Jumaat, 6 Disember 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Malang Wanita Lahir Anak Kedua di China

Posted: 06 Dec 2013 12:45 AM PST


[HM] Beijing: Seorang pekerja gudang di China Liu Fei didenda 330,000 yuan (RM174,777) atau 14 kali gaji tahunannya kerana melahirkan anak kedua.

Mahkamah juga mungkin menghalang kerajaan daripada memberikan hak asasi kepada anak Liu termasuk persekolahan dan faedah penjagaan kesihatan jika wanita terbabit gagal membayar denda berkenaan. Keadaan terdesak itu mendorong Liu, 41, menawarkan buah pinggangnya untuk dijual sebagai langkah mengumpul wang. Bagaimanapun Liu gagal.

Anak lelaki Liu kemudian merayu supaya ada mana-mana pihak yang sanggup membeli buah pinggangnya. Dilema dihadapi keluarga terbabit menyebabkan polis disaman atas alasan pihak berkuasa menafikan hak budak berkenaan didaftarkan atas faktor dasar anak tunggal diamalkan China. Kes itu akan dibicarakan di mahkamah Beijing hari ini.

Dokumen mahkamah menyatakan Liu tidak mampu membayar denda dikenakan ke atasnya.

Pada 2011, pegawai perancangan keluarga di Beijing memberitahu Liu yang dia tidak boleh mendapatkan "hukou" - istilah merujuk kepada hak mendaftarkan anaknya - jika tidak membayar denda berkenaan.

"Saya tidak tahu saya akan didenda sebanyak itu. Jika saya tahu, tidak mungkin saya melahirkan anak kedua," katanya. Kes Liu mengetengahkan situasi membebankan polisi perancangan keluarga di China. Dianggarkan kira-kira 13 juta kanak-kanak di China tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, ketua Biro Statistik Kebangsaan, Ma Jiantang berkata, pihak berkuasa menafikan hak pendaftaran kebanyakan kanak-kanak seumpamanya pada 2011 kerana keluarga mereka tidak mampu membayar denda polisi perancangan keluarga. - Reuters - 6/12/13


Mandela Meninggal Dunia

Posted: 05 Dec 2013 04:38 PM PST


[SH] JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95.

Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

"Pengasas demokrasi negara kita, telah pergi secara aman.

"Negara kita telah kehilangan seorang insan yang sangat berharga.

Rakyat kita kehilangan seorang ayah," kata Zuma.

Mandela mula jatuh sakit Jun lalu dan sejak dimasukkan ke hospital, keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Media melaporkan, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. - 6/12/13


Tiada ulasan: