Ahad, 1 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Usahawan Melayu ditindas dinegeri yang dikuasai Parti yang perjuang Melayu.. (Video Inside)

Posted: 01 Dec 2013 05:08 AM PST

Mula-mula korang dengar lagu ini dulu.. kalau boleh nyanyi sama-sama sekuat hati dan dengan penuh jiwa dan raga..

Suatu masa dulu lagu ini dikatakan cukup bermakna dalam perjuangan orang-orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dapr penjajah British.

Bila British dah angkat kaki, lagu ini digunakan untuk menanamkan rasa sayang kepada bangsa Melayu dan dalam masa yang sama memperbodohkan mereka oleh pemimpin-pemimpin UMNO..

Hayatilah...


HIDUP MELAYU!!..HIDUP MELAYU!!..HIDUP MELAYU!!..

Kemudian dengar apa cerita seorang usahawan yang merupakan pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit di Terengganu ini..

Untuk pengetahuan semua usahawan ini adalah seorang anak Melayu..



HIDUP MELAYU?.. err... Melayu yang mana satu?

.... Sorry ya.. rasis sikit..

PAS seperti 'Lebai Malang' kata Utusan

Posted: 01 Dec 2013 02:06 AM PST


Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti merupakan penentuan kepada Umno sama ada dapat meneruskan survival politiknya ataupun tidak, kata akhbar pro-kerajaan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam edisi Mingguan Malaysia hari ini, penulis rencananya Zulkiflee Bakar berkata Umno perlu mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi PRU14 nanti.

"Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dianggap 'ibu kepada segala pilihan raya', PRU14 pula adalah detik penentuan sama ada Umno dapat meneruskan survival politiknya atau tidak," kata Zulkiflee dalam ruangan rencana hari ini.

Beliau menggesa agar pemimpin dan ahli Umno tidak terleka dan menjadikan Perhimpunan Agung kali ini sebagai medan untuk mengukuhkan parti.

"Pemimpin dan ahli Umno tidak harus leka dengan menganggap perhimpunan kali ini tidak ada apa signifikannya memandangkan pilihan raya sudah berlalu dan pemilihan sudah dilakukan.

"Sebaliknya, Umno perlu menunjukkan komitmen untuk menjadi parti tonggak kepada Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur biarpun menghadapi apa juga asakan dan tekanan daripada pakatan pembangkang," katanya lagi.

Menurut beliau, parti pembangkang selepas berakhir PRU13 pada 5 Mei lalu telah pun memulakan kempen dan kerja untuk mendapatkan sokongan pengundi.

"Apa yang perlu difahami, pakatan pembangkang sudah mula bekerja sebaik sahaja impian mereka untuk menumbangkan BN terkubur dalam pilihan raya umum lalu.

"Mereka sudah mula menyusun gerak kerja khususnya dalam pendaftaran pengundi baru," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan kemenangan Umno dalam PRU14 juga penentu kepada masa depan orang Melayu dan maruah Islam.

"Kemenangan dan kejayaan Umno dalam pilihan raya itu bukanlah semata-mata kerana survival politik parti tersebut tetapi demi memastikan masa depan orang Melayu terjamin dan maruah Islam dapat dipertingkatkan," katanya lagi.

Tiada kesalahan bagi Umno meneruskan agenda kepentingan kaum Melayu, katanya lagi.

"Tidak perlu ada perasaan bimbang atau takut dalam soal ini kerana membela nasib orang Melayu bukanlah satu kesalahan dan mempertahankan martabat Islam bukanlah satu dosa," tegas beliau.

Bagaimanapun, Zulkiflee berkaa Umno perlu berwaspada agar tidak menjadi seperti PAS yang menang bersorak kampung tergadai.

"Kita tidak mahu melihat Umno menjadi seperti PAS yang sentiasa sahaja berada dalam situasi 'lebai malang' menang sorak kampung tergadai.

"Umno perlu mempertahankan jati diri sebagai parti yang memperjuangkan Melayu dan sentiasa bersikap adil kepada kaum lain apabila menjadi tonggak pemerintahan negara," katanya lagi.

Menurut beliau, PAS mula menyedari tentang betapa pentingnya sokongan orang Melayu selepas berakhir PRU13 lalu kerana menyedari peranan mereka sekadar "Pak Turut" dalam Pakatan Rakyat (PR).

"PAS mula bercakap soal mendapat sokongan orang Melayu.

"Sedangkan sebelum ini pemimpin-pemimpin parti itulah yang mengeluarkan pelbagai kenyataan dan 'fatwa' yang menuduh Umno bersikap assabiyah apabila memperjuangkan orang Melayu," katanya lagi.

Situasi Umno dan PAS berbeza sama sekali, Zulkiflee menyifatkan parti Islam tersebut sekadar sebagai sebuah parti "Pak Turut" manakala Umno pula dominan dalam BN.

"Tetapi apa yang perlu diingat kekuatan PAS dalam pakatan pembangkang bukanlah seperti mana Umno dalam BN. PAS bukanlah dominan sebaliknya akan kekal sebagai Pak Turut sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun PAS dilihat mempunyai kelebihan daripada segi ketokohan pemimpin berasaskan agama dalam parti tersebut, oleh sedemikian langkah melantik Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini adalah tepat untuk menyekat daripada orang Melayu terpengaruh dengan parti pembangkang tersebut.

"Umno perlu bersedia berhadapan dengan situasi ini dan langkah pucuk pimpinan parti itu melantik pendakwah seperti Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah tepat.

"Kehadiran beliau bersama-sama agamawan lain dalam Umno sudah pasti mampu menjadi pembimbing kepada kepimpinan Umno untuk memperkasakan lagi agenda membantu orang Melayu dan memartabatkan umat Islam," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, gesaan juga dibuat kepada perwakilan dan ahli Umno yang berkampung pada minggu ini di PWTC agar membawa agenda persiapan dan persediaan untuk menghadapi PRU14 nanti.

"Berikutan itu jadikanlah perhimpunan kali ini medan untuk bermuhasabah, janganlah membiarkan PWTC sekadar gelanggang untuk melaungkan kata-kata semangat tetapi apabila pulang ke negeri masing-masing, bak kata orang Kedah, 'perangai dok macam tu jugak'.

~ The Malaysian Insider

Paul Walker, Hero “The Fast and the Furious” maut akibat kemalangan. ( Gambar )

Posted: 30 Nov 2013 09:59 PM PST


Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.


Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem "The Fast and the Furious" bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel.

Ni laporan dari Portal TMZ

Paul Walker Dead at 40 In Fiery Car Crash 

Paul Walker -- best known for his role in "The Fast and the Furious" movies -- died Saturday afternoon after a single-car accident and explosion in Southern California ... TMZ has learned.

The accident happened in Santa Clarita -- north of Los Angeles -- and according to multiple sources connected to Paul ... the actor was in a Porsche when the driver somehow lost control and slammed into a post or a tree ... and then the car burst into flames.

Several of our sources -- some who are still at the scene of the accident -- tell us Paul and another person in the car were killed.

Law enforcement is still on the scene, and we're told the L.A. County Coroner's Office is on the way.

At this point, it's unclear what caused the accident, or who was behind the wheel when it happened.

Paul was 40 years old.

Sources close to Paul tell us he was in Santa Clarita for a car show to support the Philippines typhoon relief effort, and had gone for a ride with a friend in a new Porsche GT. The accident happened during that test spin.

Paul took a pic with a fan at the charity event, and the guy posted it ... noting how happy Walker was just hours before the crash.


The fan added, "The world lost an angel in Paul. He dedicated so much of his life to helping disadvantaged kids and people who are in need. I'm gonna do whatever I can to keep Paul's goals for the charity alive."~ TMZ

Ni pulak gambar-gambar dari tempat kejadian..

 
Gambar terakhir Paul Walker




Jeff Ooi akhirnya akui kesalahan dan minta maaf..

Posted: 30 Nov 2013 09:09 PM PST


Inilah bezanya pemimpin yang ada dalam Pakatan Rakyat dan pemimpin yang ada dalam Barisan Nasional, walaupun dianggap biadap namun setelah berulang kali didesak memohon maaf akhirnya beliau akur juga.

Tidak seperti yang ada dalam Barisan Nasional, melabelkan rakyat sebagai haram jadah dan juga pengkhianat namun walaupun beribu kali didesak langsung tak diendahkannya...

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap.
Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.
Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.
Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain ~ Sinar Harian

Sebelum itu Pengerusi DAP dilaporkan telah berkata semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Beliau meminta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.

Tiada ulasan: