Isnin, 2 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siling Dewan Canselor TATiUC Di Kemaman, Terengganu Runtuh..

Posted: 02 Dec 2013 06:24 AM PST


Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi.

Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu.

Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu.

Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.

Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Sumber info dari SINI

Kerajaan jamin tarif elektrik mampu dibayar

Posted: 02 Dec 2013 04:54 AM PST


Kerajaan terus memberi jamin bahawa semua lapisan masyarakat akan menikmati tarif elektrik mampu dibayar walaupun ia telah menyemak semula harga gas asli untuk Semenanjung.

Ketika mengumumkan tarif baharu itu hari ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata subsidi 16.2 sen setiap kilowatt jam (kWh) akan dikekalkan untuk pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik dalam kategori 0-200kWh/bulan.

Ini bersamaan 74 peratus purata tarif dalam kategori pengguna.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengekalkan subsidi 14.1 sen/kWh atau 59 peratus daripada purata tarif untuk pengguna domestik dalam kategori 201-300kWh/bulan.

Ongkili berkata demikian ketika mengumumkan semakan tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan, yang melibatkan pengguna industri dan komersial manakala sejumlah besar pengguna domestik, tidak terjejas.

Purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWh (atau 14.89 peratus) daripada purata semasa 33.54 sen/kWh, kepada 38.53 sen/kWh.

Sejak 1997, katanya kerajaan telah menetapkan harga gas domestik pada tahap lebih rendah daripada kadar pasaran untuk menjamin semua lapisan masyarakat menikmati tarif elektrik mampu dibayar.

Ongkili berkata subsidi itu, atau lebih tepat lagi hasil yang hilang bagi tahun lepas ialah sebanyak RM12 bilion.

"Sebagai rancangan berterusan, rasionalisasi subsidi dan langkah ke arah mekanisme harga gas berdasarkan gambaran pasaran telah dipertimbangkan sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara," katanya.

Di samping itu, kerajaan harus menjamin bahawa syarikat utiliti terus membaiki prasarana bekalan elektrik dan operasi, dan oleh sebab itu mereka perlu menanggung beban kos menjana dan membekal elektrik yang meningkat.

Di Malaysia hari ini, minyak fosil ialah sumber utama bahan bakar untuk menjana elektrik. Di Semenanjung Malaysia, 94.8 peratus daripada campuran bahan bakar berasal dari bahan fosil iaitu gas (51.5 peratus) dan arang batu (43.3 peratus).

Baki campuran bahan bakar itu disumbangkan oleh hidro (4.2 peratus) dan sumber tenaga boleh baharu (satu peratus). - Bernama

Tarif elektrik sah naik 15 peratus mulai Januari 2014.. Macai tentu gembira..

Posted: 02 Dec 2013 12:32 AM PST



Pada 18 Julai 2013 yang lalu Tenaga Nasional Bhd mengumumkan mereka mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.042 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei, 2013, berbanding RM980.30 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM9.648 bilion daripada RM9.191 bilion, kata syarikat kuasa nasional itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun sikap tamak haloba yang ada dalam diri pihak pengurusan mereka, keuntungan tersebut masih tidak cukup buat mereka.

Mereka yang kebanyakkannya terdiri dari kroni UMNO/BN mahukan untung yang lebih berlipat ganda.. malangnya mereka tidak tahu memikirkan bagaimana untuk menjana keuntungan selain dari menyusahkan rakyat.

Daripada memikirkan penjimatan dan pengurusan yang lebih baik untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi mereka memilih jalan mudah iaitu menaikkan taraf elektik.

Alasan baru pula diguna kali ini.. kononnya pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk kestabilan ekonomi.


Tarif elektrik naik kuat kuasa 1 Januari 2014

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89 peratus) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (atau peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

Tarif elektrik baharu bagi Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di bangunan Parlimen hari ini.

Jelasnya, program merasionalisasikan subsidi itu menjimatkan beban kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas untuk penjanaan kuasa.

Katanya, selaras dengan dasar melindungi kebajikan pengguna berpendapatan rendah, tiada kenaikan terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah.

"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah," katanya. - UTUSAN ONLINE.



... Tahniahlah buat macai-macai semua.. kebodohanmu menjadi beban kepada rakyat jelata kini....

PAS Pulau Pinang akan peroleh Pesuruhjaya yang baru?

Posted: 01 Dec 2013 11:35 PM PST


Ramai yang tertanya-tanya mengapa PAS tidak melantik semula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang sedia ada iaitu Datuk Mohd Salleh Man tetapi menangguhkannnya hingga 17 Disember nanti.

Aku kurang pasti sebenarnya yang sedang berlaku, tapi khabar angin mengatakan PAS Pulau Pinang bakal memperolehi seorang Pesuruhjaya yang baru..

Dan pesuruhjaya tersebut dikatakan ada kaitan dengan sidang media yang mencetuskan kontroversi di atas dimana akibat dari sidang media yang dianggap oleh banyak pihak sebagai 'kurang cerdik' itu..

Pesuruhjaya PAS yang sedia ada menjadi sasaran kecaman dari pelbagai pihak yang menyokong PR.. banyak cerita sebenarnya tentang sidang media itu.

Bagaimanapun bersamalah kita nantikan bagaimana hasilnya usaha gigih individu yang dikatakan sedang giat melobi untuk mendapatkan jawatan Pesuruhjaya PAS itu.

Kalau berjaya.. TAHNIAH diucapkan dan tak lupa juga takziah diucapkan kepada yang bakal dipijak oleh individu yang hendak menguasai jawatan itu.

Berikut adalah Kenyataan Media dari TG Haji Hadi memaklumkan Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015..


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :

1.Setiausaha Agung PAS - Dato' Hj Mustafa Ali.
2.Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob.
3.Ketua Penerangan - YB Dato' Mahfuz Omar.
4.Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli.

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah.
1.Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob.
2.Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat.
3.Pahang – Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
4.Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan.
5.Melaka – Sdr Adly Zahari.
6.Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani.
7.Selangor - YB Iskandar Abdul Samad.
8.Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria.
9.Kedah - YB Dato' Mahfuz Omar.
10.Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli.
11.W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad.
12.Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling.
13.Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid.

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari :.

1.YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah.
2.Dato' Abu Bakar Chik.
3.Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos.
4.Tn. Hj. Mohd Hussin.
5.Tn. Haji Asmuni Awi.
6.Zulkiflee Mohd Omar.
7.Dr Muhaimin Sulam.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti..

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas..


Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PRESIDEN PAS

Benarkah Peniaga Melayu di Up Town Bandar Perda dizalimi MPSP?.. Ini penjelasannya.. bacalah!

Posted: 01 Dec 2013 04:00 PM PST


Mulanya aku malas nak kisah tentang video yang disebarkan oleh ramai macai-macai UMNO melalui Blog dan juga laman Facebook ini.. sebab ianya bukanlah satu insiden yang baru berlaku tapi sudah hampir tiga bulan berlalu ianya berlaku.

Oleh itu aku anggap macai-macai UMNO yang menyebarkannya itu sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan PR Pulau Pinang..

Tetapi memandangkan ada beberapa pihak yang mahu aku menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan video tersebut juga telah tersebar meluas dilaman Facebook dan Blog, mahu tak mahu aku cari juga jawapan dan juga penjelasan sebenar dari pihak yang sepatutnya..

Ulasan macai tentang insiden ini..

Percaya atau tidak, INILAH REALITI yang terpaksa kita TELAN walaupun pahit. Sy pun tak tahu di mana silap dan puncanya.

Pendedahan video ini sebenarnya bukan isu baru dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak PBT. Nak salahkan pegawai-pegawai ini pun tidak adil sepenuhnya kerana mereka terikat kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Bukan setakat di Penang, tetapi sy percaya hampir di seluruh negara. Pergilah lihat di bandar-bandar atau pekan yang majoritinya Cina sebagai pengusaha utama di kawasan tersebut. Habis jalan-jalan dan kawasan letak kereta dipenuhi meja2 makan atau gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga "TANPA SEBARANG TINDAKAN".

Rasanya tak perlulah sy nak zoom satu-satu gambar atau kawasan yang berkaitan, rasanya perkara ini dah "TERANG LAGI BERSULUH".

Berbalik kepada posting ini, sy amat yakin dan percaya bahawa Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap lahanat yang biadap sudah tentu senyum sahaja melihat drama ini. Penguatkuasa melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen.

Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan yang diambil tersebut.

Seperti video dibawah, peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa seperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng, Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam.

Anda sudah tentu tahu jawapannya kan.....?

Berikut adalah video yang tersebar itu..



Insiden ini bukanlah berlaku baru-baru ini tetapi ianya telah berlaku sekitar 10 Oktober 2013 yang lalu.. ianya berlaku di hadapan sebuah premis perniagaan di Bandar Perda, bersebelahan dengan UpTown Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Cara Penguatkuasa MPSP itu bertindak pada awalnya agak keterlaluan dan kekasaran yang mereka lakukan sememangnya akan menimbulkan kemarahan siapa sahaja..


Sebaiknya mereka menggunakan sedikit budi bicara, elakkan provokasi bukannya menyerbu macam samseng.. Proffesionallah sikit...

Dan aku sememangnya bersetuju dengan pendapat salah seorang peniaga yang berada ditempat kejadian itu.. bukan kerana aku kawan dia tapi kerana apa yang terpapar pada awal rakaman video itu menunjukkan begitu.

Menurut beliau lagi peniaga tersebut sememangnya telah mendapat notis untuk menghentikan perniagaan kerana permit untuk meja tambahan tidak dikeluarkan kepada premis induk yang hadapannya telah disewakan sebanyak RM600 sebulan kepada peniaga yang dikenakan tindakan itu kerana premis induk itu bukanlah menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

Ianya berbeza dengan sebuah lagi premis perniagaan yang berhampiran, premis tersebut diberikan permit untuk meletakkan meja tambahan kerana operasinya berasaskan makanan.

Dan berikut pula adalah penjelasan dari Ketua WHIP Ahli Majlis MPSP, Saudara Amir Ghazali mengenai insiden ini..

Kejadian ini telah berlaku hampir tiga bulan yang lalu dan ianya telah berlaku apabila tempoh kelonggaran yang diberikan oleh pihak Majlis dalam bulan Ramadhan lalu tamat.

Lokasi ini (hadapan Kedai Emas) sememangnya merupakan satu kawasan yang tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti perniagaan berasaskan makanan.

Atas dasar perikemanusiaan, pihak Majlis sebelum itu telah memberikan kelonggaran kepada peniaga yang dikenakan tindakan itu untuk beroperasi dari jam 12 tengah malam hingga ke pagi, namun peniaga tersebut telah memulakan perniagaannya lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Selain itu, tindakan terpaksa diambil setelah langkah peniaga tersebut yang memulakan perniagaan lebih awal dari yang dibenarkan ditempat yang tidak dibenarkan dipertikaikan oleh peniaga-peniaga yang lain.

Untuk makluman dalam bulan Ramadhan pihak MPSP telah menyediakan hampir 400 tapak perniagaan kepada peniaga yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu dengan syarat perniagaan tersebut dijalankan pada bulan Ramadhan sahaj.

Bila berakhirnya bulan Ramadhan keseluruhan perniagaan dihentikan kecuali 65 tapak asal dibeberapa lokasi yang telah diberikan permit untuk meneruskan perniagaan, namun begitu sehingga kini terdapat 210 yang diberikan kelonggaran oleh pihak Majlis.

Berbalik kepada isu peniaga itu tadi, beliau sebelum ini menjalankan perniagaan Char Kue Toew disitu, bayangkan dengan ekzos fan dihala kearah jalan, lantai yang berminyak dan kesesakan lalulintas yang timbul akibat perniagaannya sudah pasti lokasi tersebut tidak sesuai untuk perniagaan makanan tersebut.

Dalam hal ini peniaga tersebut dipercayai telah diberikan nasihat yang salah oleh pemilik premis yang menyewakan tapak perniagaan itu kepadanya.

Berulang kali nasihat telah diberikan, berpucuk-pucuk notis telah dikeluarkan, berbincang secara berhemah juga telah dilakukan namun tidak diendahkan.

Jika 400 peniaga yang lain patuh kepada arahan pihak Majlis, wajarkan pihak Majlis tunduk dan biarkan seorang peniaga yang langsung tidak mahu menghormati nasihat dan arahan pihak Majlis?

Tidakkah ini akan menyebabkan kredibliliti pihak Majlis dipertikaikan oleh peniaga yang lain dan akan menghakis rasa hormat peniaga lain kepada pihak Majlis?

Wajarkah pihak Majlis tunduk kepada kerenah seorang peniaga yang melanggar syarat perniagaan di Up Town Bandar Perda itu dan dalam masa yang sama tidak menghormati 400 peniaga yang akur kepada semua syarat yang ditetapkan?

Kisah atau insiden ini sebenarnya telah lama berlaku dan untuk makluman semua peniaga tersebut telah diberikan sebuah lot perniagaan untuk disewa bertempat di Astaka Bandar Perda.

Ini setelah beliau hadir untuk ditemuduga dan beliau layak untuk diberikan tempat yang sewajarnya untuk meneruskan perniagaan beliau.

Ini adalah selaras dengan komitmen pihak Majlis iaitu menawarkan tempat yang sesuai kepada setiap peniaga yang telah dikenakan tindakan oleh pihak Majlis kerana berniaga ditempat yang tidak dibenarkan.

Terpulang kepada peniaga samada mereka mahu menerimanya ataupun tidak.

Tindakan tegas ini dilaksanakan semata-mata bersandarkan pada tanggungjawab dan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang responsif terhadap semua aduan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain dari itu perlu difahami bahawa pihak Majlis mengguna pakai standard operation procedure (SOP) yang dibenarkan ketika melaksanakan penguatkuasaan.

Ditegaskan disini Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan peniaga peniaga yang menyediakan persekitaran kedai makanan yang kotor dan tidak mesra pelanggan apatah lagi jika ianya dijalankan di kawasan larangan berniaga tanpa mengira warna kulit, anutan agama mahupun kaum tertentu ..

Semuanya sama kerana tiada perbezaan dari sudut undang undang.

Amir Haji Ghazali
Ketua WHIP
Ahli Majlis MPSP

Jadi... semoga semua pihak faham dengan apa yang telah berlaku dalam hal berkaitan dengan video tersebut.

Jika dikatakan pihak Majlis berlaku zalim terhadap peniaga itu, mana mungkin beliau diberikan sebuah tapak di Astaka Bandar Perda untuk meneruskan perniagaannya...

Al Fatihah! Datuk Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah..

Posted: 01 Dec 2013 09:46 AM PST


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama

Yang Bernama tak laporkan ialah Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN...

Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah buat keluarganya...

Tiada ulasan: