ALHUSSEYN |
Semoga Allah terus memberikan bimbingan kepada Haji Hadi Posted: 08 Dec 2013 08:54 AM PST Berita nak saman pasal TGHA memfitnah orang PKR jual pil kuda ni dah lama. Beritanya dah tersiar di beberapa media sejak 22 Jalai 2013 dulu. Antaranya lihatlah di sini Haji Hadi buat tuduhan tanpa sebarang bukti. Dia hanya dengar cerita orang sahaja.Samalah sebagaimana Zahid Hamidi tuduh Mat Sabu sebagai Syiah semata-mata maklumat dari SB. Buta-buta macam itu tanpa mengemukakan sebarang bukti Haji Hadi dan Zahid Hamidi telan bulat-bulat cerita yang disampaikan orang! Cuma yang membezakan antara Haji Hadi dan Zahid itu ialah, Haji Hadi seorang Ulama' tetapi Zahid Hamidi memang jenis yang jahil walaupun pernah mengaji di sekolah agama Sultan Izzudin Ipoh. Bukankah sepatutnya seorang ulama itu mendapat bimbingan Ilahi? Apasal pula Haji Hadi terikut-ikut hasutan setan hingga sanggup menghina dan memfitnah calon PKR? Semoga Allah SWT melindungi Haji Hadi, Presiden kita .... Kalau tidak PAS terpaksalah mengutip 'Derma Perdana' bagi membantu bayar kos saman RM2 juta tu kalau dia kalah. Melainkan, Mustapah Ali, Setiusaha Agung PAS buat kenyataan sebagaimana di sini. Tapi apasal Haji Hadi tidak mahu minta maaf awal-awal dulu? Sekarang ni terlambat dah pun.....nasi dah jadi bubur...; kelmarin bekas calon PKR untuk kerusi Bukit Besi dah failkan saman RM2juta keatas Haji Hadi kerana memfitnahnya kononya dia mengedar/menjual pil Kuda. Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Haji Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Tapi ini apa? Ada transkrip dan rakaman dari U-Tube Fil Quda!
|
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan