Biaqpila |
Posted: 27 Dec 2013 10:00 PM PST Gayo Lues (Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya. Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng. Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa. "Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya," kata Asrijul. Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim. "Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu," kata Asrijul. Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental. - Agensi HM |
GAMBAR KES BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE Posted: 27 Dec 2013 05:09 PM PST Gambar kes bunuh diri di Berjaya Times Square pada 27 Disember 2013. Menerusi laman facebook Malaysian Crime Watch Task Force, seorang lelaki telah didakwa terjun dan bunuh diri di pusat membeli belah Times Square, Kuala Lumpur. Insiden dipercayai berlaku pada sekitar jam 8.00 malam. Menurut saksi, mangsa dikatakan terjun dari tingkat 9 bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Terdahulu, kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari 2013 yang lalu. melvister |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan