Isnin, 9 Disember 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PKR DAN PAS UBAH STRATEGI DEMI UNDI MELAYU?..PAS YG KOLOT BOLEH BERUBAHKE?

Posted: 09 Dec 2013 01:00 AM PST

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenepikan amaran oleh akhbar Mingguan Malaysia bahawa penyokong Pakatan Rakyat akan membentuk "tsunami Melayu" dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan berkata, perkara itu hanyalah pandangan akhbar milik Umno tersebut, dan mustahil akan terjadi.

"Saya tahu apa pandangan rakyat dan kita akan ikut pandangan rakyat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas tulisan pojok mingguan Awang Selamat dalam akhbar tersebut hari ini.

Tulisan berkenaan memberi amaran bahawa PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Tulisan itu juga menggesa anggota majlis tertinggi Umno agar tidak "lupa diri" dalam berkhidmat.

"Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan majoriti kaum itu.

"Selepas kejutan tsunami Cina pada PRU-13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU-14.

"Waspadalah. Walaupun Umno kuat ia tidaklah kebal. Berjihadlah untuk menjadi parti yang disayangi terutama orang Islam, Melayu dan bumiputera. Tiada pilihan," tulisan itu dipetik

Tokoh wartawan cadang Rosmah dilantik jadi menteri

Posted: 08 Dec 2013 11:25 PM PST

Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.
Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONELangkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

pak lah mahathir clash forum 110806 kadir jasin"Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.
"Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak 'perform' dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

ZAHID HAMIDI AKAN DI SAMAN FITNAH OLEH MAT SABU?

Posted: 08 Dec 2013 06:02 PM PST

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.
Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

pas muktamar 231113 mat sabu"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno semalam menyebut nama pemimpin PAS itu secara tidak langsung apabila mengaitkan "orang nombor dua" parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu yang mahu tindakan dikenakan ke atas Mohamad Sabu.
Ahmad Zahid juga berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan ke atas Mohamad Sabu atas dakwaan tersebut.
"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu," katanya lagi.

Tiada ulasan: