga rakannya itu dan bersyukur apabila pemuzik-pemuzik serta kru konsert tersebut setuju dengan cadangan itu.
"Alhamdulillah, apabila niat kita baik, semuanya dipermudahkan.
"Kalau nak tahu konsert ini tiada penaja dan kami adakan konsert ini bagi mengumpul dana tanpa memikirkan wang gaji sendiri. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh produksi dan pemuzik sanggup berkorban untuk mengumpulkan dana," ujarnya.
Dalam pada itu, sebuah lagu Blues Buat Teman juga akan dihasilkan dan akan dipersembahkan pada konsert jelajah tersebut.
Konsert jelajah itu akan bermula di Hard Rock Cafe di sini pada 19 Januari 2014, diikuti dengan sembilan negeri lain iaitu Sarawak (14 Februari), Sabah (16 Februari), Pulau Pinang (23 Februari), Perak (1 Mac), Terengganu (7 Mac), Kelantan (8 Mac), Melaka (14 Mac), Johor (28 Mac) dan Singapura (29 Mac).
Untuk keterangan lanjut, hubungi 013-2633938 - mStar

3 bini masih tidak cukup, sanggup rogol remaja 13 tahun

Posted: 11 Dec 2013 05:22 AM PST


Maz. Pic: HMMaz. Pic: HMHULU KLANG: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil 'papa' melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.
"Papa memberi amaran supaya tidak menceritakan hal berkenaan kepada sesiapa termasuk keluarga dan mengulangi perbuatan terkutuk itu tiga hari kemudian di hotel sama.
"Pada mulanya, papa menyuruh saya tidur di hotel kerana hari lewat malam. Saya ikut sahaja apa kehendaknya dan tak sangka dia akan merogol saya," katanya kepada Harian Metro sambil ditemani ayahnya semalam.
Maz berkata, pada 30 November lalu, suspek sekali lagi mengajaknya ke hotel sama dan memberinya duit belanja.
Apabila Maz mengikut permintaan itu, dia sekali lagi dirogol buat kali ketiga.
"Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya melarikan diri dan menghubungi rakan yang kemudiannya menghantar saya pulang ke rumah," katanya.
Maz mendakwa selain dirinya, dua rakan sebayanya turut menerima wang bulanan daripada suspek dan mereka juga dirogol, namun tidak membuat laporan polis.
Sementara itu, ayah tiri Maz yang mahu dikenali sebagai Ikmal, 24, berkata melihat anaknya pulang dalam keadaan tidak bermaya pada 1 Disember lalu, dia mula menyoal anak gadisnya itu.
"Pada mulanya dia enggan bercerita, tetapi setiap hari saya mendesak sehinggalah pada 4 Disember lalu, dia mengaku dirinya dirogol oleh seorang lelaki yang bergelar bapa angkatnya.
"Mendengar cerita itu, saya terus membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sebelum cuba memerangkap lelaki itu," katanya.
Ikmal berkata, dengan menggunakan telefon bimbit Maz, dia menghantar mesej untuk berjumpa suspek di sebuah restoren berdekatan rumah mereka disini.
"Sebaik berjumpa, saya terus menyoal lelaki itu dan membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.
Menurutnya, polis mengarahkan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Amirudidin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan memberitahu suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, suspek yang ditahan sejak 4 Disember lalu kini ditahan reman sehingga esok dan meminta remaja lain yang pernah dirogolnya tampil membuat laporan polis.
-Harian Metro

Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tunggu esok ...

Posted: 11 Dec 2013 02:57 AM PST


Adi Putra
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang akan memberi penjelasan berhubung perkembangan isu itu kepada pihak media pada malam Khamis (malam esok).
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, isu tersebut yang sudah pun menjadi kes polis akan diperjelaskan menerusi sebuah sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8 malam.
"Saya akan mengadakan sidang media khas menjelaskan segala-galanya berhubung kes (skandal) tersebut," katanya ringkas menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini, petang Rabu.
Adi bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung sidang media itu sebaliknya meminta pihak media hadir bagi mendapatkan penjelasannya.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan
Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman sosial Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.
Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun Adi Putra dalam sebuah akhbar sebelum ini menafikan dia menggunakan pengaruh golongan VIP untuk menutup kes berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: