. |
Patut ramai orang macam Dr Rani Othman... Posted: 03 Dec 2013 07:58 PM PST PANGGANG RASA Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam Pas yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merbeut jawatan.
Mungkin kalau kedudukannya tidak dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali... bahawa Dr Rani telah minta agar jawatannya sebagai pesuruhjaya Pas Selangor tidak diteruskan selepas muktamar ke 59 lalu, mungkin ada orang menganggap penguguran itu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Tetapi mujurlah Mustapa menjelaskan pengguguran itu adalah atas permintaan Dr Rani sendiri. Menurut Mustapa sebelum muktamar Dr Rani menulis surat kepada presiden agar tugasnya sebagai Pesuruhjaya tidak lagi disambung. Sebenarnya penolakan seperti itu bukan sekali ini sahaja, (Dr Rani seronok dan redha), tetapi sudah ada kejadian sebelum ini yang memperlihatkan siapa dia Dr Rani sebenarnya. Dia seorang yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mengejar pangkat dan kedudukan. Kalau ikut kepada senioriti didalam parti beliau sepatutnya diangkat menjadi Exco Selangor sebagai memenuhi kouta ditetapkan untuk Pas tetapi itu tidak menjadi. Sewaktu Hassan Ali dipecat dari menjadi Exco kerana dia dipecat oleh Pas, Dr Rani sepatutnya mengambil tempat itu. Tetapi tidak berlaku sebaliknya Dr Yunus yang diambil menjadi Exco. Dr Rani tidak terkilan dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang baik. Beliau tidak menunjukkan apa-apa sikap protes atas kesongsangan itu. Paling anih dan melucukan lagi dia berterima kasih atas apa yang tertakdir. Pelik dan ajaib perangai Dr Rani. Orang yang mengejar kedudukan dan gila glamour tentu akan murih kepadanya dan tidak faham dengan sikapnya. Tetapi bagi mereka yang menyedari peranan dan tangungjawab seorang pemimpin itu besar, menerima dengan baik pendirian dan sikap itu. Mereka akan puji cara Dr Rani berpolitik. Itulah politician yang sebenarnya dari kaca mata Islam. Bagi saya apa yang diamalkan Dr Rani itu, itulah sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berjuang dijalan Allah. Soal pangkat dan kedudukan atau gaji bukan perkara utama. Yang penting ialah sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi wadah perjuangan. Selagi sumbangan bakti boleh disalurkan tanpa jawatan, untuk apa memang jawatan. Seseorang yang memegang jawatan bukan mudah tetapi ia amat berat, lainlah kalau menganggap jawatan itu sebagai seorang CEO yang mana perlu kumpul duit sahaja untuk menampakkan prestasi syarikat sihat dan maju serta menunjukkan kehebatan pengurusannya. Syabas kepada Dr Rani atas pendirian dan sikap yang diambil dan istiqamah pula dengannya. Sejarah akan mengenang Dr Ranis seorang pejuang yang ikhlas dan tidak pernah mengejar kedudukan dan pangkat. Saya mengenai Dr Rani sebagai seorang pramedik yang sering mrnghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka di serata dunia. Mungkin profesyennya sebagai doktor menjadikan dia seperti itu. Tahniah sahabat. [wm.kl.11:42 am 04/12/13] | ||
Masukkan perkataan 'ahli sunnah wal jemaah' dalam perlembagaan hanya gula-gula Posted: 03 Dec 2013 07:07 AM PST RESPON Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin memberi tahu fahaman ahli sunah wal jemaah yang menjadi anutan atau aliran faham agama Islam di negara ini akan dimasukkan ke dalam perlembagaan negara. Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan serentak persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno malam ini. Usaha itu dilihat bagi menunjukkan Umno adalah parti yang menjadi benteng dan perisai kepada Islam di negara ini. Sebenarnya cadangan Muhyiddin atau Umno itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada perkembangan Islam di negara. Apa yang sepatut dilakukan Umno ialah menrubah dasar dan landasan perjuangan mereka dari nasionalisme atau Melayu ortodoks kepada Islam. Umno akan dilihat sebuah parti yang menjujung Islam dan akan memperjuangkan Islam sekiranya ia mengambil Quran dan Hadith sebagai mana diamalkan oleh Pas. Cadangan untuk meletakkan perkataan ahli sunnah wal jemaah didalam perlembaan itu dilihat sebagai usaha Umno hendak menggula-gulan rakyat khasnya orang Melayu sahaja. Cadangan itu merupakan usul agama yang dikemukakan untuk dibahas dalam persidangan Umno pada 5 Disember. Kalau Umno ikhlas ia perlu menukar dasar perjuangannya. Tidak mustahil kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai dasar Pas seperti mana dijanjikan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia membubarkan parti itu dan menyertai Umno. [wm.kl.11:03 pm 03/12/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan