ALHUSSEYN |
Tahniah : Kerajaan berjaya mematahkan cubaan mengguling - Sebutir Bom buatan sendiri dirampas Posted: 30 Dec 2013 06:46 PM PST Tahniah kepada Zahid Hamidi kerana pihak polis telah berjaya merampas sebutir bom buatan sendiri yang bakal digunakan oleh anasir subversif dalam cubaan menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 .... Boleh baca beritanya di muka depan Utusan Meloya hari ini. Kerajaan tidak sepatutnya cuba memomokan rakyat dengan cerita-cerita bom dan senjata merbahaya yang konon akan digunakan semasa himpunan TURUN malam ini. Tidak lojik sama sekali timbul cerita kononnya ada subversif hendak mengguling kerajaan dengan cara berhimpun ...... alahai! Cer korang perhatikan pada background sidang akbar Bhai Amar di bawah ni. Tertulis di situ : KUMPULAN-KUMPULAN YANG AKAN MENGGANGGU MAJLIS SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014 DI DATARAN MERDEKA, 31 DISEMBER 2013. Kemudian itu diikuti dengan logo-logo kumpulan yang dimaksudkan itu iaitu TURUN, JINGGA 13, SAMM, dan SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA Tetapi bila diaorang nak samannya dia mula menggelabah dan tidak mengaku!. Harap-harap benarlah polis ada bukti yang kukuh sebagaimana pengakuan Utusan Meloya : Himpunan TURUN mulai 9:00 malam ini nanti adalah untuk membantah kenaikan harga barangan keperluan rakyat seperti petrol, gas, takrif eletrik, tol yang membebankan rakyat; yang bukan sahaja menyusahkan penyokong PR , malah penyokong BN sendiri. Bantahan ini dibuat setelah kerajaan enggan menangguhkan kenaikan harga barangan ketika di gesa oleh wakil-wakil parlimen PR. Sikap angkuh dan sombong kerajaan yang tidak memperdulikan denyut nadi kehidupan rakyat biasa kini terpaksa berdepan dengan kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kenaikan beberapa jenis keperluan rakyat. Ini bermakna, himpunan TURUN ini adalah bertujuan untuk membela kehidupan rakyat seluruhnya. Usaha ini jelas adalah untuk kebaikan bersama; tidak kira korang kakitangan awam kerajaan, tentera atau polis kerana kenaikan harga barangan membebankan kehidupan setiap kita. Maka itu ianya tidak sepatutnya ditentang dan diprovok oleh mana-mana pihak terutamanya dari pihak kerajaan sendiri. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan