Ahad, 8 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah Mansor dicadang ganti Muhyiddin dan lain-lain Menteri oleh Bekas Ketua Pengarang NST..

Posted: 08 Dec 2013 07:11 AM PST

Gugurkan Menteri-menteri yang tak boleh menjalankan tugas mereka dan gantikannya dengan Rosmah Mansor..

Satu cadangan yang amat baik dari Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press..

Daripada Kerajaan menghabiskan duit membayar gaji mereka, lebih baik pecat saja mereka-mereka ini..

Kerana selama ini Rosmah Mansor telah membuktikan kepada kita beliau mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Menteri Pelajaran..

Daripada Rosmah menyibuk tak tentu hala dalam pentadbiran Kerajaan, sewajarnya beliau dilantik bagi menggalas tugas-tugas itu..

Lagipun tak ada faedahnya jika dikekalkan Menteri-menteri yang bangang dan tak tahu buat kerja tu, sebab Rosmah lebih cerdik dari mereka..

Dan macai tentu suka...

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa 

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak "perform" dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri.

Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan.

Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini.

Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

"Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?" kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya. "Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain." (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU.

Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak "love" bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana "love" dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah.

Wallahuaklam

~ A. Kadir Jasin

Patutlah Kerajaan tak bekalkan khemah buat mangsa banjir...

Posted: 07 Dec 2013 10:00 PM PST


Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

"Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

"Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas," katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

"Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?

"Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis. "Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.

"Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan," katanya ~ Sinar Harian


Oooo.. tak sesuai guna khemah, panas kata Shabery, patutlah khemah tak disediakan.. banyak pulak alasan dia yaa...

Tapi kalau korang baca kisah Makcik yang jadi mangsa banjir kat SINI dia kata dia tidur dalam kesejukkan...

Lain pula di Dungun.. walaupun Menteri yang juga pemimpin UMNO itu kata tak sesuai khemah digunakan..

Suasana di dewan pusat pemindahan yang dibekalkan dengan khemah oleh ADUN PAS Dungun kelihatan teratur dan kemas.

Mangsa banjir dapat tidur dengan selesa tanpa ragu kerana aurat mereka tidak akan terdedah kepada umum..


Tak sesuai atau untuk mencetak logo BN pada khemah itu mengambil masa yang lebih lama?

Kisah derita mangsa banjir

Posted: 07 Dec 2013 07:03 PM PST


"Dah empat hari makcik tak mandi dan apabila nak buang air kecil, makcik mengengsot perlahan-lahan ke birai longkang.

"Buang air kecil di situ dan basuh dengan air mineral," kata warga emas yang kudung kaki kiri, Indon Mek Pahang Husain, 75.

Indon menghadapai kesukaran berikutan ketiadaan bekalan air di pusat pemindahan di SK Seri Geliga, Chukai.

Kesusahan itu bukan sahaja dialami Indon, malahan ribuan mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh Kemaman berikutan bekalan air dan elektrik terputus, manakala talian telefon terganggu sejak beberapa hari lalu.

Musibah banjir besar membuatkan pusat pemindahan yang tidak didaftar terpaksa dibuka, justeru kemudahan tersedia serba kekurangan dengan tiada bantuan makanan dan keperluan harian pada peringkat awal.

Indon dari Kampung Paya Berenjut berkata, akibat tiada air, dia dan majoriti mangsa yang ditempatkan di situ tidak dapat membuang air besar selama empat hari.

"Kalau diikutkan memang keadaan sangat tak selesa sebab air tak ada, api (elektrik) tak ada, tapi makcik tetap bersyukur sebab ada tempat berteduh.

"Hiba hati makcik mengenangkan rumah tenggelam hingga bumbung. Habis semua barangan dalam rumah dihanyutkan air," katanya.

Indon yang berpindah ke pusat pemindahan itu sejak Rabu lalu bersama suami yang terlantar diserang strok, Nik Abdul Rahman, 71, dan 16 anak serta cucu, terpaksa diusung enam penduduk kampung ketika berpindah ke Masjid Paya Berenjut sebelum pusat pemindahan itu ditenggelami air, dan berpindah pula ke sekolah berkenaan.

Kaki kirinya dipotong separas betis pada Julai tahun lalu akibat diabetes kronik dan seminggu kemudian, suaminya pula diserang strok.

Indon memberi cadangan agar menyediakan ruang khas untuk mangsa yang sakit dan uzur bagi memudahkan mereka bergerak ke tandas.

Tidur dalam kebasahan

Sementara itu, Lijah Sayid, 66 bersama anak saudaranya yang buta, Raimah Ismail, 53 dan beberapa keluarga lain yang ditempatkan di dewan terbuka SK Seri Geliga, terpaksa tidur dalam keadaan baju basah gara-gara terkena tempias hujan.

Lijah berkata, dia bersama anak saudaranya berpindah sehelai sepinggang akibat banjir naik mendadak kira-kira jam 5 pagi Rabu lalu.

"Selama empat hari duduk di sini, baju yang basah terkena hujan, kering di badan sebab makcik tak tukar baju kerana tiada baju lain untuk disalin.

"Makcik turut mengalami luka di lutut akibat terjatuh dalam banjir ketika kelam-kabut berpindah," katanya.

Raimah pula berkata, dia dan ibu saudaranya itu tidur dalam keadaan menggigil kesejukan kerana baju basah serta tiada selimut.

"Makanan di sini cukup, ada biskut dan nasi pula lauk ikan kering, sardin serta sebagainya. Layanan petugas di sini juga sangat baik," katanya yang buta sejak berumur 3 tahun akibat demam panas.

Tidur berlapik kotak

Seorang lagi mangsa, Rosnita Khalid, 31, pula berkata, dia sekeluarga termasuk bayinya, Nordatul Aliya Khisara Junaidi Affendi yang berusia 7 bulan, terpaksa tidur berlapikkan kotak di dewan terbuka sejak dua malam kerana tiada tikar.

"Bagaimanapun, hari ini (semalam) saya lega sebab dapat bantuan tikar.

"Kami pindah sehelai sepinggang dan tiada alas langsung untuk tidur. Hari ini juga baharu saya dapat tukarkan baju bayi yang dipakai sejak tiga hari lalu," katanya.

Bagaimanapun katanya, keadaan terbuka menyulitkan dia untuk menyusukan bayinya yang masih menyusu badan.

"Mungkin perlu ada khemah atau ruang khas untuk golongan ibu bagi memudahkan kami menyusukan anak," katanya ~ Sinar Harian

Tapi... Menteri kata.. Malaysian terbaik urus banjir..



Tiada ulasan: