. |
2 billion untuk perojek di Kelantan tahun depan? Posted: 17 Dec 2013 08:22 PM PST SINGGUNGAN Menurut laporan Bernama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mukhtar Mustapa kerajaan Persekutuan akan membelanjakan RM2 billion pada tahun depan untuk berbagai projek di bawah RMK-10 di Kelantan. Terjungkit rakyat Kelantan mendengar pengumuman itu. Katanya pembangunan itu menolak tuduhan yang kononnya berlaku diskriminasi di Kelantan. Beliau tidak mengumumkan butiran projek-projek berkenaan hanya menyebut salah satunya ialah pembinaan jambatan di Kuala Krai bernlai RM16 juta. Wajar kalau Mukhtar mengumumkan projek berkenaan agar ia tidak menjadi omong-omong kosong sahaja. Sebelum ini berbagai projek untuk Kelantan telah diumumkan tetapi tidak menjadi kenyataan sampai kini. Iya hanya diperingkat mengumum dan menyebut kepada media massa sahaja. Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga telah beberapa kali mengumumkan projek tebatan banjir di Sungai Golok tetapi ia tidak menjadi kenyataan sampai kini. Setiap kali musim banjir tiba Mustapa akan menyebut perkara itu. Kalau tidak silap saya sudah lebih tiga kali projek tebatan banjir itu disebut. Puteri Umno yang mengadung mendengar Mustapa mengumumkan itu kini sudah pun mengandungi anak yang ketiga. Manakala anak yang berada dalam kandungan ketika mendengar Mustapa umum dulu sudah hendak masuk ke kelas Tadika anjuran Kemas. Sungai Golok masih juga tidak ditebak. Ahi Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf juga sering membangkitkan mengenai projek itu dan mengenai masalah dihadapai penduduk di sekitar Sungai Golok bila berlaku limphan air semasa musim banjir. Tetapi ungkitan itu tidak dipedulikan seolah-olah Zailah bercakap dengan beruk dan kera yang disumpah Sang Kelmbai menjadi batu dan kayu sahaja. Yang jelasnya dalam Bajet 2014 baru-baru ini Menteri Kewangan yang juga Perdana Memnteri, Najib Razak tidak menyebut sedikit pun fasal tebatan banjir berkenaan. Apa yang disebut ialah peruntukan untuk tebatan banjir di Kuantan atau Pekan. Mungkin gara-gara diskriminasi itu menyebabkan banjir menyerang Kuantan (Pahang) hebat tahun ini bagi menyedarkan Najib Razak. Kalau Pengarah JPP Kelantan itu benar-benar ikhlas, beliau kena senarai projek berkenaan. Selepas senarai hendaklah diserahkan kepada pihak kerajaan Kelantan (kalau pun tidak untuk diumumkan kerana bimbang kerajaan Pas Kelantan mendapat political mileage) cukuplah sekadar pemakluman sahaja. Boleh juga pihak kerajaan Kelantan buat bahan untuk berangan-angan kerana kalau mengharapkan kepada hasil negeri sampai kucing tumbuk tanduk pun projek itu tidak akan terbuat. Janganlah mempermainkan rakyat Kelantan kononnya ada peruntukan sekian-sekian tetapi hakikatnya habuk tidak ada. Cukuplah kalau orang politik memperdayakan dan menipu rakyat dengan mengula-gula projek jangan pula pegawai kerajaan di JPP yang dilihat lebih berintegriti itu ikut sama menjadi alat menyambung kebusukan mulut orang politik. Biarlah orang politik saja yang makan bangkai, pegawai kerajaan makanlah budu atau belacan. Apakah JPP juga sudah termasuk dalam sistem yang digunapakai oleh Umno; menipu, memperdaya dan mempermainkan rakyat? Haji Alwi Che Ahmad wakil rakyat Kok Lanas tentu ada hadith untuk membelanya. [wm.kl.12:11 t/hari 18/12/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan