Anak Sungai Derhaka |
- LIVE! Di Ambang 2014 Bersama Ustaz Azhar Idrus
- Sibuk nak kutuk PR, Akhirnya Noh Omar dimalukan penyokongnya sendiri..
- Merc S300L baru untuk Ketua Menteri Pulau Pinang..
- Jangan kacau bini Najib pesan Presiden Senaman Punggung kepada Rafizi
LIVE! Di Ambang 2014 Bersama Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Dec 2013 06:25 AM PST Berlangsung di Padang Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.. siaran secara langsung ini dibawakan kepada anda semua oleh 'ZonKuliah'.. Bantu mereka untuk meneruskan projek live streaming dan rakaman "ZonKuliah" dengan menyumbang ke akaun Maybank : 557250054584 (Produksi Zonkita) atau cukup sekadar mendoakan kemurahan rezeki kepada mereka dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk istiqamah.. Jazakumullahu Khairan Katsira. Untuk update terkini sila like Facebook Page mereka : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah |
Sibuk nak kutuk PR, Akhirnya Noh Omar dimalukan penyokongnya sendiri.. Posted: 31 Dec 2013 01:15 AM PST Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini dicabar supaya mengemukakan tuntutan mereka terlebih dahulu kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat memandangkan kerajaan negeri tidak berusaha dan memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk mengurangkan kos hidup rakyat khususnya di Lembah Klang. "Sebaliknya kerajaan negeri lebih cenderung menaikkan gaji Menteri Besar, Exco dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) secara mendadak antara 87 hingga 373 peratus selain menaikkan yuran lesen perniagaan PBT antara 350 hingga 400 peratus. Semua kenaikan itu dijangka dilaksanakan mulai tahun depan. "Justeru, saya fikir pihak penganjur perhimpunan itu sepatutnya mengadakan bantahan atau protes mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor dan mendesak supaya cukai PBT diturunkan selain melaksanakan janji pilihan raya sebelum ini yang kononnya mahu mengurangkan bebanan hidup rakyat," katanya. Sebelum ini, portal berita Malaysiakini.com menyiarkan laporan mengenai penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) memutuskan untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Memetik kenyataan Pengerusi TURUN, Azan Safar, laporan protal berita itu menyatakan keputusan penganjur perhimpunan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama di antara Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. Noh berkata, pihak penganjur perhimpunan itu juga perlu menuntut kerajaan negeri supaya meningkatkan lagi pemberian air percuma melebihi daripada 20 meter padu selain memperbanyakkan pembinaan perumahan mampu milik untuk rakyat. "Mengenai GST, pembangkang akan putar belit apa sahaja langkah yang dilakukan kerajaan untuk rakyat. Sebelum ini pun apabila kerajaan bina Jambatan Pulau Pinang; lebuh raya; KLIA (Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur) dan Putrajaya, pembangkang putar belit dengan memberikan pelbagai gambaran negatif. "Akhirnya pembinaan itu mendapat penerimaan baik dan memberi kesan positif kepada rakyat sehingga ke hari ini," katanya. Itu kata Noh Omar yang sibuk mempertahankan kegagalan Najib dalam mengurustadbir ekonomi negara hingga menyebabkan defisit negara melonjak dan harga minyak serta tarif elektrik terpaksa dinaikkan untuk mengurangkan defisit.. Tapi.. tiba-tiba satu rombongan dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dilaporkan hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib. Memorandum bantahan itu berkaitan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.. yang Noh Omar pertikaikan kat atas tu... Ceh! macam ayam bapak pulak si Noh Omar ni.. nyaring berkokok tapi ekor penuh najis... tak payah nak sibuk cabar orang... betulkan dulu anak buah sendiri tu... |
Merc S300L baru untuk Ketua Menteri Pulau Pinang.. Posted: 30 Dec 2013 09:03 PM PST Akhirnya kereta baru untuk Ketua Menteri Pulau Pinang tiba juga bagi menggantikan S320L yang dah digunakan oleh Kerajaan Negeri sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri sejak dari zaman BN lagi.. Kalau tak silap S320L tersebut telah dibeli oleh Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh BN pada tahun 1995 dengan harga RM271,331 Tapi ada juga Blogger Pro PR yang tak tahu apa cerita sebenar mempersoalkan kesahehan cerita yang dilaporkan oleh PaulTan, kata dia macam tak betul saja cerita PaulTan tu.. Jangan taksub sangat... tak ada manusia yang sempurna.. tambahan pula pemimpin politik... ..... Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Lim hanya menggunakan satu kenderaan. Ketua Menteri itu mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli pada harga RM298,263.75 pada Isnin. Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218. "Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar. "Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan." Mokhtar berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri telah diadakan pada 20 November lalu dan keputusan sepakat dibuat untuk pembelian kereta mewah. "Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh Lim akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee," katanya lapor The Star PaulTan sebelum ini melaporkan... It looks like Penang Chief Minister will be rolling in 2014 in style, as his new ride with the customary PG1 number plate is a long wheelbase W221 Mercedes-Benz S300L in Palladium Silver with a grey interior. Photos of the freshly registered car uploaded by dealership personnel appeared on Facebook earlier today. According to sources, only one unit was procured from Lowe Motors, a Mercedes-Benz Malaysia dealership in Georgetown, Penang. Being a government purchase, no tax was paid on it. The car comes with a four year unlimited mileage warranty and is locally assembled in Pekan, Pahang. Given that the new W222 S-Class has already been released, this previous generation car must have been procured at quite a bit of savings. A quick check for brand new S-Class on oto.my Malaysian car classifieds reveals a brand new year 2012 unregistered car advertised by an official Mercedes-Benz Malaysia dealer for RM560k (with tax), which is a reduction of RM100k from the car's new price. The PG1 number plate used to be on an 18 year old W140 Mercedes-Benz S-Class. It was moved for a brief period to a black Toyota Camry that was part of the new fleet of Toyota Camry 2.5V purchased as the state's official car at a cost of RM113,500 per car – tax free as well. According to the Penang state government, the decision to replace the old fleet was due to the high costs in maintaining them – all the cars are more than 15 years old. "The cost of maintaining all 21 official state cars was RM370,400 in 2011, RM383,000 last year and for this year, up until now, RM301,238," said state exco member Chow Kon Yeow. The federal government will also be getting new cars – the new Proton Perdana based on the last generation Honda Accord was unveiled earlier this month, including a special stretched version for the Prime Minister ~ PaulTan |
Jangan kacau bini Najib pesan Presiden Senaman Punggung kepada Rafizi Posted: 30 Dec 2013 04:30 PM PST Kesian aku tengok Presiden Senaman Punggung ni.. bersungguh-sungguh dia mempertahankan Rosmah.. Mungkin kerana tidak dilantik kesebarang jawatan dalam GLC lagi agaknya sebab itulah dia terpaksa menunjukkan sayang tak berbelah bagi kepada Rosmah.. Lagipun orang lain yang dah cium tangan Rosmah dah diserapkan kedalam GLC dia sorang saja yang belum dapat apa-apa lagi.. Bodeklah sampai mampus... maka tak hairanlah dengan macam ni punya mentaliti angkat dia prebet sampai kepencen... Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak lagi mengganggu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dengan menabur fitnah yang tidak berasas. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan