Sabtu, 21 Disember 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Susah hendak buktikan, atau kebal?

Posted: 21 Dec 2013 03:34 PM PST

Dalam soal jawab membanteras Rasuah TV 3 18 Disember 2013 Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang sangat optimistik dengan seksyen 14 (2) akta Suruhan jaya Pecegah Rasuah Malaysia.

Manakala Tan Sri Hadenan Abdul Jalal berkata, susah hendak buktikan yang mereka ada kes dengan rasuah.

Datuk Takiyuddin Hassan sanggup ketepikan partinya dan secara peribadi akan mempertahankan dan menyokong penuh seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia memberi keberkesanan membanteras rasuah.

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas pandangan Tan Sri Hadenan Abdul Jalal. Memang pun kelihatan betapa sukar untuk pihak SPRM membuktikan yang mereka yang didakwa di Mahkamah untuk disabitkan.

Pada penulis ianya bukan sukar, kerana "bilis" yang ditangkap dan dakwa boleh disabitkan dan di jatuhkan hukuman denda dan penjara.

Akan tetapi "Jerung" hatta telah didakwa maka tidak dapat disabitkan dengan alasan tiada bukti kukuh dan mereka itu dibebaskan.

Pada hemat penulis, sukar hendak buktikan hanya pada jerung jerung sahaja, manakala bilis bilis sangat senang untuk dibuktikan dan disabitkan.

Maka tidak lain dan tidak bukan mereka itu "kebal". Bukan sahaja kebal, malah SPRM tidak boleh tangkap. Apatah lagi untuk mendakwanya di mahkamah.

Pelantikan tiga Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin Hasan (PAS) Datuk Fuazi Abdul Rahman (PKR) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP) susah juga untuk buktikan kes, selagi jerung jerung itu masih kebal.

Keballah punca SPRM tidak dapat melaksanakan tugas miskipun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohammad sangat optimistic dengan seksyen 14 (2) Akta suruhanya jaya pencegah Rasuah Malaysia.

Oleh itu, apa apa yang dicakap oleh panel soaljawab membantras rasuah malam 18 Disember 2013 itu hanya persepsi semata mata. Tidak lebih daripada itu, hatta yang keluar dari mulut Ahli Parlimen PAS Datuk Takiyuddin Hassan sekali pun.





Tiada ulasan: