Selasa, 3 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara nak perbodohkan rakyat. Kebodohan Hasan Malek terserlah lagi...

Posted: 03 Dec 2013 05:28 AM PST


Semakin lama semakin hairan aku.. atas kriteria apalah agaknya Najib pilih Hasan Malek ni sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan?

Mengulas mengenai kenikkan tarif elektrik sebanyak 15%.. Hasan Malek kata.. "Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.

 "…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah," katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Hasan: Jangan mudah mengamuk tarif elektrik naik

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.

Menurutnya masyarakat harus bertenang dan jangan mudah menuding jari menyalahkan semua pihak.

"Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.

"…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah," katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Menurut laporan Bernama hari ini, subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus di Parlimen petang semalam.

Dalam pada itu,Ongkili berkata, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

Beliau berkata, ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya ~ Sinar Harian

Kalau aku kata dia ni bodoh, nanti macai marah pulak tapi hakikatnya memang bodoh sama sekali..

Ramai dari kita tak terkesanpun kata dia... 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna tidak terkesan.. memang tidak akan terkesan sama sekali jika semua barang-barang keperluan dihasilkan sendiri oleh mereka.

Tetapi mereka akan terkesan apabila terpaksa membeli barangan keperluan lain yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar dalam negara ini, yang tarif elektrik mereka dinaikkan.

Sebabnya walaupun tarif elektrik bagi pengguna domestik dinaikkan 15% tapi tarif bagi industri, kadarnya dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ ,iaitu sebanyak 5.21 sen/KWJ  atau 16.85% daripada 30.94 sen /KWJ

Dimana bagi menyerap peningkatan kos pengeluaran akibat dari kenaikkan tariff elektrik itu, para pengeluar mahu tak mahu terpaksa juga menaikkan harga produk keluaran mereka.

Bermula dari makanan hingga kepada pakaian malah apa saja keperluan yang terpaksa digunakan, apa saja yang dikeluarkan menggunakan peralatan yang dikuasakan oleh elektrik pasti akan dinaikkan.

Lainlah kalau pengeluaran mereka menggunakan mesin-mesin yang beroperasi menggunakan arang batu atau nuklear, tapi ada ke mesin-mesin pengeluaran yang menggunakan arang batu dan nuklear di Malaysia ni?.

Tak akan ada pihak pengeluar yang sanggup menyerap tambahan 16.85%.. menyerap bererti rugi 16.85%...

Najib sendiri pun tak sanggup mengurbankan kemewahan Rosah dan dirinya untuk rakyat, mana mungkin kapitalis sanggup berkorban demi rakyat...

Mana ada peniaga yang sanggup untuk mengurangkan keuntungan mereka?, daripada mereka menanggung rugi lebih baik bebanan dari kos tambahan itu dipindahkan kepada pengguna.

Kalau tak mahu naikkan harga barangan keluaran mereka, pihak pengeluar bolehlah membekukan kenaikkan gaji pekerja mereka.

Tapi kalau langkah membekukan gaji itu diambil.. akhirnya aku rasa hanya towkay kilang dan isteri serta anak-anaknya sahajalah yang akan bekerja...

Macammanalah Najib boleh lantik Hasan Malek ni jadi Menteri?.. menghabiskan duit rakyat saja..

Kantoi! Bukan PAS tapi BN yang lulus pembangunan di Lembah Bujang..

Posted: 02 Dec 2013 11:40 PM PST


Semalam, ada macai-macai yang mendakwa Kerajaan PAS Kedah yang telah meluluskan pembangunan di kawasan Lembah Bujang ini..

Kononnya mereka akan dedahkan segala dokumen yang kononnya menunjukkan kelulusan telah diberikan oleh MB Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan untuk menjahanamkan kawasan ini..

Tapi hari ini dah kantoi... sebab MB Kedah yang ada sekarang ni akui kerja-kerja merobohkan dan membersihkan kawasan bersejarah ini dilakukan setelah direstui oleh BN..

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengakui bahawa kelulusan untuk membangunkan kawasan Sungai Batu dikawasan bersejarah Lembah Bujang telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional Kedah 20 tahun lalu.

Menurut beliau pemaju telah diberikan kelulusan untuk membangunkan kawasan tersebut pada tahun 1993 ketika Datuk Seri Osman Aroff menjadi Menteri Besar, tetapi kerja kerja pembersihan kawasan tersebut baru bermula Ogos lalu..

Beliau bagaimanapun melahirkan kekesalan dan rasa sedihnya tentang perkara itu..

"We feel sadness and regret over the destruction of the temple ruin. Is origins can be traced back to the 8th to 11th ccnturies, making it a heritage site that should have been preserved," Mukhriz said. 
"Temple ruins around Lembah Bujang are all heritage sites that had not been used for worship for centuries," he said.

Sedih??.. Kesal??.. kah.. kah.. kah.. lakonan jenis apa kah ini?

Kalau Masjid, Surau, Tokong dan Kuil boleh disodok mereka atas nama pembangunan.. tapak yang bersejarah ni apalah sangat...

Pelik bila aku dengar ada exco kerajaan Kedah menyatakan mereka tidak tahu kewujudan candi berkenaan.

Kemudiannya ada seorang lagi exco menyatakan bahawa beliau memandu di kawasan berkenaan dan hanya melihat pokok kelapa sawit.

Akhirnya dilaporkan, kerajaan Kedah mengarahkan pemberhentian segala kerja oleh pemaju berkenaan.

Exco kesenian, kebudayaan dan warisan Kedah pun tidak tahu tentang kewujudan candi itu apabila ia didokumentasi oleh Muzium Lembah Bujang?.. Dia buat apa? makan gaji buta ke?

Pemaju pula menggunakan alasan yang mula dipakai oleh banyak pemimpin UMNO kebelakangan ini bilamana salahlaku atau penyelewengan dikaitkan dengan mereka.

Kata Pemaju, mereka tak tahu apa bendanya yang mereka robohkan itu..


Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.

Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju. 

"Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa," katanya dipetik daripada akhbar The Star.

Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.

"Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu," katanya. Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.

"Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya," katanya.

Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.

Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah ~ The Malaysian Insider

Sultan Brunei kawal lalu lintas bila pengiringnya kemalangan..

Posted: 02 Dec 2013 07:00 PM PST


Gambar yang anda saksikan di atas, mungkin tidak akan disiarkan di Malaysia kerana ia bukannya berlaku di Malaysia, sebaliknya di Negara Brunei Darussalam.

Dalam satu kejadian, pengawal pengiring DYMM Sultan Brunei telah mengalami kemalangan jalanraya. Baginda Sultan terus keluar dari keretanya dan bertindak sebagai polis trafik yang mengawal aliran kenderaan sementara usaha menyelamatkan pengawal pengiring yang masih terbaring kesakitan dilakukan.

Ada teladan yang sangat baik untuk diperhatikan di dalam 'babak' ini.

Salah seorang khalifah Islam yang kerap keluar malam untuk melihat masalah rakyat ialah Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Syaidina Umar Al-Khattab r.a merupakan antara penentang Islam yang paling keras pada peringkat awal tetapi hatinya cair kerana mendengar pembacaan al Quran. Pada zaman jahiliahnya, Syaidina Umar Al-Khattab pernah mempersoalkan amalan menyembah berhala menerusi berhala kurma yang dimakannya. Syaidina Umar r.a juga merupakan antara orang yang paling berani melakukan solat secara terbuka di hadapan Kaabah dan diperhatikan oleh kaum Quraisy musyrikin tanpa dapat berbuat apa-apa. Bahkan Syaidina Umar r.a jugalah yang secara terang-terangan memberitahu kaumnya bahawa dia akan berhijrah ke Madinah dan mencabar sesiapa sahaja yang ingin menghalang hijrahnya dengan pedang.

Apabila dia diangkat sebagai khalifah menggantikan Syaidina Abu Bakar As-Siddiq, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan melihat masalah rakyat dan mengambil sikap bertanggungjawab sepenuhnya. Dia tidak melakukan kempen-kempen retorik yang mempersalahkan pihak lawan sebaliknya melihat sendiri sepertimana dalam cerita termasyhur berkenaan gadis penjual susu dan ibunya, selain cerita tentang Syaidina Umar r.a menanggung guni gandum untuk diberikan kepada seorang ibu yang merebus batu untuk anak-anaknya yang sedang kelaparan. Syaidina Umar r.a tidak sahaja menggalas guni gandum, bahkan mengisarnya menjadi tepung dan kemudian memasak untuk keluarga tersebut sebagai menebus kesilapannya kerana alpa walaupun pada masa yang sama, sebagai kepala kerajaan, Syaidina Umar r.a ada pegawai-pegawai yang telah ditugaskan untuk menangani masalah rakyat.

Dalam sejarah kesultanan Melayu pula, antara sultan yang pernah meneladani sikap Syaidina Umar Al-Khattab adalah, Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka Ke-7 yang memerintah dari tahun 1477-1488. Antara cerita popular tentang satu-satunya Sultan Melaka yang makamnya di Malaysia selepas Parameswara yang dimakamkan di Tanjung Tuan, Port Dickson, adalah tentang rondaan malam yang dilakukannya dan hasilnya baginda berjaya menangkap pencuri dan perompak sekaligus menyanggah laporan Temenggung yang mengatakan Melaka dalam keadaan selamat.

Aku copy dari SINI 

Adakah Najib akan gadai Malaysia pada 7 Disember ini?

Posted: 02 Dec 2013 05:36 PM PST


PADA 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia.

Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini.

"Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar.

"Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti," katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu.

Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada?

Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing.

Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP.

Antara persoalan dibangkitkan NGO di negara ini adalah mengapa Malaysia begitu mahukan TPP walaupun pelbagai FTA sedia ada dan akan datang dianggap mencukupi untuk pasaran eksport negara.

Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Malaysia telah pun mempunyai FTA dua hala dengan semua negara peserta TPP kecuali AS, Kanada, Mexico dan Peru.

"Daripada semua negara ini, pasaran terbesar adalah AS, jadi mungkin hujah digunakan (untuk sertai TPP) adalah untuk meningkatkan eksport barangan Malaysia ke AS apabila cukai untuk menghantar barangan atau perkhidmatan ke negara itu dihapuskan," menurut MTEM.

Namun, kajian MTEM menunjukkan 75 peratus barangan Malaysia yang dieksport ke AS pada masa ini memasuki negara itu dengan kadar cukai 0.2 peratus sahaja atau tanpa cukai sama sekali.

"Manfaat yang akan diterima daripada penghapusan cukai jika Malaysia sertai TPP mungkin dalam sektor tekstil dan seramik sahaja.

"Bagi tekstil, untuk memasuki pasaran AS tanpa cukai, pengeluar pakaian perlu membeli benang dari AS yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan China," menurut kajian itu.

Bagi sektor seramik pula, MTEM berkata jumlah cukai yang perlu dibayar pengeluar seramik di Malaysia untuk menghantarnya ke AS hanya US$1.1 juta (RM3.54 juta) daripada nilai eksport keseluruhan US$19 juta (RM61 juta) tahun lalu.

"Kalau (nilai) ini saja yang kita dapat jimatkan dengan penyertaan Malaysia dalam TPP, berbaloikah untuk sertai TPP sedangkan banyak sektor lain seperti perolehan kerajaan perlu dibuka kepada syarikat luar, harga ubat akan lebih mahal dan kawalan modal (bagi pasaran kewangan) tidak boleh dilakukan?" soal MTEM.

Negara terdesak mahu tandatangani TPP

Di sebalik tentangan tanpa henti pelbagai pihak, TPP kini tiba di peringkat akhir rundingan, dengan ramai pemerhati menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan di Singapura, Sabtu ini.

Profesor undang-undang Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey berkata, TPP akan hanya boleh dicapai jika negara peserta berkompromi secara berbahaya pada perjumpaan di Singapura nanti.

"Perjumpaan ini juga akan melihat menteri-menteri perdagangan (negara TPP) membuat keputusan yang sepatutnya dibuat antaranya oleh menteri kesihatan, kerajaan tempatan dan menteri alam sekitar.

"Dan tentu sekali, mereka akan membuat keputusan ini secara rahsia," katanya melalui tulisan beliau dalam akhbar The New Zealand Herald bertarikh 29 November lalu.

Beliau turut mempersoal bagaimana rundingan TPP yang pada Oktober lalu seolah hampir mustahil untuk mencapai persetujuan, kini dilihat akan tetap ditandatangani negara peserta.

"Bulan lalu (Oktober), lebih separuh daripada 29 bab dalam TPP mempunyai banyak isu serius yang belum diselesaikan. Apa yang membuatkan rundingan ini hampir pasti ditandatangani sekarang?

"Ini kerana perunding bekerja mengikut mandat diberikan menteri. Mereka perlu mengikut arahan yang diberikan menteri.

"Tetapi (untuk mencapai tahap akhir rundingan ini) banyak benda perlu dikorbankan dan perunding akan memberi senarai ini kepada menteri untuk membuat keputusan pada mesyuarat di Singapura nanti," katanya.

Rakyat Malaysia setakat ini boleh menarik nafas lega kerana teks rundingan TPP yang didedahkan laman web pembocor rahsia Wikileaks baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia menentang keras beberapa permintaan utama AS dan negara lain termasuk untuk memanjangkan tempoh hak cipta ubat-ubatan yang boleh menyebabkan harga ubat baru kekal mahal bagi tempoh lebih lama.

Masa depan kita kini berada dalam tangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, yang akan membawa bersama harapan dan kebimbangan Malaysia dalam mesyuarat di Singapura nanti.

Adakah Tok Pa akan terus mempertahankan hak Malaysia dalam rundingan TPP seperti yang telah dilakukannya sehingga kini atau adakah kerajaan akhirnya akan tunduk kepada permintaan negara TPP lain pada 7 Disember ini?

~ Sinar Harian

Tiada ulasan: