Jumaat, 20 Disember 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


Saya dengar keluhan rakyat, kata Najib

Posted: 20 Dec 2013 05:43 PM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.

"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.

Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernama, 20 Disember, 2013.

Pasangan Kontroversial Alvin, Vivian Gagal Tangguh Perbicaraan

Posted: 20 Dec 2013 12:03 AM PST

Mahkamah tolak permohonan Alvin, Vivian

KUALA LUMPUR - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini gagal dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi di sini untuk menangguhkan perbicaraan kes mereka di Mahkamah Sesyen berhubung tiga dakwaan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
   
Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
   
Kamardin dalam penghakimannya berkata tiada merit dalam permohonan itu selain alasan yang dikemukakan kedua-dua pemohon tidak mencukupi bagi membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan prosiding itu.
   
Beliau berkata, alasan kedua-dua pemohon bahawa sekiranya mahkamah membenarkan perbicaraan diteruskan tanpa menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan akan memprejudiskan mereka, adalah tidak berasas.
   
"Dengan itu permohonan mereka ditolak dan perbicaraan di Mahkamah Sesyen akan diteruskan," katanya.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
   
Pada 21 November lepas, Kamardin menolak permohonan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
   
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.
   
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
   
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Terdahulu Chong dalam hujahannya berkata sekiranya mahkamah membenarkan perbicaraan itu diteruskan tanpa menunggu keputusan rayuan, dilihat akan memprejudiskan kedua-dua anak guamnya sekiranya keputusan perbicaraan di Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada mereka.
   
Wan Shaharuddin pula berhujah tiada keadaan khas yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan perbicaraan itu dan jika permohanan kedua-dua pemohon dibenarkan, maka ia akan memprejudiskan pihak pendakwaan kerana tarikh bicara ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 8 Januari depan.
   
"Permohonan itu dibuat hanya untuk melengah-lengahkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen," katanya.  - Bernama

Fwd: Rafizi Pohon Semak Akaun Peguam Negara

Posted: 19 Dec 2013 09:18 PM PST

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gambar fail.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menghantar surat permohonan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam untuk mendapatkan kebenaran menyemak akaun milik peguam kontroversi tersebut.

Gani berdepan tuduhan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat dalam rasuah ketika mengendalikan kes tuntutan erhadap pemilikan Pulau Batu Putih dengan Singapura.

"Untuk memastikan proses semakan ini benar-benar telus, saya menghargai keterbukaan Tan Sri untuk memberikan surat kebenaran menyemak semua akaun," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.

Dalam surat yang dihantar tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu menuntut lima perkara dan antaranya ialah memberikan maklumat pengenalan Gani dan semua ahli keluarga terdekat iaitu isteri, anak-anak dan menantu.

Gani juga digesa memberikan kebenaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara dan pihak berkuasa Hong Kong bertujuan menyemak maklumat perbankan.

"Maklumat perbankan yang diperlukan adalah baki setiap tahun bagi setiap bulan bermula Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih," katanya dalam surat tersebut.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan ke Hong Kong selepas tahun baru 2014.

"Saya akan ke Hong Kong selepas tahun baru nanti, iaitu Januari.

"Tanpa atau dengan kebenaran daripada Gani," kata Rafizi. - 20 Disember 2013.


Tiada ulasan: