Khamis, 12 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Adi Putra Lega, Kes Skandal Dengan Isteri Orang Gugur

Posted: 12 Dec 2013 03:10 PM PST




KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.

"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.


"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.

Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.

Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya.

Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.

Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.


"Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.

"Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.

Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.

"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Retorik anti-Syiah boleh jejas imej Malaysia, kata penganalisis

Posted: 12 Dec 2013 05:11 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider






















Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, di mana penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar dari Islam, menurut seorang pakar hubungan antarabangsa.

Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, berpendapat jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

"Kita perlu berwaspada dalam hal ini. Kita bimbang perbuatan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada campur tangan Barat yang ingin melihat perpecahan umat Islam. Malah ada yang mengatakan agenda melagakan Syiah dan Sunni ini sudah lama dipasang pihak tertentu," kata Mohamad.

"Di peringkat antarabangsa sekali pun seperti di Arab Saudi bukan sedikit penganut Syiah termasuk di Madinah. Walaupun ada pertembungan politik di kawasan tertentu dengan mazhab Syiah, tidaklah mereka ini sampai ke peringkat mengatakan Syiah terkeluar daripada Islam," katanya.

Menurut Mohamad, apabila kerajaan mengambil pendekatan drastik memerangi Syiah, ia membawa kepada pengasingan umat Islam di negara ini.

"Apabila kita memberi penekanan berlebihan kepada Sunni, maka dengan sendiri ia membawa kepada pengasingan agama.

"Walaupun perlu kita mengawasi penularan Syiah, ia perlu dibuat dengan kebijaksanaan kerana ia berpotensi menjejas hubungan dengan negara luar disebabkan penganut fahaman itu tidak akan berdiam diri. Mereka akan menguar-uarkan konflik yang berjalan ini sehingga disalah tafsir oleh pihak lain," katanya.

Perhimpunan agung Umno baru-baru ini telah menyaksikan para pemimpinnya melancarkan serangan terhadap umat Islam bermazhab Syiah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.

Ratusan wanita berhimpun dalam satu sambutan di tapak persemadian Sayyidina Ali bin Abi Talib di bandar Najaf, Iraq, pada Disember 9. Majoriti penduduk Iraq adalah bermazhab Syiah. - Gambar Reuters, Disember 12, 2013.Ratusan wanita berhimpun dalam satu sambutan di tapak persemadian Sayyidina Ali bin Abi Talib di bandar Najaf, Iraq, pada Disember 9. Majoriti penduduk Iraq adalah bermazhab Syiah. - Gambar Reuters,Sementara itu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya baru-baru ini berkata kerajaan Malaysia adalah kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil sebarang bentuk tindakan balas berkaitan isu tersebut.

"Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan telah dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

"Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrim atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan," katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Sebelum ini, ahli sosiologi Dr Mohd Faizal Musa berkata kejahilan dan tindakan melampau golongan Islam Sunni mempengaruhi pihak berkuasa agama telah mendorong gerakan anti-Syiah di Malaysia, walaupun masyarakat minoriti ini sudah bertapak sejak berabad lalu.

Katanya, ekstremis di kalangan pihak berkuasa agama telah menyebarkan mitos bahawa Islam Syiah hanya bermula pada tahun 1979 iaitu ketika Revolusi Islam Iran dan kononnya mazhab yang merupakan kedua terbesar dalam Islam ini merupakan satu ancaman luar.

Faizal berhujah sikap tidak tolak ansur pihak berkuasa agama dan kumpulan Sunni terhadap golongan Syiah adalah kerana pengaruh Wahabi - fahaman konservatif Islam yang berasal dari Arab Saudi.

Saya kagumi Khomeini tapi bukan Syiah, kata Mat Sabu

Posted: 12 Dec 2013 05:00 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK






















Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata beliau sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini dinafikannya sambil mengucapkankan terima kasih kerana mengaitkannya dengan pemimpin dihormatinya itu.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini,  saya ucap terima kasih.















 
"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Menurut Mohamad, beliau akan bertemu dengan peguamnya pada Ahad.

"Selepas jumpa peguam, saya akan keluarkan kenyataan lanjut," katanya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeni.

Mohamad berkata tidak gentar dengan kenyataan Ahmad Zahid untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.

Katanya, tuduhan sedemikian telah menjadi kebiasaan baginya terutamanya ketika pemilihan PAS baru-baru ini.

"Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya.

Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.

Hebahkan Sumbangan Isteri Hanya Helah Najib Tutup Keborosan Rosmah

Posted: 12 Dec 2013 04:51 AM PST

Kenyataan Kadir Jasin lambang kekecewaan penyokong Umno, kata penganalisis

KELAB GREENOC

 
Penganalisis berpendapat kenyataan bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin tidak boleh dipandang remeh dan perlu mendapat perhatian pemimpin kerajaan kerana ia menggambarkan kekecewaan seorang penyokong Umno.

Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata meskipun cadangan Kadir lebih dilihat sebagai sindiran namun perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan dan Umno terutamanya.

"Pandangannya berbentuk sinis tetapi perlu diberikan perhatian serius. Amat penting bagi pemimpin kerajaan memahaminya secara serius kerana ia melihatkan penyokong Umno sudah mula mengeluarkan pandangan yang melambangkan kekecewaan.

"Jangan dibiarkan orang yang menyokong kerajaan ini semakin kecewa dengan apa yang berlaku." katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kadir pada Ahad lalu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri Kabinet selain melantik isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Menteri Tugas Khas.

Katanya melalui pelantikan itu, tiada pihak boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

"Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata,"
katanya yang menyatakan usaha itu boleh dibuat melalui pelantikan Rosmah sebagai senator.

Wan Saiful berkata tidak mudah bagi melantik Rosmah sebagai menteri dan menyifatkan pendedahan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) pada Sabtu tidak akan meredakan kemarahan rakyat terhadap isteri Perdana Menteri itu.

"Tidak semudah itu kerana Rosmah tidak mempunyai jawatan dalam parti dan kerja yang dilakukannya tidak terlalu melibatkan isu politik. Ia sindiran dan tidak serius. Bagaimana bagus kerja yang dibuat oleh Rosmah, kritikan masyarakat juga perlu diambil kira," katanya.

Beliau berkata penglibatan Rosmah dalam gerak kerja kerajaan perlu didefinisikan dengan betul dan didatangkan secara berstrategi agar tidak bertindih dengan peranan kementerian.

"Saya lihat kesilapan strategi perhubungan awam Najib. Ia boleh disebut kerana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sendiri selalu memuji isterinya. Itu perkara biasa tetapi di Malaysia suasananya agak tegang.

"Bila Najib berkata demikian, ia akan menambahkan kemarahan orang. Ia tidak membantu langsung. Ini hanya masalah strategi komunikasi masyarakat. Ini penglibatan yang baik tetapi tidak distrategikan dengan betul sehingga menjadi alat untuk menyerang kerajaan dan Umno sendiri," katanya.

Najib semasa ucapan penangguhan PAU 2013 menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.

Katanya, bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menyifatkan cadangan Kadir bagi melantik Rosmah akan lebih menggugat kedudukan Najin selain tiada keperluan melaksanakannya.

"Itu kenyataan sinis daripada seorang bekas wartawan. Sudah tentulah ada yang ingin disampaikan sama ada mengkritik secara langsung atau cadangan serius.


"Sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, akan lebih menyukarkan kedudukan Najib. Bagi saya cadangan itu tidak praktikal. Tiada keperluan walau sehebat manapun Rosmah," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum Jawan pula berpendapat Najib tidak seharusnya menghebahkan sumbangan isterinya itu kepada khalayak ramai kerana perkara itu lebih bersifat peribadi.

Katanya, Rosmah bukanlah mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai pemudah cara kepada suaminya yang menjadi pemimpin nombor satu negara.

"Itu cerita peribadi yang diceritakan Najib dalam PAU 2013. Rosmah tidak mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai wakil kepada suaminya.

"Ini bukan saranan yang ikhlas tetapi cuba memperli. Cadangan itu tidak masuk akal. Ada benda lain yang ingin dikritik dan beliau bermain dengan kata-kata," katanya yang melihat Najib juga berhak mendedahkan sumbangan isterinya kepada negara.

Kadir ketika diminta mengulas dalam sebuah laman portal menarik balik tulisannya atas arahan kerajaan berkata, cadangan yang dikemukakannya atas hak sebagai wartawan dan rakyat bebas menyuarakan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang. -TMI

ULASAN GB

GB pernah ulas sebelum ini, petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Justeru itu, apa yang dilakukan Najib (menghebakah sumbangan Rosmah) hanyalah helah Najib menutup keborosan Rosmah selama ini yang telah merembat wang rakyat melalui PERMATA yang bukan di bawah mana-mana kementerian dan lansung tidak pernah diaudit aliran wang keluar masuknya.

Mat Sabu Pengikut Syiah, Solat Guna Batu - KDN

Posted: 12 Dec 2013 04:42 AM PST




Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
 
 
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS terlibat dengan ajaran Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi berkata ini berdasarkan maklumat yang mengaitkan beliau dengan maazhab tersebut.

Abdul Rahim berkata maklumat-maklumat itu termasuk Mohamad membaca 'Selawat' mengikut ajaran Syiah.

"Beliau juga dalam beberapa majlis menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Abdul Rahim berkata, polis dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama untuk membanteras aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

Menurut laporan berita terdahulu, Mohamad menafikan beliau pengikut Syiah.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," kata Abdul Rahim.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.

Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".

Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.

Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.

"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C. NAfghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.

Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.

"Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. "Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.

"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.

"Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.

Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.

Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.

Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.

Isu Syiah Akan Ditangani Segera Demi Keselamatan Negara - Ahmad Zahid

Posted: 12 Dec 2013 04:41 AM PST

 MSTAR ONLINE


Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan Anugerah Perdana Za'ba Tokoh Pengarang kepada Datuk Abdul Kadir Jasin (kiri) selepas Merasmikan Anugerah Buku Negara 2013 di Kuala Lumpur, Khamis. - FotoBERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu.

Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, katanya beliau juga tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.

"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.

"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.

Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara. - BERNAMA

CEC tidak diiktiraf, DAP cadang seret ROS ke mahkamah

Posted: 12 Dec 2013 04:25 AM PST

anthony loke


KUALA LUMPUR: Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) nampaknya begitu taat kepada perintah politik apabila terus giat menyerang Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kali ini, ROS menasihatkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat sebarang keputusan sehingga ROS selesai melakukan siasatan dan mengiktiraf pemilihan semula yang dijalankan pada Kongres Khas akhir September lalu.

Dalam satu surat yang diterima Ibu Pejabat DAP semalam, ROS menyatakan bahawa ia memerlukan pelbagai dokumen bagi meneruskan 'siasatan' terhadap DAP selain memberitahu CEC yang baru dibentuk bahawa pemilihan semula itu masih tidak diiktiraf.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu memberitahu bahawa permintaan dokumen oleh ROS itu tidak pernah terjadi dalam sejarah sejak penubuhan DAP.

Malah, menurut beliau, walaupun DAP bersedia memberi kerjasama bagi memenuhi permintaan ROS itu, parti itu juga tidak akan teragak-agak untuk mengheret ROS ke mahkamah bagi membantah tindakan yang bermotifkan politik dan tidak masuk akal.

Anthony berkata, saranan supaya CEC tidak membuat sebarang keputusan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana parti tidak mungkin boleh beroperasi dalam keadaan digantung tidak bertali.

"Adakah ahli CEC sampai tidak boleh menduduki Ibu Pejabat? Adakah Bendahari tidak boleh tandatangan cek untuk bayar gaji kakitangan?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Beliau turut membidas ROS dan menyoal sama ada United Malays National Organisation (UMNO) yang baru sahaja selesai pemilihan turut dikenakan layanan yang serupa sepertimana ROS melayan DAP.

"Adakah ROS akan menyuruh UMNO memberi salinan keseluruhan perwakilan yang hadir mengundi sebelum mengiktiraf Jawatankuasa Tertinggi UMNO?" soalnya. – Roketkini.com

Ancaman banjir, PBT Selangor bersiap sedia

Posted: 12 Dec 2013 04:23 AM PST

Oleh : NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Semua 12 Pihak Berkuasa Tempat (PBT) Selangor sudah diarah bersiap-siaga dan bersedia bagi menghadapi ancaman banjir.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata pihak Pejabat Daerah juga sudah mempersiapkan tempat penempatan sementara jika perlu.

teng chang kim

"Ini adalah bukti komitmen tinggi daripada kerajaan negeri bersama PBT untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana,"katanya.

Chang Khim berkata, kerajaan negeri lebih bersedia dengan program pencegahan banjir yang sudah dilaksanakan PBT dan kerja pencegahan juga berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan, sekali gus membuktikan kesungguhan PBT.

"PBT sudah melaksanakan pelbagai program pencegahan banjir seperti mendalamkan saliran dan kolam tadahan banjir. Parit dan longkang juga dibersihkan daripada halangan bagi memastikan aliran air lancar" katanya.

Serentak dengan itu, Skuad Pasukan Tindakan Segera Negeri Selangor (PANTAS) sentiasa dalam keadaan aktif untuk respon kepada aduan kecemasan.

"Skuad ini akan memainkan peranannya apabila dikerah untuk kerja kecemasan termasuk banjir. PANTAS ditubuhkan untuk memberi khidmat sokongan logistik, kepakaran dan kebajikan membantu operasi keselamatan polis, bomba serta agensi berwajib.-NFN-

Dr Mariah dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor 3

Posted: 12 Dec 2013 04:21 AM PST

SELANGOR KINI

 PAS-for-All


SHAH ALAM  : Badan Perhubungan PAS Selangor melantik Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 bagi menguatkan keyakinan rakyat Selangor terhadap kekuatan pimpinan PAS negeri

Sokongan Melayu Terhadap PAS Meningkat Dr Mariah.Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad, berkata gandingan pelbagai kepakaran dan latar belakang dalam saf kepimpinan PAS Selangor dilihat bertambah mantap untuk meyakinkan rakyat memilih PAS menerajui kerajaan negeri pada PRU14.

Beliau berkata, saf kepimpinan bagi sesi 2013-2015 melibatkan gandingan ulama, doktor, peguam, peguam syarie, arkitek, pendidik, ahli perniagaan dan aktivis masyarakat lapor Harakah Daily.

Menurut beliau, harapan rakyat terhadap PAS di Selangor begitu tinggi dan saf kepimpinan yang baru dilantik perlu memastikan agar harapan tersebut dapat direalisasikan.

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor telah melantik Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Adun Bangi yang juga YDP PAS Kawasan Serdang, Mohd Shafie Ngah sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dikekalkan sebagai Setiausaha Perhubungan sejak tahun 2010 manakala Exco Belia dan Infrastruktur Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Bendahari.

Jawatan Pengarah Pilihanraya kekal kepada Cikgu Jaafar Shamsuddin manakala Ketua Penerangan, Adun Templer, Zaidy Abdul Talib.

Badan Perhubungan PAS Selangor turut melantik Muhd Azeman Muhd Yunus sebagai Penolong Setiausaha 1; Khairulfahmi Matsom sebagai Penolong Setiausaha 2 dan Azri Mohd Arish sebagai Penolong Setiausaha 3.

FOMCA puji Selangor tawar bas percuma galak rakyat guna pengangkutan awam

Posted: 12 Dec 2013 04:16 AM PST

Oleh : Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memuji tindakan Kerajaan Selangor yang menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat di negeri itu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

FOMCA Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil pendekatan sedemikian jika mahu rakyat lebih banyak menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kesesakan trafik.

Katanya, tindakan Kerajaan Pusat menaikkan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan matlamat yang mahu menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan itu tidak akan tercapai.

Rabat bas Perantara

Malah, katanya, satu kajian menyeluruh juga perlu dijalankan supaya rakyat tidak berterusan terbeban dengan pelbagai kenaikan mutakhir ini.

"Salah satu faktor kenaikan itu adalah dengan alasan caj elektrik naik tetapi kerajaan perlu faham ia membabitkan kegunaan ramai pengguna, dulu minta perkhidmatan ini digunakan kerana harga minyak naik tetapi sekarang tambangnya juga naik.

"Dalam masa yang sama kerajaan mahu menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam tetapi bila berlaku kenaikan ini paras penggunaan perkhidmatan akan menurun seterusnya matlamat kerajaan itu tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Selain itu, Yusof berkata perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkat selaras dengan kenaikan tambang itu.

"Jangan sampai orang ramai tidak mahu gunakan langsung, jika tidak pastikan kadar kenaikan itu mampu dibayar oleh pengguna dan tidak membebankan mereka," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya diskaun atau subsidi bagi perkhidmatan awam diperkenalkan.

"Bagi perkhidmatan komuter, golongan berpendapatan bawah RM3,000 layak menerima diskaun, jadi insentif sebegini boleh diperluaskan kepada pengguna sistem aliran transit ringan (LRT) dan monorail, bagi diskaun kepada pengguna yang menggunakannya setiap hari," katanya.EZY

RM1.2 trilion aliran wang haram, PM patut letak jawatan – Rafizi

Posted: 12 Dec 2013 04:09 AM PST

Oleh : Norhayati Umor


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak didesak meletakkan jawatan ekoran jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi seterusnya membuktikan Najib tidak berupaya menjawat Menteri Kewangan.

rafizi duit 01

Gesaan itu dibuat oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ekoran Malaysia ketika ini menjadi 'juara dunia' korupsi dengan USD370.38 bilion (RM1.2 trilion) aliran wang haram ke luar negara antara 2002-2011 hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai.

Malaysia juga mencatatkan sejumlah RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2011, keempat paling teruk di dunia.

Rafizi berkata, laporan Global Financial Integriti (GFI) 'Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 hingga 2011′ iaitu Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 201 mengesahkan bahawa ada kaitan rapat di antara rasuah dan jumlah aliran wang haram yang keluar dari sesebuah negara.

"Ini adalah salah satu daripada kesimpulan paling utama yang dibuat di dalam laporan terkini yang dikeluarkan semalam. Dalam mukasurat (xi) laporan itu menyatakan bahawa "..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing.."

"Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisa empirikal data-data kewangan dari semua negara yang terbabit termasuklah Malaysia," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia (BNM) yang sebelum ini mempersoalkan kaedah yang digunakan.

Katanya, selepas menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan itu juga menyanggah kenyataan Kerajaan Malaysia BNM yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.

"Seterusnya, dengan jawapan dan kaedah baru yang diguna pakai oleh GFI, Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat oleh GFI.

"Jumlah-jumlah wang haram itu bertepatan dengan bukti-bukti semasa seperti yang rakyat semua tahu.

"Antaranya, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun melaporkan pelbagai perlakuan rasuah dan penyelewengan yang melibatkan wang rakyat tidak berkurang malah jumlahnya bertambah setiap tahun," katanya.

Rafizi berkata laporan urusniaga di luar negara seperti London juga mengesahkan terdapat pelbagai urusniaga mewah sejak kebelakangan ini.

Beliau menyifatkan kedudukan Malaysia di tangga ke empat tertinggi di dunia juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan selama 15 tahun berturut-turut.

"Oleh itu, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan kerana jumlah ini terlalu tinggi malah kedegilan Najib akan merencatkan kemajuan ekonomi negara seterusnya berterusan menekan rakyat," katanya.EZY

Wartawan Malaysiakini disekat buat liputan di KDN

Posted: 12 Dec 2013 04:07 AM PST

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM  : Wartawan Malaysiakini disekat daripada membuat liputan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya berhubung pendedahan isu Syiah melibatkan pemimpin Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini.

kini

 Menurut portal Malaysiakini, wartawannya serta kiniTV yang hadir ke Kompleks D1, Putrajaya hari ini diminta agar tidak naik ke sesi taklimat dan sidang media oleh ketua setiausaha KDN petang ini dengan alasan arahan menteri.

Penyambut tetamu di lobi pintu masuk KDN berkata, larangan ke atas Malaysiakini bermula sejak Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi memegang jawatan berkenaan.

Malaysiakini juga tidak dibenarkan membuat liputan di Kementerian Pertahanan pada zaman pentadbiran Ahmad Zahid di situ sebelum ini.

Ini sama sekali berbeza dengan zaman jawatan menteri dalam negeri dipegang Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Malaysiakini malah dibenarkan membuat liputan program di Kementerian Pertahanan yang dipegang Hishamuddin selepas pilihan raya umum lalu.

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh dan naib presiden Umno itu juga dilihat beberapa kali 'berseteru' dengan portal itu termasuk memberi 'amaran' kepada wartawan Lawrence Yong untuk tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dalam sidang media dua bulan lepas.

Sebelum ini, seorang wartawan meja bahasa Cina Malaysiakini turut dihalang dari membuat liputan di bangunan itu.

Selangor, SPAN jalin kerjasasama, pastikan air bersih cukup

Posted: 12 Dec 2013 04:03 AM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa bekalan air bersih di negeri itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya mencukupi sehingga tahun 2016.

Jaminan itu diberikan apabila Kerajaan Negeri sebelum ini sudah pun melaksanakan program mitigasi air untuk menambah kapasiti bekalan air terawat bagi menampung permintaan pengguna sehingga sekurang-kurangnya sebelum Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan.

MB Pc EXCO 13FEB 2013 01
 
Justeru itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor meminta agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempertimbangkan semula permohonan untuk meluluskan pembangunan di Selangor.

"Kerajaan Selangor dan SPAN bersetuju untuk bekerjasama bagi menyelesaikan masalah pembangunan tertangguh yang melibatkan 878 projek baharu yang ditolak atas alasan kekurangan bekalan air.

"Kata sepakat untuk berkerjasama ini dibuat selepas satu mesyuarat yang diadakan pada 3 Disember lepas di mana perwakilan SPAN telah diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teo Yen Hua," Kata Abdul Khalid selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Katanya lagi, dalam mesyuarat itu SPAN menyatakan kesediaan bagi mempertimbangkan semula semua permohonan merancang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ditangguhkan ekoran pandangan dan unjuran yang diperolehi SPAN menunjukkan akan berlaku kekurangan bekalan air selepas projek terbabit disiapkan.

Sebagai balasan kepada SPAN, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi indemniti ke atas sebarang tindakan atau tuntutan ganti rugi oleh pemaju ke atas SPAN akibat dari ketidakupayaan Kerajaan Negeri membekalkan air dalam kuantiti dikehendaki pemaju.

"Aku janji ini berkuat kuasa sehingga 30 Jun 2014 namun tidak terpakai sekiranya kegagalan membekal air adalah berpunca dari ketidakupayaan dan kecuaian operator air serta kegagalan agensi perakuan yang dilantik SPAN untuk bertindak secara profesional," kata Abdul Khalid lagi.

SPAN juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang dalam proses mengambil alih industri perkhidmatan air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melalui surat bertarikh 9 September 2013 mengarahkan agar perkara ini dimuktamadkan sebelum atau pada 31 Disember 2013.
-EZY

Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman

Posted: 11 Dec 2013 04:17 PM PST

KELAB GREENBOC
 
 
Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.

Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.

"Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan," kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim.

Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.

Mahkamah Rayuan sahkan Hamidah fitnah Khalid

Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan.

Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid.

Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib.

Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut.

[Perenggan 8]

"Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini."

[Perenggan 12]

"Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS."

[Perenggan 18]

"Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini."

Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013.

Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid.

Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org.

[PANAS] JPM Arah Astro Awani Buang Artikel Mengenai Rosmah

Posted: 11 Dec 2013 04:15 PM PST


KELAB GREENBOC


Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.

Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.

Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.

Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.

Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.

"Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya.

Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.

Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).

Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.

Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.

Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. -TMI

ULASAN GB

Selepas tersiarnya tulisan A.Kadir Jasin di balam blognya The Scribe, beberapa portal telah meyiarkan semula tulisan tersebut diantaranya The Malaysian Insider dan astro awani.

Lazimnya artikel The Malaysian Insider akan menjadi perhatian untuk GB ulas semula, namun pada hari berkenaan, tergerak hati GB untuk memilih menyiarkan tulisan di astro awani. Boleh baca di SINI.

Apa sebabnya GB memilih tulisan di astro awani dan bukan The Malaysian Insider mengenai isu ini? Kerana sukar sekali untuk melihat astro awani menyiarkan tulisan yang kritikal berbanding The Malaysian Insider atau malaysiakini atau harakahdaily.

Apabila astro awani berani menyiarkan semula tulisan A.Kadir Jasin tersebut, GB mendapati wujudnya fenomena suara dari silent majority yang mengesahkan rakyat telah meluat dengan sikap Najib yang membela perlakuan melampau isterinya Rosmah Mansor. Jika tidak masakan astro awani sendiri turut sama di dalam penyiaran semula tulisan wartawan terbilang itu.

Kini JPM pula kelam kabut memandai-mandai arahkan astro awani buang artikel berkenaan. Ya, astro awani terpaksa patuh, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak akan dapat ditolak lantarannya. Bahawa sememangnya semakin hari semakin ramai yang menyedari perbuatan melampau Rosmah Mansor. Ingat, yang menulis artikel itu bukan calang orang. A.Kadir Jasin, bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times. Bukan Sakmongkol, MSO, Aspan, Shahbudin atau tukartiub yang sememangnya telah diketahui sentiasa melemparkan pandangan yang kritikal terhadap isu semasa. Yang menyiarkan semula ialah astro awani. Bukan juga oleh KiniTV atau TVPAS!

Apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai JPM yang memaksa astro awani keluarkan tulisan itu tidak akan sekali-kali memadam rasa meluat rakyat terhadap isteri PM tersebut. Dan apa yang GB katakan dulu, Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah semakin hampir menjadi kenyataan.

p/s Sekalipun artikel itu telah dibuang dari portal astoawani ia tetap boleh diakses di google cache. Itu kebebalan pegawai di JPM tentang sistem dan teknologi maklumat.

Sama juga dengan kes dengan Hamidah Osman yang disaman Khalid Samad. Mahkamah Rayuan memutuskan memang sah Hamidah telah memfitnah Khalid. Sekalipun Hamidah telah membuang artikel berkaan ia tetap boleh diakses siap dengan gambar fitnah itu melalui webarchive.

Siapa Sudah Sembunyikan Amir Bazli Yang Ditumbuk Zahid Hamidi?

Posted: 11 Dec 2013 04:14 PM PST

KELAB GREENBOC


Peguam Karpal Singh menggunakan rangkaian politik untuk mengesan anak guamnya, Amir Bazli Abdullah yang masih terikat dengan kes tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyerangnya.

Amir Bazli, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, gagal menghadirikan diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk prosiding kesnya di hadapan hakim hingga menyebabkan peguamnya bimbang di mana ahli perniagaan itu berada kini.

Pengerusi DAP itu turut mendapatkan bantuan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu untuk mencari Amir Bazli.

Karpal berkata, beliau mendapatkan bantuan Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu kerana ahli politik itu mempunyai rakan dan ahli parti yang mungkin tahu di mana anak guamnya berada.

"Beliau berjanji untuk menghubungi beberapa rakannya dan ahli parti untuk mengesan anak guam saya yang perlu hadir di mahkamah hujung bulan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mohamed memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah mengarahkan beberapa rakan untuk mencari di mana ahli perniagaan itu berada kini, berdasarkan kepada alamat terakhirnya.

Amir Bazli sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk memaklumkan kepada Hakim Vernon Ong mengenai terma penyelesaian kes membabitkan dirinya dan Ahmad Zahid.

Karpal terdahulu sudah menghantar surat berdaftar menerusi Pos Malaysia dan satu lagi nota menerusi firma kurier tetapi tidak mendapat balasan daripada Amir Bazli.

"Saya diberitahu bahawa tidak ada orang berkenaan di alamat itu. Amir Bazli juga tidak dapat dihubungi menerusi telefon bimbitnya," katanya.

Peguam veteran itu berkata, sebelum 18 Julai, Amir Bazli boleh dihubungi dengan mudah menerusi telefon bimbit dan akan datang ke firma guamannya dalam tempoh singkat apabila diberitahu.

Karpal memohon penangguhan terakhir dan mahkamah membenarkannya. Hakim menetapkan 31 Disember ini dan berharap Amir Bazli akan hadir di mahkamah.

"Saya sudah meminta peluang terakhir dengan harapan dapat mengesan Amir Bazli dan jika gagal, mahkamah mungkin akan membatalkan tuntutan samannya terhadap defendan (Ahmad Zahid)," katanya.

Bulan lalu, Karpal menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuka semula tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid berikutan proses pengantaraan berjalan tanpa kehadiran peguam.

Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail yang juga hakim mahkamah sesyen di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Sejurus selepas proses pengantaraan selesai, kedua-dua pihak mendakwa isu saman itu sudah diselesaikan tetapi peguam mereka tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.

Rohani didakwa memberitahu kedua-dua pihak untuk merahsiakan terma penyelesaian.

Karpal bagaimanapun tidak menerima penyelesaian itu berikutan tuntutan saman Amir Bazli sudah ditetapkan untuk perbicaraan pada Ogos.

Amir Bazli terus menghilangkan diri selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.

Karpal berkata, beliau tidak gembira kerana tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan pengantaraan itu dan berkata, "duluan berbahaya belum terbuka".

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi perlu dimaklumkan mengenai apa yang berlaku dalam proses pengantaraan itu walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.

"Biar dia (Amir Bazli) datang sendiri ke mahkamah dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia gembira dengan terma penyelesaian itu, biar ia direkodkan untuk membolehkan kes itu ditutup. Jika tidak, tarikh baru perbicaraan akan ditetapkan," katanya.

Selepas pelaksanaan pengantaraan itu, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Amir Bazli memohon maaf kepadanya dan beliau juga memaafkan ahli perniagaan itu kerana menuduhnya.

Amir Bazli memfailkan tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 menuduhnya yang pada ketika itu memegang jawatan timbalan menteri menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights Kajang, Selangor.

Beliau berkata, Ahmad Zahid juga mengugut untuk membunuhnya dan beliau dikurung secara salah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Ahmad Zahid menafikan tuduhan itu dan berkata Amir Bazli mereka-reka keseluruhan cerita itu.

Beliau kemudian memfailkan tuntutan balas menyatakan beliau dimalukan dan mengalami trauma secara emosi akibat tuduhan Amir Bazli itu.

Amir Bazli turut membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada tindakan diambil oleh pendakwa raya hingga mendorong ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan saman.

Black 505 di Padang Merbok, bukan Masjid Ar Rahman – Peguam

Posted: 11 Dec 2013 04:12 PM PST

Ainuddin Othman


KUALA LUMPUR : Peguam Eric Paulsen berkata, lima aktivis mahasiswa dan tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak melakukan kesalahan kerana himpunan diadakan di Padang Merbok dan bukannya di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.

"Tiada kesalahan yang dilakukan kerana perhimpunan di Padang Merbuk dan bukannya di masjid.
"Pihak pendakwaan salah faham kerana masjid itu adalah salah satu daripada berpuluh-puluh tempat pertemuan sebelum perhimpunan tersebut," kata Eric Paulsen (gambar)

Eric.Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily selepas perbicaraan kes peserta himpunan Black 505 di bawah Seksyen 4(2b) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Antara didakwa termasuk Timbalan Ketua AMK Malaysia, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Yunus, Ketua AMK Terengganu, Al Faizal Amjed dan aktivis mahasiswa Adam Adli.

yusmadi yusofSeorang lagi peguam mereka, Yusmadi Yusoff  memberitahu, kes itu penting untuk menilai Akta Perhimpunan Aman yang baru diwujudkan pada 2012.

"Mahkamah sendiri hari ini secara terbuka mengakui tidak begitu mahir dengan akta ini.

"Apa yang lebih penting kita hendak lihat pihak bertanggungjawab mengemukakan bukti-bukti yang kukuh sama ada menggalakkan perhimpunan ataupun mengekang perhimpunan.

Tambah Yusmadi, keputusan mahkamah terutamanya berkaitan larangan 50 meter had larangan himpunan penting kerana Seksyen 4(2b) PAA pertama kali dibawa ke mahkamah.

"Keputusan yang dibuat nanti akan jadi panduan untuk himpunan seterusnya pada masa akan datang," katanya.

Hakim Mahkamah Kuala Lumpur, Mat Ghani Abdullah menetapkan perbicaraan disambung pada Jumaat, 13 Disember ini.

Tekanan terhadap kita wajar diambil dengan positif, jangan merungut tak menentu

Posted: 11 Dec 2013 04:05 PM PST

ASPAN ALIAS


Keadaan politik semakin hari semakin rumit walaupun telah melalui pemilihan dalam pilihanraya yang lalu. Tidak ada perkara yang tidak dipertengkarkan dan tidak ada pula penyelesaiannya sehingga hari ini. Kita mengharapkan selepas sahaja pilihanraya yang lalu semuanya akan kembali teratur dan tidak menyemakkan pemikiran orang ramai lagi. Tetapi ia masih menjadi masalah kerana semua pihak menjadikan semua perkara sebagai masalah.

Tiada satu pihak pun yang berasa aman kerana setiap hari ada sahaja isu yang berbangkit dan menjadi polimik politik rakyat. Kita mesti memahami yang hidup kita bermasyarakat. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak boleh bebas dalam semua hal kerana kita perlu memahami perasaan semua pihak dan tidak boleh melakukan semua perkara sesuka hati.

Negara kita telah diabaikan sebegitu lama kerana menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal yang dianggap satu-satunya cara untuk 'nation building'. Apabila terbangun bangunan yang tinggi-tinggi dan jambatan yang panjang-panjang itu dianggapnya mencukupi untuk membangunkan sesebuah negara.

Pembangunan insan yang berkualiti diabaikan, perhubungan diantara kaum bukan sahaja dibiarkan merosot malahan isu perkauman dimainkan kerana politik bangsa-bangsa mereka sendiri yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak yang bertentangan. Pihak yang memerintah pula memainkan isu perkauman untuk menuntut bangsanya bersatu dan sentiasa menakut-nakutkan orang Melayu tentang bahayanya 'invasions' bangsa lain dalam ekonomi dan politik.

Di pihak yang lain dari pembangkang pula tidak bercakap secara terbuka memainkan isu perkauman mereka tetapi memainkannya dengan senyap untuk mengaut segala-galanya melalui tindakan halus yang sangat merbahaya dan menakutkan bangsa lain. Mereka tidak mahu mengikut semangat kebangsaan negara dan tidak mengikuti dalam membina  semangat perpaduan yang akan menyatukan negara sebagai matlamat 'ultimate' kita semua.

Khairy telah menyebutnya dalam ucapan beliau dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini yang menuduh syarikat-syarikat bukan Melayu tidak gemar mengambil bangsa Melayu sebagai kakitangan pengurusan syarikat mereka. Syarikat-syarikat ini menyekat penglibatan orang Melayu dalam 'conglomerates' mereka dengan menekan kemahiran berbahasa mandarin sebagai syarat untuk berkerja dalam syarikat mereka. Kita boleh melihat buktinya jika kita meneliti iklan-iklan peluang perkerjaan dalam akhbar-akhbar tempatan kita.

UMNO tidak mengambil perhatian dalam isu ini, dan tidak ramai pun yang sedar tentang berlakunya perkara sebegini dalam negara kita, dan ini adalah satu fenomena baru dalam industri pekerjaan-pekerjaan di negara ini.

UMNO sepatutnya menjadikan tindakan negatif bangsa bukan Melayu ini sebagai cabaran dan mengusahakan dalam membentuk dasar yang boleh membina bangsa Melayu yang diperjuangkannya dengan menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa yang wajib lulus atau setidak-tidaknya menjadi mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua bangsa termasuk bangsa Melayu disamping mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

UMNO sepatutnya menerima ini sebagai cabaran dan untuk kebaikan bangsa Melayu yang lebih progresif dari memendam rasa sedih dan pilu kerana 'apa yang orang Cina buat kepada mereka'. Tidak berhenti memekik tetapi tidak pula mahu menambah kekuatan dengan ilmu tambahan seperti memahirkan diri berbahasa Mandarin ini.

Walaupun tindakan kaum itu boleh diandaikan sebagai 'insubordination' terhadap dasar kerajaan negara kita, orang Melayu pimpinan UMNO wajar mengambilnya sebagai cabaran untuk kebaikan bangsanya sendiri bukanya mundar mandir dengan marah-marah.

Apa yang disebut Khairy dalam Perhimpunan itu ada kebenarannya yang jelas. Tetapi Khairy mesti berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai peluang untuk memperbaiki orang Melayu, khususnya yang muda-muda untuk meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bahasa Mandarin ini.

Orang muda mungkin tidak melihat bagaimana orang Cina sangat tidak berpuas hati apabila bahasa Melayu ini dijadikan bahasa wajib dalam sekolah-sekolah kebangsaan dan menjadi syarat lulus untuk mendapatkan sijil persekolahan mereka. Tetapi dalam mereka tidak berpuas hati mereka mengambil cabaran ini dan dalam masa kurang dari sedekad anak-anak muda bangsa Cina telah mahir dalam bahasa Melayu dan telah menyaingi malahan melebihi pencapaian dalam bahasa Melayu ini dari orang melayu sendiri.

Cucu saya sendiri mengambil 'tuition' bahasa melayu dengan seorang guru dari bangsa Cina. Inilah cabaran bagi orang Melayu untuk bersaing bukannya untuk merungut dan merasa rendah diri sehinggakan memekik kehulu kehilir memainkan sentimen perkauman yang menebal.

Kita belajarlah secara beransur-ansur dan tidak perlu bergegas jika tiada kemampuan untuk bergegas itu. Kata orang tua-tua, 'kerja beransur tidak bertahan'. Ia akan tetap mendapat kejayaan.

Kepada mereka yang berebut-rebut hendak kuasa itu, buatlah kerja dan penuhi tanggungjawab setelah mendapat kuasa dan tempat yang tinggi itu. Jangan pula menjadi dedalu yang hanya hidup diatas kesusahan dan pengorbanan orang lain.

Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki

Posted: 11 Dec 2013 04:03 PM PST




 
 Mama Rina


KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF-6) Hairina Abd Halim mengakui berasa terkilan apabila tidak lagi mendapat undangan nyanyian sejak setahun lalu.

Hairina atau lebih mesra dengan sapaan Mama Rina, 50, berkata, akibat keadaan itu dia terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu melunaskan ansuran bulanan.

"Sekarang ini jika ada apa-apa undangan saya akan menaiki bas dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur kerana tidak lagi mempunyai kereta.

"Undangan nyanyian juga tidak serancak dahulu malah sejak setahun lalu saya tidak lagi menerima sebarang tawaran nyanyian," katanya kepada mStar Online.

Mama Rina ditemui selepas majlis memperkenalkan enam peserta akhir pertandingan Bintang Nostalgia di Angkasapuri di sini, Rabu.

Acara itu bakal berlangsung pada 16 Disember ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri pukul 9 malam. Ia bakal disiarkan menerusi TV1.

 
Mama Rina ketika membuat persembahan dalam rancangan Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008.

Mama Rina merupakan seorang ibu tunggal dan peserta paling tua menyertai AF-6 pada tahun 2008 ketika usia 45 tahun.

Dalam perkembangan sama, nenek kepada dua orang cucu ini berkata, istilah berputus asa tidak pernah wujud dalam dirinya biarpun karier nyanyiannya semakin malap.

Jelasnya, bidang nyanyian sudah sebati dalam dirinya dan akan terus berusaha selagi diterima peminat.

"Hampir tiga puluh tahun saya menyanyi dan ia tidak akan dilupakan begitu sahaja.

"Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tetapi saya tidak akan berputus asa selagi ada peminat," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penyertaannya dalam pertandingan Bintang Nostalgia 2013, Mama Rina menjelaskan dia mahu menggunakan platform tersebut untuk memperkenalkan kembali namanya.

Bagaimanapun katanya, lagu-lagu nostalgia yang menjadi pertaruhan menerusi pertandingan itu turut menarik minatnya untuk mencuba.

"Sebelum ini saya sudah membawakan pelbagai genre lagu seperti rock, balada dan tradisional tetapi lagu-lagu nostalgia belum pernah saya cuba.

"Selain ingin memperkenalkan kembali nama dalam bidang nyanyian saya mahu mencabar diri dengan muzik-muzik nostalgia," katanya.

Bagaimanapun kata Mama Rina, dia tidak mengharapkan gelaran juara namun bersyukur jika ia menjadi miliknya.

Juara pertandingan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM13,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diberikan RM9,000 dan RM7,000.

Manakala sagu hati akan menerima wang tunai bernilai RM3,000.

Adun Pinang Tunggal Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Posted: 11 Dec 2013 03:59 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Roslan Saidin.


GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang pada Rabu merujuk Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan perkataan 'rasis' dalam ucapannya semasa persidangan DUN Julai lepas.

Speaker, Datuk Law Choo Kiang membuat keputusan itu selepas usul yang dibawa oleh Soon Lip Chee (DAP-Jawi) diterima semua wakil rakyat pakatan pembangkang dalam persidangan DUN pada Rabu.

Soon semasa membentangkan usul itu berkata, Roslan wajar dihadapkan ke jawatankuasa tersebut memandangkan siasatan Kementerian Kesihatan mendapati isu doktor rasis tidak wujud, sekali gus membawa imej buruk kepada penjawat awam.

Pada persidangan Julai lepas, Roslan dalam ucapannya mendakwa tiga doktor iaitu dua di Hospital Seberang Jaya dan seorang di Hospital Kepala Batas telah bersikap rasis kerana enggan memberi rawatan kepada pesakit yang berbeza bangsa dengan mereka.

Sementara itu, Roslan ketika ditemui pemberita kemudian berkata beliau akancuba membawa pesakit yang mengadu kepadanya berhubung hal tersebut apabila berdepan jawatankuasa berkenaan kelak.

Beliau juga menafikan mengeluarkan perkataan rasis sebaliknya mendakwa perkara itu diapi-apikan oleh wakil rakyat pakatan pembangkang. - BERNAMA

Insiden 'Banana Boat': MB N.Sembilan Kesal Kurang Penguatkuasaan Aktiviti Pantai

Posted: 11 Dec 2013 03:52 PM PST





Mohamad Hasan.


SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kesal terhadap kurangnya penguatkuasaan di pantai popular di Port Dickson berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan dalam satu insiden ketika menaiki 'banana boat'.

Menteri Besar berkata, tiba masanya agensi-agensi berkaitan untuk melakukan tindakan bersama bagi memastikan para pengendali sukan air dan bot mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan.

"Jika agensi penguatkuasaan mendapati adalah sukar untuk hadir di pantai bagi menguatkuasakan undang-undang, mungkin saya perlu melakukannya sendiri.

"Mungkin agensi penguatkuasaan mahu Menteri Besar hadir di tempat-tempat ini untuk menjalankan penguatkuasaan," katanya dengan nada kesal kepada para pemberita.

Mohamad berkata, kanak-kanak itu, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham masih hidup sehingga ke hari ini sekiranya kedua-dua pengendali dan ibu bapanya memberikan perhatian terhadap keselamatan.

Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya dan tujuh penumpang lain di atas 'banana boat' apabila pengendali bot itu melakukan 'stunt' menyebabkan semua penumpang jatuh ke laut.

'Banana Boat' antara aktiviti pantai yang digemari. - Gambar sekadar hiasan.
 
Nur Hannan terpaksa diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut sebelum kembali sedar tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Sejak insiden itu, The Star dihujani dengan banyak panggilan daripada orang ramai mengenai penguatkuasaan yang tidak cekap di kawasan pantai popular di bandar resort itu.

Satu pemeriksaan dengan Jabatan Marin mendedahkan bahawa pegawai-pegawainya hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengusaha bot, manakala lesen untuk jet ski dan aktiviti sukan air di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

MPPD bagaimanapun masih belum memberi maklum balas kepada The Star.

Mohamad berkata, beliau akan mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk membatalkan lesen mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

"Pengendali boleh menawarkan aktiviti sukan air tambahan untuk menambah pendapatan mereka. Tetapi jika mereka akan membahayakan nyawa pelancong, maka kita perlu bertindak," katanya.

Tiada ulasan: