Anak Sungai Derhaka |
- Tarif elektrik naik: IKS dilarang naikkan harga produk kata Timbalan Menteri
- BERSIH 4.0 Nak Guna Bom : NGO Desak KDN Ambil Tindakan Tegas
- Apahal pulak Ridhuan Tee nak marah UMNO/BN pasal harga barang naik ni?
- Tahniah dari Dr. Maza buat macai...
- Ahmad Maslan dibelasah pemimpin PR kerana kenyataan bodohnya tentang GST..
- Dulu taksub sangat.. Sekarang rasakanlah!
Tarif elektrik naik: IKS dilarang naikkan harga produk kata Timbalan Menteri Posted: 23 Dec 2013 08:31 AM PST Ni sorang lagi Timbalan Menteri lantikan Najib yang bercakap dulu berfikir kemudian.. sama seperti kebanyakkan Menteri dan Timbalan Menteri lain yang dipilih oleh Najib walaupun ditolak oleh rakyat.. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Mahdzir Khalid telah memberikan amaran kepada para pengeluar yang dikategorikan sebagai Industri Kecil dan Sederhana agar tidak menaikkan harga keluaran mereka sewenang-wenangnya berikutan kenaikkan tarif elektrik sebanyak 16%. Kenaikkan tersebut menurutnya tidak membebankan mereka kerana TNB mempunyai kadar tarif baru berdasarkan kategori industri. "Bagi industri-industri berskala kecil dan sederhana, kami tidak akan mengenakan kenaikan 16 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Pintar yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional di Pendang Lake Resort, di sini, semalam.. Manufacturers warned against price hikes PENDANG: The government has warned industrialists not to arbitrarily increase prices of their products following the 16% power tariff hikes for industries. Energy, Green Technology and Water Deputy Minister Mahdzir Khalid warned manufacturers not to use the hikes as an excuse to up prices. He said the rate was not burdensome because Tenaga Nasional Berhad (TNB) had new tariff rates based on the industrial categories. "For small and medium-scale industries, we won't impose the 16 percent increase," he told reporters at the closing of a Smart Programme organised by Universiti Tenaga Nasional at Pendang Lake Resort, here, yesterday -Bernama IKS tak boleh naikkan harga produk keluaran mereka katanya sebab IKS tak dikenakan kenaikkan tarif sebanyak 16% tu.. Memanglah tarif elektrik bagi IKS tidak dinaikkan sehingga 16% tapi dinaikkan sebanyak 10.1%.. Ni dari website Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, tak tahulah samada Timbalan Menteri tu tahu atau tidak IKS tak dikenakan kenaikkan tarif 16% tapi 10.1%. Implikasi Penyelarasan Kadar Tarif Elektrik ke atas Pengguna Komersial dan Industri • Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 10.7% atau RM8.40 sebulan. Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan secara kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 10.1% atau RM7.00 sebulan. • Bagi pengguna komersial voltan sederhana dan tinggi seperti kompleks membeli belah, kompleks pejabat kerajaan dan hotel, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing. Begitu juga bagi pengguna industri voltan sederhana dan tinggi seperti kilang, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing. • Pengguna industri yang kos elektriknya melebihi 5% daripada kos keseluruhan operasi telah diberi keistimewaan untuk menikmati Tarif Industri Khas (TIK) yang dalam lingkungan 6% hingga 13% lebih rendah daripada tarif industri biasa. Memandangkan pemberian SIT adalah tidak selari dengan dasar penjimatan tenaga, maka dicadangkan supaya SIT ditarik balik secara berperingkat di mana kadar tarif SIT dinaikkan sebanyak 18.8%, iaitu sekitar 2% lebih tinggi daripada kenaikan tarif industri biasa. Jadi.. kesimpulannya kos operasi pengeluaran bagi setiap IKS akan meningkat sebanyak 10.1%, jadi mahu atau tidak ianya tetap perlu dipindahkan keluar dari tanggungan pihak pengusaha IKS. Dan untuk mengekalkan keuntungan mereka selain dari meningkatkan pengeluaran, memaksimakan tenaga kerja dan membuang pekerja ialah naikkan harga produk keluaran mereka... 10.1% tu banyak buat IKS.. TNB yang untung berbillion RM setiap tahun boleh naikkan harga.. tapi IKS yang untungnya tak seberapa tak boleh?.. Kenapa agaknya? | ||||
BERSIH 4.0 Nak Guna Bom : NGO Desak KDN Ambil Tindakan Tegas Posted: 23 Dec 2013 03:21 AM PST Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, laman sosial tersebut semakin terdesak sehingga mengatakan akan menggunakan bom pada perhimpunan tersebut. "Kita minta pihak KDN pandang serius terhadap laman sosial facebook perhimpunan BERSIH 4.0. "Isu ini semain serius kerana mereka mahu menggunakan bom, disebabkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan keras terhadap penganjuran BERSIH 1,2 dan 3 , mereka pada hari ini terlalu berani untuk menggulingkan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tegasnya, pihak NGO sendiri akan bertindak menghalang penganjuran BERSIH 4.0 sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pihak terlibat "Sekiranya insiden pada 31 Disember ini berlaku, kalau pihak KDN tidak ambil berat atau pun tidak ambil tindakan tegas kita akan berkumpul beramai-ramai dihadapan KDN untuk menyerahkan satu nota bantahan. "Kita akan mendesak Menteri KDN yang sedia ada harus bertanggungjawab dalam isu ini," katanya. Tambahnya lagi, pihak IKHLAS bersama NGO-NGO lain akan berkerja sama dengan KDN akan bertindak sekiranya insiden ini membabitkan nyawa rakyat tempatan lapor RakyatNews Wahhh!!! ni dah tahap bahaya gila ni.. dulu guna molotov koktail sekarang pulak nak guna bom.. dah melampau penyokong-penyokong PR ni.. Tapiii.. 31 Disember ni himpunan BERSIH 4.0 ke?.. setahu aku nama himpunan yang digerakkan oleh SAMM itu namanya 'Protes Rakyat Ambang 2014' bukannya BERSIH 4.0 Kata Edyes "Himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata.. sepenuhnya sila baca di SINI Mana pulak datangnya cerita ada perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ni? Pengerusi BERSIH sendiri pun tak pernah umumkan akan adakan himpunan BERSIH pada 31 Disember ini, sebab katanya BERSIH pasti akan diadakan melainkan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) memberi tindak balas terhadap tuntutan-tuntutan yang telah dibuat... tarikhnya bila?.. entahlah.. Yang aku pasti ialah perhimpunan BERSIH 4.0 ini telah dilancarkan oleh macai pada bulai Mei 2012 dan menurut wakil peniaga yang menggerakkan BERSIH 4.0 itu lebih 150,000 dijangka akan hadir..
Ni dah jadi kes 'Friendly Fire' nih... tertembak gang sendiri... kah..kah..kah.. | ||||
Apahal pulak Ridhuan Tee nak marah UMNO/BN pasal harga barang naik ni? Posted: 22 Dec 2013 11:51 PM PST Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, hari ini memberi amaran bahawa kumpulan pengundi Melayu yang mula marah kepada kerajaan BN disebabkan kenaikan mendadak beberapa barangan termasuk tol akan menyokong PR dalam pilihan raya umum akan datang. Malah, beliau turut menyuarakan kebimbangan jika parti pembangkang yang digelarnya sebagai "ultra kiasu" cenderung kepada Islam, Umno sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini. "Peringatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu. Kempen mereka sedang berjalan... Jangan sakiti hati Melayu KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu. Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan. Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya. Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah. Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong. Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga. Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya. Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah. Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura. Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara. Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya. Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik. Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah. Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti. Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup. Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun. Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu. Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam ~ Sinar Harian Apahal pulak Ridhuan Tee nak marahkan UMNO/BN ni? macai sendiri pun tak marah dengan kenaikkan harga barang ni.. apahal pulak dia nak menyibuk.. Lantaklah UMNO/BN nak naikkan harga barang berapa banyak sekalipun, sebab kata Ibrahim Ali UMNO/BN berhak menaikkan harga barang sebab diaorang dah menang pilihanraya.. baca di SINI Dulu sebelum PRU13 dia jugak yang sibuk bagai nak rak pertahankan UMNO/BN.. lepas PRU baru dia sedar kebodohan pemimpin UMNO? Itulah.. orang kata 'Jangan sokong membawa rebah...' berpada-pada, ada otak gunakan jangan simpan.. sekarang nasi sudah menjadi bubur, yang disokong merebahkan yang menyokong.. Nasib kitalah... kerana bodohnya 47% yang menyokong UMNO/BN pada PRU13 lalu seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung.. | ||||
Tahniah dari Dr. Maza buat macai... Posted: 22 Dec 2013 09:17 PM PST Secara amnya jika Dr. Maza mengucapkan tahniah buat seluruh rakyat Malaysia kerana memilih untuk mengekalkan UMNO/BN sebagai kerajaan ianya adalah kurang tepat. Kerana PRU13 yang lalu telah membuktikan hanya 47% rakyat Malaysia? telah memilih untuk mengekalkan UMNO/BN sebagai kerajaan dan bakinya telah menolak UMNO/BN sebagai kerajaan. Oleh sebab itu ucapan tahniah ini sewajarnya ditujukan kahs buat 47% pengundi yang telah berjaya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana sentiasa menaikkan taraf hidup rakyat.. | ||||
Ahmad Maslan dibelasah pemimpin PR kerana kenyataan bodohnya tentang GST.. Posted: 22 Dec 2013 07:21 PM PST Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam. "Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur. Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan. Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu. "Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit," katanya. Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200. "Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya. Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST). "Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya. "Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST. Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang. "Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti. "Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos. "Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang," kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu. Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal. "Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR," katanya. Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya. Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST. "Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak. GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu. Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015. Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut. "Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam. "Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan," katanya. Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. | ||||
Dulu taksub sangat.. Sekarang rasakanlah! Posted: 22 Dec 2013 04:30 PM PST September lalu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir telah memberikan teguran supaya kerajaan yang ada iaitu Kerajaan Barisan Nasional jangan boros.. Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi. "Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang. "Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi," katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013 pada 5 September 2013. Malangnya daripada memotong perbelanjaan mereka pentadbiran Najib memilih untuk memaksa rakyat memotong perbelanjaan rakyat sendiri ekoran dari kenaikkan harga barang. Dalam lain ayat biarpun yang gagal dalam menguruskan ekonomi negara dan boros ialah Rosmah dan Najib serta kabinetnya mereka meletakkan kegagalan mereka itu ke atas bahu rakyat. Nampaknya tindakan pentadbiran Najib ini bukan sahaja dipertikaikan oleh majoriti rakyat, malah Blogger-blogger yang suatu masa dulu amat taksub dengan Rosmah dan Najib turut mempertikaikannya.. Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang. Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu. Rata-rata tidak puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol. Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak. "Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah. "Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan," kata blog tersebut. Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis. "Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis. "Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat," katanya. Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13. "Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah 'Janji Ditepati'? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini. "Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya. Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam. "Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar. "Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari," katanya dipetik blog berkenaan. Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu). "Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada? "Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya. Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle. Dah terhantuk baru nak terngadah??... Dulu taksub sangat sekarang bersamalah kita tanggung akibat dari mengekalkan yang boros dan bodoh sebagai pemimpin negara... Zaid Ibrahim juga pernah menyuarakan mengenai Kerajaan yang boros dan kaitannya dengan harga barang pada tahun 2011 dulu.. baca di ( SINI ) Tapi masih ada yang bebal untuk menyokong UMNO dan BN pada PRU13 yang lalu.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan