DUNIACACAMARBA |
- Mat Zain Buat Laporan Polis terhadap Shafee, Dakwa Peguam Itu Berbohong
- [Video] Hantu Galah?
- [PANAS] Bukti Gred A Kaitkan Mat Sabu dengan Syiah TERBONGKAR
- Pengamal Ilmu Hitam Curi Kepala Mayat Anak Dara
- [Gambar] Gempar ‘Pontianak Kota Kemuning’
- Kematian Pelajar Tahfiz di Kok Lunas Tiada Unsur Jenayah
- Tambang Bas Sekolah Akan Naik 1 Januari 2014
- Respons Mat Sabu terhadap Gesaan KDN Agar Beliau Mengemukakan Bukti Bukan Penganut Syiah
- Sah, Tol NAIIIIIKKKKKK!!!!
Mat Zain Buat Laporan Polis terhadap Shafee, Dakwa Peguam Itu Berbohong Posted: 15 Dec 2013 07:30 AM PST [TMI] Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini. Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat. Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini. "Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7 Rpt:10437/13 bth.15.12.2013. "Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No: W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau. Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat II. Turut menjadi bahan bukti dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Mat Zain telah menyertakan sekali salinan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada Oktober 7, 2013 serta salinan Affidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff. Shafee pada 11 Disember lalu mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan pertuduhan kes Liwat II. Mat Zain bagaimanapun menyifatkan afidavit tersebut sebagai "sebakul sampah" dan turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar. Kontroversi tercetus selepas Mat Zain dalam pengakuan "statutory declaration" muka surat 31, mendakwa beliau bersama Ramli telah dibawa Shafee untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu bagi membincangkan tentang salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Bagaimanapun, menurut Shafee, ia hanya satu kunjungan ziarah sempena Hari Raya dan tidak ada sebarang agenda yang dibincangkan. Mat Zain juga mendakwa ketika pertemuan tersebutlah Shafee memintanya menyerahkan sebakul dokumen "pemalsuan bukti" kes mata lebam Anwar. Shafee juga menafikan terlibat dalam perjumpaan membincangkan salah laku Abdul Gani ataupun dalam isu Pulau Batu Puteh. Beliau juga menafikan tentang sejumlah dana yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong. Anwar, juga ketika ini, sedang memohon untuk melucutkan kelayakan Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis ini. – 15 Disember, 2013. | ||
Posted: 15 Dec 2013 06:30 AM PST
Video entiti yang didakwa sebagai HANTU GALAH beraksi seperti Spiderman di flat PPR Sri Semarak ini menjadi sensasi di laman facebook dan Youtube. Kejadian yang menjadi buah bulut pengguna internet ini dikatakan dirakam oleh salah seorang penduduk flat tersebut dan tersebar meluas di laman Facebook dan di Youtube sejak minggu lalu. Benar atau rekayasa? Tepuk dada tanya diri! | ||
[PANAS] Bukti Gred A Kaitkan Mat Sabu dengan Syiah TERBONGKAR Posted: 15 Dec 2013 04:50 AM PST KDN: 20 pengakuan saksi direkodkan jadi bukti 'gred A' Mat Sabu Syiah [TMI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) dengan fahaman Syiah. Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari, berkata mereka merupakan individu terdekat dan rapat dengan pemimpin yang dikenali sebagai Mat Sabu itu. "Ada yang 'sekapal' daripada sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa dia cakap, buat dan libatkan aktiviti berkaitan Syiah. ''Mereka juga pernah bersama dia ke Iran dan menghadiri mesyuarat kumpulan Syiah. Jadi, kalau orang yang dekat dengannya boleh mengemukakan bukti, bagaimana hendak nafi? ''Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana, sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen. Semua ada rekod dan bukti,'' katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini. Zamihan berkata, KDN juga memiliki bukti yang mengaitkan Mohamad menghadiri seminar berkaitan Syiah di Iran selain kekerapan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara. Beliau mendakwa, penglibatan Mohamad dengan Syiah bukannya perkara baharu tetapi dikatakan berlaku sejak era 1990-an. ''Ada gambar, tetapi tidak banyak termasuk video. ''Kementerian mengemukakan 10 maklumat secara fakta. Kalau fakta ini ditarafkan sebagai lemah, lawak atau tidak masuk akal, sila bawa fakta yang boleh nyahkan bukti-bukti kementerian itu. ''Sampai kini, tak mampu nyahkan bukti itu. Kita tidak akan dakwa kalau tiada fakta. Kita bukan bercirikan politik atau mahu aibkan individu berkenaan. Kita bercakap atas platform kebenaran,'' katanya. Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013. P/s: Mahu sambung gelak bukti Gred B? Bila nak dakwa penganut Syiah yang terang-terang mengaku Syiah dan ada pula yang dikaitkan dengan UMNO? | ||
Pengamal Ilmu Hitam Curi Kepala Mayat Anak Dara Posted: 15 Dec 2013 04:30 AM PST
[HM] Cilacap: Polis di daerah di Jawa Tengah ini semalam melancarkan siasatan terhadap perbuatan mencuri mayat yang berlaku dua kali dalam masa seminggu. Bercakap di tanah perkuburan Sabuk Janur, tempat mayat berkenaan dicuri, Ketua polis tempatan Andri Triaspoetra berkata, pihaknya hingga kini belum dapat memastikan motif perbuatan berkenaan. Menurut penduduk tempatan, antara mayat yang dicuri dari tanah perkuburan itu ialah milik Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Pemeriksaan yang dilakukan mendapati pencuri hanya mengambil kepala dan meninggalkan bahagian tubuh lain di dalam liang lahad. Turut ditemui berhampiran kubur Endah ialah cangkul kecil, kandang ayam, sarang burung, lilin berbentuk angka 2 dan 4 sesuai usia mayat, dan beberapa potongan tubuh mayat. Penduduk tempatan yakin kejadian mencuri mayat berkenaan ada kaitan dengan amalan ilmu hitam memandangkan Endah masih anak dara ketika meninggal dunia dan mati pada Jumaat Keliwon, yang mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, jatuh pada setiap malam Jumaat ketiga pada sesuatu bulan. Seorang bomoh dari Pasuruan, Jawa Timur, Mas Hari berkata, dia percaya si pencuri itu baru belajar ilmu hitam, termasuk mahu kaya cepat.- Agensi -15/12/13 | ||
[Gambar] Gempar ‘Pontianak Kota Kemuning’ Posted: 14 Dec 2013 06:30 PM PST
[HM] Shah Alam: Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat. Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk. Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan. Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan. Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan. "Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya. "Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang," katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu. Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan. "Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya. "Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat," katanya. -15/12/13 | ||
Kematian Pelajar Tahfiz di Kok Lunas Tiada Unsur Jenayah Posted: 14 Dec 2013 05:30 PM PST Kematian Tiada Unsur Jenayah [SH] KOTA BHARU – Hasil bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat seorang remaja lelaki ditemui tergantung dalam sebuah bilik air asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas Jumaat lalu, mendapati punca kematian tiada kaitan dengan unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang. Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh menyebabkan kematian. "Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM). "Pihak polis turut meminta orang ramai atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk dimaklumkan kepada polis dalam kadar segera dan identiti pemberi maklumat akan dirashsiakan," katanya kepada Sinar Harian. Azham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus dalam laman sosial yang mendakwa mangsa mungkin dibunuh kemudian digantung dalam bilik air ketika kejadian tersebut berlaku. Dalam pada itu, Azham turut meminta mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa. "Jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan," katanya. Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan misteri bau busuk dalam tandas sebuah sekolah dekat Kok Lanas terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang berkunci. -15/12/13 P/s: Tersebar di laman sosial dakwaan yang mengaitkan kematian pelajar ini dengan unsur jenayah. Dakwaan itu termasuklah kesan tikaman pada tubuh arwah yang dikatakan penyebab kematiannya. Kenyataan polis di atas menjawab dakwaan yang tersebar meluas di laman sosial. | ||
Tambang Bas Sekolah Akan Naik 1 Januari 2014 Posted: 14 Dec 2013 04:22 PM PST Tambang Bas Sekolah Naik 40% Mulai 1 Jan Jika SPAD Tidak Umum Kadar Baru [AA] MUAR: Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini. Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan mereka akan menanggung rugi. Pada 26 November lalu, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan memperhalusi permohonan tersebut kerana setiap keputusan yang akan diambil adalah melihat kepada kepentingan semua pihak. Syed Hamid berkata, tidak semudah itu untuk pihaknya meluluskan kenaikan tambang bas sekolah kerana jumlah yang diminta bukan kecil serta mungkin tidak dipersetujui pihak lain dan pengusaha bas sekolah sebelum ini mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD. Kata Syed Hamid lagi, mereka berani melakukan perkara tersebut kerana tahu perkhidmatan bas sekolah merupakan satu keperluan setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah dan keadaan itu membuatkannya tidak ada pilihan lain. Amali Munif berkata, PPPBSM dimaklumkan pihak SPAD bahawa permohonan sebelum ini masih dalam peringkat kajian dan sekiranya kadar 40 peratus itu tidak diluluskan berkemungkinan banyak pengusaha bas akan menghentikan operasinya. Selain masalah itu katanya, PPPBSM juga berdepan dengan syarat yang ditetapkan kerajaan supaya bas sekolah melebihi usia 30 tahun tidak dibenarkan lagi beroperasi atas faktor keselamatan. Beliau memberitahu, terdapat 3,000 bas di bawah PPPBSM sudah melebihi usia 30 tahun dan walapun dalam bajet 2013 kerajaan meluluskan skim penggantian bas sekolah SPAD melalui pemberian rebat RM10,000, tawaran itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Menurutnya, klasifisasi bas melebihi 30 tahun sudah tidak selamat digunakan agak kurang tepat kerana keadaan bas sekolah bergantung penggunaan, penyelenggaraan dan model kenderaan itu. - 15/12/13 | ||
Respons Mat Sabu terhadap Gesaan KDN Agar Beliau Mengemukakan Bukti Bukan Penganut Syiah Posted: 14 Dec 2013 04:13 PM PST Beban Pembuktian Ditangan KDN, Bukan Saya - Mat Sabu [Mstar] PETALING JAYA: Mohamad Sabu berkata terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuktikan beliau seorang pengikut kumpulan Syiah, berbanding dirinya yang perlu membuktikkan dia tidak bersalah. "Beban pembuktiaan di tangan mereka kerana merekalah yang menuduh saya. "Berdasarkan pengetahuan saya, begitulah cara undang-undang di Malaysia," kata Timbalan Presiden PAS kepada The Star Online dalam satu khidmat pesanan ringkas. Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan menggesa Mohamad tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. Pegawai Agama KDN, Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah. Khamis lepas, KDN mengemukakan 10 bukti yang mendakwa Mat Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman Syiah, yang dilabelkan sebagai ajaran sesat di Malaysia. Antara bukti yang dikemukakan ialah Mat Sabu didakwa menghadiri kelas agama anjuran dua pemimpin Syiah di Bukit Merah pada 2011 dan sering menyatakan rasa kagumnya terhadap pentadbiran pemimpin Syiah di Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini. Bukti berkenaan dikemukakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pemimpin 'nombor dua' PAS terlibat dengan ajaran syiah. Mat Sabu bagaimanapun telah menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. - 15/12/13 P/s: Sejak kes fitnah liwat, macam-macam lawak berlaku dalam sistem perundangan kita. | ||
Posted: 14 Dec 2013 03:37 PM PST Kenaikan Tol Terkandung dalam Perjanjian Konsesi - Abdul Wahid [Bernama] KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. "Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. "Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, hari ini. Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba. "Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya. Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya. Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. Terdapat 13 lebuh raya yang terbabit dalam semakan semula kadar tol itu. Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. - 15/12/13 P/s: Apa macam pengundi BN? Best? Yang kita tak faham bagaimana perjanjian konsensi lebuh raya ini dibuat? Mengapa perjanjian itu menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat? Walhal jumlah tol sepatutnya hanya untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan bukannya untuk mengumpul keuntungan berlipat kali ganda. Yang pasti orang yang terlibat dengan perjanjian konsensi ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tol, rakyat juga yang terpaksa mengeluarkan kos tol yang amat membebankan. Kerana pencacai, majoriti rakyat menderita. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan