Isnin, 2 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Fauzi Shaari melerai demonstran dengan salam bukan cota

Posted: 02 Dec 2013 03:48 AM PST

MSO



Lewat petang semalam kita dikhabarkan dengan berita mendukacitakan apabila bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman Fauzi Shaari (Dato') telah kembali ke Rahmatullah di pusat rawatan rapi (ICU) hospital Selayang. Beliau pergi dalam usia 63 tahun.

Sewaktu catatan ini dibuat urusan pengembumian jenazah beliau sedang dilakukan di Shah Alam Selangor. Al Fatihah.

Fauzi sebelum ini dilaporkan dimasuk ke hospital berkenaan dan dirawat di ICU kerana sejenis penyakit yang tidak dapat dikesan. Ramai pemimpin dan ahli Pas menziarah dan berdoa untuk kesejahteraan beliau semasa di hospital.

Fauzi nama yang indah dan insan yang dihormati. Profesyennya sebagai pegawai tinggi polis tidak memisahkan beliau dengan masyarakat umum. Malahan jawatan itu seakan tidak menjadi gap, untuk meletakkan beliau (polis) dengan orang awam di sempadan berbeza, malahan bergerak bersama demi keamanan dan ketenteraman negara.

Semasa menjadi ketua polis Dang Wangi dan ketua polis Selangor beliau juga tegas dengan masalah jenayah dan maksiat. Kesungguhannya membenteras maksiat menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Namun tugas dan ketegasan itu satu kebanggaan pula bagi negara. Beliau tidak berkompromi atas niat membela agama dan bangsa.

Fauzi (tengah) sedang mendirikan solat. 
Kata orang benih yang baik tetap akan baik walaupun di mana berada. Allahyarham mengambil keputusan menyertai Pas sebagai wadahnya selepas tamat dalam perkhidmatan PDRM. Tidak menghairankan kalau beliau memilih Pas, bukannya Umno, sebab beliau sendiri lahir dalam keluarga pejuang Islam.

Bapanya, Shaari Musa adalah orang turut bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Ulama Malaysia bersama bekas Yang di-Pertua Pas pertama Ahmad Fuad Hassan. Allahyarham menyerahkan borang kemasukan ke dalam Pas dalam satu majlis di Perak pada 29 Mei 2912 yang diterima oleh presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Shaari dilahirkan di Batu Kurau, Perak pada 25 September 1950.

Sebagai seorang pegawai tinggi polis, pendekatan dan komitmen Shaari sebagai seorang pegawai yang patut dicontohi. Beliau mempunyai diplomasi tinggi dalam mewujudkan ketenteraman dan keadilan kepada pelanggan - rakyat. Misalnya semasa kemuncaknya reformasi tahun 1998 dan menjelang pilihan raya umum 1999 beliau adalah ketua polis Dang Wangi. Setiap minggu beliau akan berdepan dengan ribuan para demonstrasi yang menuntut keadilan dan kebenaran kerana membela pemecatan dari Umno dan kezaliman oleh Mahathir Mohamad ke Anwar Ibrahim.

Keserlahan daya diplomasi tinggi beliau sebagai anggota polis nampak disini bila mana beliau mengambil pendekatan lunak dengan para demonstrasi yang kebanyakan dengan berladum dengan emosi dan kebencian kepada polis. Beliau tidak mengambil sikap menentang tetapi menggunakan pendekatan berbaik dan berkawan. Beliau turun ke jalan raya untuk menyuraikan para demonstasi dengan salam bukannya dengan cota atau belantan.

Beliau akan bersalaman dengan para demonstrasi dan minta bersurai dengan baik setelah diberi peluang untuk melalak dan melaung beberapa ketika melepas luapan perasaan masing-masing.

Ternyata pendekatan diambil Fauzi berjaya. Diplomasi itu menyebabkan para demonstrasi menghormati dan malu kepadanya kemudian akan bersurai dengan baik. Tanyalah sesiapa yang pernah terlibat dengan demontrasi tahun 1998 akan merasai keindahan atau kemesraan Fauzi (polis) dengan para demonstrasi ini.

Beliau juga seorang mudah mesra dan berhemah dengan sesiapa saja. Perangai kepegawaian polis yang bengis, sombong tidak ada kepadanya. Saya pernah berjumpa dan berbual-bual secara peribadi dengannya. Walaupun pertama kali mendekatinya tetapi kemesraan dan layanan yang diberikan cukup istimewa, mengkagumkan. Pertemuan pertama dengannya ialah semasa hadir satu majlis di rumah ahli politik 'kaki lompat' di Taman Melawati.

Pada pertemuan ini beliau mencerita di antara peranan beliau sebagai pegawai polis agak kekok juga untuk melayani kerenah para demonstasi. Tetapi katanya beliau merasa nasib baik setiap arahan dan larangan yang disampaikan secara 'berkawan' dapat mengatasi masalah tanpa berlaku ketegangan.

Kali kedua berjumpa dengannya dan bersarapan bersama semasa Pas mengada Himpunan Hijau di Alor Star Kedah pada tahun 1 Jun 2012. Penemuan dari dekat ini menyerlahkan apa yang ditunjukkan sebelum ini. Kami makan sama-sama tanpa ada rasa kekok dan sikap gensi dari beliau sebagai bekas pegawai tinggi polis. Kehambaanya sebagai seorang pejuang Pas dan terdidik dengan agama sangat jelas.

Atas wibawa dan komitmennya dengan perjuangan Islam (Pas) menyebabkan Pas menawarkan beliau menjadi calon Parlimen di kawasan Larut Perak pada pilihan raya umum lalu. Beliau berdepan dengan calon BN, Hazmah Zainuddin. Penyertaan kali pertama dalam pilihan raya atas desakan Pas itu bagaimana pun Allahyarham gagal.

Perjuangan Allahyarham Fauzi baru masuk tahap pertama di dalam Pas, tetapi hati dan jiwanya ternyata sudah kesekian lama tertanam dalam Pas.  Bagi saya jalan yang diambil itu satu pengorbanan kerana beliau sudah tentu tidak melihat apa-apa tawaran kerajaan selepas bersara, misalnya menjadi pengerusi di mana-mana agensi kerajaan.

Yang nyatanya perjuangan ayahnya menyebabkan beliau tidak terlepas dari ikut sama berada dalam 'gelong' perjuangan Islam (Pas). Sesungguhnya walaupun sekejap Allahyarham bersama Pas tetapi ia meninggalkan impak yang cukup besar. Hasratnya untuk memberi kefahaman di antara polis dengan orang politik tidak kesampaian sepenuhnya.

Semoga roh Allahyraham dicucuri rahmat.

Anwar pertikai Shafee tak lapor isu Bt Puteh

Posted: 02 Dec 2013 02:50 AM PST

 

 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai kegagalan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah melapor kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku melibatkan peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih.

Ketua umum PKR itu sekaligus mempersoalkan kredibiliti Shafee yang kini bertindak sebagai pendakwa dalam kes liwat II.

NONESehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan Shafee itu sebagai satu "jenayah" kerana ia merupakan satu perkara serius melibatkan kedaulatan wilayah Malaysia sedangkan Shafee didakwa mengetahui perkara yang dibangkitkan itu.

"Peranan Tan Sri Shafee Abdullah, dia ada maklumat tentang perkara yang serius yang melibatkan wilayah negara dan maklumat ini telah tidak disampaikan.

"Ini maknanya ia telah tidak menyerahkan keterangan atau membuat laporan kepada polis atau SPRM. Ini juga merupakan satu jenayah.

"Maka saya akan berbincang dengan peguam, untuk membuka semula kes Tan Sri Shafee Abdullah ke mahkamah (untuk digugur sebagai pendakwa).

"Kalau orang dan kredibiliti begini, boleh menyimpan rahsia tentang akaun dan peguam negara di Hong Kong dan (kini) jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan barisan peguamnya termasuk Karpal Singh untuk menyegerakan tuntutannya menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan.

Anwar demikian dalam sidang media di lobi parlimen seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, yang diperolehinya pagi ini.

Dr M: Rasuah bertambah tak seperti masa saya

Posted: 02 Dec 2013 02:46 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, amalan korupsi di Malaysia semakin bertambah dan pelaksanaan undang-undang berkaitan kurang licin dan mengambil masa lama, tidak seperti pada zaman pemerintahannya.

Justeru, mantan perdana menteri berkata, penting supaya persepsi masyarakat melihat tindakan segera kerajaan dalam membanteras amalan tersebut.

"Ia (rasuah) banyak bergantung pada undang-undang dan hukuman.

"Salah satu perkara yang paling penting untuk membanteras korupsi ialah untuk mempercepatkan proses siasatan," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir berkata demikian dalam komen mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang bakal dikeluarkan esok.

Idea bendung korupsi dalam Umno

Bekas pengerusi Umno itu juga menyatakan politik wang dalam pemilihan parti itu baru-baru ini makin berkembang.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut tetapi menawarkan diri untuk bersama memberi penyelesaian masalah itu.

Beliau berpendapat walaupun corak pemilihan Umno telah bertukar, namun masalah masih wujud dan berkembang.

"Saya ada idea dan akan cari platform untuk jelaskan idea tersebut, idea untuk bendung korupsi dalam Umno dan negara," kata beliau.

Kazim umum keluar PAS

Posted: 02 Dec 2013 02:43 AM PST


 

Pendakwah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada PAS kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Beliau berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

ustaz mohammad kazim eliasLebih mengecewakannya ialah beliau anggota PAS tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam Umno.

"Kalau mereka mengatakan saya masih PAS, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota PAS atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada PAS dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.

"Saya masih sayang kepada PAS yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan PAS sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing Umno sedangkan saya adalah anggota PAS dan tidak pernah daftar sebagai anggota Umno," katanya.

Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada PAS tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.

"Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.

"Adakah ini perjuangan PAS yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan. Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara," katanya.

Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden Umno untuk mengumumkan perkara berkenaan.

"Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman," katanya.

Ustaz Kazim berkata selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.

"Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam Umno dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.

"Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini," katanya.

Pada 29 Nov lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden Umno mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno. - Bernama

'Tengku Adnan kelirukan Dewan isu kuil Muneswarar'

Posted: 02 Dec 2013 02:39 AM PST

 

 

MP Subang R Sivarasa mendakwa Menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan bahawa perintah mahkamah membenarkan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman Kuala Lumpur.

Sivarasa memberi alasan, mahkamah sendiri menegaskan bahawa tiada perintah dikeluarkan untuk perobohan kuil tersebut.

Dalam penghakimannya pada 30 Mei 2013, Hakim VT Singham berkata penghakiman bertarikh 5 Julai 2012 "tidak termasuk apa-apa arahan perobohan dinding bangunan kuil dan ia jua bukan perintah pengusiran".

"Tengku Adnan mengelirukan Dewan tetapi persoalannya, adakah dia berbuat demikian dengan sengaja?

"Jika benar, ia adalah penghinaan kepada Dewan dan harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

"Jika beliau berbuat demikian dengan tidak sengaja, beliau perlu menjelaskan pegawai manakah yang mengelirukannya sehingga beliau percaya terdapat perintah mahkamah dan apa tindakan yang akan diambil ke atas pegawai tersebut," katanya.

Sivarasa yang bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini berkata, masyarakat perlu mengetahui bahawa menteri kabinet bertindak mengikut fakta.

Tambahnya, ia juga akan menghalang Yang Dipertua Dewan dari mengulangi perbuatan yang didakwanya sebagai tidak benar sehingga membawa kepada penggantungan keahlian dua orang MP Pakatan, Sivarasa dan G Sivakumar minggu lalu.

Tarif elektrik naik 15%

Posted: 02 Dec 2013 02:37 AM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.

NONEKedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili (kanan) petang ini.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu dilapor sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam sidang medianya di Parlimen hari ini, Maximus berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi penggunaan bawah 300 kWJ sebulan.

Katanya, demi melindungi kebajikan pengguna domestik, terutamannya golongan berpendapatan rendah, kerajaan memutuskan tidak menaik tarif elektrik kepada 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna di semenanjung.

"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20.00 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

"Pada keseluruhannya, ekoran daripada pelaksanaan tarif baru ini, kerajaan masih perlu menanggung jumlah subsidi melalui pelepasan hasil peroleh gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, yang mana RM2.4 bilion setahun adalah khusus untuk pengguna domestik di bawah 300kWj sebulan.

"Manakala bagi Sabah dan Labuan angka ini mencatat jumlah sebanyak RM570 juta setahun di mana RM155 juta setahun adalah bagi kategori pengguna yang sama," katanya.

Dengan semakan tarik elektrik di Sabah dan Labuan, Maximus berkata, kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM1.812 bilion dalam bentuk geran.

Katanya, ia tujuan untuk pelaksanaan projek pengukuhan infrastruktur baru yang kritikal termasuk Projek Talian Penghantaran Southern Link serta projek-projek kritikal perhubungan bagi tahun 2014 hingga 2016.

"Selain daripada bantuan tersebut, kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013-2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan SAIDI (System Averange Interruption Duration Index) di seluruh Sabah," katanya.

Kes liwat: Anwar pertikai kredibiliti Shafee sebagai pendakwa

Posted: 02 Dec 2013 02:29 AM PST

Salmiyah Harun 
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kredibiliti peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes dakwaan liwat 2.

Petikaian itu ekoran pengakuan bersumpah b ekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Shafee tidak membuat laporan dakwaan rasuah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Bagaimana individu yang kredibilitinya seperti ini boleh simpan rahsia dan kini diamanahkan pula jadi pendakwa raya dalam kes saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalan sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Anwar, di dalam pengakuan bersumpah tersebut Shafee dikatakan mempunyai maklumat dakwaan rasuah Gani berhubung kes tuntutan Pulau Batu Putih yang menyebabkan Malaysia gagal dalam tuntutan itu.

Katanya, dalam pangakuan itu Shafee turut mendakwa terdapat sejumlah wang yang besar diberikan kepada Gani dalam akaun banknya di Hong Kong.

"Umum akan terkejut dengan jumlah wang yang ada di Hong Kong atas penglibatan Gani dalam kes Pulau Batu Putih. Sebab itu Gani diberi sambutan luar biasa dan hebat oleh pemerintan Singapura setiap kali beliau ke negara itu," katanya.

Bagaimanapun Anwar akan berbincang dengan peguamnya Karpal Singh untuk mengangkat perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menggugurkan Shafee sebagai pendakwaraya dalam kes liwat.

Iskandar ikrar PAS terus cemerlang, kukuhkan Pakatan

Posted: 02 Dec 2013 02:27 AM PST


SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berikrar akan meneruskan kecemerlangan PAS di negeri ini di samping berusaha mengukuhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, walau siapa yang dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS tugas utama mesti meneruskan kecemerlangan PAS Selangor menambah jumlah kerusi negeri pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

"Saya tidak dapat surat, saya tahu daripada WhatsApp dan dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden," katanya ketika ditemui di lobi Annex, SUK tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau akan menunggu surat rasmi untuk pelantikan pesuruhjaya sebelum membuat sebarang tindakan.

Ketika ditanya mungkin melantik Timbalan Pesuruhjaya PAS di kalangan Muslimat katanya, "jika saya hendak lantik pun saya akan serahkan kepada keputusan mesyuarat PAS Selangor".

Sementara itu, mantan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Othman menunaikan sujud syukur tiga kali selepas mendapat tahu keputusan tersebut.

"Saya gembira. Banyak benda yang saya percaya saya boleh buat untuk tolong tapi saya tak akan tinggalkan perjuangan. Ramai orang muda dalam PAS yang pandai berucap.. saya bukan orang yang pandai berucap dalam dewan. Tapi winnable candidate, yes (calon boleh menang, ya)," katanya.

Dr Abdul Rani Othman merupakan Adun Meru dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar manakala Iskandar A Samad adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

Surat pecat telah dihantar, tiada rayuan diterima

Posted: 02 Dec 2013 02:15 AM PST


Mustafa Ali  
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan surat pemecatan keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias telah dihantar selepas PRU13, Mei lalu.

Menurutnya, surat itu turut dihantar bersama 20 ahli Pas lain yang turut dilucutkan jawatan atas kesalahan bertanding menjadi calon bebas dan menyokong calon tersebut.

Beliau berkata, surat itu telah dihantar melalui perkhidmatan pos laju dan telah sampai tanpa mendapat apa-apa respon daripada Mohammad Kazim atau Ustaz Kazim.

"Ya, memang kita telah pecat beliau pada Mei lalu.

"Ibu pejabat kita telah hantar surat itu kepadanya. Kita anggap sampai kepada beliau, sebabnya kita tidak menerima pengembalian surat itu, jadi kita anggap beliau terima.

"Kita juga tak dapat apa-apa respon daripada beliau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Pas menjelaskan kedudukan Mohammad Kazim dalam parti itu yang telah dipecat dan disahkan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Susulan itu, Mohammad Kazim turut dilaporkan media yang dipetik sebagai berkata beliau tidak pernah keluar daripada Pas dan tidak menerima surat pemecatan.

"Ya, saya ahli Pas. Saya tidak pernah keluar daripada Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada Pas, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

"Sepatutnya Pas merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi mrnjadi teman yang mesra," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa juga mengesahkan Pas tidak menerima surat rayuan daripada Mohammad Kazim dan bekas ahli yang dipecat walaupun mempunyai ruang untuk berbuat demikian.

"Sehingga hari ini, kita tak dapat apa-apa surat rayuan atau kenyataan rayuan daripada ahli yang kita pecat termasuk Mohammad Kazim," katanya lagi.

Kes bunuh 3 beradik: Remaja diburu

Posted: 02 Dec 2013 02:13 AM PST

SINAR HARIAN

Kes bunuh 3 beradik: Remaja diburu  
Anggota dan pegawai Polis dari Unit Forensik Polis Kontinjen Kedah menjalankan siasatan ke atas mayat Nurizzati Husna, 12, yang ditemui seorang pemancing ikan di sungai Kampung Padang Tani, Alor Senibong dekat Alor Setar, petang semalam. - Foto Bernama


ALOR SETAR - Polis Kedah sedang memburu seorang remaja lelaki dipercayai teman Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang dipercayai dibunuh bersama dua adiknya dalam satu kejadian Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata remaja itu dipercayai berada di Arau, Perlis diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

"Polis mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui pukul 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.

Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia pukul 7.30 malam hari Jumaat lepas dan tidak balik selepas itu.

Ahmad berkata polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Sementara itu bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, katanya.

Mengenai kereta polis, Ahmad berkata ia adalah bagi menggantikan kereta-kereta lama diserahkan oleh Ibu pejabat Polis Bukit Aman dalam dua peringkat berjumlah 115 buah.

Bagi peringkat pertama Polis Kedah menerima 80 buah dan daerah 'panas' diberi keutamaan iaitu Kuala Muda sebanyak 12 buah; Kota Setar (11); Kubang Pasu (9); Kulim (8) dan Langkawi (5) dan bakinya untuk daerah-daerah lain, katanya. - Bernama

Lantik Ustaz Kazim, Umno tak ada pilihan

Posted: 02 Dec 2013 02:11 AM PST


Tuan Ibrahim Tuan Man 
 Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas mendakwa Umno tidak ada "pilihan" untuk menyaingi ulama parti itu dengan hanya melantik ahli biasa menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimana Umno boleh melantik seorang ahli biasa dalam Pas menjadi MT.

Menurutnya, perkara itu hanya kerana Umno terdesak dan tidak mempunyai pilihan untuk menyaingi tokoh agama dalam Pas.

"Dia (Ustaz Kazim) bagi saya dia hanya ahli biasa dalam Pas.

"Saya rasa hairan kenapa Umno boleh pilih ahli biasa dalam Pas menjadi MT Umno.

"Ini mungkin kerana Umno tak ada pilihan, tak ada tokoh agama yang hebat untuk menyaingi Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Susulan itu, Mohammad Kazim berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota  MT Umno.

Mohammad Kazim berkata, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Terbaru, Pas telah menyatakan Mohammad Kazim telah dipecat pada Mei lalu, selepas PRU13.

Sehubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Mohammad Kazim yang menemplak Pas perlu malu kepada Umno, Tuan Ibrahim berkata : "Sepatutnya dia yang perlu malu, dia ahli Pas tapi berceramah bagi pihak Umno.

"Dia naik atas pentas Umno," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang mendakwa pendakwah atau tokoh agama yang "keluar" Pas dan menyertai Umno kebanyakannya akan "hanyut".

"Kalau kita tengok mana-mana ahli Pas atau pendakwah atau tokoh hebat agama yang pada mulanya ahli Pas, bila keluar sertai Umno semuanya hanyut dan hilang.

"Kita tengok beberapa contoh seperti bekas Imam Besar Masjid Negara, apabila masuk Umno mereka akan hilang, lenyap begitu saja," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata itu adalah hak Mohammad Kazim untuk menyertai mana-mana parti.

Gaji Adun naik tak pilih bulu

Posted: 02 Dec 2013 02:08 AM PST


Ng Suee Lim  
 
Ng Suee Lim

SEKINCHAN – Kenaikan gaji Adun Selangor yang bakal berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan turut melibatkan lebih 200 bekas Adun Barisan Nasional (BN) yang turut bakal  menikmati kenaikan pencen dengan bayaran sebanyak RM5,625.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, kenaikan itu diberi kepada semua bekas Adun yang pernah berkhidmat selama dua penggal berturut-turut dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipilih melalui proses pilihan raya.

Menurutnya, beberapa Adun BN yang menghubungi beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak melupakan kebajikan bekas wakil rakyat.

"Kenaikan gaji Adun ini mendapat sokongan sebahagian besar daripada bekas wakil rakyat BN yang turut menerima faedah besar apabila memperoleh tambahan pencen berbanding sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Suee Lim berkata, kerajaan negeri turut memahami denyut nadi dan kepayahan bekas Adun terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

"Saya difahamkan ada sesetengah Adun ini bergantung sepenuhnya kepada wang pencen dan kebajikan mereka juga tidak pernah kita abaikan.

"Kenaikan gaji ini bukan untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya kita yakin bahawa ia memberi kesan kepada bekas wakil rakyat BN dan Adun BN Selangor yang turut memperoleh kenaikan tersebut.

"Saya telah ambil inisiatif mengedarkan borang perakuan kepada mana-mana Adun BN dan bekas Adun BN. Mereka yang tak setuju dengan kenaikan ini boleh derma gaji mereka kepada badan kebajikan," katanya sambil memberitahu beliau sendiri sebelum ini semasa sesi perbahasan di Sidang Dun turut menyerahkan borang perakuan untuk ditandatangani Adun BN.

Mustafa Ali kekal Setiausaha Agung PAS, Mahfuz ketua penerangan baharu

Posted: 01 Dec 2013 04:07 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung PAS.Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung PAS. 























 PAS mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung manakala Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai ketua penerangan yang baharu dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti Islam itu, malam tadi.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai bendahari manakala Dr Mohd Hatta Ramli dikekalkan sebagai ketua pengarah pilihan raya.

Selain itu, empat negeri mendapat pesuruhjaya baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Aminulhuda Hassan untuk Johor, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (Perak), Adun Sura, Satiful Bahri Mamat (Terengganu) dan Exco Selangor, Iskandar Samad (Selangor).

Semua dilantik dalam mesyuarat pertama selepas muktamar PAS ke-59 berakhir, baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melantik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas bagi merebut jawatan timbalan presiden sebagai AJK.

Turut dilantik sebagai AJK adalah Datuk Abu Bakar Chik yang tewas bagi jawatan naib presiden.
Sementara itu, Pemuda PAS terpaksa bermesyuarat sekali lagi 5 Disember ini selepas mesyuarat mereka pada 28 November gagal mencapai kata sepakat dalam pelantikan setiausaha.

Suhaizat Kaiat yang menang sebagai ketua dalam muktamar PAS baru-baru ini dikatakan gagal melantik calonnya untuk jawatan itu selepas cadangannya ditolak oleh exco.

Pemimpin yang lesu juga menang AJK PAS Pusat

Posted: 01 Dec 2013 04:03 PM PST

 
Ada yang memegang jawatan tinggi dalam negeri. Tetapi jarang menonjol dengan aktiviti turun padang. Jarang kelihatan bersama-sama rakyat.

 

Bahagian 2

Analisa Pasca Pemilihan PAS Pusat

Apakah kesemua calon yang berjaya dalam pemilihan AJK PAS Pusat, mempunyai 'track record' yang cemerlang.

Kenyataan yang tidak boleh dinafikan ialah ada beberapa yang menang itu kerana faktor sentimen terutama faktor sentimen berlatarbelakangkan Ulama.

Tidak mahu mengaibkan nama-nama calon itu tetapi cukuplah dikatakan umumnya tidak nampak apa kehebatan pemimpin-pemimpin itu. Ada yang memegang jawatan tinggi dalam sayap parti. Ada yang memeganag jawatan tinggi dalam negeri. Tetapi jarang menonjol dengan aktiviti turun padang. Jarang kelihatan bersama-sama rakyat.

Malah amat jarang sekali memberikan ulasan berhubung isu-isu kritikal yang membabitkan kewangan kerajaan yang membebankan rakyat.

Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya mengecam dan mengulas isu seperti Laporan Audit Negara 2012 yang mendedahkan ketirisan jutaan ringgit, rasuah berleluasa, isu kenaikan harga minyak, isu GST, sistem pilihanraya yang berat sebelah dan banyak lagi isu sosio ekonomi. Tetapi tidak pasti apakah yang pemimpin ini buat ketika satu negara sibuk mengeluh dan marah.

Malangnya pemimpin-pemimpin 'lesu' seperti ini tetap diangkat sebagai AJK PAS Pusat. Bagaimana mereka tetap menang besar walaupun kelibatnya dalam kancah politik tanahair jarang kelihatan? Apa rahsia kemenangan calon-calon seperti ini?

Apakah sebab faktor sentimen kerana dari golongan Ulama maka mendapat undi 'en-bloc' dari perwakilan yang bergelar Ustaz atau Ulama? Atau atas sebab faktor kenegerian?

Atau apakah perwakilan PAS menilai calon-calon yang bertanding dengan merujuk kepada kerajinan calon-calon tersebut yang sering memenuhi undangan program ceramah.

Calon-calon yang ada skil berceramah dan rajin memenuhi undangan ceramah mungkin berjaya mendapat undi perwakilan dari serata kawasan walaupun dari segi gerak kerja politiknya mungkin lemah. Menghadiri program ceramah di seluruh negara membawa hubungan 'personal touch' antara calon dengan kepimpinan PAS Kawasan walaupun calon hanya akan berada di lokasi ceramah lebih kurang untuk dua jam. Tetapi persoalannya apakah prestasi calon dinilai berdasarkan kerajinannya memenuhi undangan program ceramah?

Sukar difahami mengapa calon-calon yang sering menonjol dalam isu-isu rakyat, sering turun padang bersama rakyat untuk menyelami permasalahan yang timbul dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut serta aktif sebagai aktivis akhirnya tersungkur begitu sahaja.

Contohnya seperti Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob, Suhaizan Kayat, Zulkefly Mohamad Omar, Aiman Aithirah Sabu, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Mohd Anuar Tahir.

Bukan berniat memperkecilkan kemenangan calon-calon tertentu tetapi menjadi tanda tanya; contohnya, apakah prestasi calon-calon yang menang seperti Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor dan Ustazah Nuridah Salleh lebih cemerlang berbanding enam calon di atas? Atau perwakilan memilih atas dasar sentimen Ulama? Hanya perwakilan PAS sahaja yang boleh menjawab rasionalnya.

Satu lagi fakta menarik yang perwakilan PAS mungkin tidak perasan ialah dikala AJK PAS Pusat mempunyai wakil dari Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat, tidak ada seorang pun wakil dari Pemuda PAS Pusat.

Apakah perwakilan PAS Pusat tidak mahu mengangkat suara anak muda dan melahirkan tokoh muda untuk menyambung 'baton' perjuangan parti Islam tersebut dalam kancah politik tanahair?

Mungkin ada yang akan berkata Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz merupakan anak muda dalam AJK PAS Pusat.

Tetapi hakikatnya Nasrudin Hassan dan Nik Muhammad Abduh ketika masing-masing memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat pada penggal 2011-2013 pun; mereka berdua lebih menonjol sebagai pemimpin Ulama berbanding pemimpin Pemuda.

PAS Ganti Umno merupakan slogan pada PRU-13 yang lalu. PAS bercita-cita meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Malangnya kepimpinan dan perwakilan gagal melihat perlunya ada wakil AJK PAS Pusat yang dipilih dari negeri-negeri tersebut.

Jika kepimpinan nampak keperluan ini sudah pasti kepimpinan pusat menurunkan nasihat kepada kepimpinan negeri, kepimpinan negeri turunkan kepada kepimpinan kawasan, menasihatkan agar memberikan undi dalam konteks menyeluruh (insklusif) dan bersifat nasional.

Iaitu kalau boleh pastikan setiap negeri ada seorang calon berjaya menang sebagai AJK PAS Pusat agar suara semua negeri didengari di peringkat PAS Pusat. Kemenangan seseorang calon dari sesebuah negeri terutama negeri-negeri yang PAS masih lemah, akan memberi kesan positif kepada kepimpinan akar umbi. Ianya akan memberi semangat kepada ahli-ahli PAS di peringkat kawasan dan cawangan.

Dengan status AJK PAS Pusat, calon dari negeri-negeri terbabit juga akan dijemput menyampaikan ceramah di negeri-negeri lain. Ini akan menaikkan 'mileage' kepada pemimpin-pemimpin PAS dari negeri-negeri yang PAS masih lemah. Malah nama imej PAS negeri tersebut juga akan naik dimata ahli PAS seluruh negara.

Hakikatnya kepimpinan PAS Pusat boleh melantik ramai AJK PAS Pusat dari Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Perlis. Tetapi adalah lebih manis, bermakna, bersemangat  dan merit jika wakil dari negeri-negeri ini duduk di kerusi AJK PAS Pusat kerana dipilih menerusi kertas undi.

Kalau tidak untuk apa pemimpin PAS yang 'otai', yang popular, yang memiliki status Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ingin bertanding jawatan AJK PAS Pusat? Bukankah dengan status popular, jawatan dan track record yang cemerlang, boleh sahaja mereka tidak bertanding tetapi menunggu Presiden parti melantik mereka sebagai AJK PAS Pusat.

Untuk muktamar akan datang perwakilan PAS harus tanya pada diri sendiri: Apakah mereka mahu melambak semua jawatan di dalam PAS Pusat dengan pemimpin-pemimpin dari negeri-negeri tertentu sahaja?

Kelantan mempunyai seorang wakil dalam jawatan Naib Presiden dan juga mempunyai tiga wakil dalam AJK PAS Pusat.

Presiden PAS dari Terengganu, satu suara yang sangat besar dan berkuasa dalam parti. Tetapi Terengganu juga mempunyai tiga wakil dalam AJK PAS Pusat.

Apakah pada pemilihan akan datang perwakilan boleh 'sedekah' masing-masing satu kerusi AJK PAS Pusat kepada negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis?

Perwakilan harus ketahui bahawa PAS bertanding di banyak kerusi DUN di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Tidak mustahil sekiranya PAS menang banyak kerusi DUN di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis pada PRU-14, menteri besarnya akan datang dari PAS.

Tetapi kemenangan PAS Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis pada PRU-14 harus bermula dengan kemenangan calon PAS dari negeri-negeri itu di peringkat PAS Pusat.

Agak menyedihkan apabila ada perwakilan dari negeri-negeri tersebut tidak mengundi calon-calon dari negeri mereka sendiri kerana masalah politik dalaman dan perbezaan pendapat di peringkat negeri.

Bagaimana rakyat ingin menyokong pemimpin PAS dari Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis jika sekiranya perwakilan PAS sendiri tidak menyokong calon-calon dari ketiga-tiga negeri ini?

Bagaimana PAS ingin melahirkan lebih ramai tokoh muda sekiranya perwakilan sukar memberi kepercayaan kepada pemimpin pemuda dalam AJK PAS Pusat?

Sekiranya PAS benar-benar ingin ganti Umno, perwakilan atau lebih tepat lagi kepimpinan kawasan harus mengangkat pemimpin berdasarkan 'track record' dan bukannya atas sebab sentimen dan politik dalaman.

PAS harus memperkasakan dirinya dan membuat pembaharuan jika bercita-cita mahu membentuk kerajaan pusat bersama PKR dan DAP pada PRU-14.

Bahagian 1:
Perwakilan PAS pilih pemimpin berdasarkan sentimen dan kenegerian

MKT: Kenapa tak lantik wakil Sabah?

Posted: 01 Dec 2013 03:49 PM PST

 
Sepatutnya Najib utamakan pemimpin Sabah kerana Sabah adalah fixed deposit kepada kemenangan BN. Satu orang pun dari Sabah tidak dilantik




PETALING JAYA: Dua hari lepas, sembilan individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi melengkapkan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perlantikan tersebut dibuat atas kuasa yang dimiliki oleh presiden parti seperti mana yang terkandung dalam Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Sembilan orang itu ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Datuk Irmohizam Ibrahim, Datuk Johari Abdul Ghani, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Dr. Asyraf Wajdi Dasuki dan Mohammad Kazim Elias.

Minggu lalu selepas mesyuarat pertama majlis tertinggi, Najib mengumumkan perlantik dua wakil Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Rosni Shahar serta wakil pemuda, Khairul Azwan Harun dan wakil Puteri, Zahida Zarik Khan.

Ramai yang mempertikai kenapa penceramah agama terkenal (Ustaz kazim) dilantik sebagai ahli MKT. Malah Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar mendakwa Umno tanpa menyedarinya telah melantik seorang ahli PAS sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baru.

Dalam satu kenyataan semalam, Raja Ahmad berkata Mohammad Kazim Elias – yang pelantikannya sebagai ahli MT diumumkan oleh Umno semalam – merupakan ahli PAS sejak 1998.

"Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS semenjak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi PAS di Tambun," katanya.

Raja Ahmad mempersoalkan adakah Mohammad Kazim telah menjadi ahli Umno sedangkan beliau masih ahli PAS yang sah.

"Tidakkah untuk membuat sebarang pelantikan politik memerlukan seseorang itu menyertai parti tersebut terlebih dahulu?" soal Raja Ahmad.

Kuasa melantik adalah kuasa Presiden Umno. Sudah tentu Ustaz Kazim sudah mengisi borang keahlian Umno sebelum dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Ada yang juga yang mempersoal kenapa Najib tidak lantik Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober lalu. Bagi saya, Najib berlaku adil tidak melantik Mukhriz kerana jika beliau lantik Menteri Besar Kedah itu, Menteri Bsar lain kecil hati seperti Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Adnan Yaacob, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Dr Zambri Kadir dan Datuk Azlan Man.

Oleh itu semua Menteri Besar turut hadir dan boleh bersuara bila diminta oleh Presiden Umno untuk bersuara dalam mesyuarat majlis tertinggi itu. Hanya Menter Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad hassan dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun yang menang dalam pertandingan majlis tertinggi itu.

Yang saya ingin bertanya kenapa Najib melantik semula Menteri Pelancongan,Nazri Aziz yang sudah dua kali tidak bertanding? Kenapa perlu lantik Nazri yang tidak berani bertanding? Malah beliau dicabar oleh NGO untuk bertanding majlis tertinggi ketika isu rumah anaknya r RM7 juta heboh di media. Tetapi Nazri enggan bertanding.

Begitu juga Hamzah Zainuddin yang tidak bertanding majlis tertinggi sedangkan beliau menang pada pemilihan 2009. Sepatutnya ahli majlis tertinggi yang tidak mempertahankan jawatan tidak perlu dilantik semula sebagai ahli majlis tertinggi.

Kenapa perlu lantik dua wakil dari Wilayah Persekutuan, Raja Nongchik dan Johari Abdul Ghani? Perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu wajar kerana beliau dapat tempat ke 26 pada pemilihan 19 Oktober lalu, tetapi Wilayah tak perlu ada dua MKT dilantik kerana Setiausaha Agung pun dari Wilayah Persekutuan (Tengku Adnan Tengku Mansor).

Sepatutnya Najib utamakan pemimpin Sabah kerana Sabah adalah fixed deposit kepada kemenangan BN. Satu orang pun dari Sabah tidak dilantik. Sepatutnya lantiklah Datuk Tawfiq Abu Bakar yang dapat nombor 27.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim mewakili Selangor sedangkan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak dilantik majlis tertinggi. Sepatutnya Noh yang berada dalam majlis tertinggi dan bukannya Irmohizam.

Minggu lalu, Najib umumkan dua wakil wanita. Biasanya seorang sahaja wakil wanita Umno dilantik. Kenapa perlu lantik dua orang. Memadailah dengan Azizah Mohd Dun seorang. Banyak yang tidak kena dengan perlantikan majlis tertinggi kali ini.

Namun demikian adalah diharapkan mereka bekerja kuat untuk menghadapi PRU ke 14 nanti.

Umno bentang usul UiTM sebagai Universiti Diraja

Posted: 01 Dec 2013 03:45 PM PST

KEDADILAN DAILY


Cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu mahukan UiTM dinaungi Majlis Raja-Raja bagi memastikan peranan universiti itu tidak lagi dipertikai mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).




KUALA LUMPUR:Pengisytiharan Universiti Teknologi Mara dibentang dan dibahas pada Perhimpunan Agung Umno 2013.

Cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu mahukan UiTM dinaungi Majlis Raja-Raja bagi memastikan peranan universiti itu tidak lagi dipertikai mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata apabila UiTM diletakkan di bawah satu bidang kuasa yang kukuh, usaha memperkasa Bumiputera dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana Umno sebagai parti tonggak orang Melayu perlu memenuhi amanat untuk meningkatkan tahap pendidikan bangsa Melayu," katanya kepada Bernama.

GPMS merupakan antara NGO, golongan profesional dan pihak berkepentingan Melayu yang turut mengambil bahagian dalam memberi input berhubung usul yang akan dibahas anggota perwakilan Umno pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok hingga 7 Dis.

Ezaruddin berkata GPMS turut mencadangkan supaya peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikembalikan dalam soal memberi bantuan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), seperti sebelum wujudnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Selain itu, GPMS mahu kajian bebanan tugas guru dibuat kerana wujud dakwaan ramai guru tidak dapat memberi fokus untuk mengajar kerana dibelenggu tugas pentadbiran.

Mengulas tindakan Umno yang julung kali membuka pintu kepada pihak luar untuk membincangkan usul perhimpunan agung parti itu, beliau berkata sikap inklusif itu membuktikan Umno serius mendengar suara hati rakyat di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengusulkan supaya pelajar sekolah kebangsaan mendapat peluang untuk memilih antara aliran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Cambridge O-Levels, seperti yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata isu itu perlu dibentang dan dibahas di atas pentas Umno bagi memastikan bangsa Melayu mencapai kesamarataan dalam pergerakan sosial serta mampu mendepani cabaran global.

Noor Azimah juga berharap perwakilan Umno dapat membangkitkan semula isu menguasai bahasa Inggeris dalam subjek tertentu kerana bahasa itu memberi lebih jaminan dan kebaikan kepada anak-anak Melayu khususnya.

Usul-usul pendidikan pada perhimpunan agung Umno itu dikendalikan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Perhimpunan tahunan itu kali ini bakal disertai 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara.
– BERNAMA

Melagukan angin perubahan dalam PAS

Posted: 01 Dec 2013 03:42 PM PST

scorpions rock


SAYA kurang minat kumpulan Scorpions. Kumpulan rock Jerman yang tua setahun daripada DAP ini bagi saya sama maqamnya dengan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Terra Rossa, Bumiputera Rockers dan barangkali Fabiens. Saya lebih minat Black Sabbath atau Led Zeppelin, mungkin kerana saya sedikit anglophile.

Ada juzuk budayawan yang mahu melonggok Scorpions seiring band rock seperti Sweet Charity dan yang sewaktu dengannya. Tapi bagi saya itu hasil kekaburan mata mereka yang memandang Scorpions dengan kanta 'orang puteh'. Tapi tak apalah, bukan itu yang saya mahu bicarakan.

Bait-bait lirik lagu kumpulan ini bertajuk 'Wind of Change' berkumandang di Muktamar PAS yang baru sahaja selesai. Dr Muhaimin Sulam barangkali peminat Scorpions. Maka digunakan lirik kumpulan rockers tua ini untuk mengukuhkan hujah ucapan penggulungannya.

Dr Muhaimin, dengan imej rambut panjang mayang mengurai di samping wajahnya yang jernih berjanggut membacakan rangkap syair tulisan Klaus Meine ini dengan begitu bersahaja:

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

"Bawalah daku ke saat penuh sakti kala malam gilang gemilang, Di tempat anak-anak hari esok berkongsi mimpi bersama kau dan aku; Di tempat anak-anak masa depan akan terus punya impian, dalam hembus bayu perubahan." Demikianlah lebih kurang terjemahnya.

Lagu 'Wind of Change' ini ditulis dengan berlatarkan polisi glasnost yang diperkenalkan Mikhael Gorbachev kepada Kesatuan Soviet Rusia dalam pertengahan dekad 80an. Glasnost secara mudah faham membawa maksud ketelusan dan sentiasa digunakan Gorbachev dalam rangka usaha menstruktur semula Parti Komunis Rusia; atau juga disebut perestroika.

Usaha mengislah Parti Komunis Rusia yang cuba dibawa Gorbachev inilah yang menjadi inspirasi penulisan 'angin perubahan' Scorpions lantaran ketika itu juga bermulanya kejatuhan kerajaan blok Timur selepas tamatnya Perang Dingin. 'Wind of Change' seakan menjadi lagu tema sejak runtuhnya Tembok Berlin dan popular bagai nak rak di Jerman dan negara Eropah pasca terlungkupnya Parti Komunis Soviet Rusia.

Demikian peranan budayawan, penyair dan rockers yang sentiasa tidak jemu memberi muzik latar kepada sejarah di saat ia berkembang. Bukan setakat meraikan kehidupan dengan syair cinta mahupun lagu penuh kemarahan buat anak-anak muda yang menyampah duduk di rumah dengar bersama kawan ketika lepak di bawah jambatan sambil hangguk-hangguk.

PAS tak cukup rock?

Ternyata plot twist konsert rock di Karnival PAS For All ini tidak menerima banyak reaksi positif daripada pendukung parti Islam itu yang rata-ratanya berkupiah dan bertudung labuh. Rock dilihat umpama zikir mengangungkan setan, hatta setiap kali ada kumpulan rock dari negara orang puteh mahu bikin gig di ibu negara, di situlah kita akan ketemu pemuda PAS datang membantah.

Tapi itu tidak bermakna PAS tidak boleh duduk sebelah menyebelah dengan budak punk seluar koyak dan rambut pacak. PAS sudah lama menjadi pilihan mat rock yang bukan setakat mahu 'kembali ke pangkal jalan' malah mahu menyumbang kepada usaha menjatuhkan United Malays National Organisation. Belum pernah lagi kita dengar artis kembali ke pangkal jalan dan kemudian masuk UMNO. Belum pernah.

PAS sebenarnya lebih perlu mendekati golongan yang menjauh daripadanya. Sebuah parti politik yang hanya mahu menjaga tapak sokongannya sahaja tanpa mendapatkan sokongan kelompok baru adalah parti politik yang tidak bekerja.

Jadi PAS dan Pakatan Rakyat, harus mampu berkeadaan fleksibel dan 'boleh bercampur' dengan segala rockers rambut panjang jika tidak mahu dilihat sebagai organisasi mat skema yang tidak boleh bergaul.

Barangkali itulah roh angin perubahan yang mahu disampaikan Dr Muhaimin Sulam kepada perwakilan PAS di muktamar itu; supaya ahli dan pekerja parti tidak lagi meletakkan had dan jurang antara diri dan kelompok anak-anak seni yang tidak semestinya hanya tahu bergendang dan bernasyid sahaja.

Seni dan budaya itu seharusnya dipandang sebagai satu lagi jalan untuk meraih sokongan dan bukannya dijadikan alasan untuk menambahkan penentangan.

Menepis lambaian UMNO

United Malays National Organisation melambai-lambai dalam dua keadaan. Pertama sebelum menaiki jet peribadi untuk pergi makan angin atau buat lawatan rasmi. Kedua dalam keadaan ia terapung-apung nyawa-nyawa ikan hampir mahu mati.

Lambaian ini seharusnya ditepis dengan manis muka, mengikut saranan Al-Fadhil Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang berjaya mengekalkan jawatannya di tengah asakan kanan dan kiri membunuh kerjaya politiknya di PAS.

PAS sudah punya tapak yang kukuh dalam koalisi Pakatan Rakyat. Ini tidak ada makhluk yang boleh nafi.

Bersama-sama Pakatan Rakyat, PAS sudah boleh duduk semeja dengan DAP yang sejak dulu mahu menjeling pun susah sekali. Melalui koalisi ini, PAS berjaya prestasi yang cemerlang dan bukan sahaja menawan Kedah dalam PRU ke-12 malah turut mengetuai kerajaan negeri Perak suatu ketika dahulu.

Koalisi politik yang dinikmati parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan dapat dicapai sekiranya PAS membalas jelingan nakal UMNO dengan senyum simpul penuh makna. Jelingan UMNO mengajak berpadu ini seakan lirikan mata langsuir mahu membonceng motosikal di tengah malam.

Justeru PAS mesti sentiasa bijak mengatur langkah dan memasang pendinding agar tidak menjadi mangsa parti politik yang sudah berpuluh tahun menikamnya berulang kali.

Angin perubahan yang membayu di dalam PAS akan memberikan nafas segar kepada keseluruhan koalisi politik Pakatan Rakyat dalam usaha merapatkan barisan dan menyusun semula gerakan menuju Putrajaya. Apa yang penting ialah 'kerjasama'.

UMNO akan terus cemburu dengan cinta tiga segi PAS, PKR dan DAP. Ia akan terus menyerang. Namun Pakatan Rakyat harus terus bertahan, demi mimpi anak-anak hari esok. "Where the children of tomorrow dream away, In the wind of change" – Roketkini.com

LIHAT VIDEO DI SINI

Sempadan semula: Rashid sahkan SPR jadi alat Umno

Posted: 01 Dec 2013 03:34 PM PST

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa persempadanan semula pilihan raya ditentukan untuk mengekalkan kuasa Melayu bukti suruhanjaya itu cuma alat Umno BN, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.

"Umum tahu SPR sentiasa menjadi alat Umno untuk kekal berkuasa dan kenyataan Rashid itu mengukuhkan lagi pandangan rakyat. Ia juga membuktikan apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai komplot SPR selama ini adalah benar" katanya kepada Suara Keadilan.

Sehubungan itu, beliau menyokong desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu agar tiada persempadanan semula dilakukan selagi anggota SPR tidak meletak jawatan.

"Anggota SPR sedia ada harus meletak jawatan dan pelantikan anggota baru harus terdiri dalam kalangan yang bebas dengan suruhanjaya itu wajar diletak bawah parlimen.

"Pemilihan anggota baru juga mesti melibatkan semua Ahli Parlimen termasuk Pakatan dan NGO yang pakar pilihan raya dan bersikap bebas," katanya lagi.

Pada 25 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Rashid berkata, tiga persempadanan semula semasa beliau menerajui SPR bertujuan mengekalkan kuasa Melayu.

Pada PRU 1999, Umno tewas sebahagian besar kerusi Melayu termasuk tumbang di Terengganu, hilang penguasaan 2/3 di Kedah dan pertama kali Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadhil Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang dilihat menggugat kuasa  Umno.

Oleh itu, persempadanan semula pada 2003 menyaksikan Umno BN menang besar lebih 90 peratus Parlimen pada PRU 2004.

Sementara pada 27 November lalu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui ketika menjawat Setiausaha SPR pada 2002, beliau hanya menurut arahan tujuh anggota suruhanjaya itu yang diketuai Rashid.

Manakala pada 8 Jun lalu, Wan Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi SPR berkata, persempadanan semula akan dibuat bermula hujung tahun ini.

Lima Ajaran Sesat Aktif Dikesan

Posted: 01 Dec 2013 03:27 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUANTAN: Lima daripada 81 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti, didapati bergerak aktif di seluruh negara, demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Beliau berkata, lima kumpulan tersebut adalah ajaran Syiah, al-Arqam, HizbutTahrir, Wahabi dan Tarikat Naqshabandi.

Katanya, kumpulan ajaran sesat yang aktif di Perlis, Kedah, Johor, Perak dan Selangor itu mempunyai puluhan ribu pengikut.

"Ajaran sesat ini sukar untuk dikenal pasti tetapi kita boleh mengesannya berdasarkan tingkah laku dan amalan mereka.

"Pada masa kini mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mensasarkan golongan muda terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi," katanya.

Abu Syafiq bercakap kepada pemberita selepas program Ceramah Kelebihan AhliSunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan di sini, Ahad. - BERNAMA

Nik Aziz: Pendakwah bebas mudah 'dimakan serigala'

Posted: 01 Dec 2013 03:26 PM PST


Nik Aziz Nik Mat  
 
Nik Abdul Aziz Nik Mat


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menegaskan seorang pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas kerana baginya seseorang (pendakwah) itu semestinya mempunyai pendirian masing-masing.

Jelas Nik Aziz, Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Oleh itu seseorang pendakwah itu tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik.

"Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil.

"…dalam kiasan ini kita boleh membaca jika dia(pendakwah) itu benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

"Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.katanya memetik laman Facebook miliknya.

Sehubungan dengan itu, kata Nik Aziz dalam arus politik kini, seseorang itu semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat.

Tiada ulasan: