ALHUSSEYN |
Pemimpin dalam lipatan sejarah hitam PAS Posted: 10 Dec 2013 02:58 PM PST Entri saya kali ini, saya ingin memberikan respon kepada mamat ini yang menghantar komennya kepada saya :
Lu mamat, kalau lu betul-betul mau tau siapa 'Gunting Dalam Lipatan' yang sebenarnya, lu kena baca gua punya entri ini mengenai pemimpin PAS tertentu yang terlibat dalam lipatan sejarah hitam PAS dan fikirkanlah ... Sejarah PAS sendiri membuktikan bahawa terdapat beberapa pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendiri yang belot daripada perjuangan. Contohnya ialah, Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad. Mereka ini kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Asri adalah Presiden PAS (1969-1982) Nakahaei adalah Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang? Nasarudin Mat Isa, seorang ulama pelapis yang muda, dan merupakan Timbalan Presiden sebelum ini terbukti telah mengulangi sejarah buruk Nakhaei itu. Adakah mustahil pemimpin PAS yang ada sekarang ini tidak akan mengambil langkah yang sama? Sebab itulah, kita tidak boleh wala' dan thikah semborono atau membabi buta. Apa salahnya kalau kita menegur dan memberi pandangan terhadap tindak laku pemimpin kita? Wala' dan thiqah bukan bererti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka dilabel sebagai tiada wala' serta thiqah bagi yang menyoal. Kemudiannya terus dilabel 'kurang tarbiyyah', pemikiran sekular dan sebagainya. Kita sebagai pendokong parti perlu sentiasa peka dan kritikal terhadap setiap perkembangan yang berlaku di dalam parti. Hakikatnya, wala' dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin - (aku pinjam kata-kata Khalid Samad). Jangan hanya jadi tukang kipas sahaja. Satey pun boleh hangus jadinya kalau dikipas kuat sangat! Mereka bukan maksum dan mereka juga boleh tergelincir dari landasan perjuangan walaupun berstatus ulama' atau fuqaha'. Dan janganlah dipertikaikan cara blogger macam aku ini menegur kerana blogging ini adalah bidang atau ruang untuk aku mengeluarkan fikiran dan pandangan. Korang pun boleh komen apa yang aku tulis kerana aku pun bukan maksum! Dan jangan lupa si Hasan Ali, pemimpin tinggi parti yang pernah jadi Naib Presiden dan PJ Selangor yang korang selalu mengaminkan doanya hingga berangkai-rangkai air mata korang titiskan kerana terlalu syahdu dengan madah dan nadanya ..... dimana dia kini? Kedua-dua Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa dah meninggalkan perjuangan PAS. Gua mau tanya lu yang tuduh gua gunting dlm lipatan, Lu bila lagi mau belah? |
Antara Pil Kuda dengan Bernafsu Kuda .... Posted: 09 Dec 2013 03:43 PM PST Saya telah menerima beberapa komen yang cuba mempertahankan TGHA berhubung dengan isu kena saman RM2Juta kerana memfitnah calon PKR menjual pil kuda. Antaranya berbunyi demikian :
Kepada Mamat yang menulis komen tersebut dan mereka yang sewaktu dengannya, ingin saya jelaskan kepada anda, pertamanya, saya bukanlah Peguam Pendakwa. Pendakwa kes tersebut sudah tentunya ada alasan dan bukti untuk mendakwa TGHA dalam kes tersebut.Tunggu sajalah dan kita lihat siapa yang kena! Kalau TGHA terbukti tidak bersalah, dia akan saman balik orang yang mendakwanya itu berganda lagi! RM4juta? Walau bagaimana pun, saman ini adalah bersifat peribadi. Antara Shamsul vs Haji Hadi. Ia tidak harus dilihat sebagai PKR vs PAS. Ia sama kedudukannya seperti tuduhan Zahid terhadap Mat Sabu yang disebut oleh Stapa Ali sebagai peribadi. Jadi, kalau haji Hadi menang saman, ia menjadi kemenangan peribadinya. Kalau kalah, dia kena korek duit peribadinya juga untuk bayar saman. Sebagai respon saya kepada mereka yang membela TGHA, terlebih dahulu saya ucapkan syabas.Saya sendiri pun tidak percaya; takkanlah seorang Ulama' Haraki yang faqeh yang sehebat TGHA ini sanggup memfitnah orang lain dengan tuduhan yang sangat berat ini. Walau apa pun ikuti tulisan saya selanjutnya berikut: TGHA berkata, "Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat dalam usahanya mahu menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas. Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara. "Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. Kini TGNA sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah setelah calon yang dituduh itu memberikan cukup masa dan ruang kepada TGHA supaya menarik semula kata-katanya itu atau meminta maaf secara terbuka diatas ketelanjuranya mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah dan menjatuhkan kawan sendiri. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan beideologi komunis. Ramai yang cuba membela TGHA kerana dia tidak sebut pun nama.Alasan ini serupa dengan alasan Zahid Hamidi yang dah kecut telor setelah menuduh Mat Sabu menganut fahaman Syiah. Namun terdapat kata kunci bagi menghuraikan permasalahan ini. TGHA ada menyebut : "Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat…… Ya, itulah kata-kata TGHA , beliau sebenarnya merujuk kepada 7 tempat yang berlaku pertindihan calon melibatkan calon-calon PKR iaitu : 1. Badrul Hisham Shaharin (PKR) Sungai Acheh 2. Mohd Nasir Hashim (PKR) Kota Damansara 3. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) Labuan 4. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) Panti 5. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) Seberang Takir 6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) Kota Putera 7. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) Bukit Besi Kenyataan Hadi Awang itu jelas telah menghina dan menjatuhkan maruah mereka dan parti PKR. Walaupun tidak menyebut nama calon tertentu sebagai penjual pil kuda, TGHA sebenarnya telah memberi kesan negatif yang lebih parah lagi. Ini kerana bukan sahaja 7 calon PKR di atas sahaja yang dipandang serong dan jijik oleh pengundi, tetapi seluruh calon PKR yang bertanding di negeri-negeri lain. TGHA tuduh orang jual pil kuda, tetapi dia sendiri yang dilihat seolah-olah bernafsu kuda. Dengan nada sombong dan angkuh dia declare : "Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara…" Maka PAS pun meletakan calon-calonya sendiri dan terjadilah pertindihan calon dibeberapa tempat ….Umno juga yang menang akhirnya! Saya akan menulis sebagai respon kepada mereka yang menuduh saya sebagai 'gunting dalam lipatan kalau ada kesempatan malam nanti....Kalau anda rajin nak tengok keputusan PRU ditempat-tempat berkenaan, sila klik berikut : (1) Kota Damansara(2) Sungai Acheh (3) Seberang Takir (4) Labuan (5) Panti (6) Bukit Besi (7) Kota Putera : |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan