Khamis, 19 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kasanova Baru Kahwin Pun Tidak Mungkir Janji Secepat Ini!!

Posted: 19 Dec 2013 05:22 AM PST

shahbudindotcom


Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihanraya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihanraya.

Jika sebelum pilihanraya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihanraya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.

Terlalu banyak janji yang dibuatnya barangkali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihanraya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif letrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.

Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.

Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan letrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.

Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?

Tindakan Najib dan kerajaan begitu cepat mengumumkan pelbagai kenaikan sekarang ini telah mengundang kegelisahan yang tiada taranya kepada rakyat. Di mana-mana juga suara resah dan bimbang itu boleh didengari. Tidak saja golongan kritikal dan mereka yang memang dikenali sebagai penyokong pembangkang yang bersuara, bahkan sekarang ini suara yang dulunya menyokong juga sudah berubah nadanya.

Bagi mereka yang dulunya menyokong segala usaha UMNO dan kerajaan, pelbagai kenaikan ini menyebabkan mereka tidak berupaya lagi mencari kata-kata untuk mempertahankan janji-janji yang pernah dibuat dulu. Janji yang dilakukan kerajaan nampaknya bukan lagi untuk ditepati, tetapi lebih untuk dimungkiri dengan pelbagai hujah yang direka-reka.

Kajian Merdeka Center mengenai prestasi Najib jelas menunjukkan hakikat ini. Menurunnya kedudukan beliau daripada 62 peratus kepada 52 peratus setelah pelbagai kenaikan sejak kebelakangan ini, adalah gambaran sebenar suara keluh-kesah rakyat terhadap Najib dan kerajaan sekarang ini.

Ia juga adalah bukti penolakan terhadap janji-janji yang dimungkiri sendiri oleh Najib. Dalam tempoh hanya enam bulan setelah memperolehi kuasa, sudah begitu banyak janji yang dimungkiri, menunjukkan bahawa Najib memang tidak mahu berpegang kepada kata-katanya sendiri.

Janji-janjinya kelihatan lebih teruk daripada janji seorang lelaki ketika memikat seorang wanita yang ingin dikahwininya. Tetapi setelah berkahwin, kebanyakan janji itu tetap cuba dipenuhi dengan sedaya-upaya dan kalau ada pun yang hendak dimungkiri, ia mungkin hanya telah memperolehi dua atau tiga orang anak. Selebihnya mungkin janji itu hanya lewat untuk ditunaikan saja.

Namun Najib nampaknya telah memungkiri janjinya lebih pantas daripada itu. Hanya setelah enam bulan dan mungkin ketika seorang isteri sedang mengandung anak sulung, beliau sudah pun memungkiri banyak janjinya. Bayangkan dalam tempoh pilihanraya akan datang yang akan diadakan sebelum 2018, berapa banyak lagi janji yang akan dimungkiri Najib?

Kalau dalam kehidupan berumahtangga, lelaki seumpama itu boleh dianggap lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sesetengah orang mungkin memanggilnya "lelaki haprak" atau "kasanova cinta" tetapi oleh kerana janji-janji Najib dilontarkan kepada rakyat yang berjuta-juta jumlahnya, label dan kategori beliau mungkin lebih buruk daripada itu.

Apa saja boleh gelaran boleh dilemparkan kepada Najib dah kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Tetapi apa pun label, kategori atau gelaran yang mahu mahu tujukan kepadanya, rakyat kini dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana Najib memungkiri janji-janjinya. Rakyat tidak seharusnya lagi berfikir lebih daripada sekali untuk menolak pemimpin seperti ini.

Lagi Cuba Dipertahankan Najib, Lagi Merudum Popularitinya

Posted: 19 Dec 2013 05:18 AM PST


Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre

KELAB GREENBOC
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. -TMI 
LIHAT VIDEO DI SINI


ULASAN GB

Beberapa hari sebelum Merdeka Center mengeluarkan hasil kajiselidiknya, terdapat berita bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kepada astro awani supaya membuang artikel yang memetik tulisan A.Kadir Jasin yang membuat sindiran supaya Rosmah dijadikan menteri sementara akhbar The Heat pula menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akibat daripada membuat laporan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Pelbagai cara digunakan oleh para pegawai Najib untuk menggilap dan memepertahankan nama baiknya, namun populariti Najib tetap merudum juga dan kejatuhan Najib tidak mungkin dapat dibendung.

Bekas orang kuat UMNO Pekan yang kini menjadi ahli parlimen DAP bagi Raub, Mohd.Ariff Sabri (Sakmongkol) pernah berkata, "if Najib can become PM, anyone else can" menjelaskan kepada kita Najib merupakan PM paling tidak berkualiti yang Malaysia ada.

Buatlah macamana pun untuk menggilap nama Najib, sebenarnya kemusnahan yang dibawa oleh Najib adalah lebih besar. Keborosan & ketirisan beliau dan isterinya tidak akan dapat disembunyikan dan itulah yang bakal menghancurkan partinya sendiri UMNO malah boleh menghancurkan negara.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kaca itu tetap kaca yang tidak bernilai sekalipun di letak di dalam kotak berkilau..

GB sudah lama mengulas berkenaan hal ini di SINI. Petikan:

?Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5)...

Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman

Posted: 19 Dec 2013 05:15 AM PST


KELAB GREENBOC


Petaling Jaya: Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. -mstar


Pemuda MCA lulus 17 resolusi untuk parti, rakyat

Posted: 19 Dec 2013 05:06 AM PST

SINAR HARIAN


Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-49  
Ketua Pemuda MCA yang baru, Chong Sin Woon (tengah) bergambar bersama kepimpinan baru sayap pemuda bagi penggal 2013-2016 pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-49 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama timbalan ketua pemuda MCA Lee Ching Yong (enam, kiri) - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-49 hari ini meluluskan 17 resolusi yang antaranya melaksanakan pelan transformasi dan menyatupadukan anggota parti bagi mengembalikan martabat parti dan sokongan rakyat terhadap MCA.
  
Resolusi itu yang berkaitan hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, keselamatan, ketenteraman awam serta hal ehwal kerajaan, diluluskan sebulat suara oleh 1,515 anggota perwakilan.
  
Timbalan Speaker Chew Lian Keng berkata, bagi resolusi berkaitan hal ehwal parti, MCA diminta meminda perlembagaan parti supaya sekurang-kurangnya seorang anggota perwakilan pusat MCA diadakan di peringkat Pemuda MCA bahagian bagi memperbanyak suara dan pandangan golongan pemuda dalam parti.
  
Resolusi politik pula mencadangkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemimpin yang mengeluarkan kenyataan ekstrem sehingga memecahbelahkan keharmonian di negara ini, selain memberi perhatian kepada isu disiplin dan tatatertib pemimpin BN di semua peringkat, katanya pada sidang media di Wisma MCA hari ini.
  
Bagi resolusi ekonomi, para perwakilan meminta kerajaan mempercepat pembinaan rumah mampu milik, menambah kuantiti unitnya dan memantau secara komprehensif perkembangan perumahan dan hartanah dalam negara untuk mengelak spekulator daripada mengawal harga hartanah demi mengaut keuntungan.

Selain itu, mereka turut meminta kerajaan memperkasa belia dalam bidang ekonomi, seperti penyediaan jumlah pinjaman yang lebih besar dan peluang penyiaran dalam media perdana bagi tujuan penonjolan bakat dan hasil inovasi mereka.
  
Para perwakilan juga mencadangkan kerajaan supaya menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada 6 peratus kepada 4 peratus semasa melaksanakannya pada 1 April 2015 selain memperbanyak barang-barang yang dikecualikan GST demi meringankan beban rakyat.
  
Bagi pendidikan pula, mereka berharap kerajaan meningkatkan peruntukan sekolah rendah setiap aliran dan mencadangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM200 juta untuk 1,295 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) setiap tahun.
  
Kerajaan juga diminta mengkaji semula sistem pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam supaya prinsip meritokrasi digunakan sebagai piawaian bagi mengelak kepincangan dalam sistem pengambilan.
  
Mereka turut menggesa pengiktirafan United Examination Certificate (UEC) direalisasikan selain meminta kerajaan memberi kelulusan untuk menambah jumlah sekolah menengah persendirian Cina bagi menampung keperluan semasa.
  
Bagi aspek sosial, mereka berharap ketenteraman awam diperkasa dari semasa ke semasa seperti penambahan tenaga anggota keselamatan, kekerapan meronda dan menambah bilangan sistem kamera litar tertutup untuk membanteras kes jenayah dengan lebih berkesan. - Bernama

PMR: Lebih 30,000 calon catat gred A

Posted: 19 Dec 2013 05:05 AM PST

SINAR HARIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia


PUTRAJAYA - Sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, berdasarkan keputusan yang diumumkan hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata keputusan itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon.

Beliau berkata prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Bagaimanapun, GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan sedikit penurunan 0.03 mata kepada 2.35 mata pada 2013 berbanding 2.32 tahun lepas," katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan PMR 2013 di sini hari ini.

Khair berkata, penurunan prestasi subjek Bahasa Melayu adalah kecil dan menunjukkan perubahan yang tidak signifikan.

Di KUALA LUMPUR, 1,683 daripada 19,440 calon mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus.
 
Katanya, GPMP bagi 10 daripada 14 subjek yang ditawarkan di WPKL juga mengatasai gred purata di peringkat nasional. 
 
Empat sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
 
Dua calon berkeperluan khas turut mendapat keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu daripada kategori buta dan seorang dari kategori rabun.
  
Di ALOR SETAR, jumlah calon yang mendapat A bagi semua mata pelajaran di Kedah meningkat kepada 6.8 peratus, peningkatan sebanyak 0.14 peratus berbanding pencapaian tahun 2012 iaitu 5.94 peratus.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, peratus calon yang mendapat pencapaian Cemerlang (semua Gred A) bagi semua mata pelajaran diduduki
meningkat sebanyak 0.14 peratus, iaitu daripada 2,083 calon (5.94 peratus) pada tahun 2012 kepada 2,264 (6.80 peratus) pada tahun ini.
  
"Pencapaian keseluruhannya meningkat sebanyak 2.52 peratus daripada 64.29 peratus tahun lalu kepada 66.78 peratus tahun ini. Gred purata meningkat sebanyak 0.08 mata iaitu daripada 2.81 pada tahun 2012 kepada 2.73 mata pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PMR Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah.
  
Beliau berkata, terdapat 13 sekolah mendapat pencapaian kelulusan 100 peratus pada PMR tahun ini.
 
Di MELAKA, sebanyak 1,011 daripada 13,661 calon mendapat A bagi semua mata pelajaran di negeri ini, meningkat sebanyak 0.56 peratus berbanding 982 calon tahun lepas.
  
Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Kasim Mohamad berkata, Gred Purata Negeri (GPN) adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun.
  
Enam buah sekolah iaitu SM Sains Muzaffar Shah, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Ghafar baba, SMKA Sharifah Rodziah, SMK Dang Anum dan SMA (JAIM) Assaiyidah Khadijah berjaya mencapai 100 peratus calon menguasai (sekurang-kurangnya D semua mata pelajaran) berbanding hanya tiga buah sekolah pada tahun lepas.

Di TERENGGANU, keputusan PMR 2013 mencatatkan rekod terbaik dalam tempoh sembilan tahun setelah 1,733 atau 8.19 peratus daripada 21,159 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.
  
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Zakaria Hussin berkata jumlah itu meningkat sebanyak 175 orang atau 1.04 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 1,558 (7.15 peratus).
  
Sebanyak 28 buah daripada 138 sekolah di negeri ini berjaya mencatat gred purata sekolah (GPS) cemerlang iaitu 1.00 hingga 1.80 atau prestasi A.
  
Empat orang daripada 158 calon berkeperluan khas juga memperoleh keputusan terbaik dengan seorang calon memperoleh 9A, dua calon memperoleh 8A 1B dan seorang calon lagi memperoleh 7A 1D.
 
Di PERAK, jumlah calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 3,200 pelajar berbanding 3,176 calon pada tahun lepas.

Pengarah Pendidikan Perak Muhamat Roli Hassan berkata sebanyak 38,872 calon mengambil PMR di 315 buah pusat peperiksaan di negeri itu.
 
Beliau berkata, pelajar bandar yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 2,205 manakala pelajar luar bandar sebanyak 905 orang.
  
Di SARAWAK, sebanyak 1,729 daripada 37,375 orang calon mendapat keputusan A A dalam semua mata pelajaran yang diambil tahun ini.
  
Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.05 peratus iaitu daripada 4.58 peratus tahun lalu kepada 4.63 peratus tahun ini.
  
"Pencapaian calon PMR 2013 dari segi GPN adalah yang terbaik dalam tempoh 11 tahun sejak 2003. Purata GPN Sarawak pada tahun ini adalah 2.86," katanya.
  
Abdillah berkata, dalam penguasaan minimum D dalam semua mata pelajaran yang diambil, Sarawak memperoleh kelulusan 69.76 peratus (iaitu 26,072 orang calon daripada 37,375 orang) pada tahun ini, yang terbaik dalam tempoh 17 tahun sejak 1997.

Di JOHOR, sebanyak 3,948 calon PMR di negeri ini berjaya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 3,916 calon pada tahun lepas.
  
Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A.Ghani berkata, daripada jumlah itu 432 calon memperolehi 9A, 3,146 calon (8A), 355 calon (7A), 14 calon (6A) manakala seorang calon memperoleh 5A.
  
Mohd Nor berkata, secara keseluruhannya, pencapaian calon dalam 15 mata pelajaran akademik bertambah baik tahun ini dengan peningkatan sebanyak 0.04 mata GPN iaitu daripada 2.69 mata pada tahun lepas kepada 2.65 mata, tahun ini.
  
Di PULAU PINANG, sebanyak 2,268 daripada 23,164 calom PMR berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan itu, kata Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin.
  
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 232 pelajar memperoleh keputusan 9A dan 1,633 mendapat 8A manakala selebihnya 7A.

Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin dipilih sekolah terbaik diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul dan SMK Agama Al-Irshad.
  
Katanya, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin Bukit Mertajam merupakan sekolah paling ramai pelajarnya memperoleh keputusan 8A iaitu 270 orang.
  
Di SEREMBAN, Negeri Sembilan menduduki tempat kelima terbaik di seluruh negara dalam PMR 2013 berdasarkan GPN 2.59, berbanding 2.65 pada tahun 2012.
  
Sebanyak 1,653 orang calon atau 9.5 peratus daripada semua calon sekolah kerajaan berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A dalam kesemua mata
pelajaran yang diambil.   

Sepuluh sekolah yang mencatatkan keputusan PMR terbaik ialah Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains Rembau, Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
 
Yang lain, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abu Hassan, Sekolah Menengah Kebangsaan King George Kelima, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.

Di SABAH, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Maimunah Suhaibul berkata, sebanyak 23,622 calon atau 63.86 peratus mencatat sekurang-kurangnya pencapaian gred D termasuk gred A dalam semua mata pelajaran.
  
Bagaimanapun calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran diambil mencatatkan penurunan kepada 916 orang tahun ini berbanding 922 pada 2012.
  
"GPN pada tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu 2.95 berbanding 3.01 pada tahun lalu iaitu pencapaian terbaik berbanding lima tahun sebelum ini," katanya.
  
Sepuluh buah sekolah cemerlang adalah SM Sains Lahad Datu, SM Sains Sabah, SMKA Kota Kinabalu, SM Islamiah, Tawau; SMKA Tun Ahmad Shah, SMKA Mohd Ali, Ranau; SMKA Sandakan, SM St.Micheal, Penampang; SMKA Tun Mustapha dan SM St. All Saints.
 
Di PERLIS, jumlah calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 307 berbanding 244 calon tahun lepas.

Sebelas calon mencatat keputusan 7A, 236 calon (8A) dan 60 calon (9A) di samping 18 buah sekolah menghasilkan sekurang-kurangnya seorang calon cemerlang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.
  
Pencapaian calon sekolah bandar lebih baik dengan jumlah calon mendapat semua A sebanyak 240 orang berbanding hanya 67 calon luar bandar. 
  
Di KELANTAN, keputusan PMR 2013 adalah yang terbaik dalam tempoh enam tahun, kata Pengarah Pendidikan negeri Hussain Awang.
  
Sebanyak 1,655 atau 6.78 peratus daripada 34,000 calon mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan daripada segi peratus kecemerlangan sebanyak 0.99 peratus.
  
"Peratus kelulusan keseluruhan calon termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah 18,449 calon atau 67.98 peratus berbanding 18,807 calon atau 65.80 peratus pada 2012, menunjukkan peningkatan sebanyak 2.18 peratus," katanya.

Sementara itu di PAHANG, pencapaian calon PMR di negeri ini adalah yang terbaik dalam tempoh 20 tahun dengan 1,645 calon mendapat cemerlang semua A.
  
Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,398 orang calon mendapat semua A tahun lepas.
 
SM Sains Tengku Abdullah, Raub dinamakan sekolah terbaik manakala sekolah harian biasa yang mendapat prestasi paling cemerlang adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin.
  
Di SELANGOR, tahap pencapaian kelulusan peperiksaan PMR tahun ini meningkat sebanyak 1.27 peratus dengan 5,435 calon bandar mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran.
  
Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, bilangan calon luar bandar yang mencatat Gred A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.72 peratus iaitu daripada 926 orang pada tahun lepas kepada 1,045 orang tahun ini.
  
"Jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil apabila peratusan lulus bagi 2012 dan 2013 semakin berkurangan iaitu daripada n7.06 peratus kepada 6.3 peratus," katanya kepada pemberita di Jabatan Pelajaran Selangor.
  
Mahmud berkata, pada keseluruhannya, calon PMR menunjukkan prestasi stabil bagi kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Kemahiran Hidup.  - Bernama

Rafizi: PR didesak turun ke jalanan

Posted: 19 Dec 2013 05:02 AM PST


Rafizi  
Rafizi


PETALING JAYA - Pakatan pembangkang mendakwa didesak oleh orang ramai untuk turun ke jalanan membantah kenaikan kos hidup yang berpunca daripada pengurangan subsidi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat yang merasa bebanan itu mendesak pembangkang untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya dapat menimbang semula keputusan mengurangkan subsidi keperluan tertentu seperti minyak petrol.

"Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

"Sama ada kita akan adakan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, mesej yang diutarakan rakyat itu sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

Ditanya adakah PR akan mengadakan perhimpunan itu bersama NGO lain atau secara berasingan, Rafizi berkata, kemungkinan besar mereka akan bergabung bersama NGO lain seperti Bersih.

Sementara itu, menerusi sidang media sama, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan kempen anti GST.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, Anwar berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menurunkan kadar aliran wang ke luar negara seperti didakwa.

"Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi, yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara.

"GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport," katanya.

Menurut Anwar,  alasan digunakan itu hanya untuk mengiakan pelaksanaan GST dengan mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami isu ini.

Amaran MCA: Hati-hati berucap, Umno

Posted: 19 Dec 2013 02:38 AM PST



 
MALAYSIA KINI
 
 
Pemuda MCA hari ini mengingatkan pemimpin Umno, rakan mereka dalam komponen BN, supaya lebih berhati-hari mengeluarkan ucapan atau idea supaya tidak terarah kepada sikap ekstremisme.

Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata, jika Umno mengetepikan perjuangan untuk semua kaum ekoran kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya, ia hanya akan memburukkan keadaan.

"Saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN dan undi-undi kaum bukan Melayu juga akan turut hilang," katanya.

Berucap dalam kongres Pemuda MCA di ibu negara hari ini, Wee berkata, keadaan itu juga jika berlaku akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.

Anwar mahu fail aduan disiplin pada Shafee

Posted: 19 Dec 2013 02:36 AM PST

 

 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan aduan kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam berhubung dakwaan salah laku peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam cara.

NONE"Berdasarkan SD (akuan berkanun) Datuk Mat Zain Ibrahim, ada percanggahan kepentingan dan salah guna tugas berdasarkan peraturan majlis peguam.

"Saya akan kemukakan aduan pada lembaga disiplin dalam beberapa hari akan datang," katanya kepada pemberita.

Antara perkara itu, dakwa Anwar, kegagalan melaporkan maklumat jenayah melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti didakwa dalam Mat Zain, bekas pegawai kanan polis.

Abdul Gani bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

KDN gantung akhbar mingguan The Heat

Posted: 19 Dec 2013 02:26 AM PST

 

 

Kementerian Dalam Negeri menggantung mingguan The Heat, dipercayai ekoran penyiaran artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam edisi November lalu.

Sumber-sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa arahan itu dibuat kementerian terbabit.

Bagaimanapun masih belum jelas perkataan yang digunakan untuk penggantungan itu.

Minggu lalu, akhbar itu menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian, yang tidak menamakan secara khusus artikel yang dianggap bermasalah.

Bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan tulisan berjudul "All eyes on big spending PM Najib", yang mempersoalkan perbelanjaan perdana menteri dan isterinya

Tiada golongan terpinggir dalam PAS

Posted: 19 Dec 2013 02:21 AM PST

 
Yang ada hanyalah pemimpin dari pelbagai disiplin ilmu, ada yang belajar ilmu agama, jurutera, doktor mahupun ahli muzik, kata Mahfuz.




PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Pusat baharu Datuk Mahfuz Omar menegaskan hanya ada satu golongan di dalam PAS, iaitu golongan yang menjiwai perjuangan agama Islam.

"Tak timbul isu mana-mana golongan yang terpinggir di dalam pimpunan PAS negeri.

"Yang ada hanyalah pemimpin dari pelbagai disiplin ilmu, ada yang belajar ilmu agama, jurutera, doktor mahupun ahli muzik," katanya apabila dihubungi hari ini.

Menurutnya, semua pemimpin dalam PAS bersatu dan perbezaan diantara golongan ulama dan profesional sengaja ditimbulkan pihak luar untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

"Kalau tengok dalam pimpinan PAS negeri pun banyak golongan profesional sebenarnya.

"Isu ini saja nak ditimbulkan. Lepas saya cakap macam ni, nanti akan ada pula orang kata pimpinan ulama tak dapat tempat dalam parti," kata Mahfuz sambil tertawa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad turut menolak dakwaan bahawa golongan profesional dalam parti itu tidak mendapat tempat dalam kepimpinan PAS negeri.

Menurut beliau, ini terbukti melalui lantikan Pesuruhjaya PAS Negeri seperti Iskandar Abdul Samad, Mahfuz dan Mohamad Sabu di Selangor, Kedahdan Pulau Pinang.

"Isu ulama dan professional ini bukan dari dalam PAS. Yang bawa isu ini ialah Hasan Ali dan Umno. Mula-mula Hasan Ali timbulkan isu ini, kemudian Umno manfaatkannya.

"Kemudian isu ini dibawa balik masuk dalam PAS oleh golongan yang tak faham suasana yang sebenar dan terpengaruh dengan cogan kata dan slogan-slogan tertentu," tambah beliau.

Senada dengan Mahfuz, Khalid turut menegaskan perbezaan antara golongan ulama dan profesional tidak menimbulkan masalah dalam parti tersebut.

"Perbezaan diantara ulama dan profesional tidak menjadi masalah. Kita boleh berbincang dengan baik tanpa adanya satu pemisah diantara profesional dan ulama.

"Kadangkala ulama antara ulama pun tidak bersetuju antara satu sama lain, begitu juga dengan golongan profesional," jelasnya.

Ezam: Kerajaan ambil jalan mudah naikkan tol

Posted: 19 Dec 2013 02:17 AM PST

 
"Kerajaan transformasi yang bercirikan negara maju mesti lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah 





PETALING JAYA: Kerajaan Pusat ditegur supaya mengambil tindakan tegas untuk memperbetulkan sikap beberapa pembuat dasar yang gemar mengambil jalan mudah dengan menaikkan tarif elektrik dan tol.

Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd Nor berkata, cara itu diambil hanya memindahkan beban kepada rakyat semata-mata untuk selesaikan masalah mereka (pembuat dasar).

"Kerajaan transformasi yang bercirikan negara maju mesti lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah bukan dengan jalan mudah naikkan tarif dan minta rakyat tanggung beban.

"Cara ini bukan cara sebuah kerajaan transformasi yang seharusnya lebih tangkas tangani masalah disamping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ezam yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, isu ketirisan, suapan rasuah, perjanjian konsesi berat sebelah dan terlalu menguntungkan golongan korporat juga harus diberi perhatian

"Perlu ada tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam menyelesaikan masalah.

"Walaupun ianya rumit berbanding keputusan naikkan harga tarif tetapi itulah tanggungjawab pembuat dasar yang menggelar dirinya kerajaan transformasi," katanya.

Kenaikan kadar tol mendapat pelbagai respon negatif daripada pemimpin bukan sahaja Pakatan Rakyat tetapi turut mendapat bantahan daripada Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen BN-Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa Putrajaya mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah berjanji secara spesifik melalui 'Akujanji Pilihan Raya' mahu mengurangkan tol secara berperingkat.

Beliau turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani sesuatu konsesi tol baru pada masa akan datang, antaranya Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).

Tegasnya, Kementerian Kerja Raya juga perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Lebuhraya Besraya, Damansara-Puchong (LDP) dan Baru Pantai (NPE)

"Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah  lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya.

"Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya semalam.

Surat terbuka Ahli Parlimen Kuantan kepada Majlis Keselamatan Negara

Posted: 19 Dec 2013 02:09 AM PST

Oleh : Fuziah Salleh



Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 18 Disember 2013 bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014″ adalah dirujuk.

Saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlaku Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh Setiausaha MKN, Datuk Mohammad Thajudeen Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengaturgerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Terengganu, Pahang dan Johor.

Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan.

Dalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir.

fuziahsalleh

Di dalam keadaan JKKK – Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.
Diantaranya:

Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus Pusat Pemindahan.

Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini.

Sebab itu lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK.

Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan Banjir diurus dengan cara lebih profesional.

Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak.

Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di Pusat Pemindahan. Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak boleh di elakkan.

Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional.

Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.

Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik.-19 Disember 2013

*Fuziah Salleh adalah Naib Presiden PKR

Muat turun Buku Kecil Penerangan GST

Posted: 19 Dec 2013 02:02 AM PST

Oleh Rafizi Ramli


BUKU KECIL  Penerangan #fahamGSTtolakGST memberi penerangan menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaan GST dan kesannya kepada rakyat.

gst1509318_681890931845417_1939621323_n

Video penerangan yang mengiringi Buku Kecil Penerangan #fahamGSTtolakGST AKAN dimuat naik dalam masa terdekat.

Saya akan terus mengusahakan video, risalah penerangan dan infografik untuk mendidik rakyat mengenai kesan GST kepada rakyat.

Untuk muat turun, KLIK INI.

Rafizi: Puluhan cukai GST di setiap peringkat penghasilan produk

Posted: 19 Dec 2013 02:00 AM PST

SELANGOR KINI


PANDAN: Harga barang keperluan harian tetap akan naik ekoran kos pengeluaran barang terbabit dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata antara contoh adalah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui puluhan cukai GST di setiap peringkat.

Rafizi SACC black PKR"

Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

"Peniaga tak boleh membuat 'tax return' kerana beras adalah barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian.

"Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terbabit secara langsung dengan GST. Hakikatnya, walaupun barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat 'Fahami GST, Tolak GST' di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), malam tadi.

Rafizi berkata, syarat pematuhan yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

"Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod berkenaan cukai itu seperti invois dan resit dikemaskini apabila diaudit Jabatan Kastam. Ini akan menambahkan kos," katanya.-NFN-

Mahasiswa teruja timba pengalaman jadi ‘Adun Muda’ Selangor

Posted: 19 Dec 2013 01:57 AM PST

Oleh: Lizawati Madfa


SHAH ALAM  : Peluang menjadi 'wakil rakyat' dalam Program Adun Muda Selangor merupakan satu peluang ekslusif dan sangat berharga yang tidak mungkin disia-siakan setiap peserta.

Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Anas Shafiee, 20, berkata beliau berbangga dapat berada di platform yang disediakan Kerajaan Negeri untuk anak muda menyelami pengalaman membahaskan sesuatu usul sebelum diluluskan.

anasKatanya, selepas mengetahui bahawa dirinya diterima sebagai peserta, beliau menjalankan beberapa kajian bagi mempersiapkan diri untuk menjadi 'wakil rakyat' di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

"Kini saya lebih tahu bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat kerana pelbagai prosedur perlu dipatuhi ketika sesi perbahasan.

"Bukan itu sahaja, kita juga perlu mempersiapkan diri agar bersedia bagi membincangkan perkara berkaitan supaya perbahasan dapat dilakukan dalam keadaan yang penuh demokrasi dan berkualiti," kata Anas yang merupakan pelajar jurusan Undang-undang Sivil.
Jaya
Mahasiswa Universiti Tunku Abdul Razak (UTAR), P.Jayatheswary, 23, pula berharap agar Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi program yang dapat memberi pendedahan awal kepada golongan anak muda yang dilihat kurang peka dengan perkembangan politik semasa.

"Sebelum ini saya langsung tidak berminat dengan politik, tetapi setelah menyertai program ini saya begitu berminat dan bersemangat kerana saya sedar keputusan politik penting dalam kehidupan sosial masyarakat.

"Oleh itu, perbanyakkanlah program seumpama ini untuk menyedarkan anak muda bahawa pengetahuan politik adalah penting untuk masa depan," katanya.

IMG_1098

Program Adun Muda Selangor yang julung-julung kali diadakan ini disertai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi; 20 lelaki dan 10 wanita.

Persidangan Adun Muda dipengerusikan sendiri Speaker Dewan, Hannah Yeoh selain turut disertai Exco Negeri, Elizabeth Wong yang bertindak sebagai 'Menteri Besar'.

Turut menyertai persidangan ialah Adun Kampung Tungku, Lau Weng San dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.-EZY

Tourism Malaysia lancar peraduan foto pelekat TMM 2014

Posted: 19 Dec 2013 01:53 AM PST

Oleh : REMY ARIFIN


SHAH ALAM : Tourism Malaysia melancarkan Peraduan Foto Pelekat/Sticker Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 bagi meningkatkan penerimaan kempen itu dalam kalangan rakyat tempatan dan ekspatriat secara serentak di seluruh negara, hari ini.

Peraduan itu akan berlangusng selama tiga dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej pelancongan domestik bagi 30 peserta yang berjaya setiap bulan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014.

Tourism Malaysia

Bagi peringkat Selangor, program pelancaran itu dirasmikan Pengarah Tourism Selangor, Mohammad Nor serta disertai Unit Pelancongan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Pelekat kenderaan TMM 2014 itu menampilkan gambar monyet proboscis yang juga maskot rasmi kempen berkenaan membabitkan 15 lokasi edaran iaitu enam lokasi tol dan satu kawasan rehat dan rawat (R&R) di bawah seliaan PLUS termasuk di negeri yang tidak dihubungkan lebuh raya berkenaan.

Dalam perasmian itu, Mohammad bersama wakil PDRM dan PLUS mengagihkan pelekat kenderaan TMM 2014 kepada pengguna lebuhraya di plaza tol berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Penolong Pengarah kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Ida Harlina Mohd Idris di talian 03-88918437 atau e-mel idaharlina@toursim.gov.my

815 mangsa pemerdagangan manusia di Selangor sejak 2011

Posted: 19 Dec 2013 01:50 AM PST

Oleh : AFIX REDZUAN


SUBANG : Majlis Antipemerdangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) memaklumkan 815 orang menjadi mangsa pemerdangan manusia yang dicatatkan di nSelangor, sejak tahun 2011 sehingga Disember 2012.

Timbalan Pengerusi Jawatankusa Bertindak MAPMAS, Rozaini Mohd Rosli berkata, kes pemerdagangan manusia yang berlaku bukan sahaja membabitkan pendatang asing tetapi penduduk tempatan turut menjadi mangsa.

IMAG0383

Katanya, persepsi isu pemerdagangan manusia yang hanya membabitkan warga asing adalah tidak tepat dan perlu diperbetulkan.

"Antara kes yang biasa berlaku membabitkan tenaga kerja termasuk penduduk tempatan dan kebanyakannya daripada syarikat keselamatan.

"Baru-baru ini, terdapat kes 64 orang pekerja warga Malaysia tidak dibayar gaji lebih setahun. Mereka dikerah kerja lebih masa tanpa bayaran.

"Kita sebolehnya melihat kepada undang-undang dan memohon mereka yang ada kuasa memudahkan urusan rakyat supaya tidak ada sistem birokrasi yang membebankan. Mereka mengambil masa dua tahun untuk turun naik Mahkamah Buruh bagi memfailkan kes dalam usaha mendapatkan pembelaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Anti Pemerdagangan Manusia Selangor peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Di Malaysia, pemerdagangan manusia diletakkan di bawah Akta Antipemerdangangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan adalah kesalahan yang boleh dituduh dengan penajara selama 20 tahun dan didenda sebaynyak RM1 juta.

Irene Fernandez

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MAPMAS, Dr Irene Fernandez, berkata persediaan dan pengetahuan berkenaan pemerdagangan manusia perlu diberikan sejak di bangku sekolah kerana kegiatan itu sudah mula menular di peringkat sekolah.

Katanya, tahun lalu terdapat satu kes budak perempuan diculik dan dimasukkan ke dalam kontena untuk diperdagangkan, namun berjaya melepaskan diri.

"Ada ibu bapa memberitahu kita ada proses kerahan daripada sindiket pemerdagangan dengan membayar pelajar lelaki untuk memikat pelajar perempuan yang cantik. Mereka kemudian dibawa ke tempat tertentu lalu diculik," katanya.

asmawi kasbi

Bagi Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, MPSJ akan membantu dalam usaha memberikan publisiti dan informasi kesedaran kepada orang awam berkenaan perkara itu.

Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes pemerdagangan manusia, mereka boleh menghubungi Hotline Negeri Selangor di talian 03-5519 0600.

Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir

Posted: 18 Dec 2013 04:28 PM PST

Oleh: Basyar Abkadir


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen dan Adun KEADILAN Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku minggu ini.

"Untuk gerak kerja awal persediaan menghadapi gelombang kedua, jawatankuasa tindakan telah dibentuk," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Cheah Chung.

kuantan banjir

Katanya, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir kedua.

Lee berkata, empat kawasan yang berisiko banjir ialah Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kampung Tiram dan Taman Impianku, semuanya dalam kawasan Semambu dan ia berhampiran kawasan sungai.

Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) , gelombang kedua akan berlaku pada 22 Disember depan.

fuziah

Sementara itu, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan kerosakan yang berlaku akibat banjir kerana kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung merosakkan keseluruhan harta benda.

"Banjir teruk menjejaskan kira-kira 20 taman perumahan, termasuk rumah-rumah kampung dan setinggan sepanjang jalan berhampiran fly over Batu 6 Kuantan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Rahman menyatakan air di kawasannya sekarang sudah surut, namun banyak yang terjejas akibat banjir.

dato fauzi 1

"Buat masa sekarang air sudah surut. Tetapi banyak kawasan yang terjejas kerana ada rumah yang roboh.

"Kebanyakan kawasan sekarang terlalu kotor dan sampah sarap banyak kelihatan.

"Sekarang ini kerja-kerja ditumpukan kepada pembersihan dilakukan bersama oleh penduduk, pihak berkuasa tempatan dan NGO," kata Fauzi.

Jabatan Meteorologi dalam ramalannya menyatakan gelombang hujan lebat monsun kedua boleh mengakibatkan banjir di Pahang, Terengganu dan Johor mulai 18 Disember sehingga 22 Disember 2013.

Anwar: Shafee bohong dalam afidavitnya

Posted: 18 Dec 2013 04:26 PM PST

 

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan rayuan terhadap pembebasannya daripada kes Liwat II dan sedang memohon menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan, mengemukakan ketidakselarasan dalam afidavit balas peguam kanan itu.

Ketua umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa, terdapat "cita-cita" yang diketahui bahawa Shafee mahu menjadi peguam negara yang akan datang.

Anwar mendakwa afidavit Shafee bertarikh 14 Disember 2012 berkata, fakta bahawa Shafee mahu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail itu diketahui ramai di kalangan pengamal undang-undang dan pegawai polis.

"Ini menjelaskan kenapa Shafee kritikal kepada Gani, seperti dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) (bekas ketua CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrhaim)," katanya dalam afidavit balas.

GST kurangkan aliran wang haram alasan dangkal k’jaan – Anwar

Posted: 18 Dec 2013 04:25 PM PST

Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar alasan kerajaan kononnya pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah 'trade mispricing".

BNM_melawak

Menurutnya lagi GST tidak mempunyai pengaruh besar terhadap masalah aliran wang haram, terutama apabila ia berkaitan dengan jualan eksport ke luar negara.

"GST tidak akan memberi kesan yang besar kepada aliran keluar wang haram. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar dan tidak meninggalkan kesan kepada harga barangan eksport.

"Alasan itu untuk mengiyakan pelaksanaan GST," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan 16 Disember lalu berkata, aliran keluar kewangan haram akan dikurangkan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ia menunjukkan bagaimana kerajaan Brisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST", tanbah Anwar.

anwar_ibrahimTegas Anwar pelaksanaan GST yang akan membebani rakyat itu dapat dihentikan sekiranya rakyat bangkit bersama-sama bagi menentang pelaksanaanya.

Sehubungan itu, bagi mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan meningkat, satu kempen anti GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru akan dilancarkan 20 Disember ini.

SD Mat Zain: Najib Razak sembunyi salah laku Gani Patail

Posted: 18 Dec 2013 04:23 PM PST


Azuan Ab Rahman

MAT_ZAIN



KUALA LUMPUR : Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) didalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara sengaja dan sedar menyembunyikan maklumat mustahak.

Dalam perakuan bersumpah tersebut, 'maklumat mustahak' yang dimaksudkan ialah salah laku jenayah bagi melindungi Gani Patail dalam kes pemalsuan laporan kes mata lebam melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, beliau telah mengirimkan maklumat lengkap bertulis disertai beberapa dokumen yang telah dipalsukan Gani Patail kepada Najib Razak pada Febuari 2009.

Namun menurutnya keputusan siasatan kes pemalsuan laporan tersebut oleh satu panel bebas telah terganggu.

gani_patail

Ini kerana Najib Razak menurut Mat Zain mempunyai masa yang cukup untuk mengedarkan maklumat yang sepatutnya dan bertindak menyembunyikan selain tidak menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan kepada pihak berkenaan.

Kata Mat Zain dalam akuan setebal 31 muka surat itu, tindakan tersebut menyebabkan Gani dan seorang lagi individu terlibat terlepas dari didapati bersalah atas tuduhan pemalsuan laporan yang dilakukan.

Dokumen yang diserahkan kepada Najib itu antara lain menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Gani dan seorang lagi individu yang terlibat dengan pemalsuan tersebut selain cara pemalsuan dokument siasatan tersebut dibuat.

Politik '5 kaki 2 inci 3 suku'

Posted: 18 Dec 2013 04:21 PM PST



Oleh Tarmizi Anuwar


Belakangan ini gempita dalam negara apabila pelbagai harga barang dinaikkan. Ia bermula dengan kenaikan harga bahan bakar yang memberikan kesan domino kepada barangan lain dalam negara.

Secara asasnya kesan domino ini adalah reaksi rantaian yang berlaku hasil daripada perubahan harga sesuatu barang yang menyebabkan perubahan yang sama terhadap barang-barang lain.

Peniaga restoran terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan oleh kos pengangkutan yang digunakan telah meningkat.

Ia juga disebabkan barangan mentah yang diperlukan turut meningkat disebabkan penjual barangan itu turut menghadapi masalah yang sama.

Kemudian berlaku pengumuman kenaikan harga ayam, tarif elektrik, harga gula dan yang terbaru adalah berkaitan kenaikan harga tol.

Turut menjadi polemik adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Negara jiran Malaysia, Singapura telah melancarkan penggunaan GST pada tahun 1994 setinggi 3 peratus.

Tekanan psikologi
Kemudian selepas 9 tahun ia dinaikkan kepada 4 peratus, yakni hanya tambahan 1 peratus. Tahun selepasnya, 2004 dinaikkan 1 peratus lagi menjadi 5 peratus.

Akhirnya, pada tahun 2007 kadar peratusan GST yang dikenakan kepada rakyat Singapura adalah sebanyak 7 peratus dan kekal sehingga hari ini.

Selama 13 tahun, Singapura memerlukan tempoh masa untuk melaksanakan GST secara berperingkat.

Tetapi di Malaysia, sebaliknya berlaku apabila kerajaan secara tergesa-gesa ingin memperkenalkan GST pada kadar 6 peratus.

Walaupun hanya akan dilaksanakan pada 1 April 2015, tetapi melihat kepada kondisi taraf kehidupan rakyat (khususnya anak muda) semasa, perlaksanaan GST secara terus pada kadar 6 peratus bakal memberikan tekanan psikologi yang tinggi dan beban berganda kepada rakyat.

Dengan nilai yang sudah negatif apabila keluar universiti (antaranya disebabkan hutang pendidikan), sudah tentu mereka mahu membeli kereta yang bakal menegatifkan lagi nilai diri anak muda itu.

Selain itu, beban harga minyak yang mahal, mahu mendirikan rumah tangga dan mencari rumah untuk meneruskan kehidupan setelah berkeluarga, semua ini bakal ditanggung oleh anak muda.

Kritikan 'Do Re Mi'
Persoalan di sini adalah apakah belas kasihan yang ditunjukkan oleh menteri kepada kesemua rakyat yang mengundinya.

Perlu diingati kesan kepada perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan bakal dirasai oleh kesemua rakyat, tidak kira yang menyokong kerajaan atau pembangkang.

Jawapan yang diberikan oleh menteri seakan-akan menganggap bahawa rakyat negara ini adalah tiga suku pemikirannya. Ataupun sebenarnya bahawa pemikiran menteri memang tiga suku?

Jawapan seperti untuk mengurangkan penyakit diabetes kerana itu subsidi gula diturunkan, jika tidak setuju dengan undang-undang negara sila keluar dari Malaysia, jika tidak setuju dengan tol guna jalan biasa, jika ayam naik jangan makan ayam, jangan beli rumah kalau harga naik, tidak suka sistem pilihan raya pergi duduk dalam hutan, dan jangan beli sayur kalau harga naik maka tanam sendiri sayur adalah jawapan-jawapan orang yang pemikirannya tiga suku.

Barangkali untuk menjadi menteri, kelulusan utama adalah seperti kritikan sinis dalam cerita P Ramlee yang bertajuk Do Re Mi yakni '5 kaki 2 inci 3 suku'.

Walaupun terdapat menteri yang mempunyai latar belakang pendidikan sehingga di peringkat doktor falsafah tetapi itu bukan hujah untuk menghalau rakyat negara ini keluar pergi ke negara lain.

Rakyat berhak untuk mengkritik dan mendapat servis yang baik daripada kerajaan.
Negara adalah milik rakyat bukan milik hakiki mana-mana parti politik. Parti politik yang memenangi pilihan raya secara demokrasi hanya diberikan mandat sementara untuk mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Melihat kepada jawapan menteri-menteri berkaitan isu semasa dalam negara membuatkan saya berfikir dan khuatir bahawa apabila wujud menteri-menteri yang pemikirannya tiga suku, mereka akan mengheret sekali rakyat bersama mereka.

Rakyat diperbodoh-bodohkan

Sekurang-kurangnya jika mahu menjadi tiga suku jadilah secara individu jangan mengheret rakyat berfikiran seperti kamu.

Rakyat bukanlah insan yang boleh diperbodoh-bodohkan dan menjadi tanggungjawab kepada semua untuk memastikan negara ini dalam situasi pemikiran yang lebih terbuka, bertolak ansur dalam agama dan kebudayaan dan intelek.

Maka, tidak sewajarnya apabila rakyat mengkritik dan memberikan komen berkaitan polisi yang ingin dibawa oleh kerajaan, menteri memberikan maklum balas dengan jawapan manusia berfikiran tiga suku.

Hari ini rakyat semakin terbuka dan memerlukan jawapan-jawapan yang sangat kukuh apabila timbulnya satu-satu isu. Bukan lagi dengan permainan persepsi dan manipulasi media sewenang-wenangnya. Menteri sewajarnya memberikan hujah yang mendidik rakyat, bukan menggunakan hujah dianggap logik oleh pemikiran tiga suku mereka.

Mendepani pemikiran tiga suku ini saya melihat satu usaha yang baik dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melalui Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bersama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Saya menyeru kepada rakyat supaya bersama-sama hadir semasa perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam ambang kemerdekaan nanti di Stadium Merdeka.
Ini merupakan usaha TURUN untuk mendesak kerajaan agar mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kami marhaen berhak menentukan kebebasan kehidupan kami di negara ini.


TARMIZI ANUWAR setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia 2013/2014.

Kekang banjir, S'gor ambil tanah pesisir sungai

Posted: 18 Dec 2013 04:18 PM PST

 

 
 
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan melakukan pengambil alihan tanah di pesisir sungai dalam usaha mengekang masalah banjir kilat di negeri itu.

Khalid berkata, beliau telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian bekerjasama dengan pejabat tanah berkaitan untuk mengambil tanah-tanah tersebut untuk pelebaran sungai.

Beliau juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti kawasan-kawasan sesuai di seluruh Selangor untuk dijadikan kolam tadahan air bagi menangani masalah banjir di negeri ini.

"Kita telah meminta JPS memasukkan arahan ini sebagai antara agenda penting dalam Pelan Pencegahan Banjir seluruh Selangor yang telah dirangka dan sedang dilaksanakan JPS di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

"Dalam RMK-10 yang bermula tahun 2011-2015, JPS telah memohon sebanyak RM774.6 juta di bawah Program Pengurusan Banjir dan Menaiktaraf Saliran yang mana RM93 juta telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan manakala RM567 juta dari kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Khalid memaklumkan mengenai pertemuan dengan JPS pada minggu lalu di mana agensi tersebut memaklumkan dalam RMK-10, sebanyak 246 projek tebatan banjir dirancang-79 dalam perancangan, 88 ikut jadual dan 31 siap dibina.

Posted: 18 Dec 2013 04:14 PM PST

 

 


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kelewatan sesuatu projek siap adalah perkara biasa, sekali gus menolak kritikan anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

"Dalam 1,500 projek, mungkin hanya 10 yang mengalami kelewatan. Jadi itu bukan masalah besar. Kelewatan dan kecepatan sesuatu projek disiapkan ialah perkara biasa.

"Kita kena biarkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk menjalankan tugas mereka kerana sebelum ini beberapa projek telah pun disegerakan pemberian CF (sijil menduduki).

"Namun ia memberi kesan negatif apabila pembeli berpindah masuk ke rumah mereka agak kecewa dengan hasil kerja (yang disegerakan itu)," jelasnya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.


NONEKhalid Samad (kanan) hari ini antaranya menegur, pentadbiran kerajaan negeri dan juga PBT sedia ada menimbulkan banyak kerenah birokrasi sehingga menimbulkan konflik dengan pemaju.

Katanya, kerajaan negeri dan PBT sepatutnya dapat mentadbir dengan bersih dan pada masa yang sama menjalin kerjasama yang baik dengan sektor swasta dan bukan "berlaga" antara satu sama lain.

Pemimpin PAS itu memberi contoh dua projek di Shah Alam, iaitu pembinaan jalan alternatif ke Padang Jawa dan pembinaan satu kompleks pameran perabot yang masih belum selesai

Perisikan Tentera Mantap, Mampu Hidu Ancaman Kepada Negara - PAT

Posted: 18 Dec 2013 04:11 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perisikan tentera negara ini amat mantap dalam menghidu sebarang ancaman, termasuk serangan yang dikatakan sedang dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf, atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan risikan bersama negara lain dalam mendapatkan maklumat berhubung desas-desus ancaman termasuk serangan atau pencerobohan.

"Saya menganggap (dakwaan mengenai kemungkinan) serangan itu hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak tertentu, namun ini tidak bermakna kami dan pasukan keselamatan lain seperti polis mengambil mudah perkara (khabar angin) itu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS TALK) 2013 di sini, Rabu.

Zulkifeli ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan) pada semalam dan Hari Krismas ini.

Katanya, perisikan turut dilakukan bersama kerajaan Filipina dalam membanteras sebarang aktiviti yang boleh mengancam keamanan negara.

Zulkifeli menegaskan keadaan keselamatan di Sabah jauh lebih baik dan terjamin berbanding sebelum ini dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). -BERNAMA

Tiada ulasan: