DIALOG RAKYAT |
- Semakan Kenaikan Harga Tambang Bas Teksi 2014 : Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?
- LRT Putra Monorel Naik Harga Tambang Tahun 2014. Putra LRT di KLCC Sudah Mula Rosak!
- Lawan Syiah macam komunis?
- Adakah Ahmad Shabery Cheek juga Syiah?
- Apabila wasatiyah menjadi asabiyah
- DAP cabar Muhyiddin buktikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia menjelang 2021
- Naikkan cukai taksiran: politik balas dendam BN pada warga kota
- KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!
- "Hikayat Mat Sabu Syiah", Sekadar Penglipur Lara
- Isu Syiah: KDN Fitnah, Saya Akan Saman Zahid & Abdul Rahim - Mat Sabu
- 22,278 Petani, Penternak, Nelayan Terima Kesan Akibat Banjir - Ismail Sabri
- Suspek Kes Bunuh Ketua Penguatkuasa Jaip Didakwa Isnin Ini
- Keturunan Syiah diminta tak sebar fahaman
- Takraw: Keputusan kita betul-betul memalukan
- Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu?
- Jumlah mangsa banjir di Pekan masih tinggi
- 8 terselamat helikopter mendarat cemas di laut
- JPJ nafi bertindak kejam saman lori bawa bantuan banjir
- Persatuan bimbang pengusaha burung walit 'bunuh diri'
- Selangor teruskan kenaikan gaji, penyelarasan ‘sederhana’ menyusul, kata MB
- Mat Zain: Shafee tak sebut dokumen kait AG
- Zahid minta Mat Sabu jangan berpura-pura
- Sejuta di S'gor, KL hadapi gangguan bekalan air minggu depan
- Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini
- Selamatkanlah negara kita, siapa yang boleh melakukannya?
Semakan Kenaikan Harga Tambang Bas Teksi 2014 : Rakyat Malaysia Sudah Bersedia? Posted: 13 Dec 2013 04:41 AM PST Nampaknya, selesai sahaja pilihanraya, ramai rupanya yang "beratur panjang" untuk membuat semakan kenaikan harga kepada untuk dilepaskan kepada rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini. Terkini…. Terkini pihak SPAD begitu sibuk merangka dan melakukan kajian untuk anda semua menerima berita rasmi nilai kenaikan tambang bas dan tambang teksi 2014 tidak lama sahaja lagi. Kalau berita (DI SINI), pengguna dan penumpang LRT Monorel terkena kesannya kenaikan harga tambang tidak lama sahaja lagi. Bagi penggunabas dan juga teksi, ini pula bahagian berita kenaikan untuk anda pula. Jadi, cadangan Berita Semasa di sini, jikalau kerajaan melalui SPAD sayangkan rakyat Malaysia letakkan beban kenaikan harga tambang bas dan teksi ini diletakkan kepada warga asing yang menggunapakan perkhidmatan ini. Di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem rebet contohnya memegang Mykad mendapat diskaun sekitar 50%. Untuk rakyat bukan, apa salahnya. Atau anda ada cadangan lain, mohon kongsikan bersama kami. Sesuailah dengan slogan :
Harap cadangan Berita Semasa ini dipertimbangkan. Insyaallah. Tidak rugi membantu rakyat dengan mekanisme yang lebih baik. Jangan kusutkan fikiran rakyat dengan berita-berita kenaikan seperti ini yang terpaksa ditanggung mereka. Yang mana akhirnya bakal memberikan kesan yang kurang baik produktiviti & hasil kerja mereka. Entahlah apabila difikirkan, sepatutnya bagai mengurangkan kesesakan di jalan raya memandangkan sistem trafik yang masih lagi menyedihkan, apa salahnya diberikan kadar tambang yang berpatutan untuk pengguna pengangkutan awam dengan harapan memberikan galakan untuk warga kota menggunapakai perkhidmatan awam. | |||
LRT Putra Monorel Naik Harga Tambang Tahun 2014. Putra LRT di KLCC Sudah Mula Rosak! Posted: 13 Dec 2013 04:35 AM PST (KLIK SINI DULU) Jikalau sebelum ini, rakyat Malaysia disuapkan dengan berita dan pengumuman harga minyak naik, gula pun naik harga, pos pun naik cajnya, harga makanan? Pun naik sama. Harga ikan, ayam pun tidak terlepas daripaa kesanan rantaian kenaikan harga barang. Tarif elektrik pun tidak terkecuali daripada menyertai bersama gelombang yang berlaku sekarang (bukan gelombang banjir tetapi gelombang kenaikan kos sara hidup ketika ini). Dan terbaru tiba giliran yang seterusnya, LRT komuter akan naik harga tidak lama sahaja lagi. Harga Tambang LRT Naik 2014 : Sebab?Bagi menghalalkan kenaikan LRT kali ini, alasan 10 tahun tidak berlaku sebarang kenaikan LRT telah digunapakai. Dan semakan Berita Semasa juga menunjukkan LRT tidak pernah naik harga lagi semenjak tahun 2003 lagi. Ingat lagi pengguna tegar LRT? Seiingat Berita Semasa yang pernah dinaikkan harga adalah pas bulanan daripada RM90 sebulan kepada RM100 sebulan di mana tiada limit untuk menaiki tren. Bagi pendapat Berita Semasa andaikata SPAD mahu naik tambang LRT, agak munasabah ketika ini mengenangkan tambang LRT tidak pernah naik selama tempoh 10 tahun lamanya. Monorel? Andaikata dinaikkan harga tambang, sangat-sangat tidak patut. Merepak. Hant Tuah ke Imbi tambangnya RM1.20 daripada menunggu masa tunggu tren monorel datang, lebih baik jalan kaki sahaja terus dari Hang Tuah ke Imbi. lebih-lebih lagi perkhidmatan monorel sentiasa penuh, stesennya pula Berita semasa lihatkan sangat tidak mesra pengguna. Walaubagaimanapun, andaikata SPA bertindak untuk menaikkan juga kad tambang bulanan MyRapid, itu boleh Berita Semasa kirakan sebagai melampau! Perkhidmatan LRT untuk bergerak menggunakan bekalan elektrik, PUTRA LRT setahun perbelanjaannya untuk menampung kos bekalan elektrik sahaja telah mencapai ke angka RM1.2 bilion. Jadi apabila tarif elektrik dinaikkan adakah tambang LRT masih kekal seperti yang ada sekarang? Apa pandangan dan hujah balas andada pula? P/S : Jadi benarkah kenaikan tarif elektrik bermula 1 Januari 2014 tidak beri kesan rantaian kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia? | |||
Posted: 13 Dec 2013 02:57 AM PST SEJAK mula bersekolah pada tahun 1961, saya terkenang pelbagai peristiwa daripada darjah 3, 4, 5, 6 dan seterusnya ke sekolah menengah, sampailah kepada institusi pengajian tinggi. Cerita yang popular pada waktu itu ialah kejahatan dan buruknya ideologi komunis. Iaitu komunis yang kerjanya membunuh orang ramai, menjahanamkan infrastruktur kerajaan, tidak percaya kepada Tuhan, pengganas dan amat ganas tindakan mereka. Melawan komunis adalah merupakan satu jihad kerana waktu itu British dan kuasa barat menghadapi komunis di Eropah, di Rusia dan di Malaya. Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan juga berusaha untuk menghalaunya daripada Malaya dan tanah jajahannya. Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan ataupun penentangan daripada komunis yang berterusan. Di luar Malaya pula berlaku peperangan Vietnam. Vietnam Utara dengan ideologi komunis, manakala Vietnam Selatan didokong Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malaya ataurangkaian AS menentang kemaraan komunis di Vietnam pimpinan Ho Chin Minh. Manakala Rusia pula, semakin hari semakin kuat menguasai negara-negara yang sekarang disebut CIS (Komanwel Negara-Negara Merdeka), dan pada tahun 1979 telah menguasai Afghanistan. Ratusan ribu menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan bukan komunis, sama ada di Malaya atau di negara-negara lain. Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat terkorban. Di tanah air, polis, tentera dan orang ramai terkorban. Begitulah juga di pihak yang mendokong komunis, jumlah korban begitu banyak dalam pertarungan ideologi, pertarungan negara dan pertarungan kuasa di atas muka bumi ini. Pada 1975, peperangan di Vietnam tamat. Vietnam Utara berjaya mengalahkan AS dan juga sekutunya di Vietnam Selatan. Richard Nixon telah melawat China dan membuat satu hubungan diplomatik baru di dunia ini. Rusia pula yang membuat pembaharuan di atas konsep glasnost (keterbukaan) and perestroika (penstrukturan semula), menarik keluar tentera dan kuasa politiknya di Afganistan dan di negaranegara serantau yang lain. Malaysia menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989 dalam Rundingan Damai Haadyai. Pemimpin PKM boleh pulang ke tanah air jikalau mereka mahu, kecuali Chin Peng (dan abunya) tidak diberi kebenaran itu, tetapi yang lain-lain boleh pulang atau diusahakan untuk pulang. Selepas Demonstrasi Baling pada 1974, aktivis jalanan dan juga penunjuk perasaan yang membela tunjuk perasaan besar-besaran itu diburu di bawah ISA. Puluhan pelajar dan juga pensyarah ditahan tanpa bicara, termasuk Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Kamaruzaman Yaakob dan ratusan para pelajar dikejar dan diburu ISA. Aktivis pelajar berhaluan kiri, Hishamuddin Rais melepaskan diri ke luar negara. Selepas perjanjian damai pada tahun 1991, pemimpin kesatuan pelajar serta Kelab Sosialis Universiti Malaya pulang ke tanah air, dan kemudiannya menjalankan aktiviti sosial dengan begitu hebat sekali. Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah, komunis yang menjadi buruan di tahun 50-an hingga 80-an, sekarang boleh pulang, bahkan dipelawa pulang ke tanah air. Ertinya, sesuatu ideologi yang diperangi itu bukanlah kekal. Ia hanya bersifat sementara. Apakah giliran memerangi ideologi Syiah sekarang ini akan berpanjangan atau hanya sementara sahaja? Kita ikutilah perkembangan seterusnya nanti. Permusuhan kepada komunis kini sudah menjadi reda. Sekarang China muncul sebagai kuasa ekonomi, bahkan dalam masa dua hingga tiga tahun lagi akan menjadi kuasa ekonomi dunia nombor satu, mengatasi AS dan Eropah Barat. Perdagangan dengan China sudah menjadi rebutan. Bahkan setiap negara menunjukkan peningkatan angka berbilon dolar dalam urusan dagangan dengan China. Presiden China seorang komunis datang ke Malaysia dan disambut hamparan permaidani merah. Begitulah juga Rusia, muncul sebagai negara yang kuat dengan ekonomi, dengan hasil minyaknya yang begitu tinggi menguasai pasaran Eropah sekarang. Dan ia dianggap satu negara yang kukuh dalam bidang ekonomi dan ketenteraan. Maka permusuhan kepada komunis, seolah-olah tidak ada lagi. Walaupun hanya ada sentimen dari sudut sejarah apabila saya cuba menimbulkan isu Mat Indera pejuang kemerdekaan. Pemerintah memanipulasinya atas sentimen lama, bukan pembaharuan untuk membenci dan menentang komunis seperti yang berlaku di tahun 50-an hingga awal 80-an dahulu. Pada tahun 1979, berlaku Revolusi Islam di Iran. Revolusi ini dianggap mengancam kuasa barat dan kuasa AS di Asia Barat. Di mana yang dijatuhkan ialah kerajaan Shah yang disokong dan didokong oleh AS dan Israel. Oleh kerana Iran ialah sebuah negara Islam, maka pengaruh revolusi itu boleh tersebar ke manamana dunia Islam yang lain, untuk rakyat membuat penentuan supaya mereka tidak dikuasai oleh AS dan British. Maka untuk menyekat kemaraan itu isu Syiah ditimbulkan. Sebelum itu rakyat Malaysia, khas nya ketika zaman saya di peringkat persekolahan rendah, me nengah dan di kampus, tidak tahu apa itu Syiah. Dato' Mahfuz Omar bila dituduh atau ditanya "Adakah beliau seorang Syiah?" beliau mengatakan "Apakah Syiah itu sejenis kuih ka?" Ertinya rakyat Malaysia umumnya tidak tahu apa dia itu Syiah? Mereka hanya tahu hanyalah Islam, dan bukan Islam. Tetapi digelombangkan isu Syiah selepas revolusi pada tahun 1979, kemudiannya diikuti oleh peristiwaperistiwa yang berlaku di Teluk Parsi, khasnya bila kemunculan Hizbullah untuk menghadapi Israel dan kancah politik di Lubnan. Maka isu Syiah itu di semarakkan lagi. Berlaku pula pertembungan di Syria, di mana munculnya kum pulan Tentera Bebas Syria, FSA yang disokong oleh pemain utamanya iaitu Arab Saudi, Qatar, dan negaranegara barat seper ti AS, Perancis, British dan se bagainya. Kebetulan Basyar al-Asad telah dikatakan bermazhab Syiah Alawi yang kita pun tidak tahu soal-soal mazhab di Syria itu. Maka isu Syiah menggantikan tempat komunis yang telah reda beberapa tahun kebelakangan ini. Jikalau pertarungan hal komunis itu menyebabkan jutaan dan ribuan rakyat di kedua-dua pihak terkorban dan menjadi mangsa, kita tidak tahu hal isu Syiah ini pula, iaitu go longan yang pro dan yang menentangnya apa pula yang akan di hadapi oleh peme rintah dan juga rakyat. Saya yakin peristiwa ini tidak berpanjang an seperti isu komunis. Iran berusaha untuk menjadikan negaranya salah satu negara nuklear. Tetapi Barat cuba untuk memboikot perdagangan dengan Iran, sehingga rakyat Iran yang berada di luar, yang berada di atas sekatan yang mana mereka tidak boleh membuka akaun di mana-mana bank. Mereka hadapi tekanan yang begitu dahsyat. Inflasi di dalam negara mereka naik seperti roket. Mahu atau tidak mahu, Iran telah menjadi sebuah negara nuklear. Pada 2 minggu yang lalu, satu kejutan telah berlaku di mana negara 5+1 bersetuju membuat perdamaian. Secara ringkasnya dengan Iran, dan meng izinkan Iran meneruskan pengkayaan ura niumnya (nuklear) tetapi tidaklah sampai kepada peringkat un tuk menghasilkan bom nuklear. Oleh itu dalam masa lima bulan lagi, jikalau perundingan ini berterusan maka sekatan ekonomi, teknologi, peralatan kepada Iran akan berkurangan ataupun akan beransur- ansur pulih. Maka dianggarkan Iran akan muncul se bagai negara yang kuat dengan ekonomi, kerana kekuatan mi nyak dan teknologinya yang ada sekarang ini. Dan dengan Iran sekarang ini menjadi pemain uta ma di rantau Asia Barat sama ada di Iraq, Syria, Lubnan dan Afghanistan, sudah tentunya ia akan muncul sebagai satu kuasa baru. Gendang anti-Syiah pada waktu itu akan berkurangan, AS dan sekutu baratnya akan mengubah haluan serangan entah ke mana pula. Ideologi "Awang Liku" mana pula akan menjadi ancaman pada waktu itu. Sebab itulah, saya berkeyakin an penuh isu Syiah yang dimainkan ter masuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandang an peribadi saya, ini hanyalah isu sementara, dan ianya akan lebih cepat padam daripada isu ko munis. Tetapi isu Syiah ini akan ber kurangan tidak lama lagi, apabila negara Barat mula bersahabat semula dengan Iran. Dan propaganda anti-Syiah ini akan berkurangan. Walau bagaimanapun dalam setiap pertarungan ideologi ada yang akan menjadi mangsa, sama ada tuduhan itu palsu, rekaan dan sebagainya untuk memperkuatkan se sebuah kerajaan itu, atau sebuah parti politik itu, demi me nunjukkan yang mereka prihatin terhadap keselamatan negara, ataupun sebagai propaganda untuk mereka meneruskan kuasa di suatu tempat. Pertarungan ideo logi ini akan berterusan. Walau bagaimanapun kita akan konsep keadilan sejagat, ada jenayah universal yang tetap dianggap jenayah, seperti membunuh orang tanpa sebab, memukul isteri, memukul anak, memukul menantu, memukul bakal me nantu yang tak jadi, menggunakan kuasa untuk me lindungi kesalahan, rasuah, men curi wang rakyat, menindas rakyat, memakan riba. Semuanya itu adalah me rupakan kesalahan-kesalahan walau apapun ideologi, ia akan tetap dianggap satu jenayah. Begitulah juga mereka yang menolong anak yatim, membantu orang miskin, melawan rasuah, menentang penindasan, menjaga dan kasihan kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan, alam se kitar, menggalakkan kehijauan, mewujudkan keharmonian anta ra kaum, memperjuangkan kebenaran sejagat, ideologi apa yang berkuasa, kumpulan apa yang naik, ia ini diterima umum sebagai perkara yang baik, yang perlu ada. Oleh itu perjuangan hak dan batil akan berterusan "Ila Yaumil Qiamah..." tidak kira sama ada ideologi apa, keadaan apa yang berlaku di suatu tempat atau di sesuatu negara. Saya berpegang di atas konsep per juangan berdasarkan Islam, iaitu menegakkan yang maaruf dan menentang yang mungkar, dan beriman kepada Allah dan berusaha untuk mewujudkan keharmonian se mua kaum di atas sifat apa yang diberitahu oleh kitab suci al-Quran, "Wama Arsalnaka 'illa Rahmatal Lil Aalamin.", "... Dan tidaklah Kami utuskan Engkau Muhammad kecuali untuk mem bawa kesejahteraan kepada sekelian alam...". Itulah pandangan saya untuk kali ini. | |||
Adakah Ahmad Shabery Cheek juga Syiah? Posted: 13 Dec 2013 02:53 AM PST Di negara ini kita dihadapkan dengan banyak istilah yang muncul tiba-tiba tanpa ada usaha untuk membantu khalayak awam memahami akan ertinya terlebih dahulu, misalnya sedikit masa dahulu negara ini heboh dengan perkataan Wahabi, maka ramailah yang dituduh Wahabi, namun apabila ditanya apakah dia Wahabi hanya dua perkataan sahaja yang mampu dilontarkan; Perlis dan Dr MAZA. Kemudian masyarakat disensasikan pula dengan istilah Islam Liberal. Kononnya Islam Liberal ini merupakan kesesatan yang nyata. Namun apabila ditanyakan apakah perbezaan fundemental Islam Liberal ini daripada segi persoalan iman dan epistemologinya, semua ikut diam. Hanya tahu Islam Liberal ini adalah orang yang bercakap tentang agama tetapi tidak berjubah dan kadang-kala pakai kot dan tali leher. Kita juga dibebankan dengan istilah sekularism yang entah apa ertinya namun sangat cocok jika disebut bersama liberalism. Ya, liberalism dan sekularism. Ketidakmampuan masyarakat umum untuk menghuraikan istilah ini bukanlah terjadi tanpa sebab dan bukan juga kerana istilah ini muncul tiba-tiba sehingga tiada kesempatan untuk mengkajinya. Buktinya ambil sahaja istilah Komunisme yang sejak dahulu dijadikan momokan untuk sesiapa sahaja yang kedengaran radikal atas sebab apa pun. Ya, radikal satu lagi istilah yang tidak kita mengertikan. Bagi kebanyakkan kita komunisme ertinya Chin Peng dan hal-hal yang bersangkutan dengan Chin Peng. Itu sahaja. Malah, banyak juga istilah yang digunakan oleh kerajaan sebagai slogan nasional juga tidak kita tahu akan asal muasalanya – datang menyergah tiba-tiba dan kemudian hilang. Mungkin ada yang masih ingat akan istilah Islam Hadhari yang seolah-olah mahu menyaingi istilah yang terlebih dahulu popular – masyarakat madani. Demikian juga dengan kata transformasi yang nampaknya mahu mengendurkan laungan reformasi. Apa pun umumnya kebanyakkan kita tidak benar-benar ambil pusing akan perkara ini. Sama seperti istilah glokal yang langsung dilupakan. Kini Syiah pula menjadi momokan dan cemuhan terbaru untuk menakut-nakutkan umat Melayu di negara ini. Anehnya, ketika UMNO masih berharap untuk berbaik-baik dan bermuzakarah (istilah yang ramai juga tidak maklum akan ertinya), cerita orang nombor 2 dalam PAS sebagai Syiah ini tidak timbul. Hanya muncul setelah orang nombor 2 ini menang sekali lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dan mengambil garis politik yang jelas – hanya ada satu kata untuk penindasan, lawan! Jangan-jangan isu Syiah ini hanya untuk mematikan garis politik orang nombor 2 ini? Wujudnya sangkaan bahawa ini merupakan sebahagian taktik politik untuk menyerang PAS adalah kerana sebelum ini bukan sahaja kita meraikan ramai pelajar Iran ke negara ini malah menjemput mereka menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa setiap tahun sejak 1961. Tambahan pula, sejak sekian lama banyak buku pemikir Iran yang bukan sahaja berada dalam kebanyakkan perpustakaan di negara ini, malahan juga sebahagiannya telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Misalnya karangan intelektual Iran, Ali Shariati, seperti Haji, yang diterbitkan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan buku beliau yang lain seperti Fatimah az-Zahra: Pribadi Agung Putri Rasulullah SAW, terbitan Jakarta. Malah, Ahmad Shabery Cheek juga pernah menyunting sebuah buku yang bertajuk Warisan Shariati, terbitan Ikraq, Kuala Lumpur pada 1987. Apakah ini sudah cukup untuk menuduh Ahmad Shabery Cheek sebagai penganut ajaran Syiah dan menyebarkan ajaran Syiah? Sesungguhnya Malaysia ini penuh dengan kontradiksi yang tidak pernah mahu diselesaikan. Akhirnya kita tenggelam dan lemas dalam banyak istilah yang kita ciptakan; wahabi, salafi, liberal, sekular, komunisma, sosialism dan Syiah. Akhir sekali, penulis tinggalkan Ahmad Shabery Cheek dalam buku suntingannya ini sebagai modal berfikir: "Pemikirannya membawa nafas baru kepada agama Islam. Bagi kita di Malaysia, Shariati merupakan anugerah Tuhan yang mesti dimanfaatkan. Walaupun karyanya disulami dengan pengaruh masyarakat Iran dan mazhab Syiah, tetapi masih banyak persamaan persoalan pokok yang terdapat dalam kebanyakan masyarakat Islam yang sedang membangun dan mengalami proses pemodenan." (Ahmad Shabery Cheek (penyunting), Mengapa Shariati dalam Warisan Shariati, Ikraq, 1987, Kuala Lumpur). (*) Penulis adalah Pegawai Eksekutif Penang Institute dan Ketua DAPSY Bukit Bendera merangkap Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. | |||
Apabila wasatiyah menjadi asabiyah Posted: 13 Dec 2013 02:49 AM PST Oleh SELENA TAY DALAM satu perhimpunan parti yang telah diadakan awal bulan ini, seorang perwakilan telah bangkit mencadangkan bahawa slogan 1Malaysia ditukarkan kepada 1Melayu. Seorang lagi perwakilan pula mengesyorkan supaya BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) jangan diberikan kepada penyokong pihak pembangkang. Dan yang amat malang sekali, seorang perwakilan wanita menggunakan perkataan "bangsat." Semua ini jelas menunjukkan bahawa parti tersebut ialah parti yang mengamalkan fahaman asabiyah walaupun ketua pemimpinnya pernah menekankan amalan wasatiyah. Dari sini, rakyat harus sedar bahawa kelakuan perwakilan parti tersebut merupakan hasrat terpendam parti itu. Jelaslah juga bahawa parti itu bukan sebuah parti yang prihatin terhadap rakyat tetapi hanya berniat untuk memecahbelahkan rakyat supaya mereka dapat berkuasa selamalamanya. Niat mereka bukan berjuang demi kebaikan rakyat tetapi mereka hanya berjuang untuk suku-sakat serta saku mereka sendiri. Dan niat mereka telah terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi. Oleh itu, tidak perlulah mereka melaungkan slogan kosong 1Malaysia dengan semangat yang berkobarkobar kerana ramai orang sudah tahu bahawa slogan itu hanyalah untuk memancing undi masyarakat bukan-Melayu sahaja. Justeru, tidak sesiapa pun yang perlu diperdayakan lagi. | |||
DAP cabar Muhyiddin buktikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia menjelang 2021 Posted: 13 Dec 2013 02:44 AM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil peluang merasmikan laporan "Malaysia Economic Monitor: High Performing Education" oleh Bank Dunia, di sini, kelmarin, bukannya terus 'membisu' mengenai prestasi buruk Malaysia dalam Programme for International Student Assessment (PISA) 2012. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Muhyiddin tidak sepatutnya menyerahkan tugas merasmikan laporan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar jika beliau mahu meyakinkan rakyat bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah usaha serius dan bukti komitmen kerajaan menjadikan sistem pendidikan negara ini bertaraf dunia menjelang 2021. Katanya, isu kemerosotan tahap pendidikan Malaysia kini menjadi subjek yang tabu Muhyiddin yang tidak mahu bercakap bila ditanya mengenainya, khusus rentetan dua peristiwa dalam bulan ini. Beliau berkata, dua peristiwa itu menonjolkan hakikat menyedihkan bahawa sistem pendidikan Malaysia sedang berdepan krisis keyakinan dan tidak mampu mencapai mutu pendidikan yang diperlukan untuk memupuk pekerja yang berkemahiran, bersemangat menambah ilmu dan berdaya cipta bagi membolehkan Malaysia keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai cita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi. "Dua peristiwa yang dimaksudkan adalah pengumuman keputusan PISA 2012 pada 3 Disember lalu iaitu minggu berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO dan pelancaran rasmi laporan Malaysian Economic Monitor yang diterbitkan Bank Dunia dengan tema "High-Performing Education". "Hakikatnya, laporan Bank Dunia itu bukannya mengenai pendidikan berprestasi tinggi Malaysia, sebaliknya mengenai bagaimana Malaysia gagal membentuk satu sistem pendidikan berprestasi tinggi berasaskan pencapaian buruk Malaysia dalam dua ujian penilaian pendidikan antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 di mana Malaysia mencatatkan mata jauh lebih rendah daripada yang diperolehnya pada 2003 dan 2007 bagi subjek Matematik dan Sains, dan PISA 2012 di mana mata untuk Sains dan Bacaan merosot berbanding 2010 walaupun ada peningkatan mata bagi subjek Matematik," katanya dalam kenyataan media. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, mengikut laporan Bank Dunia, di kalangan negara Asia Timur menyertai dalam PISA 2012, pelajar Malaysia hanya mengatasi pelajar Indonesia dan ketinggalan berbanding negara berpendapatan rendah, termasuk Vietnam, dengan perbezaan mata yang besar. Katanya, prestasi Malaysia mengikut penanda aras pendidikan antarabangsa ini mengaibkan jika diambil kira tahap pendapatan per kapitanya atau kadar perbelanjaan untuk pendidikannya, apatah lagi kerana prestasi Malaysia lebih buruk daripada negara berpendapatan tinggi yang kita anggap pesaing dalam usaha menarik masuk pelaburan berasaskan inovasi dan pengetahuan. "Walaupun Muhyiddin dan Kementerian Pendidikan menerima kritikan hebat sejak 3 Disember lalu, bagi kelmarin mengumumkan menerusi media bahawa Kementerian Pendidikan membentuk satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan tahap pelajar Malaysia dalam PISA. "Namun luahan hampa boleh didengar di seluruh negara berikutan pengumuman itu kerana Malaysia tidak perlukan jawapan basi seperti pembentukan jawatankuasa yang tidak bertaring mengenai kemerosoton tahap pendidikan, sebaliknya negara ini perlukan reaksi yang inovatif, terutama bagi memastikan tahap kebertanggungjawaban yang lebih tinggi seperti mengumumkan secara terbuka markah lulus peperiksaan awam dan seterusnya membenarkan ibu bapa untuk lebih terbabit dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, antaranya membiarkan mereka memutuskan sama ada menerima atau menolak PPSMI. "Respon kepada keputusan PISA 2012, Kementerian Pendidikan menyatakan walaupun keputusan itu tidak begitu memberansangkan, kementerian percaya Malaysia mampu memperbaiki kedudukan dalam PISA 2015 menerusi penerapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan 6 September lalu," katanya. Menurut Kit Siang, kenyataan itu membuktikan mereka tidak tahu kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerana yang hendak dicapai bukan memperbaiki kedudukan dalam PISA 2015 tetapi untuk keluar daripada kelompok sepertiga tercorot serta mencapai tahap purata antarabangsa dalam PISA 2015 dan 2018 dan seterusnya menduduki tangga sepertiga teratas dalam PISA 2021.-Roketkini.com | |||
Naikkan cukai taksiran: politik balas dendam BN pada warga kota Posted: 13 Dec 2013 02:42 AM PST KUALA LUMPUR,: Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai menyifatkan tindakan kerajaan menaikkan cukai taksiran Kuala Lumpur merupakan balas dendam politik kepada warga kota yang menolak mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. Beliau berkata, ia berikutan BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen Kuala Lumpur (KL) dengan undi popular yang merudum berbanding PRU sebelumnya. "PR memenangi 9 kerusi Parlimen KL dan undi popular meningkat lebih daripada 39 peratus berbanding PRU-12. Manakala DAP memenangi 5 kerusi iaitu bersamaan lebih 51 peratus daripada sebelumnya. "Sebagai contoh, di Parlimen Seputeh, Cheras dan Kepong, DAP mendapat majoriti begitu besar. 2008, sudah menang besar di KL, kini 2013 kemenangannya lebih besar lagi. "Sebab itu mereka berdendam dan menaikkan cukai taksiran sebagai hukuman kepada penduduk yang tidak memilih BN," katanya ketika ditemui di Pejabat DAP Cheras, hari ini. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan menegaskan, sebab lain yang menyumbangkan kepada kenaikan adalah kewangan negara yang semakin meruncing dan menghampiri bankrap di bawah urus tadbir bermasalah dan lemah BN. Katanya, masalah kewangan itu merangkumi dua punca utama iaitu hutang negara yang mencapai RM530 bilion dan defisit bajet 16 tahun berturut-turut. "Untuk menyelamatkan kewangan negara yang teruk dengan pelbagai ketirisan, rasuah dan pembaziran, mereka mengambil jalan menaikkan cukai," ujarnya. Tambahnya, alasan kerajaan yang mendakwa ia wajar dilakukan memandangkan tidak ada sebarang kenaikan dikenakan selama 21 tahun juga sama sekali tidak munasabah. "Walaupun 21 tahun tanpa kenaikan, tetapi kenaikan drastik sebanyak 100 hingga 400 peratus adalah terlalu melampau. "Di KL, undang-undang jelas menyatakan bahawa taksiran hanya boleh dinaikkan cuma sekali dalam tempoh lima tahun dan tidak melebihi 35 peratus. "Jadi kalau setiap lima tahun dengan maksimum 35 peratus bermakna dalam tempoh 20 tahun hanya bersamaan 140 peratus. Persoalannya kini mengapa majoritinya melebihi 100 peratus dan boleh mencecah kepada 200 hingga 400 peratus?," soalnya. -Roketkini.com | |||
KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013! Posted: 13 Dec 2013 02:37 AM PST Bukti KDN Mat Sabu "Syiah" jadi bahan lawak media sosial KELAB GREENBOC Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. "KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini." KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni. Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu? "Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam. Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam. "Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri," tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi. "KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup 'political blunder' yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!". Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: "Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!" Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran. "Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…," tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais. "Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah." Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. "Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih. "Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI ULASAN GB Kementerian Dalam Negeri memang layak dinobatkan Juara Maharaja lawak Mega untuk menutup tirai tahun 2013. DB sudah ulas mengenai bukti yang dibawakan oleh KDn itu di SINI. Yang ini lagi jelas mengkagumi Syiah. Apakah KDN dan JAKIM diam saja? LIHAT VIDEO DI SINI | |||
"Hikayat Mat Sabu Syiah", Sekadar Penglipur Lara Posted: 13 Dec 2013 02:26 AM PST AKHIRNYA Zahid komedi buat pendedahan melalui orang suruhannya. Aku ingatkan betullah ada fakta dan bukti kukuh tentang "Syiah'nya Mat Sabu seperti mereka boleh buktikan terhadap Abu Ya, Almarhum Us Ashaari Muhamad Syeikhul Arqam dulu. Malangnya, pendedahan Zahid komidi menjadi betul-betul komedi. Apa faktanya? Kutip dari blog. Lagi? Kutip dari perbualan orang tentang Mat Sabu. Lagi? Cerita tentang Mat Sabu kagum dengan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini. Lain? Cerita Mat Sabu Solat guna batu letak di tempat sujud. Ehhh....tak perasan pulak aku dahi Mat Sabu hitam sebab bertahun sujud atas batu. Kahkahkah.... Yang hitam dahi tu bukan Sepol Bukhari yang tidak cuci dubur dua hari itu ke? Kahkahkah.... Kesihan sungguh Zahid komidi. Tak pasal-pasal orang dok kata dia Menteri bengap. Pelik bin ajaibnya, kesemua kisah Mat Sabu yang dibawa oleh puak tu kisah berpuluh tahun dulu. Sekarang baru tahu Syiah tu kononnya sesat? Apabila Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS baru Syiah sesat? Kahkahkah.... KDN tahu ada guru pondok yang mengamalkan Syiah dan katanya Mat Sabu sering ke sana dulu. Mengapa tak tangkap guru tersebut? Mengapa Mat Sabu? Ohhh,,,,sebab guru itu bukan pemimpin PAS, bukan? Kahkahkah..... Dalam pendedahannya semalam, tidak seorang pun tampil untuk menjadi saksi pernah menjadi pengikut Mat Sabu sebagai ahli Syiah. Yang mereka bawa cerita dari mulut ke mulut umpama cerita Pak Pandir. Orang boleh ketawa dengar kisah Pak Pandir tetapi orang tidak percaya kisah itu berlaku. Samalah macam cerita Hikayat Mat Sabu Syiah ini. Orang ketawa mendengarnya tapi untuk percaya hanyalah puak yang otak lembu kondo saja. Puak ini kalau disebut Najib itu sama seperti Nabi perjuangannya. mereka pun percaya dan beriman sungguh asalkan dapat BR1M. Tidak perlu PAS siasat Mat Sabu kerana menyiasat atas kisah dongeng satu kerja bodoh. Daripada siasat kes bodoh seperti ini, baik siasat ke mana perginya lelaki yang pernah cuba mendekati janda anak Zahid komidi, kemudiannya dibelasah oleh Zahid, lepas tu lelaki itu buat report kemudiannya senyap begitu saja. Ke mana hilangnya lelaki yang pernah ingin mendakwa Zahid yang memukulnya itu? Itu patut disiasat. PAS tidak perlu bersusah payah buang tenaga dan masa siasat atau menjawab bagi pihak Mat Sabu kerana bekas Menteri mereka iaitu Saifuddin Abdullah yang masih jadi ahli Umno pun telah jawab bagi pihak Mat Sabu. Akhir kata, aku nak bagitahu bahawa aku amat kagum dengan Rosmah Mansor kerana dia boleh naik jet eksekutif walaupun dia bukan Menteri atau kakitangan kerajaan. Kagum juga aku dengan dia kerana mampu memiliki barang kemas jutaan ringgit. Oleh kerana aku kagum dengan Rosmah, sudah tentu Zahid komidi kata aku satu kandang dengan lembu kondo. Kahkahkahhhh....http://wfauzdin.blogspot.com | |||
Isu Syiah: KDN Fitnah, Saya Akan Saman Zahid & Abdul Rahim - Mat Sabu Posted: 13 Dec 2013 02:15 AM PST PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa dia seorang pengikut ajaran Syiah. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi kerana didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya. "Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya dalam satu kenyataan. Mat Sabu berkata beliau yakin bukti yang didedahkan KDN pada Khamis adalah satu fitnah yang cuba menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau sebagai pemimpin nombor dua PAS. "Kita yakin sidang media pendedahan bukti yang mendakwa saya pengamal ajaran syiah itu dibuat lanjutan daripada kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulunggan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. "Kenyataan beliau memang tidak bertanggungjawab. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu kes membanteras jenayah seperti, 'tembak dulu, baru siasat'," katanya. Mat Sabu menegaskan kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara ini. Pada Khamis, Abdul Rahim dalam satu sidang media mendedahkan beberapa bukti yang mengaitkan Mat Sabu sebagai seorang pengikut ajaran Syiah. Antara lain, beliau mendakwa Mat Sabu sering membaca 'Selawat' mengikut ajaran Syiah serta menyatakan rasa kagumnya terhadap kempimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang merupakan ikon mazhab tersebut. Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ahmad Zahid mendakwa pemimpin nombor dua PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah. Abdul Rahim juga berkata Mat Sabu semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Disember 2008. Bukan itu sahaja, Abdul Rahim mendakwa Mat Sabu secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali. Beliau turut mendakwa seorang tokoh agama juga pernah menjelaskan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat pemimpin PAS itu menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya dan amalan tersebut cukup sinonim dengan kumpulan Syiah. | |||
22,278 Petani, Penternak, Nelayan Terima Kesan Akibat Banjir - Ismail Sabri Posted: 13 Dec 2013 02:12 AM PST MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Seramai 22,278 petani, penternak dan nelayan dipercayai menerima kesan akibat banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, sejak awal Disember lepas. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu berdasarkan anggaran awal kementerian terhadap mereka yang mengalami kemusnahan ladang tanaman, ternakan atau keadaan laut bergelora yang tidak mengizinkan nelayan mencari rezeki. "Bagaimanapun, kita sedang membuat penilaian daripada segi jumlah kerosakan. Sekarang ini, maklum balas daripada pegawai-pegawai di daerah sedang dikumpul supaya dapat gambaran jelas dan penilaian dibuat terhadap kerugian individu dan keseluruhannya. "Selepas itu, baru kita akan umumkan daripada segi langkah yang akan diambil sama ada untuk beri bantuan kewangan atau langkah-langkah lain yang difikirkan paling sesuai," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelepasan kenderaan agensi-agensi di bawah kementerian untuk membantu mangsa banjir di sini, Jumaat. Agensi terlibat termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), AgroBank, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tekun Nasional. Menurutnya selain bantuan makanan dan minuman serta barangan keperluan diri, agensi terlibat turut akan menghantar sukarelawan Kor Tani masing-masing untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Malah katanya, peminjam Tekun yang terlibat banjir turut menerima penangguhan bayaran pinjaman dan pemberian bantuan pinjaman tambahan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000, manakala AgroBank turut menawarkan penangguhan bayaran pinjaman kepada peminjam yang terlibat dengan bencana itu. - BERNAMA | |||
Suspek Kes Bunuh Ketua Penguatkuasa Jaip Didakwa Isnin Ini Posted: 13 Dec 2013 01:40 AM PST MSTAR ONLINE KUANTAN: Beberapa suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran sesat 'Tuhan Harun' akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin ini, atas tuduhan membunuh Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik pada 10 November lepas. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan perkara itu dan berkata, mereka akan menghadapi pertuduhan membunuh Mohd Raffli, 49, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Isnin ini (dakwaan) akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan, tunggu dimahkamah, mereka akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikanbantuan kepada anggota polis yang terbabit banjir di sini, Jumaat. Dalam laporan sebelum ini, polis mengesahkan suspek yang menembak mati KetuaPenguat Kuasa JAIP itu adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, siasatan terperinci ke atas semua tahanan terbabit mendapati seorang daripada yang ditahan itu dipercayai suspek yang menembak mangsa, selain pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan. Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu. - BERNAMA | |||
Keturunan Syiah diminta tak sebar fahaman Posted: 13 Dec 2013 01:32 AM PST KUALA LUMPUR - Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga menyarankan kumpulan terbabit memaklumkan aktiviti keagamaan mereka kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan segera. "Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra...mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain. "Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di sini, malam tadi. Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ajaran Syiah yang diikuti secara keturunan, termasuk oleh masyarakat India, boleh terus diamalkan di negara ini. Terdahulu, dalam program itu beliau berkata kementerian akan terus meningkatkan usaha membendung penularan ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia. Tegas Ahmad Zahid, beliau khuatir perkara itu akan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan mendorong kepada perang saudara seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah. - Bernama | |||
Takraw: Keputusan kita betul-betul memalukan Posted: 13 Dec 2013 01:30 AM PST NAYPYITAW - "Saya ambil tanggungjawab ini (atas kegagalan Malaysia). Keputusan kita betul-betul memalukan," kata jurulatih skuad sepak takraw negara Jamaluddin Hassan selepas anak buahnya tewas dalam kesemua tiga perlawanan acara berpasukan pada Sukan SEA ke-27. Walaupun pasukan negara memenangi pingat gangsa, beliau yang kelihatan sebak berkata, pencapaian skuad negara itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima kerana memperoleh pingat tanpa sebarang kemenangan. Pada saingan yang berlangsung mengikut format liga sepusingan melibatkan empat penyertaan, pasukan yang berada pada kedudukan teratas meraih pingat emas diikuti perak di tempat kedua manakala pingat gangsa milik pasukan di tangga ketiga dan keempat. Dalam perlawanan hari ini, skuad negara tumpas 1-2 kepada Indonesia untuk menduduki tempat tercorot dalam kalangan empat pasukan yang menyertai acara berkenaan. Semalam, Malaysia kalah 0-3 kepada Thailand dan 1-2 di tangan pasukan tuan rumah, Myanmar. Jamaluddin berkata, prestasi yang ditunjukkan pemain negara yang majoriti kurang berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa, adalah jauh daripada kemampuan sebenar mereka. Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak, beliau berkata banyak perkara yang perlu diperbaiki andai mahu mengembalikan kekuasaan Malaysia dalam sukan berkenaan. "Semasa ambil semula tugas ini (sebagai jurulatih pada 2011), saya kata kepada semua, kita bukan hendak kejar glamour sebab ia sekejap tetapi kalau kalah, lama kita akan dikritik... dikutuk. "Saya terima kekalahan ini dan terpulang kepada pengurusan (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) berhubung kedudukan saya," katanya sambil mencabar pihak yang hanya tahu mengkritik supaya tampil untuk bersama-sama memajukan sepak takraw negara. Sementara itu, Thailand meraih pingat emas acara berpasukan selepas mencatat kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan. Pingat perak pula milik Indonesia manakala Myanmar yang berada di tempat ketiga meraih gangsa. Acara wanita berpasukan juga menyaksikan pasukan negara menjadi pasukan belasahan apabila tumpas dalam kesemua tiga perlawanan. Namun, seperti skuad lelaki, mereka turut meraih pingat gangsa. Pingat emas milik Thailand manakala Myanmar meraih perak dan pingat gangsa turut dimenangi Indonesia. Skuad lelaki akan menyertai dua lagi acara iaitu regu dan double berpasukan manakala skuad wanita akan beraksi dalam acara regu dan double regu. - Bernama | |||
Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu? Posted: 12 Dec 2013 04:12 PM PST shahbudindotcomKetika berucap di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, 7 Disember lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam Pas. "Pas, ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana Pas memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang nombor dua dalam Pas. Jangan berselindung. Jangan berselindung. "Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa, ambil tindakan kepada pemimpin Pas itu," tegasnya seakan memberi arahan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama. Mendengar ucapan beliau itu, sudah pastilah sesiapa pun beranggapan bahawa Zahid dan KDN sudah mempunyai cukup bukti untuk menahan orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Pas.. Seolah-olah bukti yang ada hanya menunggu masa yang sesuai saja lagi untuk menahannya. Jamil Khir pula dalam reaksinya kepada arahan Zahid itu berkata, pembuktian kukuh diperlukan kerana Syiah melibatkan iktikad seseorang dan bukan berdasarkan sentimen kepartian semata-mata. Apabila diasak oleh media kemudiannya, Zahid berkata suatu sidang akhbar khas yang akan dilakukan Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi akan diadakan untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut. Sebagaimana yang dijanjikan, petang 12 Disember, sidang akhbar itu diadakan dan 10 bukti yang dijanjikan adalah seperti berikut: 1. Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah. 2. Mat Sabu pernah menyatakan kekaguman dan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau semasa berucap pada 13 Jun 2011. 3. Pada 2008, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu telah menggunakan pendekatan ulama Syiah (Imam Khomeini) sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan. 4. Semasa sesi temuramah bersama Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah. 5. Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali. 6. Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah. 7. Mat Sabu didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri ramah mesra di sana. 8. Pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin memberitahu, sahabat Mat Sabu selama 20 tahun iaitu C.N Afghani telah menjelaskan Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom, Iran. 9. Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada 2005. 10. Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung, Pendang Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah. Itulah bukti-bukti yang dimiliki oleh KDN. Persoalan paling utama berdasarkan 10 bukti ini, bolehkah Mat Sabu ditahan sebagaimana ghairahnya Zahid Hamidi memberi arahan kepada Jamil Khir dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu? Oleh kerana beliau terlihat ghairah mahu menahan Mat Sabu dan bukti-bukti yang didedahkan seharusnyalah ke arah itu dan bukannya bertujuan lain. Jika tidak, bak kata orang Bagan Datoh, "buang karan aje" segala pendedahan ini. Daripada 10 bukti yang didedahkan, kebanyakannya agak kabur terutama berkaitan kekaguman terhadap Imam Khomeini. Tidak semestinya mengkagumi Khomeini bererti menerima Syiah kerana ramai yang kagum semata-mata kerana perjuangannya menumbangkan regim Shah Iran yang terkenal dengan zalim, boros dan bermewah-mewah. Di awal kejatuhan regim Shah Iran, ramai yang mengkagumi Khomeini. Seluruh dunia menyanjung dan memujinya. Di negara kita,, di antara pengagum awal Imam Khomeini ialah Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan gambar semasa mudanya bersama Khomeini kini sudah bertaburan di media-media sosial. Begitu juga kekaguman kepada pemimpin yang lain atau kunjungan ke Iran atau tempat-tempat lain yang dikaitkan dengan Syiah, tidak semestinya boleh dikaitkan dengan penerimaan fahaman Syiah itu. Boleh jadi kunjungan itu atas dasar persahabatan, persaudaraan dan sebagainya. Ia sama seperti tidak boleh mengaitkan Najib dengan Kristian hanya semata-mata beliau berkunjung ke Vatican City dan bertemu Pope. Bukti-bukti lain pula perlu disahkan dengan keterangan yang lebih jelas, saksi dan mungkin gambar atau video (jika ada), barulah ia boleh diterima sebagai bukti yang sahih. Dalam masa yang sama, kredibiliti saksi juga harus diambil kira dan cakap-cakap atau cakap- dengar belum dikira bukti yang kukuh. Memang kita tidak menerima Syiah tetapi kita juga tidak mahu Syiah dijadikan agenda politik semata-mata atau menjadikan KDN alat politik. Kalau ada bukti yang kukuh, tangkap dan ambillah tindakan. Janganlah jadi seperti ayam yang hanya tahu berkokok tapi tidak peduli siang harinya selepas itu sama ada cerah atau gelap. Bukti-bukti yang dikemukakan oleh KDN ini juga mengundang respon negatif daripada Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang menulis di Twitternya dengan pertanyaan, "Saya kagum Mandela, Che Guivera, Ghandi, Mother Teresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" Rasanya ramai yang sependapat dengan Saifuddin bahawa kekaguman terhadap seseorang tokoh tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk menuduh seseorang itu sudah menerima fahaman yang dibawa tokoh itu. Banyak sebab yang dibolehkan untuk mengkagumi seseorang tokoh tanpa melibatkan pegangan akidah sebenarnya. Sementara Mat Sabu menafikan semua dakwaan KDN terhadapnya dan menganggapnya sebagai fitnah semata-mata serta bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang, Zahid dalam masa yang sama haruslah juga membuktikan bahawa bukti-bukti yang ada mampu menahan Mat Sabu dan beliau benar-benar seorang yang mementingkan akidah umat Islam dan keselamatan negara. Inilah tanggungjawab Zahid dan hutang yang mesti dilunaskannya kepada rakyat Malaysia dalam isu Syiah ini. Rakyat mahukan kata-katanya dibuktikan, bukan sekadar mendedahkan maklumat yang longgar dan bersifat serangan politik semata-mata. Jika hanya itu niat Zahid, bermakna beliau sedang cuba mengalih perhatian umum daripada pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara dan dalam masa yang sama juga seakan memberi rezeki "durian runtuh" kepada Mat Sabu melalui saman mahkamah yang bakal dikemukakannya nanti. | |||
Jumlah mangsa banjir di Pekan masih tinggi Posted: 12 Dec 2013 04:07 PM PST Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 5,607 berbanding 5,376 orang yang direkodkan malam tadi. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,398 keluarga ditempatkan di 71 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir. Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,501 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (842 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Temerloh (235 di tujuh pusat), Bera (276 di tujuh pusat) dan Rompin (18 di dua pusat).- Bernama | |||
8 terselamat helikopter mendarat cemas di laut Posted: 12 Dec 2013 04:05 PM PST MALAYSIA KINI Dua juruterbang dan enam pekerja pelantar minyak terselamat selepas helikopter yang dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut berikutan cuaca buruk berdekatan pesisir pantai Bintulu hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Mohd Said Ibrahim berkata ketika kejadian helikopter jenis Sikorsky S-76 yang disewa sebuah syarikat petroleum sedang meninjau lokasi penggalian minyak dan gas di kawasan perairan terbabit. "Helikopter dipandu dua rakyat tempatan itu sedang melakukan tinjau lokasi untuk menggali minyak dan gas. Bagaimanapun akibat cuaca buruk pendaratan cemas terpaksa dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mohd Said berkata kesemua mangsa bernasib baik diselamatkan sebuah kapal yang kebetulan berada di kawasan berkenaan sebelum dibawa ke hospital berhampiran. Semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius, dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Miri, katanya.- Bernama | |||
JPJ nafi bertindak kejam saman lori bawa bantuan banjir Posted: 12 Dec 2013 04:03 PM PST MALAYSIA KINI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir. "Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah. Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan. Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih. Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen motosikal. Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis. "Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya. MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal.- Bernama | |||
Persatuan bimbang pengusaha burung walit 'bunuh diri' Posted: 12 Dec 2013 03:54 PM PST Sekumpulan 200 orang penternak burung walit dan penjual sarang burung tersebut berhimpun bagi membantah langkah baru yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor untuk mengawal industri berkenaan. Kumpulan dari Selangor, Pahang dan Pulau Pinang itu, yang marah kerana terpaksa mengosongkan premis ternakan sedia ada, berhimpun di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri di Shah Alam pagi ini. Kumpulan berkenaan yang mempamerkan kain rentang, melaungkan slogan dan turut mengebu Datuk Teng Chang Khim ketika Exco kerajaan negeri itu melalui kawasan tersebut dengan kenderaan rasmi untuk memasuki bangunan pejabatnya. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 7 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Teng, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan, baru-baru ini memperkenalkan Peraturan Kecil Penternakan Burung Walit dan Pengeluaran Sarang Burung Walit 2013. Peraturan baru itu mengarahkan pengusaha berkenaan untuk berpindah ke kawasan berstatus tanah pertanian dalam tempoh tiga tahun. Kerajaan negeri dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas pengusaha yang gagal memohon lesen dalam tempoh ditetapkan sehingga akhir bulan ini. Presiden Persatuan Usahawan Burung Selangor Mah Swee Lye ketika ditemui berkata, langkah itu akan menyebabkan industri berkenaan "mati". "Pada masa ini terdapat 6,000 lot kedai digunakan sebagai pusat operasi ternahak sarang burung walit. Setiap satu premis memerlukan sekurang-kuranya RM500,000 untuk berpindah ke tanah pertanian," katanya. Ia akan memberi kerugian sebanyak RM300 juta kepada industri di Selangor, kata Mah yang berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuat ketetapan baru ke atas peraturan kecil itu. Beliau juga mendakwa, seorang pengusaha sebelum ini cuba membunuh diri apabila bahan tersebut disekat daripada dieksport ke China. Mah berkata, beliau percaya lebih ramai yang terpaksa membunuh diri sekiranya mata pencarian mereka terjejas. | |||
Selangor teruskan kenaikan gaji, penyelarasan ‘sederhana’ menyusul, kata MB Posted: 12 Dec 2013 03:46 PM PST Meskipun mendapat bantahan, kerajaan negeri Selangor akan tetap meneruskan pelaksanaan kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pentadbir negeri Selangor kerana ia sudah ditetapkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, kata Menteri Besar Selangor. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata perbincangan penyelarasan kadar gaji akan dilakukan selewat-lewatnya pada Januari depan. "Kadar penyelarasan tak sesuai dibincangkan kerana yang layak bertanya adalah mereka yang terjejas dengan kenaikan tersebut, namun ia akan dilakukan secara 'moderate'," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, tengah hari ini. Abdul Khalid menyifatkan kenaikan gaji yang dikatakan terlalu tinggi oleh segelintir pihak masih bukan terbaik berbanding Sarawak. "Selangor masih bukan the best, masih ada Selangor vs Sarawak, negeri itu paling tertinggi," katanya. Sebelum ini Abdul Khalid berkata perbincangan dengan Adun berhubung isu kenaikan gaji diadakan susulan saranan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen yang meminta kerajaan negeri menyemak semula peratusan kenaikan gaji berkenaan. Persidangan DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%. Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,500; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker RM6,327.50 kepada RM15,750; dan Adun RM6,000 kepada RM11,250. Kenaikan gaji itu bagaimanapun disifatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu tinggi dan meminta Menteri Besar itu mengkaji semula kadar tersebut | |||
Mat Zain: Shafee tak sebut dokumen kait AG Posted: 12 Dec 2013 03:43 PM PST MALAYSIA KINI Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datu Mat Zain Ibrahim mempersoalkan tindakan Tan Sri Shafee Abdullah kerana tidak membangkitkan mengenai bungkusan dokumen yang diserahkan kepada peguam kanan itu pada 24 September lalu.Katanya, Shafee perlu menjelaskan berhubung dokumen berkenaan, yang tidak disebut dalam afidavit peguam berkenaan di mahkamah semalam. Mat Zain dalam kenyataannya hari ini mendakwa, bahan yang diserahkannya itu adalah bukti paling penting yang boleh membuktikan dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam pemalsuan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Shafee perlu menjelaskan kepada mahkamah sebab beliau menyembunyikan satu fakta penting bahawa beliau mengakui menerima satu bungkusan dokumen daripada saya pada 24 September, dua minggu sebelum SD (pengakuan berkanunnya) diperakui dan apa yang boleh dibuktikan oleh dokumen tersebut," kata Mat Zain. Beliau berpendapat, Shafee telah melanggar Kanun Keseksaan dan juga Akta Profesyen Guaman kerana tidak memaklumkan perkara itu kepada mahkamah. "Shafee sepatutnya tahu bahawa dengan pelantikannya untuk mengetuai pendakwaa beliau dianggap sebagai 'penjawat awam' dan terikat dengan takrif 'penjawat awam' bawah Kanun Keseksaan, yang antara lainnya menetapkan beliau untuk memberi maklumat mengenai kesalahan. "Sebagai seorang peguamcara beliau terikat dengan Akta Profesyen Guaman ketika bertindak sebagai pendakwa, beliau tidak boleh menyekat bahan yang boleh mewujudkan (fakta) bahawa seseorang tertuduh tidak bersalah. "Beliau sepatutnya melihat kembali bungkusan dokumen yang disahkan telah diterimanya pada 24 September lalu," kata Mat Zain lagi. Shafee semalam mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua pembangkang itu dari pertuduhan kes Liwat II. | |||
Zahid minta Mat Sabu jangan berpura-pura Posted: 12 Dec 2013 03:39 PM PST MALAYSIA KINI Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh kementeriannya bahawa pemimpin nombor dua parti pembangkang itu terlibat dengan fahaman Syiah.Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini bahawa Mohamad (kiri) cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian. Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahmad Zahid mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu. Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, katanya beliau juga tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah. "Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua. "Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah. Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat. Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.- Bernama | |||
Sejuta di S'gor, KL hadapi gangguan bekalan air minggu depan Posted: 12 Dec 2013 03:37 PM PST MALAYSIA KINI Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga jam 8 pagi 22 Disember (Ahad). Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli. Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. "Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya. Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: WILAYAH KUALA LUMPUR: 1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby. 2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris. 5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki. 7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan. 8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights. 9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra. 10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato' Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir. 13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. WILAYAH GOMBAK: Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3. WILAYAH PETALING: Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.- Bernama | |||
Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini Posted: 12 Dec 2013 03:35 PM PST MALAYSIA KINI Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini. Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? "Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu. Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut". "Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius. "Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya. Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah. "Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut. KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini. Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005. Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi. Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah. Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan. [Ikuti berita penuh mengenai "bukti Syiah" tersebut di di sini] | |||
Selamatkanlah negara kita, siapa yang boleh melakukannya? Posted: 12 Dec 2013 03:31 PM PST Hasil dari kelemahan pimpinan dan teraju negara, kita melihat banyak pihak yang telah berani menyentuh tentang isu yang telah dilindungi oleh Perlembagaan. Dulu tidak boleh disentuh kini menjadi isu yang sering disebut dan disentuh oleh setengah pihak. Perlembagaan dan Undang-Undang itu tetap Perlembagaan dan Undang-Undang, dan ia tidak semestinya boleh dilaksanakan jika kepimpinan yang lemah. Ia akan lebih merumitkan lagi jika rakyat dan mereka yang berkepentingan tidak menghormati Perlembagaan itu. Pimpinan yang lemah menghasilkan persepsi buruk dan kurang hormat setengah pihak terutamanya bagi pihak yang mempunyai banyak kepentingan politik untuk bangsa dan keluarga mereka. Ada pihak yang cuba mempersoalkan keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra sekarang ini, sedangkan itu telah pun dipersetujui sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi. Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kelemahan pimpinan hari ini dan ditambah pula dengan setengah pihak mahu mengambil kesempatan menangguk di 'air yang keruh' dengan meminta UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra untuk bersama memasuki institusi pengajian tinggi yang dari awal dikhaskan kepada Bumiputra sahaja. Ia adalah peruntukan yang sedia ada sebelum pun berlaku kejadian 13 Mei 1969 yang menghasilkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dahulu. Tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi tahu rakyat tentang isu yang hanya Bumiputra sahaja yang layak menyertai UiTM itu. UiTM atau ITM semasa itu, tertubuh lama sebelum kejadian 13 Mei 1969 yang telah menghasilkan DEB dahulu. UiTM ditubuhkan untuk melatih Bumiputra yang masih jauh ketinggalan dalam bidang 'professional' dan 'separa professional' bagi mengisi kekosongan (vacuum) yang besar dalam menempatkan Bumiputra dalam sektor industri serta mengisi kekurangan bilangan Bumiputra dalam pengurusan syarikat-syarikat besar dinegara ini. UiTM wujud bagi membantu Bumiputra untuk 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan kaum-kaum lain di negara ini. Tetapi jika ada pihak yang masih berusaha untuk membuka UiTM untuk bukan Bumiputra, ia elok dibukakan polimik dengan telus bagi kita mengolah dan memberitahu rakyat kenapa UiTM ini wujud. Mungkin ada dikalangan orang melayu sendiri mahukan UiTM ini dibuka kepada bukan Melayu semata-mata untuk mendapat perhatian politik, tetapi ini adalah perkara yang telah dipersetujui dari awal sejak tertubuhnya RIDA dalam awal lima puluhan dahulu. Bagi mereka yang memperjuangkan keharmonian semua kaum, kita wajar mempunyai toleransi yang kuat untuk bersama-sama menikmati kekayaan negara dan jika masih ada yang tidak berpuas hati, ia bermakna mereka ini adalah yang tidak mahu dasar kerajaan yang dipersetujui dan dijayakan. Tetapi kenapa wujud desakan seperti ini? Kenapa masih ada yang berani menyebut dan mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan meminta sistem Raja Berpelembagaan ini dihapuskan? Dulu-dulunya tidak ada pihak yang berani mempersoalkan isu ini kerana didalam Perlembagaan tercatit peruntukan yang Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan samada dalam atau luar Parlimen suatu ketika dahulu. Jawapannya telah ada dipemikiran manusia yang menduduki negara ini sebagai rakyat, tidak kira rakyat yang asal atau yang mendatang. Jika ada yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini, khususnya dari rakyat yang asalnya rakyat mendatang, ia tidaklah begitu mengejutkan kerana sememangnya susah untuk menghilangkan 'migrant mentality' dikalangan rakyat ini walaupun mereka adalah rakyat negara ini sejak lebih setengah abad yang lalu. Yang menjadi persoalannya ada dikalangan yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini adalah dikalangan mereka yang mengaku rakyat asal atau Melayu dan ini adalah satu perkara dan keadaan yang sangat memilukan. Masalah besarnya ialah kepimpinan Melayu tidak mempunyai 'tulang belakang' dan lemah. Mereka tidak dihormati lagi oleh kaum Melayu sendiri, jauh sekali untuk mendapatkan penghormatan dari kaum bukan Melayu! Pemimpin Melayu tidak dapat lagi membuat keputusan dengan betul. Keputusan mereka tidak akan betul lagi kerana mereka berimejkan rasuah dan 'stigma' ini tidak dapat lagi dibuang pada persepsi rakyat khususnya yang bukan Bumiputra. Hasilnya negara mendapat kepimpinan Melayu yang tidak dihormati dan pemimpin bukan Melayu yang tidak lagi bersetuju dengan semangat Muhibbah yang dibentuk dan dibina oleh pimpinan negara yang sudah tiada bersama kita lagi hari ini. Tidak ada lagi keadaan dalam mana pemimpin dan rakyat menghormati diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain dan ini sudah semestinya akan membawa akibah yang tidak sihat kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Masih ramai dikalangan kita yang merasakan yang negara kita ini masih sihat dan berjiwa sebagai sebuah negara, terutamanya dikalangan mereka yang dalam korridor kuasa yang masih enak mengelamun dengan keseronokan dan 'glamour' hidup mereka. Tetapi hakikatnya negara kita memerlukan pembetulan yang pantas dan jika kita tidak berani mengaku keadaan ini wujud, amat kita khuatiri yang keadaan tidak akan dapat diperbaiki lagi dan negara kita akan berhadapan dengan krisis yang lebih besar lagi dalam semua perkara. Siapa yang hendak melakukan ini semua, kerana mereka yang boleh melakukan perubahan atau setidak-tidaknya kita hambat kedatangan musibah dari mendekati kita lagi. Kata-kata seperti yang saya sebutkan ini mungkin tidak digemari oleh banyak pihak tetapi saya berani bercakap kerana jika kita khususnya mereka yang berkepimpinan tidak tampil untuk menyelamatkan keadaan ini, kita tidak terkejut jika 'nasi akan menjadi bubur'. Tidak usahlah kita berpolimik lagi. Polimik diantara kita yang tidak berfaedah ini tidak akan membawa apa-apa kepada kita. Jika kita teruskan juga jangan pula menyalahkan mana-mana pihak sebagai tidak bertanggungjawab kerana semuanya mesti mengambil 'accountability' terhadap apa yang akan kita rasai akan datang. Kepada semua pihak yang berkepimpinan, selamatkanlah negara kita kali ini. Kita tidak ada negara lain untuk berlindung. Kebanyakan diantara kita tidak mempunyai keupayaan untuk lari kemana-mana negara lain untuk berteduh dan kita tidak mempunyai kemudahan jet-jet eksekutif untuk kemana-mana. Kebanyakan diantara kita tidak mempunyai isteri yang luas 'networking' mereka untuk menyelesaikan apa-apa masalah. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan