DIALOG RAKYAT |
- Saya berniat baik pakai tudung, kata bekas Playboy Bunny
- MB Selangor arah Puncak Niaga minimum kesan gangguan air
- Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri
- USTAZ TUAN IBRAHIM TIDAK BERDENDAM DENGAN MAT SABU, BENAR TETAP BENAR
- Jurutera Lynas ditemui mati lemas
- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun
- Isu Syiah Ditimbulkan Untuk Tutup Kehebatan Unit Amal
- Rakyat, Pencuci Dosa Kebejatan Urus Tadbir Pemerintah
- M'sia tambah lima pingat emas pada hari ke-10
- Syiah dan manipulasi politik
- Tee Keat lancar manifesto pemilihan presiden MCA
- Gan: Mahu pemimpin tegas atau yang'flip-flop'?
- Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu
- Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah, kata Ibrahim Ali
- Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!
- "Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir?
- Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf
- Aksi ‘Saya Yang Menurut Perintah’ oleh KDN
- Isu Syiah: Hancurkan Pakatan dengan serangan terhadap Mat Sabu
- Kena cabul dalam tandas awam
- Ceramah Wan Saiful Di UPM Timbul Kontroversi
- Bantuan Banjir RM500 Diagih Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Depan - PM
- Phahrolrazi: Bukti KDN Mat Sabu Syiah tidak kukuh
- Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung
- Bas terbang tembus kedai
Saya berniat baik pakai tudung, kata bekas Playboy Bunny Posted: 14 Dec 2013 05:18 AM PST Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti". Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu. "Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin. "Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi. Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi. Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab. Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi. Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu. Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu. Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah jambu. Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam. "Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya. "Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya. Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu. Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau. Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model. "Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap. Mengenai keputusan dan persepsi negatif terhadap pemakaian tudung oleh ke atas beliau, Yeap tidak menyalahkan peminat yang "keliru" dengan tindakannya. "Saya menyalahkan mereka. Mereka yang tidak mengenali saya, tidak membaca apa yang saya tulis, akan keliru. "Sesi penggambaran dan pentas permodelan masa lalu yang terpapar dalam Facebook dan blog saya, itu adalah pencapaian saya. "Saya mahu orang tahu, jika saya boleh berhenti menjadi seksi, tutup diri saya sendiri, menjadi orang yang lebih baik, seorang wanita dihormati, mengapa mereka tidak boleh memahami cerita dan moral di sebaliknya? Biarkan ia menjadi inspirasi kepada orang ramai," kata Yeap lagi. Beliau memberitahu dirinya lebih selesa dengan penampilan terbaru yang lebih sopan ini. "Orang tidak melihat anda kerana saiz payudara anda atau bentuk badan anda, sebaliknya, melihat anda kerana kepintaran dan peribadi anda. "Saya tidak menafikan saya menangis beberapa kali semasa bekerja di atas pentas peragaan baru-baru ini. Saya suka apabila menutup diri saya, jadi apabila saya terpaksa tunduk kepada tuntutan kerja yang memerlukan saya seksi, saya berasa diri dieksploitasi," katanya. Yeap menegaskan mempunyai niat baik dalam memakai tudung dan berada dalam sebuah negara yang berbilang kaum, beliau sedar sensitiviti agama dalam perkara ini. "Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik. "Saya akui bahawa saya seorang berfikiran bebas. Apa yang saya katakan adalah, jika seseorang sedang cuba untuk belajar sesuatu dan anda terus menolak mereka jauh, mereka akan melarikan diri. Mereka akan bertanya kenapa mereka ditolak daripada sesuatu yang mereka cuba untuk belajar," katanya. Beliau berkata jika agama boleh menunjukkan tentang keindahan hidup, orang ramai juga harus memahami tindakannya. "Orang tertarik kepada perkara-perkara yang indah. Begitu juga saya. Dan jika agama boleh menunjukkan kepada saya keindahan hidup, mengapa saya perlu menentang hanya kerana beberapa pihak rasis dan pelampau terkeliru dan cuba memutarbelitkan perkara ini? "Adakah mereka cukup jujur atau menganggap diri mereka lebih besar untuk menghakimi manusia lain? Lainlah kalau mereka itu tuhan. Tetapi berdasarkan tingkah laku mereka mengutuk, menghina dan berkelakuan sebegitu... saya tidak fikir begitu," katanya. Yeap berkata sedih melihat orang sebegini. Yeap berkata di sebalik semua kritikan, beliau gembira kerana dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai dan mengingatkan sesetengah pihak tentang agama mereka. Beliau juga menerima pandangan yang mengganggapnya pelik hanya kerana memakai tudung. "Jika orang ramai berasa pelik seorang bukan Islam memakai tudung, jadi biar sajalah," kata Yeap. Malah, Yeap berkata keluarganya juga banyak memberi sokongan kepada beliau dalam memakai tudung, memujinya bertambah cantik. Bagi persembahan pentas permodelan, Yeap berkata perlu memenuhi syarat yang telah dipersetujuinya sebelum memakai tudung sebelum ini. "Bulan ini akan menjadi tugasan terakhir saya. Saya perlu membuat beberapa penampilan untuk Playboy Bunny Antarabangsa. "Ramai yang gagal untuk memahami bahawa ini adalah satu komitmen kerja dan saya seorang model profesional. Saya perlu melaksanakan kerja saya dan walaupun saya mahu meninggalkan sesuatu, saya perlulah tinggalkannya dengan bangga." Mengenai azam Tahun Baru Cina, Yeap berkata akan lebih memilih dalam pentas peragaan kali ini. Ditanya sama ada beliau akan memakai tudung untuk selamanya, Yeap berkata sedang perlahan-lahan belajar menjadi seorang yang lebih baik. "Saya mahu menjadi seorang yang lebih baik, wanita yang lebih baik. Tahun 2014 akan menjadi permulaan sesuatu yang indah," kata Yeap. Yeap telah dipaparkan dalam majalah FHM tempatan dan luar negara diupah sebagai Playboy Bunny di sebuah kelab di Macau. Sebelum itu, beliau mengambil bahagian dalam rancangan realiti televisyen yang dikenali sebagai "I Wanna Be Model" dan disenaraikan antara peserta akhir semasa pusingan ketiga. Beliau juga merupakan naib juara untuk Miss World Malaysia Cina 2006 dan peserta akhir untuk Dewi Remaja Malaysia. | ||||||
MB Selangor arah Puncak Niaga minimum kesan gangguan air Posted: 14 Dec 2013 04:48 AM PST Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengarahkan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) mengambil langkah meminimumkan kesan gangguan bekalan air yang akan bermula pada 17 Disember ini. Penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 yang membekalkan air ke Kolam Imbangan Bukit Mayong dan Matang Pagar dijangka menyebabkan hampir sejuta pengguna terjejas. Bagaimanapun, Kolam Imbangan Bukit Mayong tidak akan terjejas semasa proses penyelenggaraan berjalan. Susulan itu, Abdul Khalid telah mengarahkan rangkaian agihan bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, Loji Rawatan Air Sungai Batu, dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas diaktifkan untuk memberi bantuan kepada loji yang terjejas iaitu di Bukit Mayong. "Justeru, loji-loji rawatan air ini akan membantu meminimumkan kesan gangguan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas. "Kita menjangkakan bahawa pengguna-pengguna di beberapa kawasan yang disenaraikan akan menerima bekalan air dengan tekanan yang rendah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Khalid juga berkata pihaknya dimaklumkan bahawa PNSB telah diarahkan untuk bersedia dengan segala persiapan supaya kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat disiapkan seperti dijadualkan. Beliau juga mengarahkan PNSB supaya memastikan paras Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekalkan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang berada sekurang-kurangnya pada paras 6 meter sebelum hentitugas pada Selasa, 17 Disember ini. Ia bertujuan memastikan paras air di kolam berkenaan tidak jatuh di bawah paras 1.5 meter bagi mempercepatkan pemulihan bekalan kepada pengguna yang terjejas ekoran hentitugas loji. Lebih 1 juta pengguna di ibu negara termasuk Gombak dan Petaling serta Shah Alam dan Klang di Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih bermula 17 hingga 22 Disember ini. Ia berikutan kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2. PNSB menganggarkan sebanyak sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk kawasan-kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, INTAN, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Suria KLCC akan mengalami gangguan bekalan air bersih akibat kerja naik taraf tersebut. PNSB juga akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut memandangkan permintaan bekalan air terus meningkat di Lembah Klang sedangkan kapasiti bekalan air menyusut hingga ke tahap kurang daripada 1% yang menyebabkan tiada bekalan air alternatif pada waktu kecemasan. | ||||||
Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri Posted: 14 Dec 2013 04:47 AM PST Bekas anggota Kabinet Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya berhubung Syiah. Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat. "Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb," tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim. Menurut Zaid, Mohamad tidak perlu berdepan dengan Ahmad Zahid di mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya. Zaid turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mohamad sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan imej Naib Presiden Umno itu. "Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb," tulis Zaid lagi. Utusan Malaysia melaporkan hari ini Ahmad Zahid tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah. Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad di mahkamah. Katanya, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah diantaranya ialah kerana Timbalan Presiden PAS itu dikatakan kagum kepada perjuangan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini. Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. | ||||||
USTAZ TUAN IBRAHIM TIDAK BERDENDAM DENGAN MAT SABU, BENAR TETAP BENAR Posted: 14 Dec 2013 04:38 AM PST
Kedua-dua mereka senada iaitu pendedahan Zahid Hamidi adalah 'lawak jenaka' terhebat selepas PRU 13. Aku kagum dengan Us Tuan Ibrahim adalah kerana walaupun beliau pernah tewas di tangan Mat Sabu bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dua tahun yang lalu, namun sediukit pun tiada perasaan dendam atau permusuhan terhadap Timbalan Presiden PAS tersebut. Baru-baru ini, di dalam Muktamar PAS, Us Tuan Ibrahim adalah mewakili golongan Ulamak yang bertanding merebut tiga Kerusi Naib Presiden, Alhamdulillah, beliau salah seorang terpilih.
Mungkin atas sikap beliau itulah ramai sekarang ini merasakan Us Tuan Ibrahim boleh bersedia dari sekarang untuk memegang jawatan Presiden PAS apabila sampai waktunya nanti. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai golongan Ulamak tetapi juga seorang akademik dan juga aktivis. Itulah kehebatan Us Tuan Ibrahim yang melayakkan beliau berada di jawatan Presiden suatu masa nanti. Sekarang ini, jawatan Presiden disandang oleh Ulamak iaitu Tuan Guru Hj Hadi Awang. Timbalannya pula seorang aktivis hebat iaitu Tuan Hj Mat Sabu, musuh ketat Umno yang paling digeruni. Naib Presiden PAS pula, diwakili oleh Aktivis, profesional dan Ulamak. Ini lah hebatnya PAS yang buat Umno gigit kuku dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk burukkan nama Parti Islam, PAS ini. Apa yang Umno tidak tuduh PAS? Sesat? Wahabi? Muktazilah? Dan sekarang pula Syiah. Sekular Umno sahaja yang mereka rasa tepat dan sejajar dengan Ahli Sunnah Waljamaah. Aku tak tahu dari sudut dan aspek mana Ahli Sunnah Waljamaah boleh memilih pemimpin yang jahil agama sehingga tidak tahu apa itu Najis Mughallazah dan pemimpin yang tidak berani menyuruh isterinya menutup aurat. Sesat-sesat Syiah pun dari segi pakaian mereka dan isteri mereka jauh lebih baik dari isteri pemimpin Umno. Isu Syiah akan terhenti setakat pendedahan itu saja, percayalah. PAS pula jangan biarkan Mat Sabu keseorangan mendepani fitnah jijik Umno ini. Waktu ini lah Dewan Ulamak atau golongan Ulamak tampil nyatakan pendirian tentang isu ini. Jangan perlu ada sikap dendam mendendam, lebih buruk lagi jika terbabit sekali bersama Umno untuk burukkan Mat Sabu. | ||||||
Jurutera Lynas ditemui mati lemas Posted: 14 Dec 2013 04:33 AM PST MALAYSIA KINI Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi. "Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. "Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya.- Bernama | ||||||
Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun Posted: 14 Dec 2013 03:48 AM PST Oleh : NAZLI IBRAHIM SUBANG Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion yang dimilikinya ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu Kerajaan Negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka. "Oleh sebab itulah tugas utama saya memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat. "Sekarang Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion. "Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat," kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor. Ketika menyentuh peranan yang dimainkan Yayasan Selangor, Abdul Khalid berkata, sehingga kini yayasan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang hingga mampu melahirkan generasi muda yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara. "Tanggungjawab kita bertambah lebih besar lagi dari dua, tiga ratus pelajar kita naikkan ke 1,000 dan kita sudah capai 3,000 dan kini kita akan tingkatkan sasaran kepada 5,000 pelajar yang dikeluarkan Yayasan Selangor ini," kata Abdul Khalid yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki pula mengingatkan agar kakitangan yayasan itu meningkatkan kredibiliti dan integriti masing-masing dengan mengekalkan kecemerlangan dan menjauhkan diri dari unsur penyalahgunaan kuasa. Dalam majlis yang diadakan di Hotel Holiday Villa Hotel & Suites , Abdul Khalid turut menyampaikan sembilan anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 serta hadiah perkhidmatan lama kepada kira-kira 35 kakitangan yayasan itu.-EZY | ||||||
Isu Syiah Ditimbulkan Untuk Tutup Kehebatan Unit Amal Posted: 14 Dec 2013 03:43 AM PST Kehebatan Unit Amal waktu banjir punca isu Syiah dimain semula – Timmy Say KELAB GREENBOC Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno (PAU) tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan. Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang. Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi apa yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih daripada itu. Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah. Unit Amal PAS telah mendapat tempat di hati rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam "mendahulukan rakyat", lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir. Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter. Sekeping gambar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meredah banjir, sambil memikul barangan sumbangan di bahu, dikongsi dengan sebegitu hangat. Malah ada satu artikel di The Malaysian Insider yang bertajuk "Budak-budak baju merah" yang bantu kami, kata mangsa banjir" yang menggunakan gambar Ustaz Tuan telah menjadi artikel terhangat di laman ini (Nota: Jarang-jarang sekali berita berbahasa Melayu menjadi artikel paling dibaca di laman yang didominasi berita berbahasa Inggeris). Kehebatan Unit Amal menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memohon maaf kerana kelewatan menghantar bekalan makanan. Kini, Unit Amal PAS melancarkan Ops Bersih – untuk membersihkan kawasan yang terkena air banjir – kerja yang paling sukar dilakukan dalam musibah banjir ini. Dan ini dilakukan secara amal tanpa upah berprinsipkan "Rahmat Untuk Semua" – sesuatu yang bakal tersemat di hati rakyat. Kerja-kerja hebat Unit Amal telah secara tidak langsung menjadi senjata PAS untuk meraih undi rakyat. Sudah tentu Unit Amal tidak menyangka kerja mereka yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh disiplin tetiba menjadi satu senjata politik yang digeruni Umno. Disebabkan itu, rakyat perlu dialih perhatian daripada kehebatan Unit Amal. Maka sebab itulah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mempertaruhkan isu Syiah untuk mengalihkan pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu. Kini, Umno mengharapkan media akan fokus semula pada isu Syiah, para pemimpin politik dan penganalisa akan terus berperang dalam isu Syiah sehingga tenggelamkan kehebatan Unit Amal PAS dan kelemahan Umno di musim banjir luar biasa ini. Teruskan kerja! Dan jangan terperangkap! Berapa orang atas pagar yang akan mengundi PAS kerana kehebatan Unit Amal, askar Negara Berkebajikan yang diwar-warkan PAS, di PRU14 nanti? Dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.-Timmy Say/TMI ULASAN GB Berikut GB siarkan semula artikel yang tersiar di TMI dan kemudian di petik untuk disiarkan semula di blog ini pada 27 Sept 2013 untuk pencerahan mengenai isu Syiah dan kaitan Mat Sabu dengan Unit Amal. Semuga bermenafaat.
| ||||||
Rakyat, Pencuci Dosa Kebejatan Urus Tadbir Pemerintah Posted: 14 Dec 2013 03:19 AM PST
Negara juga telah menggubal dan menguatkuasakan Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act - AMLA) semenjak tahun 2001. Tetapi mengapa kadar aliran keluar wang haram ini terus berlaku malah semakin drastik untuk tahun 2010 dan 2011 berjumlah USD 118.69 billion iaitu bersamaan RM 356 billion. Jumlah aliran wang haram ini melebihi peruntukan Bajet Persekutuan 2014. Sekiranya rejim Pemerintah mempunyai kemampuan mengawal perkara ini paling tidak pun seperti tahun 2009, kita pasti mempunyai sedikit lebihan dana untuk mengawal kadar defisit negara. Tidak perlu diperkenalkan sebarang bentuk dasar atau percukaian yang memeras kantung rakyat seperti GST, rasionalisasi subsidi minyak dan kenaikan tarif elektrik, tol, harga barang serta tambang pengangkutan awam. Kegagalan rejim Pemerintah dalam mengawal aliran keluar wang haram dan kadar defisit negara akhirnya memangsakan rakyat seolah-olah rakyat menjadi pencuci dosa kepada kebejatan urus tadbir rejim Pemerintah. Bagaimana rakyat boleh menaruh kepercayaan kepada rejim Pemerintah seperti yang dipinta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kebolehpercayaan rejim Pemerintah ini sering tidak konsisten apatah lagi untuk meletakkan sebarang harapan dan kepercayaan masa depan negara dalam rundingan TPPA. Sebelum PRU 13, negara dikejutkan dengan pendedahan Global Witness lengkap dengan rakaman video bagaimana ahli keluarga yang rapat dengan rejim Pemerintah Sarawak dalam memanipulasi undang-undang dan percukaian negara. Malahan, rakaman video tersebut jelas menyiarkan petikan bagaimana mereka menyembunyikan wang haram mereka di Singapura dengan perancangan yang begitu baik. Setelah 8 bulan, apakah tindakan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, dan pelbagai lagi aparat Pemerintah bagi menyiasat dan mengheret mereka ke muka pengadilan. Bagaimana kita boleh meletakkan lagi kepercayaan kepada rejim ini? Apakah kerana mereka ini rapat dengan rejim Pemerintah maka mereka akan terlepas begitu sahaja? Inilah contoh sebenarnya pengkhianat tanahair tercinta ini bukannya rakyat biasa yang berusaha keras menyabung tenaga demi sesuap nasi dan akhirnya di panggil pengkhianat hanya kerana menentang perlaksanaan GST atau mana-mana rejim percukaian regresif yang ingin dikenakan kepada rakyat. Sememangnya negara ini di dalam krisis yang dahsyat. Kegagalan setiap instrumen dalam negara telah memangsakan masa depan cerah negara ini. Hilangnya daya saing di peringkat antarabangsa, kebocoran dan ketirisan kewangan negara, defisit berterusan dan aliran wang haram keluar yang tinggi sehinggalah kepada penurunan taraf pendidikan Sains dan Matematik seperti dalam laporan PISA adalah berpunca dari hilangnya sikap kebertanggungjawapan dan amanah rejim Pemerintah hari ini. Mereka terus berdansa dalam panggung khayalan mereka. Menari mengikut unjuran di atas kertas semata-mata sedang hakikat negara ini berada dalam keadaan mengundur. Rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian BR1M setahun sekali sedangkan rejim terus-terusan mencabut nikmat kehidupan setiap masa. Ahmad Anwar Asyraf (ComradeAAA) Penyelaras SAMM Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia | ||||||
M'sia tambah lima pingat emas pada hari ke-10 Posted: 14 Dec 2013 03:11 AM PST MALAYSIA KINI Sehari selepas kemarau pingat emas, kontinjen negara kembali di landasan dalam pemburuan pingat emas Sukan SEA ke-27 apabila menambah lima lagi semalam. Lima pingat emas tersebut menerusi dua acara karate serta masing-masing satu dalam menembak, renang dan pencak silat. Malaysia turut menambah satu pingat perak dalam karate serta sembilan gangsa. Pencapaian memberangsangkan itu meletakkan Malaysia kekal di tangga kelima dengan kutipan keseluruhan 10 pingat emas, tujuh perak dan 22 gangsa. Tuan rumah, Myanmar masih menguasai carta kedudukan dengan mengutip keseluruhan 26 pingat emas, 25 perak dan 21 gangsa, mengatasi Vietnam di tempat kedua dengan 22 emas, 13 perak dan 19 gangsa. Indonesia kekal di tempat ketiga selepas meraih keseluruhan 21 pingat emas, 25 perak dan 18 gangsa manakala Thailand di tangga keempat dengan 21 emas, 25 perak dan 17 gangsa. Dalam pada itu, acara badminton menyaksikan Malaysia mempunyai satu wakil di pentas final esok menerusi gandingan Vivian Ho-Woon Khe Wei dalam acara beregu wanita, berdepan pilihan utama, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia bagi merebut pingat emas. Skuad tinju juga berpeluang menyumbangkan pingat emas kepada negara apabila G. Ramkumar mara ke saingan akhir kategori 69kg dan dijadual bertemu Apichet Saenset dari Thailand. Sementara itu, anak buah Datuk Ong Kim Swee menepati ramalan apabila mencatat kemenangan kedua selepas menumpaskan Laos 4-1 hari ini. Malaysia akan berdepan Singapura pada Ahad ini. Pemburuan pingat emas kontinjen negara juga tertumpu dalam acara karate apabila sembilan pingat emas ditawarkan, esok.- Bernama | ||||||
Posted: 14 Dec 2013 03:08 AM PST Isu Syiah dan hal-hal berkaitan dengannya kini menjadi satu isu besar dalam politik negara, dan muncul sebagai satu isu yang menarik respons kuat daripada pihak-pihak berkepentingan. Isu Syiah ini muncul bukan secara terpisah daripada isu-isu global dan politik tempatan, dan bukan semata-mata menjadi topik debat berhubung pentadbiran agama Islam di negara ini. Kali ini, isu Syiah tidak boleh dilihat secara terasing daripada perkembangan politik di peringkat global yang rancak melibatkan persaingan kuasa-kuasa utama dunia Islam. Pada masa sama, sikap dan pendekatan, dan pembingkaian isu Syiah oleh pemerintah di negara ini juga wajar disorot dengan lebih kritikal. Hal berkaitan "kebangkitan Syiah" mula diperkatakan di rantau Asia Barat pada 2004, sejurus selepas kejatuhan pemerintahan Baath di Iraq, yang disusuli oleh politik yang lebih terbuka, sekaligus membuka ruang kepada penglibatan majoriti Syiah negara itu. Wacana yang panjang dan mendalam berhubung kebangkitan Syiah di dunia Arab dan dunia Islam bermula pada masa itu. Kemudian, ekoran perang antara militia Hizbullah, proksi Iran di Lubnan dengan tentera Israel pada musim panas 2006, populariti kumpulan Islam Syiah itu meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan populariti dan pengaruh Syiah dan Iran. Keresahan pemerintah-pemerintah Arab Sunni, terutama monarki Arab di Teluk Parsi terhadap kebangkitan Iran dan Syiah terus meningkat, dengan persaingan utama melibatkan Arab Saudi dengan Iran. Kedua-dua Arab Saudi dan Iran melihat diri masing-masing sebagai pemimpin dunia Islam, dan bersaing sengit mengukuhkan pengaruh di dunia Arab dan dunia Islam sejak 1979. Persaingan ini menjadi isu asas kepada pelbagai isu dan peristiwa, sama ada disedari atau tidak oleh pihak-pihak lain yang terlibat. Isu Syiah yang panas pada masa kini dapat diperhatikan mula muncul dengan lebih tersusun dan digerak dengan agresif sejak bermula konflik di Syria. Pemerintah Baath Syria yang sekular dan menganut agama Alawi dalam kempen oleh kumpulan-kumpulan anti-Syiah sering dikemukakan sebagai "Syiah," tanpa penjelasan lain, dan segera dikaitkan dengan Iran, yang dipercayai bertujuan menyampaikan gambaran salah. Hal yang hampir sama dilihat semasa konflik di Yaman bermula pada 2009, apabila pemberontak Houthi juga disebut sebagai "Syiah," tanpa menyebut aliran Zaidiyah, yang umumnya lebih diterima Muslim Sunni berbanding Imamiyah. Kempen-kempen benci anti-Syiah -- dan anti-Iran -- mula meningkat dengan dramatik sejak konflik Syria, yang segera sampai di Malaysia dan mencetuskan debat simplistik dan divisif dalam kalangan Muslim Malaysia. Secara tiba-tiba, muncul pelbagai kumpulan sama ada yang dikenali atau yang tidak mendedahkan identiti yang matlamat utamanya menyebarkan sentimen benci terhadap Syiah dengan hujah yang lemah dan bukti yang diragui. Malah, ramai yang muncul memberikan ceramah dan penerangan isu-isu geopolitik dan hubungan antarabangsa dengan mengemukakan hal-hal yang jelas salah dan tidak bersandar pada kajian. Semua ini memberi petunjuk kewujudan kepentingan tertentu dalam memanipulasi isu Syiah untuk mewujudkan sentimen benci dan mengaburi isu geopolitik dan kepentingan kuasa yang lebih mendasar. Pada masa sama, pentadbiran Najib juga menunjukkan hubungan yang rapat dengan Riyadh dan negara-negara Arab Teluk Parsi, negara-negara yang diketahui berseberangan dari segi politik dengan Iran. Malah, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak sendiri pernah menerima anugerah daripada kerajaan Arab Saudi, Hadiah Raja Abdulaziz pada Januari 2010. | ||||||
Tee Keat lancar manifesto pemilihan presiden MCA Posted: 14 Dec 2013 03:06 AM PST Dalam percubaannya untuk kembali merajui MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini melancarkan manifestonya, yang menurutnya produk maklum balas dari akar umbi. Kira-kira 100 penyokongnya hadir di majlis pelancaran manifesto Ong itu. Para penyokong mungkin berkata pelancaran berprofil rendah hari ini sebagai tanda kerendahan hati Ong manakala pengkritiknya pula mungkin menganggap ia tidak memberikan petanda yang baik sokongan terhadapnya. Dengan berpakaian seragam MCA berkolar biru, Ong yang prihatin terhadap suasana itu berkata: "Ini bukan satu perhimpunan atau ceramah, ini hanya sidang media biasa". Bekas presiden MCA itu, ketika melancarkan manifestonya, menyimpulkannya semuanya dalam tiga prinsip: Perkongsian sama rata dalam BN, kesaksamaan ekonomi dan keadilan, serta meritokrasi. Seorang lagi saingan Ong untuk jawatan presiden parti - penyandang jawatan Naib Presiden MCA, Datuk Gan Ping Sieu, juga melancarkan manifestonya pada masa yang sama di sebuah hotel kurang 2km jauhnya dari situ. Kemuncak pelancaran manifesto Gan ialah pengumumannya bergabung tenaga dengan calon timbalan presiden, Datuk Donald Lim dalam pemilihan parti itu pada 21 Disember ini. Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden, Datuk Wee Ka Siong, pula bergabung sokongan dengan Liow, menjadikan Ong calon 'lone ranger' dalam pemilihan tersebut. | ||||||
Gan: Mahu pemimpin tegas atau yang'flip-flop'? Posted: 14 Dec 2013 02:59 AM PST Calon presiden MCA, Datuk Gan Ping Sieu mengumumkan manifestonya hari ini, yang disifatkannya sebagai satu perancangan untuk melancarkan perubahan dalam parti politik kaum Cina itu. Tanpa menyebut sebarang nama, Gan dalam ucapannya berkata beliau mahu perwakilan memilih sama ada seorang yang tegas atau pemimpin yang 'flip-flop' dalam isu-isu nasional. "Adakah kita mahu seorang presiden yang berpendirian tegas atau presiden yang 'flip-flop'? Adakah kita mahu seorang pemimpin yang mempunyai pendirian yang jelas atau seorang presiden yang tidak mampu pun bercakap dengan jelas?" soalnya. Gan (kiri) melancarkan manifestonya di hadapan 300 penyokongnya, yang menyambut ucapanya dengan sorakan dan tepukan sepanjang acara tersebut. Penyandang naib presiden itu berharap perwakilan bukan sahaja akan memilih ketua parti, tetapi juga seorang pemimpin yang boleh menerajuinya menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ditanya sama ada beliau telah menujukan ucapannya itu terhadap lawannya Datuk Seri Liow Tiong Lai, Gan dengan keras menafikannya. Gan, Liow dan bekas presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat yang bertembung dalam perebutan jawatan presiden MCA. Bergabung tenaga dengan Donald Lim Gan, yang juga timbalan menteri belia dan sukan, secara terbuka mempelawa Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim untuk bergabung tenaga dengan kumpulannya dalam menghadapi pemilihan parti kali ini. Pelawaan itu mendapat sokongan penyokongnya yang hadir. Lim yang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bangun sambil melambai tangan kepada hadirin sebagai tanda bersetuju. Lim, ketika ditemui wartawan kemudiannya, berkata beliau dengan gembira menerima pelawaan Gan itu. Dengan Gan dan Lim secara rasmi bekerjasama, maka mereka akan berdepan dengan pasangan Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang bertanding jawatan No 1 parti itu, yang bergabung tenaga dengan Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong yang bertanding jawatan timbalan presiden. | ||||||
Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu Posted: 14 Dec 2013 02:58 AM PST Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin. "Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini. Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya. Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis. Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah. Kata Abdul Rahim lagi, Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan. Ditanya berhubung tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu. "Itu kita bincang dengan KDN nanti... Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam," kata Jamil Khir ringkas. Semalam, Datuk Othman Mustapha dilapor menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak. Diminta mengulas cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi secepat mungkin. Jamil yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno juga mengalu-alukan cadangan daripada Zahid. "Kita amat mengalu-alukan supaya hal-hal syariah ini, akan ada satu kelompok yang lebih memberi tumpuan kepada tindakan-tindakannya. "Kita akan melihat penubuhannya secepat mungkin untuk membantu Majlis Agama Islam untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya. Menurut lagi, polis syariah ini akan diletakkan bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri berdasarkan peruntukan Jadual 9 perlembagaan negara. "Kita hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat. Ini kita tidak boleh kacau hak dan milik kuasa bawah kerajaan negeri," katanya. | ||||||
Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah, kata Ibrahim Ali Posted: 14 Dec 2013 02:55 AM PST Datuk Ibrahim Ali berkata bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mencukupi bagi membuktikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah kerana beliau sendiri pernah bertemu dengan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, dakwaan pihak tertentu beliau menganut Syiah adalah satu jenaka besar kerana pertemuan sahaja tidak boleh dijadikan seseorang cenderung mengikuti fahaman tertentu. "Menyanjung tinggi Revolusi Islam Iran tiada kena mengena dengan kefahaman Syiah. Itu adalah perjuangan politik rakyat Iran menentang bekas pemerintah zalim ketika itu, Mohammad Shah Reza Pahlavi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider "Jika isu bertemu dengan Khomeini, saya dikatakan Syiah, ini satu jenaka paling besar kerana pertemuan kita dengan sesiapa tidak harus menjadikan kita setuju atau mengikut fahaman mereka. Isu Mat Sabu dikaitkan dengan Syiah, saya tak tahu. Itu beliau kena jawab dan tiada kena mengena pertemuan saya bersama Khomeini." KDN pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu atau juga dikenali sebagai Mat Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Imam Khomeini. Sejurus selepas pendedahan KDN, gambar Ibrahim bersama Khomeini tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter. Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. Ibrahim berkata KDN hanya boleh membuat dakwaan ke atas Mohamad sekiranya mempunyai bukti yang lebih kukuh berbanding pendedahan yang dilakukan kementerian itu sebelum ini. "Jika bertemu Khomeini seperti saya sekali pun, saya tidak akan mendakwa Mat Sabu pengikut Syiah tetapi jika KDN ada lebih banyak bukti, itu saya tak campur. KDN bukan sahaja perlu menunjukkan bukti tetapi adakah pemimpin itu pernah menyertai latihan atau pengkaderan anjuran kumpulan Syiah. "Mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pernah bertemu dengan Mao Tze Tung dan merintis hubungan diplomasi dengan China. Saya tidak fikir Tun Razak menyokong ideologi komunis. Tun Dr Mahathir Mohamad banyak kali mengadakan pertemuan bersama Friedel Castro, tidak bererti beliau juga berfahaman sosialis," katanya. Ibrahim berkata, beliau sangat berbangga apabila pertemuannya bersama Imam Khomeini didedahkan semula di media sosial kerana menurutnya 35 tahun dahulu banyak pihak yang menafikan pertemuan itu. Gambar yang menjadi kontroversi.Katanya, peristiwa itu sukar dilupakannya kerana Khomeini sendiri tidak suka bergambar pada ketika itu kerana berada dalam keadaan revolusi. "Saya teruja apabila didedahkan semula dengan Imam Khomeini kerana dahulu apabila saya tunjuk gambar mereka mendakwa itu gambar tipu. Sesetengah pihak berasa tidak senang hati saya dapat bergambar dengan Imam Khomeini. "Gambar itu diambil pada tahun 1978, lebih kurang 35 tahun lalu. Saya fikir saya satu-satunya rakyat Malaysia yang dapat bertemu Khomeini sebelum revolusi," katanya yang menyatakan pertemuan bersama Khomeini adalah secara kebetulan ketika sedang berbulan madu selepas baru berkahwin. Menceritakan sejarahnya bertemu Imam Khomeini, Ibrahim berkata beliau ketika itu dalam perjalanan menjelajah ke Amerika, London dan kemudian ke Paris sebelum menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Katanya, kisah wawancara bersama pemimpin revolusi Iran itu dimuatkan dalam bukunya bertajuk "Wawancara bersama Ayatollah Khomeini" yang diterbitkan pada 1979 dan 35,000 naskhah habis dijual. "Ketika isu revolusi Iran sedang hangat diperkatakan. Saya bertemu Khomeini untuk menemubualnya. Ketika berjumpa saya solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah di satu tempat bernama Chateu Melu, satu jam setengah perjalanan dari Paris. "Beliau menceritakan tentang kezaliman Mohammad Reza yang dikenali juga sebagai Shah Iran. Bagaimana pemimpin itu membolot kekayaan dan menjadi tali barut Amerika. Ini yang beliau ceritakan. Langsung tidak bercerita tentang fahaman Syiah," katanya. Ibrahim berkata Imam Khomeini tidak bertutur bahasa Inggeris dan perbualannya bersama pemimpin itu menggunakan khidmat penterjemah. Katanya, Imam Khomeini hanya bertutur dalam bahasa Perancis dan Parsi serta turut menggambarkan pemimpin itu sebagai orang yang cukup lembut dan bersuara halus. "Saya tidak lihat beliau sebagai pejuang politik. Beliau hanya menentang Mohammad Reza yang zalim terhadap rakyat. Sebab itu apabila revolusi Iran berjaya, Khomeini tidak jadi presiden tetapi pulang ke Qom dan meneruskan dakwahnya," kata beliau yang menyifatkan pertemuan bersama Khomeini adalah satu perjalanan hidup bagi mengenali perjuangan pemimpin hebat dunia. Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata, Khomeini bukanlah satu-satunya pemimpin dunia yang ditemuinya tetapi beberapa pemimpin hebat lain turut ditemui seperti Castro, Al-Gore dan Mohd Kutub. "Saya pernah bertemu dengan Mohd Kutub, adik kepada Syed Kutub, pemimpin Ikhwanul Muslimin dari Mesir ketika berada di Mekah. Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan sementara menunggu bulan haji," katanya. Kedua-dua Ibrahim dan Mohamad merupakan bekas mahasiswa UiTM. | ||||||
Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti! Posted: 14 Dec 2013 02:38 AM PST Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu. "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu. Dalam masa yang sama, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan. Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah. Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian? Jadi apa tunggu lagi? Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu. Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya. Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau YouTube sekali pun! Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau YouTube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih daripada itu. Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu. Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau YouTube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya PAS diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan. Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab. Percubaan menyerang PAS dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan Umno meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu. Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung Umno bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas? Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya. Sebaliknya Mat Sabu dan PAS juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada Umno tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. – shahbudindotcom.blogspot.com | ||||||
"Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir? Posted: 13 Dec 2013 04:20 PM PST Media massa Malaysia sudah dikenali seantero dunia sebagai industri maklumat yang tidak bebas. Media massa Malaysia terikat dengan berbagai akta yang dilaksanakan atas alasan untuk keselamatan negara konon. Walhal segala akta yang mengikat kebebasan media massa Malaysia untuk mempertahankan kedudukan individu berkuasa dan hegemoni parti memerintah, UBN.
Antaranya akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (SA), Akta Darurat 1948 dan lain-lain. Bagaimana pun secara amat perlahan, selepas menghadapi serangan awam bertahun-tahun, barulah beberapa peraturan di bawah akta berkenaan dilucutkan. Tetapi akta tunggak masih tetak ada, misalnya Akta Darurat 1948. Pemansuhan beberapa peraturan tidak membawa apa-apa erti langsung. Misalnya mengenai permohonan untuk mendapatkan permit penerbitan, sampai hari ini peraturan dan syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 masih kekal. Tidak lama sebelum ini portal Malaysiakini memohon untuk mendapat permit penerbitan tetapi tidak dibenarkan, bahkan permohonan portal berita itu pun dihalang.
Harapan rakyat untuk mendapat ruang media massa yang bebas masih belum tercapai dan terawan-awanan dalam mimpi siang. Hanya di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, media massa negara ini diberi sedikit ruang kebebasan. Abdullah bolehlah dianggap sebagai bapak pembebasan di negara ini atau tepatnya sebagai penebuk lubang menggamit sinar. Di zaman Abdullah tidak ada akhbar yang digantung permit atau wartawan ditahan kerana menulis sesuatu dianggap bersalah dengan undang-undang negara atau yang mengkritik hebat kepimpinan beliau. Ia amat kontras dizaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, (1982 -2004). Ada akhbar yang baru keluaran pertama diterbitkan sudah diharamkan kerana ia menyentuh batang tubuh Mahathir Mohamad. Saya sendiri ada pengalaman berhadapan dengan birokrasi kebebasan akhbar ini. Pantang menulis mengkritik pemimpin, dasar kerajaan dan Umno saya akan dipanggil dan diberi kaunseling berupa arahan, ugutan untuk menggantungkan permit. Pernah pihak polis mengawal mesen cetak yang ketika itu sedang mencetak buku saya berjudul "Talqin Untuk Mahathir". Rampasan tanpa mengikut SOP juga sering berlaku baik oleh polis atau pihak penguat kuasa KDN. Mungkin sahabat saya Ahmad Lutfi Othman boleh mengisahkan perihal kegelapan dan kekejaman terhadap media massa dizaman Mahathir. Salah sebuah akhbar yang diuruskan oleh saya pernah menjadi mangsa kejumudan fikrah terhadap kebebasan bersuara dan hak asasi. Media dizaman Mahathir wartawannya menulis dalam keadaan kedua belah tangan diikat, kaki dirantai di hadapan ternampak jeriji besi. Ia bertentangan dengan kelantangannya mengkritik pihak luar tetapi begitu sensitif dan tertutup untuk ditegur. Buktinya di zaman Mahathir berbelas-belasan akhar digantung permit manakala penulis (wartawan) diberi amaran malahan ditahan. Zaman Mahathir adalah zaman gelap bagi media massa negara ini, manakala zaman Abdullah zaman membuka lubang udara kepada media-massa. Sebagai membuktikan kebebasan media berlaku dizaman Abdullah sehingga beliau sendiri menjadi mangsa akibat kebebasan sedikit yang diberikan itu. Merujakan lagi yang mengkritik Abdullah bukan media massa alternatif tetapi media massa PB sendiri mengkritik Abdullah. Warga media massa di era Abdullah termasuk pihak pencetak dapat merasakan kebebasan dilakukan Abdullah dan merasa seronok dengan pendekatannya. Malaysia sendiri juga seakan terlepas dari tirani penahanan oleh Mahathir terhadap dunia media massa. Sebab itu kerancakan media massa membuat kritikan kepada kerajaan jelas. Abdullah mungkin sedih atas nasib diterimanya tetapi sejarah tetap mengenangkan beliau sebagai bapa pembebasan. Dari satu sudut lain Abdullah berpuas hati. Hari ini media massa dan wartawan yang diberikan sayap kebebasan oleh Abdullah yang kemudian diteruskan sedikit oleh Najib Razak apabila memansuhkan peraturan perbaharui permit yang dibuat sejajar pembaharuan (transformasi) sebaik beliau menjadi perdana menteri, tetapi kini ia seakan hendak dikoreksi semula. Ada dua kejadian terbaru menampak ke arah itu, yang mana ia sering berlaku pada era Mahathir, iaitu larangan ke atas sebuah artikel ditulis A Kadir Jasin menerusi blognya yang dipeik-siar oleh web Astori Awani dan juga teguran ke atas akhbar The Heat. Web Astro Awani diminta agar menarik keluar artikel Kadir. Manakala akhbar The Heat diberi surat tunjuk sebab. Kedua tindakan itu diambil kerana artikal atau laporan itu membabitkan perbelanjaan hidup perdana menteri dan juga isteri Rosmah Mansor. Manakala dalam artikel Kadir katanya beliau menyinis Rosmah apabila Najib memuji Rosmah membantu negara semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno dengan mencadangkan agar Rosmah dilantik jadi menteri. Itu saja. Dua tindakan ini memberi gambaran dan petunjuk baru kepada kebebasan bersuara di negara ini. Apakah zaman gelap yang dilalui media massa berdekad lalu yang terhenti seketika diera Abdullah akan diamalkan semula? Ada petunjuk ke arah itu. Kalau ia ditarik balik dan gua hitam kepada media massa dikembalikan semula ia tidak menghairankan. Ini zaman Najib zaman tidak kemas dan zaman tidak konsisten. Zaman yang sesuatu keputusan boleh berganjak dan berinjak pada jam sama. Zaman 'bercemperian'. Semua masih ingat bagaimana Najib menerusi visi transformasinya telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Tahan Kediaman. Dunia terjungkil dan terbeliak mata dengan langkah Najib itu. Tetapi sebelum tepukan kebanggan atas keberanian Najib itu lerai, satu akta baru digubal bagi mengganti akta berkenaan iaitu Akta Pencegahan Jenayah yang mirip ISA. Jadi tidak mustahil kalau media massa terus menjadi tajam menyindir dan mendedahkan penyelewengan kewangan dan sebagainya, maka pengguguran beberapa syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 itu akan ditarik balik. Akan dimasuk semula ataupun satu akta baru akan digubal bagi menyekat kebebasan bersuara yang tidak sampai separuh bebas itu. Apa yang terjadi kepada akta kediam rasmi yang ditarik balik diganti dengan akta pencengahan jenayah. Menteri Dalamn Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang sudah mula merasai dia akan menjadi perdana menteri mungkin akan membentangkan satu rang undang-undang baru bagi mengawal media massa agar tidak boleh mendedah dan bersuara ke atas apa-apa asepk kepincangan sehinggakan beliau tidak akan sampai ke destinasi itu. Kepandaian Mahathir dalam hal ini mungkin akan ditiru Zahid. Boleh jadi juga peraturan terhadap media massa akan dilakukan nanti demi untuk mempertahankan kesucian Rosmah Mansor dalam kaca mata Zahid Hamidi. Mungkin kita tidak melupai lagak Zahid dalam perhimpunan agung Umno sering kali meminta perwakilan memberi standing ovation kepada Rosmah. Kenapa? Ahmad Maslan mungkin ada jawaban. | ||||||
Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf Posted: 13 Dec 2013 04:17 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya. Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action' (NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan. "Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian. "Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya. Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat. Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual. Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah. Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu. Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami. Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil. "Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya. Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya. "Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya. Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. | ||||||
Aksi ‘Saya Yang Menurut Perintah’ oleh KDN Posted: 13 Dec 2013 04:13 PM PST Perasaan gerun yang biasa timbul apabila mendengar nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini telah lenyap dan bertukar menjadi humor. Hanya perasaan simpati yang mampu ditujukan kepada KDN yang ternyata tunduk kepada "political master" mereka. Ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno semasa Perhimpunan Umno rupanya hanya berdegar-degar di pentas politik. Sembang politik sememangnya begitu, kencangnya ibarat pokok pun boleh tumbang. Yang menjadi mangsa cemuhan dan usikan di media-media sosial adalah KDN sendiri yang mana Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi selaku penjawat awam menjadi kambing hitam apabila diperkudakan seperti lembu dicucuk hidung. Mengapa bukan Menteri Dalam Negeri sendiri yang tampil untuk mengeluarkan kenyataan? Antara fenomena yang paling parah di dalam perkhidmatan awam di Malaysia adalah fenomena "political master" yang sangat menebal. Penjawat awam tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam perkara ini kerana seperti yang sedia maklum, budaya Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) menjadi tunjang dalam perkhidmatan awam. Rawatlah sebelum parah menjadi barah. Para penjawat awam bermula dari Gred 1 sehingga ke peringkat JUSA mahupun TURUS hanya mahu menjaga periuk nasi mereka. Kisah penjawat awam dinafikan kenaikan pangkat, dikenakan tindakan tatatertib, diarahkan bertukar dalam masa 24 jam dan berbagai-bagai lagi bukanlah asing di kalangan penjawat awam. Ini adalah nasib kepada penjawat awam yang dikatakan ingkar ataupun tidak sebulu dengan "political master" mereka. Dalam isu Syiah ini, 10 bukti yang dikemukakan adalah sangat lemah bahkan tidak layak dikategorikan sebagai bukti. Antara 10 bukti yang diberikan, yang paling kuat (di kalangan yang lemah) untuk menyabitkan Mat Sabu sebagai Syiah adalah kononnya Mat Sabu pernah bersembahyang dengan meletakkan batu leper di tempat sujud. Itupun tiada sebarang gambar atau video untuk menyokong dakwaan ini. Peristiwa ini yang kononnya pernah dilihat oleh Abdul Rahim dari Sungai Jagung, Pendang Kedah tidak mencukupi untuk menyokong tuduhan yang amat besar ini. Dalam perspektif undang-undang, peristiwa kononnya Mat Sabu pernah bersembahyang dengan meletakkan batu leper di tempat sujud hanyalah bersifat "hearsay"(khabar angin). Oleh yang sedemikian, penulis ingin bertanya kepada KDN, mahkamah mana yang akan terima bukti berdasarkan "hearsay" sahaja? Bukti yang kononnya Mat Sabu pernah melafazkan selawat yang diamalkan oleh penganut Syiah juga adalah "hearsay" sahaja. Adakah ini sahaja taraf siasatan dan risikan KDN? KDN selaku sebuah kementerian yang sangat penting dalam keselamatan negara sepatutnya menjaga reputasi dan imej dengan lebih baik, bukannya mudah tunduk terhadap tekanan "political master". Penulis tidak ingin mengulas mengenai baki bukti-bukti lain yang berkisar dengan ucapan, penulisan dan lawatan Mat Sabu kerana bukti-bukti sangat mudah untuk dibidas, malah tidak berbaloi untuk bahaskan di sini. Gurauan dan usikan sinis yang penuh makna oleh rakyat di media-media sosial sudah mencukupi untuk membidas bukti-bukti ini. Malangnya dengan pendedahan oleh KDN ini, Mat Sabu masih belum dapat ditentukan sebagai Syiah ataupun tidak. Sebaliknya, ianya menimbulkan perdebatan dan isu baru iaitu penjawat awam diperkudakan oleh "political master". Akhir sekali, isu Syiah ini tidak lebih dari taktik "distraction" oleh Kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu yang lebih besar seperti kenaikan harga barang keperluan dan juga isu keselamatan negara yang lebih "tangible" seperti risikan negara luar terhadap Malaysia Kemahiran perang saraf pihak kerajaan perlu digilap untuk memastikan usaha gerak saraf perang saraf (GSPS) mereka dijalankan tanpa dihidu dan dikesan oleh rakyat selaku kumpulan sasaran. Jelas, tunjang kepada perang saraf iaitu "capture their minds and their hearts and souls will follow" gagal dipraktikkan oleh think-tank kerajaan kepada rakyat.M/Insider | ||||||
Isu Syiah: Hancurkan Pakatan dengan serangan terhadap Mat Sabu Posted: 13 Dec 2013 04:06 PM PST Sebelum ini beliau dilabel sebagai simpatis kepada fahaman komunis, kini Mohamad Sabu diserang dengan isu Syiah pula dipercayai sebahagian dari usaha Umno melemahkan Timbalan Presiden PAS itu dan memecahkan Pakatan Rakyat (PR). Timbalan Presiden PAS penggal kedua yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dilihat sebagai ancaman kepada Barisan Nasional (BN) kerana beliau bertanggungjawab dalam mengikat hubungan di antara parti Islam itu dengan DAP, sebuah parti sekular, akibat daripada hubungan rapat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Ketika ramai bimbang perbezaan ketara antara PAS sebuah parti Islam dan DAP yang kadang-kadang dianggap anti Islam bakal memecahkan PR, hubungan rapat kedua-duanya banyak membantu. Mohamad mula rapat dengan Lim ketika kedua-duanya ditahan dalam sel yang sama di Pusat Tahanan Kemunting mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mohamad suka memasak manakala Lim pula suka membaca, menjadikan kedua-duanya kawan rapat sepanjang beberapa tahun mereka ditahan bersama. Apabila Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad antara yang mendapat kepercayaan beliau untuk dilantik menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat air milik kerajaan negeri. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai 10 bukti Timbalan Presiden PAS itu merupakan pengikut Syiah. Daripada 10 bukti itu, Mohamad dikatakan kagum kepada Ayatollah Ruhullah Musawi al- Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah. Adakah mengkagumi tokoh komunis juga dikira komunis? Inilah hujah para pemimpin PAS ketika membela timbalan presiden mereka. Namun begitu, apakah sasaran kerajaan BN iaitu meyakinkan pimpinan PAS bahawa Mohamad adalah penganut Syiah? Kalau itu sasarannya, ia tidak akan berjaya kerana menjelang Muktamar PAS ke-59 lalu ketika Mohamad mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS, itulah hujah lawan beliau. Namun Mohamad kekal sebagai orang nombor dua selepas majoriti perwakilan PAS memberikan undi kepadanya. Kalau begitu, apa sasaran sebenar kerajaan dalam isu ini? Sudah tentu untuk memecahkan PAS dan untuk menjauhkan lagi orang Melayu dari parti Islam itu sebagaimana mereka berjaya menakutkan kaum itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul meminta pindaan terhadap Perlembagaan untuk memasukkan Islam Sunni sebagai satu-satunya aliran yang diterima di negara ini. Jadi ramai yang ingin tahu bagaimana pula Mohamad atau PAS sendiri mahu mempertahankan diri ketika diserang kali ini? Apakah pimpinan PAS akan berpecah? Apakah Mohamad akan menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi? Kalau ya, bagaimana kalau Mohamad kalah dengan alasan teknikal dan apakah Timbalan Presiden PAS itu akan dianggap terbukti menganut fahaman Syiah? Berikut adalah antara sebab kenapa bekas ahli Parlimen selama tiga penggal itu ditakuti BN:- 1) Mohamad hebat pada ceramahnya. Di mana-mana sahaja ceramahnya, akan berjaya menarik ramai orang untuk mendengar walaupun kini ceramah sudah tidak begitu popular. 2) Mohamad berjaya bertahan sebagai Timbalan Presiden PAS walaupun bertembung satu lawan satu dengan pesaingnya dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. 3) Ketika sesi kempen pra-muktamar berlangsung, golongan pro-ulama dalam PAS berkempen mahu mengkaji semula tahaluf siasi atau kerjasama politik dengan PR. Sementara Mohamad pula mahu memperkukuhkan hubungan dengan PR. Mohamad dianggap sebagai pengikat di antara PAS, PKR dan DAP. | ||||||
Posted: 13 Dec 2013 04:00 PM PST Mangsa (tengah) hadir ke IPD Ipoh untuk memberikan keterangan dengan ditemani Chee Khing (dua, kiri). IPOH – Seorang gadis trauma selepas dia dicabul ketika menggunakan tandas di sebuah kompleks beli belah di sini Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 19 tahun memasuki tandas terbabit sendirian selepas membeli-belah bersama tiga rakannya. Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan. Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa. "Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata. "Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan," katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing. Remaja itu berkata, seorang lelaki mendengar jeritannya dan cuba mengejar suspek namun dia berjaya melarikan diri. "Saya telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kompleks beli belah dan dapat mengecam lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana dia tidak memakai topeng," katanya yang membuat laporan mengenai kejadian menimpanya itu di Balai Polis Sungai Senam. Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah turut memberitahu bahawa lelaki terbabit merupakan bekas pekerja penjaga tandas di situ yang diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu. Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas awam walaupun di kawasan yang sering menjadi tumpuan. "Kejadian tidak diingini sering berlaku di lokasi yang kita tak sangka. Ia memberi pengajaran terutama kepada remaja dan wanita untuk lebih berhati-hati kerana mereka mudah dijadikan sasaran penjenayah," katanya. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. "Kita juga akan menyiasat aduan mangsa terhadap pegawai penyiasat dan Bahagian Siasatan Jenayah diarahkan memberi keutamaan kepada kes sebegini. "Kita juga akan mengesan lelaki terbabit dan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya. | ||||||
Ceramah Wan Saiful Di UPM Timbul Kontroversi Posted: 13 Dec 2013 03:51 PM PST PETALING JAYA: Para peserta perbincangan akademik yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis terpaksa duduk di atas lantai dan dalam keadaan gelap selepas tempat yang dicadangkan telah ditutup oleh pihak universiti. Bagaimanapun menurut UPM ia disebabkan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata, kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran untuk acara tersebut. Majlis itu juga menyaksikan kehadiran ramai anggota keselamatan yang mengambil gambar dan rakaman video, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan selaku penceramah jemputan. "Apabila kita tengok venue telah ditutup dan lampu telah dimatikan, kami berpindah ke tempat lain yang berdekatan dan duduk di atas lantai dan memulakan sesi. "Tujuh anggota keselamatan datang untuk mengambil gambar dan juga merakam video. Seorang pegawai keselamatan berjalan di hadapan saya dan meletakkan tripod betul-betul hampir di hadapan muka saya untuk merakam video," kata beliau ketika dihubungi. Tempat yang pada mulanya dicadangkan ialah di Latar Siswa di Fakulti Bahasa Moden tetapi telah ditukar kepada Kompleks Mahasiswa. "Saya benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku di sebalik majlis. Saya tidak menjangka terpaksa berucap di atas lantai dan dalam keadaan separuh gelap untuk menjalankan perbincangan," katanya. Tambahnya kerumitan itu telah menjejaskan ramai pelajar. "Daripada kira-kira 70 orang, akhirnya cuma tinggal kira-kira 20 orang," katanya. Wan Saiful juga berkata tidak ada sebab untuk universiti bertindak sedemikian rupa kerana perbincangan bukanlah sesuatu yang kontroversi. Topik perbincangan adalah 'Ekonomi Pasaran: Sistem Terbaik Untuk Golongan Miskin yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar dari 'Kelas Pencerahan'. "Saya tidak fikir ia adalah kontroversi sama sekali kerana ia menyokong agenda kerajaan. Saya telah melakukan perbincangan yang sama sebelum ini, malah ketika Perdana Menteri duduk sebagai penonton," katanya. Sementara itu, jabatan di universiti itu berkata, mereka bertindak mengikut SOP kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran untuk menjalankan acara tersebut. "Tambahan pula orang luar juga terlibat dalam majlis itu, oleh itu adalah wajib bagi mereka untuk memohon permit. Selain itu, ini bukan kawasan awam," kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPM Nor Mohamad Shakil Hamid ketika dihubungi. Beliau juga berkata ia juga merupakan SOP untuk pengawal keselamatan hadir dalam perbincangan untuk "mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini". "Minggu lepas terdapat juga acara yang diadakan tanpa permit dan kita bertindak sedemikian. Jadi ini tidak menjadi isu, betul," katanya. "Apa yang penting di sini ialah kita masih membenarkan mereka meneruskan perbincangan, hanya tidak di tempat asal," katanya. Salah seorang penganjur Tarmizi Anuwar, ketika dihubungi bagaimanapun berkata tiada saluran bagi mereka untuk memohon permit kerana kelas ini bukanlah satu 'entiti rasmi'. "Oleh itu kami tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kebenaran universiti daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar," katanya. Beliau berkata Latar Siswa telah dipilih sebagai venue kerana ia merupakan ruang awam yang tidak memerlukan kebenaran. "Sesiapa sahaja boleh datang dan menjalankan perbincangan di kawasan itu, " katanya. | ||||||
Bantuan Banjir RM500 Diagih Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Depan - PM Posted: 13 Dec 2013 03:47 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan khas RM500 bagi mangsa banjir akan diagihkan kepada mangsa selewat-lewatnya hujung minggu depan. Beliau berkata pengagihan bantuan itu akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Dalam usaha membantu mangsa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir. "Diharap usaha-usaha ini dapat membantu mangsa banjir dalam menjalani kehidupan seharian apabila keadaan pulih seperti sediakala nanti," katanya dalam entri terbaru di laman Facebook beliau, Jumaat. Pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir. Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan disifatkan antara yang terburuk pernah melanda negara membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan. Setakat ini, Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai yang masih berada di pusat-pusat penempatan, sementara situasi di tiga negeri lain semakin pulih. - BERNAMA B | ||||||
Phahrolrazi: Bukti KDN Mat Sabu Syiah tidak kukuh Posted: 13 Dec 2013 03:44 PM PST ALOR SETAR - Sepuluh bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengatakan Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu pengikut Syiah dianggap lebih bersifat dakwaan kerana tiada bukti kukuh. Veteran Pas yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, alasan yang diberikan juga dianggap remeh. "Rumusan dibuat daripada maklumat yang diperoleh daripada beberapa individu. Maklumat itu tidak boleh menjurus kepada tindakan perundangan," katanya. Menurutnya, adalah tidak masuk akal sekiranya seseorang individu itu dikaitkan berfahaman kiri sekiranya sekadar mengkagumi pemimpin seperti Khomeini. "Saya sarankan Mat Sabu ambil tindakan perundangan terhadap mereka yang dakwa beliau Syiah, jika benar itu tuduhan liar, beliau berhak berbuat demikian untuk bersihkan nama yang tercalar," katanya. Phahrolrazi turut mempertikai sumber KDN yang memetik kenyataan CN Afghani, berhubung dakwaan bekas Yang DiPertua Pas kawasan Pendang, Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Mat Sabu penganut Syiah, kerana beliau pernah melihat Mat Sabu menunaikan solat menggunakan batu kecil leper di tempat sujud, yang sinonim dengan amalan Syiah. "Sumber berkenaan yang sebut nama Tuan Guru Abd Rahim, bukan dari mulut beliau sendiri," katanya. Difahamkan, CN Afghani atau Zainol Ismail adalah bekas ahli Pas yang dipecat oleh parti ketika menganggotai Pemuda Pas, sekitar era 80-an. Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Non pernah bersahabat baik dengan Mat Sabu hampir 20 tahun, namun selepas peristiwa Memali 1985, hubungan antara mereka tegang, sehingga beliau menulis buku 'Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali'. Phahrolrazi turut membidas KDN kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengikut fahaman Syiah yang secara terang-terangan mengakui menganuti fahaman itu, sebaliknya hanya bertumpu kepada Mat Sabu, walaupun tuduhan masih samar. Menurutnya, setakat ini, biarpun Ketua Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz dan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan mengakui diri mereka Syiah namun tiada tindakan diambil. "Sehingga kini belum ada pendakwaan dibuat terhadap pengikut fahaman Syiah. Kenapa tak ambil tindakan jika sudah ada bukti dan mereka mengaku secara terang-terangan. Tuduhan terhadap Mohamad (Mat Sabu) pula belum sah, tetapi diperbesarkan seolah ada agenda lain bersifat politik," katanya. Menurut Adun Pengkalan Kundor itu, mereka yang terbukti menganuti fahaman itu boleh diambil tindakan bawah perundangan sedia ada, sama ada perlembagaan mahupun enakmen negeri. "Perundangan ada, jika ada bukti kukuh, tindakan boleh diambil," katanya. | ||||||
Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung Posted: 13 Dec 2013 03:39 PM PST KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci. Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu. Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam. "Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu. "Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya. Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau busuk. "Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah. "Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu," katanya. Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian. "Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. | ||||||
Posted: 13 Dec 2013 03:37 PM PST Separuh bas yang menembusi dinding sebuah kedai di Jalan Pudu Adu seorang penumpang sebuah bas Rapid yang terbabas sebelum menghentam dan menembusi bangunan kedai menjual pam air dan alat-alat jentera di Jalan Pudu, lewat petang hari ini. Separuh dari bas berkenaan berada di bahagian dalam bangunan kedai itu mengakibatkan bahagian hadapan bas remuk. Misari Nisar, 24, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk bahagian belakang bas. Katanya, kejadian berlaku terlalu pantas, namun apa yang dia ingat, bas bergerak terlalu laju. "Ada penumpang yang menjerit supaya bas diperlahankan tapi masa itu bas sudah 'terbang' ke seberang jalan. Saya terhantuk ke hadapan dan terjelepok di bawah tempat duduk hadapan, kemudian pengsan. "Barangan peribadi saya termasuk beg, dompet dan telefon bimbit hilang sebaik saya sedar," katanya kepada Sinar Harian. Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, seramai kira-kira 20 penumpang berada dalam bas berkenaan. Bas berkenaan datang dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu menuju ke arah Jalan Cheras terbabas di laluan bertentangan dan menghentam bangunan kedai terbabit. Sumber bomba berkata, terdapat tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas dan dua wanita berusia 40-an cedera ringan dalam kejadian itu dan diberi rawatan segera oleh ambulans yang tiba. Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Lim Ho Peng, 66, berkata, ketika kejadian kedainya telah tutup daripada beroperasi. Dia yang berada di bangunan bersebelahan terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dari arah kedainya. "Kedai sudah tutup dari jam 5.30 petang, tapi saya belum balik dan terdengar bunyi dentuman kuat. "Bila saya tengok rupa-rupanya sebuah bas menghentam kedai. Banyak alat jentera untuk jualan dan pameran rosak, dirempuh bas termasuk dihempap batu dinding kedai," katanya. Difahamkan peralatan pam air dan alat-alat jentera yang musnah bernilai RM500 hingga RM50,000 setiap satu namun jumlah kerugian belum dikenal pasti. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan