Sabtu, 21 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga Barang Naik Sebab Gaji ADUN Selangor Naik?.. Bodohnya perbandingan Najib ni..

Posted: 21 Dec 2013 07:43 AM PST


Dah tepu agaknya daya berfikir Najib ini.. dalam terkial-kial untuk mencari alasan yang boleh diterima rakyat beliau membandingkan kenaikkan harga barang dengan kenaikkan gaji ADUN-ADUN Selangor..

Secara tidak langsung ianya membenarkan apa yang didakwa oleh Tun Mahathir, dalam UMNO orang yang lebih bodoh biasanya dilantik sebagai pemimpin tujuannya ialah supaya mudah untuk diperbodohkan oleh yang melantiknya.

Oleh itu tidak hairanlah walaupun beliau telah menjadi Ahli Parlimen sejak dari 1976 lagi dan pernah menjadi Timbalan Menteri, Menteri dan bekerja di bawah tiga Perdana Menteri, Najib terpaksa membelanjakan RM7.2Billion untuk mendapatkan khidmat pakar runding.

Hujahnya sama dengan hujah macai-macai yang sering membandingkan apa yang BN lakukan dengan apa yang PR telah lakukan, walaupun ianya tiada kaitan sama sekali..

Siapa naikkan harga dulu, soal Najib
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.
Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.
"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.
Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ~ Sinar Harian

Samada Najib menerima nasihat dari orang yang bodoh atau beliau sendiri yang bodoh hanya Allah SWT yang mengetahuinya..

Tetapi dalam hal menaikkan harga barang ini, Najib sendiri telah menaikkan harga minyak hanya beberapa bulan setelah BN kembali berkuasa dengan sokongan 47% rakyat yang telah berjaya diperbodohkan mereka..

Berselindung disebalik ayat yang berjaya memperbodohkan ramai ahli UMNO iaitu 'subsidi dikurangkan', Najib telah mengumumkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliterSeptember lalu.. sila baca di SINI

Manakala gaji dan elaun Speaker, Timbalan Speaker, ADUN dan MB Selangor telah diumumkan kenaikkannya pada November lalu dan ianya berkuatkuasa Januari 2014.

Manakala gaji dan elaun ADUN Sarawak jga naik lebih awal dari Selangor.. tak nampak atau buat-buat tak nampak ni Najib?

Tapi dalam hal ini walaupun gaji dan elaun Speaker, Timbalan Speaker, ADUN dan MB Selangor naik ianya tidak memberikan bebanan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor sendiri berbanding dengan tindakan Najib menaikkan harga minyak dan juga berbagai-bagai lagi..

Kerajaan Selangor mampu untuk membayar jadi tak salah jika gaji ADUN Selangor dinaikkan asal jangan dijual atau digadai harta milik negeri cukuplah..

Dan perlu juga Najib ketahui, bukan Wakil Rakyat dari PR yang bising tentang kenaikkan harga barang itu, tetapi rakyat marhaen sendiri.. cuba korang baca komen-komen yang ada dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider, Sinar Harian dan berbagai lagi portal berita yang ada.. Rakyat sendiri atau Wakil Rakyat yang menyuarakan bantahan?

Semuanya kerana 47% yang bodoh menyokong BN pada PRU13 yang lalu.. yang bodoh dan boros tetap mahu dijadikan pemimpin mereka..

'The Heat' digantung bukan kerana siar laporan keborosan Rosmah dan Najib .. betulke?

Posted: 21 Dec 2013 05:24 AM PST


Akhbar mingguan The Heat digantung kerana mereka tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

"Permit penerbitan The Heat mensyaratkan pemilik untuk memberitahu KDN jika berlaku pertukaran pemilikan.

"Tambahan pula, permit adalah untuk akhbar perniagaan mingguan.

Bagaimanapun, syarat-syarat ini dilanggar," kata KDN dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Akhbar mingguan The Heat yang dilancarkan September lalu digantung pada minggu ini selepas menerima surat tunjuk sebab kedua daripada KDN.

Sebelum ini, KDN menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas," kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.

KDN berkata, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata penggantungan akhbar The Heat berkuatkuasa serta merta selepas diberikan surat tunjuk sebab.

Beliau berkata, ia merupakan prosedur biasa sementara menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab, sebelum tindakan selanjutnya daripada KDN.

"Penerbit mempunyai masa sehingga 24 Disember untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka," kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.

Najib, setelah mengambil alih pucuk pimpinan daripada Tun Abdullah Badawi, mengumumkan beberapa langkah ke arah ruang demokrasi, termasuk kelonggaran sekatan terhadap media.

Bagaimanapun, tindakan menggantung The Heat dilihat sebagai percubaan mengembalikan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menunjukkan kawalan ketat ke atas media.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ia disebabkan oleh rencana muka depan akhbar itu bertajuk "All eyes on big spending Najib"dalam edisi 23-29 November, 2013.

Kerajaan BN pajak harta negara untuk kurangkan defisit?

Posted: 20 Dec 2013 09:21 AM PST

Jika perkara sebegini dibiarkan berterusan.. maka tak hairanlah jika akhirnya.. Bumi dipijak kini milik orang...

Ini adalah cara paling mudah untung mengurangkan defisit negara ekoran dari borosnya Najib dalam mentadbir negara.

Jika benar apa yg dikata dan dinyata, pemimpin-pemimpin UMNO yang memimpin negara kita jelas kelihatan muflis idea dan muflis daya usaha untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat...

Tidak mustahil dan tidak hairanlah kalau semua kos hidup di negara kita semakin tinggi dan meningkat setiap masa.

Oleh itu PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.


Kerajaan BN Jual Aset Negara Untuk Capai Sasaran Defisit

Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara. Sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Untuk menurunkan defisit, KEADILAN telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan. Ini akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi. Malah, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, KEADILAN yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.

Keengganan Dato' Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat. Kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Dato' Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.

Lebih memeranjatkan, Dato' Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan.

Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu "Malaysia Economic Monitor: December 2013" pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:

"… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…"

Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

20 DISEMBER 2013

Tiada ulasan: