Jumaat, 6 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ROS tidak patut campur urusan DAP – Anthony Loke

Posted: 06 Dec 2013 03:53 AM PST

pix for wawancara anthony loke DALAM


KUALA LUMPUR- Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak sepatutnya campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat parti itu.

Beliau mengulas dakwaan bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik semalam bahawa ROS dalam satu surat kepadanya menyatakan, Jawatankuasa Interim DAP Kedah tidak sah dan beliau masih memegang jawatan itu.

Pada 30 September lalu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP melantik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP negeri itu.

Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, beliau terkejut apabila ROS merasakan sesuai untuk mengeluarkan surat mencabar dan mempertikaikan CEC yang diundi dengan sah ketika Kongres Khas DAP 29 September lalu.

"Tambahan pula, tindakan ROS sangat tidak profesional kerana sehingga hari ini, kami belum menerima apa-apa surat berhubung hal itu (pemilihan semula).

"Saya sudah minta Pengerusi Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo untuk meneliti perkara itu dan jika perlu tindakan undang-undang akan diambil untuk mencabar keputusan ROS yang tidak mengikut undang-undang itu," katanya dalam satu kenyataan.

Guan Aik juga dilaporkan mendakwa CEC tidak memiliki kuasa untuk melantik jawatankuasa itu dan mengadakan mesyuarat cawangan sebagai melanggar perlembagaan parti.

Mengulas dakwaan itu, Anthony Loke menegaskan, pelantikan itu mengikut Fasa XIV Perlembagaan Parti.

"Seksyen 11 (Fasal itu) menyatakan, 'CEC mempunyai kuasa untuk membubarkan mana-mana Jawatankuasa Negeri jika berpuas hati ia memudaratkan kepentingan dan imej baik parti.

"Seksyen 12 menyatakan, 'Selepas pembubaran, CEC akan membentuk Jawatankuasa Interim dan melantik anggotanya secepat mungkin dalam masa enam bulan selepas pembubaran," katanya lagi.

Justeru itu, katanya lagi, tidak patut timbul keraguan berhubung perkara itu kerana pelantikan itu adalah mengikut bidang kuasa CEC.-Roketkini.com

Hentikanlah Gelak Ketawa, Zahid Hamidi Pula Janganlah Melawak Lagi

Posted: 06 Dec 2013 03:51 AM PST



shahbudindotcom


Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.

Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.

Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.

Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.

Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.

Di sebalik semua itu, biasanya akan diselitkan juga dengan lawak jenaka, gurau senda dan usik-mengusik kepada pemimpin tertentu. Sebagaimana biasa, tahun ini juga tidak terkecuali perkara yang sama turut berlaku. Dewan Merdeka sering kali bergema dengan hilai ketawa dan tepuk sorak apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu menyentap urat ketawa masing-masing.

Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan perhimpinan pasca pilihanraya dan pemilihan UMNO. Jadi tiada lagi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress dan ketegangan. Yang menang pilihanraya, yang dapat jawatan dan yang menang pemilihan UMNO, semuanya sedang bergembira sekarang manakala yang kalah dan kecundang pula, sebahagian besarnya sudah dapat menerima hakikat kekalahan itu.

Mereka juga turut bergembira dalam perhimpunan kali ini, walaupun mungkin tidak segembira pihak yang menang dan sedang dijulang.

Namun dalam semua perwakilan, pemerhati dan pembahas bergembira dalam perhimpunan UMNO kali ini, sewajarnya mereka mengingati insan lain yang sedang berduka dan tidak dapat bergembira kerana ditimpa musibah banjir ini. Pemidato yang berucap hendaklah mengurangkan cerita-cerita lucu dan lucah yang membangkitkan berderainya ketawa para perwakilan.

Oleh kerana memang mustahil untuk menunda perhimpunan yang sudah lama dirancang, maka tumpukanlah sepenuhnya perbasasan kepada isu-isu yang membina dan untuk kepentingan bersama. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk bergelak ketawa dan berlawak jenaka kerana adanya manusia lain yang sebangsa, seagama dan sewarganegara sedang bergelut dan berjuang untuk memastikan keselamatan anggota keluarga serta harta benda.

Pemerhati pula, dalam riang berjumpa kawan lama dan mencari kawan baru, ingatlah juga rakan-rakan yang sedang ditimpa banjir ini. Berpada-padalah dalam mahu ketawa dan bergembira.

Kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati daripada negeri-negeri yang sedang ditimpa banjir, kalau boleh kembalilah segera ke tempat masing-masing dan bersama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.

Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa. Jika semalam Najib terpaksa meninggalkan perhimpunan dan hari ini pula Muhyiddin berbuat demikian, janganlah di majlis penutup dan ucapan penggulungan petang esok, berlebih-lebih ketawa dan membuat lawak jenaka.

Tunjukkanlah simpati yang berterusan kepada mangsa banjir ini. Ketawa dan bergembira tentu saja boleh menyinggung perasaan mereka yang sedang bersedih meninggalkan rumah dan terpaksa tidur di pusat-pusat pemindahan.

Kalau dalam perhimpunan sebelum ini, pemimpin yang paling banyak membuat orang ketawa dan suka melawak ialah Zahid Hamidi yang baru saja menang Naib Presiden UMNO dua kali berturut-turut dengan undi terbanyak. Semua orang diusik dan dijadikannya bahan ketawa, dari perwakilan, pemerhati, orang hidup, orang mati, Shafie Apdal yang berketurunan Bajau Laut, Hishammuddin yang berketurunan Turki sehinggalah kepada Najib pun diusiknya.

Tetapi untuk tahun ini diharap Zahid tidak lagi membawa cerita-cerita lawak dan jenaka untuk menghiburkan warga UMNO yang mendengar ucapannya. Selain orangramai ingin melihat beliau bercakap tentang perkara-perkara yang penting dan tegas dalam pelbagai isu yang sedang berlaku berkaitan fungsi kementerian yang sedang diterajuinya, beliau juga seharusnya menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama memahami penderitaan dan kesusahan yang sedang ditanggung oleh puluhan ribu mangsa banjir ini.

Kalau ada cerita-cerita lawak yang sudah disiapkannya, simpanlah untuk tahun depan. Kalau ada juga niat untuk mengusik mana-mana pemimpin UMNO dalam ucapan penggulungannya, batalkan sajalah hasrat itu. Lagi pula seorang rakan status qounya dalam Naib Presiden, Hishammuddin sedang terlantar di hospital kerana baru saja menjalani pembedahan arterinya yang tersumbat.

Jadi, memang tidak sesuai untuk bergelak ketawa dan membuat lawak jenaka. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk berhari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Kaitkan Kerajaan Pulau Pinang dengan samseng, Guan Eng cadang saman NST

Posted: 06 Dec 2013 03:44 AM PST

lge mahkamah


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan akan menyaman media berbahasa Inggeris seliaan UMNO, News Straits Times (NST) kerana menyiarkan berita fitnah yang mengaitkan kerajaan negeri itu dengan sekumpulan samseng.

Beliau berkata, laporan NST Rabu lalu dengan tajuk 'Indian-interest group claims thugs interrupted meeting' yang mengaitkannya bersama Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy menghantar samseng untuk menghentikan  mesyuarat sebuah NGO sama sekali tidak benar dan berniat jahat.

"Laporan NST itu jelas menunjukkan perilaku dan sikap mereka yang tidak profesional, tidak beretika dan tidak bermoral.

"Saya sudah berunding dengan peguam dan oleh kerana laporan jelas merupakan satu fitnah, kami menggesa NST mengemukakan permohonan maaf secara terbuka setiap hari serta membayar ganti rugi.

"Bagaimana NST boleh menerbitkan sesuatu yang sudah diketahui palsu? Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sengaja menyebar pembohongan untuk mencemar reputasi kami," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Dalam laporan NST, jurucakap Warga Prihatin Masyarakat India, N Ganeson mendakwa sekumpulan samseng telah mengganggu mesyuarat mereka.

Menurut Ganeson, kumpulan samseng itu mengugut mencedera dan menghalang petisyen mengenai isu tempat pembakaran mayat di Batu Lanchang daripada dihantar kepada kerajaan negeri.

Menyelar kenyataan fitnah itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan kerajaan negeri tidak pernah menggunakan samseng dalam apa jua perkara.

"Kami tidak pernah dan tidak akan menggunakan samseng dalam apa saja perkara yang berbangkit.

"Kami meraikan kebebasan media tetapi kebebasan media NST adalah kebebasan untuk menyebar pembohongan. Ini tidak berlaku di negara barat, hanya di Malaysia media yang menyiarkan fitnah boleh hidup," ujarnya. -Roketkini.com

Siapa yang nak betulkan UMNO itu, takkan pimpinan sekarang?

Posted: 06 Dec 2013 03:34 AM PST

ASPAN ALIAS


UMNO sudah tidak tentu arah dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang meyakinkan. Sesebuah pertubuhan itu hanya berubah samada untuk kebaikan atau sebaliknya kerana sikap dan nilai mereka yang memimpinnya. Saya tidak bersetuju sesiapa yang mengatakan UMNO itu tidak baik. UMNO itulah yang telah membina negara selama ini bersama rakan-rakan kongsi dalam Perikatan dan BN.

Tetapi UMNO itu kian jatuh dan lemah kerana manusia yang memimpinnya. Manusia yang menjadi pemimpinnya sekarang sudah hilang segala pedoman bagaimana hendak melangsungkan perjuangan parti itu, maka kian hari parti itu di ketepikan dari pemikiran dan sokongan ramai.

Baju dan pakaian walaupun berharga murah tetapi jika si pemakainya mempunyai kedudukan dan dihormati, pakaian yang murah tadi akan nampak mahal dan berharga. Tetapi jika sipemakainya itu tidak baik dan tidak senonoh, pakaian yang mahal sekali pun akan nampak murah. Wanita yang langsing tubuhnya dan jinjang lehernya akan nampak anggun jika memakai pakaian yang tidak berapa mahal. Sebaliknya kepada wanita yang rendah, pakailah pakaian secantik dan mahal mana pun pakaian itu akan tetap nampak murah.

Begitu juga pertubuhan-pertubuhan termasuk parti politik akan dihormati jika pertubuhan itu dipimpin oleh manusia yang dihormati dan disanjung. Dulu-dulunya pemimpin setiap peringkat UMNO dihormati tetapi tidak lagi sekarang ini, kerana pemimpin-pemimpinnya tidak menjaga diri mereka dengan baik yang bersesuaian dengan kehendak niat dan matlamat pertubuhan itu.

Dulu pimpinan  UMNO sangat dihormati kerana manusia dan rakyat memahami nilai seseorang atau kumpulan pemimpin itu. Dulunya UMNO berjuang dan nampak hasilnya secara 'organic' dan menjadi contoh kepada banyak negara membangun yang lain tetapi sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai 'stigma' buruk seperti rasuah yang tidak boleh tanggal lagi selagi parti itu dipimpin oleh pemimpin yang berimejkan elemen negatif.

Keruntuhan nilai pemimpin kita diketahui masyarakat antarabangsa dan banyak individu yang menulis tentang pimpinan kita secara terbuka dikhalayak antarabangsa. Ini bukan isu dan masalah kecil buat negara. Tetapi kita masih lagi membiarkan isu negatif terhadap pimpinan kita seolah-olah itu adalah isu biasa yang tidak perlu diambil hal dan dipedulikan.

Sekarang UMNO sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki persepsi ramai terhadapnya dan menganggap PRU ke 14 sebagai pilihanraya yang lebih sengit dari pilihanraya umum yang baru lepas ini. Tetapi kita sendiri telah melihat bagaimana penampilan TS Muhyidin dan Najib dalam ucapan kedua-duanya setakat ini dalam perhimpunan sayap parti itu dengan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi.

Tiada apa yang lainnya dalam ucapan Najib dengan ucapan harian beliau di mana-mana. Ibarat pakaian apa yang Najib pakai hari ini hanya baju basahan yang dipakainya setiap hari di rumah. Tiada yang baru dan tiada yang menakjubkan selain dari tepukan dari perwakilan yang sememangnya dijemput ke Dewan Persidangan untuk bertepuk tangan dan mendengar jenaka mega tahunan selama empat hari itu.

Sememangnya tidak ada yang lain dari apa yang beliau sebutkan selalu. Ucapan itu hanya merupakan ucapan-ucapan yang dikumpul dan disusun semula untuk dijadikan satu ucapan perasmian Perhimpunan Agung itu.

Saya tidak dapat mendengar ucapan beliau sampai kepenghujung ucapan beliau kerana saya telah tertidur agak agak ucapan beliau sudah sampai ke70 peratus. Saya terkilan kerana tidak sempat hendak menyaksikan bagaimana perwakilan bangun dan memberikan tepukan gemuruh seperti yang berlaku sejak beberapa dekad dahulu.

Apa hasilnya dari ucapan Presiden UMNO itu pagi tadi? Saya pun tidak dapat untuk mengagaknya. Tetapi satu yang pasti, persepsi rakyat tentang sinonim rasuah dan pemimpin yang tidak boleh dipercayai tetap wujud. Seperti yang saya katakan selalu dahulu, pemimpin UMNO dan rasuah itu adalah seperti 'aur dengan tebing', saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.

Tidak ada tanda-tanda yang meyakinkan yang Presiden UMNO dan barisan pimpinan teratas itu telah sedar yang mereka tidak lagi dihormati kerana mereka sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat hebat.

Tidak tahulah jika perwakilan yang melebihi 5 ribu orang itu dapat mengingatkan pimpinan diatas pentas itu tentang betapa tidak berkeyakinan rakyat ramai yang mendengar ucapan Presiden itu.  Berikan cadangan untuk meminta barisan pimpinan itu berundur dan mengganti barisan pimpinan yang baru yang lebih meyakinkan rakyat ramai bukannya setakat meyakinkan ahli-ahli UMNO yang menjadi perwakilan sahaja.

Orang yang hendak melakukan perubahan dan membaik pulih keadaan mestilah dari orang atau barisan yang tidak terlibat memusnahkan perkara yang hendak dipulihkan itu. Bagaimana Najib dan keseluruhan pimpinan itu hendak memulihkan keadaan itu, sedangkan keadaan yang mesti dipulihkan itu ada lah hasil kerja mereka sendiri.

Jika mereka ditugaskan untuk membetulkan kembali kerosakkan itu, nescaya ia akan bertambah buruk lagi hasilnya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya dari Afrika berkata, "If you want to break anything give it to the African to do the job, and if you want to make it worst, again, give it to the African to fix it back".

UMNO sudah begitu sinonim dengan kerosakkan negara, walaupun parti itu pernah membina negara dengan begitu baik. Apa yang telah dibangunkan oleh pimpinan UMNO yang baik dahulu sudah dirosakkan oleh pimpinan hari ini. Pimpinan UMNO hari ini merupakan kumpulan yang sentiasa mengamalkan 'vandalism' terhadap negara.

Semua sistem bernegara telah ranap dan institusi demokrasi telah terlacur dan semua rakyat termasuk mereka yang memimpin sekarang sudah hilang segala hala tuju perjuangan dan tanggungjawab mereka. Rakyat menjadi mangsa mereka dan rakyat pula yang menanggung segala kemudharatan hasil dari perlakuan orang-orang yang memimpin UMNO itu.

Bagaimana kita harus percaya janji-janji mereka untuk melakukan transformasi terhadap politik dan negara itu? Kalau kita padankan dengan perbilangan untuk orang Afrika tadi, ia akan berbunyi seperti berikut, 'kalau hendak melihat kerosakkan, berikan kepada UMNO tanggungjawab itu, kalau hendak melihat kerosakkan yang lebih teruk lagi, berikan juga kepada UMNO untuk membetulkannya'.

Malaysia Perlukan (RM13.7 Bilion Akibat Perbelanjaan Boros + RM27 Bilion Pendapatan GST). Jika Tidak Malaysia Akan Bankrap!

Posted: 06 Dec 2013 03:00 AM PST

 

Malaysia Muflis 2014


Siapa sangka, Berita Semasa pun tidak sangka sebuah negara yang dipanggil Malaysia yang dilimpahkan nikmat dan hasil mahsul berupa petroleum, getah, kelapa sawit, balak yang bermutu tinggi, emas, padi, bijih timah, industri elektronik dan kepakaran tenaga sumber manusia yang ramai jika diuruskan dnegan baik. Akhirnya….

Akhirnya terpaksa juga berdepan dengan risiko muflis. Malaysia mahu muflis? Benarkah? Siapa cakap?

Mahu Malaysia Bangkrap? @ Laksanakan GST!

GST Muflis Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Malaysia akan bankrap akhirnya jika anda, anda semua sebagai rakyat malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
  • Jika Malaysia masih tidak melaksanakan GST
  • Kerajaan akan terpaksa pinjam duit lebih banyak dari luar
  • Yang mana akhirnya, Malaysia akan diisytihar bankrap apabila tidak mampu membayar lagi hutang tersebut
  • Sebegitu mudah untuk bankrap hanya kerana tidak melaksanakan GST?
Cuma Berita Semasa agak sedikit pelik dan hairan. Adakah GST satu-merupakan satu-satunya sumber pendapatan negara?
  1. Pertamanya, mana pergi kekayaan pendapatan negara selama ini? Yang keduanya :
  2. Adakah pendapatan tambahan RM27 bilion mampu menyelamatkan negara daripada bankrap, sedangkan realitinya hari ini perbelanjaan tahunan kerajaan mencecah ratusan bilion ringgit setahun, seperti yang dapat dilihat dalam pembentangan bajet setiap tahun? (KLIK SINI)
  3. Hakikatnya, GST lebih memantapkan ekonomi & mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan kerana cukai GST ini akan dinikmati kerajaan secara terus-menerus jika dibandingkan dengan pendapatan minyak & kelapa sawit negara.
Yang boleh buat Malaysia bangkrap bukannya sumber pendapatan negara tetapi apa dia? RASUAH. Ya…Rasuah.
  • Individu A yang berpendapatan lumayan seperti RM20,000 sebulan tidak pernah cukup jika beliau tidak pandai menguruskan kewangannya dan sering boros berbelanja
  • Individu B yang berpendapatan serdahana tetapi seringkali menganalisa dan semak perbelanjaan supaya tidak melebihi kemampuan sebenarnya beliau. Walaupun pendapatan beliau masih kecil , tetapi Alhamdulillah individu B masih mampu menampung kehidupan keluarganya setiap bulan.
Contohnya…..negara Greece. Greece jatuh bukan sebeb tiak melaksanakan GST. Greece turut melaksanakan sistem cukai seakan GST yang dikenali dengan cukai nilai tambah (VAT) pada kadar antara 4.5 peratus dan 23 %. Tetapi Greece tumbang disebabkan :
  1. Tipu angka ekonomi
  2. Salah urus tadbir kewangan negara
  3. Rasuah yang bermaharajalela di Greece (Wang rakyat Greece telah diselewang atau masuk dalam poket kroni, pemimpin politik. Kos pembangunan infrastruktur naik 3,4 malah 6 kali ganda daripada kos asal. Di Greece juga sama se[erti di ___________, ada dipanggil "duit kopi" bagi mendapatkan projek kerajaan.)

Syarikat Penarafan Antarabangsa : Malaysia Masih Dinilai Negatif

Hutang Malaysia 2014

Rakyat Malaysia boleh perhatikan sekarang ini, kerajaan Malaysia begitu berkerja keras dan bersungguh untuk meningkatkan terus pendapatan kantung kerajaan termausklah juga mendapatkan sejumlah USD4.5 bilion (RM13.7 bilion) bagi menampung kembali perbelanjaan boros kerajaan selama ini bagi meletakkan hutang negara ke paras yang lebih stabil selepas ini.

Sehingga ke hari ini, firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings masih dengan penilaian negatif terhadap Malaysia kerajaan telah membentangkan Bajet 2014. Apa sebabnya? Dan bagaiaman untuk mengatasi masalah ketidakcukupan pendapatan setiap Malaysia berbelanja? 

Apa pandangan anda?

Gerakan cemuh slogan 1Melayu

Posted: 06 Dec 2013 02:55 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN


Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir semalam mencadangkan slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu kerana kebanyakan yang bukan Melayu kurang menyokong Barisan Nasional. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Disember, 2013.Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir semalam mencadangkan slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu kerana kebanyakan yang bukan Melayu kurang menyokong Barisan Nasional. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 
























Gerakan Pulau Pinang tidak teruja dengan saranan pemimpin dalam parti komponennya, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mengangkat slogan 1Melayu dan menggesa semua pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang mengeluarkan kenyataan rasis agar memohon maaf.

Setiausaha Gerakan Oh Tong Keong melihat cadangan 1Melayu oleh Musa itu perlu ditukar kepada 1Malaysia kerana kebanyakan bukan Melayu tidak menyokong Barisan Nasional (BN) kerana berasa tidak mendapat jaminan serta direndah-rendahkan.

Beliau kecewa dengan kenyataan Musa yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam kerana sanggup menggadaikan keharmonian dan pra sangka baik sesama kaum.

Katanya, saranan Musa menggantikan slogan 1Malaysia dengan slogan 1Melayu adalah di luar konteks dan memberi kesan kerjasama di antara parti komponen BN.

"Kami berharap kepimpinan Umno tidak bertolak ansur dengan pemimpin rasis di dalam parti. Kami menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Musa dan pemimpin ekstrem di peringkat akar umbi menarik balik kenyataan rasis mereka serta meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

"Malah, kami berharap semua ahli Umno akan meminggirkan pemimpin rasis seperti Musa supaya mereka tidak menjadi batu penghalang kepada BN untuk meraih lebih sokongan daripada semua kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oh mengulas kenyataan Musa yang juga merupakan setiausaha perhubungan parti yang mendakwa slogan itu sepatutnya menjadi 1Melayu kerana bukan Melayu telah menikam BN dari belakang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) setelah perikatan itu membantu mereka.

Musa melontarkan pandangannya semalam di Perhimpunan Agung Umno selain menggesa Putrajaya menghentikan kempen dan program memenangi semula undi bukan Melayu.

Oh berkata bukan kenyataan Musa sahaja bercanggah dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan Najib tetapi turut menghancurkan falsafah perkongsian kuasa BN.

"Pandangan melampaunya tidak akan menguntungkan Umno dan BN kerana budaya rasis tiada tempat dalam negara ini.

"Jika BN mahu mendapat lebih sokongan daripada rakyat Malaysia, parti itu mesti melaksanakan polisi yang memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib sebaik sahaja mendapat majoriti mudah pada PRU13 lalu pantas menyifatkan prestasi yang kurang memberangsangkan parti itu disebabkan "Tsunami kaum Cina", satu alasan yang dinafikan pengkritik dan penganalisis.

Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik : Semenanjung (14.89%), Sabah (16%). Kerajaan Dapat Jimat RM4 Bilion Setahun. Rakyat?

Posted: 06 Dec 2013 02:49 AM PST

 

kenaikan elektrik 2014


Jikalau sebelum ini, rakyat Malaysia hanya disuapkan dengan khabar-khabar angin dan juga laporan berita mengenai kajian demi kajian (SEPERTI DI SINI) melibatkan semakan kenaikan tarif elektrik 2014 naik sejurus Pilihanraya Umum ke 13 melabuhkan tirainya pada Mei 2013. Terkini….

Terbaru, rakyat Malaysia bermula Januari 2014 bakal menikmati kadar kenaikan elektrik 2014 naik yang baru sehinggakan ketika menjelang pengumuman kenaikan tarif ini oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terpaksa menggantung urus niaga sahamnya berkuat kuasa 2.45 petang hingga 5 petang. sampai begitu sekali?

Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik Yang Terbaru?

  • Semenanjung naik : 4.99 sen (14.89%) Iaitu daripada 33.54 sen/KWJ kepaa 38.53/KWJ
  • Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan naik : 5 sen (16%)
  • 4 Faktor Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik yang baru ialah kesan penyelarasan harga gas domestik, kesan penetapan harga gas asli cecair, kesan penyelerasan harga arang batu, serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Naik tarif eletrik sampai terpaksa gantung urusniaga? Mengapa tidak boleh beroperasi seperti biasa?
Dengan pengumuman kadar kenaikan elektrik 2014 naik yang terbaru ini bakal memboleh kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas untuk penjanaan kuasa dan dalam pada masa yang sama kos sara hidup rakyat Malaysia setiap hari akan mula meningkat dan meningkat.

 Apa kata anda pula?

Sukarnya hayati amanat Presiden Umno

Posted: 06 Dec 2013 02:36 AM PST

 
Apa yang berlaku di Bahagian Kepong merupakan contoh di mana nasihat Najib hanya sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.




PETALING JAYA: Semalam ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu calon yang menang di peringkat bahagian dan cawangan tidak meminggirkan calon yang kalah.

Katanya, yang kalah dalam pertandingan pada 19 Oktober lalu bukannya tewas semuanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta yang menang mengajak yang kalah terus bekerja dalam satu pasukan.

Tetapi nampaknya amanat Presiden Umno masih tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh ahli-ahli Umno. Apa yang berlaku di Bahagian Kepong merupakan contoh di mana nasihat Najib hanya sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Seramai 27 daripada 33 pemimpin Umno Bahagian Kepong mengulangi pendirian untuk meletak jawatan sekiranya pemilihan jawatan timbalan ketua bahagian itu tidak dilakukan semula.

Ketuanya, Datuk Rizuan Abd Hamid berkata, tindakan itu bukan satu ugutan tetapi penetapan pendirian mereka agar pemilihan dilakukan lebih telus.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat mengenainya beserta tandatangan sokongan 27 pimpinan tinggi bahagian itu kepada Presiden Umno, Najib Tun Razak Sabtu lalu dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin.

"Bukti mengenai pengesahan kertas undi rosak juga ada pada kami yang diserahkan sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemantau, Ab Wahab Said.

"Oleh itu, dari mana pula Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dapat pengesahan pengerusi pemantau yang bersetuju undi rosak itu boleh diguna semula," katanya semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Umno Bahagian Kepong, Ahmed Zaharani Yusof Omar, calon jawatan itu, Mohd Khilmi Yusop, Naib Ketua Umno bahagian, Azman Taib  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambahnya, dua pertiga majoriti daripada kepimpinan bahagian tidak berpuas hati apabila Mohd Khilmi yang memenangi jawatan itu pada pemilihan parti 19 Oktober lepas, ditarik balik kemenangannya tanpa penjelasan munasabah.

"Lagi meragukan apabila 21 undi rosak yang disahkan wakil-wakil calon dan pengerusi pemantau untuk jawatan berkenaan 19 Oktober lepas disahkan boleh diguna pakai oleh Syed Ali Alhabshee, tapi keputusan undian sepenuhnya bagi kedua-dua calon tetap tidak dimaklumkan kepada mereka," katanya.

Pada Jumaat lepas, Syed Ali dalam satu kenyataan akhbar berkata, jawatankuasa khas bantahan Umno telah memutuskan jawatan timbalan ketua Umno bahagian itu dimenangi Datuk Norizan Ali selepas dakwaan sebanyak 21 kertas undi yang didakwa rosak didapati tidak benar dan diterima sebagai kertas undi yang sah.

Sementara itu, Ahmed Zaharani berkata, keputusan berkenaan juga dimaklumkan kepadanya melalui surat yang diberikan badan perhubungan Wilayah Persekutuan Sabtu lepas, namun tidak kepada Mohd Khilmi

Ditanya sama ada pihaknya meletakkan tempoh untuk Umno pusat memberikan jawapan, beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan tempoh, tetapi yakin Umno pusat akan menjawab secepat mungkin. Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan boleh menubuhkan jawatankuasa penaja bagi mengambil alih kepimpinan Umno Bahagian Kepong, jika 27 daripada 33 pemimpin bahagian itu meneruskan 'ugutan' untuk meletak jawatan.

Dua hari lepas, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (gambar)  berkata tindakan mereka hendak meletak jawatan yang dimenangi pada pemilihan parti Oktober lepas, adalah satu bentuk ugutan selepas keputusan muktamad diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Umno Pusat.

"Sesiapa sahaja yang mahu letak jawatan, kita tidak boleh halang, terserah.

Kalau tidak boleh terima keputusan muktamad, terserahlah. Badan Perhubungan Umno akan ambil alih bahagian Kepong, buat penaja semula sebab kita serius mahu jalankan parti," katanya.

Syed Ali juga yakin Lembaga Disiplin Umno tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika kepimpinan bahagian terus memutarbelitkan fakta melalui kenyataan kepada media.

"Tidak ada sebab munasabah untuk diadakan pemilihan semula kerana pertamanya, jika mahu diadakan semula, ia memerlukan sebab yang kukuh dan munasabah.

"Kita juga telah meneliti semula undi rosak dan dapati ia tidak rosak selain kita juga telah memanggil semua pihak, termasuk calon menang dan kalah, wakil calon dan pengerusi pemantau pemilihan untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Beliau berkata kertas undi rosak itu disemak semula oleh Setiausaha Kerja Umno Pusat Datuk Ab Raof Yusoh, wakil ibu pejabat Umno Pusat, Setiausaha Kerja Umno Wilayah Persekutuan dan pengerusi Jawatankuasa Pemantau Pemilihan Umno bahagian Kepong, yang mengesahkan ia tidak rosak.

Syed Ali berkata keputusan muktamad dengan mengisytihar Datuk Norizan Ali menang jawatan Timbalan Ketua Bahagian dilakukan Jawatankuasa Pengurusan Umno selepas meneliti laporan Badan Perhubungan dan diperakui Jawatankuasa Khas Bantahan Umno, yang diketuai Tan Sri Azmi Khalid.

"Kita telah menulis surat rasmi kepada kepimpinan bahagian dengan mengatakan keputusan kita adalah muktamad. Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan, terimalah keputusan ini kerana kita mahu teruskan kerja ke arah pilihan raya umum ke-14," katanya.

Apakah kesudahan drama yang berlaku di Umno Bahagian Kepong ini? Kenapa 27 ahli jawatankuasa Bahagian tidak dapat menerima kemenangan Norizan Ali yang juga bekas Ketua Pemuda Bahagian?

Sejauh mana nasihat Najib akan dilaksanakan di Kepong?. Sepatutnya bila Norizan Ali diisytiharkan menang, maka yang kalah Mohd Khilmi Yusof hendaklah menerima kekalahan itu. Tak perlu libatkan 27 orang ahli jawatankuasa Bahagian untuk meletakkan jawatan beramai-ramai.

Tanpa kenaikan gaji, ADUN guna duit poket bantu rakyat

Posted: 06 Dec 2013 02:31 AM PST

Oleh : Nazli Ibrahim


LEMBAH JAYA  : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz mengakui pendapatannya bukan sahaja tidak mencukupi tetapi terpaksa memperuntukkan wang tambahan kira-kira RM1,000 setiap bulan bagi membantu masyarakat kawasan berkenaan.

Khasim berkata, beliau tetap bernasib baik kerana boleh mendapatkan wang tambahan yang diperlukan daripada perniagaan kejureteraan aluminium dan kaca yang sudah diusahakan, sejak lebih 20 tahun lalu.

IMG_6902

"Perkara ini saya alami sendiri. Kalau dahulu sebelum menjadi ADUN, setiap pendapatan adalah seratus peratus hak mutlak saya tetapi hari ini orang yang bernama wakil rakyat yang betul-betul buat kerja, pendapatan RM6,000 itu adalah transit sahaja.

"Hakikatnya, bukan keseluruhan gaji diperoleh menjadi hak kami tetapi untuk rakyat dan bagi saya kenaikan yang diumumkan tidak begitu tinggi. Kalau tidak percaya boleh tanya orang yang selalu ikut saya pergi ke program atau datang dalam majlis seperti ini contohnya, yang mana saya perlu membantu mereka dengan menghulurkan sumbangan," katanya.

Demikian pengakuan jujur Khasim ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Penutup Program Smart English & Bijak Matematik di Kampung Ampang Indah, di sini, semalam.

Khasim berkata, beliau juga menaruh kepercayaan bahawa rakyat Malaysia mampu untuk memahami keadaan sebenar jika mereka diberi peluang mendekati kehidupan sebenar wakil rakyat.

"Bila pegangan iman tidak kuat, gaji pula tidak mencukupi dan rakyat minta bantuan, maka ia akan membuatkan individu itu terdedah kepada rasuah. Selain itu, mereka akan salah guna kuasa, meminta dengan tauke besar dan mendapatkan komisen daripada projek, namun perkara ini tidak berlaku di Selangor.

"Dengan kenaikan gaji yang diumumkan Menteri Besar baru-baru ini, sekurang-kurangnya untuk menyara keluarga sendiri dab tidak perlu risau lagi. Jadi, kita boleh lebih komited kepada rakyat," katanya.

Khasim menyandang kerusi ADUNLembah Jaya sejak 2008 dan dilihat sebagai pemimpin yang disenangi masyarakat setempat.

Sikap mengambil berat terhadap setiap permasalahan rakyat, kerap turun padang bersama masyarakat akar umbi dan sentiasa merendah diri menjadikan Khasim sering menjadi tempat aduan orang ramai apabila berhadapan dengan kesusahan.-NFN-

Lembah Bujang: Tinggalan sejarah merentas agama

Posted: 06 Dec 2013 02:29 AM PST

HASRIZAL ABDUL JAMIL


Antara subjek paling susah yang saya pernah belajar ialah Ancient Indian Civilization yang diajar oleh Assc Prof Dr Arshad Islam. Subjek itu sangat susah bagi saya kerana ia merupakan maklumat yang hampir 100 peratus baru buat saya. Dalam masa yang sama Prof mengajar secara 'old school' yang mana sebelum kami dibawa ke peringkat analisis, kami perlu sangat banyak menghafal. Peraturan nahu kitab Veda pun dipaksanya kami hafal.

Mengkaji Tamadun Indus awal, kami meneroka bersama data-data arkeologi dari Lembah Zhob di utara Baluchistan. Kami juga dikehendaki memahami tablet tembaga Mohenjo-daro hinggalah kepada menganalisis pengaruh Trio, Asvaghosa, Nagarjuna dan Aryadeva ke atas seni Gandharan.

Kajian-kajian di dalam subjek ini memahamkan kepada saya bagaimana perkembangan yang berlaku kepada agama Hindu, reformasi Buddha dan tajuk 'assignment' akhir saya ialah "menganalisis kemasukan konotasi agama ke dalam sistem kasta pasca kedatangan kaum Aryan".

Sejujurnya, banyak fakta yang saya sudah tidak ingat, namun subjek yang sangat perit ini banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang perkembangan tamadun manusia di Benua India, yang merebak ke kawasan Teluk seperti Bahrain, hinggalah ke Lembah Bujang dan Borobudur.

Saya berkongsi cerita ini kerana tertampar oleh keangkuhan ahli politik, dan orang ramai yang merumuskan kemusnahan Candi 11 di Lembah Bujang sebagai remeh dan ia sekadar tinggalan HINDU.

AL-BIRUNI DAN TAMADUN INDIA

Mungkin kita terlupa atau tidak pernah tahu tentang Abū al-Rayhān Muhammad ibn Ahmad al-Bīrūnī. Beliau yang dikenali sebagai Alberonius atau Al-Biruni meninggal dunia pada 13 Disember 1048 di Ghazni.

Para pengkaji dalam bidang sejarah dan ketamadunan seperti Francis Robinson berpendapat bahawa al-Biruni yang merupakan seorang ulama Islam dan saintis terkenal, adalah pengasas kepada bidang INDOLOGY iaitu bidang yang mengkaji sejarah dan tamadun benua India. Al-Biruni menghasilkan kitab "Tarikh Al-Hind" (History of India) melalui sedekad keberadaan beliau di India di tengah-tengah masyarakat beragama Hindu.

Al-Biruni juga memberikan kepada kepada satu sampel kaedah penyelidikan yang  adil. Kerana itu beliau juga dianggap sebagai pelopor kepada bidang anthropologi. Al-Biruni tidak bias dalam menilai malah menganalisis dapatannya untuk menjelaskan mengapakah kaum Hindu sangat bermusuh dengan umat Islam. Al-Biruni juga akhirnya disenangi oleh pemuka-pemuka tempatan yang melihat beliau sebagai seorang 'orang luar' yang jujur dalam mencari ilmu pengetahuan.

Sikap menjaga amanah ilmu beliau disebut:

I shall not produce the arguments of our antagonists in order to refute such of them, as I believe to be in the wrong. My book is nothing but a simple historic record of facts. I shall place before the reader the theories of the Hindus exactly as they are, and I shall mention in connection with them similar theories of the Greeks in order to show the relationship existing between them.(1910, Vol. 1, p. 7;1958, p. 5)

Al-Biruni juga menghasilkan sebuah kitab yang mengkaji pemikiran kaum Hindu. Kitab itu dikenali sebagai "Critical Study of what India Says, Whether Accepted by Reason or Refused", yang juga lebih dikenali sebagai Indica.

KEPENTINGAN ILMU MERENTAS AGAMA DAN BANGSA

Sangat tidak wajar untuk kita berkata, "ah, itu tinggalan Hindu", "itu benda syirik" apatah lagi kita sedang membangunkan sebuah negara yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Aqidah adalah urusan kita sesama umat Islam dan Aqidah Islam mempunyai pandangannya terhadap kepercayaan-kepercayaan yang lain. Agama yang lain juga mempunyai ulasan dan kritikan mereka terhadap kepercayaan kita sebagai umat Islam.

Tetapi aspek ketamadunan, pengalaman manusia dalam membina kehidupan, ia merentas bangsa dan agama. Kita mengkaji segala-galanya. Dan pemusnahan Candi 11 itu mestilah menjadi tragedi terakhir di negara kita, manakala sumber-sumber sejarah yang lain di Lenggong, di Beruas dan lain-lain mestilah dipelihara untuk ilmu.

Dan kerajaan yang bijak, akan memanfaatkan ia untuk tujuan pelancongan yang berfaedah.

Kerajaan Turki memelihara bandar Birgi di Ödemiş Izmir, serta diwartakan seluruh wilayahnya sebagai World Heritage Centre oleh UNESCO pada tahun 2012, tanpa sedikit pun menjejaskan kepentingan pendudukan seperti yang dihujahkan secara dangkal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, malah yang dirisaukan adalah kehilangan satu Dewan Undangan Negeri, jika kawasan Lembah Bujang digazetkan!

Khuatir sekali, apa sahaja isu yang timbul di Malaysia, ahli politik akan menyempitkan isu tersebut kepada sentimen parti, bangsa, dan agama. Mangsa sebenarnya adalah ilmu, akademik dan pembodohan jangka panjang masyarakat.

Ya, ia memang sebuah ujian.

Ujian yang menguji sistem nilai kerajaan dan keupayaan mereka mengekalkan khazanah dunia bersama pemeliharaan kepentingan penduduk tempatan. Jika tidak tahu, pergi ke luar negara dan belajar daripada yang tahu.

Ironi sekali pada tahun 2013, kerajaan memutuskan untuk menjadi subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus, pada tahun yang sama Lembah Bujang dimusnahkan untuk projek perumahan.
http://saifulislam.com/

Banjir: Nisa' buka pusat pengumpulan barang bantuan

Posted: 06 Dec 2013 02:27 AM PST


HAZAYANI ZAKARIA


KUALA LUMPUR: NGO Nisa' Malaysia sedang berada di dua lokasi di ibu negara bagi mengumpul barang-barang sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor.

Bermula jam 1.00 tengah hari tadi sehingga jam 12 tengah malam ini, sukarelawan Nisa' Malaysia berada di tempat letak kereta terbuka Padang Merbok dan Dataran Merdeka.

Justeru, warga kota dialu-alukan menghulurkan barang keperluan asas dan makanan untuk keperluan mangsa di pusat pemindahan banjir.

Barang-barang yang dikumpulkan hari ini akan terus dibawa ke tempat pengumpulan barang di Dewan Merbau seksyen 17 Shah Alam.

Penyumbang diminta untuk meletakkan label pada barang sumbangan terutamanya pakaian bagi mempercepatkan urusan penghantaran barang-barang ke pusat pemindahan banjir.

Lori pertama akan bergerak dari Dewan Merbau jam 9:30 malam ini ke lokasi-lokasi pusat pemindahan banjir.

Khutbah Jumaat: Solat, doa tak guna jika amal rasuah

Posted: 06 Dec 2013 02:25 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Ibadah solat menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar. Gambar fail. 



Ibadah solat menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar. Gambar fail.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam mengenai bahaya rasuah kerana antara kesan buruk perbuatan itu adalah terluputnya ibadah solat dan doa akibat menggunakan sumber yang haram.

Menurut Jakim, sekiranya rasuah tidak segera dibanteras nescaya umat Islam akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan akibat kemurkaan Allah.

"Bayangkan, alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini, ibadah dan doa menjadi sia-sia. Justeru, ia menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah.

"Rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin dengan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di hari akhirat. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah maka api neraka adalah tempatnya," katanya melalui khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk "Merakyatkan Usaha Membasmi Rasuah".

Jakim turut menyifatkan mereka yang menolak rasuah adalah manusia hebat kerana menjamin kesinambungan keturunan beriman dan berintegriti serta meningkatkan martabat organisasi warga pengurusan.

Kata badan itu, mereka yang menjauhi rasuah dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin berani memerangi rasuah serta membuktikan amalan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah diri daripada terlibat dengan najis rasuah.

"Sabda Rasulullah SAW bermaksud setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

"Apabila sifat tamak telah bertapak di hati, bisikan untuk melakukan rasuah akan mula mempengaruhi diri. Inilah buktinya kelemahan iman seseorang yang menyebabkan mereka mudah diperkotak-katik oleh nafsu dan mengikut hasutan syaitan," katanya.

Menurut Jakim, seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap serta berani melanggar batasan digariskan Islam padahal perbuatan itu hanyalah memusnahkan diri sendiri, organisasi dan negara malah mengakibatkan setiap punca pendapatan yang tidak halal.

Katanya, kesalahan rasuah tidak mengira golongan atau amaun transaksi yang terlibat tetapi terletak pada perbuatan sama ada pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah tersebut.

"Ini boleh berlaku apabila seorang pekerja yang mengampu ketua dan suka bermuka-muka dengan kerjanya, sedangkan diri sendiri tiada kebolehan dan kemahiran.

"Kemahirannya ialah berlakon untuk mengaburi mata ketua dan kadangkala melibatkan penyelewengan tugas, penipuan dalam kenaikan pangkat dan ketirisan dalam penggunaan wang rakyat," katanya.

Khutbah hari ini turut mengingatkan hadirin perjuangan menentang rasuah bukan hanya terletak di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak pemerintah semata-mata bahkan ian adalah tanggungjawab bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Khatib berkata, perbuatan licik lagi jahat itu nampak seperti tidak bercanggah dengan undang-undang negara tetapi ia tetap bercanggah dengan hukum Syarak.

"Sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia pada 9 Disember, inilah masanya semua pihak perlu menggembleng tenaga memerangi rasuah secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta.

"Yakinlah, semakin gigih usaha dakwah yang kita laksanakan untuk memerangi rasuah, pasti semakin jelas kesan perubahan positif yang akan berlaku. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan supaya hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan," katanya.

Dia Ingat Duit BR1M Mak Bapak Dia Punya!

Posted: 06 Dec 2013 02:15 AM PST


Seorang lagi pemimpin "cap ayam" dalam Umno – Shahbudin Husin

KELAB GREENBOC



Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung Umno petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.

Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.


Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung Umno atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, maka seharusnya mulai tahun depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang Umno atau wang daripada poket Najib.

Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong Umno dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.

Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong Umno dan BN saja.

Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong Umno dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu. Dengan masih ada pemimpin Umno yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam Umno sekarang ini. Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin Umno yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihan raya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin Umno yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.

Dengan Najib sendiri mengakui bahawa PRU14 makin sengit dan mencabar berbanding PRU13 lalu, terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam Umno, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihan raya nanti.

Jika tidak, kita akan terus mendengar kenyataan-kenyataan pelik, aneh, tidak masuk akal dan gila selepas ini. – shahbudindotcom

ULASAN GB

Apa yang sdra Shahbudin sampaikan itu sudah cukup jelas dan terang. Wang BR1M yang digunakan adalah wang seluruh rakyat Malaysia, bukan wang Najib, bukan wang UMNO/BN.

Perwakilan UMNI itu sangka wang itu mak bapak UMNO yang punya. Dr.Maza sudah ulas sebelum ini:-


LIHAT VIDEO DI SINI

Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama

Posted: 06 Dec 2013 02:11 AM PST

Klik untuk lebih jelas

KELAB GREENBOC

 
Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir.

Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru.

Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13".

Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan.


keji giler puak2 BN ni.. menipu x hengat... akhirnya kantoi jugak... kahh..kahh..kahh... konon nk tunjuk la .. pemimpin diaorang ni brjiwa rakyat trun ..padang masa bnjir.. rupa2nya .. diaorang tukar tarikh pada cerita lama ke tarih baru... adoii la guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

Tarikh asal article:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/

Tarikh yang ditukar:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/artikel

yng duk jaja cerita ni puak2 kat sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503426169771573&set=a.407263606054497.1073741825.407262292721295&type=1&theater
sumber: fb serambipolitik

Batu Puteh: Perwakilan minta PM siasat dakwaan Mat Zain

Posted: 06 Dec 2013 12:14 AM PST

 

 

Perwakilan Johor Zulkarnain Kamisan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyiasat dan memeriksa dakwaan bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dikaitkannya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang dilapor media.

Katanya, rakyat mahu penjelasan berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

"Dakwaan ini bukan main-main. Johor meminta perdana menteri menyiasat dan memeriksa kesahihan perkara ini.

"Ini soal maruah negara. Jangan memandang enteng, rakyat mahu penjelasan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak mahu perkara itu dibiarkan sehingga membentuk persepsi negatif terhadap golongan muda bahawa "media arus perdana yang menyiarkan kebenaran dianggap pembohongan dan media sosial yang menyiarkan pembohongan dianggap satu kebenaran".
"Mereka mensasarkan orang muda, takkan kita nak biarkan begitu sahaja.

"Anak muda bila pulang ke kampung akan menyebarkan dakyah dan mempengaruhi orang lain untuk mengundi pembangkang," katanya.

Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh

Posted: 06 Dec 2013 12:12 AM PST


MALAYSIA KINI


Bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD) kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang.

NONE"Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam.

"Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam."

Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Salam 1Melayu: Tak setuju tapi anggap bukan rasis

Posted: 06 Dec 2013 12:05 AM PST

 

 
 
Pemimpin Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan cadangan perwakilan supaya Salam 1Malaysia ditukar kepada Salam 1Melayu kerana ia tidak mencerminkan niat sebenar Umno dan hanya pendapat peribadi.

Bagaimanapun rata-rata mereka menganggap cadangan itu tidak bersikap perkauman sebaliknya hanya satu kata semangat bagi menyatukan ahli parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal berkata ajakan untuk perpaduan sesama bangsa bukanlah sifat perkauman sebaliknya penting dalam perjuangan parti.

"Kekuatan Umno ialah Melayu. Selama ini keberlangsungan Umno ialah kerana Melayu. Umno tidak sepatutnya melupakan asal mereka untuk memastikan bukan saja sokongan kini tapi untuk menambah sokongan orang Melayu di masa hadapan," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 hari ini.

Beliau turut menafikan kegagalan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009.

"Bukan nak kata (1Malaysia) tidak berfungsi tapi ia juga satu alat di mana rakyat boleh bersatu melalui kerjasama dan memahami satu sama lain.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Radin berkata pandangan dan persepsi berbeza dalam parti merupakan perkara berbeza dan tidak semestinya sesuai digunakan dalam parti.

"Bukan nak kata tak setuju (1Melayu) sebab ini pandangan perbahasan dan tentu ada persepsi berbeza. Tapi saya lihat cadangan ini tak sesuai dgn keadaan negara sekarang sebab umum kita berkongsi kuasa dengan kaum lain.

"1Malaysia masih revelan tapi dari sudut lain, ia tak berjaya dari segi sokongan pengundi Cina tapi dari segi penerapan senegara berjaya. Kita takkan tinggalkan bangsa lain...begitu sahaja, kerana mereka pun berjuang mati-matian (untuk negara)," katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Jalil berkongsi sentimen sama dan mahu Umno dilihat secara sepenuhnya.

Malah Shahrizat memberi contoh perhimpunan parti lain yang mengajak kaum mereka bersatu.

"Bila ada perhimpunan DAP, ada kata-kata yang amat perkauman tapi kami faham, ini PAU (perhimpunan agung) Umno, perlu lihat Umno secara keseluruhan sebagai tulang belakang Barisan Nasional dan kita semua 1Malaysia," ulas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula yakin tiada sebarang sokongan jika ada yang mahu idea 1Malaysia cuba diubah semasa pemerintahan Najib.

"Mungkin dalam konteks PAU itu dicadangkan tapi dalam konteks seluruh Malaysia, kita masih berpegang 1Malaysia. Gagasan yang dipelopori oleh perdana menteri, jadi itu yang kita ikut," kata beliau

Semalam, perwakilan Pulau Pinang  Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta perwakilan lain untuk menukar slogan Salam 1Malaysia kepada Salam 1Melayu kerana mendakwa kaum lain, khususnya Cina, tidak dilihat membantu Umno.

Beberapa perwakilan lain turut menyuarakan pendapat agar kaum Melayu diberi perhatian lebih kerana hanya mereka dilihat menyokong Umno pada masa kini.

Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung mohon maaf

Posted: 06 Dec 2013 12:01 AM PST

KHAIRIL ABDUL RAHIM


KUANTAN: PAS Pahang menganggap tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden yang seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.

"Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.

"Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," katanya.

Suhaimi berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

Tambahnya, penduduk Kuantan terpaksa melalui peristiwa sedih akibat banjir yang tidak pernah berlaku seburuk ini manakala bantuan daripada pihak berkuasa terlalu lembab disampaikan.

"Bayangkan, ada mangsa banjir termasuk orang sakit dan kanak-kanak yang berpindah ke pusat pemindahan tetapi makanan tidak cukup, bekalan elektrik tidak ada kerana ibu sawat ditenggelami serta bekalan air paip juga terputus," jelasnya.

Semalam Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.

Bagaimanapun usul tersebut tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada ketika itu, Bung Mokhtar dan ahli-ahli parlimen BN berdiri membuat bising, mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

Sementara itu suasana di Kuantan tidak banyak berubah. Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan bilik operasi, terdapat kira-kira 30,000 mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Difahamkan, jumlah tersebut tidak termasuk yang berpindah ke rumah keluarga di tempat yang selamat dan yang menginap di hotel.

Perhubungan dengan daerah-daerah lain masih terputus. 

Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim

Posted: 05 Dec 2013 11:59 PM PST

Mohd Azmi Abdul Hamid


MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun,  perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan  berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh  media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat.

Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu ,  merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat.

Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar.

Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya  mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa .

Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan.

Tidak cukup dengan itu , berkeras suara pula menuntut orang Melayu bersatu bertindak memberi amaran kepada kaum lain yang dituding mengkhianati kerajaan.

Sementara itu Presiden dalam ucapan dasarnya , pula mengerah fikiran untuk melampiaskan serangan kepada seteru politik dan buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan 67 kali perhimpunanparti tersebut menayangkan video pemimpin lawan ditengah-tengah ucapan dasar.

Dimanakah kematangan dan kedewasaan politik perhimpunan Melayu jika ketika rakyat menghadapi penderitaan yang berat , politik merasuk sanubari perwakilan dari presiden sehingga ahli biasa.

Kami kesal dengan sikap ini. Suara seorang Ahli Parlimen supaya diusulkan Kuantan diistihar dharurat diherdik dan ditolak mentah-mentah.

Kami mendesak para pemimpin perhimpunan Melayu yang gah dan mewah itu turun segera ke Pahang , Trengganu serta Kelantan kerana banjir kali ini menunjukkan tanda mala petaka yang berskala besar.

Janganlah membuat kenyataan bahawa keadaan dalam kawalan, sedangkan puluhan ribu rakyat yang menjadi mangsa terkapai-kapai mendambakan bantuan dengan segera.

Mapim telah melancarkan Skuad Misi Bantuan Mangsa Banjir dan telah mengantar bantuan makanan , keperluan kanak-kanak dan membuka saluran akaun Tabung Mapim untuk orang ramai menyalurkan sumbangan.

Keadaan sehingga hari ini maseh menunjukkan bantuan memang maseh sangat diperlukan .

Sila hubungi Ketua Misi Abdullah Ismail 019 989 3707 yang sedang berusaha mengujudkan Pos Kecemasan MAPIM di lokasi yang didapati tidak mendapati bantuan yang mencukupi kerana terputus hubungan.

(*) Penulis adalah Presiden MAPIM

WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan

Posted: 05 Dec 2013 11:52 PM PST

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


 KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.

Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.

Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.

Penulis berita tersebut juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu tersebut.

Mahkamah rayuan juga turut mengarahkan Utusan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM20,000.

Mohammad Nizar telah diwakili oleh dua peguamnya Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melaui tetuan Awi & Co manakala Utusan telah diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Banjir: PAS gesa kerajaan isytihar ‘kawasan bencana’

Posted: 05 Dec 2013 11:49 PM PST


Tuan Guru Abdul Hadi mengharungi banjir melawat mangsa di Kemaman, petang semalam.


Tuan Guru Abdul Hadi menaiki bot meninjau kawasan banjir di Kemaman, petang semalam.


KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai 'Kawasan Bencana' akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.

Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.

Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat.

"Hati saya sungguh tersentuh melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan, ibu yang memandang dengan hampa, mangsa yang menggigil kesejukan tanpa pakaian dan selimut dan sebagainya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ujar beliau pihak PAS menerusi berbagai jenteranya telah dikerah untuk membantu dengan sepenuh tenaga, walaupun berdepan dengan berbagai kekurangan tetapi keperluan asas adalah masih sangat tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang dilanda musibah ini.

Katanya, ketiadaan bekalan air bersih ini akan menyebabkan wabak lain yang melanda sebaik sahaja air mula surut nanti.

Sehubungan dengan itu, kata beliau PAS menyeru kepada pihak kerajaan yang mempunyai dana khusus ini supaya dapat lebih proaktif dan segera bertindak bagi membantu rakyat kita yang dilanda bencana ini.

TPM Mohon Maaf Kepada Mangsa Bencana, Arah Segerakan Salur Bekalan

Posted: 05 Dec 2013 11:45 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Ia suatu perkara yang tidak diduga.

Justeru Muhyiddin mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberi stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.

"Saya telah keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara)supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari.

"Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, pada Jumaat.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.

Timbalan perdana menteri dan rombongan terpaksa menggunakan lori AngkatanTentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5kilometer dari persimpangan Mak Lagam dan kunjungan beliau ternyata menceriakan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain dengan trak tentera berkenaan.

Malah Muhyiddin turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membekalkan makanan kering ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir di semua lokasi yang memerlukan, berikutan keperluan asas yang sedia ada, sudah tidak mampu menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.

"Saya telah putuskan dengan panglima tentera darat, stok bekalan makanan kering yang digunakan oleh tentera mungin boleh digunakan untuk mangsa banjir,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut mencadangkan satu pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan bagi memantau kesihatan mangsa banjir.

"Kita telah mencadangkan Jabatan Kesihatan negeri menggerakkan pasukan perubatan dari hospital yang tidak terlibat dengan bencana untuk turun padang.Satu pasukan perubatan perlu ada di setiap pusat pemindahan bagi memantaukesihatan mangsa banjir.

"Saya difahamkan ketika ini pasukan tentera telah ditempatkan di sekitar Kemaman. (Ini kerana) doktor di sekitar sini tidak boleh lagi membantu, apabila hospital pun dah sesak," katanya.-BERNAMA

Suara Keadilan 150 terbit, terus bongkar penyelewengan BN

Posted: 05 Dec 2013 11:32 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Suara Keadilan edisi terbaru terus tampil menyuarakan hasrat rakyat berhubung pelbagai tekanan dihadapai mereka sejak Umno BN 'menang' lagi pada 5 Mei lalu.

Antara isu utama ialah kenaikan tarif elektrik menccah 15 peratus menyebabkan lonjakan berangkai harga barang.

Selain itu, pendedahan saham kroni terkaya Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dalam Bernas selain rancangan Bersih untuk mengadakan himpunan lebih besar pada tahun depan.

sk150

Turut dimuatkan ialah laporan mengenai harga gula yang bakal naik walaupun subsidi barangan itu sudah pun dimansuh.

Suara Keadilan edisi ke 150 ini juga menampilkan muka depannya kenyataan tegas ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung langkah Pakatan Rakyat mengadakan himpunan membantah kadar Cukai Taksiran pada 16 Disember ini.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat penuh dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat  selain isu-isu politik di seluruh negara.
Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com.

Berita dan aktiviti parti KEADILAN juga boleh diikuti melalui versi online di laman twitter dan facebook.

MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

Posted: 05 Dec 2013 11:31 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.

Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat

Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera"

"Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.

"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura.

"Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.

Shamsul

Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail.

"Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian.

"Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul (gambar).

Anwar: Pakatan Rakyat terbuka dialog politik

Posted: 05 Dec 2013 11:29 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan BN demi kepentingan rakyat Malaysia.

Anwar hari raya"Oleh itu sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu," kata Anwar dalam kenyataan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak.

Pakatan Rakyat sebelum ini melalui Majlis Pimpinannya bersedia mengadakan dialog dengan bertujuan menyelesaikan masalah negara yang kian meruncing.

Antaranya isu beban hutang kerajaan yang menggunung, harga barang yang meningkat mendadak dan jenayah menular yang menggugat hubungan baik di kalangan masyarakat.

Anwar sebelum ini menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan termasuk soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.

Tiada ulasan: