Kelab Greenboc |
- [KANTOI] Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu
- [Mesir Terkini] 21 Orang Mahasiswi “7 Pagi” Akhirnya Dibebaskan
- Tuduh Syiah Tanpa Bukti, Mat Sabu Patut Saman Zahid Hamidi
- Hukum Penjara Kerana Curi 2 Tandan Pisang
[KANTOI] Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu Posted: 08 Dec 2013 01:12 AM PST Najib puji Rosmah atas "jasanya" Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana "jasanya" kepada negara. Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara. "Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan. "Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi. "Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin. Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. - petikan TMI ULASAN GB Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah. Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir. Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka? Jika rejim Mubarak telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui plihanraya demokrasi yang telah menobatkan Dr.Morsi sebagai Presiden Mesir menggantikan Mubarak itu, apakah nanti Najib bakal menerima nasib yang serupa? Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, dimana Najib tidak berupaya untuk menyembunyikan hubungan baiknya dengan rejim Mubarak yang telah menelan lebih AS$70 bilion harta rakyat Mesir. Kata pepatah: Birds of the same feather flock together... kantoi tu.. |
[Mesir Terkini] 21 Orang Mahasiswi “7 Pagi” Akhirnya Dibebaskan Posted: 07 Dec 2013 08:01 PM PST Mahkamah Rayuan Iskandariah akhirnya membebaskan para mahasiswi gerakan "7 Pagi", Sabtu (7/12/2013) semalam. Perintah bebas itu diberikan terhadap 14 mahasiswi yang telah cukup umur yang sebelumnya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun 1 bulan, portal dakwatuna dipetik. Sebelumnya, tuduhan yang dihadapkan kepada mereka adalah melakukan kerusakan, mempertontonkan kekuatan, melakukan perkumpulan massa, dan pemilikan senjata. Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah bebas terhadap tuduhan pemilikan senjata, namun tetap menjatuhkan hukuman satu tahun untuk tuduhan melakukan kerusakan, mempertontonkan kekuatan, dan melakukan perkumpulan massa. Hukuman penjara satu tahun ini digantungkan (tidak dilaksanakan). Para mahasiswi tersebut boleh keluar dan tidak tinggal di penjara, kecuali jika dalam waktu satu tahun mereka kembali melakukan "kejahatan" yang dituntut sebelumnya, mereka harus dipenjara sebesar hukuman yang dijatuhkan. Sedangkan tujuh mahasiswi yang belum cukup umur, yang sebelumnya ditempatkan di lembaga rehabilitasi sosial juga dibebaskan dengan masa percobaan 3 bulan dengan kewajiban melapor diri setiap bulan disertai keterangan seorang ahli sosial. Menanggapi putusan mahkamah rayuan ini, juru bicara kumpulan peguam para mahasiswi tersebut menyatakan masih belum berpuas hati. Kumpulan peguam tersebut masih menuntut agar para mahasiswi berkenaan dibebaskan dari semua tuduhan, dan dapat bebas secara penuh. Hal itu kerana penangkapan dan penahanan mereka tidak mengikut undang-undang. Mereka melakukan demonstrasi aman yang menjadi hak setiap warga negara dan dilindungi undang-undang. Sedangkan para mahasiswi yang dibebaskan menyatakan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi menuntut tumbangnya penguasa kudeta. Pengalaman ditangkap, ditahan, dan dijatuhi penjara 11 tahun tidak akan membuat mereka takut dan menghentikan aksi. Bahkan pengalaman ini akan menambah mereka lebih bersemangat. klik untuk baca |
Tuduh Syiah Tanpa Bukti, Mat Sabu Patut Saman Zahid Hamidi Posted: 07 Dec 2013 04:01 PM PST Perlu bukti untuk tuduh Syiah, kata Jamil Khir Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan. "Kita amat memandang ke hadapan pembuktian Datuk Seri Zahid," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. "Dalam ajaran Syiah dia bukan libatkan parti semata-mata. Syiah tak tertulis di wajah. Ia iktikad dalaman. Nak mendakwa seseorang itu Syiah, perlu ada pembuktian," katanya. Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. Beliau berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya. Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis. "Elok tanya Zahid. Elok tanya polis. "Kita sebenarnya daripada awal kita adakan kerjasama dengan KDN," katanya. -TMI
ULASAN GB Mudah sangat menuduh orang sebagai Syiah tanpa bukti. Mat Sabu sepatutnya ambil tindakan undang-undang ke atas Zahid Hamidi dengan menyamannya sekurang-kurangnya RM200 juta kerana ia bukan saja menjejaskan nama baiknya tetapi juga parti yang beliau menjadi Timbalan presidennya. Sebenarnya Zahid Hamidi sudah tidak ada modal lain untuk mencari publisiti di depan ahli UMNO. |
Hukum Penjara Kerana Curi 2 Tandan Pisang Posted: 07 Dec 2013 04:35 AM PST Sabak Bernam – Gara-gara mencuri dua tandan pisang, seorang pekerja kampung dipenjara enam bulan dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam. Tertuduh, Fahrul Mustain Alimi, 25, dalam rayuannya memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan dia masih muda dan bertanggungjawab menyara ibu bapanya yang uzur di kampung. "Kalau saya dikenakan hukuman berat, bagaimana dengan nasib ibu bapa saya di kampung? "Sedangkan selama ini saya yang menjaga mereka dan berharap ada pertimbangan daripada mahkamah sebelum membuat keputusan," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor meminta mahkamah agar mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Majistret Shah Wira Abdul Halim yang mendengar rayuan tertuduh dan pihak pendakwaan kemudiannya sempat menasihati tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan mencuri kerana ia bukan saja berdosa besar, malah menyusahkan orang lain. "Sudah tahu mencuri itu dosa, kenapa kamu masih lakukan? Saya harap hukuman ini dapat beri pengajaran kepada kamu dan masyarakat di luar sana," katanya. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kebun Jalan Hamim, Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar pada kira-kira 12.35 tengah hari, 30 November lalu. Tertuduh didakwa mencuri dengan niat dua tandan pisang milik Judi Mat Sari sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Sekiranya tertuduh didapati melakukan kesalahan kali kedua, dia kemudiannya boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat. -SH ULASAN GB Perompak wang rakyat seperti kes lembu NFC dengan nilai RM250 juta boleh terlepas begitu saja tetapi curi dua tandan pisang kena penjara sampai 6 bulan.... Ada sesuatu yang pincang nampaknya di dalam siste kehakiman negara. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan