DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Genap 10 Tahun Pembunuhan Noritta Samsuddin, Siapa Pembunuhnya yang Sebenar?
- Pelajar IPTS Buang Bayi dari Bilik Air
- Mahkamah Gugur Rayuan: ‘Anak saya mati macam anak kucing…” - Ibu Aminulrashid
- Tian Chua Dedah Syarikat Longgok Sampah di bahu Jalan MRR2
- Ubah MAYAT Anak Jadi BERLIAN
- Antara Rompakan Paling Bodoh di Dubai...
- Doktor ‘Autograf’ Hati Pesakit
- Gadis Mahu Jadi Orang Bunian
- Pencipta AK-47 Meninggal Dunia
- Padah ONANI Ketika Berkomunikasi Guna Skype
- Mat Bangla Sudah Jadi Perogol dan Penyamun di Malaysia...
- Rumah Tangga Obama Goyah Kerana PM Denmark?
- Jururawat KANTOI Khalwat dengan Suami Orang
- Dalam Nak Melamar Gadis Pujaan Selepas 3 Hari Bercinta, Akhirnya...
[Gambar] Genap 10 Tahun Pembunuhan Noritta Samsuddin, Siapa Pembunuhnya yang Sebenar? Posted: 25 Dec 2013 06:00 AM PST [MyNewsHub] TAHUN ini genap 10 tahun pembunuhan Allahyarham Noritta Samsuddin. Kes Noritta menjadi berita hangat pada tahun 2003 apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel dan kematiannya disahkan berpunca akibat lemas setelah mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka. Selain itu, kedua-dua tangannya terikat ke belakang dengan coli hitam begitu juga kedua-dua belah kakinya turut diikat dengan wayar elektrik hitam, segumpal tisu basah mengandungi air mani turut dijumpai dalam bakul sampah di biliknya. Setelah melalui pelbagai proses perbicaraan yang mengambil masa lima tahun lamanya, tertuduh kes itu, Hanif Basree Abdul Rahman dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pegawai eksekutif pembangunan perniagaan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Panel lima hakim terdiri Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Ab.Rahman, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif. Hanif dituduh membunuh Noritta, 22, di No D71, Kondominium Puncak Prima Galleria di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Dis, 2003. Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif tanpa dipanggil membela diri dan Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan pembebasan itu pada 2005. Zaki, semasa membacakan penghakiman itu berkata kehadiran seorang lelaki dengan bau badan yang busuk dalam apartmen Noritta dan juga DNA seorang lelaki yang tidak dikenali yang dibuktikan secara saintifik yang ditemui pada tubuh Noritta merupakan bukti paling menjejaskan pendakwaan kerana bukti itu tidak disangkal. Beliau berkata DNA Hanif ditemui dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak yang dia bersalah tetapi tidak cukup untuk membuktikan kesalahannya. Zaki berkata: "Jika ada penjelasan yang munasabah kenapa DNA beliau ditemui dalam keadaan sedemikian, faedahnya perlu diberikan kepada beliau dan beliau perlu dibebaskan dan dilepaskan. "Penemuan profil DNA Hanif pada tubuh si mati tidak mencukupi untuk merumuskan yang beliau menyebabkan kematiannya. Mungkin terdapat terlalu banyak penjelasan kenapa DNA beliau ditemui pada tubuhnya. "Perlu ingat akan hubungan intim tertuduh dengan si mati, penjelasan tidak bersalah boleh diberikan kepada penemuan itu. Tertuduh tidak didakwa mempunyai hubungan intim dengan si mati," kata Zaki yang mengambil masa 45 minit untuk membacakan penghakiman itu. Beliau berkata tiada sekelumitpun bukti untuk menyokong cadangan pihak pendakwaan bahawa Hanif adalah lelaki yang mempunyai bau badan busuk yang badannya mungkin telah mengeluarkan bau itu selepas mengadakan hubungan seks dengan Noritta dan berusaha keras mengikat tangan dan kaki wanita itu. Pihak pendakwaan juga tidak cuba mencabar keterangan rakan sebilik Noritta, Azura Abdul Hamid yang berkata Hanif tidak mempunyai bau badan busuk, katanya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai, 2004, memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan Hanif adalah orang terakhir yang mengadakan hubungan seks dengan Noritta kerana dua lelaki misteri turut terlibat. Mahkamah Rayuan dalam keputusannya pada 29 Jan, 2005, memutuskan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa kematian Noritta disebabkan oleh Hanif. Perbicaraan itu yang berlangsung selama 29 hari dan mendapat publisiti meluas, diberitahu bahawa Noritta ditemui dalam keadaan tertiarap, mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka manakala tangan dan kakinya diikat, di atas katil dalam bilik tidurnya. Dalam penghakiman setebal 21 muka surat yang turut dipersetujui empat lagi hakim, Zaki berkata mahkamah mendapati hakim yang mendengar perbicaraan itu membuat keputusan betul dalam meneliti keterangan apabila mengguna pakai prinsip keterangan mengikut keadaan dalam menilai kes itu, kerana terdapat kemungkinan yang munasabah bagi kewujudan orang lain yang melakukan kesalahan itu. "Bagi alasan yang dibincangkan di atas, pihak pendakwaan tidak melaksanakan tugas dengan baik untuk membuktikan kes ini. Hakim yang bijaksana adalah betul dalam memutuskan untuk tidak memanggil pembelaan diri pada akhir kes pendakwaan dan melepaskan dan membebaskan tertuduh pada peringkat itu," katanya. Zaki berkata selepas membaca nota keterangan secara terperinci, mahkamah berpandangan bahawa hakim yang mendengar perbicaraan itu telah membuat keputusan betul apabila menolak keterangan dua pengawal keselamatan di kondominium itu bahawa mereka ternampak Hanif dan Noritta pada awal pagi hari kejadian. "Tidak ada apa-apa untuk menyokong cadangan bahawa hakim yang mendengar perbicaraan telah terkhilaf semasa menolak keterangan saksi berkenaan," katanya. Zaki juga berkata penemuan DNA telah benar-benar membawa pembaharuan dalam penyiasatan jenayah yang digunakan untuk membantu mendapatkan sabitan bagi yang bersalah dan pembebasan bagi yang tidak bersalah. Dalam kes ini, DNA "lelaki tidak dikenali" amat berguna untuk menentukan bahawa DNA itu milik lelaki berkenaan. "Malangnya identiti dan juga DNA orang itu tidak diketahui. Mungkin di masa depan akan terdapat daftar profil DNA sepertimana cap jari yang kita ada sekarang yang akan dapat membantu polis mengesan pemiliknya. "Pakar DNA hanya boleh menyatakan sama ada DNA itu milik atau bukan milik orang yang dikenal pasti. DNA yang ditemui tanpa suspek tidak dapat digunakan," katanya. Hanya apabila orang berkenaan dikenal pasti dan DNA sepadan dengan orang yang dikenal pasti itu, ia dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu jenayah, katanya. "Malahan, namun begitu pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa DNA suspek(bersamasama dengan sebarang keterangan lain) hanya memberikan satu rumusan sahaja, iaitu kesalahan itu dilakukan oleh suspek. Dalam kes ini, Zaki berkata kes pendakwaan terjejas oleh kewujudan DNA milik lelaki tidak dikenali kerana beberapa inferens boleh dibuat daripada penemuan bukti seumpama itu pada tubuh Noritta. SEMENTARA itu, Hanif Basree sewaktu diminta mengulas mengenai pembebasannya tidak lama dulu pernah berkata; "Walaupun saya bebas, namun saya sendiri ingin tahu siapakah pembunuh sebenar Noritta." Terdapat satu fakta menarik dalam kes ini apabila terdapat cakap-cakap kononnya terdapat penglibatan orang kenamaan dalam kes pembunuhan Noritta. Mungkin penjelasan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdull Hamid Embong pada 1 Julai 2004 boleh memberi jawapan pada persoalan itu. " Saya menolak cadangan yang tidak berasas pihak pembela yang kemungkinan pihak pendakwaan tidak melengkapi siasatan dalam kes ini kerana ingin melindungi seseorang orang kenamaan yang terlibat dalam jenayah ini. " Hujah-hujah yang tidak berlandaskan fakta kes seharusnya ditolak oleh mahkamah ini," tegasnya. Dan tahun ini genaplah 10 tahun kes pembunuhan Noritta berlalu. Kita masih tertanya-tanya…siapakah pembunuhnya yang sebenar. Yang pasti, di dunia dia mungkin terlepas, tetapi tidak di akhirat sana. Al-Fatihah untuk Allahyarham Noritta Samsuddin. * Kisah pengalaman wartawan yang pernah melihat jenazah Noritta boleh diikuti DI SINI. Imbasan kes ini boleh juga dibaca di sini. P/s: Lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat. | ||
Pelajar IPTS Buang Bayi dari Bilik Air Posted: 25 Dec 2013 05:11 AM PST [Bernama] Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Masjid Tanah di sini bertindak membuang bayi yang dilahirkannya awal hari ini ke luar tandas bagi mengelak dikesan ahli keluarganya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di sini, kira-kira 1.00 pagi. Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan. "Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam. Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan. Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan. Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan," katanya. - 25 Disember, 2013. | ||
Mahkamah Gugur Rayuan: ‘Anak saya mati macam anak kucing…” - Ibu Aminulrashid Posted: 25 Dec 2013 05:00 AM PST [Selangorku] PETALING JAYA 23 DIS: Kejadian malang menimpa Aminulrashid Amzah masih segar dalam ingatan ibunya, Norsiah Mohamad yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan menggugurkan kes melibatkan arwah anaknya. Katanya, keputusan mahkamah didakwa tidak adil dan berat sebelah kerana keadilan tidak berpihak kepada keluarganya yang menuntut pembelaan di atas kematian Aminulrashid apabila ditembak polis dalam satu kejadian awal pagi 24 April 2010 lalu. "Nampak sangat berat sebelah, tak ada keadilan langsung, macam-macam tohmahan untuk anak saya, dalam internet macam-macam tohmahan untuk saya, saya tak kacau orang, sedangkan anak saya ditembak macam banduan besar, macam penjenayah besar, sedangkan umur anak saya 14 tahun. "Bukan satu peluru, tapi 21 peluru dan mahkamah boleh katakan ia dilakukan tanpa niat," katanya dalam sidang media di pejabat Lawyers of Liberty (LFL) di 8 Avenue, Petaling Jaya, di sini hari ini. Beliau turut ditemani ahli keluarganya serta Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran serta peguam PKR, Latheefa Koya. Dalam kejadian awal pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam itu, Aminulrashid meninggal dunia akibat luka tembakan dikepalanya selepas ditembak berpuluh das tembakan oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal. Susulan itu, keluarga Aminulrashid memfailkan saman sebanyak RM50 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 April lalu kepada Kerajaan Pusat dan polis bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu. Norsiah berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab termasuk Kerajaan Pusat serta polis tidak tampil untuk memohon maaf terhadap insiden yang menimpa keluarganya itu. "Tak ada pun minta maaf dengan saya, kalau malu nak jumpa saya pun, telefon, saya hormat polis yang ada etika, ada wawasan, tapi saya tak hormat polis macam itu," kata Norsiah. Dalam pada itu, N.Surendran, berkata biarpun Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan, Peguam Negara (AG) boleh menggunakan kuasa untuk memfailkan usul mengkaji semula keputusan diputuskan mahkamah kerana ia melibatkan kepentingan awam. Katanya, kes berkenaan ditangani secara tidak serius dan lebih kepada menutup kelemahan dan kesilapan yang dilakukan polis ketika insiden itu berlaku. "Sudah lebih tiga tahun, namun tiada siapa yang dijatuhkan hukuman di atas apa yang berlaku," katanya yang juga Naib Presiden PKR itu. Dakwanya, polis tidak bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerana boleh menembak kenderaan suspek sewenang-wenangnya tanpa usul periksa. "30 peluru digunakan untuk memberhentikan kenderaan?, Awak tak boleh tembak untuk memberhentikan kenderaan, awak tak boleh tembak jika tiada ancaman, ia terkandung dalam (SOP) polis," kata Surendran. - 23/12/13 | ||
Tian Chua Dedah Syarikat Longgok Sampah di bahu Jalan MRR2 Posted: 25 Dec 2013 04:42 AM PST Longgokan Sampah MRR2 Perbuatan Sabotaj – Tian Chua [Selangorku] KUALA LUMPUR 25 DIS: Longgokan sampah di bahu jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 21 Disember lalu dipercayai sabotaj syarikat pengurusan sampah, Alam Flora, kata Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, ia bertujuan mengambil alih tender pengurusan sisa pepejal bernilai RM80 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Umpan Jaya sebelum ini. "Saya ada menyimpan bukti dan saksi daripada orang awam, bahawa kerja-kerja longgokan sampah di tepi lebuh raya dilakukan oleh Alam Flora. "Lori yang digunakan pada pagi 21 Disember lalu milik Alam Flora," katanya dipetik Keadilan Daily. Pada 21 Disember lalu, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok sepanjang bahu jalan MRR2 menyebabkan kesesakan teruk dan penduduk serta pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau busuk sepanjang jalan itu. Kata Tian, sampah dilonggok di tepi MRR2 berhampiran pusat pengumpulan milik Umpan Jaya supaya orang ramai beranggapan Umpan Jaya yang bertanggungjawab. "Umpan Jaya mendapat bayaran DBKL sebanyak RM80 juta untuk kontrak selama tiga tahun. Kontraknya tamat pada Januari 2014. "Jadi DBKL menerima tekanan orang awam akibat kelemahan pengurusan sampah oleh Umpan Jaya. Pada masa sama, terdesak untuk menggantikan syarikat itu. "Berkemungkinan DBKL akan beri terus (kontrak) kepada Alam Flora untuk teruskan kerja pengumpulan yang dilakukan Umpan Jaya sebelum ini," katanya dan menyatakan kontrak pengurusan sampah kepada Umpan Jaya dibuat tanpa proses tender terbuka. "Saya gesa DBKL amalkan sistem tender. Jangan terkesan dengan krisis ini demi profesionalisme DBKL sendiri," katanya. - 25/12/13 | ||
Posted: 25 Dec 2013 04:00 AM PST
[HM] Geneva: Sekiranya anda tidak dapat melepaskan orang yang anda sayang, peluk saja mereka. Sebuah syarikat Switzerland dapat membantu anda untuk memastikan orang yang anda sayang itu terus berada bersama anda. Syarikat itu pakar dalam mengubah mayat menjadi berlian. Dalam kes terbaru, seorang lelaki berusia 15 tahun yang kematian anaknya yang masih muda kini boleh memeluknya, dalam bentuk berlian, lapor akhbar tempatan, The Local. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun terbunuh dalam satu kemalangan kereta, mayatnya dibakar supaya abunya boleh diubah menjadi berlian. Kes itu adalah pertama seumpamanya di Itali. "Berlian' itu dihasilkan dengan menapis karbon yang ditemui dalam abu mayat berkenaan sebelum dibakar menggunakan suhu yang sama panas dengan gunung berapi, bagi menghasilkan berlian tiruan. Kos untuk memproses itu ialah antara RM15,800 hingga RM59,000, bergantung kepada bentuk berlian yang dikehendaki. - Agensi - 25/12/13 | ||
Antara Rompakan Paling Bodoh di Dubai... Posted: 25 Dec 2013 02:00 AM PST
[HM] Dubai: Seorang lelaki mabuk masuk ke sebuah kedai runcit di Dubai petang semalam, menumbuk tuan kedai sebelum melarikan wang berjumlah 1,800 dirham (RM1,600) dan kad prabayar telefon bimbit bernilai 2,000 dirham (RM1,800). Sejam kemudian, dia kembali ke kedai sama, mengancam seorang pekerja dengan pisau sebelum ditangkap polis yang tiba untuk menyiasat rompakan pertama. "Ini rompakan paling bodoh tahun ini. Perompak itu merompak kedai yang sama, seolah-olah mahu menyerah diri kepada polis," lapor akhbar Alkhaleej. Menurut akhbar itu, perompak yang namanya tidak disiarkan itu kembali ke kedai yang dirompaknya sejam kemudian selepas mengetahui tuan kedai membuat laporan polis. Polis datang untuk menyiasat kes pertama menemui perompak itu di kedai berkenaan.- Agensi - 25/12/13 | ||
Doktor ‘Autograf’ Hati Pesakit Posted: 25 Dec 2013 01:30 AM PST [HM] London: Seorang pakar bedah di sebuah hospital di Birmingham digantung kerja selepas dakwaan mengatakan dia menurunkan tandatangannya di hati seorang pesakit. Dipercayai tanda tangan itu ditemui rakan sekerjanya ketika pembedahan rutin terhadap pesakit terbabit di Hospital Ratu Elizabeth. Pihak berkuasa kini bimbang kemungkinan beratus-ratus pesakit yang menjalani pembedahan transplan lain membabitkan pakar bedah itu berdepan nasib sama. seperti pesakit itu. Dakwaan itu mengatakan pakar bedah berpengalaman berkenaan menggunakan pancaran gas argon - bagi menutup pembuluh - untuk membuat tanda tangan itu. Pakar berkata, ia akan meninggalkan kesan terbakar di permukaan hati, tetapi tidak berbahaya. Joyce Robins dari pertubuhan Patient Concern berkata: "Kami bercakap mengenai pesakit bukan buku autograf."- AP -25/12/13 Berita lanjut di sini. | ||
Posted: 25 Dec 2013 12:30 AM PST [HM] Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti orang bunian. Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu. Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu. Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing. MELYNDA menjalani pembedahan selama dua jam untuk mendapatkan bentuk telinga seakan-akan elf. Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam. Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda. Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya. "Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi. "Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi," katanya. Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik. Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing. Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: "Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan. "Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang," katanya.- AFP - 25/12/13 | ||
Pencipta AK-47 Meninggal Dunia Posted: 24 Dec 2013 11:30 PM PST
[HM] Moscow: Pencipta raifal AK-47 Mikhail Kalashnikov meninggal dunia pada usia 94 tahun di kampung asalnya, Izhevsk berhampiran kawasan pergunungan Ural, semalam. Dia berusia 94 tahun. Jurucakap presiden wilayah Udmurtia ketika mengumumkan demikian menerusi televisyen tidak menjelaskan punca kematian. Bagaimanapun, pereka senjata yang meragut paling banyak nyawa berbanding raifal lain itu dipasang dengan pacemaker di sebuah hospital di Moscow Jun lalu dan menjalani rawatan di hospital di Izhevsk sejak 17 November. Presiden Vladimir Putin turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kematian Kalashnikov. Walaupun anak petani Siberia itu tidak pernah menamatkan persekolahan, dia berjaya mencipta satu daripada senjata terkenal Soviet Union yang turut menjadi produk paling banyak ditiru. Kalashnikov mencipta AK-47 sejurus selepas Perang Dunia Kedua. Angka '47' itu merujuk kepada tahun 1947 sementara 'A' pula bermaksud 'avtomat' atau raifal automatik dan 'K' bermakna Kalashnikov. Versi terbaru AK-47 masih menjadi senjata utama tentera dan polis Russia selepas lebih 60 tahun raifal asal itu digunakan dalam perkhidmatan tentera pada 1949. Pada majlis meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90, presiden ketika itu, Dmitry Medvedev menganugerahkannya dengan bintang kehormat tertinggi - Pingat Emas Wira Russia serta memujinya kerana menghasilkan jenama kebangsaan yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Russia. Bagaimanapun, Kalashnikov berkata, kebanggaannya terhadap rekaannya itu bercampur dengan kesedihan kerana melihat ia turut digunakan oleh penjenayah dan tentera kanak-kanak. - 25/12/13 | ||
Padah ONANI Ketika Berkomunikasi Guna Skype Posted: 24 Dec 2013 10:30 PM PST [HM] Kota Bharu: Akibat melakukan onani sambil menunjukkannya kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi panggilan video Skype, seorang pelajar lelaki sebuah kolej, di sini, menanggung malu apabila aksinya itu dimuat naik di YouTube peribadi wanita terbabit sebelum diugut menyerahkan wang sebanyak RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadamkan dan tidak disebarkan. Dalam kejadian yang bermula jam 8 malam pada Ahad lalu di rumah pelajar terbabit berusia 19 tahun di Kubang Kerian, di sini, mangsa yang ketakutan meminta bayaran itu dikurangkan sehingga RM4,000 dan wanita yang mengugutnya bersetuju sebelum memintanya memasukkan wang pendahuluan RM2,000 menerusi akaun sebuah bank. Bagaimanapun, mangsa meminta untuk membayar RM1,000 terlebih dulu dan berjanji melunaskan baki RM3,000 kemudian. Sumber berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum diminta bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, kelmarin. Katanya, sebelum kejadian, mangsa membuka Facebooknya dan melihat akaun Facebook seorang wanita menggunakan nama Nickaah Nayss' dan menjadi rakannya jam 8 malam, Ahad lalu. "Mereka berbual di Facebook sebelum wanita itu mempelawa mangsa berbual menggunakan panggilan video Skype pada jam 1.48 pagi keesokan harinya (kelmarin). Mangsa melakukan onani dan wanita itu meminta mangsa menunjukkan perbuatan berkenaan kepadanya. "Mangsa berbuat demikian, namun wanita itu hanya menunjukkan wajahnya yang kabur. Aksi itu berlangsung selama satu jam bermula jam 5 hingga 6 pagi," katanya. Menurutnya, wanita itu memaklumkan perbuatan mangsa dirakam dan dimuat naik ke dalam YouTube peribadinya sebelum mengugut mangsa menyerahkan wang RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan. Katanya, mangsa yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 dan wanita itu bersetuju sebelum meminta mangsa memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM2,000 menerusi akaun sebuah bank. "Mangsa minta jumlah wang pendahuluan itu dikurangkan kepada RM1,000 sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya dan diminta bapanya supaya membuat laporan polis," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. "Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan tidak senonoh sebaik mengenali rakan baru menerusi laman sosial kerana boleh terjerumus kepada penipuan," katanya. 25/12/13 | ||
Mat Bangla Sudah Jadi Perogol dan Penyamun di Malaysia... Posted: 24 Dec 2013 09:38 PM PST Rogol Dan Samun: Warga Bangladesh Dipenjara 20 Tahun, 16 Sebatan [Bernama] PETALING JAYA: Seorang pekerja restoran warga Bangladesh dihukum penjara 20 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol dan menyamun seorang wanita, dua bulan lepas. Hakim Rozina Ayob memerintahkan Buttu, 42, menjalani hukuman itu bermuladari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Okt lepas. Bagi kesalahan merogol, Buttu dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan manakala untuk pertuduhan menyamun, dia dihukum penjara sembilan tahun dan enam sebatan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak. Dalam penghakimannya, Rozina berkata beliau mengambil kira fakta bahawa ketika kejadian, mangsa hanya berada ditemani dua anak yang masih kecil. "Selain itu, tertuduh juga menggunakan senjata iaitu parang ketika kejadiandan mengacukannya ke perut mangsa," katanya. Buttu didakwa merogol wanita berusia 31 tahun itu di rumah mangsa pada 5.10 pagi 19 April tahun lepas mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia juga didakwa menyamun telefon bimbit milik mangsa bersenjatakan parang pada masa dan tempat sama. Terdahulu, Buttu, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan kerana mempunyai keluarga di Bangladesh. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang sedang tidur di dalam bilik bersama dua anaknya dikejutkan dengan kehadiran tertuduh di dalam rumahnya. Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa berdiam diri dan mengambil telefon milik wanita itu sebelum merogolnya di ruang tamu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din.-25/12/13 P/s: Ada desas-desus yang mendakwa kerajaan akan membawa masuk ratusan ribu pekerja Bangladesh pada tahun 2014. Angkutlah ramai-ramai.... | ||
Rumah Tangga Obama Goyah Kerana PM Denmark? Posted: 24 Dec 2013 08:15 PM PST Rumah Tangga Obama Bergolak [HM] Washington: Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri, Michelle Obama kembali berhembus. Tidak lama dulu tersebar berita kononnya Michelle pernah meminta cerai. Kini, berita yang kebenarannya masih diragukan, kembali dilapor media Amerika Syarikat. Laman web showbizspy kelmarin memetik laporan National Enquirer yang menyatakan Obama dan Michelle kini tidur di kamar berasingan. Michelle dikatakan begitu serius mahu bercerai dengan suaminya selepas berkahwin selama 21 tahun. Menurut sumber berkenaan, rumah tangga pasangan itu sudah lama goyang dan mereka hanya bertahan kerana anak serta karier politik Obama. "Tetapi Michelle sekarang begitu marah. Dia merasa dimalukan di depan dunia. Dia sudah menemui peguam dan memaklumkan kepada Obama mengenai kesediaannya untuk bercerai," lapor National Enquirer yang memetik sumber dari Rumah Putih. Sumber berkenaan memberitahu, Michelle bagaimanapun bersedia tinggal di Rumah Putih selagi Obama menjadi presiden dan tetap menjalani kehidupan masing-masing. Menurut National Enquirer, Michelle begitu berang selepas Obama bergambar dan bermesra dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt ketika menghadiri upacara berkaitan mendiang bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.- AFP -25/12/13 | ||
Jururawat KANTOI Khalwat dengan Suami Orang Posted: 24 Dec 2013 07:55 PM PST Pasangan yang ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam. [SH] PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu. Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu. Sarizana didapati bersalah di bawah Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan. Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat. Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik dan berbaju T telah membuka pintu rumah. Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan. Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur. Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu. Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram. Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya. Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut. Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan. - 25/12/13 | ||
Dalam Nak Melamar Gadis Pujaan Selepas 3 Hari Bercinta, Akhirnya... Posted: 24 Dec 2013 07:25 PM PST Kata si artis lelaki: Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat. Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan. Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini. Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sumber di sini. Cerita awal di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan