edyesdotcom |
Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir di Rantau Panjang, Kelantan Posted: 08 Dec 2013 03:05 AM PST Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir di Rantau Panjang, Kelantan 7 December 2013 Hari ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di kawasan Rantau Panjang, Kelantan. Turut hadir untuk misi ini ialah Yb ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan Yb Siti Zailah Mohd Yusuf Misi kali ini juga di sertai oleh beberapa NGO lain termasuk Pemuda Pas Bachok dan unit Amal Bachok, AMK Kelantan, Doktor Papisma, NGO R, dan Ambang 13. 9 buah kenderaan telah berkonvoi ke Rantau Panjang dengan membawa bantuan bekalan makanan untuk di bahagikan kepada mangsa banjir. Misi pada kali ini mendapat sumbangan dari pihak NGO dan orang ramai. Berikut merupakan kronologi Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir Di Rantau Panjang, Kelantan. 12.00 tengahari : Semua NGO yang terlibat berkumpul di hadapan petronas Wakaf Che yeh sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Sebanyak 9 buah kenderaan berkonvoi menyertai misi bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang. 2.00 petang : Selepas solat zohor berjemaah kami meneruskan perjalanan dan singgah di salah sebuah pusat pemindahan mangsa banjir di SK Gual Tinggi. Seramai 550 orang mangsa di tempatkan di sini. Menurut salah seorang mangsa yang tinggal di Jalan Sekolah Cina, rumahnya dinaiki air sehingga paras dada. 3.00 petang : Misi kami meneruskan perjalanan ke kawasan lain yang juga mengalami masalah banjir. Destinasi kami adalah Kg Banggol Kulim. Walaupun paras air telah surut sedikit tetapi penduduk di sini masih memerlukan bantuan bekalan makanan kerana ada di antara mereka yang masih sukar untuk keluar mendapatkan bekalan makanan. 5.00 petang : Misi selesai apabila barang telah diagihkan kepada mangsa yang memerlukan. Semua NGO memulakan perjalanan pulang dan bersurai. Misi pada kali ini merupakan misi bantuan banjir sepertimana yang dilakukan oleh SAMM Pahang, SAMM Terengganu dan lain2. InsyaAllah misi seperti ini akan menyusul di atas inisiatif dan sumbangan dari orang ramai. SAMM Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO yang turut terlibat pada misi kali ini dan kepada orang awam yang memberikan sumbangan. Bagi yang ingin memberikan sumbangan sila salurkan sumbangan anda kepada akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908). Nadia Syazneen Pengarah Propaganda SAMM Kelantan Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan