dollah yankee |
Posted: 07 Dec 2013 06:08 PM PST Kah..Kah..Kah.. Tun Mahathir 'rewind' semula idea dia ... dalam dewan yang sama, dalam suasana yang sama dan mungkin setengah dari perwakilan pun mungkin masih ada yang sama ... 10 tahun dulu ... berita tergempar Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengejutkan para pemimpin dan lebih 2000 perwakilan Umno di perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, sejam kemudian, Dr Mahathir bersetuju menarik keputusannya itu selepas dipujuk oleh para pemimpin majlis tertinggi, Umno, khususnya timbalan presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 10 tahun selepas itu ... KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa kelmarin. Dr. Mahathir berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Perwakilan Umno hari ini merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menerima saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai Penasihat Petronas.Dr Mahathir, ketika ditemui hari ini, berkata akan mempertimbangkan saranan Najib yang juga Presiden Umno untuk kekal sebagai penasihat kepada syarikat petroleum nasional berkenaan. dollah yankee - Tun kita memang pandai dalam bab bab nak 'test market'... Kah..Kah..Kah.. |
Dalam bank bunuh,dalam masjid pun mereka bunuh! Posted: 07 Dec 2013 02:42 AM PST Dua warga asing adalah diantara empat orang yang ditahan polis dalam kes pukul hingga mati anak seorang bekas MP yang curi duit dari tabung masjid. Nampak nya bukan saja kerja-kerja harian kita dah diambil olih orang asing ini tetapi AJK masjid juga sudah mereka kuasai. Olih itu kariyah warga tempatan yang berjemaah dimasjid yang berkenaan boleh lah sorok muka dalam kain bini mereka. Kah..Kah..Kah.. Ini lah Malaysia Ku... yang mencuri berjuta-juta, yang kapur berjuta-juta akan disanjung, yang rembat duit rakyat berjuta-juta ringgit akan dicium tangan dan kaki, (kalau boleh ko**k juga mau di hisap) manakala yang mencuri dua tiga puluh ringgit? sanggup dipukul hingga mati. Memang dia mencuri, itu pun bukan duit masjid tetapi duit derma dari orang ramai . Jalan paling baik ialah panggil polis dan biarkan mahkamah yang jatuhkan hukuman, tetapi kenapa biarkan empat orang ini termasuk dua warga asing yang tidak diketahui status mereka sama ada mereka pendatang halal atau haram membuat keputusan sesuka hati? Sekali lagi jemaah dari kariyah itu yang berjemaah dimasjid itu boleh masukan muka mereka dalam kain bini. Gurkah-gurkah politik di'port' akan menunggu untuk melihat apa keputusan pihak yang berkuasa dalam kes ini... warga asing pukul hingga mati budak warga tempatan? dan adakah Billal, Siak dan Tok Imam hanya tumpang tengok? Memang bangang dan bodoh sekali dua orang jemaah tempatan yang pukul budak ini. Memang patut akan ada orang yang mengatakan orang melayu islam di Malaysia akan dituduh bodoh. dollah yankee - Ini bukan manusia tapi syaitan!!! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan