Isnin, 9 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


‘Rusuhan Bangla’ di S’pura, Kerajaan Malaysia perlu ambil iktibar

Posted: 09 Dec 2013 09:05 AM PST



Kerajaan Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan pekerja asing Bangladesh yang berlaku di Singapura, semalam ekoran kebanjiran warga asing yang semakin meningkat di negara ini.

Presiden PKR, N Surendran, berkata Kerajaan Pusat seharusnya bertindak untuk mengelakkan perkara yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan orang awam daripada berlaku di negara ini.

Katanya, bagi mengelakkan berlaku rusuhan sedemikian, perlu ada satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.

Dalam kejadian di Singapura semalam, sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu.


Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.

"Memang kalau kita lihat di negara ini ada lebih dua juta pekerja asing yang berdaftar dan mungkin lebih tiga juta pendatang tanpa izin dan ini merupakan satu jumlah yang besar.

"Mereka boleh bertindak liar dan ganas mungkin disebabkan mereka menghadapi banyak masalah disebabkan kemiskinan dan ditindas oleh majikan, walaupun kita tidak sokong tindakan ganas itu tetapi jelas mereka akan bertindak ganas.

"Salah satu faktor juga, mereka mungkin didorong melakukan perkara sedemikian atas sebab termasuk tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa, tindakan memeras ugut mereka dan tindakan meminta rasuah dari pihak penguatkuasa," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Bagaimanapun, Surendran berkata dalam pembentangan Belanjawan Negara 2014, tiada peruntukkan atau langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

Katanya, hal itu menunjukkan kelalaian besar dan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional untuk mengurangkan kebanjiran warga asing.

"Ia langsung tidak sebuat apa-apa tindakan untuk mengurangkan atau menstruktur ekonomi negara supaya mengurangkan kebergantungan warga asing.

"Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional dan pada masa yang sama tidak bermakna kita perlu bertindak keras ke atas pekerja asing yang datang ke negara kita untuk mencari nafkah, tetapi mereka perlu dikurangkan dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan jumlah mereka," katanya.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan dan menyebabkan empat mati serta 80 orang cedera ~ Selangorkini


Lagi gambar-gambar dan video sila lihat di ( SINI )

Budaya Bodek dari Parlimen kini menular ke DUN Pulau Pinang pula..

Posted: 09 Dec 2013 06:34 AM PST


Biasanya kalau kita menyaksikan perbahasan dalam Parlimen yang disiarkan secara langsung oleh RTM, kita akan menyaksikan bila Najib diserang oleh Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, maka riuh rendahlah Ahli Parlimen BN bangun mempertahankannya..

Tindakan mempertahankan yang lebih berupa satu tindakan membodek itu nampaknya kini telah menular ke sidang DUN Pulau Pinang pula..

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu gerai makan diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.

Kekecohan tercetus apabila Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mahu ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid menarik balik kenyataannya berhubung isu itu yang disifatkan sebagai rasis.

Phee mendakwa Jahara cuba menimbulkan persepsi perkauman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila mengatakan PBT hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

"Saya tak kata PBT hanya ambil tindakan kepada orang Melayu. Kalau ada impression (tanggapan) macam itu saya minta maaf. Saya hanya minta keadilan, penjelasan. Peniaga terbabit bukan baru berniaga sehari, dua...sudah 20 tahun.

"Kalau mahu ambil tindakan, ambil tindakan terhadap semua...jangan pilih-pilih," kata Jahara ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan DUN di sini, hari ini.

Pertikaman lidah itu berjaya dihentikan apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Phee duduk selepas Jahara memohon maaf dan mengarahkan ketua pembangkang itu meneruskan perbahasannya.

Bagaimanapun, dewan kembali kecoh apabila Jahara mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baharu bagi Pulau Jerejak.

"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.

"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," katanya sambil menunjukkan gambar pengusaha itu bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Tindakan Jahara menunjukkan gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) yang bangkit mempertikaikan tindakan itu.

"Itu sudah melampau...tindakan ini menuduh seolah-olah kerajaan negeri beri kelulusan semata-mata orang itu mengenali ketua menteri. Mana ada bukti ketua menteri beri kelulusan," kata Rayer.

Jahara kemudiannya berkata beliau hanya mahu penjelasan kerajaan negeri berhubung kewujudan nama Pulau Mazu itu.

Bagaimanapun, Jahara terus-terusan diasak wakil rakyat berkenaan yang mahu beliau menjelaskan tindakannya itu.

Tindakan wakil rakyat yang tidak memberi peluang kepada Jahara untuk berbahas telah menyebabkan kesemua sepuluh wakil rakyat BN meninggalkan sidang DUN sebagai tanda protes. -Bernama

Kenapa pula mereka-mereka itu perlu membantah berlebih-lebih pula sedangkan Guan Eng masih boleh bersuara untuk menjawab...

Sedarlah anda semua dipilih untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, bukannya dipilih untuk ke Dewan untuk bodek Guan Eng..

Ini penjelasan Guan Eng mengenai perkara yang dibangkitkan ini..

Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada 'Pulau Mazu' seperti didakwa sesetengah pihak.

"Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.

"Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini," katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.

Mengulas dakwaan Jahara bahawa berlakunya pilih kasih berhubung tindakan diambil terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth, Lim berkata ketua pembangkang itu sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai isu perkauman.

"Janganlah main isu perkauman. Kalau nak cakap mengapa tidak ada tindakan, kita sedia terima. Tetapi jangan cakap mengapa tidak ada tindakan ke atas peniaga Cina tetapi ambil tindakan ke atas peniaga Melayu," katanya. -Bernama

Ni lagi satu contoh...

Ratapan hiba Ali Rustam setelah kalah Pemilihan UMNO..

Posted: 09 Dec 2013 02:44 AM PST


Walaupun telah berusahanya untuk mengambil hati ahli-ahli UMNO agar memilih beliau dalam pemilihan UMNO yang lalu dengan membuktikan bahawa dirinya adalah seorang yang racist selaras dengan perjuangan Parti Perkauman itu... akhirnya beliau gagal jua..

Beliau telah meletakkan punca beliau kalah pada PRU13 yang lalu kepada kaum Cina, kerana menurutnya Kaum Cina tidak mengundinya..

Malangnya beliau tidak sedar bahawa kawasan yang ditandinginya itu ialah kawasan dimana Melayu adalah pengundi majoriti.. laporan mengenainya sila baca di ( SINI )

Sekarang bila dia dah tak ada kuasa baru dia tahu bagaimana sifat sebenar ahli-ahli UMNO yang selama ini mengelilinginya...

Padan muka dia..dulu disayang.. kini ditendang..

Bacalah ratapan hiba dia ni...

..... "Bohonglah kalau saya tidak ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini. Tapi saya pasrah kerana bila terjadi begini, barulah saya sedar siapa lawan, siapa kawan,".

Itulah kata Datuk Seri Wira Ali Rustam, bekas ketua Menteri Melaka yang masih mampu tersenyum walaupun dalam diam dipinggirkan oleh semua Umno Bahagian di Melaka.

"Memang pedih sangat hati saya apabila lima Bahagian di Melaka tidak menyokong saya sebagai calon Naub Presiden UMNO yang lalu. Tapi siapa saya yang hendak menegur kelima-lima bahagian tersebut?

"Kalau saya masih lagi Ketua Menteri Melaka, saya pasti semua Bahagian di negeri kelahiran saya ini akan menyokong penuh hasrat saya. Oleh kerana saya sudah bukan sesiapa lagi dan tidak ada kuasa memerintah, mungkin itulah sebabnya mereka tidak mahu menyokong saya,"katanya.

Apapun kata Ali, sewaktu memegang tampuk kuasa, memang semua ahli UMNO mendampinginya tidak kira masa.

"Yang sudah tu sudahlah. Saya tak mahu berdendam. Biarlah orang buat kita dan tak perlu kita nak benci sesiapa. Cuma saya kini sedar yang mana kawan dan yang mana lawan.

"Tak sangkalah juga ramai di kalangan kawan-kawan saya rupa-rupanya ada kepentingan diri dan tidak ikhlas dalam menjalin persahabatan," ujarnya.

Tambah Ali, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan pentig dalam negeri, dia tetap berpuas hati kerana berjaya membangunkan Melaka sebagai antara negeri termaju dan tercantik di Malaysia.

"Biarlah kalau orang negeri sendiri lupa pada saya asalkan orang luar tahu bahawa perubahan Melaka hari ini adalah antara hasil kerja saya selama menjadi Ketua Menteri selama 15 tahun," katanya. - MalaysiaGazette

Selepas dua minggu dilapor kata Negara akan bankrap tanpa GST, hari ini Najib nafikannya..

Posted: 08 Dec 2013 11:34 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) menafikan beliau merujuk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila berkata negara perlu meluaskan cukai bagi mengelakkan muflis.

Penafiannya itu muncul selepas dua minggu ia dipolitikkan oleh pembangkang.

Najib berkata, kenyataan itu disalah tafsir oleh media.

"Saya tak kata tanpa GST, Malaysia akan muflis.

"Saya berkata jika kita berbelanja tanpa henti dan tidak mengutip cukai, kita akan menjadi seperti Greece," katanya semasa berucap di majlis makan tengahari di Putrajaya hari ini.

Pada 25 November, Najib dilaporkan berkata, kerajaan tiada pilihan untuk menggantikan cukai semasa kepada GST bagi meluaskan pendapatan kerajaan dan mengelakkan muflis.

Hari berikutnya, Najib yang juga Menteri Kewangan dikritik oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyebut, Malaysia masih berdepan kemuflisan selepas GST jika rasuah dan pembaziran tidak ditangani terlebih dahulu.

Rafizi Ramli dari PKR, Tony Pua dari DAP dan Khalid Samad dari PAS menegaskan bahawa GST bukan penawar ajaib bagi mengubati masalah kewangan negara ~ The Malaysian Insider

Laporan mengenai kenyataannya itu sila baca di ( SINI )

Warga Asing merusuh di Singapura.. (Video Inside)

Posted: 08 Dec 2013 08:34 PM PST


Sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu, malam tadi.

Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.


Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.


Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan.


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius.

"Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan," katanya.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, lokasi tumpuan rusuhan itu sudah dikepung dan orang awam diarah menjauhi kawasan itu.


Polis bertindak mengepung tempat kejadian di Jalan Race Course dan Hampshire di Little India itu dalam usaha mengawal keadaan.

Premis perniagaan sepanjang Jalan Buffalo diarah tutup dengan pasukan bomba dikerah memadam semua kebakaran yang dicetuskan perusuh. - Agensi


Sikit saja tu jumlah dia orang.. kalau ramai agaknya macam mana?

Tiada ulasan: