Kelab Greenboc |
- KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!
- Saman Lori Bawa Bantuan Banjir: JPJ Sedia Batal Saman, Nafi Bertindak Kejam
- Isu Mat Sabu Syiah: KDN Tiada Bukti, Hanya Bawa Cakap-cakap Orang
KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013! Posted: 12 Dec 2013 11:20 PM PST Bukti KDN Mat Sabu "Syiah" jadi bahan lawak media sosial Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. "KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini." KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni. Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu? "Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam. Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam. "Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri," tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi. "KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup 'political blunder' yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!". Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: "Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!" Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran. "Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…," tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais. "Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah." Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. "Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih. "Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI ULASAN GB Kementerian Dalam Negeri memang layak dinobatkan Juara Maharaja lawak Mega untuk menutup tirai tahun 2013. DB sudah ulas mengenai bukti yang dibawakan oleh KDn itu di SINI. Yang ini lagi jelas mengkagumi Syiah. Apakah KDN dan JAKIM diam saja? |
Saman Lori Bawa Bantuan Banjir: JPJ Sedia Batal Saman, Nafi Bertindak Kejam Posted: 12 Dec 2013 08:10 PM PST JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir TUMPAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir. "Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat pada Khamis. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah. Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan. Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih. Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen motosikal. Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis. "Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya. MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal. -BERNAMA ULASAN GB Pertama GB ucapkan syabas kepada Ketua Pengarah JPJ yang memberi respons yang cepat terhadap isu ini. Sekalipun beliau menafikan pegawainya bertindak kejam dengan alasan pegawai penguatkuasanya tidak dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir, namun saya merasakan menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa berkenaan untuk "bertanya" jika benar beliau tidak dimaklumkan, bukan terus sahaja mengeluarkan saman. Apabila saman dikeluarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu, maka di situlah ungkapan "kejam" tersebut timbul. Tidak salah untuk bertanya, pegawai penguatkuasa bukannya "robot" yang bertindak tanpa budibicara. Apa-apa pun rakyat mengalu-alukan keputusan Ketua Pengarah JPJ untuk mengambil langkah membatalkan saman tersebut. Kedua, dengan pengakuan Ketua Pengarah JPJ tentang tindakan pegawai penguatkuasa berkenaan mengeluarkan saman, ia sekaligus memadam dan menafikan dakwaan macai-macai UMNO kononnya isu ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata. Macai-macai UMNO yang tidak tahu asal-usul kes tiba-tiba boleh mendakwa isu ini sebagai rekaan. klik untuk baca |
Isu Mat Sabu Syiah: KDN Tiada Bukti, Hanya Bawa Cakap-cakap Orang Posted: 12 Dec 2013 04:01 PM PST KDN: Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. "Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. "Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini. Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini. Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah". Abdul Rahim berkata, Mohamad ketika mengulas perutusan sempena Hari Natal 2008 telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan meraih sokongan politik dan agenda perpaduan seperti mana diterbitkan Harakah pada Disember 2008. Katanya, Timbalan Presiden Jati Datuk Aidit Ghazali dalam satu wawancara menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan Timbalan Presiden PAS itu gagal menafikan kaitannya dengan ajaran itu. "Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali. "Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. Kunjungan dilakukan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana," katanya. Abdul Rahim berkata lagi, Mohamad beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak. Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, beliau berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom. "Dalam satu temubual bersama Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, beliau menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan penganut Syiah pada satu ceramah PAS di Arau pada 2005. "Tuan Guru Abd Rahim dari Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu seorang penganut Syiah kerana pemimpin itu beberapa kali pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper yang sinonim dengan penganut Syiah," katanya. Mohamad Radzi berkata KDN, polis serta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan terus bekerjasama membendung gerakan Syiah di Malaysia. Katanya, KDN bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara manakala Jakim bersama jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya. -TMI
ULASAN GB Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya? Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah. Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu. Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti? Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah. Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah? Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya? Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti. Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan