Jumaat, 6 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa Bangsat?.. Shahrizat atau Fuziah Salleh?.. Gambar-gambar ini sebagai jawapannya...

Posted: 06 Dec 2013 08:40 AM PST


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas... "Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

Tapi... Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Ia suatu perkara yang tidak diduga, katanya, justeru itu beliau mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberi stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.. laporannya di SINI

Muhyiddin mohon maaf kerana bantuan lambat.. yang mengeluarkan kenyataan bangsat disini ialah Shahrizat sendiri..

Kata Shahrizat lagi.."Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir,".


Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

Lenggang?.. ni gambar dalam PWTC semalam..


Ini pula gambar ketika filem 'Tandas Putera' ditayangkan.. Ahmad Maslan turut kelihatan menontonnya..


Kata Shahrizat lagi.."Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana,"

Tak kelihatan?.. mungkin Ketua Wanita UMNO ini buta IT atau mungkin buta hati...

Ini gambar-gambar YB Fuziah sedang sibuk di Parlimen sepertimana yang Shahrizat dakwa itu...














 
Sekarang siapa BANGSAT?.. Shahrizat atau Fuziah?

Sama saja perangainya dengan macai-macai UMNO bercakap tanpa menggunakan otak atau bak kata orang 'his mouth faster then his brain..

MARI BELAJAR MATEMATIK / EDISI BANJIR Khas Buat Menteri-Menteri

Posted: 05 Dec 2013 11:38 PM PST

Kalau Menteri-menteri yang terdiri dari pemimpin UMNO yang ada tak terasa memang tebal sangatlah kulit mereka itu...

Saiful Nang menulis ;

MARI BELAJAR MATEMATIK | EDISI KHAS BANJIR

Harga sebuah khemah yang mampu memuatkan anak-anak gadis dan makcik-makcik mangsa banjir di pusat pemindahan mengikut harga di Giant = RM200 sebuah

Bilangan muatan = 4 Orang

Bilangan mangsa banjir 1 Malaysia = 40,000 orang

Bilangan khemah diperlukan = 10,000 khemah

Kos untuk beli 10,000 khemah = RM2 Juta


Modal konsert K-Pop = RM1.6 Juta 

Bilangan khemah boleh dibeli dgn kos k-pop = 8000 khemah. 

Bilangan khemah boleh dibeli dgn kos k-pop = 8000 khemah. 

Baki khemah diperlukan = 2000 khemah

Kos beli khemah berbaki = 400,000


Untung K-Pop RM140 Juta kata Pak Cik Shabery. Boleh topup untuk cover yang lebih.

Dalam tempat pemindahan dah macam tempat refugees ROhingya dah walaupun di dalam dewan tertutup.

Berapa banyak percampuran lelaki dan perempuan mampu diselamatkan.

MATEMATIK ITU MUDAH. Jumpa saya lagi untuk pelajaran seterusnya...jangan lupa...steyyyytiunnnn!!

PROF DR. HAJI CIKGU SAIFUL NANG AL-SUBANGI
Guru Kalkulus Talipinggang Hitam - 2 Dan. 

Kredit : Saiful Nang


Aku jumpa dari SINI

Tapi... pemimpin UMNO yang ada tu mana ada yang tahu malu... semua kulit muka tebal punya..

Astro untung RM2.3 Bilion.. masih tak cukup lagi?

Posted: 05 Dec 2013 10:00 PM PST

"Monopoli Astro hanya menguntungkan kroni kerajaan yang dibiayai orang ramai. Lebih teruk, perkhidmatan yuang diberikan juga tidak memuaskan.

"Sepatutnya, kerajaan jangan benarkan Astro menaikkan yurannnya sesuka hati mereka," kata jurucakap SAMM, Khairool Anuar Al-Megat dalam satu sidang media baru-baru ini.

Kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.

Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.

"Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.

"Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.

Berapa besar keuntungan Astro itu?.. ini laporannya..

Astro catat perolehan RM2.3 bilion

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) mencatatkan hasil dua digit untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13 peratus kepada RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion yang direkodkan tempoh yang sama sebelum ini.

Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan langganan produk dan perkhidmatan berbayar, pelanggan Astro NJOI, hasil purata setiap pelanggan (ARPU) serta perbelanjaan pengiklanan (Adex) televisyen dan radio.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro terus melaksanakan strategi pertumbuhan dan mengekalkan kadar aliran tunai.

Katanya, Ahli Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 2 sen sesyer, peningkatan 33 peratus berbanding 1.5 sen tahun sebelumnya.

"Suku kedua menunjukkan peningkatan jumlah langganan televisyen berbayar sebanyak 43,000 ke 3.36 juta dan pelanggan NJOI berkembang sebanyak 50,000 kepada 314,000 yang menjadikan pelanggan keseluruhan Astro 3.67 juta, bersamaan 54 peratus jumlah isi rumah di Malaysia.

"Jumlah pelanggan Astro B.yond juga bertambah sebanyak 290 ribu kepada 2.47 juta mewakili 74 peratus pelanggan televisyen berbayar secara keseluruhan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ARPU telah meningkat sebanyak tiga peratus kepada RM94.9 dengan pertambahan jumlah pelanggan yang mendapatkan produk dan perkhidmatan Astro.

Tambahnya lagi, Adex Astro telah meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM270 juta dengan TV Adex berkembang kepada 30 peratus dan iklan ke atas radio (Radex) pada 55 peratus.

"Kami amat berbesar hati untuk terus menjadi penyiar utama acara sukan. Pada tahun depan, kami akan membawakan kesemua perlawanan Liga Perdana Barclays musin 2013/2014, Piala Dunia FIFA 2014, Sukan Asian 2014 dan Sukan Komanwel 2014," katanya ~ Utusan.



Sama seperti TNB juga.. untung berbillion RM masih tak cukup lagi..

Banjir oh banjir.. Wajah sebenar parti 'pembela rakyat' terserlah..

Posted: 05 Dec 2013 06:00 PM PST


Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"?

Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?


Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)?

Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri?

Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti? Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya?

Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung?

Lebih pelik, kelibat Menteri Besar Pahang dan Terengganu pula langsung tidak kelihatan di sisi rakyat! Adakah kerana ini belum lagi musim pilihan raya umum?

Seharusnya parti yang mengaku "pembela rakyat" ini menangguhkan sidang agungnya itu serta-merta dan segera mengerahkan ahlinya yang mencecah ratusan ribu turun padang menjadi sukarelawan semasa dan pasca banjir.


Tidak cukup sekadar Presiden parti meninjau pusat pemindahan dan bersalaman dengan para mangsa banjir tanpa sebarang jaminan bantuan segera apatah lagi jaminan keselamatan para mangsa yang masih terperangkap di kediaman masing-masing.

Anehnya, Presiden parti "pembela rakyat" ini yang juga Perdana Menteri yang begitu ligat memberi pelbagai jenis bantuan berjuta ringgit hampir setiap hari sebelum PRU13 lalu sekadar memberi kenyataan bahawa "kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kepada mangsa banjir" tanpa sebarang pengumuman bantuan khusus.

Lebih menjelikkan lagi sikap segelintir ahli palimen dari parti "pembela rakyat" ini yang memperkecil-kecilkan usaha Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sehingga usul tergempar isu banjir di Kuantan yang dikemukakannya semalam ditolak mentah-mentah oleh Speaker, walaupun penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memuaskan.

Sudahlah tidak turun padang menghulurkan bantuan kepada para mangsa, terjerit-pekik pula di Dewan Rakyat menentang usaha murni Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat marhaen.

Ternyata inilah wajah sebenar pemimpin parti "pembela rakyat" ini! Mengapa begitu sukar sekali pemimpin mereka memahami bahawa dalam keadaan krisis sebegini, politik wajib diketepikan dan para pemimpin perlu bersatu mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat?

Lihat pula kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan kemudahan logistik yang terhad menjadi punca bantuan lambat disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang sedang dilanda banjir.

Persoalannya adakah ini kali pertama negara ini, terutamanya negeri-negeri Pantai Timur dilanda banjir besar? Kenyataan Menteri ini menunjukkan betapa rendah komitmen kerajaan BN yang mendabik dada kononnya mendahulukan rakyat dalam isu banjir ini.

Umum mengetahui menjelang akhir tahun, lumrahnya musim tengkujuh atau monsun timur laut akan melanda negara tetapi kerajaan langsung tidak peka akan isu-isu yang harus ditangani untuk mengelakkan kemusnahan besar ekoran bencana ini.

Tiada usaha pencegahan banjir atau peningkatan infrastruktur di sepanjang sungai-sungai seperti tebatan banjir dan sebagainya, dan tiada pula persediaan kelengkapan untuk menghadapi musim banjir saban tahun.

Lalu terjadilah situasi seperti sekarang ini; kekurangan bantuan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan asas bagi mangsa banjir, keadaan pusat pemindahan banjir yang serba kekurangan, kekurangan fasiliti untuk menyelamat mangsa di kawasan terpencil seperti bot dan helikopter.

Ironinya, kita punya sejumlah jet peribadi untuk keperluan pemimpin tertinggi negara dan anak isteri ke luar negara tanpa had peruntukan.

~ Soraya Salim

Tiada ulasan: