Jumaat, 20 Disember 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] SALUT terhadap Lelaki yang Memakai Kopiah dalam Gambar, Mengapa? Baca!

Posted: 20 Dec 2013 07:02 AM PST



ZELIMKHAN Zankarhanov (memakai kopiah) jaguh gusti lengan dunia yang berasal dari Russia ini sering melaungkan kalimah Allahuakbar setiap kali memenangi perlawanan gusti lengan.


Paling menarik, Zelimkhan cukup tidak selesa apabila berhadapan dengan wanita berpakaian seksi dan hal ini dapat dlihat sewaktu beliau menerima hadiah dalam satu pertandingan gusti lengan.

Percaya atau tidak, berdasarkan video di bawah ini, Zelimkhan menutup wajahnya dengan kopiah apabila wanita memakai bikini berjalan di depannya. 

Kuat sungguh imannya. Bagaimana dengan anda? – DCM

VIDEO: Juara Gusti Lengan Dunia TUTUP MUKA Bila Lalu Awek Seksi…http://mynewshub.my/wp-content/uploads/maxresdefault1-1024x576.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/maxresdefault1-150x150.jpgMyNewsHubKisah TeladanmySukanUtama
ZELIMKHAN Zankarhanov adalah jaguh gusti lengan dunia yang berasal dari Russia. Beliau yang beragama Islam sering menjadi perhatian dalam setiap pertandingan gusti lengan antarabangsa kerana tidak lupa menjerit AllahuAkbar (Allah Maha Besar) setiap kali mencapai kemenangan. Namun ada satu lagi perkara menarik mengenai Zelimkhan. Dia cukup tak selesa setiap kali bila tiba...
ZELIMKHAN Zankarhanov adalah jaguh gusti lengan dunia yang berasal dari Russia. Beliau yang beragama Islam sering menjadi perhatian dalam setiap pertandingan gusti lengan antarabangsa kerana tidak lupa menjerit AllahuAkbar (Allah Maha Besar) setiap kali mencapai kemenangan. Namun ada satu lagi perkara menarik mengenai Zelimkhan. Dia cukup tak selesa setiap kali bila tiba saja majlis penyampaian hadiah, terutama bila ada penglibatan wanita seksi dalam majlis tersebut. Percaya atau tidak, setiap kali ada wanita seksi yang bertindak sebagai penyampai hadiah lalu di depannya, Zelimkhan akan menutup wajanya dengan kopiah yang dipakainya, Masya Allah... Ternyata tubuh dan fizikal beliau memang kuat, tetapi imannya ternyata lebih hebat dan sasa daripada tubuh badannya itu! - Mynewshub.my

[PANAS] Kerajaan BN Jual & Pajak Harta Negara???

Posted: 20 Dec 2013 06:10 AM PST


'Kerajaan pajak harta negara untuk kurangkan defisit?'

[MK]  PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (bawah) berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah.

Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya. -20/12/13






Guru Besar Wanita dan Kekasihnya Dituduh Buat Rakaman Lucah

Posted: 20 Dec 2013 06:02 AM PST


Sekadar hiasan.

[AA] AYER KEROH: Seorang guru besar dan kekasihnya warga Pakistan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membuat filem lucah di sebuah rumah pada bulan lepas.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 tahun, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membuat filem lucah atau tingkah laku yang bertentangan dengan kesopanan awam dii sebuah rumah pangsapuri Bukit Beruang Utama pada pukul 8.30 pagi pada 16 November lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak meminta mahkamah mengenakan ikat jami RM3,000 ke atas Lizah tetapi membantah jaminan ke atas Muhamad Usman kerana beliau warga asing.

Lizah bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung enam anak dan suami yang sakit dan tidak bekerja.

Majistret Mohd. Firdaus Salleh kemudian membenarkan ikat jamin RM2,500 ke atas Lizah manakala Muhamad Usman dikenakan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melapor diri di balai
polis berhampian sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Januari tahun depan bagi tertuduh melantik peguam. -20/12/13





Kes Culik di Semporna: Pelancong Taiwan Berjaya Diselamatkan

Posted: 20 Dec 2013 05:58 AM PST


Sekadar hiasan.

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.

"Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.

"Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu)," kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.

Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air diPom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.

Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.

Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.

Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.

Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.

Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina.


Berkaitan:

Kronologi Pembunuhan Dan Penculikan Dua Warga Taiwan Di Pulau Pom Pom

[Bernama] KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.

15 Nov - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.

16 Nov - KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

17 Nov - Polis percaya An Wei Chang masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.

18 Nov - Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.

19 Nov - Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.

20 Nov - Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.

21 Nov - Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.

25 Nov - Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.

30 Nov - Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.

1 Dis - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.

2 Dis - Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.

20 Dis - KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City pada Sabtu. - 20/12/13



Wanita Didakwa Terbabit dengan Skandal Artis Diceraikan Suami Talak Satu

Posted: 20 Dec 2013 01:46 AM PST


Kes Skandal Adi Putra: Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu

[Mstar] PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 56, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra mendakwa telah menceraikan isterinya secara lisan dengan talak satu pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.

Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain untuk kebaikan mereka bersama.

"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis (semalam) pukul 4.30 pagi di kediaman kami.

"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.

Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.

"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.

"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.

"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - 20/12/13


Fahami GST: Berpuluh Cukai GST di Setiap Peringkat Penghasilan Produk

Posted: 19 Dec 2013 07:17 PM PST


Rafizi: Berpuluh Cukai GST di Setiap Peringkat Penghasilan Produk

[KD] PANDAN 19 DIS: Harga barang-harga keperluan harian tetap akan naik memandangkan kos pengeluaran barang tersebut dikenakan cukai GST (cukai barang dan perkhidmatan) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, antara contoh ialah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui berpuluh-puluh cukai GST di setiap peringkat.

"Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

"Peniaga tak boleh membuat 'tax return' kerana ia (beras) merupakan barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian," kata Rafizi.


"Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terlibat secara langsung dengan GST.

"Hakikatnya, walaupun barang-barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat 'Fahami GST, Tolak GST' di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.

Tambahnya lagi, syarat pematuhan (compliance) yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

"Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod yang berkaitan GST seperti invois, resit dikemaskini apabila diaudit oleh jabatan kastam

"Ini akan menambahkan kos," ujarnya. 

P/s: Ada yang mendakwa produk/barang akan menjadi murah dengan pelaksanaan GST. Bolehkah barang murah jika kos meningkat berlipat ganda?




Ustaz KDN Ajak Menteri Berdebat, Siapa Kalah...

Posted: 19 Dec 2013 04:32 PM PST


Ustaz KDN Ajak Shahidan Berdebat, Siapa Kalah Lepaskan Jawatan

[TMI] Datuk Seri Shahidan Kasim diajak berdebat dengan KDN berhubung isu Wahabi. Gambar fail.Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.

Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.

"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing.


"Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Shahidan menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap Syiah.

Katanya, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan kenyataan tersebut.

"Pegawai di KDN hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.

Zamihan berkata, Shahidan tidak layak untuk membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.

Katanya, tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran Wahabi.

"Mengapa beliau perlu bimbang dan melenting apabila disebut tentang Wahabi? Adakah beliau menyokong Wahabi? Mengapa perlu membela ajaran itu sedangkan di Malaysia kita mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini," katanya.

Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.

"Beliau sebut fahaman Syiah adalah salah tetapi siapakah antara individu menandatangani Amman Message mengiktiraf Syiah, bukankah beliau salah seorang daripadanya," katanya.

Pada 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itu sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.

"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan," katanya. - 20 Disember, 2013.

Respons Shahidan di sini.


Tiada ulasan: