Kelab Greenboc |
- BN Menang, Tarif Elektrik Pun Naik 15%
- [BERGAMBAR] Tiga Beradik Ditemui Mati, Teman Lelaki Mangsa Dicari
- [AL-FATIHAH] Bekas Pengarah CID, Datuk Fauzi Shaari Kembali Ke Rahmatullah
- [TAZKIRAH] Empat Malaikat Yang Mendatangi Orang Sakit
BN Menang, Tarif Elektrik Pun Naik 15% Posted: 02 Dec 2013 12:41 AM PST Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt. Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen. Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini. Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. -mk LAPORAN SEBELUM INI
|
[BERGAMBAR] Tiga Beradik Ditemui Mati, Teman Lelaki Mangsa Dicari Posted: 01 Dec 2013 11:25 PM PST Alor Setar: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan. "Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini. Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan. Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu. Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi. "Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya. Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.
|
[AL-FATIHAH] Bekas Pengarah CID, Datuk Fauzi Shaari Kembali Ke Rahmatullah Posted: 01 Dec 2013 08:05 PM PST Sselayang: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang. Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. Dilahirkan pada 25 September 1950, di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak, bapanya Shaari Musa turut terlibat menubuhkan Persatuan Ulama Malaya pada 23 Ogos 1951 bersama Ustaz Ahmad Fuad Hassan dan lain-lain. Beliau menyertai PDRM pada April 1975. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan. Ketika menjawat Ketua Polis Dang Wangi, beliau gigih membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur walaupun mendapat bantahan kerana tindakan didakwa boleh menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketika itu banyak aktiviti maksiat di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Allahyarham menyertai PAS pada 20 Mei 2012 dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Lumut, Perak. Beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Larut pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu tetapi tewas kepada calon BN. Mengulas kekalahannya dalam pilihan raya, beliau dilaporkan berkata: "Kita hanya kalah dalam pertandingan, namun tetap menang dalam setiap perjuangan yang kita lakukan sebelum ini." Pada 2005, Allahyarham menerima anugerah 'Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)' daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail di Istana Negara. -HD
|
[TAZKIRAH] Empat Malaikat Yang Mendatangi Orang Sakit Posted: 01 Dec 2013 04:45 PM PST Sakit adalah sunatullah, ketentuan dari Allah swt yang ditimpakan pada manusia. Memang betul, tidak ada yang menginginkan jadi sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak hal yang tersembunyi di sebalik keadaan itu. Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh ketika kita sedang sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tak tahu rahsianya. Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri karena itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita sewaktu sakit. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya." Sabda Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadith yang lain Rasulullah bersabda : "Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya." Allah memerintahkan : 1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. 2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya 3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi. 4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?" Allah menjawab: "Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut." Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun." "Tiada seorang mu'min yang ditimpa oleh lelah atau penyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah," (HR Bukhari-Muslim). "Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya," (HR Ath-Thabarani). "Penyakit panas itu menjaga tiap mu'min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun," (HR Al-Qadha'i). -islampos ULASAN GB Justeru itu jangan mengeluh jangan bersedih jika kita ditimpa "sakit". Khabarkan berita gembira kepada sahabat, saudara atau sesiapa juga yang sedang sakit, bahawa Allah menyayanginya. Jangan diresahkan jangan ditangiskan jangan ditertawakan jika seseorang itu menderita sakit sekalipun mungkin kehilangan tangan, kaki, mata atau apa juga bahagian jasad... kerana Allah mencuci dosa-dosa yang ada sebelum dikembalikan roh yang suci itu kepadaNya. Yang belum sakit itulah yang sepatutnya resah gelisah, kerana entah bila dosa-dosa itu bakal dicucikan, atau apakah kita menghadapNya nanti dengan penuh dosa untuk dicucikan di sana? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan