Jumaat, 27 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York.. Duit dari menabung sejak kecil ke?

Posted: 27 Dec 2013 07:39 AM PST


Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.



Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008 ~ Malaysiakini

pendedahan lengakap oleh sarawak report sila baca di SINI

Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri

Posted: 27 Dec 2013 05:08 AM PST


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.

"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.

"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.

Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.

"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.

Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.

"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.

Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.

Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa.

~ The Malaysian Insider

Pesan Mahathir kepada Najib.. Kurang kos, bukan naik harga..

Posted: 27 Dec 2013 03:33 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

"Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri," katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

"Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar," katanya.

Dalam pada itu, kata Dr Mahathir, pembaziran mampu dielakkan sekiranya kerajaan serius bertindak dan mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan.

"Kerajaan ada kalanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam sebarang bentuk perbelanjaan.

Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya," kata beliau.

Selain itu, katanya, pendapatan negara boleh ditingkatkan melalui pengurangan kos pengeluaran berbanding menggunakan pendekatan menaikkan harga.

"Konsep 'cost down' merupakan salah satu alternatif terbaik bagi mengelakkan pembaziran sekali gus mampu menjana pendapatan.

Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan.

Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimumkan kenaikan harga," katanya.

Jelas Dr Mahathir, perkara sama boleh dilakukan kerajaan. "Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara namun pada masa yang sama menyifatkan bebanan tersebut tidak harus digalas oleh rakyat sepenuhnya.

2 Disember lalu, Kerajaan mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuat kuasa Januari tahun depan.

Pada 2014, kerajaan dijangka akan menaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini. Tambang pengangkutan awam LRT dan monorel juga dijangka dinaikkan ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: