DIALOG RAKYAT |
- Zahid Yang Terlondeh Sebelum Sempat Dedah Hal Mat Sabu
- Saya ada di Pahang sejak usul ditolak hingga kini, kata Ahli Parlimen Kuantan
- Mahkamah Rayuan berpihak MP Shah Alam dalam kes saman terhadap Hamidah Osman
- Rezeki pengawal keselamatan melimpah selepas dimaki isteri Mat Yo
- Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik
- Kerajaan digesa kurangkan kadar tol atau berdepan protes rakyat
- Bantuan bencana alam masuk poket siapa?
- Syiah: Mohamad Sabu tunggu pendedahan Zahid
- Banjir: Pemuda DAP Selangor hantar bantuan ke Pahang
- 2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu
- Tolonglah, bukan salah Rosmah!
- Jika Syiah menipu, nasionalis sekular apa kurangnya?
- Khir Toyo mohon maaf fitnah Teresa Kok
- Muhyiddin ‘bisu’ kerana tidak ada rancangan lonjak pencapaian Malaysia dalam PISA 2021
- Naikkan denda maksimum rasuah kepada penjara seumur hidup
- Anak Lelaki Bekas Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
- Keadaan Banjir Di Johor, Kelantan Semakin Pulih, Terengganu Tidak Berubah MTAR
- Rusuhan Di Singapura: Warga Malaysia Dibebaskan, 24 Lagi Didakwa
- Tragedi Highland Towers: Musa Imbau Kisah Kehilangan Anak & Menantunya
- Umno Dan PAS : Payah Sangatkah Hendak Bermuzakarah ?
Zahid Yang Terlondeh Sebelum Sempat Dedah Hal Mat Sabu Posted: 10 Dec 2013 04:24 AM PST KELAB GREENBOC Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak gentar dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan fahaman Syiah. Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah. Timbalan Presiden PAS itu berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan parti Islam itu baru-baru ini. "Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui The Malaysian Insider, malam tadi. Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987. "Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia," katanya merujuk kepada Ahmad Zahid. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Semalam, Ahmad Zahid berkata, beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat dengan fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat. Katanya, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya. Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah. "Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? "Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab berbeza. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. "Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. Jamil Khir berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah. Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis. "Elok tanya Zahid. Elok tanya polis," katanya. -TMI
ULASAN GB Dulu tuduh Mat Sabu agen komunis, sekarang Syiah... apa ada heran Mat Sabu pada itu semua? Nak dedah dedahlah... kita nak tengok juga apa yang Zahid nak dedahkan. Nak tengok kot-kot jika ada video tunjuk Mat Sabu tenyeh dahinya di batu sewaktu sujud... atau ada rakaman pernikahan mut'ah dengan perempuan lain... Yang di bawah ini ajaran Islam jenis apa pulak yang mengizinkan sentuhan dengan bukan-mahram wahai Zahid? Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Belum sempat kamu rencanakan pendedahan terhadap tuduhan palsu kamu, Tuhan mendedahkan dahulu untuk menunjukkan siapa sebenarnya kamu! | ||
Saya ada di Pahang sejak usul ditolak hingga kini, kata Ahli Parlimen Kuantan Posted: 10 Dec 2013 04:20 AM PST "Saya berada di Pahang semenjak dari usul darurat saya ditolak," demikian kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (gambar) sekaligus menjawab tuduhan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil yang mendakwa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu langsung tidak kelihatan menghulurkan bantuan ketika kawasannya mengalami banjir teruk. Fuziah menyifatkan dakwaan Sharizat itu sebagai agenda politik Barisan Nasional (BN) yang cuba menjatuhkan namanya hanyalah demi menutup kelemahan kerajaan pusat yang lambat bertindak menghantar bantuan. "Saya berada di Pahang bermula dari hari usul saya ditolak di Parlimen iaitu pada Rabu 4 Disember lalu. Sehingga kini saya tidak pernah keluar dari negeri itu langsung. "Dan apa yang diperkatakan Sharizat pada saya itu cuma mainan politik kerana ada yang mengadu pada saya bahawa mereka (BN) apabila memberi bantuan selalu bertanya mana wakil rakyat yang kamu pangkah. "Namun, saya tidak terasa hati kerana mangsa-mangsa banjir di sini tahu siapa yang bersama mereka," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Malah katanya, media arus perdana seperti menidakkan kehadirannya walaupun beliau antara wakil rakyat yang cergas dalam operasi menolong mangsa banjir. "Saya fikir ia mungkin ada kaitan arahan dari pihak tertentu yang tidak mahu menghebohkan kehadiran saya. Sebab itu Sharizat begitu berani menuduh saya tidak berada di kawasan saya sendiri," katanya. Fuziah, pada masa sama, menyelar kerajaan pusat lambat menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat sehingga menyebabkan keadaan bertambah parah. Menurut beliau, tindakan kerajaan pusat itu seolah-olah seperti bersikap balas dendam ke atas rakyat yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. Tambahnya, selain lambat bertindak, sebenarnya kerajaan pusat masih belum bersedia menangani bencana banjir besar di negara ini. "Isu yang paling penting adalah kerajaan masih dilihat tidak cekap menguruskan situasi untuk mangsa banjir. Sebagai contoh, bekalan mentah untuk memasak banyak namun tidak boleh diguna kerana peralatan tidak mencukupi. "Begitu juga dengan masalah penerimaan bantuan kerana sebahagian sekolah tidak digazetkan, maka ia tidak berada dalam senarai berdaftar. Kenapa perlu dilihat berdaftar atau tidak kerana ia melibatkan nyawa manusia," katanya. Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang datang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan. "Saya memang kecewa usul darurat saya ditolak kerana saya mahu apabila diisytiharkan maka bantuan akan dapat digerakkan dan tumpuan akan diberikan sepenuhnya. "Biarpun ditolak, akhirnya ia membuka mata kepada semua rakyat di negara ini yang bersimpati dan beramai-ramai hadir menjadi sukarelawan membantu dari segi tenaga dan menghulurkan sumbangan," katanya. Jumaat lalu Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengecam Ahli Parlimen Kuantan itu yang didakwa tidak berada di kawasan yang dilanda banjir tidak seperti pemimpin Umno lain. "Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang? "Wanita Umno ingin bertanya mana Ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," kata Sharizat semasa menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Beliau turut menyelar beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno. Shahrizat berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir. "Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir. | ||
Mahkamah Rayuan berpihak MP Shah Alam dalam kes saman terhadap Hamidah Osman Posted: 10 Dec 2013 04:13 AM PST Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad (gambar) terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib. Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid. "Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan," kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim. Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim. Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah. Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah. Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan. Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010. Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad. | ||
Rezeki pengawal keselamatan melimpah selepas dimaki isteri Mat Yo Posted: 10 Dec 2013 04:08 AM PST Dulu dia hanya seorang pengawal keselamatan. Namun selepas dimaki isteri pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, rezeki kini melimpah ruah. Azman Mohd Nayan yang lebih dikenali sebagai Pakcik Azman, berubah nasib setelah video dirinya dimaki hangat disebarkan melalui laman sosial dan sifat sabar beliau menangani kejadian itu telah dipuji ramai. Dalam kejadian yang berlaku 12 September lalu, Azman menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan larangan. Ekoran itu, isteri Mat Yo memaki hamun beliau dan video rakaman kejadian itu disebar kuat dalam laman sosial. Setelah video itu menjadi perbualan warga internet, hidup Azman kini ibarat selebriti yang diburu produk. Produk kesihatan yang mengambilnya menjadi duta itu merupakan kopi Tongkat Ali yang masih baru dalam pasaran. Menurut laman web remaja Beautiful Nara, produk ini sangat bersesuaian dengan kerjaya Azman yang sentiasa memerlukan tenaga. Selain menjadi duta produk, Azman juga sebelum ini telah muncul di dalam drama TV9 yang turut dilakonkan pelakon-pelakon terkenal seperti Ridzuan Hashim dan Norman Hakim. | ||
Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik Posted: 10 Dec 2013 04:06 AM PST Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri. Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini. Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri. Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini. Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut. Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan. "Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab. "Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya. Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi. Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara. Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak). Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa. Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri. Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. | ||
Kerajaan digesa kurangkan kadar tol atau berdepan protes rakyat Posted: 10 Dec 2013 03:55 AM PST KUALA LUMPUR- DAP meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada rakyat bahawa kadar tol Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) tidak akan dinaikkan. Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, ia perlu diberikan berikutan janji kerajaan di Parlimen untuk mencari jalan mengurangkan kadar tol dan kesesakan lalu lintas di lebuhraya itu. Menurutnya, jika kerajaan tidak menunaikan janji itu, satu siri protes akan dilancarkan di Puchong. "Kerajaan perlu tunaikan janji. Kurangkan tol, bukan naikkan. Jika tidak, satu siri protes akan dilancarkan untuk menuntut pengurangan kadar tol. "Sudah tiba masanya untuk mengingatkan kerajaan bahawa kami sememangnya serius mengenai perkara ini dan mereka tidak boleh secara sesuka hati melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan rakyat," katanya dalam kenyataan. Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP menegaskan walaupun Najib dan kerajaan sering mendakwa bersimpati dengan beban kewangan rakyat, namun tindakan sebaliknya yang dilakukan mereka. Tegas Gobind, Najib pada 28 November dua tahun lalu menyatakan sejajar dengan konsep 1Malaysia pihaknya sudah meminta syarikat konsesi tol membuat kajian semula struktur tol masing-masing untuk membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan beban rakyat. Beliau menambah, demi mendapatkan sokongan ramai sebelum PRU lalu, Najib juga mengumumkan tidak ada kenaikan tol akan dikenakan di lebuhraya tertentu seperti Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL). "Kini sebaliknya pula yang terjadi. Ia tidak masuk akal untuk menaikkan kadar tol di saat kita melihat satu peningkatan besar jumlah trafik di lebuhraya, ini sekaligus bermaksud koleksi lebih besar diperoleh syarikat konsesi. "Kerajaan perlu menjelaskannya. Apakah justifikasi untuk kenaikan ini? Tidakkah harga kadar tol perlu diturunkan apabila jumlah trafik meningkat? "Kerajaan seharusnya sedar ramai rakyat terjejas akibat kos hidup yang semakin meningkat terutama di Lembah Klang. Usahlah tambahkan lagi beban mereka," ujarnya.-Roketkini.com | ||
Bantuan bencana alam masuk poket siapa? Posted: 10 Dec 2013 03:53 AM PST Yang terbaharu, Khazanah Nasional Berhad akan menyumbang RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis perasmian Hotel Traders, Puteri Harbour. Sebelum ini sudah beberapa syarikat korporat yang turut menyumbang untuk membantu mangsa banjir. Sehingga kini belum ada jumlah rasmi keseluruhan sumbangan ini. Saya percaya jumlah yang diterima tentunya besar, maklumlah keuntungan tahunan syarikat-syarikat ini bukan sedikit jumlahnya. Malah TNB juga memperoleh berbillion ringgit. Namun, saya sedikit musykil tentang dana yang dikumpulkan ini. Setiap kali kali berlaku bencana alam – banjir, tanah runtuh dan sebagainya – bantuan yang diterima berjumlah jutaan ringgit. Namun soal pengagihan tidak pernah didedahkan kepada umum. Sebagai contoh kejadian banjir yang berlaku sekarang, dari segi bantuan masih jauh daripada mencapai tahap terbaik. Sedangkan sumbangan yang di terima oleh kerajaan begitu banyak. Namun yang kelihatan terkehadapan dalam membantu mangsa banjir ialah sukarelawan badan bukan kerajaan dan individu tertentu. Apakah pemimpin kerajaan khususnya dari Umno-BN masih dibuai mimpi dan lena tertidur dalam kesejukan? Saya bimbang, pengumuman sumbangan yang berjuta ringgit ini hanyalah mainan untuk menyejukkan bahang kemarahan mangsa banjir? Yang lebih mengharukan, kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan wang tunai sekitar RM500 kepada mereka yang layak. Sedangkan jika sebahagian wang tunai yang diderma dibahagikan kepada semua mangsa, mereka boleh menerima ribuan ringgit setiap orang! Saya sebenarnya cuba mengelak bersangka buruk, namun agak sukar. Hal ini kerana, ke manakah baki wang bantuan tersebut disimpan? Atau masuk poket siapa? Saya timbulkan isu ini kerana setiap kali berlaku bencana alam kita terpaksa bermula dari kosong semula. Sepatutnya kita telah ada tabungan atau lebihan dari kutipan sebelumnya dan boleh digunakan serta merta apabila berlaku bencana. | ||
Syiah: Mohamad Sabu tunggu pendedahan Zahid Posted: 10 Dec 2013 03:05 AM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dalam fahaman Syiah. Mohamad berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan PAS baru-baru ini. "Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya dipetik The Malaysian Insider. Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987. "Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia," katanya merujuk kepada Ahmad Zahid. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Semalam, Ahmad Zahid berkata, beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat dengan fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat. Katanya, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya. Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah. "Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? "Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab berbeza. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. "Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. Jamil Khir berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah. Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis. "Elok tanya Zahid. Elok tanya polis," katanya. | ||
Banjir: Pemuda DAP Selangor hantar bantuan ke Pahang Posted: 10 Dec 2013 02:59 AM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Pemuda DAP Selangor menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Mentakab, Pahang semalam. Ketua Pemuda DAP Selangor, Chua Yew Choong berkata, Pemuda DAP Selangor memutuskan untuk menghantar bantuan itu memandangkan keadaan banjir kali ini amat serius. "Malah, kawan kami di sana juga memaklumkan kekurangan barangan keperluan. Jadi, kami putuskan penghantaran ini minggu lalu," ujarnya dipetik Roketkini. Katanya, walaupun masa singkat, maklum balas daripada rakyat sangat bagus, dan pihaknya dapat kumpulkan banyak sumbangan dalam masa yang singkat. "Selain barangan keperluan, kami juga kumpulkan wang tunai berjumlah RM400, serta cek yang akan dijumlahkan nanti," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, Petaling Jaya, semalam. Sumbangan berupa makanan dan barangan kering seperti pakaian dan selimut itu dikumpulkan di ibu pejabat DAP Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu, dan dihantar ke Mentakab menggunakan lori dengan berat tiga tan. Turut mengiringi adalah Bendahari DAP Selangor, Chan Huan Guan; Setiausahan Organisasi DAP, Mohamat Samat dan Penolong Setiausahanya, Firdaus Babh. Dalam pada itu, Firdaus Babh berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa. "Pemuda DAP Selangor cuba buat apa yang terdaya untuk membantu. Semoga ini dapat meringankan serba sedikit bebang mereka," katanya lagi. | ||
2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu Posted: 10 Dec 2013 02:57 AM PST KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor. Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini. "Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya. "Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa," kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam. Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu. Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir. Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011. Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung. | ||
Tolonglah, bukan salah Rosmah! Posted: 10 Dec 2013 02:50 AM PST Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terhadap isterinya di ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang. Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini. Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia. Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya. Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri. Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam pelantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar. Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu. Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri. Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut. Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan. Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja. Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya. Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara. Setiap kali isu perbelanjaan ini berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki. Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang. Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing ke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah. Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini. Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi. Jika orang ini dapat ditukar, selamatlah kita semua. - http://shahbudindotcom.blogspot.com | ||
Jika Syiah menipu, nasionalis sekular apa kurangnya? Posted: 10 Dec 2013 02:49 AM PST Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respons ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah. Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid? Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa. Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini. Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta. Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung. Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam. Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik. Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan. Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat. Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 7 Safar 1435H bersamaan 10 Disember 2013M | ||
Khir Toyo mohon maaf fitnah Teresa Kok Posted: 10 Dec 2013 02:47 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini memohon maaf kepada Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berhubung penyiaran artikel fitnah di blognya lima tahun lalu. Artikel bertajuk 'Ada usaha larang azan di masjid Selangor' itu mendakwa Teresa meminta pembesar suara diperlahankan ketika azan di masjid sekitar Puchong dan Damansara. Teresa Kok, melalui laman Facebooknya berkata, Mohamad Khir memohon maaf kepadanya serta bersetuju membayar kos guamannya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Beliau membaca surat perakuan seperti berikut: 'Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama, tanpa memasukkan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sim kerana menyebabkan penerbitan di blog saya, www.drkhir.com pada 9 Julai 2008, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tuntutan. "'Saya menyesal menerbitkannya dan setuju untuk membayar kos," katanya lagi. Mohamad Khir turut bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan, sebagai kos guaman kepada Teresa, yang juga ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara. Isu azan itu turut dibangkitkan akhbar Utusan Malaysia melalui artikel 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September 2008. Teresa Kok memfailkan saman ke atas Mohamad Khir dan Utusan Malaysia, bernilai RM30 juta bagi setiap pihak pada Disember berikutnya. Katanya lagi, beliau menerima permohonan maaf Mohamad Khir dan bersetuju menarik balik samannya. "Apa yang saya inginkan adalah permohonan maafnya. Saya percaya beliau tidak sangka ia akan sebabkan saya ditahan ISA selama 7 hari selepas itu," katanya yang turut berterima kasih kepada peguamnya, Sankara Nair dan pihak yang membantunya. Teresa Kok ditahan pada 12 September 2008 mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri berhubung isu itu.-Roketkini.com | ||
Muhyiddin ‘bisu’ kerana tidak ada rancangan lonjak pencapaian Malaysia dalam PISA 2021 Posted: 10 Dec 2013 02:37 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin membisu mengenai keputusan PISA 2012 kerana beliau tidak mempunyai rancangan padu untuk melonjakkan Malaysia ke dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA 2021. Katanya, beliau yakin Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak mampu melakukan sedemikian pada PISA 2021 kecuali dengan kuasa 'ajaib'. "Kini saya faham Muhyiddin membisu mengenai keputusan PISA 2012, ujian tiga tahunan global membabitkan 510,000 pelajar berusia 15 tahun daripada 65 negara untuk subjek sains, matematik, dan bacaan, kerana mendapati pencapaian pelajar Malaysia dalam tiga subjek itu bukan saja di bawah tahap purata antarabangsa, malah ketinggalan empat atau lima tahun di belakang pelajar dari negara berprestasi tinggi seperti Shanghai, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan. "Contohnya, subjek matematik, skor 421 yang dicapai pelajar Malaysia adalah ketinggalan lima tahun di belakang Shanghai (613), empat tahun di belakang Singapura, dan lebih tiga tahun di belakang tujuh negara lain iaitu Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Macao, Jepun, Liechtenstein dan Switzerland," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, bagi subjek sains, skor 420 pelajar Malaysia adalah 4.2 tahun di belakang Shanghai (580) dan lebih tiga tahun di belakang Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Finland dan Estonia. Katanya, bagi subjek bacaan pula, dengan skor 398 Malaysia empat setengah tahun ketinggalan di belakang Shanghai (570) dan lebih tiga tahun di belakang Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Finland, Kanada, Taiwan, Ireland, Poland, Estonia, Liechtenstein, Australia dan New Zealand. Dua hari yang lalu, Kit Siang meminta Muhyiddin berhenti membina "mahligai kayangan" sebaliknya menggariskan rancangan padu bagi membuktikan sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan sepertiga teratas dalam PISA 2021 bukan angan-angan kosong. PISA 2012 menunjukkan bahawa di kalangan negara yang ikut serta dalam setiap penilaian PISA, tujuh negara mencatat peningkatan dalam subjek matematik secara purata 2.5 mata setahun sejak 2003. Negara berkenaan ialah Brazil yang mencatat peningkatan sebanyak 35 mata daripada 356 mata kepada 391 mata dalam tempoh empat ujian tiga tahunan PISA iaitu 2003, 2006, 2009 dan 2012; Itali (meningkat 19 mata daripada 466 kepada 485 mata), Mexico (28 mata dari 385 kepada 413), Poland (18 mata daripada 490 kepada 518 mata), Portugal (21 mata daripada 466 kepada 487), Tunisia (29 mata daripada 359 kepada 388 mata) dan Turki (25 mata daripada 423 kepada 448 mata). Menurut Kit Siang, Malaysia pada masa ini terperangkap dalam kelompok sepertiga tercorot dalam PISA, iaitu di bawah 450 mata untuk matematik dan untuk melonjak dalam kelompok sepertiga terbaik dalam PISA, Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya 532 mata, bererti ia perlu mencatat peningkatan 111 mata dalam tempoh empat ujian PISA 2012, 2015, 2018 dan 2021. Katanya, peningkatan sedemikian belum pernah dicapai oleh mana-mana negara, memandangkan peningkatan terbaik setakat ini hanya 35 mata yang dicatatkan Brazil dalam ujian PISA pada 2003 hingga 2012. "Apakah sasaran itu realistik dicapai apabila Malaysia berbelanja RM20 juta membayar perunding asing bagi merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebagai satu "angan-angan mat jenin" mengenai transformasi pendidikan bagi tempoh 13 tahun akan datang. "Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelajar berusia 15 tahun Malaysia dijangka mencapai tahap purata antarabangsa pada PISA 2015 dan 2018 sebelum memasuki golongan sepertiga terbaik pada PISA 2021. "Purata OECD untuk matematik adalah 494 mata, sains 501 mata dan bacaan 496 mata. Jadi dengan skor PISA 2012 hanya 421 mata untuk matematik, sains (420 mata) dan bacaan (398 mata), Muhyiddin perlu membuktikan bahawa Malaysia mampu mencapai purata OECD bagi tiga subjek ini pada ujian PISA 2015 dan 2018," katanya. Menurut Kit Siang, Muhyiddin tidak harus merasa rakyat Malaysia begitu mudah diperdayakan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bernilai RM20 juta dan dilaksanakan perunding asing.-Roketkini.com | ||
Naikkan denda maksimum rasuah kepada penjara seumur hidup Posted: 09 Dec 2013 08:48 PM PST Hari ini, 9 Disember 2013 adalah Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Wujudnya Hari Anti Rasuah Antarabangsa membayangkan betapa dunia memahami kerosakan kepada masyarakat dan negara yang berleluasa di seluruh dunia akibat rasuah. Hari Anti Rasuah Antarabangsa bukanlah satu perkara yang besar di Malaysia. Setiap tahun, ia berlalu tanpa ada sedikit pun kesan kepada usaha membanteras rasuah yang membayangkan ketidaksungguhan Barisan Nasional mencegah rasuah. Budaya rasuah yang berleluasa dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia, baik yang berpangkat rendah atau tinggi, kerajaan atau swasta, telah membawa kesengsaraan kepada rakyat keseluruhannya. Kenaikan harga dan kesuntukan hidup yang dihadapi rakyat mutakhir ini berpunca dari rasuah apabila hasil negara diselewengkan hingga peruntukan rakyat dipotong. Perang terhadap rasuah tidak boleh diserahkan kepada kerajaan atau SPRM semata-mata. Memang menjadi keutamaan mereka untuk tidak lebih tegas dalam hal berhubung rasuah kerana rasuah telah disistemkan dalam segala urusan kerajaan dan swasta di negara ini yang menguntungkan golongan elit yang berkuasa. Kami berazam bahawa perang ke atas rasuah perlu dibawa dari bawah oleh rakyat. Wajarlah ia dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih tegas dan berani berhadapan dengan rasuah. Mulai tahun 2014, kami berazam bahawa Hari Anti Rasuah Antarabangsa akan mempunyai kesan yang besar di kalangan rakyat dan agenda membanteras rasuah mencapai sasaran baru menjelang 9 Disember 2014. Kami percaya kesungguhan memerangi rasuah perlu bermula dengan hukuman yang lebih berat. Jika dadah pernah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara dan hukuman maksimumnya adalah mandatori gantung sampai mati, rasuah sebagai musuh nombor satu negara sekarang juga wajar dikenakan hukuman sekeras mungkin. Sudah tiba masanya negara dan masyarakat membincangkan kewajaran mengenakan hukuman yang lebih keras termasuklah menaikkan had maksimum hukuman penjara dari 20 tahun (seperti sekarang) kepada penjara seumur hidup dan had maksimum denda dari lima kali suapan (seperti sekarang) kepada menyita dan merampas harta pesalah yang boleh diperuntukkan melalui pindaan kepada Akta SPRM sedia ada. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memfokuskan masyarakat kepada isu dan usaha-usaha membanteras rasuah. Bersempena dengan Hari Anti Rasuah Antarabangsa, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) akan memulakan siri Hardtalk Now yang bertujuan membudayakan perbincangan yang kritikal untuk mencari jalan mencegah rasuah. Siri pertama malam ini (9 Disember 2013, 830 malam di NOW Centre di Pekan Sungai Besi) akan menampilkan Saudara Rafizi Ramli yang banyak terlibat membongkarkan rasuah. Beliau akan berhadapan dengan soalan-soalan dari golongan muda mengenai isu-isu rasuah. Siri Hardtalk Now ini akan diteruskan setiap bulan dengan menjemput tokoh-tokoh lain untuk dibedahsiasat oleh peserta dengan soalan-soalan yang kritis. Rasuah adalah musuh nombor satu negara. Inisiatif membanteras rasuah perlu dikendalikan dan dipacu oleh rakyat kerana Barisan Nasional akan terus melindungi rasuah yang telah sebati dengan mereka. Rafizi Ramli Akmal Nasir National Oversight & Whistleblower Centre (NOW) | ||
Anak Lelaki Bekas Ketua Polis Negara Meninggal Dunia Posted: 09 Dec 2013 08:46 PM PST SHAH ALAM: Anak lelaki bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang pada Selasa. Polis berkata Ahmad Jamal Omar Mohd Hanif, 40, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Catur 11/1C, Seksyen 11 di sini kira-kira pukul 6.25 pagi. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat. | ||
Keadaan Banjir Di Johor, Kelantan Semakin Pulih, Terengganu Tidak Berubah MTAR Posted: 09 Dec 2013 08:44 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Johor dan Kelantan bertambah baik pagi Selasa, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan, namun keadaan di Terengganu tidak berubah. Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 14,609 orang daripada 3,195 keluarga dengan Kemaman mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 13,336 daripada 2,852 keluarga, diikuti Dungun sebanyak 1,251 orang (235 keluarga) dan Marang 28 orang (lapan keluarga). Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 41 pusat pemindahan iaitu 37 di Kemaman, tiga di Dungun dan satu di Marang masih beroperasi sehingga 9 pagi Selasa. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras berjaga-jaga. Jabatan Kerja Raya pula melaporkan jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Batu 5 dekat Politeknik dan Bukit Bauk Dungun dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan berikutan hujan lebat sejak malam Isnin. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 12,579 pagi ini berbanding 31,093 orang malam Isnin. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi Selasa masih terdapat 2,480 keluarga yang ditempatkan di 111 pusat pemindahan dari 96 petempatan di lapan daerah yang terjejas banjir. "Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 6,454 orang di 21 pusat pemindahan," katanya. Di PEKAN, masih terdapat 3,408 mangsa di 36 pusat pemindahan, Temerloh 1,233 orang, Maran (724), Jerantut (433), Bera (267), Rompin (33) dan Lipis (27). Hanya satu jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Triang. Di JOHOR, sebanyak tujuh pusat pemindahan banjir masih dibuka di Segamat pagi ini namun jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 273 orang daripada 64 keluarga berbanding 303 orang daripada 72 keluarga malam Isnin. Pusat pemindahan itu ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya. - BERNAMA | ||
Rusuhan Di Singapura: Warga Malaysia Dibebaskan, 24 Lagi Didakwa Posted: 09 Dec 2013 08:43 PM PST PETALING JAYA: Polis Singapura telah membebaskan seorang warga Malaysia yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penglibatan dalam rusuhan di Little India, malam Ahad. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata, mereka telah dimaklumkan oleh polis Singapura mengenai perkara itu pada Selasa tetapi tiada maklumat terperinci diberikan. "Kami bertanya maklumat lanjut mengenai lelaki itu, apa yang dilakukannya tetapi polis memberi jaminan untuk memberikan maklumat kemudian," kata Husni ketika dihubungi. Mengulas mengenai lima warga Malaysia yang mendapat status penduduk tetap yang bekerja sebagai polis bantuan dengan syarikat keselamat di republik itu, Husni berkata, mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar hospital dan sudah kembali bekerja. Wisma Putra dalam kenyataan awal pagi Selasa berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan konsular yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan diselaraskan bersama pihak berkuasa Singapura. Kementerian Luar turut mengingatkan rakyat Malaysia yang melawat negara itu, bekerja atau menetap di luar negara supaya menghormati undang-undang negara lain sama seperti rakyat Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di sini untuk mematuhi undang-undang negara ini. Dilaporkan kira-kira 27 lelaki warga Asia Selatan ditahan ketika rusuhan itu yang berpunca apabila seorang pekerja India maut dilanggar sebuah bas persendirian di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire. Sementara itu, 24 orang yang didakwa terlibat dalam rusuhan itu dihadapkan ke mahkamah pada pagi Selasa, lapor Straits Times Singapura. | ||
Tragedi Highland Towers: Musa Imbau Kisah Kehilangan Anak & Menantunya Posted: 09 Dec 2013 08:41 PM PST KETIKA tragedi petang Sabtu itu, dia sedang mandi manakala isterinya ada bersama dengan anak mereka. Dia menyerahkan anak perempuan mereka kepada pembantu rumah dan menyuruhnya untuk menyelamatkan diri. Pembantu rumah dan anak mereka nyaris gagal melepasi pintu keluar sebelum keseluruhan bangunan itu runtuh. Bagi Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam, tragedi itu sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati. Anak lelakinya, Carlos Rashid dan menantunya, Rosina Abu Bakar, terkorban dalam tragedi Higland Towers yang runtuh pada 1993. "Apabila saya terdengar berita itu, saya berada di Kota Tinggi (Johor) melawat penduduk kampung di sana. Saya bergegas balik. Salah seorang menantu lelaki saya dan pengawal peribadi ada bersama saya tetapi tiada siapa boleh menceritakan perkara sebenar. "Saya memandu pulang yang mengambil masa hampir tiga jam. Saya dapat merasakan sesuatu yang serius telah berlaku," kata bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 79 tahun itu. "Apabila tiba di lokasi, saya hanya dapat melihat sisa runtuhan. Soalan pertama saya adalah: Dimana anak lelaki saya? "Tiada siapa dapat memberitahu saya bahawa dia masih hidup. Apa yang mereka katakan, mereka masih lagi melakukan operasi mencari. Berita baik adalah cucu perempuan saya, Marisa, selamat. Mayat Carlos dan Rosina berjaya ditemui beberapa hari selepas tragedi 11 Disember itu yang meragut 48 nyawa. "Tiada kata-kata dapat mengambarkan perasaan saya. Saya masih ingat lagi bekas setiausaha saya berkata:'Saya tidak mahu anda melihat mayat mereka." Dan Musa tahu lebih baik untuk mendengar kata-katanya. Di sebalik kesedihan itu, Musa kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. "Saya perlu mengaku bahawa apabila sesuatu tragedi berlaku, satu perkara yang saya tahu pasti - walaupun berasa marah - ia adalah disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga terfikir mengenai wujudnya unsur rasuah dan pengabaian. "Perkara yang menyedihkan sepanjang 20 tahun adalah tiada apa yang berubah. Terdapat banyak tragedi serupa dan kita yakin semua pihak menyuarakan rasa kesal, marah dan berjanji perkara itu tidak berulang lagi. "Semuanya hanya cakap-cakap kosong dan tiada apa dilakukan terutamanya dari segi perlaksanaan undang-undang, peraturan dan lebih penting, penguatkuasaan. "Selepas insiden itu, kita duduk bersama-sama dan bercakap mengenai masa depan Marisa. Pada mulanya, saya dan isteri menganggap adalah lebih baik Marisa tinggal bersama kami. Namun selepas setahun dapat menerima situasi ini dan sentiasa sibuk, kami memutuskan adalah lebih baik jika Marisa dijadikan anak angkat dan dijaga oleh anak perempuan saya, Rosana, yang baru saja berkahwin pada ketika itu," kata Musa. Rosana adalah anak perempuan bongsu Musa, hasil perkahwinan pertamanya. "Rosana menjaga dan memberi pendidikan kepada Marisa seperti anaknya sendiri. Dia ada dua orang anak sendiri dan membesarkan mereka bertiga tanpa prejudis. Marisa kini berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun dua jurusan psikologi di Universiti Sheffield, Britain. Bagaimanapun, dia hanya mengetahui perkara sebenar mengenai kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu. "Pada hari pertama setiap Hari Raya, adalah menjadi amalan kami untuk menziarahi kubur dimana anak lelaki dan menantu saya dikebumikan. Apabila masa berlalu, kami mula menceritakan kepadanya bahawa itu adalah kubur ibu dan bapanya. Dia mendengar penjelasan kami dan dapat menerimanya. "Kini dia sudah memahami situasi itu sepenuhnya," kata Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia dan Pengerusi UmLand Bhd. 20 tahun berlalu, Musa masih sukar untuk melupakan tragedi hitam itu. "Saya masih ingat dijemput oleh Carlos ke pangsapuri mereka untuk makan tengah hari seminggu sebelum insiden itu. Ia amat pelik, tetapi saya masih ingat, terlihat jentolak dari jarak jauh di atas bukit. Saya enggan terlalu memikirkannya tetapi ia masih meninggalkan kesan. Mengimbau kembali, ia boleh jadi simbolik: satu amaran sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya. Amat menyedihkan, saat itu adalah kali terakhir Musa bertemu anak lelakinya. Beliau kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersama dengan anak sulungnya itu kerana begitu aktif dalam politik pada ketika itu. "Kini anak lelaki saya sudah tiada, dan saya ada seorang lagi anak lelaki dan seorang cucu perempuan. Saya cuba meluangkan masa bersama mereka. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua," katanya. | ||
Umno Dan PAS : Payah Sangatkah Hendak Bermuzakarah ? Posted: 09 Dec 2013 08:34 PM PST Saya tidak faham mengapa dua parti Melayu dan Islam ini begitu sukar untuk bermuzakarah? Syarat yang diberikan oleh Timbalan Presiden UMNO mudah sahaja: PAS perlu mengemukakan cadangan tentang skop perbincangan serta pimpinan yang perlu hadir untuk menjayakan usaha tersebut. Jika sayalah pemimpin PAS, saya akan kemukakan apa yang diminta oleh Timbalan Presiden UMNO demi untuk memulakan muzakarah ini. Betul, ada sejarah hitam hubungan UMNO-PAS. Betul, PAS tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali keduanya mengingatkan penyatuan terdahulu pada tahun 1974 telah meninggalkan luka dan parut kepada PAS. Betul, boleh dipersoalkan mengapa UMNO hanya mahu bermuzakarah dengan PAS sahaja dan tidak dengan pemimpin Melayu dalam PKR atau NGO-NGO Melayu-Islam yang lain seperti ABIM, ISMA dan IKRAM? Bagi saya, biarlah dahulu semua itu. Yang penting mulakan muzakarah dahulu. PAS tidak wajar selama-lamanya menyimpan perasaan curiga dan skeptikal pada UMNO. Berjiwa besarlah dahulu. Inilah asasnya untuk melangkah ke depan. Sekiranya muzakarah ini didakan apakah yang saya harapkan? Saya mahukan pertemuan tersebut tidak hanya untuk membincangkan isu hudud atau isu kuasa Melayu sahaja, tetapi saya mahukan perbincangan yang lebih besar melibatkan soal ekonomi rakyat dan negara, dan juga soal politik, keselamatan dan pembangunan negara. Merenung kembali, saya kekadangnya menganggap jiwa pemimpin kita ini tidak besar. Persoalan siapa yang harus memulakan usaha muzakarah pun sukar untuk diputuskan? Jika perlukan orang tengah, carilah orang tengah tersebut asalkan di akhirnya, pertemuan dan perbincangan dapat direalisasikan. Ingatkah kita pada pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe? Pertelingkahan beliau dengan musuh politiknya Morgan Tsvangirai adalah luar biasa sekali, tetapi akhirnya pada 11 Februari 2009, mereka dapat bersama dalam kerajaan dengan Mugabe kekal sebagai Presiden dan Tsvangirai sebagai Perdana Menteri. Biarpun kerjasama ini gagal tiga tahun kemudian, namun mereka dapat sekurang-kurangnya bersama setelah perudingan dan perbincangan diadakan. Tidak mahukah kita begitu? Atau lihat sahaja kepada negara-negara Vetnam, Yaman dan Jerman yang pernah berpecah. Mereka bukan setakat dipecahkan kepada dua negara, tetapi terlibat dalam perang dan dipisahkan oleh jarak ideologi yang berbeza. Tetapi kesediaan untuk berunding, akhirnya membolehkan mereka bersatu. Vietnam disatukan pada 2 Julai 1976, Yaman pada 22 Mei 1990 dan Jerman pada 3 Oktober 1990. Negara-negara ini, biarpun merangkak setelah penyatuan, apa yang pasti ialah mereka kekal sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka. Vietnam misalnya, setelah diperkenalkan dasar Doi Moi pada tahun 1986, pada hari ini melangkah secara perlahan-lahan, tetapi pasti meninggalkan negara kita dari segi keupayaannya untuk menarik pelancong dan pelabur asing. Malah, sudah ramai orang kita yang berminat untuk pergi melancong dan membeli-belah di bandar Ho Chi Minh. Aduh, semoganya selepas ini hasrat muzakarah UMNO-PAS boleh menjadi realiti, bukannya sekadar kenyataan politik sahaja. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan