Kelab Greenboc |
- Jangan Biarkan UMNO Jajah Pemikiran Orang Melayu
- Forensik Dedahkan Mayat Pelajar Tahfiz Dibunuh, Bukan Bunuh Diri
- Doa Ibu Dimakbulkan Ilahi, Mayat Anaknya Timbul Di Permukaan Air
Jangan Biarkan UMNO Jajah Pemikiran Orang Melayu Posted: 16 Dec 2013 12:01 AM PST Penghambaan Minda Melayu Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah supaya orang Melayu faham. Dalam negara kita ada 18 juta orang Melayu. Kita ada 3 juta ahli UMNO. Ertinya dari setiap 6 orang Melayu, terdapat 1 dari nya ahli UMNO. Siapa yang lebih ramai? Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu? Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembagaan Malaysia. Iaitu kedudukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu. Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2? Ada atau tidak DAP rampas hak orang Melayu? Kalau ada sudah lama orang Melayu mengamuk. Sudah lama pemimpin DAP kena lokap. Atau untuk lebih umum, ada orang Cina merampas hak Melayu kecuali perampasan itu mendapat komplot dari orang Melayu sendiri? Di Negeri Sembilan orang cina ambil alih ribuan ekar reseb Melayu itu adakah mereka lakukan sendirian? Kecuali rampasan tersebut disekongkoli oleh pemimpin Melayu sendiri. Boleh kah orang Cina beli tanah di Johor bharu dengan harga berbilion Ringit kalau tidak disetujui oleh bangsa Melayu sendiri? Jadi janganlah UMNO mengada ngada mahu bercakap mengenai bangsa Melayu. Sebab itu kita menyampah dan meluat dengar ucapan demi ucapan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang mengambarkan bangsa Melayu diancam oleh bangsa lain. Apa jenis pemimpin negara yang kita ada? Cakap2 perpecahan dan perkelahian seperti ini mesti dibenteras dan diberhentikan. Sebab itu saya tetap berpendirian, sementara PM Najib seorang yang baik secara peribadi dan halus budiperkerti nya, dari segi kepimpinan dia a big zero. Kamu sula saya, saya tetap berfikiran begini. He is a weak leader. If Najib can become PM, anyone can. Najib tidak ada lansung kepimpinan moral untuk memimpin negara bangsa Malaysia. Nak bercakap siapa Melayu lebih saya pun boleh. Nenek moyang saya bertombak berlembing mempertahankan bumi Melayu dan Raja nya dari dijajah oleh penjajah. Nenek moyang orang lain bergundek dalam istana. Maka kalau mahu cakap siapa Melayu lebih, bila2 masa pun boleh. Sebagai MP Melayu dalam DAP saya tidak pernah pun berundur dari bercakap mengenai kepentingan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Kita benci segala bentuk dominasi bangsa. Kita semua berkehendakkan sebuah kerajaan yang dibangunkan atas perintah ikut undang2 bukan negara yang diperintah mengikut citarasa kelompok dan gerombolan. Isu orang Melayu bukanlah bahawa orang Melayu terancam. Atau diserang. Atau bangsa Melayu itu diancam oleh agama kristian. Berapa ramai penganut agama kristian? Rapuh sangat kah aqidah orang Melayu sehingga orang kristian yang sejemput itu dapat menguasai minda orang Melayu. Lihatlah struktur masyarakat melayu. Ketua kampong nya semua Melayu. Setiap kampong ada masjid dan surau. Tok imamnya Melayu. Penghulu nya Melayu. Pegawai daerah nya Melayu. Pengarah jabatan semua Melayu. Setiausaha kerajaan negeri yang bergelar semua nya Melayu. MB nya Melayu. Raja2 nya Melayu. Ketua polis daerah nya Melayu. Senaraikan sahaja kepimpinan- semua nya Melayu. Bagaimana masyarakat Melayu terancam? Ancaman terbesar kepada orang Melayu ialah penghambaan minda orang Melayu. Minda orang Melayu jadi begini disebabkan mereka mewarisi beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemetintah2 yang pada zaman dahulu itu-iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Bukan saya yang kata. Ianya disebut oleh orang Melayu yang lebih tajam pemikiran nya yang tidak tercapai oleh saya iaitu pendita Zaaba dalam tahun 1927. Yang jadi bahaya ialah penghambaan minda orang Melayu daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. Pemerintah kita ialah UMNO. UMNO yang menjahanamkan bangsa Melayu. Isiu besar orang Melayu bukanlah ancaman dari bangsa lain atau agama lain. Ancaman datang dari kesembingan dan kebodohan pemimpin Melayu kita. Sejak saya kecil, saya tidak pernah pun orang tua kita, tok nenek kita menyebut menganai shiah dan sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan aqidah kita. Setahu saya, selagi orang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dia tetap Islam dan yang menghukumkan dia ialah Allah. Maka hari ini , hairanlah kita perkara ini mahu dijadikan masaalah besar. Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu syiah semata mata dia mengkagumi pemerintahan Iran dan Ayaotllah Khomeini. Yang membenci Khomeini ialah bangsa Amerika dan Eropah yang benci terhadap apa2 yang berbaur Islam. Adakah Zahid Hamidi antek dan ejen Amerika dan kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar Ustaz Zahid mengeluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir. Bodohlah kita bansga Melayu kalau membenarkan pemikiran kita di-zulnordinkan. Apa jadi budak ini? Ancaman dari Melayu liberal dan tsunami kristian? Melayu liberal ini lahir dari mana? Mereka tidak ada emak dan bapa? Sejak bila kita mahu berbunuhan sesama Melayu. Melayu liberal ini bagaimana rupa bentuk nya. adakah Melyau liberal ini Melayu yang meluat tengok gelagat sesetangah Raja2 Melayu. Berjuta orang Melayu mempuntai perasaan benci dan marah paa raja2 Melayu dalam hati mereka. Jadi kita belah dada mereka dan lihat ada perasaan anti raja Melayu dalam badan mereka? Adakah Melayu liberal itu Melayu yang menentang dominasi Melayu UMNO? Berjuta orang melayu enggan menerima UMNO sebagai satu2 nya jurucakap dan penterjemah kepentingan bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tolak UMNO mereka akan hanya hilang sumber penghambaan minda mereka. -sakmongkol
|
Forensik Dedahkan Mayat Pelajar Tahfiz Dibunuh, Bukan Bunuh Diri Posted: 15 Dec 2013 08:20 PM PST Mayat seorang pelajar yang ditemui tergantung dalam sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan tiga hari lalu dikatakan mati akibat dibunuh, bukan bunuh diri, kata sumber polis. Menurutnya, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu (HSZIIKB) semalam, mendapati ada kesan tikaman di perut dan pelajar itu dipercayai meninggal dunia 72 jam lalu. Siasatan mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Wan Ahmad Faris, 16, sebelum ini belajar di maahad tahfiz di Kampung Ipah, Bachok dari tingkatan satu hingga tiga, sebelum berpindah ke maahad tahfiz sekarang untuk menyambung pengajian di tingkatan empat. Seorang bapa yang enggan namanya dikenali berkata, dua anaknya mengenali rapat mangsa dan tidak percaya arwah bunuh diri. "Hari Isnin lalu, mereka main bola bersama-sama dan kemungkinan besar arwah meninggal dunia hari Selasa kerana pada hari itu adalah cuti. Ibu bapa datang menjemput anak masing-masing termasuk saya mengambil dua anak pada petang hari berkenaan. "Saya juga mengenali ibu mangsa yang juga seorang jururawat berpengalaman selama 20 tahun. Ibu arwah memberitahu saya, kalau bunuh diri sudah tentu mayat dalam keadaan mengerikan seperti lidah akan terjulur keluar. "Tetapi dalam kes ini, lidah tidak keluar. Jadi, arwah mungkin dibunuh dan digantung dalam bilik air. Malah, isteri saya pun sudah cakap dengan warden asrama supaya tidak perlu buat andaian yang boleh mengaibkan arwah dan keluarganya," katanya. Rabu lalu, Maahad Tahfiz Kok Lanas gempar dengan penemuan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di sebuah tandas di asrama itu. Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis dan sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar. Berita mengenai penemuan mayat di maahad tahfiz itu sudah tersebar luas dalam laman sosial Facebook sejak malam Selasa, walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenalpasti identitinya, tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada polis. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr. Mohd Fadzli Hassan berkata, mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam bilik tandas asrama maahad tahfiz itu adalah pelajar tingkatan empat yang berasal dari Pasir Mas. Mayat itu, katanya, telah dibawa ke bilik mayat (Forensik) HSZIIKB untuk dibedah siasat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan keluarga mangsa ikut sama ketika mayat dihantar ke hospital. "Saya akan membuat kenyataan rasmi sebaik sahaja polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat sebarang andaian sendiri bagi menghormati keluarga mangsa dan penyiasatan. - MalaysiaGazette
|
Doa Ibu Dimakbulkan Ilahi, Mayat Anaknya Timbul Di Permukaan Air Posted: 15 Dec 2013 04:01 PM PST Mayat pelajar PSMZA timbul di permukaan air DUNGUN – "Hanif, mak datang, timbul Hanif, timbul Hanif," seru Tuminah Taib, 54, sebelum mayat anak lelakinya, Muhammad Hanif Jainuri (gambar kecil), 18, timbul di permukaan laut selepas hilang dalam tragedi lemas berdekatan Gua Teluk Bidara, dekat sini pagi kelmarin. Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat sejak jam 9.30 pagi kelmarin menemui jalan buntu susulan ombak besar dan arus kuat di pantai berdekatan gua itu, namun mangsa seolah-olah 'menunggu' kehadiran ibunya apabila ia tiba-tiba timbul jam 7.50 pagi semalam sebaik ibunya tiba di lokasi kejadian. Menurut Tuminah, dia menerima berita sedih itu ketika berada di tempat kerjanya di Senggerang Johor, kira-kira jam 2 petang pada hari kejadian dan bertolak ke Dungun pada sebelah malamnya. Katanya, pada malam Jumaat, sebelum kejadian menimpa mangsa, dia bermimpi jatuh dalam gaung yang dalam berdekatan sebuah bukit, namun tidak mengesyaki apa-apa petanda buruk dan beranggapan ia hanya mainan tidur. Terima ketentuan Tuhan Menurutnya, ketika dalam perjalanan sebelum tiba di Dungun, dia hanya berdoa agar mayat anaknya segera ditemui dan sebaik sampai di bandar Dungun kira-kira jam 4.30 pagi semalam, Tuminah terus pergi ke tempat kejadian bagi mengetahui nasib anaknya. "Mak cik berdiri di tepi pantai, jerit namanya beberapa kali, naluri ibu dapat rasa dia ada di sini nak jumpa makcik. "Ia benar-benar berlaku, doa makcik dimakbulkan tuhan. Seketika kemudian, mayat Hanif timbul dan berjaya ditemui," katanya. Tuminah menganggap kejadian itu adalah ketentuan Tuhan. Hanif timbul selepas hampir 24 jam di tempat dia hilang ketika mandi bersama tiga rakan baiknya termasuk seorang daripadanya, Ahmad Shukrie Eiman Romainor yang turut menjadi korban dalam tragedi hujung minggu itu. Kakak arwah, Hasnah Ahmad Apandi, 31 yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun berkata, beberapa hari sebelum tragedi, adik lelakinya itu menghubungi ibunya dan sempat bercakap dengan seorang lagi adik lelaki bongsu. Dalam perbualan itu, arwah sempat meminta maaf kerana dia akan bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah. "Saya tak sangka dia akan pergi begitu cepat. Saya redha dan mendoakan kesejahteraan rohnya," katanya. Jenazah pelajar semester dua diploma kejuruteraan automatif PSMZA itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Parit Sri Dalam, Senggerang Johor. Dalam kejadian di Pantai Teluk Bidara kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Muhammad Hanif Jainuri, 18 dan Ahmad Shukrie Eiman Romainor, 18, menjadi korban pantai selepas dibawa arus ombak ketika mandi bersama 11 lagi rakan sekolej. Seorang lagi mangsa, Muammar Farhan Beig Shamsuri, 18, terselamat selepas berhempas pulas mengheret Shukrie ke tepi, namun Hanif yang turut lemas bersamanya gagal diselamatkan berikutan arus ombak terlalu deras. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan