Jumaat, 27 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


“Hassan Malek tak layak jadi Menteri”

Posted: 27 Dec 2013 06:52 AM PST

Ain Ismail

Haniza Talha


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang menteri

"Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak bergelar menteri," kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika dihubungi Keadilandaily.

maharaja_lawak_hasan_malek

Katanya, kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Manakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan mengenainya.

Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

The_Star - Copy

"Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian," katanya.

Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan subsidi oleh kerajaan.

"Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong," kata Haniza.

Kami akan terus guna kalimah Allah di gereja Selangor, kata paderi

Posted: 27 Dec 2013 06:27 AM PST

OLEH EILEEN NG

















Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew (gambar) berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

"Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami," katanya kepada The Malaysian Insider.

Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

"Pada masa ini, kes perbicaraan masih dalam proses mahkamah dan keputusan belum diputuskan. Mereka tidak boleh membuat penilaian sendiri," katanya.

Selain gereja Katolik, gereja Kristian lain seperti Sidang Injil Borneo turut mengadakan perhimpunan menggunakan Bahasa Melayu dan dialek lain di Malaysia Timur sekaligus menggunakan kalimah Allah.

Dalam wawancara bersama sebuah portal baru-baru ini, Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya akan menyenaraikan semua gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta pihak gereja mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

"Kami akan mengutus surat kepada semua gereja di Selangor bagi menghormati enakmen tersebut, katanya.

Enakmen yang diluluskan semasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab seperti Allah, Nabi, Injil dan Insya Allah.

Banyak badan bukan kerajaan Islam menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam meskipun Kristian dan agama lain mempunyai pendapat berbeza.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi berpihak kepada gereja Katolik apabila mengatakan kalimah Allah tidak eksklusif kepada umat Islam dan Herald boleh meneruskan penerbitannya dalam bahasa Melayu kepada kaum Bumiputera di Malaysia Timur.

Namun, Kementerian Dalam Negeri memohon keputusan tersebut pada Januari 2010.

Pada 14 Oktober tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengatakan "kalimah Allah bukan sebahagian dalam kepercayaan Kristian".

Pihak gereja membuat rayuan dan perbicaraan akan bermula pada 24 Februari ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mengundang kegusaran kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana merasakan keputusan itu tidak sahaja terpakai kepada Herald tetapi penganut Kristian.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada penganut Kristian di Malaysia Timur bahawa mereka masih boleh menggunakan kalimah itu kerana kerajaan persekutuan masih mengiktiraf penyelesaian 10 perkara.

Di bawah penyelesaian 10 perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2011 memutuskan Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke Malaysia termasuk berbahasa Melayu/Indonesia.

Penyelesaian 10 perkara turut menyatakan Bible boleh dicetak di Semenanjung Malaysia.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu turut mendapat perhatian seluruh dunia dengan ahli teologi Amerika Reza Aslan mengkritik keputusan tersebut.

Saranan Mahathir Bukti Najib Mengurus Negara Secara Salah

Posted: 27 Dec 2013 06:18 AM PST

shahbudindotcom.


Selepas beberapa pihak tampil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya turut bersuara dengan nada yang serupa.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Mengenai kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus yang diputuskan kerajaaan pula, beliau berkata, kenaikan itu seharusnya dilakukan secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak kerana ia akan membebankan pengguna domestik, selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Pandangan dan saranan Mahathir ini jelas bertentangan dengan pendekatan Najib dalam mengurus negara selama ini yang lebih melihat instrumen cukai dan subsidi sebagai sumber menambah pendapatan negara. Beberapa cukai bakal dinaikkan manakala subsidi pula dalam perancangan untuk dihapuskan sama-sekali dengan alasan ia tidak baik untuk perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

Semua pendekatan Najib ini lebih menjurus kepada meningkatnya harga barangan pengguna.

Dalam masa yang sama, dalam usaha menghapus subsidi dan mahu penghapusannya diterima, hanya susbsidi yang melibatkan rakyat mahu dihapuskan sedangkan subsidi yang turut diterima oleh syarikat-syarikat besar dan kroni, tidak terlihat pula mahu diusik. Kalau dipotong pun, barangkali merupakan langkah terakhir sekali.

Sepanjang Najib mempertahankan apa yang dilakukannya, tidak pernah sekali pun tergambar iltizam mahu mengurangkan kos, mengambil langkah jimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Semua beban hanya mahu diletakkan di bahu rakyat semata-mata.

Dengan saranan Mahathir agar kerajaan mengurangkan kos pengeluaran, walaupun gambarannya bersifat analogi, tetapi adalah jelas ianya bermaksud agar kerajaan menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu sebelum mahu mengambil lebih banyak daripada saku rakyat dan menaikkan kos kehidupan mereka.

Sebagai sebuah kerajaan, seharusnya itulah yang patut dilakukan oleh Najib kerana terus-terusan membebankan kehidupan rakyat dah kemudian mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya, bukanlah tindakan yang bijak dan terpuji. Kerajaan yang sebegini adalah kerajaan yang cacat dan sudah hilang upaya dalam pemikiran dan kebijaksanaannya.

Melalui saranan Mahathir ini juga, ia dengan sendirinya menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah UMNO tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.

Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi. Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh UMNO melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah UMNO jika harga barangan terus meningkat.

Dalam hal ini, Mahathir telah menunjukkan jalan yang mudah dan praktikal untuk dilakukan oleh Najib iaitu kurangkan kos, berjimat-cermat, kawal ketirisan dan naikkan sesuatu secara berperingkat-peringkat agar rakyat tidak terasa bebannya.

Persoalannya, selama ini dimanakah peranan Pemandu, Idris Jala, Omar Ong, puluhan pegawai dan penasihat Perdana Menteri, con-sultan dan con-setan yang direkodkan telah dibayar sebanyak RM7.2 bilion oleh kerajaan sepanjang lima tahun yang lalu serta penasihat kiri dan kanan dalam menasihati Najib supaya menguruskan negara ini dengan cara yang betul?

Nampaknya Najib dan kerajaan perlu terus disekolahkan dalam mentadbir negara ini!!

Mahkamah Kekalkan Keputusan Perintah Blogger UMNO, Padijantan Bayar RM130,0000

Posted: 27 Dec 2013 06:13 AM PST

KELAB GREENBOC
 
 
Alor Setar - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam mengekalkan keputusan memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana memfitnahnya dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar, membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya. Gambar: Sanuri (kiri) lega dengan keputusan mahkamah.

Abu Bakar menolak permohonan lampiran 22 dan 23 defendan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung lampiran 16 berkenaan fitnah yang dibuatnya pada 22 Julai tahun lalu terhadap Sanusi mengaitkan plaintif dengan jenayah rasuah RM1.3 juta. Bagaimanapun keputusan memihak kepada plaintif yang dibuktikan dalam perbicaraan penuh.

Menurutnya, lampiran 23 dan 23 berkenaan ditolak dengan kos RM2,000 kerana defendan gagal membuktikan isi kandungan afidavit sokongannya antara lain beliau tidak pernah menerima writ saman berhubung tuntutan kes berkenaan.

Berdasarkan fakta, pada 30 April lalu penyampaian ganti sudah beberapa kali pergi ke alamat yang diketahui milik defendan namun beliau tiada di rumah. Akhirnya pada 9 Jun, penghantar notis mahkamah memfailkan afidavit penyampaian ganti di mahkamah dan menampalkan notis terbabit di alamat terakhir beliau di Flat Taman Seri, Gemilang, Mergong serta papan kenyataan mahkamah. Mahkamah memutuskan defendan gagal untuk membuktikan beliau tidak menetap di alamat itu dan kes berkenaan tamat serta tiada sebarang rayuan di peringkat mahkamah rayuan berikutan defendan gagal memasukkan sebarang notis rayuan yang berakhir pada 30 November lalu.

Keputusan pada 30 Oktober kekal dengan defendan diarahkan membayar ganti rugi am RM100,000 dan kos RM30,000 serta tambahan RM2,00


Muhammad Sanusi diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan diwakili Shariman Osman.

Sementara itu, Shariman akan tetap membuat rayuan terhadap keputusan kehakiman dalam tempoh 14 hari.

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah RM1.3 juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program menteri besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat memfitnahnya menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu.

"Saya bersyukur kerana keputusan ini kekal sekali gus dapat membersihkan semula maruah saya yang tercalar. Duit berkenaan kelak akan digunakan untuk tujuan kebajikan," katanya.

Dalam pada itu, Amirul Fairuzzeen berkata, pihaknya akan memfailkan pelaksanaan terhadap defendan untuk melangsaikan bayaran dengan segera.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[TERBONGKAR] Wang Rakyat Disalahguna Biaya Perkasa Bantu BN Hadapi PRU14

Posted: 27 Dec 2013 06:04 AM PST


Isu dana: Isa tak perlu kecoh

KELAB GREENBOC
 
 
SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

"Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan 'musuh' menyerang kerajaan.

"Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya Perkasa Selangor tidak menerima saluran kewangan daripada agensi kerajaan tetapi tidak menolak kemungkinan ia hanya di peringkat pusat.

"Di peringkat Selangor, Perkasa mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai dan usahawan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program yang dirancang bermatlamat Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa," katanya. -SH

Bantuan kerajaan kepada Perkasa dedah wajah sebenar Umno, kata Nik Nazmi


Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman.

"Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN.

"Kita telah pun menegaskan sebelum ini bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini membuktikan wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada NGO perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN," kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India.

Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN.

Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman.

Katanya, kerajaan pada 2009 telah memberikan komitmen untuk melakukan perubahan kepada BTN, tetapi jika biro itu terlibat membantu Perkasa, maka tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

"Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. Jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

"Slogan 1Malaysia dan transformasi yang diwar-warkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna," katanya.

Isnin lalu, Isa, dalam mempertikaikan dakwaan Perkasa bahawa ia boleh mengganti Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mendedahkan pertubuhan itu sendiri bergantung kepada Umno.

"Kami lindungi Perkasa dan mereka banyak menerima faedah daripada kita (Umno). Bagaimana mereka nak gantikan kami (Umno)," katanya.
-TMI

ULASAN GB

Pakatan Rakyat perlu membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu ini untuk tujuan rekod.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segalanyanya terbongkar kini. UMNO BN menggunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada PERKASA dan NGO yang lain bagi membantunya menghadapi PRU14 nanti.

Namun, yakinlah, setiap penyalahgunaan wang rakyat akan lebih cepat menamatkan riwayat UMNO BN kerana tindakan sedemikian tidak akan sekali-kali direstui rakyat.

Namun perbuatan salahlaku berkenaan wajar didedahkan dan mereka yang terlibat wajar menerima hukuman.

Isu dana: Isa tak perlu kecoh

Posted: 27 Dec 2013 05:52 AM PST


Abu Bakar Yahya  
Abu Bakar Yahya


SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

"Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan 'musuh' menyerang kerajaan.

"Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya Perkasa Selangor tidak menerima saluran kewangan daripada agensi kerajaan tetapi tidak menolak kemungkinan ia hanya di peringkat pusat.

"Di peringkat Selangor, Perkasa mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai dan usahawan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program yang dirancang bermatlamat Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini,  Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa," katanya.

Didakwa tak prihatin, Prof Muhaya tampil jawab

Posted: 27 Dec 2013 05:49 AM PST


Prof Muhaya  
Prof Dr Muhaya Mohamad


SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

"Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

"Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

"Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

"Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

"Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

"Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

"Tetapi bagaimana kita nak 'empower' seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?," katanya.

Tambahnya, "saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita," katanya.

Jelasnya, "saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan."

MTUC Saran Elaun Sara Hidup RM300 Sebulan Untuk Pekerja Swasta

Posted: 27 Dec 2013 05:45 AM PST

 MSTAR ONLINE

 
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Jumaat mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.

Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.

Dalam tempoh sementara ini beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi menang-menang.

Khalid berkata MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.

Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka, tetapi lebih suka kepada rundingan aman. - BERNAMA

SMM: Perhimpunan Bukan Untuk Guling Kerajaan

Posted: 27 Dec 2013 05:43 AM PST

 MSTAR ONLINE

 
PETALING JAYA: Gerakan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata perhimpunan di Kuala Lumpur yang dirancang oleh gerakan itu pada sambutan ambang tahun baharu bukanlah bertujuan untuk 'menggulingkan kerajaan'.

Pengerusi SMM, Mohamed Bukhairy Sofian berkata, perhimpunan tersebut diadakan untuk menyuarakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

"Perhimpunan itu akan diadakan secara aman seperti yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Kami juga menuntut kerajaan untuk menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu, (dan) untuk menghentikan segala pembaziran dan ketirisan yang perlu ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamed Bukhairy berkata, penganjur perhimpunan itu, dikenali sebagai Gerakan 3112-Turun, turut disokong oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Beliau berkata kumpulan itu telah mengenalpasti Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni sebagai check-point untuk para peserta berkumpul sebelum perhimpunan tersebut.

"Kami akan bertemu di ketiga-tiga check-point bermula pukul 9 malam dan mula bergerak ke Dataran DBKL, tepat pukul 10 malam.

"Selepas ketiga-tiga kumpulan tersebut berkumpul, kami akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
"Kami berharap perhimpunan ini akan menjadi isyarat efektif kepada kerajaan, untuk membuktikan golongan mahasiswa tidak akan berdiam diri sekiranya sesiapa saja yang berkuasa menindas rakyat," katanya.

Pada minggu lalu, Pengerusi Turun, Azan Safar menjelaskan bahawa perhimpunan anjuran golongan mahasiswa, tiada kaitan dengan perhimpunan lain yang dirancang, kononnya untuk menggulingkan kerajaan, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Azan, bagaimanapun, ditahan pada Rabu dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Naikkan Harga Alat Tulis & Buku

Posted: 27 Dec 2013 05:41 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pertubuhan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia berdepan tindakan tegas di bawah Akta Persaingan 2010 jika menaikkan harga barang sesuka hati.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menegaskan antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap persekutuan itu ialah denda, penutupan premis perniagaan selain barang jualan dirampas.

Beliau berkata tindakan itu boleh diambil kerana rancangan persekutuan untuk menaikkan harga barang merupakan aktiviti kartel iaitu bertujuan mengaut keuntungan berlebihan akibat monopoli pasaran.

"Ini satu kesalahan kerana ia perbuatan kartel apabila pengusaha di bawah persekutuan bermuafakat untuk naikkan harga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Kembali ke Sekolah di sebuah pasar raya besar di sini, Jumaat.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada Jumaat yang menyebut pihak persekutuan merancang menaikkan harga alat tulis dan buku antara 20 hingga 30 peratus dalam suku pertama tahun depan.

Presiden persekutuan itu Tey Tong Sing dipetik sebagai berkata kenaikan itu tidak dapat dielak susulan pelaksanaan gaji minimum serta kenaikan kos operasi termasuk pengangkutan dan sewaan premis.

Tey juga mendakwa kadar pertukaran mata wang antara Ringgit dan Yuan Renminbi turut menjadi faktor kenaikan harga barang memandangkan kebanyakan alat tulis serta buku diimport dari China.

Hasan berkata beliau akan mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)meneliti semua dakwaan persekutuan terbabit bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Mengenai Kempen Jualan Kembali ke Sekolah, Hasan menggesa lebih banyak syarikat peruncitan tampil dan menyertainya kerana ia secara tidak langsung membantu kerajaan mengukuhkan ekonomi negara.

"Program seumpama ini berkonsepkan menang-menang kerana syarikat mendapat peningkatan jualan, manakala pengguna mendapat lebih banyak pilihan dan penjimatan," katanya.

Pada majlis itu Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 150 pelajar kurang bernasib baik di sekitar Negeri Sembilan dan Pahang. - BERNAMA

Kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream Dikesan Ada Racun - Kementerian Kesihatan

Posted: 27 Dec 2013 05:37 AM PST

  MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Katanya, produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan PihakBerkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagimerawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesionalkesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggilbalik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta," katanya.

Eisah berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - BERNAMA

ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno

Posted: 26 Dec 2013 04:13 PM PST


MALAYSIAKINI

 
 
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.

Pemimpin NGO itu berkata, kenyataan Isa tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

"Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat," kata Aminuddin Yahaya.

Isa yang juga pengerusi Felda kelmarin dilaporkan berkata, rakyat tidak harus menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup kerana ia tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami dan menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

Sambil menyeru orang ramai tidak emosional, Isa berkata, dengan memarahi Umno sekali pu, harga barang dan kos hidup tetap tidak akan turun.

'Utamakan rakyat, bukan kroni'

Dalam kenyataannya hari ini, Aminuddin (kiri) berkata, ucapan wakil rakyat BN itu pada Isnin lalu seolah-olah memperlekehkan minda rakyat yang bukan lagi hidup dalam zaman 70-an dan tidak berinformasi.

"Walhal kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Jadi mana mungkin kalau dikatakan Umno (selaku parti utama pemerintah) tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup," katanya.

Aminuddin berkata, Umno terlibat menentu dan menjalankan dasar negara dan sehubungan itu mereka tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan.

Katanya, walaupun kenaikan tersebut tidak boleh dielakkan, kerajaan perlu bijak melakukan keseimbangan penyelarasan kenaikan gaji kerana ia menekan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

ISMA juga menyeru pemimpin Umno dan kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab dan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat daripada syarikat-syarikat kroni ini.

Dr M: Kurang kos, bukan naik harga

Posted: 26 Dec 2013 04:11 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad 
 Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

"Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri," katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

"Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar," katanya.

Kerajaan minoriti tak mampu laksana manifestonya

Posted: 26 Dec 2013 04:05 PM PST

Oleh Mahdzir Ibrahim

Janji BN Selangor sewaktu PRU-13 lalu. Macam kenal.


MANIFESTO dirancang untuk dilaksana dan seboleh-bolehnya dapat dicapai dalam jangka masa tertentu. Namun, pada peringkat awal pelaksanaan manifesto kerajaan minoriti UMNO/BN ini, kita dapat lihat suatu langkah yang sangat mengelirukan dan seakan menyimpang daripada maksud itu.

Adakah ini suatu perkara yang memang dirancang terlebih dahulu atau ia suatu perkara yang di luar kawalan kerajaan.

Jika ia memang dirancang maka ia mungkir janji kepada rakyat khususnya penyokong dan pengundi mereka sendiri, jika tidak, maka ini bermakna kerajaan UMNO/BN gagal menjangka masalah yang mengganggu pelaksanaan manifesto mereka sedangkan mereka mendakwa malah berkempen meminta rakyat memilih parti yang mempunyai berpengalaman berpuluh tahun mentadbir Malaysia.
Antara beberapa perkara dalam manifesto UMNO/BN yang menyimpang daripada rancangan asal seperti rancangan 'Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar'.

Persoalan utama, apakah dengan kenaikan petrol RON 95 sebanyak RM0.20, diikuti dengan pemansuhan subsidi gula, pengenaan cukai GST yang bakal dikenakan tidak lama lagi,
kemudian kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol di kawasan Lembah Klang, malah yang terbaru, cukai pintu warga Kuala Lumpur dinaikkan secara mendadak, adakah semua ini bertujuan 'Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar' seperti yang termaktub dalam manifesto UMNO/BN?

Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan kita merasa bahawa ini merupakan penipuan terang-terangan kerajaan minoriti UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak.

Malah ini juga boleh diibaratkan sebagai 'penderaan atau hukuman' kepada pengundi bandar yang tidak menyokong BN pada PRU-13 lalu.

Projek 'Pembinaan Rumah Mampu Milik' serta 'Pemberian BR1M' dalam manifesto BN juga tidak akan membawa apa-apa erti kerana kos sara hidup di bandar besar sudah amat tinggi. Segala manifesto 'Menangani Kos Sara Hidup' hanya menjadi slogan kosong dan projek gajah putih pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.

Jika kita tinjau pula manifesto pendidikan UMNO BN iaitu ingin 'Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara'.

Kita dapat lihat bagaimana Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan setakat ini meletakkan Malaysia di tangga ke-52 daripada 65 negara. Malah kementerian membelanjakan RM270 juta untuk mengupah firma perunding bagi membekalkan mentor bahasa Inggeris di sekolah, tetapi hasilnya amat tidak memuaskan. Apakah justifikasi kos yang dikeluarkan dengan cita-cita 'Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara' berpadanan?

Kementerian seperti Kementerian Pelajaran merupakan antara kementerian yang mendapat peruntukan terbesar berbanding kementerian lain. Kita tertanya-tanya dan ingin sekali tahu, bagaimanakah kontrak rundingan terus ini dijalankan?

Sebagai contoh, menurut laporan daripada http://myprocurement.treasury.gov.my/index.php/en/list-
tender-rundingan-terus Kru Academy Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM62,366,400 bersama-sama dengan Ranaco Marine Sdn Bhd secara rundingan terus.

Apakah kritiria penting untuk kontrak rundingan terus ini?

Apakah reputasi syarikat ini dalam melaksana projek yang diberi?

Jika memang firma atau syarikat ini layak dan mampu 'Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara', kita tak akan persoalkan.

Selain daripada itu janji 'Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti'. Kes siling hospital runtuh terus berlarutan. Daripada siri 'runtuhan' ini, rakyat merasa amat sangsi dengan apa jua program kesihatan yang dirancang kerana usaha itu akan jadi sia-sia kerana keselamatan paling asas bagi pesakit atau pelanggan termasuk keselamatan kakitangan hospital terdedah dengan bahaya runtuhan siling.

Hari ini siling, kita tidak tahu apa lagi yang akan runtuh selepas ini. Hingga kini tidak nampak apakah tindakan konkrit daripada pihak kerajaan, yang ada hanya cakap-cakap nak baiki dan nak saman kontraktor.

Janji 'Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam'. Masalah sistem pengangkutan di Malaysia hampir seusia dengan masalah sistem pendidikan. Penubuhan SPAD kelihatan masih lagi tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Sebagai contoh di Putrajaya sendiri, masalah tempat letak kenderaan sangat kritikal, baik untuk pelanggan dan kakitangan. Kawasan alternatif yang disediakan pula kebanyakan tidak sesuai, ada yang tidak terurus/teratur dan masih belum mencukupi. Ada beberapa kawasan di antara Kementerian Pelajaran dan Kesihatan, menggunakan kawasan yang dirizab untuk tempat berkumpul ketika kecemasan dan kawasan ini juga merupakan kawasan hijau.

Tetapi kini kawasan itu telah rosak kerana dijadikan tempat meletak kenderaan alternatif bagi kakitangan awam.

Selain itu, sistem pengangkutan awam di Putrajaya dan kawasan sekitarnya juga masih lemah. Masih ramai kakitangan awam menggunakan kenderaan peribadi untuk pergi dan pulang kerja.

Perkhidmatan bas ke Putrajaya dari kawasan sekitar seperti Kajang, Semenyih, Bangi, Nilai, Serdang, Puchong, Salak Tinggi, tidak ada.

Ini bukan sahaja menyukarkan kakitangan awam yang duduk di daerah yang berhampiran untuk menggunakannya, malah pelanggan juga tidak ada banyak pilihan kecuali menggunakan kenderaan peribadi untuk berurusan di Putrajaya.

Jadi, bagaimana cabaran sebegini mampu diatasi dan dijadikan contoh untuk menyelesaikan masalah sistem pengangkutan yang meliputi kawasan lain, yang lebih besar dan luas seperti Lembah Klang dan bandar utama di setiap negeri di Malaysia.

Begitu juga dengan manifesto 'Pembangunan lnfrastruktur Bertaraf Dunia Dan Transformasi Luar Bandar'.

Seperti selalu kita dengar kempen politik dan pilihan raya UMNO/BN, akan sentiasa menggunakan agenda pembangunan seperti infrastruktur dan sebagainya, konon untuk memastikan semua rakyat mendapat nikmat pembangunan yang setara.

Tetapi sejak puluhan tahun, tahap pembangunan dan kemajuan kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak masih terabai sedangkan negeri itu mempunyai hasil bumi yang besar.

Namun mujur, walaupun Pakatan Rakyat belum dapat memerintah di Putrajaya, DAP telah melaksanakan satu projek penting bersolidariti membantu masyarakat luar bandar di negeri itu dengan hasrat membantu komuniti mengecapi kemudahan asas yang menjadi hak mereka.

Impian Sarawak dan Impian Sabah dilancarkan dan kini dalam fasa pelaksanaan yang memfokus kepada bantuan pembinaan projek komuniti bersaiz kecil seperti pembinaan sistem pengairan untuk bekalan air bersih.

Sungguhpun saiz usaha ini kecil, tetapi ia menjadi bukti kesungguhan DAP untuk melaksana program pembangunan luar bandar. Tanpa kuasa dan dana besar, kita masih mampu menjayakannya. Ini bukanlah janji pilihan raya sepertimana janji manifesto kerajaan minoriti UMNO/BN, tetapi ini adalah pelaksanaan kerja pembangunan komuniti yang praktikal.

Kerja yang sedang kita laksanakan ini adalah persiapan kecil sebelum Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan Malaysia daripada kerajaan minoriti yang lemah dalam melaksanakan manifestonya.-Roketkini.com

Gerakan: Gantung The Heat burukkan imej k'jaan

Posted: 26 Dec 2013 04:01 PM PST


MALAYSIAKINI

 

Kempen membantah penggantungan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menggamit ahli politik dan tokoh masyarakat terlibat sama membincangkannya, termasuk Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang (bawah).


Beliau turut tampil menulis pesanan di Twitter semasa kempen harian menggunakan hashtag #theHeat anjuran perkumpulan longgar wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM).

"Sudah ada undang-undang fitnah. Kenapa perlu gantung akhbar? (Ia) hanya tambah kerosakan kepada imej kerajaan," tulisnya kelmarin.

Beliau juga berhujah, rakyat sendiri harus dibiarkan menghakimi mutu sesebuah akhbar itu, termasuk akhbar organ pembangkang.

"Ada sebab mengapa pengedaran Harakah, Keadilan Daily dan Roket rendah. Jika ia sampah, orang takkan beli. Biar rakyat yang menghakimi #theHeat," tulis beliau lagi.

Ambiga: Serangan pada kebebasan

Sementara itu, bekas pengerusi Majlis Peguam dan BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (bawah) pula aktif menyokong GERAMM sejak permulaan kempen di media sosial itu pada Isnin.

"Penggantungan The Heat bukan hanya serangan kepada media, ia adalah serangan kepada rakyat dan hak kebebasan #theheat," tulis beliau.

Manakala bekas ahli parlimen Temerloh dan bekas majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah turut secara terang menyokong keperluan media yang bebas kepada negara.

"Saya sokong kebebasan media," tulis beliau ketika memberi sokongan di Twitter, tanpa merujuk langsung kepada kempen GERAMM.

Forum kebebasan media

GERAMM bakal menganjurkan forum 'Bebaskan Media' esok di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada jam 8.30 malam.

Panelis ialah Steven Gan (Malaysiakini), V Anbalagan (The Malaysia Insider), G Vinod (Free Malaysia Today), Ronasina (penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan Bebas atau CIJ) dan Hata Wahari (Wartawan Tanpa Sempatan atau RSF).

Wartawan veteran Zulkifli Sulong akan menjadi moderatornya.

Antara isu bakal disentuh ialah keganasan pada pengamal media sewaktu BERSIH 3.0 pada 2012; masalah permit penerbitan dan kawalan Akta Penerbitan, penggantungan akhbar mingguan The Heat dan akhbar pembangkang.

GERAMM turut menganjurkan kempen memakai baju merah setiap Jumaat. Setakat berita ini ditulis, Facebook kumpulan itu sudah diikuti oleh 3,021 pengguna dan 971 orang di Twitter.

Penangkapan Azan Safar dikutuk, rakyat digesa sedia himpunan besar 31 Disember

Posted: 26 Dec 2013 03:55 PM PST

Sheikh Yaser Abd Rahman


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke Balai Polis tanpa alasan yang munasabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polis kira – kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibu kota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.

poster 31

Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok – elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN.

Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

(*)  Sheikh Yaser Abd Rahman Penyelaras SAMM Kebangsaan

Yayasan Islam Terengganu dikecam tidak sambung perkhidmatan guru KAFA

Posted: 26 Dec 2013 03:53 PM PST

Oleh Fariz Musa


Jingga 13 Malaysia mengecam tindakan Yayasan Islam Terengganu yang telah mengambil tindakan drastik dengan tidak menyambung perkhidmatan sejumlah besar guru KAFA berkhidmat di negeri Terengganu tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16 Disember 2013 , Pengarah Yayasan Islam Terengganu,Tuan Ahmad Fadluldin bin Mohamad langsung TIDAK menyatakan alasan mengapa perkhidmatan guru-guru KAFA tersebut tidak disambung.

Menurut Garis Panduan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jakim 2011, Perkara 9 yang dirujuk oleh beliau di dalam surat berkenaan menyatakan bahawa perkhidmatan guru KAFA boleh dihentikan pada bila-bila masa dengan dinyatakan sebab-sebab tertentu.

yayasan

Namun pihak Yayasan Islam Terengganu langsung tidak menyatakan sebab musabab tindakan yang telah diambil oleh mereka sehingga tidak disambung perkhidmatan Guru-Guru KAFA tersebut.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan balas dendam pimpinan UMNOBN Terengganu terhadap Guru-Guru KAFA dan keluarga mereka yang dituduh menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu.

Andai benar tuduhan tersebut ini menunjukkan betapa tidak profesional dan tidak matangnya tindakan oleh Pimpinan UMNOBN Terengganu dan membuktikan Yayasan Islam Terengganu tunduk dengan kezaliman.

Isu ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu kerana ianya melibatkan satu tuduhan yang serius yang mana ianya akan menjejaskan integriti Yayasan Islam Terengganu sendiri sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan bagi menjalankan dakwah serta penyelidikan yang berkaitan hal ehwal agama Islam.

Adakah pihak Yayasan Islam Terengganu sebagai sebuah institusi yang diperbadankan dan mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri tidak mempunyai sensitiviti dengan mempertimbangkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh guru-guru KAFA tersebut yang mungkin mempunyai banyak tanggungan dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan yang diperolehi melalui tugas sebagai seorang guru KAFA.

Jingga13 Malaysia dengan ini mendesak pihak Yayasan Islam Terengganu MENARIK BALIK keputusan serta membuat perlantikan semula kesemua Guru-Guru KAFA yang telah dihentikan perkhidmatan mereka.

Yayasan Islam Terengganu sewajarnya bersifat matang dan profesional serta tidak tunduk kepada tekanan politik , sempit dan murahan sehingga sanggup bertindak ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAN dan MENGANIAYA Guru-Guru KAFA yang tidak lagi disambung perkhidmatan mereka serta langsung TIDAK MENUNJUKKAN ETIKA ISLAM tetapi lebih bersikap tunduk kepada budaya politik kotor dan menjijikan.

jinggadownload

JINGGA 13 Malaysia yakin guru-guru KAFA yang dilantik oleh Yayasan Islam Terengganu adalah merupakan yang berkelayakan setelah melalui ujian atau temuduga yang dijalankan oleh pihak Yayasan Islam Terengganu sendiri serta berpengalaman dalam mendidik anak bangsa dalam bidang agama Islam.

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Kerajaan Negeri Terengganu mengambil perhatian kepada isu ini serta menyelesaikannya dengan penuh bijaksana,jangan sampai majoriti Guru-Guru KAFA ini merupakan anak negeri Terengganu dizalimi dan diinaya tanpa sebarang pembelaan. – 26 Disember 2013

* Fariz Musa ialah Koordinator Jingga 13

Taib Mahmud masih disiasat, tapi 'rumit'

Posted: 26 Dec 2013 03:51 PM PST

 

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menutup kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Suruhanjaya itu menjelaskan ia "masih dalam proses".

Bagaimanapun, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatannya "rumit", menyebabkan lebih masa diambil untuk menyempurnakan siasatan.

"SPRM tidak berikan apa-apa kepada PPO, dengan mengatakan kami sudah tutup kes.

"Ia masih disiasat," kata Hadenan dalam sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, tiada perkembangan konkrit diumumkan oleh SPRM selepas Taib menggelar badan itu sebagai "nakal".

Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS

Posted: 26 Dec 2013 03:48 PM PST

 

 
 
Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam," katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri," katanya.

PR bukan dalang himpunan TURUN

Posted: 26 Dec 2013 03:43 PM PST

Oleh : NORHAYATI UMOR


PETALING JAYA : Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bukan didalangi oleh Pakatan Rakyat (PR) seperti yang didakwa sesetengah pihak yang akan diadakan, pada 31 Disember ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya himpunan itu tidak langsung dibincangkan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada mesyuarat terakhir minggu lalu.

Rafizi SAM

Katanya, beliau juga tidak melihat perhimpunan itu adalah satu program politik yang disifatkan pihak tertentu.

"Saya tidak fikir ia menjadi masalah jika rakyat mahu sambut tahun baru dan pada masa sama tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

"Mereka wajar membantah kenaikan itu kerana isu terbabit ketika ini menjadi isu nombor satu di negara kita," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, sudah menjadi lumrah rakyat berhak menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan kerajaan yang terus memberi tekanan.

"Kalau rakyat mahu sertai sambutan tahun baru dan menggunakan kesemmpatan yang ada untuk bantah kenaikan, itu hak mereka.

"Kalau betul ketika itu nanti ada tindakan mereka yang melanggari undang-undang, ambil tindakan yang sebenar jangan tangkap sebab politik," katanya.

Semalam, pemimpin TURUN, Azan Safar berkata, himpunan itu akan diteruskan sebagai tanda kempen '2014 tahun sengsara rakyat' di Dataran Merdeka, pada 31 Disember ini.

Azfar dibebaskan polis selepas 20 jam ditahan ekoran tuduhan 'serkap jarang' kerana didakwa terbabit dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.-NFN-

Penantian 20 tahun tunggu miliki rumah berakhir

Posted: 26 Dec 2013 03:40 PM PST

Oleh: Lizawati Madfa


KLANG: Setelah lebih 20 tahun menanti, hanya airmata kegembiraan yang dapat dititiskan Rosli A. Hamid apabila menerima replika kunci rumah daripada Kerajaan Selangor.

DSC_0076a (1)

Lelaki berusia 58 tahun itu berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih dengan usaha Kerajaan Negeri yang sudi membantu rakyat sepertinya memiliki rumah sendiri.

Katanya, beliau dan keluarga pernah menempuh pengalaman perit apabila beberapa kali diusir daripada rumah sewa kerana gagal menjelaskan wang sewaan.

"Kali terakhir diusir, saya terpaksa membawa anak dan isteri untuk menumpang di rumah keluarga mertua tetapi persoalannya sampai bila.

Rosli b abd Hamid-"Satu masa nanti andai orang tua tiada, perkara lain pula harus difikirkan apabila soal hak rumah menjadi pertikaian adik beradik.

"Jadi, hari ini tidak terkira kesyukuran kerana akhirnya kami dapat juga kediaman sendiri," kata pesara tentera ini.

Rosli kali terakhir bekerja sebagai pengawal keselamatan namun akhirnya dibuang kerja akibat mempunyai masalah kesihatan; kencing manis, serangan jantung dan juga darah tinggi.

"Sejak itulah, tiada siapa lagi mahu ambil bekerja sehingga rumah yang saya beli terpaksa dilelong dan akhirnya kami semua hanya mampu menyewa merata-rata dengan berbekalkan wang pencen sahaja," jelasnya lagi.

Beliau yang hadir ditemani anak bongsunya merupakan antara 43 penerima rumah baru di Majlis Penyerahan Kunci Rumah yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang di sini.

Majlis yang disempurnakan Timbalan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Tiew Way Keng itu turut meraikan 21 penerima bantuan program Baik Pulih Rumah.

Zarina bt mahmud-Sementara itu, penerima program Baik Pulih Rumah, Zarina Mahmud 39, pula berharap program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri dapat terus dikembangkan dan ditambahbaik demi kepentingan rakyat.

"Contohnya seperti program ini, memang baik kerana jika bahagian rumah rosak tidak dibaik pulih, ia akan beri kesan yang lain pula pada penghuni rumah.

"Cuma diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan lagi proses permohonan baik pulih ini kerana jika sesuatu kerosakan itu dibiarkan lama, ia akan membawa kesan kerosakan yang lebih teruk lagi, dan ini beri kesan pula pada kos pembaikan," kata Zarina yang menerima bagi pihak ibu mertuanya.EZY

Tiada ulasan: