DUNIACACAMARBA |
- Kemaluan Dipatuk Ular di Tandas
- Ketua Syiah Kedah Tidak Nampak Mat Sabu sebagai Pengikut Syiah
- Perlakuan Sumbang Mahram yang Mengejutkan Australia
- [Video] Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Mahu Buka Kes Semula, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf
- "Saya berniat baik pakai tudung" - Felixia Yeap
- Bapa Rogol Anak Kandung Dipenjara 15 Tahun, 10 Sebatan
- Syiah: KDN Minta Mat Sabu Tampil Kemuka Bukti, Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang-undang
Kemaluan Dipatuk Ular di Tandas Posted: 13 Dec 2013 10:00 PM PST [HM] Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam. Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular "hitam dan besar" menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya. Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam. "Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi. "Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan," katanya. Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru. Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang. Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi - 14/12/13 | ||
Ketua Syiah Kedah Tidak Nampak Mat Sabu sebagai Pengikut Syiah Posted: 13 Dec 2013 08:36 PM PST Saya tidak nampak Mat Sabu seorang Syiah, kata Ketua Syiah Kedah [TMI] Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah. "Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak. "Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN. Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah. "Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza. "Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi. Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini. Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut. Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini. Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak. Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. – 14 Disember 2013. | ||
Perlakuan Sumbang Mahram yang Mengejutkan Australia Posted: 13 Dec 2013 08:07 PM PST Empat Generasi Hidup Bergelumang Noda [HM] Sydney: Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang mahram yang menggemparkan negara itu. Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah. Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus. Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa generasi dari keluarga yang sama. Empat generasi - iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang - semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya. Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang mempunyai hubungan persaudaraan itu - lima daripada "saudara dekat" dan mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta. Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak. Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan. Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan seksual selama beberapa generasi di situ. Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk. Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air. - AP - 14/12/13 Lanjut baca di sini. | ||
Posted: 13 Dec 2013 07:17 PM PST
[Mstar] KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya. Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action'(NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan. "Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian. "Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya. Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat. Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual. Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah. Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu. Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami. Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil. "Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya. Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya. "Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. -14/12/13 Berkaitan: Kes Skandal Adi Putra Gugur [SH] PELAKON Adi Putra mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya mengklasifikasikan kes skandal membabitkan dirinya digugurkan. Ini bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor. "Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra yang ditemani peguamnya pada sidang media itu menegaskan kes itu sudah selesai dan meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal terbabit. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Dalam pada itu, wanita terbabit juga akan mengadakan sidang media pada hari ini pada jam 3 petang di Concorde Kuala Lumpur. -13/12/13 P/s: Selain didakwa saling bertukar mesej, si artis dan si isteri juga didakwa saling bertukar gambar lucah. ??? Tak tahu nak kata apa, baik kepada artis atau kepada pasangan suami isteri ini. | ||
"Saya berniat baik pakai tudung" - Felixia Yeap Posted: 13 Dec 2013 05:41 PM PST [TMI] Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti". Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu. "Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin. "Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi. Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi. Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab. Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi. Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu. Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu. Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah jambu. Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam. "Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya. "Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya. Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu. Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau. Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model. "Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap. Mengenai keputusan dan persepsi negatif terhadap pemakaian tudung oleh ke atas beliau, Yeap tidak menyalahkan peminat yang "keliru" dengan tindakannya. "Saya menyalahkan mereka. Mereka yang tidak mengenali saya, tidak membaca apa yang saya tulis, akan keliru. "Sesi penggambaran dan pentas permodelan masa lalu yang terpapar dalam Facebook dan blog saya, itu adalah pencapaian saya. "Saya mahu orang tahu, jika saya boleh berhenti menjadi seksi, tutup diri saya sendiri, menjadi orang yang lebih baik, seorang wanita dihormati, mengapa mereka tidak boleh memahami cerita dan moral di sebaliknya? Biarkan ia menjadi inspirasi kepada orang ramai," kata Yeap lagi. Beliau memberitahu dirinya lebih selesa dengan penampilan terbaru yang lebih sopan ini. "Orang tidak melihat anda kerana saiz payudara anda atau bentuk badan anda, sebaliknya, melihat anda kerana kepintaran dan peribadi anda. "Saya tidak menafikan saya menangis beberapa kali semasa bekerja di atas pentas peragaan baru-baru ini. Saya suka apabila menutup diri saya, jadi apabila saya terpaksa tunduk kepada tuntutan kerja yang memerlukan saya seksi, saya berasa diri dieksploitasi," katanya. Yeap menegaskan mempunyai niat baik dalam memakai tudung dan berada dalam sebuah negara yang berbilang kaum, beliau sedar sensitiviti agama dalam perkara ini. "Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik. "Saya akui bahawa saya seorang berfikiran bebas. Apa yang saya katakan adalah, jika seseorang sedang cuba untuk belajar sesuatu dan anda terus menolak mereka jauh, mereka akan melarikan diri. Mereka akan bertanya kenapa mereka ditolak daripada sesuatu yang mereka cuba untuk belajar," katanya. Beliau berkata jika agama boleh menunjukkan tentang keindahan hidup, orang ramai juga harus memahami tindakannya. "Orang tertarik kepada perkara-perkara yang indah. Begitu juga saya. Dan jika agama boleh menunjukkan kepada saya keindahan hidup, mengapa saya perlu menentang hanya kerana beberapa pihak rasis dan pelampau terkeliru dan cuba memutarbelitkan perkara ini? "Adakah mereka cukup jujur atau menganggap diri mereka lebih besar untuk menghakimi manusia lain? Lainlah kalau mereka itu tuhan. Tetapi berdasarkan tingkah laku mereka mengutuk, menghina dan berkelakuan sebegitu... saya tidak fikir begitu," katanya. Yeap berkata sedih melihat orang sebegini. Yeap berkata di sebalik semua kritikan, beliau gembira kerana dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai dan mengingatkan sesetengah pihak tentang agama mereka. Beliau juga menerima pandangan yang mengganggapnya pelik hanya kerana memakai tudung. "Jika orang ramai berasa pelik seorang bukan Islam memakai tudung, jadi biar sajalah," kata Yeap. Malah, Yeap berkata keluarganya juga banyak memberi sokongan kepada beliau dalam memakai tudung, memujinya bertambah cantik. Bagi persembahan pentas permodelan, Yeap berkata perlu memenuhi syarat yang telah dipersetujuinya sebelum memakai tudung sebelum ini. "Bulan ini akan menjadi tugasan terakhir saya. Saya perlu membuat beberapa penampilan untuk Playboy Bunny Antarabangsa. "Ramai yang gagal untuk memahami bahawa ini adalah satu komitmen kerja dan saya seorang model profesional. Saya perlu melaksanakan kerja saya dan walaupun saya mahu meninggalkan sesuatu, saya perlulah tinggalkannya dengan bangga." Gaya Felixia sebagai Playboy Bunny. Gambar fail.Mengenai azam Tahun Baru Cina, Yeap berkata akan lebih memilih dalam pentas peragaan kali ini. Ditanya sama ada beliau akan memakai tudung untuk selamanya, Yeap berkata sedang perlahan-lahan belajar menjadi seorang yang lebih baik. "Saya mahu menjadi seorang yang lebih baik, wanita yang lebih baik. Tahun 2014 akan menjadi permulaan sesuatu yang indah," kata Yeap. Yeap telah dipaparkan dalam majalah FHM tempatan dan luar negara diupah sebagai Playboy Bunny di sebuah kelab di Macau. Sebelum itu, beliau mengambil bahagian dalam rancangan realiti televisyen yang dikenali sebagai "I Wanna Be Model" dan disenaraikan antara peserta akhir semasa pusingan ketiga. Beliau juga merupakan naib juara untuk Miss World Malaysia Cina 2006 dan peserta akhir untuk Dewi Remaja Malaysia. – 14 Disember, 2013 P/s: Moga-moga terbuka hatinya untuk menerima Islam. | ||
Bapa Rogol Anak Kandung Dipenjara 15 Tahun, 10 Sebatan Posted: 13 Dec 2013 05:22 PM PST [Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang ejen pekerja asing Jumaat dipenjara 15 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini kerana merogol anak perempuannya yang berumur 12 tahun, enam tahun lepas. Hakim Chan Jit Li menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati lelaki berusia 53 tahun itu bersalah merogol anak perempuannya selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Chan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini. Mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohd Zulfiqri Zakaria, yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu. Tertuduh, yang berkemeja biru kelihatan tenang sepanjang prosiding itu, yang turut dihadiri anggota keluarganya. Dia dituduh merogol anak kandungnya yang kini berumur 19 tahun di sebuah rumah di Ampang Jaya di sini antara 2006 hingga Mac 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Ab Kadir memohon hukuman berat dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius selain mengambil kira faktor kepentingan awam. "Perbuatan tertuduh yang merogol anak kandungnya sendiri boleh diibaratkan sebagai 'haruan makan anak' kerana dia bukan sahaja merosakkan masa depan anaknya sendiri tetapi hubungan mangsa dengan anggota keluarga yang lain turut renggang disebabkan perkara itu," katanya. Ummi Aliza berkata mangsa terpaksa menanggung trauma dan kesan yang berpanjangan sepanjang hidupnya kerana tertuduh merogolnya sejak beliau berumur 12 tahun. Sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula tahun lepas. Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Chan memanggil mangsa untuk memberi pernyataan kesan terhadap mangsa secara tertutup di dalam mahkamah itu, yang mana menurut Ummi Aliza mangsa mengakui kejadian itu menjejaskan emosinya sehingga terpaksa menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka. -13/12/13 | ||
Syiah: KDN Minta Mat Sabu Tampil Kemuka Bukti, Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang-undang Posted: 13 Dec 2013 05:03 PM PST [Bernama] KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah. "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV di Wisma Bernama semalam. Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini. "Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod. "Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya. Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B. "KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya. Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini. "Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya. Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak. "Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya. Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'. Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini. Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - 14/12/13 Berkaitan: KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu [HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah. Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya. Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. "Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab. "Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan. Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia. "Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi. Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah. Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini. Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali. - 12/12/13 Respons Zahid: |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan